Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Sallywhoo TikTok Ajar Buat Kening Dua Cara, Terus Cantik On Point!

$
0
0

Ada lagi ke yang tak pandai buat kening?

Sampaikan beli macam-macam alat bantuan dekat Shopee, semata-mata nak mendapatkan kening on point. Tak payah semua itu, ini dia Sallywhoo yang cukup terkenal di TikTok kongsikan dua cara paling senang boleh kita semua tiru… siapa yang tak pandailah.

@sallywhoo

❗NAH SIAPA YANG TAK RETI BUAT KENING? REMEMBER! NAK PANDAI KENA PRACTISE 😠

♬ original sound – Sallyforshort. – Sallyforshort.

Memang mudah caranya, semudah ABC…

Cara #1 Guna Berus Kening

Ambil berus kening, titikkan pada tiga bahagian kening – tepi, tengah dan hujung kening. Dan sambungkan kesemuanya. Lakukan perlahan-lahan dengan mengikut garisan bulu kening. Untuk kemasan apply concealer di bawah dan atas kening.

Foto – TikTok
Foto – TikTok

Cara #2 Guna Wax

Makin ramai menggunakan cara ini, kebanyakan selebriti Hollywood untuk berikan kemasan lebih natural. Celupkan berus kening dalam wax, ambillah seberapa banyak. Apply di kening  dengan cara sikatkan dia. Kemaskan kening dengan menolaknya ke belakang.

Foto – TikTok
Foto – TikTok

Pesanan gadis manis ini, kena banyak praktis kalau nak mahir buat kening. Setakat tonton saja video tapi tak praktis confirm tak pandai-pandai. Ingat ye! Practise make Perfect!

Selamat Beramal!

The post Sallywhoo TikTok Ajar Buat Kening Dua Cara, Terus Cantik On Point! appeared first on Wanista.com.


Pilihan Warna Gincu Bibir Ala Rihanna Untuk Si Kulit Gelap

$
0
0

Merah, merah jambu, hijau, biru, hitam adalah deretan warna gincu bibir yang pernah dipakai oleh Rihanna.

Penyanyi berkulit eksotik Rihanna adalah salah satu artis yang mempunyai stail mekap yang sentiasa gorgeous.

Sentiasa berani mengenakan warna gincu yang pelbagai, merah seksi, merah jambu yang feminin dan girly, hijau, biru malahan juga hitam, tapi uniknya, semua warna tersebut sesuai dengan warna kulitnya.

Warna kulit Rihanna yang mungkin tidak jauh beza dengan warna kulit kita, wanita Asia yang sedikit gelap, mungkin gaya Rihanna ini boleh menjadi rujukan untuk anda.

Warna hitam itu stunning

Foto – Pinterest

Merah serlahkan kulit Rihanna yang glowing

Foto – Pinterest

Fuschia buat penampilan nampak muda dan fresh

Foto – Pinterest

Ruby red serlahkan imej seksi menawan

Foto – Pinterest

Wild dengan warna biru

Foto – Pinterest

Hijau sangat rare

Foto – Pinterest

Cantik semula jadi dengan nude

Foto – Pinterest

Merah jambu nampak manis dan manja sekali

Foto – Pinterest

Wow luar biasa warna ungu

Foto – Pinterest

Oren ala-ala orang Korea

Foto – Pinterest

Nampak cantikkan warna gincu Rihanna? Sebenarnya tak salah kamu mencuba, asalkan rasa selesa dan yakin sentiasa. Selamat mencuba!

The post Pilihan Warna Gincu Bibir Ala Rihanna Untuk Si Kulit Gelap appeared first on Wanista.com.

Ini Yang Berlaku Pada Kulit Kamu Jika Skip Sunscreen

$
0
0

Bukan untuk menakut-nakutkan anda semua, tapi skip krim pelindung matahari boleh membawa keburukan pada kulit.

Pendedahan yang berpanjangan dan tidak dilindungi terhadap sinar UVA da UVB yang berbahaya dari sinar matahari boleh menyebabkan beberapa akibat yang serius tidak kira jenis kulit atau warna kulit.

Jadi, apa yang berlaku pada kulit kita jika skip sunscreen? Paling menakutkan adalah peningkatan risiko kanser kulit.

Sinar UV yang menyebabkan kerosakan pada sinar matahari dan usia. Menghabiskan masa di luar akan mendedahkan anda kepada sinaran UV – yang berpotensi menyebabkan kanser.

Selain risiko yang memudaratkan, skip pelindung matahari boleh menyebabkan perkara pelik lain berlaku pada kulit.

Sunspot

Foto – Glamour UK

Tidak memakai krim pelindung matahari dapat menyebabkan sunspot, yang meninggalkan kulit dengan hiperpigmentasi dan mempercepat kesan penuaan secara keseluruhan.

Peningkatan Kedutan

Sekiranya anda tidak memakai sunscreen, anda akan merosakkan kolagen dan tisu penghubung kulit. Ini menyebabkan kehilangan keanjalan dan peningkatan kedutan.

Kulit Terbakar

Selaran matahari yang terik boleh menyakitkan, sehingga anda memerlukan ubat sakit atau anti-radang lain.

Potensi Parut

Foto – Asian Center

Contohnya pesakit lupus, sinar UV langsung dapat memperburuk penyakit mereka dan dalam beberapa kes menyebabkan parut.

Penuaan Pramatang

90% penuaan kulit pramatang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan. Memakai sunscreen secara berkala dapat membantu mencegahnya.

Kulit Kering

Matahari boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapan. Ia boleh mengeringkan kulit anda, meninggalkan kesan kasar.

Keradangan

Foto – Glow Recipe

Keradangan, seperti kemerahan, bengkak, kehangatan, dan rasa sakit di bahagian tubuh tertentu, adalah proses semula jadi akibat pendedahan kepada sinar UV yang berbahaya.

Kesimpulannya, sunscreen direka untuk melindungi kulit anda dari sinar matahari yang bahaya. Ingat bahawa sunscreen perlu topup kira-kira setiap dua jam.

Apapun jangan sesekali skip sunscreen agar risiko buruk tidak berlaku pada kulit.

The post Ini Yang Berlaku Pada Kulit Kamu Jika Skip Sunscreen appeared first on Wanista.com.

Tak Berubah! Nora Danish Awet Muda Dari Zaman Kisah Puteri Sampai Sekarang

$
0
0

Melihat ibu kepada tiga cahaya mata ini langsung tidak di makan usia membuatkan orang ramai terpegun, kejelitaan yang tidak pudar dari tahun ke tahun membuatkan ramai wanita ingin mengetahui rahsia awet muda aktres ini.

Dalam industri hiburan tempatan nama Nora Danish tidak pernah luput dari ingatan orang ramai, kemunculan yang mencuit hati dalam cerita ‘Puteri’ suatu ketika dahulu di kaca televisyen membuatkan namanya sentiasa menitip di bibir orang ramai.

Apatah lagi baru-baru ini Nora Danish memuatnaik dua gambar bersama anak sulungnya pada tahun 2009 dan yang terkini, melihat dua gambar ini raut wajah ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tidak di mamah usia langsung!

Awet Muda, Masih Kekal Rupawan Walau Beranak Tiga!

