Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

5 Kosmetik Pekerja Sephora Kata Bagus Yang Anda Patut Beli

$
0
0

Pernah tak anda berada dalam situasi di mana ‘anda dah tahu nak beli apa bila masuk Sephora, tapi tiba-tiba datang konsultan kecantikan yang syorkan anda beli produk lain, yang katanya lagi baik untuk kulit anda’.

Mungkin ada betulnya cadangan mereka, memandangkan mereka pekerja di situ dan tahu mana yang elok dan tidak pada sesuatu produk.

Satu TikToker yang merupakan bekas pekerja Sephora berkongsi beberapa produk yang elok dibeli di Sephora. Kiranya ‘must-have item’ oleh Sephora yang ramai tak tahu.

@miniinaaz

#musthaves #beautyhacks #sephora #sephoracanada #fentybeauty #makeup #veganbeauty #cleanbeauty #fyp #sephorastory #sephorachallenge

♬ original sound – miniinaaz

Tarteist Double Take Eyeliner (BELI)

Foto – Tarte

2-dalam-1, eyeliner pensil dan dan liquid mudah digunakan untuk beginner dan yang dah mahir. Pigmennya kuat dan warnanya tahan sepanjang hari dan tidak comot.

Giorgio Armani Luminous Silk Foundation (BELI)

Foundation kegemaran Meghan Markle!

Foto – Raina Looks

Giorgio Armani Luminous Silk Foundation adalah produk yang mesti dicuba. Asas yang tidak berat, mudah diguna, dan memberikan cahaya dari dalam (kesan dewy) tanpa mengirap berapa lapisan yang anda pakai.

Fenty Beauty Killawatt Highlighter (BELI)

Foto – Beauty Desk

One of the best highlighter! Highlighter ini sangat cantik dan jelas di permukaan kulit bila apply. Formulanya sangat halus dan memberi kemasan baldu yang glowing. Boleh juga digunakan untuk solekan mata, multitask.

Becca Ever Matte Poreless Priming Perfector (BELI)

Foto – Beauty Blog

Primer pengawal minyak yang melembutkan kulit, mengaburkan penampilan pori-pori, dan membantu menyempurnakan solekan sehingga 12 jam.

Sephora Collection Outrageous Plump Lip Gloss (BELI)

Sangat-sangat yummy! Menjadikan bibir anda kelihatan cantik dan plump. Mempunyai pelbagai shades yang menawan dan sangat tahan lama.

Foto – Pinterest

Diperkaya dengan minyak biji bunga matahari, minyak akar halia, dan minyak pudina, menjadikan bibir lembap, sihat dan terhidrat.

Nanti pergi Sephora, dapatkan kosmetik cadangan pekerja Sephora ini. Selamat beramal!

The post 5 Kosmetik Pekerja Sephora Kata Bagus Yang Anda Patut Beli appeared first on Wanista.com.


Nampak ‘Buruk’ Bila Tumit Merekah, Wanita Kongsi Petua Hilangkannya

$
0
0

Memang malu kalau orang lain perhatikan bahagian tumit kaki. Tambah-tambah lagi kalau merekah dan mempunyai kesan hitam. Nampak buruk sangat!

Tumit kaki yang kering akan mudah mengalami pecah-pecah atau merekah dan jika biarkan tanpa dirawat, ia boleh menjadi teruk. Nak jalan pun rasa sakit seperti menyucuk.

Tak tahu cara nak elak daripada tumit merekah atau mahu merawatnya? Cuba ikuti perkongsian wanita ini, hanya guna 2 barang sahaja untuk dapatkan tumit seperti asal.

Garam + limau nipis, hanya perlu 5 minit sahaja!

Menurut Siti Norshafika untuk menghilangkan tumit merekah, dia hanya memerlukan 5 minit sahaja sehari dengan menggunakan 2 bahan dapur iaitu garam dan limau nipis.

(Perhatian: Selain limau nipis, boleh juga guna lemon.)

Foto – Siti Norshafika Amran (Facebook)

Untuk merawat tumit merekah, ambil sebiji limau nipis dan potong kepada dua bahagian. Kemudian, ambil setengah sudu makan garam.

Cara-caranya pula adalah seperti berikut:

Foto – Siti Norshafika Amran (Facebook)
  • Ambil sebelah limau nipis yang dihiris dan lumurkan pada garam.
  • Kemudian gosokkan limau nipis yang bercampur garam ke bahagian tumit yang merekah.
  • Gosok atau scrub bahagian tersebut selama 3 minit sehingga 5 minit sebelum dibilas dengan air.
Foto – Siti Norshafika Amran (Facebook)

Selain itu kamu juga boleh gunakan berus gigi. Caranya adalah perah limau nipis tersebut di atas garam. Sapu campuran garam dan jus limau nipis di atas rekahan tumit dan gosok guna berus gigi.

Langkahnya sama sahaja seperti kamu menggosokkan dengan limau nipis secara terus. Kemudian bilas seperti biasa menggunakan air bersih.

Bagi mendapatkan hasil yang cepat dan berkesan, kamu perlu amalkan petua sekurang-kurangnya dua kali sehari atau sehari sekali (sebelum tidur).

Selamat mencuba!

The post Nampak ‘Buruk’ Bila Tumit Merekah, Wanita Kongsi Petua Hilangkannya appeared first on Wanista.com.

Guna OLAY Dah Boleh Miliki Muka Usia 20an, Seriuslah?

$
0
0

Siapa yang tidak ingin kulit wajah kembali di waktu kemuncak kita betul tak? Usia kulit wajah semasa usia 20an adalah waktu kulit yang paling anjal, tegang dan flawless dari sebarang masalah kulit dan tidak seperti waktu sekarang ini di mana kulit mula bermasalah apabila memasuki awal 30an.

Jadi bagaimana nak dapatkan kulit wajah seperti usia 20an? Rahsianya ada pada Olay, produk penjagaan wajah yang dikeluarkannya berupaya mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit muka seperti zaman muda remaja.

Nak tahu produk ajaib yang mana satu, jom selongkar di bawah!

Pencuci Muka Olay Regenerist Revitalising

Foto – Shopee

Pastinya untuk mendapatkan kulit muka idaman bermula dengan penggunaan pencuci muka yang bersesuaian bukan? Dengan pencuci muka ini segala kotoran akan di detox oleh Olay Renegerist Revitalising ini tanpa membuatkan kulit muka kamu menjadi kering.

Shopee: Tekan Sini

Serum Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence

Foto – Pinterest

Serum ini kaya dengan konsentrasi amino peptides yang tinggi dan mengandungi molekul yang dapat menghasilkan kolagen untuk mengurangkan garis penuaan, kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit wajah wanita.

Shopee: Tekan Sini

Serum Olay Regenerist Micro-Sculpting

Foto – Olay

Ini merupakan satu lagi serum yang bagus untuk kamu gunakan bagi mendapatkan wajah awet muda, tekstur yang ringan dan menyerap ke dalam kulit dengan pantas serta tidak melekit ini mampu melawan tanda penuaan, kedutan dan membuatkan kulit kekal hidrat.

Shopee: Tekan Sini

Krim Pelembap Olay Regenerist Whip

Foto – Olay/Zomorod

Nah ini bukan sembarangan krim ya, krim pelembap ini mengandungi bahan anti-penuaan yang sangat tinggi, tekstur yang sangat ringan dan pantas menyerap ke dalam kulit wajah.

Selain itu, pelembap muka ini juga dapat membekalkan dan mengunci kelembapan pada kulit wajah, menegangkan dan membuatkan kulit muka berseri seperti zaman belia semula.

Shopee: Tekan Sini

Krim Malam Olay Regenarist Micro-Sculpting

Foto – Olay/Beauty Today

Untuk mendapatkan kulit yang muda berseri penggunaan krim malam adalah satu kemestian bagi mendapatkan kulit berusia 20an, krim malam ini diperkaya dengan asid hyaluronik bersama glycerol untuk melembutkan garis kedutan dan melembapkan kulit dari dalam.

Selain itu, kandungan seperti vitamin B3 juga terdapat dalam krim ini bagi meningkatkan tenaga pada kulit dan memperbaharui sel kulit baru. Dengan formula khas untuk memberikan kulit wanita kekal hidrat sepanjang malam dengan berkesan.

Shopee: Tekan Sini

Dengan menggunakan produk penjagaan kulit wajah dari Olay ini tak mustahil untuk kamu miliki kulit wajah seperti usia 20an semula, yang penting konsisten terhadap penggunaan produk muka dan juga amalan rutin kesihatan juga perlu dilakukan untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Selamat beramal!

