Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Rawatan Dermaplaning Trending Di TikTok & YouTube, Lihat Apa Pakar Kata

$
0
0

Sebelum itu, Wanista nak tanya kamu pernah mencukur rambut halus di wajah yang dikenali sebagai rawatan dermaplaning?

Kalau kamu nak tahu, kaedah ini membantu ramai wanita dalam mendapat kulit yang mereka mahukan di samping membuang rambut-rambut halus di wajah.

Hasil rawatan ini akan membuatkan mekap kamu kelihatan lebih sempurna, kulit menjadi flawless dan lembut seperti kulit bayi.

Menjadi trending di YouTube dan TikTok, lihat apa yang pakar kata mengenai rawatan dermaplaning dalam entri kali ini.

Terpengaruh Dengan Trend Yang Makin Popular 

Melihatkan perkongsian di YouTube dan TikTok, ramai yang menunjukkan hasil yang berbaloi dan menakjubkan.

Ada yang mengatakan mencukur rambut di wajah menjadikan pemakaian mekap lebih lancar dan sempurna berbanding sebelumnya.

@chloemorello

No, it doesn’t grow back thicker! I used the @drunkelephant facial oil with @revlon brow razor #beautyhacks #makeuphacks #makeuptips #beautytips

♬ original sound – ChloeMorello

@tryjill

my skincare game changer! This is your sign to start 🪒 #lifehack #lifehacks #dermaplaning #skincaretips #skincare101 #skincareroutine #fyp

♬ Ultimate life hacks – Kelly – The Life Bath

 

@helin.dxski

How I remove peach fuzz! All products linked on my Instagram 🦋 No I dont break out & it does not grow back thicker!! #fyp #dermaplaning #homemade

♬ No Idea (DJ Purpberry Chopped and Screwed) – Don Toliver

@bauerbeauty

Thank u for 300k🙏🏻💜 #dermaplaning I don’t do this too often maybe once every 3/4 months #skintok #estheticiantips #skincare #bauerbeauty #peptides

♬ original sound – barrier queen

@rikkisandhuu

SHAVING MY FACE AS A WOMAN 🤩💪🏼Please do your own research before doing this huns xxx #skincaretips #hairremoval #dermaplaning #foryou

♬ Photo ID – Remi Wolf

Malah ada yang berkongsi wajah mereka kelihatan lebih muda, cerah dan lebih menarik.

Rawatan Dermaplaning Dan Manfaatnya

Dipetik daripada Healthline, rawatan dermaplaning ini adalah satu prosedur kosmetik yang menghilangkan lapisan pada atas kulit wajah.

Bagi mereka yang menjalani rawatan ini, ia bertujuan untuk menghilangkan kedutan halus, parut jerawat yang dalam dan menjadikan kulit lebih lembut serta flawless.

Foto – YouTube

Menggunakan pisau exfoliating, rawatan ini menghakis bagi membuang sel kulit mati dan rambut pada wajah.

Selain itu, ada beberapa manfaat lain mengenai rawatan dermaplaning seperti:

  • kulit wajah menjadi lebih halus
  • wajah menjadi lebih muda dan berseri
  • parut luka di wajah boleh pudar dan hilang
  • boleh meratakan dan hilangkan bekas luka di wajah

Pada masa yang sama, rawatan ini hanya berkesan sekurang-kurangnya 3 minggu sahaja sebelum rambut tumbuh semula di wajah.

Ada 2 Jenis Rambut Muka

Untuk pengetahuan kamu, rambut di wajah mempunyai dua jenis iaitu rambut vellus dan rambut terminal.

Berbeza bagi setiap individu, mereka yang mempunyai rambut vellus mempunyai rambut yang kurang kelihatan seperi buah pic iaitu halus.

Foto – Healthline

Rambut ini kebiasaannya menutupi sebahagian besar wajah dan badan. Fungsi rambut jenis ini adalah untuk mengatur suhu badan dan menyejat peluh.