Foto – Instagram @noradanish

Melihat gambar yang dimuatnaik Nora Danish pada 30 April 2021 ini menunjukan masa seperti berhenti buat Nora Danish, kerana kejelitaannya tidak berubah langsung masih kekal sama seperti ketika dirinya berusia 27 tahun (2009).

Rakan Artis Dan Peminat Tanya Rahsia Awet Muda

Bukan itu saja, ramai rakan artis dan peminat yang bertanya rahsia kejelitaan wanita hebat ini. Selain itu, ada juga peminat yang meminta teknik mekap smokey eyes yang Nora Danish kenakan tatkala melihat gambarnya pada tahun 2009 itu.

Foto – Instagram @noradanish
Foto – Instagram @noradanish

Puteri Sepanjang Zaman

Meski mengharungi turun naik dalam industri hiburan dan juga ujian hidup, Nora Danish tetap dikenali sebagai ‘Puteri’ sepanjang zaman. Berikut adalah kompilasi gambar Nora Danish dari zaman ‘Puteri’ sehinggalah tahun 2021 ini.

Tahun 2021

Foto – Facebook Nora Danish

Tahun 2020

Foto – Facebook Nora Danish

Tahun 2019

Foto – Facebook Nora Danish

Tahun 2018

Foto – Instagram @noradanish

Tahun 2017 – 2016

Foto – Facebook Nora Danish

Tahun 2015 – 2014

Foto – Facebook Nora Danish

Tahun 2013 – 2012

Foto – Facebook Nora Danish

Tahun 2009

Foto – Instagram @noradanish

Sumpah tak makan usia langsung Nora Danish, dari tahun ke tahun aktres jelita ini maintain kelihatan seperti remaja!

Kredit: Instagram & Facebook Nora Danish

The post Tak Berubah! Nora Danish Awet Muda Dari Zaman Kisah Puteri Sampai Sekarang appeared first on Wanista.com.

Sunscreen Sunplay Tawar Perlindungan Untuk Kulit Sensitif

$
0
0

Kita sedia maklum bahawa pendedahan cahaya matahari yang berpanjangan akan menyebabkan penuaan kulit pramatang seperti kedutan, garis halus dan pigmentasi. Walaupun kita tidak dapat menghentikan penuaan, tetapi kita dapat melambatkan tanda-tanda kerosakan kulit akibat sinaran matahari.

Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan krim pelindung matahari yang sesuai dengan kulit serta tidak mendatangkan mudarat.

Perkenalkan Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50+

Jenama Sunplay memperkenalkan Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50+ untuk melindungi kulit dengan sebaiknya.

Foto – Sunplay

Dengan Teknologi InvisShield yang inovatif, tekstur pelindung matahari terasa sangat ringan, tidak berminyak, menyebar dengan mudah dan senang diserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan sisa atau bekas putih.

Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Sunscreen ini menyediakan 100% spektrum luas SPF50+ PA++++ dengan perlindungan UVA dan UVB yang sesuai untuk kulit sensitif.

Ia mengandungi ceramide dan ekstrak botani semula jadi untuk menguatkan penghalang semula jadi kulit demi penghidratan yang lebih baik, melegakan kemerahan dan mencegah kekeringan yang disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari.

Bebas Daripada 6 Perengsa Utama

Produk ini selama dan lembut untuk digunakan pada kulit yang paling cerewet. Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50+ bebas daripada 6 perengsa utama – bebas alkohol, bebas paraben, bebas pewarna dan bebas oxybenzone, dan tidak mempunyai minyak mineral atau penapis kimia.

Foto – Sunplay

Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50+ sesuai untuk semua jenis kulit, dan telah diuji pada kulit sensitif secara klinika. Dijual pada harga RM78.90, ia boleh didapati di farmasi dan pasar raya terkemuka.

The post Sunscreen Sunplay Tawar Perlindungan Untuk Kulit Sensitif appeared first on Wanista.com.

KKM Ban Hydroquinone Dalam Kosmetik, Dr. Ingky Kongsi Sebabnya

$
0
0

Hydroquinone kena ban dengan Kementerian Kesihatan Malaysia? Kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia ban bahan tersebut, sedangkan ia banyak digunakan dalam produk kosmetik kecantikan.

Bahan ini boleh dikatakan salah satu bahan yang perlu ada dalam produk kecantikan, jika ingin berikan hasil kulit yang cerah kepada penggunanya.

Tapi mengapa di Malaysia, Kementerian Kesihatan melarang penggunaan hydroquinone dalam produk kosmetik adakah ia boleh beri mudarat kepada pengguna? Ingin mengetahui kupasannya, ikuti penjelasan doktor Lim Ing Kien atau lebih mesra dikenali sebagai Dr. Ingky di bawah.

@dr_ingky

Boleh Guna Hydroquinone ke? #healthcheck #tiktokguru #skincareguru #learnontiktok #skincaremalaysia

♬ Married Life – L.Dre

Berfungsi Untuk Cerahkan Kulit

Foto – Buro Singapore

Untuk pengetahuan semua, hydroquinone banyak digunakan dalam produk komestik adalah kerana ia berfungsi untuk mencerahkan kulit.

Disebabkan kesan ini, banyak syarikat pengeluar produk kosmetik menggunakannya dan secara tidak langsung menarik perhatian pengguna wanita yang inginkan kulit cerah dan putih secara berkesan.

Bahan Terkawal, Berisiko Kena Barah Kulit

Foto – The Jakarta Post

Menurut Dr. Ingky bahan ini merupakan bahan terkawal bagi mencerahkan pigmentasi kulit, tetapi jika bahan ini digunakan terlalu lama ia boleh menyebabkan pengguna berisiko tinggi terkena penyakit barah kulit.

Sebab itu hydroquinone di ban dalam produk kosmetik di Malaysia, kerana kesan seperti penyakit barah ini hanya akan nampak pada jangka masa yang panjang sahaja.

Siapa Yang Boleh Beri Bahan Tersebut?

Foto – WebMD

Selain itu, Dr. Ingky juga menyatakan bahawa hanya pihak tertentu sahaja yang dibenarkan untuk memberi produk yang mengandungi hydroquinone kepada orang awam iaitu doktor dan ahli farmasi sahaja.

Justeru itu, kaum hawa yang ingin mencari produk kecantikan disarankan agar kamu mencari produk kecantikan khususnya yang berkaitan untuk mencerahkan kulit menerusi ahli farmasi atau mendapat rujukan dari doktor kamu sendiri.

Kredit: TikTok Dr. Ingky

The post KKM Ban Hydroquinone Dalam Kosmetik, Dr. Ingky Kongsi Sebabnya appeared first on Wanista.com.

Viral Lelaki Guna Krim Ereksi Besarkan Bibir Di TikTok, Pakar Beri Amaran

$
0
0

Viral di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi trik untuk besarkan bibir dalam masa yang singkat selepas melihatnya dalam sebuah filem.

Menerusi TikTok Jerry Mal, dia telah menggunakan krim ereksi pada keseluruhan bibirnya untuk mendapatkan hasil yang sama.

Melihatkan perkongsiannya itu, seorang pakar dermatologi mula memberi amaran pada pengguna lain mengenai krim yang disapu pada bibir.

Nak tahu lebih lanjut mengenainya, baca kupasan di bawah.