The post Guna OLAY Dah Boleh Miliki Muka Usia 20an, Seriuslah? appeared first on Wanista.com.

Guna Yang Ini, 5 Syampu Elok Untuk Rambut Berwarna

$
0
0

Adakah kamu jenis yang suka mewarnakan rambut setiap musim, setiap bulan? Ataupun sekadar hobi kerana bosan dengan warna semulajadi pada rambut?

Foto – Giphy

Orang kata warna rambut mampu mengubah penampilan yang lebih segar dan menarik. Lihat sahaja k-pop idol yang kerap mewarnakan rambut mereka setiap kali comeback, cukup membuatkan kita terpegun.

Mewarnakan rambut memang best, cuma yang menyampahkan cara penjagaannya. Jika kerap warna mulalah scalp jadi lemah sehingga rambut mulai gugur dan rosak.

Selain ke salon untuk rawatan, 5 syampu berikut adalah yang terbaik untuk rambut berwarna yang boleh anda gunakan untuk membaiki rambut dari kulit kepala.

Moist Diane Extra Damage Repair

Diperkaya dengan Minyak Argan Organik yang diimport asli dari bumi Morocco.

Foto – Carousell

Formula dipercayai mampu merangsang keratin rambut (akar umbi) dari dalam lapisan kulit kepala supaya mampu membaik pulih secara efektif keadaan rambut, khususnya untuk wanita Asia yang seing terdedah kepada cuaca yang tidak menentu.

Botanist Botanical Shampoo

Dikenali dengan pelbagai jenis rawatan syampu, Botanist mengandungi lebih daripada 90% ramuan tumbuhan semulajadi dan air. Bahan-bahan semulajadi yang dipilih membantu mengekalkan kelembutan rambut sambil mengekalkan kulit kepala yang sihat dan segar.

Foto – Sephora

Semua produk Botanist bebas silikon dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kelemumur, kulit kepala kering, kegatalan dan kerengsaan kulit kepala serta yang berwarna.

Ouai Repair Shampoo

Rambut kelihatan kering, rapuh dan mudah rosak selepas kerja mewarnai rambut?

Foto – Beauty Point of View

Pilih saja Ouai Repair yang berjanji untuk menguatkan helaian, menjadikan rambut lebih kuat bahkan berkilau selepas digunakan. Ia juga selamat untuk rambut berwarna malah mengekalkan dalam tempoh yang lama.

OGx Renewing Argan Oil Of Morocco Shampoo

Foto – Fabbon

Diperkayakan dengan formula minyak argan, OGx membantu memulihkan dan menguatkan kulit kepala untuk mengembalikan kelembutan bak studera. Ia akan membantu melindungi rambut anda dari pelbagai gaya, tanpa sebarang sulfat atau paraben.

LUX Luminique Goji Berry Moist Shampoo And Treatment

Foto – Shopee

Mengandungi bahan pelembap keseluruhan, LUX Luminique Goji Berry Moist Shampoo And Treatment menjanjikan untuk menghidupkan semula kulit kepala yang kering, rosak, sambil mengimbangi tahap kelembapan kulit kepala anda dan mengekalkannya pada paras yang optimum.

Jadi selepas ini tiada lagi masalah rambut rosak walau kerap warna.

Selamat Beramal!

The post Guna Yang Ini, 5 Syampu Elok Untuk Rambut Berwarna appeared first on Wanista.com.

Tepek Tisu Di Muka, Cara Nak Tahu Jenis Kulit

$
0
0

Berminyak, normal, kering atau kombinasi? Yang mana satu jenis kulit kamu?

Penting untuk mengetahui jenis kulit bagi mendapatkan produk yang sesuai, agar masalah pada kulit dapat dirawat dengan sebaiknya.

Tapi, jangan tak tahu ada wanita yang tidak tahu jenis kulit mereka. Bila ditanya beautician mereka terkial-kial nak menjawab.

Bagi memudahkan kamu semua, Wanista kongsikan satu ujian boleh dibuat untuk mengenal pasti jenis kulit muka. Dari satu kamu tahu kamu miliki jenis kulit berminyak dan sebagainya.

Hanya Guna Tisu, Tepek Ke Muka

Cara terbaik untuk mengetahui jenis kulit adalah dengan menggunakan tisu. Ujian jenis kulit ini agak mudah dan boleh dilakukan di rumah sahaja.

Foto – Wiki
  • Cuci muka seperti biasa sebelum tidur dengan pembersih ringan
  • Keringkan muka
  • Biarkan muka begitu saja, tanpa melakukan sebarang rutin kecantikan seterusnya – no pelembap, serum dan sebagainya.
  • Tepek tisu di muka ketika kamu bangun pada waktu pagi – di dahi, hidung, pipi, dagu, keseluruhan muka.
  • Dengan tepek tisu, kamu dapat melihat bahagian yang berminyak atau tidak sama sekali.

Hasil Ujian 

Sekiranya tisu tidak menyerap minyak dari kulit, ini bermaksud bahawa jenis kulit kamu normal atau sihat. Tetapi jika tisu melekat pada kulit.

Foto – Playbuzz
  • Kelihatan berkilat atau tisu menyerap minyak, itu maksudnya kulit berminyak.
  • Kulit terasa ketat atau mengelupas selepas satu jam maka kulit kamu kering.
  • Tisu menyerap minyak di Zon-T (kawasan dahi, hidung dan dagu) setelah satu jam, tetapi kawasan lain terasa kering, bermaksud kulit kombinasi.

Tapi tahukah anda bahawa jenis kulit yang dimiliki sebenarnya boleh berubah? Sebenarnya, ciri-ciri kulit setiap orang berbeza dan ini boleh berubah kerana beberapa faktor.

  • Kandungan air di kulit
  • Jumlah minyak pada kulit
  • Tahap sensitivit kulit anda
Foto – HuffPost

Afterall, sentiasa ingat untuk melakukan rutin penjagaan agar kulit terlihat sihat, bersih dan berseri.

RUJUKAN

The post Tepek Tisu Di Muka, Cara Nak Tahu Jenis Kulit appeared first on Wanista.com.

Sebelum Guna Produk Ceramide, Kamu Perlu Tahu Info Ini

$
0
0

Dr. Jart+ Ceramidin Liquid, First Aid Beauty Ultra Repair Cream, CeraVe Moisturizing Cream, antara beberapa produk popular menggunakan ceramide sebagai bahan utama.

Kita biasa dengar tentang ‘Ceramide’, tapi apa sebenarnya ceramide dan hubung kait dengan kulit wajah?

Ceramide adalah bahan terbaik untuk memerangi kulit kering, dan merupakan kegemaran kebanyakan dermatologi dan beauty guru.

“Ceramide adalah asid lemak di kulit yang membantu mengekalkan penghalang kulit dan mengekalkan kelembapan dan penghidratan.”

Apa Itu Ceramide

Ceramide merupakan asid lemak yang disebut lipid. Secara semula jadi ia terdapat di sel kulit dan membentuk sekitar 50% lapisan luar kulit (epidermis).

Foto – wistfulbeauty.blogspot.com

Ceramide berpotensi untuk memberi manfaat kepada kesihatan kulit, di mana penggunaan dalam syampu, deodorant, mekap dan produk penjagaan wajah.

Apa Yang Ceramide Buat Untuk Kulit

Ceramide mengunci kelembapan ke kulit dengan membantu mencegah kekeringan dan kerengsaan. Ia juga dapat membantu melindungi epidermis anda dari kerosakan persekitaran.

Manfaat ini mungkin memberi kesan anti-penuaan. Garis-garis halus dan kedutan sering kali lebih ketara apabila kulit kering. Mengunci kelembapan boleh mengurangkan penampilan mereka.

Foto – Stylist

Walaupun kulit manusia secara semula jadi terdiri daripada ceramide, asid lemak ini hilang dari masa ke masa. Ini boleh menyebabkan kulit kering dan kusam. Anda mungkin dapat mengurangkan kesan ini dengan menambahkan ceramide tambahan pada kulit.

Menggunakan produk yang diperkaya dengan ceramide membantu mengembalikan fungsi penghalang kulit anda dan mengunci kelembapan.

Biasanya anda akan menjumpai ceramide dalam bentuk cecair, paling biasa dalam moisturizer, tetapi ia juga digunakan dalam pembersih, toner, dan serum dengan bahan aktif seperti retinoid dan asid glikolat, yang bertujuan untuk membolehkan penembusan ceramida lebih mendalam.

Dengan itu, di bawah terdapat beberapa produk penjagaan kulit yang disuntik ceramide.