Foto – Trend Hunter

Manakala rambut terminal pula adalah rambut yang gelap, tebal dan ketara. Bagi sebilangan wanita, mereka mempunyai rambut jenis ini di bahagian sepanjang bibir atas dan bawah, celahan leher, leher, dan dagu.

Bagi melakukan proses membuang rambut ini, kaedah rawatan dermaplaning sesuai untuk dilakuan pada kedua-dua jenis rambut ini.

Pakar Kata Tak Salah Buat Rawatan Ini Tapi…

“Memiliki rambut halus di wajah adalah normal dan kita tak sepatutnya tertekan melihat orang lain mencukurnya. Tidak boleh sembarangan lakukannya, kamu perlu dapatkan nasihat daripada pakar profesional”, ujar Dr. Ross Perry dari Cosmedics.

Walaupun kaedah yang semakin popular ini tidak salah untuk dilakukan, tidak menyakitkan dan menjadikan kulit lebih flawless daripada sebelumnya.

Tetapi ada beberapa individu yang tidak boleh lakukannya, antaranya adalah mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan eczema.

Foto – Pinterest

Individu yang mempunyai masalah kulit seperti ini akan mengalami wajah yang lebih sensitif, keradangan yang teruk dan pigmentasi.

“Mencukur boleh menumpulkan bahagian tepi rambut sama seperti kamu mencukur bulu kaki. Rambut akan terasa kasar dan lebih tebal.”

Pada masa yang sama, Dr. Ross juga menyatakan mencukur wajah di rumah boleh menyebabkan penumbuhan rambut yang lebih tebal dan cepat.

Kalau kamu nak melakukan rawatan ini di rumah terutamanya bagi mereka yang baru mahu mencuba, lebih baik dapatkan khidmat nasihat daripada pakar profesional terlebih dahulu.

Bukan apa takut nanti kalau tersilap kaedah, boleh luka dan wajah menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Rawatan Dermaplaning Trending Di TikTok & YouTube, Lihat Apa Pakar Kata appeared first on Wanista.com.


Jadi Trend Di TikTok, Wanita Hasilkan Hair Bun Guna Penutup Bekas Air McD

$
0
0

Cuba kamu scroll media sosial setiap hari, memang ramai sangat orang berkongsi trik-trik yang pelik, menarik dan berguna.

Kali ini Wanista nak kongsi dengan anda mengenai satu trik pelik yang menjadi trending di TikTok.

Anda pernah dengar orang lakukan hair bun menggunakan penutup bekas minuman McDonald? Kalau tak pernah langsung dan ingin tahu bagaimana caranya, teruskan baca kupasan di bawah ini.

Pelik! Buat hair bun guna penutup bekas air McD?

Menerusi perkongsian @quintymirjam, dia telah menggunakan penutup bekas minuman milkshake bagi menghasilkan separuh hair bun yang cantik.

Video yang menggunakan kapsyen “McDonalds hair hack” itu, dia telah menggunakan 4 barangan seperti penutup bekas minuman milkshake, getah rambut, sikat dan bobby pins.

@quintymirjam

Mcdonalds hair hack! 😱♥ #hair #hairstyles #hairhacks #hacks #tiktokhacks #girlythings #hack #hairhack #catchyou #haircut #mywedding #fyp #fy

♬ Memories (Drinks Bring Back) – Ajay Stephens

Langkah yang mudah seperti ABC 

Untuk melakukan trik ini, @quintymirjam telah menyikat dan mengikat separuh rambutnya menjadi ponytail.

Foto – @quintymirjam (TikTok)

Kemudian, penutup bekas milkshake diletakkan betul di atas ponytail. Selepas itu, dia menarik rambut menggunakan getah rambut melalui lubang di bahagian atas penutup tersebut.

Foto – @quintymirjam (TikTok)

Seterusnya, dia menutup penutup tersebut menggunakan ponytail dan secure dengan getah rambut sehingga membentuk seperti donut.

Apabila sudah terbentuk seperti donut, rapikan separuh hair bun tersebut. Lebihan rambut yang terjuntai itu, anda lilitkan di bawah hair bun.