Diinspirasikan oleh sebuah filem 

“Saya lihat trik ini dalam sebuah filem. Gadis itu menyapu krim ereksi pada bibirnya dan ia menjadi makin besar. Jadi saya nak mencubanya!”

Berdasarkan filem “A Nice Girl Like You“, Jerry berkongsi keterujaannya untuk mendapat bibir yang besar dalam masa yang singkat dengan meniru kembali trik dalam filem tersebut.

Foto – @jerrybmaldonado (TikTok)

Ketika mencubanya, Jerry telah menyapu krim ereksi dari Perancis ke seluruh bibirnya. Kemudian dia biarkan krim tersebut selama beberapa minit sebelum membersihkannya.

“Rasa macam digigit semut. Tak teruk sangat rasanya tetapi kita tunggu hasilnya.”

Foto – @jerrybmaldonado (TikTok)

Selepas lima minit berlalu, bibirnya kelihatan makin membesar. Jerry biarkan selama 5 minit lagi tetapi selepas 8 minit berlalu, dia mula berasa tidak tahan kerana bibirnya seolah-olah sedang terbakar.

Bibir memang menjadi besar dan mungil 

“Bibir saya memang nampak besar sangat! Saya sukakannya.”

Selepas merasakan bibirnya seperti dibakar, Jerry mula membersihkannya. Kemudian dia mendapati bibirnya menjadi seperti apa yang dibayangkan.

Melihatkan kesannya menjadi seperti apa yang dijangkakan, ramai pengguna TikTok yang lain mahu mencubanya.

@jerrybmaldonado

If you know what movie I’m talking about please tell me because I want to watch it again #beauty #lips

♬ original sound – Jerry Mal

Menurut Jerry, dia tidak tahu sama ada trik tersebut berbahaya atau tidak. Tetapi jika pengguna yang lain mahu lakukan, mereka boleh mencubanya.

Pakar dermatologi beri amaran jangan gunakannya!

Secara saintifiknya krim ereksi ini memang boleh bantu bibir  menjadi besar dan mungil. Tetapi menurut pakar dermatologi, Dr. Shah mengatakan krim ini bukanlah kaedah yang terbaik bagi mendapatkan hasil tersebut.

“Saya tidak tahu krim ereksi apakah yang digunakan di dalam video tersebut kerana kesemua krim ereksi mempunyai vasodilatasi iaitu dapat tingkatkan aliran darah ke kawasan yang tertentu.”

Untuk pengetahuan kamu,ubat topical erectile dsyfunction mengandungi vasodilator iaitu melebarkan saluran dan meningkatkan aliran darah.

Foto – AMELI / Pinterest

Jadi lebih banyak saluran dan aliran darah digunapakai pada bibir (atau zakar) ianya akan membuatkan penampilan menjadi lebih besar dan bengkak.

“Peningkatakan aliran darah akan menyebabkan pembengkakan pada kawasan yang disapu. Lebih kurang 15 minit atau selama sejam, kamu akan mendapat hasilnya. Jadi kesan bibir besar atau bengkak ini hanya sementara sahaja.”

Pada masa yang sama, menyapu krim ereksi pada bibir boleh memberikan beberapa kesan alergi seperti rasa disengat, melepuh dan bengkak yang teruk serta tidak selesa.

Foto – ADVENT Knows

Bagi kesan sampingan yang lain pula, penyerapan krim ini ke dalam badan boleh menyebabkan rasa sakit kepala yang teruk, masalah tekanan darah dan boleh akibatkan masalah jantung.

Jadi kalau nak buatkan bibir menjadi besar atau mungil, gunakan bahan yang sesuai atau barangan yang direka khas untuk penggunaan bibir.

Sekiranya kamu mencuba trik ini dan mendapat beberapa kesan yang negatif, cepat-cepat berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Viral Lelaki Guna Krim Ereksi Besarkan Bibir Di TikTok, Pakar Beri Amaran appeared first on Wanista.com.

Tukar Kepada Sarung Bantal Sutera Untuk Kulit Lebih Cantik, Jenama Ini Terbaik!

$
0
0

Bertukar kepada sarung bantal sutera untuk kulit dan rambut yang lebih cantik! Tahukah sutera memberi manfaat pada kulit.

Sarung bantal sutera yang dibuat sepenuhnya daripada sutera dikatakan mampu mencegah kedutan, jerawat, membantu kekal hidrasi dan mengawal haba badan.

Ini juga merupakan rahsia kecantikan Marilyn Monroe. Dilaporkan, Marilyn Monroe menggunakan sarung bantal satin atau sutera untuk memelihara kecantikan rambut dan kulit.

Fabrik seperti satin dan sutera mengelakkan kulit kepala daripada berpeluh dan kelembutan fabrik ini mengurangkan geseran pada rambut yang boleh mengurangkan kekusutan apabila anda bangun dari tidur.

Nak bertukar kepada sarung bantal sutera, ini antara yang best Wanista cadangkan…

Bertukar kepada kapas ke sutera boleh memberi manfaat rambut dan kulit yang lebih baik. Kapas boleh menyebabkan geseran yang menyebabkan kedutan kulit.

Sonno Eucalyptus Bed Sheets (BELI)

Foto – Sonno

Slip Pillowcase (BELI)

Foto – Slip

Cotton On Satin Sleep Set (BELI)

Foto – Cotton On

SilkFairy Silk Pillowcases (BELI)

Foto – Silkfairy

UNIQLO AIRism Bed Sheet (BELI)

Foto – Uniqlo

KOO Elite Mulberry Silk Pillowcase (BELI)

Foto – Spotlight

Kalau nak cari set sarung bantal, jenama di atas antara yang terbaik, fabrik yang lembut dan berkualiti menjadikan tidur lebih teratur, nyenyak dan selesa.

The post Tukar Kepada Sarung Bantal Sutera Untuk Kulit Lebih Cantik, Jenama Ini Terbaik! appeared first on Wanista.com.


Muka Macam Anak Dara, Serum Malam Ini Rahsianya?

$
0
0

Stress muka makin berusia, timbul garis penuaan dan jeragat?

Siapalah yang tak risau dan tertekan bukan, apatah lagi makin berumur makin mudah untuk masalah berkaitan kulit muka timbul.

Tapi jangan risau kerana setiap masalah kulit muka yang muncul boleh ditangani dengan penggunaan serum malam setiap hari, nak tahu serum malam yang mana bagus jom semak di bawah.

Estée Lauder: Power Up Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex Serum

Foto – Pinterest

Serum ini dapat membantu melawan tanda-tanda penuaan yang mula muncul di kulit muka kamu dan menangani perubahan kulit yang disebabkan faktor persekitaran kamu.

Dalam masa yang sama serum malam ini juga akan mengembalikan kesihatan, keanjalan, dan kelembutan kulit seperti zaman muda remaja.

Sephora: Tekan Sini

Sulwhasoo: First Care Activating Serum

Foto – Sulwhasoo

Lemah jiwa melihat garis-garis penuaan, kedutan dan bintik hitam menular di muka, tapi jangan risau dengan amalkan serum dari Sulwhasoo ini kulit muka dapat kembali bersinar dan awet muda seperti muda belia.

Serum ini berkuasa mengaktifkan sel kulit dari dalam dan dalam masa yang sama dapat melindungi lapisan permukaan kulit dan menjadikan kulit sihat, bersinar, segar dan anjal semula.