Produk Terbaik Yang Disuntik Ceramide

  • CeraVe Moisturizing Cream
Foto – Muab
  • Aveeno Skin Relief Intense Moisture Repair Cream
Foto – Makeup Alley
  • Dr. Jart Ceramidin Liquid
Foto – www.skinfullofseoul.com
  • First Aid Beauty Ultra Repair Cream
Foto – Byrdie
  • Cosrx Honey Ceramide Full Moisture Cream
Foto – Glowie Co

Kesan Sampingan Ceramide

Ceramide tidak mempunyai kesan sampingan. Walau bagaimanapun, anda boleh mengelakkan reaksi alergi dan kepekaan produk dengan menguji sedikit pada kulit anda terlebih dahulu.

Kesimpulan, ceramide miliki sifat meningkatkan hidrasi, jadi ia sangat penting untuk mengekalkan penghidratan jangka panjang dan menguatkan permukaan kulit dari tekanan persekitaran.

RUJUKAN : 123

The post Sebelum Guna Produk Ceramide, Kamu Perlu Tahu Info Ini appeared first on Wanista.com.

Boleh Hilangkan Parut Jerawat, Betul Ke Bio-Oil Berkesan?

$
0
0

Bio-Oil memang popular dalam kalangan mereka yang mahu kurangkan penampilan stretch marks atau kedutan halus di wajah.

Tapi pernah tak kamu terfikir untuk memakai Bio-Oil di wajah terutamanya bagi yang mahu hilangkan parut jerawat? Ada yang mengatakan boleh dan ada yang tidak, jadi yang mana satu betul?

Mari baca kupasan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bio-Oil dan parut jerawat.

Sesuai ke pakai Bio-Oil pada parut jerawat?

Untuk pengetahuan kamu Bio-Oil boleh digunakan pada keseluruhan wajah tanpa memberi sebarang kesan sampingan.

Dipetik daripada laman web rasmi Bio-Oil, produk ini memang sesuai dan boleh digunakan. Ini kerana Bio-Oil tidak mempunyai sifat komedogenik iaitu boleh menyumbatkan liang pori dan menyebabkan pembentukan jerawat.

Foto – Well+Good

Bagi parut jerawat pula, ia merupakan salah satu proses penyembuhan yang berlaku disebabkan oleh penumpukan kolagen di bahagian luka tersebut. Walaupun ia bersifat kekal tetapi Bio-Oil boleh bantu memudarkannya.

Menurut kajian yang dilakukan, produk Bio-Oil ini sangat berfungsi dan berkesan dengan baik pada parut jerawat yang baru iaitu berlaku kurang daripada satu tahun.

Foto – Acne Scar Treatment

Pada masa yang sama produk Bio-Oil ini boleh digunakan pada mereka yang mempunyai 4 jenis parut jerawat seperti pockmark, ice pick, rolling dan boxcar.

Bahan dalam Bio-Oil boleh pudarkan parut jerawat 

Dipetik daripada Healthline selain berkesan dalam memudarkan parut jerawat baru (usia kurang dari setahun), Bio-Oil juga dapat merawat dan mengurangkan penampilan parut jerawat yang tua.

Foto – Steemit

Menerusi kajian yang dilakukan pada tahun 2012, sebanyak 84% individu mengalami peningkatan dalam keadaan parut jerawat mereka. Manakala lebih 90% individu mengalami peningkatan warna parut.

Kalau kamu nak tahu, perubahan warna parut dan penampilan parut ini terjadi disebabkan oleh bahan-bahan yang terkandung di dalam Bio-Oil. Antaranya adalah:

  • Vitamin A dapat membantu mengelupas kulit dengan cepat dan mendorong sel kulit baru terbentuk. Bahan ini berupaya untuk mempercepatkan proses penyembuhan parut.
  • Vitamin E berkesan dalam mengurangkan penampilan parut termasuklah parut jerawat. Bahan ini juga berupaya untuk mempengaruhi pembentukan dan susunan serat kolagen untuk menyembuhkan bekas parut jerawat.
Foto – Pinterest
  • Minyak calendula dapat melembapkan dan menjana semula sel kulit serta dapat mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh kecederaan, parut atau sunburn.
  • Minyak lavender boleh melawan bakteria pada kulit serta berupaya menenangkan kulit yang mengalami jengkel.
  • Minyak rosemary mempunyai kesan antiseptik dan antimicrobial yang dapat kurangkan bakteria, virus, keradangan dan membantu penyembuhan luka.
  • Minyak chamomile dapat menyembuhkan parut atau luka, menenangkan kulit dan bersifat anti-radang. Bahan ini juga dapat mengurangkan penampilan warna yang tak sekata.

Cara yang terbaik untuk pakai Bio-Oil 

Untuk menambahkan penggunaan Bio-Oil di dalam rutin penjagaan wajah harian, Wanista syorkan untuk kamu guna dua kali sehari bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat dan efektif.

Kamu boleh titiskan beberapa titik Bio-Oil pada tapak tangan dan tepuk atau tampar secara lembut dan perlahan pada bahagian wajah (parut jerawat) untuk penyerapan yang lebih maksimum. Elakkan daripada menggosoknya di atas wajah.

GIF – Be Beautiful

Selain itu, kamu juga boleh gunakan Bio-Oil selepas pelembap atau selepas mencuci dan biarkan semalaman untuk mendapatkan manfaatnya.

Bio-Oil ini boleh dikatakan sebagai produk yang perlu ada bagi setiap wanita tak kiralah apa jenis masalah kulit sekalipun.

Sebelum menggunakannya, pastikan kamu tiada sebarang alahan terhadap bahan-bahan di dalam Bio-Oil. Jika ada, elakkan atau berhenti gunakannya.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post Boleh Hilangkan Parut Jerawat, Betul Ke Bio-Oil Berkesan? appeared first on Wanista.com.

Patutlah Lawa Persis Solekan Profesional, Semuanya Sebab Guna Berus Ini

$
0
0

Cemburu melihat solekan selebriti dan instafamous, rupa paras mereka nampak lagi berseri dan flawless tanpa sebarang cacat-celanya.

Tapi apa yang kamu tak tahu adalah kebanyakan mereka menitik beratkan perincian kecil ketika menyolek, dan untuk mendapatkan rupa paras idaman mereka memberi fokus terhadap penggunaan berus mekap untuk miliki mekap yang sempurna dan flawless.

Setiap berus mekap yang dihasilkan mempunyai tugas dan peranan masing-masing, meski ianya agak leceh tetapi demi memiliki rupa paras yang sempurna penggunaan berus mekap adalah diperlukan,

Ini antara berus mekap yang ramai wanita guna untuk dapatkan mekap wajah idaman persis solekan profesional, berikut adalah set berus mekap pilihan ramai wanita di Malaysia.

#1 Hiro Full Collection

Foto – House Of Fine Brueshes

Ini merupakan berus mekap profesional dari Kumano, Jepun dan bulu halus nan lembut ini dihasilkan seratus peratus dari bulu kambing. Semestinya set berus istimewa untuk wanita yang inginkan solekan profesional yang sempurna.

House Of Fine Brushes: Tekan Sini

#2 Sigma Beauty

Foto – Sephora

Berus dari jenama Sigma Beauty ini merupakan antara jenama berus pilihan ramai wanita, berus ikonik ini sangat lembut dan memudahkan proses solekan di wajah dengan sempurna.

Sephora: Tekan Sini

#3 Dear Dahlia

Foto – Sephora

Berus dari Dear Dahlia bagi koleksi Blooming Brush ini sesuai digunakan bagi wanita yang mempunyai kulit yang sensitif, stail berus yang menarik dan bulu berus yang lembut menjadikan solekan wajah tambah menarik.

Sephora: Tekan Sini

#4 Sephora Collection

Foto – Sephora

Sephora telah mengeluarkan terlalu banyak koleksi set berus mekap, dan ini set merupakan antara koleksi yang ramai wanita pilih untuk dapatkan solekan full coverage di muka.

Sephora: Tekan Sini

#5 Zoeva

Foto – Sephora

Koleksi berus coral eksklusif ini memberikan sentuhan lembut pada kulit ketika menyolek dan melancarkan proses blending produk mekap dengan mudah..

Sephora: Tekan Sini

Jadi bagi wanita yang impikan solekan seperti jurumekap profesional, berus ini merupakan perincian penting untuk kamu dapatkan solekan idaman dan menyerlahkan kejelitaan wajah secara sempurna.

Selamat beramal!

The post Patutlah Lawa Persis Solekan Profesional, Semuanya Sebab Guna Berus Ini appeared first on Wanista.com.


Setting Powder VS Setting Spray, Macam Ini Gunanya

$
0
0

“Aduh! Malulah kalau mekap cair dan bercapuk kejap lagi. Mana satu yang nak pakai, setting spray ke setting powder?”