Foto – @quintymirjam (TikTok)

Bagi langkah terakhir, ambil bobby pins dan secure lebihan rambut yang dililit tersebut. Rapikan penampilan akhir dan siap!

Bagaimana pula dengan kata pengguna TikTok yang lain? 

Melihatkan video pendek ini telah membuatkan ada yang memberi komen yang positif dan ada yang tidak menyetujui trik ini.

“Saya suka idea awak!”

Foto – @quintymirjam (TikTok)

“Rambut keriting saya cakap tidak.”

Foto – @quintymirjam (TikTok)

“Bayangkan tengah bergaduh tarik rambut dan mereka menjumpai ini.”

Foto – @quintymirjam (TikTok)

“Ia comel tapi saya tak akan letak penutup bekas minuman di atas rambut.”

Foto – @quintymirjam (TikTok)

Anda pula bagaimana, mahu mencuba trik ini? Kalau sudah mencuba trik ini nanti, cuba kongsikan dengan Wanista.

Selamat mencuba!

The post Jadi Trend Di TikTok, Wanita Hasilkan Hair Bun Guna Penutup Bekas Air McD appeared first on Wanista.com.

Jangan Letak Aloe Vera Gel Nature Republic Dekat Muka, Bekas Pekerja Jelaskan

$
0
0

Produk terlaris Nature Republic iaitu Aloe Vera 92% Soothing Gel memang diakui keberkesanannya.

Orang jadikan sebagai hair mask untuk rambut yang sihat, losyen kaki untuk melembap dan melembut, remedi merawat luka dan parut, shaving gel, bahkan pada wajah sebagai sleeping mask dan banyak lagi.

Tapi jangan terkejut.. kerana menurut seorang tiktoker yang juga bekas pekerja Nature Republic, kandungan bahan dalam produk terlaris itu boleh merbahayakan kulit.

@rogerwh0

the best source for 100% aloe vera is growing your own 🌱 #aloevera #exo #exol #naturerepublic #aloeveragel #baekhyun #kbeauty #korean #skincare

♬ Nature Republic Aloe Vera Gel – Roger

Separuh Aloe Vera Separuh Gliserin

Produk ini dipasarkan mengandungi 92% ekstrak aloe vera, yang melembapkan kulit dengan cepat tanpa meninggalkan rasa melekit. Formula ringan bebas dari paraben, minyak mineral dan warna tiruan.

Dalam video Tiktok, dijelaskan produk ini bukanlah 92% ekstrak aloe vera sepenuhnya tetapi separuh aloe vera dan gliserin – disebabkan itu tekstur tidak berwarna dan jernih.

Gliserin Bahan Baik Untuk Kesan Melembap

Gliserin, dikenali sebagai gliserol, adalah sebatian semula jadi yang berasal dari minyak sayuran atau lemak haiwan. Ia adalah cecair jernih, tidak berwarna, tidak berbau dan sirap dengan rasa manis. Gliserin adalah humektan atau bahan yang mampu menarik air ke permukaan kulit.

Foto – Product Nation

Kajian Indian Journal of Dermatology, menyatakan bahawa gliserin adalah humektan terbaik berbanding dengan agen pelembap lain, seperti alpha hydroxy acids/AHA, hyaluronic acid, butilen glikol, sorbitol, dan urea. Oleh itu, kulit kering dan retak, kulit kasar, dan kerengsaan dapat dicegah melalui penggunaan gliserin.

Lagi 8% Adalah Alkohol Dan Pewangi

Diakui gel aloe vera ini memang berkesan untuk remedi merawat kulit, tapi jangan sesekali meletakkan ia di wajah. Katanya lagi, 8% produk merupakan pewangi dan alkohol – jelas kenapa produk ini sangat harum sekali.

Yang menjadi perhatian di sini, Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel mengandungi alkohol, dan produk tersebut tidak menyebut jenis alkohol apa yang digunakan.