Sephora: Tekan Sini

Biossance: Squalane + Lactic Acid Resurfacing Night Serum

Foto – Pinterest

Cemburu melihat kulit wajah wanita berusia 20an? Kini kamu tidak perlu cemburu lagi dengan adanya serum dari Biossance ini, sel kulit kamu akan kembali sihat, tona kulit sekata, dan paling penting serum ini dapat meremajakan kulit wajah kamu!

Sephora: Tekan Sini

SK-II: Facial Treatment Repair C Serum

Foto – SK-II

Inginkan kulit muka kaya dengan nutrisi Pitera dan asid hyaluronik? Maka inilah sahabat karib kamu, serum ini akan melawan kedutan, garis penuaan, masalah kulit kasar dengan mudah dan mengembalikan keanjalan serta keremajaan kulit muka dengan penggunaan yang konsisten!

Sephora: Tekan Sini

Dr. Jart+: Ceramidin Serum 

Foto – Pinterest

Kulit umpama di lahirkan semula tatkala memakai serum dari Dr.Jart+ ini, kandungan konsentrasi yang tinggi meningkatkan fungsi perlindungan kulit dan membuatkan kulit yang kasar dan kusam menjadi lembut, anjal, muda remaja, dan tegang.

Sephora: Tekan Sini

Jika kamu inginkan kulit yang anjal, tegang, sihat, muda remaja dan tiada garis kedutan serta tanda penuaan, maka inilah serum-serum yang dapat membantu kamu dan menjadikan rupa kamu kembali seperti zaman anak dara!

Selamat beramal♥

The post Muka Macam Anak Dara, Serum Malam Ini Rahsianya? appeared first on Wanista.com.

Gigitan Nyamuk Buat Kulit Berparut, 5 Cara Hilangkannya

$
0
0

Geram betul tengok bintik-bintik merah di kulit sebab di gigit nyamuk malam tadi, masa raya jugalah kulit jadi macam ini stress betul!

Sudahlah begitu apabila di garu disebabkan tak tahan rasa gatal gigitan nyamuk, tak sangka pula boleh meninggalkan paru di kulit.

Memang jadi haru-birulah dibuatnya, bagi wanita yang mengalami masalah yang sama seperti ini jangan khuatir kerana Wanista ada jalan penyelesaiannya.

Nak hilangkan parut dek disebabkan gigitan nyamuk terdapat beberapa cara yang boleh diguna pakai, nak tahu apakah cara tersebut jom semak di bawah.

Ais Batu

Foto – Cookist

Untuk hilangkan parut yang di garu akibat gigitan nyamuk di kulit, kamu perlu gunakan ais batu dan caranya adalah menuam ais batu ke atas kesan parut tersebut.

Rasa sejuk yang dikeluarkan ais batu ini dapat membantu mengurangkan rasa gatal dan perlahan-lahan menghilangkan kesan parut, cara ini perlu dilakukan dengan kerap untuk parut hilang.

Krim Hydrocortisone

Foto – Pan Malayan

Selain itu, kamu juga boleh menggunakan krim gatal hydrocortisone untuk melegakan rasa gatal dan parut di kulit akibat di garu kerana gigitan nyamuk.

Krim ini dijual di farmasi perubatan dan klinik yang berdekatan dengan kediaman kamu, sapu kirm ini dua kali sehari dan amalkan sehingga hilang rasa gatal dan kesan gigitan nyamuk.

Serbuk Penaik (Baking Soda)

Foto – Healthline

Jangan terkejut, serbuk penaik atau baking soda juga boleh digunakan bagi melegakan rasa gatal dan kemerahan yang disebabkan gigitan nyamuk.

Caranya adalah dengan mencampurkan satu sudu makan serbuk penaik bersama beberapa titis air, gaul rata hingga menjadi pes kemudian sapu pada bahagian kulit yang terkena gigitan nyamuk tersebut. Lakukan cara ini beberapa kali sehingga tiada lagi kesan gigitan nyamuk pada kulit.

Oatmeal

Foto – Dairy Council of California

Tahu tak oats juga boleh digunakan bagi mengurangkan rasa gatal dan iritasi akibat gigitan nyamuk, cara adalah dengan menghancurkan oats kemudian masak hingga menjadi pes dan biarkan sejuk seketika.

Selepas itu barulah kamu sapukan di atas kulit, Lakukan cara ini berulang kali sehingga hilang kesan gigitan dan rasa gatal pada kulit kamu

Ubat Gigi

Foto – Interdent

Kamu juga boleh menggunakan ubat gigi bagi menghilangkan parut dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk, caranya dengan menyapu ubat gigi pada kulit yang digigit itu dan biarkan ia begitu saja.

Ubat gigi mengandungi bahan sejuk yang boleh mengurangkan kemerahan dan iritasi pada kulit dengan berkesan dan selamat.

Losyen Calamine

Foto – Pinterest

Kalau nak tahu losyen calamine juga boleh menangani masalah kegatalan akibat kesan gigitan nyamuk dan mengurangkan keradangan pada kulit dengan berkesan juga. Losyen ini boleh didapati di farmasi perubatan yang berhampiran dengan kediaman kamu.

Dengan menggunakan kaedah yang Wanista senaraikan di atas kamu dapat hilangkan kesan parut akibat gigitan nyamuk dengan mudah, selamat dan berkesan.

Selamat beramal!

Rujukan

The post Gigitan Nyamuk Buat Kulit Berparut, 5 Cara Hilangkannya appeared first on Wanista.com.

[Review] Tak Pandang Yang Lain, Lip Cream You Beauty Sumpah Cantik!

$
0
0

Bila masuk Sephora, Guardian, Watson atau Sasa, wanita boleh jadi rambang mata bila melihat setiap kosmetik yang dipamerkan.

Lebih-lebih lagi gincu bibir, punyalah banyak pilihan sampaikan tidak tahu yang mana satu mahu dibelinya. Tapi, Wanista jamin kalau anda mendapatkan gincu bibir dari jenama ini, jenama lain confirm dah tak pandang yang lain.

Y.O.U Beauty Rouge Velvet Matte Lip Cream berikan apa yang setiap wanita mahukan pada gincu bibirnya. Kekal tahan lama, tiada kekeringan dan keselesaan bila dipakai, memang terbaik!

Jenama Terlaris Y.O.U Beauty Mendarat Di Malaysia

Y.O.U Beauty, jenama kecantikan terkenal dan laris di Indonesia tiba di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2018, Y.O.U menawarkan penyelesaian kecantikan canggih & bergaya untuk wanita di seluruh dunia.

Foto – You Beauty

Jenama ini sentiasa mencipta semula dan mengembangkan produk baru yang inovatif dan berkualiti sesuai dengan pilihan pengguna dan memenuhi pelbagai jenis kulit dan keperluan wanita seluruh dunia.

Rouge Velvet Matte Lip Cream Produk Terlaris Y.O.U Beauty

Mengeluarkan pelbagai jenis kosmetik, lip cream adalah produk terlaris untuk jenama ini. Rouge Velvet Matte Lip Cream tidak melekat dan tahan lama!

Foto – You Beauty

Sejak topeng muka menjadi mandatori, anda di antara kita memilih untuk tidak menggunakan gincu dan fokus pada solekan mata, sementara ada yang kena touch up gincu kerana melekat pada topeng.