Berfungsi untuk lock mekap kamu dalam satu tempat tanpa merosakannya, yang mana satu sesuai untuk kamu guna? Adakah setting powder atau setting spray? 

Kali ini Wanista nak kongsi dengan kamu yang mana satu sesuai mengikut jenis kulit dan bagaimana caranya yang betul untuk kamu pakai.

Baca perkongsian di bawah.

Setting Powder VS Setting Spray, Apa Perbezaannya? 

Untuk pengetahuan kamu, kedua-dua produk ini memang berkesan dalam mengekalkan mekap dalam jangka masa yang lama tanpa merosakannya.

Nak pakai pun kamu perlu tahu terlebih dahulu yang mana satu sesuai dengan jenis kulit kamu. Bergantung pada jenis kulit dan jenis kemasan yang dimahukan, setiap satunya ada perbezaan tersendiri.

  • Setting Powder 

Kebiasannya setting powder didatangi dalam bentuk serbuk yang sensitif terhadap kelembapan di mana kamu perlukan berus atau puff untuk gunakannya.

Foto – 100% Pure

Setting powder diformulasikan dengan cara yang dapat mengawal kulit berminyak dengan menyerap minyak tambahan di wajah. Pada masa yang sama, produk ini juga dapat kekalkan foundation di wajah tanpa mencairkan atau membuat wajah menjadi capuk.

Bergantung pada keperluan kulit kamu, setting powder boleh didapati dalam pelbagai jenis shades atau hanya sebagai translucent sahaja.

  • Setting Spray 

Lebih efektif dan serba boleh, kamu boleh gunakan setting spray selepas sahaja menggunakan setting powder untuk lock kesemua mekap kamu.

Foto – Martha Stewart

Bergantung kepada look yang kamu mahukan, setting spray boleh hasilkan matte finish dan dewy finish. Jangan risau, setting spray akan berikan tekstur yang lembut pada kedua-dua looks ini.

Yang menariknya, setting spray ini sesuai dan boleh dipakai ketika hari yang panas dan lembap serta untuk mereka yang cepat berpeluh.

Yang Mana Satu Sesuai Ikut Jenis Kulit Muka?

Nak pakai setting powder mahupun setting spray, terlebih dahulu kamu perlu tahu yang mana satu sesuai dengan jenis kulit wajah. Bukan apa, jika tidak sesuai, kedua-dua produk ini tidak dapat ‘bekerja’ dan berfungsi untuk lock mekap dalam jangka masa tertentu.

  • Setting Powder

Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak atau kombinasi, setting powder ini perlu digunakan pada bahagian yang berminyak sahaja dan bukannya keseluruhan wajah.

Foto – Ulta Beauty / Colourpop

Nak mekap lebih nampak cantik dan set di tempatnya, cuba kamu dab atau sapukan setting powder selepas menggunakan concealer. Teknik ini bukan sahaja mencerahkan kawasan di bawah mata, malah berfungsi menjaga concealer kamu untuk berada di tempatnya tanpa cair atau capuk.

Selain itu, setting powder yang mengandungi bahan seperti silica, mica dan tepung jagung bagus untuk mewujudkan kesan lembut tanpa tekstur pada wajah.

  • Setting Spray

Untuk kulit kering, setting spray sangat sesuai dan ideal kerana ia akan menarik kelembapan untuk masuk ke dalam kulit bagi menjadikannya lebih terhidrat dan lembut.

Foto – Montmartre Dionysia / Makeup Muddle

Manakala jika kamu mempunyai kulit berminyak atau kombinasi, cari bahan-bahan tertentu dalam setting spray untuk tidak merosakkan mekap dan menjaga kulit kamu.

Antara bahan yang diperlukan untuk individu kulit berminyak atau kombinasi adalah aloe vera, witch-hazel dan air mawar. Bagi aloe vera, ia berfungsi untuk menenangkan kulit daripada keradangan. Selain itu, witch-hazel dan air mawar berfungsi dalam mengawal pengeluaran minyak berlebihan di wajah.

Cara Pakai Yang Betul Dan Berkesan 

Untuk memakai kedua-dua produk ini, kamu tidak boleh sembarangan pakai jika tidak tahu teknik yang betul. Ia boleh menjadi sia-sia kerana jika tersalah cara dan teknik mekap kamu tidak akan kekal dan lock, malah ia boleh rosak dengan cepat.

Cara guna setting powder: 

  • Sebelum menyapu setting powder pada wajah, gunakan berus yang lembut, fluffy dan mempunyai hujung yang tirus. Sekiranya mahu gunakan untuk seluruh wajah, pakai berus rata yang besar.
GIF – Zula.sg
  • Untuk menyapu di wajah, ‘celup’ berus ke dalam setting powder dan sapu dalam gerakan membulat di kawasan yang berminyak seperti T-zone dan kawasan mulut.
  • Jika ada lebihan setting powder di wajah, sapu secara perlahan-lahan lebihan tersebut menggunakan berus dan siap!

Cara guna setting spray:

  • Letakkan setting spray pada jarak yang betul dari wajah. Sekurang-kurangnya 6 inci sehingga 8 nci dari wajah untuk pastikan penggunaan yang rata.
GIF – GIPHY
  • Tutup mata dan mulakan semburan di bahagian tengah wajah. Kemudian, sembur di bahagian dahi dan tepi wajah. Sembur hanya sekali sahaja.
  • Tunggu beberapa minit dan biarkan setting spray yang disembur di wajah kering sepenuhnya.

Kedua-dua produk ini ada cara penggunaan dan fungsinya tersendiri. Jika kamu pakai dan tidak berkesan sebelum ini, cuba semak kembali cara pakai dan adakah kulit kamu sesuai untuk gunakannya.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Setting Powder VS Setting Spray, Macam Ini Gunanya appeared first on Wanista.com.

Lupakan Filler, 5 Lip Plumper Untuk Bibir Lebih Tebal Yang Seksi

$
0
0

Mengejar bibir tebal yang lebih besar bukanlah trend baru. Mungkin ada orang memilih untuk melakukan filler, tapi ada juga yang mengelak dari sebarang perubatan dengan cara yang lebih asli, asalkan menjanjikan penampilan menarik tanpa jarum.

Anda tahu lip plumper? Tidak seperti trend bibir pelik yang lain, lip plumper akan menambah bibir anda dan menjadikannya kelihatan semula jadi lebih penuh, sesuailah dengan namanya ‘plumper’.

Apa yang dilakukan lip plumper?

Lip plumper diformulasikan dengan bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit seperti menthol, wintergreen, ginger dan capsaicin, di mana akan memberikan sensasi menyengat dan membengkak pada bibir.

Foto – Urban Decay

Sensasi ringan menyebabkan darah mengalir ke permukaan bibir membentuk struktur yang lebih penuh. Ia membantu menahan kelembapan di permukaan kulit yang memberikan bibir kesan bengkak tetapi tanpa kerengsaan atau reaksi.

Cara pembuatannya sama seperti gincu atau lip gloss, ada agen pelembap, pigmentasi, minyak dan lilin, sehingga anda boleh memakainya setiap hari.

Kesan sampingan pakai lip plumper

Berita baik adalah lip plumper tidak ada kesan sampingan. Sensasi ringan seperti gigit semut cepat hilang, dan ia mempunyai bahan penghidratan yang menjadikan bibir anda sentiasa terhidrat. Selain daripada ini, bahan-bahannya semula jadi, selamat digunakan.

Foto – Pinterest

Walau bagaimanapun, jika anda ala pada salah satu yang digunakan, misalnya pudina atau halia, anda patut menguji produk terlebih dahulu di lengan sebelum menggunakannya secara langsung di bibir.

Sekarang anda mengetahui hampir semua perkara tentang lip plumper, mari Wanista kongsikan jenis lip plumper yang ada di pasaran, hanya jenama terbaik saja.

Dior Addict Lip Maximizer Plumping Gloss (BELI)

Foto – Sephora

Filorga Nutri-Filler Lips Nutri-Plumping Lip Balm (BELI)

Foto – Beauty Monster

Too Faced Lip Injection (BELI)

Foto – Too Faced

e.l.f. Cosmetics Lip Primer & Plumper (BELI)

Foto – Shopee

Charlotte Tilbury Collagen Lip Bath Gloss (BELI)

Foto – Sephora

Final verdict? Kalau tanya Wanista, lip plumper pilihan adalah Dior Addict Lip Maximizer Plumping Gloss dan Too Faced Lip Injection, ia memberi sensasi yang menenangkan dan kamu dapat bibir tebal dan penuh idaman.

Happy Shopping!

The post Lupakan Filler, 5 Lip Plumper Untuk Bibir Lebih Tebal Yang Seksi appeared first on Wanista.com.

Viral Set BeautyWise Rejuvenating, Pakai Confirm Wajah Putih & Berkilat Macam Kaca

$
0
0

“Sudah 2021 pun masih ada orang yang pakai produk timbang kilo?”

Ya masih ada lagi. Baru-baru ini pula, penulis ternampak satu posting mengenai produk timbang kilo iaitu set BeautyWise Rejuvenating di Twitter.

Sangat menakutkan apabila melihat hasilnya. Bukan apa, tengok sahaja pun sudah tahu skin barrier mungkin sudah rosak.

Nak tahu lebih lanjut, baca kupasan di bawah.

Set BeautyWise Rejuvenating, Wajah Jadi Putih Dan Berkilau 

Awal perkongsian yang dibuat oleh penjual set BeautyWise @schamell31 di TikTok, jenama lokal ini dikatakan sangat berkesan bagi mereka yang mahukan hasil yang cepat dalam masa yang singkat.

“Calit-calit sebelum tidur, esok bangun confirm wajah jadi cantik seperti yang diingini”

@schamell31

Jum dapat kan skin yg sangat Glowing #fyp #foryoupage #beuatywisesetreju #fypシツ♡ #esekali #beuatywise

♬ original sound – Mauloreo – Mauloreo

@schamell31

Jum cantik sebelum raya ✨ scha akan Guide korang jadi skin mcm scha ❤ kalau nk komen “NAK” #beautywiserejuvenatingset #fypdongggggggg #fypシ #fyp

♬ original sound – OKTOBER📍 – 𝒪𝓀𝓉𝒶𝒶📍

Melihatkan perkongsian tersebut, ada juga beberapa pengguna TikTok lain mula terjebak dengan trend ini dan berkongsi mengenainya.

@schamell31

#feedback #beuatywisesetreju #fyp #fypシ #foryoupage #CanYouBendChallenge #skincare #cantikbanget #tiktokmalaysia #tiktokindonesiafyp

♬ original sound – @_it’s Laiba ❤

@beautywiseskincare__

nak kulit glowing macam ni ? Jum beli set beautywise sekarang 😍 rm60 sahaja satu set . Semoga ada rezeki buatku aamiin 🤲 #supportsmallbusiness

♬ 5 SONGS MASHUP – Samuele Brignoccolo

@beautywiseskincare__

Nak dapatkan skin macamni ? Jom order sekarang 😍

♬ original sound – rozyanaroslan2 – rozyanaroslan2

@beautywiseskincare__

Jom dapatkan set bw sekarang . Kita guide sampai jadi

♬ original sound – Kett_ – Kett_

Berkesan Selepas Guna, Tapi Pakar Kata Begini…

Dipetik daripada Malay Mail, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendesak agar masyarakat terutamanya wanita tidak menggunakan produk ini kerana mengandungi racun berjadual.

“Pemberitahuan mengenai produk kosmetik tersebut telah dibatalkan oleh pengarah kanan Perkhidmatan Farmasi KKM. Oleh itu, produk ini tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia”, ujar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham.

Foto – Shopee / Soyacincau.com

Menurut beliau, set BeautyWise Rejuvenating ini mengandungi hydroquinone dan tretinoin iaitu ubat-ubatan yang perlu didaftarkan kepada Penguasa Kawalan Dadah. Di mana kedua-dua bahan ini hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional pakar kesihatan.

Kedua-dua bahan ini jika digunakan ia berupaya untuk memberi beberapa kesan sampingan seperti:

  • Hydroquinone – kulit kemerahan, hipersensitif, depigmentasi dan tingkatkan risiko kanser kulit
  • Tretinoin – kulit menjadi tidak selesa, mengelupas dan sensitif terhadap matahari

Ramai Yang Sedar Bahawa Produk Ini Adalah Timbang Kilo 

Melihatkan produk, maklum balas dan hasil yang dikongsi ramai pengguna media sosial sama ada di TikTok mahupun di Twitter sedar bahawa produk tersebut adalah timbang kilo.

Foto – Twitter
Foto – Twitter

Foto – @schamell31 (TikTok)
Foto – @schamell31 (TikTok)
Foto – @schamell31 (TikTok)

Jika kamu berniat untuk membeli set BeautyWise Rejuvenating ini, lebih baik kamu elakkan. Memang nampak berkesan dan kulit menjadi cantik tetapi untuk jaga masa yang panjang, ia tidak bagus untuk kulit kamu.

Guna produk yang berdaftar dan diyakini. Jika wajah menjadi breakout, dapatkan rawatan dan nasihat daripada ahli dermatologi.

RUJUKAN

The post Viral Set BeautyWise Rejuvenating, Pakai Confirm Wajah Putih & Berkilat Macam Kaca appeared first on Wanista.com.

Wanista Dah Cuba! Memang Lembut Tapak Tangan, Tak Payah Pakai Losyen Pun

$
0
0

Wanita mana yang tidak ingin tapak tangan mereka menjadi selembut kapas dan sedap ketika bersentuhan tanpa rasa kasar atau kering. Biasanya untuk dapatkan tapak segebu dan selembut kapas ini, wanita perlu rajin memakai losyen setiap hari barulah dapat kulit tapak tangan idaman.

Tapi malangnya tak semua wanita rajin dan mahu memakai losyen tangan apatah lagi, ramai wanita menganggat memakai losyen tangan hanya membuang masa dan ada juga yang mempunyai alahan jika memakai losyen di tangan.

Dengan pelbagai sebab dan asbab ini tak ramai wanita mahu memakai losyen pada tapak tangan, jadi bagaimana nak miliki kulit tapak tangan yang anjal dan lembut adakah tiada cara lain?

Wanista Dah Cuba, Memang Berkesan!

Foto – Pinterest

Hari ini penulis akan berkongsi satu tips rahsia yang selama ini penulis sendiri guna pakai untuk dapatkan tapak tangan selembut dan segebu kapas dan hasilnya memang tip-top sangat.

Pada awalnya penulis kurang perasan sangat, tetapi setelah hampir sebulan mengulangi cara dan rutin yang sama memang rasa kelainan pada tapak tangan penulis. Dari kulit kering dan penuh garis-garis kasar, bertukar menjadi lembut dan garis kasar menjadi halus.

Rutin Kecantikan 2 Kali Sehari, Lihat Hasil Dalam Sebulan

Foto – Pinterest

Terus-terang penulis sendiri bukanlah penggemar memakai losyen tangan sangat, tetapi wanita manalah yang mahu kulit tangan menjadi kasar dari hari ke hari tanpa pelindungan bukan?

Cara rahsia yang penulis ingin kongsikan, bagi mendapatkan kulit tapak tangan selembut kapas ini sebenar adalah mengamalkan rutin penjagaan dan kecantikan wajah.

Ya, betul kamu tak salah baca hanya dengan mengamalkan rutin penjagaan kecantikan diri yang biasa kamu lakukan ketika bangun tidur waktu pagi dan sebelum tidur waktu malam.

Produk Penjagaan Kecantikan Beri Kesan Pada Tapak Tangan Juga

Foto – Floral Skin

Tahu tak setiap produk kecantikan yang kamu guna pada kulit muka kamu itu sebenarnya memberi kesan kepada tapak tangan kamu juga.

Penggunaan pelembap muka, toner, krim siang dan malam yang kamu letak atau tuang di tapak tangan dan kemudian urut di wajah itu bukan saja meresap dalam kulit muka saja ia juga meresap ke dalam tapak tangan juga dan hasilnya kulit di tapak tangan menjadi halus dan lembut.

Foto – 100% Pure

Bagi penulis yang kurang memakai losyen di tapak tangan, penemuan ini memang terbaik untuk penulis yang inginkan tapak tangan lembut dan terjaga dan kamu juga boleh gunakan cara dan lihat hasilnya.

Wanita mungkin tak rajin nak pakai losyen tapi rutin penjagaan kulit pastinya tidak boleh tinggal bukan? Nah, dengan rajin mengamalkan penjagaan kulit wajah secara tidak langsung tapak tangan kamu juga menjadi lembut kan seronok.

Selamat beramal!

The post Wanista Dah Cuba! Memang Lembut Tapak Tangan, Tak Payah Pakai Losyen Pun appeared first on Wanista.com.

Brilliant Skincare Ada Racun Berjadual, Masih Ramai Pakai & Tak Sedar Bahayanya

$
0
0

Sudah tahun 2021 pun masih ada yang bertanya sama ada Brilliant Skincare ini berbahaya atau tidak?