Jadi, Rouge Velvet Matte Lip Cream adalah pilihan tepat bagi semua orang yang menghadapi masalah ini.

Gincu Bibir Dengan Kemasan Baldu Dan Berpigmen Tinggi

Rouge Velvet Matte Lip Cream dengan kemasan baldu bertujuan untuk memberikan warna yang berani dan cantik di bibir. Ia direka untuk semua pencinta kecantikan yang suka warna yang menarik dan berpigmen tinggi.

Foto – You Beauty

Seleksi dari warna nude elegan hingga merah berapi, lip cream ini dapat membantu anda mendapatkan bibir seksi mungil sempurna.

Formulasi Minyak Kelapa Dan Vitamin E

Rouge Velvet Matte Lip Cream diformulasikan dengan minyak kelapa dan Vitamin E yang akan membantu melembapkan dan melembutkan bibir, juga untuk mengelakkan bibir kelihatan pecah-pecah dan kering.

Foto – You Beauty

Apa yang best tentang lip cream ini adalah ianya sangat wangi sekali. Bila dioles pada bibir, tekstur terasa lembut dan selesa dipakai, serta langsung tidak mengeringkan. Sampai ke tengahari, lip cream masih tetap dibibir, anda makan dan minum, tetap tahan lama berpanjangan. Memang best!

Hadir dalam 8 warna terang yang cantik, berharga RM36.90, pastinya ini adalah pilihan yang baik untuk melabur dalam krim bibir ini.

Jom cantik sama-sama dengan Y.O.U Beauty!

The post [Review] Tak Pandang Yang Lain, Lip Cream You Beauty Sumpah Cantik! appeared first on Wanista.com.

Bertambah Manis Dengan Pemerah Pipi BITE Beauty Daycation Whipped Blush

$
0
0

Tanpa mengenakan asas pun wajah boleh terlihat berseri-seri dan manis bila apply pemerah pipi.

Siap dekat sini yang memang tak boleh tinggalkan pemerah pipi setiap kali bersolek. Diletaknya di pipi, hidung, atas bibir, untuk nampak cantik manis.

Kalau kamu sedang mencari pemerah pipi yang best, jenama satu ini boleh dipertimbangkan. Bukan biasa-biasa, BITE Beauty Daycation Whipped Blush merupakan pemerah pipi vegan dari ekstrak buah betik.

Pemerah Pipi Hasilkan Look Bercahaya Paling Menawan

Daycation Whipped Blush adalah pemerah pipi yang bersih, vegan, tahan lama, dan pelbagai guna. Tersedia dalam 4 warna yang mudah digunakan serta menghasilkan look bercahaya idaman setiap wanita.

Foto – Bite

Daycation memberikan pipi yang sihat dan berseri, juga dapat digunakan pada kelopak mata untuk penampilan menawan.

Esktrak Betik Bantu Kulit Jadi Lebih Glowing

Disertakan dengan ekstrak buah betik yang mengandungi sifat enzimatik untuk membantu mempromosikan kulit yang bersinar.

Foto – Bite

Daycation Whipped Blush tidak komedogenik, ringan untuk penampilan semula jadi dan tidak menampakkan solekan cakey, tahan sepanjang hari.

Tekstur Daycation yang sejuk bila disentuh memberi kesegaran pada kulit. Formula tahan luntur blend dengan cepat memberi kemasan bercahaya dan seksi.

BITE Beauty Daycation Whipped Blush (RM 147) sekarang sudah berada di Sephora.my.

The post Bertambah Manis Dengan Pemerah Pipi BITE Beauty Daycation Whipped Blush appeared first on Wanista.com.

Wanista Syorkan 5 Jenis Maskara Ini, Sesuai Untuk Mata Yang Sensitif

$
0
0

Bagi sesetengah wanita, maskara bukanlah rakan baik mereka.

Ini kerana ada wanita yang mengalami keradangan atau mata berair dengan teruk. Dan ada juga yang alami kegatalan serta kepedihan yang melampau.

Kalau kamu alami perkara sebegini, ia adalah tanda bahawa mata kamu sebenarnya sensitif terhadap maskara. Tapi kalau tak pakai tak lentik dan panjanglah bulu mata, betul tak?

Jangan risau, Wanista sangat syorkan pada wanita yang mempunyai mata sensitif untuk guna 5 jenis maskara ini. Gerenti selesa dan tak menyakitkan mata!

Sebelum beli maskara, tahu ini dulu…

Ketika memilih maskara, penting untuk kamu cari kata kunci ini dahulu iaitu hypoallergenic, allergy-tested atau opthalmologically-tested. 

Foto – Style Caster

Untuk pengetahuan kamu jika ada salah satu kata kunci ini pada maskara pilihan kamu, ia bermaksud maskara itu berpotensi mengelakkan kamu daripada mengalami reaksi alergi ketika menggunakannya.

Selain itu, maskara yang mempunyai bahan pewangi juga boleh menyebabkan mata kamu menjadi pedih dan merengsa. Jika mata kamu senang berair, pilih formula waterproof untuk mengekalkan penampilannya.

DIY patch test memang wajib!

Sebelum membeli maskara, penting untuk mereka yang memiliki mata sensitif melakukan diy patch test terlebih dahulu.

Foto – Into The Gloss

Sapukan sedikit maskara pada kulit di kawasan pergelangan tangan kamu. Kemudian tutup sapuan tersebut menggunakan pita pelekat dan biarkan seharian.

Pada akhir hari, periksa semula tempat kamu sapu maskara tersebut. Jika tidak mengalami sebarang reaksi alergi seperti kegatalan, merengsa atau kemerahan bermakna ianya sesuai untuk kamu!

Gerenti tak menyesal cuba 5 jenis maskara untuk mata sensitif ini

#1 INNISFREE Skinny Microcara 

Foto – Amazon

#2 CLINIQUE High Impact Mascara 

Foto – Care to Beauty

#3 SILKYGIRL Lash Prism Waterproof Mascara

Foto – Silkygirl

#4 L’OREAL Paris Voluminous Lash Paradise Waterproof Mascara

Foto – Guardian Malaysia

#5 MAYBELLINE Lash Sensational Waterproof Mascara 

Foto – Guardian Malaysia

Jika pakai sahaja maskara tanpa tahu sama ada ianya sesuai atau tidak untuk kamu, ia boleh rosakkan look kamu seharian. Jadi gunakan 5 jenis maskara ini yang sesuai untuk mata kamu yang sensitif.

Selamat mencuba!

The post Wanista Syorkan 5 Jenis Maskara Ini, Sesuai Untuk Mata Yang Sensitif appeared first on Wanista.com.

Betul Ke Putih Melepak Lepas Guna Booster Whitening Yang Viral Di TikTok?

$
0
0

Keinginan untuk memiliki kulit putih dan licin sentiasa terbenang dalam lubuk hati mana-mana wanita yang mendambakanya, dan baru-baru ini tular di TikTok produk kecantikan dari Booster Whitening dikatakan mampu merealisasikan impian tersebut.

Tapi untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan yang dikatakan itu, ikuti kupasan sepenuhnya di bawah bersama Wanista!