Bagi yang tidak tahu Brilliant Skincare iaitu Brilliant Skin Essentials Rejuvenating telah disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

Baru-baru ini penulis perasan ada juga yang masih memakai produk jenama ini, jadi adakah mereka tidak tahu produk ini sebenarnya berbahaya?

Baca kupasan di bawah.

Trend Dapat Kulit Idaman Dengan Brilliant Skincare 

Di TikTok ramai yang terpengaruh dengan trend untuk mendapatkan kulit idaman dengan memakai set Brilliant Skin Essentials Rejuvenating (facial toner dan facial cream).

@ladybosszila

Kelebihan set rejuvenating facial set #brilliantskinessentials #brilliantskincaremalaysia

♬ original sound – Qeela – QeelaRee

@madusenyumm

#brilliantskinessentials #brilliantskincaremalaysia #brilliantskinlabuan @iammissglenda

♬ Lepas guna tag lah nanti aku like – baby🤍

Malah ada juga yang memberi tunjuk ajar untuk mereka yang baru berjinak-jinak mahu memakai set Brilliant Skin Essentials Rejuvenating ini.

@afizahrazali

Reply to @nieda9 For Newbie🥰 #rejuvenatingset #fypシ #Serum #sunscreen #brilliantskincaremalaysia #brilliantskinessentials

♬ Gadis baju item monggo dipakee soundnya hiyaaa – iam.moon:)

@effashawal

good morning tq #brilliantskinessentials tq #brilliantskincaremalaysia i love my skin now😭😭

♬ bunyi asal – effashawal – effashawal

@fieyynasir

Before and After #brilliantskinessentials #rejuvenatingset #feedbackbrilliantskincare

♬ original sound – veldyaa_ – veldyaa_

Perhatian! Memang Ada Racun Berjadual Dalam Produk Ini 

Menurut perkongsian video pendek @druglordfxdl di TikTok, set Brilliant Skin Essentials Rejuvenating ini telah disenaraikan oleh pihak KKM sebagai produk yang mempunyai racun berjadual.

“Jenama ini mengandungi bahan racun berjadual seperti hydroquinone dan tretinoin. Dalam kata lain, racun ini berada di dalam kumpulan C.”

@druglordfxdl

Reply to @biarlah_rahsia1 Hi Harap membantu 😁 btw video saya kena report, mesti agent2 aisdabelyu busuk hati sksk

♬ original sound – CEO OF EXPOSE – CEO OF EXPOSE

Untuk pengetahuan kamu, nak gunakan racun berjadual (hydroquinone dan tretinoin) perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Pada masa yang sama, kandungan racun berjadual ini hanya boleh dijual setelah mendapat nasihat profesional kesihatan dan dipantau jumlah penggunaannya.

Kebiasaannya, bahan ini hanya dijual oleh mereka yang mempunyai lesen yang sah sahaja seperti ahli farmasi.

Rekod KKM Ada Buktinya…

Dipetik daripada Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggesa orang ramai terutamanya wanita untuk elak daripada membeli produk dari jenama ini.

Seperti yang telah disenaraikan oleh KKM, Brilliant Skin Essentials Rejuvenating Facial Toner dan Brilliant Skin Essentials mengandungi bahan racun berjadual seperti hydroquinone dan tretinoin.

Foto – Lazada / The Star

“Notifikasi produk kosmetik ini sudah dibatalkan berikutan mengandungi bahan racun berjadual dan produk ini tidak akan dibenarkan untuk dijual di dalam Malaysia”, ujar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Penggunaan produk berkenaan tanpa pengawasan daripada kakitangan profesional kesihatan secara tidak terkawan boleh memberikan beberapa kesan sampingan yang tak diingini kepada si pemakai.

Bahan beracun seperti hydroquinone dan tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, perubahan warna kulit, kanser kulit, kulit mengelupas dan juga hipersensitif pada cahaya matahari.

Foto – VB Beauty Care

Jadi kalau kamu masih menggunakan produk Brilliant Skin Essentials Rejuvenating ini, lebih baik kamu berhenti dengan segera. Sekiranya mengalami ketidakselesaan atau kesan buruk jumpa dengan doktor atau ahli profesional kesihatan.

Apa-apa pun, sebelum membeli sebarang produk kosmetik, pastikan kamu menyelidiknya terlebih dahulu sebelum membeli. Ingat nak cantik pun kena pandai.

Selamat beramal!

The post Brilliant Skincare Ada Racun Berjadual, Masih Ramai Pakai & Tak Sedar Bahayanya appeared first on Wanista.com.

4 Lip Balm Mentholatum ‘Tone My Lip’ Buat Bibir Lembut & Lembap Sepanjang Hari

$
0
0

Tak sampai tengahari, bibir kamu kelihatan kering dan pecah-pecah walaupun dah oles dengan lip balm.

Lip balm baru oleh Mentholatum yang dipanggil Tone My Lip mempunyai sifat pembetulan warna dan memberikan kesan pelembapan lembut pada bibir untuk menyerikan bibir anda.

Lip balm dengan tindakan tiga kali ganda ini berfungsi untuk membetulkan warna bibir, melembapkan bibir dengan bahan-bahan penjagaan kulit yang menghidrat dan menyaluti bibir dengan warna tipis kerana formulasi penyalutan disertakan dengan minyak bertekstur ringan.

Tone My Lip sangat sesuai untuk mereka yang tidak gemar memakai gincu kerana Tone My Lip dapat melembapkan bibir dengan mendalam dan membetulkan warna bibir dengan warna semula jadi. Bibir cantik anda akan kelihatan sihat dan berseri.

Terdapat Empat Pilihan Berbeza Yang Menarik

Setiap lip balm ini mengandungi bahan-bahan penjagaan kulit yang menghidratkan seperti Hydrolyzed Collagen dan Hyaluronic Acid dan vitamin A, C dan E berkhasiat, dan formulasi penyalutan yang memberi bibir kesan 3D yang lembut.

  • Blossom Pink – Untuk Bibir Pucat
Foto – Mentholatum

Berfungsi untuk mencerahkan bibir pucat dengan melembapkan dan membetulkan warna bibir dengan warna semula jadi untuk menjadikan bibir anda kelihatan sihat berseri.

  • Bright Up Red – Untuk Bibir Gelap & Kusam
Foto – Mentholatum

Untuk mencerahkan bibir gelap dan kusam dengan melembapkan dan membetulkan warna bibir dengan warna semula jadi untuk menjadikan bibir kelihatan sihat berseri.

  • Yellow Pink – Untuk Bibir Tak Sekata
Foto – Mentholatum

Mengimbangi dan meratakan warna bibir dengan melembapkan secara mendalam dan membetulkan warna bibir dengan warna semula jadi untuk menjadikan bibir cantik berseri.

  • Green Clear – Untuk Bibir Yang Terlalu Kemerahan
Foto – Mentholatum

Berfungsi untuk meneutralkan warna kemerahan bibir dengan melembapkan secara mendalam dan membetulkan warna bibir.

Tidak kira anda bekerja dari rumah atau keluar bersantai dengan seseorang, oleskan lip balm salap bibir Mentholatum Tone My Lip untuk memastikan bibir anda lembap dan kelihatan sihat.

Tone My Lip bebas wangian Mentholatum ini dijual pada harga RM19.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya terkemuka mulai Jun 2021.

The post 4 Lip Balm Mentholatum ‘Tone My Lip’ Buat Bibir Lembut & Lembap Sepanjang Hari appeared first on Wanista.com.

Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar, Ini Kata Pakar

$
0
0

Parut hipertrofik, parut apa pula ini tak pernah dengar pun?

Sebenarnya parut hipertrofik merupakan tindak balas yang tidak normal yang berlaku semasa proses penyembuhan akibat trauma atau kecederaan yang teruk pada kulit, parut hipertrofik dapat dikenal pasti dengan rupa parut yang tebal, lebar dan muncul di pada kawasan yang berlaku kecederaan.

Parut ini tidak membahayakan nyawa cuma, akan membuatkan diri berasa gatal di sekitar kawasan parut tersebut.

Dan jika kamu pernah mengalami kecederaan yang serius pada wajah atau badan akibat kebakaran, kecederaan teruk atau luka yang dalam proses penyembuhan di jangkiti kuman, ia boleh menyebabkan pembentukan parut hipertrofik secara tidak langsung.

Tidak Boleh Dibiarkan

Foto – Medical News Today

Menurut Healthline, parut sebegini harus di rawat dengan segera dan tidak boleh di ambil ringan semata apatah lagi jika ianya berlaku pada sekitar wajah dan bahagian tubuh wanita kerana ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan psikologi wanita.

Terutamanya jenis wanita yang terlalu menjaga kecantikan diri, parut sebegini pastinya umpama racun buat mereka yang tidak boleh melihat sebarang cacat-cela pada kulit wajah dan badan.

Rawatan Perubatan

Foto – Health Grades

Untuk merawat parut hipertrofik ini kamu boleh mendapatkan khidmat nasihat doktor dan memilih jenis rawatan yang mana sesuai untuk kamu jalani, berikut antara jenis rawatan perubatan yang boleh digunapakai.

  • Rawatan corticosteroid – suntikan steroid ke dalam parut setiap enam minggu boleh melembutkan dan meratakan parut.
  • Rawatan laser – cara ini berkesan mencerahkan dan meratakan parut yang masih baru terbentuk.
  • Rawatan bleomycin – suntikan bakteria ke dalam parut bagi meningkatkan rupa parut dan melegakan rasa gatal dan sakit yang disebabkan oleh parut hipertrofik.
  • Rawatan cryotherapy – doktor akan membekukan tisu pasut dengan cecair nitrogen untuk membantu meratakan parut dan cara ini selamat untuk digunakan tanpa toksin.
  • Rawatan pembedahan – parut ini juga boleh ditangani menerusi pembedahan dan kulit sembuh seperti biasa jika tiada masalah jangkitan kuman atau iritasi berlaku.

Rawatan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Foto – Amazon/JH Pharmacy

Bagi yang ingin mengubati parut dengan kaedah rawatan di rumah juga boleh, cuma ianya akan mengambil masa yang lebih lama untuk hilang berbanding dengan cara rawatan perubatan, berikut adalah beberapa cara rawatan rumah yang boleh digunapakai.

  • Produk silikon – apa jua produk silikon untuk rawatan parut seperti jenis gel, cecair, lembaran atau foam, ada terjual di farmasi (khas untuk luka, kebakaran, kecederaan).
  • Urutan dan tekanan – kamu juga boleh mengurut dan menekan kawasan sekitar parut dengan melilit parut dengan kain balutan, untuk melemahkan tisu parut dan meratakan rupa parut tersebut.
  • Krim ekstak bawang – krim ini juga di kenali sebagai mederma dan ianya berkesan mengurangkan rupa parut pada kulit.
  • Minyak bio – minyak ini juga bagus untuk meratakan parut dan mencerahkan parut hipertrofik, yang penting rajin pakai dalam tempoh yang lama untuk menghilangkan parut pada kulit.

Jika kamu mempunyai parut hipertrofik yang masih baru segeralah mendapatkan rawatan perubatan atau guna kaedah rawatan rumah ini, kerana jika parut tersebut sudah lama ia sukar untuk dihilangkan dan lagi haru-biru jika parut tersebut terdapat di muka.

Rujukan: 1, 2,

The post Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar, Ini Kata Pakar appeared first on Wanista.com.


Sumpah Pakai L’Oreal True Match Buat Muka Lagi Flawless!

$
0
0

“Flawless beauty, wujud ke kecantikan tanpa cacat-cela? Guna mekap boleh ke ubah muka macam magik?”

Di dunia ini beribu jenama kosmetik terkenal dunia menjanjikan transformasi wajah yang luar biasa dan flawless, tapi yang mana satu produk kosmetik yang benar-benar memberi hasil seperti yang di janjikan itu?

Kaum hawa dari pelbagai lapisan umur sangat mementingkan aspek kecantikan wajah, dan pastinya produk kosmetik yang menawarkan transformasi seperti magik menjadi perhatian serta pilihan kaum wanita.

Menariknya antara banyak-banyak jenama popular dunia, produk kosmetik L’Oreal dari siri True Match mampu membuatkan wanita miliki wajah idaman yang flawless bak di jampi sihir magik.

True Match Liquid Foundation

Foto – L’Oreal Paris

Kombinasi ultra-blendable bersama pearlizer dan ultra-fine pigments membuatkan krim foundation ini sangat mudah menyerap ke dalam kulit wanita Malaysia, apatah lagi dengan 16 variasi tona warna yang ditawarkan membuatkan wanita dapat memilih dengan bebas mengikut warna kulit masing-masing.

L’Oreal True Match: Tekan Sini

True Match Two-Way Cake

Foto – L’Oreal Paris

Bukan bedak compact biasa, ia dihasilkan bagi menyempurnakan tona warna kulit wajah agar menjadi lebih sekata dan kelihatan semulajadi. True Match Two-Way Cake ini hadir dalam lapan jenis tona warna pilihan yang boleh disuai padan mengikut warna kulit masing-masing.

L’Oreal True Match: Tekan Sini

Super Blendable Powder

Foto – L’Oreal Paris

Tak lengkap pemakaian mekap tanpa Super Blendable Poweder ini, ia di reka khas bagi membuatkan wajah jadi lebih berseri selepas memakai krim foundation. Tambahan lagi, dengan sapuan blendable powder ini ia akan membuatkan wajah jadi flawless semudah 123.

L’Oreal True Match: Tekan Sini

True Match Concealer

Foto – L’Oreal Paris

Kunci rahsia bagi mendapatkan kawasan mata yang berseri, cerah dan licin, True Match Concelar ini adalah rakan baik wanita bagi melawan bintik dan lingkaran gelap bawah mata secara profesional. Krim concealer ini hadir dalam enam tona warna yang boleh disuai padan mengikut warna kulit wanita tempatan.

L’Oreal True Match: Tekan Sini

Tangan wanita yang bijak mengenakan empat kunci rahsia dari True Match ini memang boleh buat hati wanita cair, mana tidaknya variati warna memang sesuai sangat untuk kulit wanita Malaysia dan tambahan lagi harganya juga sangat berpatutan.

Pendek kata memang berbaloi sangat guna dan hasil pun tip-top, siapa yang tak suka kosmetik berkualiti tinggi dan harga mampu milik betul tak.

Selamat beramal!

The post Sumpah Pakai L’Oreal True Match Buat Muka Lagi Flawless! appeared first on Wanista.com.

Kosmetik Baru Tiba Di Sephora, Bikin Penampilan Kamu Makin Cantik Berseri

$
0
0

Sejak Sephora mengumumkan kosmetik Rare Beauty akan mendarat di Sephora Malaysia, ramai betul yang teruja. Semua tak sabar nak miliki set mekap dari si genit cantik manis Selena Gomez, tak sabar nak main mekap katanya. Alaaa penulis pun tak sabar!

Nak tahu bukan Rare Beauty saja, terdapat beberapa kosmetik lain yang tak kurang hebat juga menarik untuk anda selongkar, antaranya Natasha Denona dan Bite Beauty.

Rare Beauty

Foto – Rare Beauty

Apa yang menarik tentang kosmetik Selena Gomez ini? Set foundation paling ringan meresap terus ke dalam kulit tanpa rasa cakey, 12 pilihan warna gincu souffle paling hot penuh memikat, liquid lumnizer membuatkan wajah glowing dan bermacam lagi yang menarik.

Foto – Rare Beauty

Lagi satu, kosmetik Rare Beauty juga mampu milik dan eksklusif di Sephora saja. Tiba pada musim panas ini, jangan lupa dapatkan Rare Beauty!

Bite Beauty

BITE terkenal dengan produk sensual untuk kulit, bibir dan mata menggunakan superfood sebagai bahan utama. Semua formula BITE bersih, vegan, bebas kekejaman, dan bebas gluten.

Foto – Bite Beauty

BITE memanfaatkan kekuatan bahan-bahan yang kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral, asid lemak dan banyak lagi, sekaligus menjadikan produk bukan setakat mencantik tapi menawan dan melindungi kulit wajah juga.

Foto – Bite Beauty

Natasha Denona

Kalau sukakan mekap ala 90-an yang kaya dengan warna coklat, Natasha Denona jawapannya!

Foto – Natasha Denona

Natasha dicipta oleh ahli profesional dengan mengembangkan formula yang dibuat dari bahan berkualiti tinggi untuk menjadikan kecantikan penuh sempurna.

Formula butter yang sangat lembut memastikan tekstur tahan lama dan mudah dicampurkan dengan hanya satu sapuan lahir dari set bronze palette berpigmentasi tinggi. Dengan 18 pilihan warna gincu nude dari cerah hingga ke gelap memberikan complexion cantik berseri, dan bermacam lagi.

Foto – Natasha Denona

Kosmetik di atas boleh didapati secara atas talian sephora.my atau dapatkan terus di gedung Sephora yang terpilih. Memandangkan sekarang kita dikehendaki duduk rumah, jadi lebih baik beli online saja.

Selamat beramal!