Produk Bebas Dari Ujian Arnab

@mimieydona

Hati-hati ya gusy ❌❌❌❌❌ jangan beli produk hasil test dari Arnab , ❤❤#esekeli #fyp

♬ Runaway – AURORA

Berdasarkan apa yang tular di TikTok, produk Body Whitening Foam dari MK Prof Skin White ini merupakan produk Booster Whitening keluaran tempatan dan ianya bebas dari sebarang ujian keatas haiwan seperti arnab dan selamat serta halal untuk digunakan.

Putih Melepak Lepas Guna Body Whitening Foam

Foto – Instagram @mkprofskinwhitehq

Berdasarkan perkongsian Mimiey Dona di akaun TikToknya, ramai pelanggannya mengakui kulit menjadi putih melepak setelah menggunakan produk Body Whitening Foam ini. Hasil dari testimoni perkongsian tersebut, ramai wanita turun ingin mencubanya.

Testimoni Pertama: Ketiak Hitam Pun Boleh Jadi Putih

@mimieydona

Ketaik hitam ? Celah2 hitam ! Jom kita tonyoh guna BWF

♬ Bulan Bintang Remix – l a l a a🧸

Testimoni Kedua: Lengan Pun Boleh Putih Melepak

@mimieydona

Tgok smpai habis #fyp #esekeli #viral

♬ original sound – MkProfSkinWhiteHQ – LadyBosMkProfSkinWhiteHQ

Testimoni Ketiga: Tangan Hitam Pun Bertukar Cerah

@mimieydona

Feedbck bnyk sngt cakap mcm2😭#fypシ #racunintiktok

♬ LOTUS FLOWER BOMB x YRN – Michael Napiza

Mana Nak Cari?

Bagi wanita yang tergoda nak mencuba produk racun TikTok ini, kamu boleh menghubungi Mimiey Dona di Instagram @mkprofskinwhitehq untuk mendapatkannya.

Jika kamu inginkan kulit putih melepak, mungkin produk beracun ini sesuai dengan kamu. Selamat beramal!

The post Betul Ke Putih Melepak Lepas Guna Booster Whitening Yang Viral Di TikTok? appeared first on Wanista.com.

Seksinya Rambut ‘Basah’ Kim Kardashian, Senang Je Nak Buat

$
0
0

Rambut ‘basah’ yang licin berkilat menjadi pilihan setiap selebriti dari karpet merah hingga ke runway. Kata mereka rambut basah atau ‘wet’ menyerlahkan lagi penampilan mereka yang seksi dan menggoda, ala-ala baru mandi.

Soalan pertama kami adalah apa yang digunakan selebriti ini agar rambut mereka kekal berkilat dan lembap sentiasa? Mungkinkah gel? Mousse? Pomade? Jangan bimbang, kita tanya pakar cara nak dapatkan penampilan seksi itu.

Pertama, keringkan rambut dengan tuala, jangan terlalu kering. Keringkan sekitar 60% dan kemudian sikat rambut dengan sikat gigi jarang. Hanya kerana stail rambut basah bukan bermakna rambut anda harus basah. Think damp, not wet!

Gunakan Gabungan Produk Gel dan Krim

Campurkan gel dan krim. Sekiranya anda hanya menggunakan gel, rambut akan rapuh, dan jika anda hanya guna krim, ia akan menjadikan rambut kelihatan berminyak. Jadi, kombo berdua ini berfungsi dengan baik.

Foto – Perfect Looks

Mulakan dengan sejumlah kecil untuk rambut halus dan seterusnya rambut tebal. Jumlah yang diperlukan bergantung pada tekstur rambut, tetapi berhati-hati untuk tidak letak terlalu banyak atau itu akan menyebabkan gumpalan.

Jangan Lupa Hairspray

Lepas guna gel dan krim, sikat rambut dengan sikat gigi jarang dan spray rambut dengan produk pilihan dari pertengahan hingga hujung, dan keringkan.

Foto – Pinterest

Jangan sembur di kulit kepala hanya bahagian rambut sahaja. Setelah kering, perlahan-lahan mengusir rambut dengan jari supaya tidak kusut, dan jadilah rambut super sleek idaman anda.

3 minit Untuk Dapatkan Look Rambut Basah

 

Mudahkan? Sesekali cubalah bertukar angin pula, rambut basah seperti Kim Kardashian. Mesti ramai yang cemburu dengan penampilan kamu menggoda itu.

Selamat Beramal!

The post Seksinya Rambut ‘Basah’ Kim Kardashian, Senang Je Nak Buat appeared first on Wanista.com.


Tolak Mata Ke Tepi & Kedip, Wanita Ajar Cara Mudah Keluarkan Contact Lenses

$
0
0

Pemakaian contact lenses ini boleh menyusahkan kalau kamu bukanlah seorang yang pro.

Kalau ketika mahu memakainya pun sudah menyusahkan, apatah lagi ketika kamu mahu keluarkannya? Dua kali ganda susahnya.

Tak dinafikan si pemakai contact lenses alami kerisauan ketika mahu keluarkannya kerana kamu tidak boleh lakukan sentuhan fizikal secara terus pada bebola mata.

Nak tahu cara yang mudah dan tidak menyakitkan? Lihat perkongsian seorang pengguna TikTok ini, hanya tolak mata ke tepi sahaja.

Cara baru: Tolak mata ke tepi sahaja

Bagi mengurangkan tekanan dan menyebabkan kerengsaan pada mata, pengguna TikTok @lalaleluu (Lala) telah menemui satu kaedah yang sangat berkesan untuk mengeluarkan contact lenses.

Mendapat tontonan lebih daripada 4 juta, Lala memberitahu bahawa pengguna contact lenses tak perlu menolak mata ke belakang sebelum mengeluarkannya.

Foto – @lalaleluu (TikTok)

Sebaliknya mereka hanya perlu menggerakkan mata ke arah tepi dan kedipkan mata dengan lembut.

“Tolakkan mata kamu ke arah tepi dan kedipkan mata untuk keluarkan contact lenses. Cara ini paling mudah dan tak perlu saya sentuh bebola mata untuk keluarkannya.”

3 langkah yang mudah dan cepat 

Untuk melakukan trik ini, pertama sekali kamu hanya perlu bukakan kelopak mata menggunakan jari. Ketika mahu membuka mata, jangan tekan terlalu kuat tetapi dengan lembut sahaja.

Foto – @lalaleluu (TikTok)

Langkah kedua gerakkan bebola mata kamu ke arah tepi, sama ada kanan atau kiri.

Foto – @lalaleluu (TikTok)

Akhir sekali kedipkan mata secara lembut untuk keluarkan contact lenses tanpa disentuh dengan tangan.

Foto – @lalaleluu (TikTok)

Ramai pengguna TikTok yang lain terkejut dan teruja 

Melihatkan trik yang mudah dan tidak menyakitkan mata ini, rata-rata pengguna yang lain meninggalkan komen di video yang dikongsi itu.

“Selama ini saya telah ‘korek’ mata untuk keluarkannya padahal saya boleh cuba trik ini.”

Foto – @lalaleluu (TikTok)

“Sekarang saya baru nampak trik ini apabila saya hampir merosakkan mata dengan kuku.”

Foto – @lalaleluu (TikTok)

“Awak memang mengubah hidup semua orang.”