The post Kosmetik Baru Tiba Di Sephora, Bikin Penampilan Kamu Makin Cantik Berseri appeared first on Wanista.com.

Nak Cari Toner Untuk Kulit Berjerawat, Kamu Kena Tahu Perkara Ini

$
0
0

“Banyaknya pilihan toner di pasaran, yang mana satu terbaik untuk kulit berjerawat?”

Memang rumit nak cari toner sesuai dengan kulit kita, lagi-lagi yang jenis sensitif dan mula naik merawat bila meletakkan sesuatu di wajah.

First thing first, apa itu toner? Perlu ke guna toner selepas rutin pembersihan? Toner adalah larutan cecair yang disapukan pada kulit dengan cotton pad. Kamu menggunakannya hanya selepas pembersihan dan sebelum rawatan dan pelembap. Toner dapat membantu menghilangkan sisa kotoran, solekan, dan minyak berlebihan.

Soalan paling biasa kita tanya, boleh ke toner hilangkan jerawat?

Toner dapat membantu memperbaiki jerawat dan cela, tetapi ia tidak akan membersihkan jerawat yang berterusan.

Foto – SkinKraft

Maksudnya, bahan yang terkandung dalam toner juga perlu dititik beratkan, asalkan mengandungi bahan pencegah jerawat seperti salicylic acid atau benzoyl peroxide. Produk dengan ramuan ini membantu membersihkan liang pori dan mencegah bintik hitam dan jerawat kecil terbentuk.

Macam mana nak pilih toner untuk kulit jerawat?

Untuk membantu memerangi dan mencegah cacat cela, cari produk dengan ramuan pencegah jerawat. Lihatlah bahan aktif sama ada benzoyl peroxide atau salicylic acid.

Foto – Skin Guide

Elakkan toner dengan bahan aktif ini jika kamu mengambil sebarang rawatan jerawat, seperti krim atau ubat-ubatan. Menggunakan terlalu banyak produk ubat pada kulit boleh menyebabkan kulit kering, dan menjengkelkan. Sebagai ganti, cari toner yang mengandungi bahan menenangkan seperti lidah buaya atau gliserin.

Perhatikan bagaimana produk buat kamu rasa, adakah membakar dan menyengat, itu maksudnya toner terlalu kuat untuk kulit kamu. Sebaliknya carilah toner yang menjadikan kulit berasa segar dan bersih, dan tidak memberi reaksi bila digunakan.

Toner yang dermatologi cadangkan untuk kulit sensitif dan jerawat

Dermatologi mencadangkan untuk kulit berjerawat atau kering dan sensitif, elak toner berasaskan alkohol sama sekali. Bahan-bahan yang boleh bermanfaat untuk kulit sensitif adalah bahan pelembab seperti gliserin, antioksidan seperti vitamin C, dan bahan anti-radang.

Thayers Alcohol-Free Rose Petal Witch Hazel Facial Toner (BELI)

Foto – Business Insider

Avène Gentle Toning Lotion (BELI)

Foto – Shopee

Sulwhasoo Essential Balancing Water (BELI)

Foto – Sephora

Paula’s Choice Skin Recovery Enriched Calming Toner (BELI)

Foto – Paula’s Choice

Jurlique Rosewater Balancing Mist (BELI)

Foto – Jurlique

Kesimpulan, bila nak cari toner, sila perhatikan bahan yang terkandung di dalamnya. Ambil produk bebas alkohol. Ya, bukan semua alkohol buruk, tetapi jika kamu mempunyai kulit sensitif, jauhkan, kerana boleh menjadi terlalu keras dan kering.

Selamat beramal!

RUJUKAN : 12

The post Nak Cari Toner Untuk Kulit Berjerawat, Kamu Kena Tahu Perkara Ini appeared first on Wanista.com.

Guna Serum No.1 Korea ‘Mise-en-Scène’, Rambut Terus Cantik Macam Buat Di Salon

$
0
0

“Sukalah tengok rambut Blackpink Rose. Walaupun asyik berubah warna tapi nampak sihat dan cantik berkilat, apa yang dia pakaikan?”

Kamu pun boleh dapat rambut sebegitu dengan hanya menggunakan serum rambut Korea ini. Sekali pakai, rambut terus cantik, sihat dan berkilat macam buat di salon, padahal DIY di rumah.

Perfect Serum Dari Mise-en-Scène Himpunkan 7 Keajaiban Minyak

Jenama kosmetik rambut Korea Selatan, Mise-en-Scène yakin dapat memberikan yang terbaik untuk penampilan rambut sempurna seperti di salon, setiap hari dan pada bila-bila masa, di rumah atau tidak.

New Upgraded Perfect Serum ini mengetengahkan 7 jenis minyak dengan kombinasi teknologi serba canggih dalam merawat rambut yang rosak.

Foto – Mise-en-Scène

Serum rambut no.1 di Korea ini dirumuskan untuk menjadi lebih kuat dengan 7 Golden OilTM, antaranya:

  • Argan dan Marula untuk perlindungan rambut
  • Olive dan Jojoba melembapkan rambut
  • Kelapa untuk salutan rambut
  • Aprikot memberi sinar pada rambut
  • Camellia membekalkan khasiat

Golden Morocco Argan Oil mengandungi minyak terpilih yang diekstrak dari argan yang memberikan kesan perlindungan rambut.

Campuran 7 Minyak Terbukti Merawat Rambut Yang Rosak

Diformulasikan dengan campuran Golden Morocco Argan Oil, Perfect Serum terbukti dapat merawat gejala kerosakan rambut yang terbukti secara klinikal.

Foto – Mise-en-Scène

Serum serba baru menghalang dan menyekat penyerapan zarah rambut seperti debu halus. Ia bebas dari 6 bahan kimia seperti minyak mineral, minyak berasaskan haiwan, pewarna sintetik, iimidazolidinyl urea, triethanolamine, dan polyacrylamide.

Penggunaan berterusan menjadikan rambut kuat dan elastik, lembut dan licin serta bebas kusut.

Hari ini, banyak memilih untuk melakukan sendiri dan memperbaiki rutin penjagaan rambut di rumah pada bila-bila masa untuk mengekalkan rambut yang sihat.

Jadi, dengan pertolongan Perfect Serum, rambut yang kamu idamkan seperti lembut, sihat, dan cantik bersinar dapat diperolehi pada bila-bila masa, dengan result yang cepat.

Foto – Natural Living Ideas

Capai rambut dandanan salon setiap hari dengan Mise-En-Scène Perfect Serum!

The post Guna Serum No.1 Korea ‘Mise-en-Scène’, Rambut Terus Cantik Macam Buat Di Salon appeared first on Wanista.com.

10 Scrub Badan Best Buat Kulit Rasa Lembut, Beli Yang Ini!

$
0
0

Bila kamu rasa paling seksi? Selepas mandi! Bila badan rasa bersih, segar, lembut dan wangi, buat diri terasa begitu bahagia dan penuh keyakinan.

Bila kamu sental satu badan dengan scrub, bukankah itu satu kenikmatan? Scrub atau lulur umpama pencuci muka untuk dunia penjagaan kulit badan. Bila mandi jangan sesekali tinggalkan rutin scrub, kerana ia dapat membuang daki-daki yang degil dari tubuh badan yang tidak boleh dihilangkan dengan sabun biasa.

Kalau kamu sedang mencari scrub badan untuk membuang daki dan melembutkan kulit, jenama di bawah antara yang selesa digunakan.

Fresh Brown Sugar Body Polish (BELI)

Foto – Fresh

Frank Body Original Coffee Scrub (BELI)

Foto – Frank Body

Kopari Coconut Crush Scrub (BELI)

Foto – Kopari

Sephora Collection Brown Sugar Body Scrub (BELI)

Foto – Sephora

The Body Shop Shea Exfoliating Sugar Body Scrub (BELI)

Foto – The Body Shop

Coco and Eve Glow Figure Bali Buffing Sugar Exfoliator (BELI)

Foto – Coco and Eve

Lush Magic Crystals Shower Scrub (BELI)

Foto – Lush

OUAI Scalp and Body Scrub (BELI)

Foto – Quai

Watsons Gel Body Scrub Oatmeal and Cocoa Butter (BELI)

Foto – Watson

L’Occitane Almond Shower Scrub (BELI)

Foto – L’Occitane

Ini merupakan cadangan penulis, dan beberapa jenama yang memang penulis guna. Jikalau kamu ada pilihan sendiri yang lagi best, bolehlah kongsi dengan Wanista.

Selamat beramal!

The post 10 Scrub Badan Best Buat Kulit Rasa Lembut, Beli Yang Ini! appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live