Foto – @lalaleluu (TikTok)

“OMG, saya pernah mengeluarkannya guna kuku seperti sticker.”

Foto – @lalaleluu (TikTok)

Walaupun trik ini berkesan bagi pengguna contact lenses, apa-apa pun kamu perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau pakar mengenai cara pemakaian dan pengeluaran contact lenses.

Selamat mencuba!

RUJUKAN

The post Tolak Mata Ke Tepi & Kedip, Wanita Ajar Cara Mudah Keluarkan Contact Lenses appeared first on Wanista.com.

Cuci Muka Guna Kaedah ‘4-2-4’ Rahsia Wanita Jepun Flawless

$
0
0

Bila bercakap tentang rutin penjagaan wajah, setiap orang ada caranya tersendiri. Ada yang mengamalkan basic cleanse, toner, moisturiser dan sunscreen. Ada pula gunakan teknik gua sha. Krim retinol rahsia anti penuaan, serta bermacam lagi. Tiada satu pun yang salah, asalkan sesuai untuk kulit.

Seperti wanita Jepun, mencapai kulit yang sihat dan bersih memerlukan masa, dan mereka membuat ritual mereka sendiri untuk kelihatan sempurna dalam menyingkirkan masalah kulit.

Teknik ini memakan masa 10 minit dan mempunyai 3 langkah utama yang dapat menjadikan wajah bersih bersinar.

Kaedah 4-2-4 Untuk Membersihkan Wajah

Foto – Beauty Tap

Kaedah 4-2-4 adalah sistem khas yang dibahagikan kepada peringkat mengikut masa.

  • Anda mulakan dengan minyak selama 4 minit.
  • Selepas itu anda boleh menggunakan pembersih selama 2 minit.
  • Dan langkah terakhir adalah membilas selama 4 minit.

Pakar mengatakan bahawa jika anda menggunakan kaedah pembersihan ini, anda tidak perlu mencuci muka pada waktu pagi, hanya pada waktu malam. Tambahan, anda tidak perlu melakukannya setiap hari. 4 kali seminggu sudah mencukupi.

Empat Minit Awal Guna Minyak

Foto – Healtline

Guna minyak bertujuan meningkatkan peredaran dengan mengurut kulit selama 4 minit. Anda juga melembutkan lapisan atas dan membantu melonggarkan liang yang tersumbat. Sangat penting untuk memilih minyak yang betul.

Guna Pembersih Yang Sesuai Selama Dua Minit

Foto – Skincraft

Setelah mengurut wajah anda, sapukan sedikit pembersih di bahagian atas minyak. Pakar mengatakan bahawa pembersih krim lebih baik daripada yang foam atau gel kerana tidak mengeringkan kulit. Bersihkan wajah selama 2 minit dengan gerakan lembut agar tidak membahayakan wajah anda.

Bilas Guna Air Suam Dan Sejuk

Foto – Beauty Tips

Terakhir adalah membilas. Mulakan dengan air suam selama 2 minit, kemudian selesaikan dengan air sejuk selama 2 minit lagi. Air suam dapat membilas lebihan minyak dari kulit anda dan meningkatkan aliran darah ke permukaan.

Air sejuk dapat membantu mengetatkan liang pori. Teknik ini membantu menghidrat kulit sehingga selepas prosedur, wajah anda akan kelihatan berkilat.

Menarikkan cara mereka? Mungkin selepas ini anda boleh cuba kaedah wanita Jepun dalam mencapai kulit idaman yang bersih berseri.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

The post Cuci Muka Guna Kaedah ‘4-2-4’ Rahsia Wanita Jepun Flawless appeared first on Wanista.com.

Selama Ini Kita Salah Faham, Ini Bukan Bintik Hitam Tapi Trichostasis Spinulosa

$
0
0

Siapa sangka bintik-bintik hitam yang menular dan menjalar di muka selama ini sebenarnya bukanlah blackhead, tapi trichostasis spinulosa yang menyerupai bintik hitam jika di lihat pada mata kasar.

Masalah ini sering dialami oleh kaum wanita apatah lagi jika kulit muka wanita tersebut memiliki masalah liang pori yang mudah terbuka dan kerap berminyak, membuatkan trichostasis spinulosa ini boleh tumbuh di dalamnya.

Bintik Hitam Di Muka Itu Trichostasis Spinulosa Bukan Blackhhead

Foto – iStock

Menurut journalTrichostasis Spinulosa Comfirmed by Standard Skin Surface Biopsy“, trichostasis spinulosa atau dalam bahasa singkatan dikenali sebagai TS ini sebenarnya merupakan rambut halus yang terperangkap dan tumbuh dalam liang pori.

Dan kemunculan rambut halus ini akan kelihatan seperti blackhead pada pandangan kasar manusia, lalu membuatkan orang ramai menyangka bintik hitam yang muncul itu adalah blackhead tetapi sebenarnya ianya adalah trichostasis spinulosa.

Trichostasis spinulosa ini sering tumbuh di sekitar kawasan pipi, dagu, hidung, dan tulang hidung, rambut atau bulu-bulu halus berwarna hitam ini sebenarnya merupakan salah satu masalah kulit dan perlu ditangani dengan segera.

Bagaimana Nak Hilangkan TS?

@skinbydrazi

#duet with @user8qqbx27wmb they’re not #blackheads but trapped #hair #learnontiktok #pores #skincare #foru

♬ original sound – iconic films

Untuk menghilangkan rambut halus trichostasis spinulosa ini pakar dermatologi yang di kenali sebagai Dr. Azi berkongsi cara bagaimana hendak menghilangkan rambut halus di muka menerusi perkongsianya di akaun TikToknya @skinbydrazi.

Kaedah Menyepit

Foto – YouTube/JAAD

Menurut Dr.Azi, cara untuk menangani masalah bulu-bulu halus yang terperangkap dan tumbuh dalam liang pori kulit adalah dengan menggunakan kaedah tradisional.

Iaitu dengan menarik bulu halus tersebut menggunakan penyepit, dan menarik keluar bulu-bulu halus di muka secara satu persatu.

Kaedah Laser

Foto – iStock

Selain itu, Dr. Azi juga mencadangkan bagi wanita yang mempunyai masalah seperti ini boleh mendapatkan bantuan dengan menggunakan kaedah rawatan laser bagi membuang rambut halus yang ada di kulit muka.

Cara ini lebih berkesan dan cepat, bagi menanggalkan ke semua rambut atau bulu-bulu halus yang terperangkap dan tumbuh dalam liang pori di kulit muka wanita.

Jika kamu rasa di muka terlalu banyak sangat bintik hitam, periksa semula kerana boleh jadi ianya bukanlah blackhead tetapi trichostasis spinulosa.

Rujukan: 1, 2,

The post Selama Ini Kita Salah Faham, Ini Bukan Bintik Hitam Tapi Trichostasis Spinulosa appeared first on Wanista.com.

Supergoop Mineral Sheerscreen Lindungi Kulit Dari Sinaran Blue Light Yang Bahaya

$
0
0

Krim pelindung kulit 100% mineral dan tipis yang memberikan perlindungan SPF30 sambil membantu melindungi dari cahaya biru dan kulit!

Sinaran cahaya biru atau blue light sama bahayanya dengan sinaran UV. Ini kerana blue light ada di mana-mana saja, cahaya datang daripada lampu, komputer malah telefon pintar kamu.

Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan pelindungan secukupnya agar kulit terhindar dari radikal bebas yang merosakkan kulit.

Supergoop Mineral Sheerscreen Kegemaran Setiap Wanita

Formula sheerscreen dibuat untuk semua jenis kulit, sama ada sensitif, normal kepada kombinasi dan berminyak hingga yang berjerawat.

Foto – Supergoop

Sheerscreen adalah krim pelindung matahari mineral 100% dibuat dengan zink oksida bukan nano yang menenangkan kulit. Kedua-duanya meninggalkan kemasan yang sepenuhnya semula jadi, sangat ringan dan multitask sebagai primer + SPF!

Krim ini terdiri daripada serbuk putih kecil, yang menjadikannya mustahil untuk kelihatan. Tekstur ringan dan tipis bila dipakai tidak seperti SPF mineral yang lain.

Formula Dengan Ramuan Terbaik

Foto – Supergoop
  • Squalane – Menjadikan kulit lembut tanpa sisa berminyak
  • Aloe Leaf Juice – Bantu memberikan khasiat pelembab yang menghaluskan kulit
  • Bush Clover Extract – Membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh cahaya biru
  • Sheermatrix Technology – Formula untuk ‘meregangkan’ menjadi sangat ringan tanpa menjejaskan keberkesanan

Cara Guna Sheerscreen

Apply secara meneyeluruh ke rajah sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit, sebelum mekap dan 15 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari. Topup sekurang-kurangnya setiap 2 jam untuk perlindungan maksima.

Foto – Supergoop

Memberikan kemasan satin menjadi sheerscreen terbaik untuk setiap wanita. Dapatkan pada harga RM155 di Sephora sekarang.

The post Supergoop Mineral Sheerscreen Lindungi Kulit Dari Sinaran Blue Light Yang Bahaya appeared first on Wanista.com.

Nak Wajah Umpama Pakai Filter, 6 Langkah Ini Wajib Buat

$
0
0

Alangkah bahagianya kalau gambar yang diambil menggunakan filter itu merupakan wajah sebenar kita? Hmm… Tak perlu lagi letak effort untuk kelihatan cantik sepanjang masa.

Untuk pengetahuan kamu, sebenarnya kita boleh dapatkan wajah yang flawless seperti gambar yang menggunakan filter itu. Memang mudah sahaja, asalkan kamu berdisplin dan tertib dalam melakukannya.

Nak Wanista kongsikan rahsianya? Baca rahsia tersebut di bawah!

Wajib Buat 6 Langkah Ini

Dipetik daripada Vogue Australia, untuk mendapatkan kulit yang flawless, sihat dan cantik ala-ala filter di media sosial tak semestinya kamu perlukan produk yang mahal.

Foto – Pinterest

Hasil sebegitu boleh dicapai melalui displin dan pembetulan rutin penjagaan wajah yang sesuai dengan jenis kulit dan gaya hidup bagi meningkatkan kesihatan kulit wajah.

Amalkan 6 langkah ini sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan wajah kamu untuk membantu menjaga kesihatan kulit dari dalam dan luar.

#1 Wujudkan “Me Time”

Setiap kali melakukan rutin penjagaan wajah terutamanya sebelum tidur, kamu disarankan untuk wujudkan ‘Me Time‘ atau luangkan masa yang lebih untuk diri sendiri.

Foto – Allure

Manjakan diri seolah-olah kamu menjalani rawatan penjagaan wajah di spa. Tak kiralah berapa langkah rutin yang kamu amalkan sama ada 10 langkah mahupun lebih atau kurang, pastikan rutin ini padat dan menenangkan kamu.

Pada masa yang sama, jangan lupa untuk amalkan pemakaian sunscreen dengan kerap dan lakukan pembuangan sel kulit mati secara berkala dengan exfoliate.

#2 Mengurut Wajah 

Untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan glowing, penting untuk kamu lakukan urutan. Tujuan urutan wajah ini adalah untuk membantu merangsang peredaran darah di seluruh wajah.

Foto – L’Oreal Paris

Kamu boleh gunakan tangan atau alat urut wajah seperti gua sha scraper atau roller batu jade untuk melonggarkan otot di wajah. Selain itu, kamu juga boleh membuang sisa buangan (sel kulit mati, blackhead atau whitehead) dari permukaan kulit.

Petua penting untuk mengurut wajah dengan lebih berkesan, selalu sapu minyak serum pada wajah terlebih dahulu sebelum urut.

#3 Senaman Berkala 

Bersenam sangatlah penting untuk dapatkan kulit wajah yang flawless dan sihat! Kalau kamu nak tahu, bersenam secara berkala boleh tingkatkan kesihatan kulit dan badan.

Foto – Help Guide

Cuba pelbagaikan jenis senaman seperti senaman ringan dan juga berat. Untuk hari malas pula, kamu perlu lakukan senaman sekurang-kurangnya yoga kerana ia berfokuskan kepada latihan pernafasan yang baik.

#4 Kawal Tahap Kortisol

Kamu tahu apa itu kortisol? Kortisol adalah sejenis hormon tekanan yang ada pada setiap individu.

Sekiranya kamu tidak mengawal tahap kortisol dalam badan, secara langsung ia boleh berkait dengan pelbagai jenis masalah kulit. Antaranya adalah jerawat dan keradangan kulit.

Foto – Charleston Physicians

Ketika badan mengalami tekanan, kadar hormon kortisol akan meingkat dan kelenjar sebum di bawah kulit akan bertindak balas dengan merembeskan minyak secara berlebihan.

Jika kulit kamu meradang dan dinaiki jerawat, guna pembersih yang lembut dan produk spot treatment yang mengandungi bahan pencegah jerawat seperti salicylic acid. 

#5 Lindung Kulit Dari Blue Light

Tak dinafikan setiap hari kita akan menghadap skrin komputer, televisyen dan juga telefon bimbit. Untuk pengetahuan kamu, setiap satu daripada peranti ini akan menghasilkan blue light yang berbahaya pada kulit.

Foto – Allure

Kesannya ia dapat merosakkan lapisan kulit yang dalam dan menyebabkan penghasilan kolagen semakin berkurang. Jadi nak elakkannya, kamu wajib pakai sunscreen setiap hari.

#6 Tidur Dengan Cukup

Langkah terakhir dan cukup bermakna untuk mendapatkan kulit yang sihat, glowing, cantik dan flawless mestilah tidur.

Foto – Pinterest

Penting sangat untuk setiap individu mempunyai tidur yang cukup dan berkualiti. Untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti, kamu perlu siapkan badan selama satu jam sebelum tidur.

Latihkan diri untuk halang gangguan (tukar mode telefon bimbit ke silent atau plane) atau sediakan beberapa minuman panas seperti susu dan teh untuk beri isyarat pada badan dan minda bahawa kamu perlu berehat.

Jadi senang sahaja langkah-langkah ini, betul tak? Wanista percaya setiap seorang daripada kita boleh lakukannya dan mencapai hasil kulit yang flawless seperti filter tak lama lagi.

Selamat beramal ♥

RUJUKAN

The post Nak Wajah Umpama Pakai Filter, 6 Langkah Ini Wajib Buat appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live