Alkohol Dan Pewangi Boleh Merengsakan Kulit

Mungkin elok untuk kulit anda, tetapi kadangkala kandungan bahan ini mungkin boleh memberi reaksi pada kulit dan menjadikan kulit anda bertambah sensitif. Anda boleh mengalami kemerahan, gatal-gatal, atau ruam reaksi dari kandungan alkohol yang tersembunyi.

Foto – Pinterest

Kepada beginner, anda boleh gunakan di rambut, atau tubuh badan, tapi jangan sesekali guna pada wajah. Bila mencari produk kecantikan wajah, bahan-bahan yang digunakan sebaiknya adalah semula jadi kerana ia lebih selamat dan yakin.

Selamat Beramal!

The post Jangan Letak Aloe Vera Gel Nature Republic Dekat Muka, Bekas Pekerja Jelaskan appeared first on Wanista.com.

8 Produk Retinol Ini Ahli Farmasi Kata Bagus Wanita Guna

$
0
0

Penggunaan retinol semakin meluas dikalangan wanita, apatah lagi ramai yang mengakui keberkesanannya terhadap kulit muka wanita membuatkan ia antara produk yang paling mendapat sambutan.

Lagi pula wanita mana yang tidak mahu kelihatan menawan, awet muda dan kekal jelita kan? Ini adalah beberapa jenama retinol yang ahli farmasi kata bagus untuk wanita gunakan.

Tambahan lagi harganya juga berpatutan menjadikan ia pelaburan kecantikan terbaik buat wanita, nak tahu produk jenama retinol mana yang bagus, jom lihat di bawah.

@onynurhusni

Reply to @aniessarifin ni antara brand Retinol yg kita boleh beli terus online✨ #fyp #skincare #retinol #drugstore #terimakasihguru #tiktokmalaysia

♬ Terpesona sama kamu – iam.moon:)

The Inkey List – Retinol

Foto – Sephora/Cosmopolitan

Retinol dari jenama The Inkey List ini cukup dikenali ramai wanita kerana bebas paraben dan juga sebarang wangian.

Tambahan lagi, kandungan retinol yang terdapat dalam produk ini mampu membuatkan sel kulit tumbuh baik, menghasilkan kolagen, meminimakan tanda garis halus, kedutan dan mengembalikan kesihatan kulit.

Mana nak cari?

First Aid Beauty – Skin Lab Retinol Serum 25% Pure Concentrate

Foto – Sephora/Coffee, Prose and Pretty Cloth

Inginkan kulit wajah yang licin, gebu, tanpa sebarang garis halus dan kedutan, kamu boleh mencuba serum retinol dari First Aid Beauty ini.

Serum yang di formula khas dengan keaslian retinol sebanyak 25 peratus ini, pasti dapat membuatkan kulit muka kembali berseri dan tampak seperti awet muda.

Mana nak cari?

Pixi – Retinol Tonic

Foto – Amazon/Glamour Brands

Cemburu lihat kulit muka para remaja yang anjal, bersih tanpa garis penuaan, tonik retinol ini mampu membuatkan garis penuaan di kulit muka kamu hilang macam magik!

Mana nak cari?

Olay Regenerist – Retinol 24 Night Moisturizer

Foto – Olay/The Zoe Report

Muka bak muda remaja apabila menggunakan pelembap muka ini, impian untuk miliki kulit anjal, gebu, kurang kedutan dan garis penuaan boleh jadi kenyataan dengan Retinol 24 Night Moisturizer.

Bukan itu saja, kulit juga akan menjadi lebih cerah, lebih tegang, bintik hitam berkurangan dan liang pori juga mengecil jika rajin menggunakan pelembap muka retinol ini.

Mana nak cari?

The Ordinary – Granactive Retinoid 2% Emulsion

Foto – Pinterest

Produk yang satu ini adalah rahsia wanita berusia miliki kulit yang bebas tanda-tanda penuaan, serum yang cukup ampuh bagi melambatkan serta meminimakan garis halus serta kedutan di muka wanita.

Mana nak cari?

Hada Labo – Retinol Lifting + Firming Lotion

Foto – Pinterest

Patutlah kulit lembut, gebu, anjal, cerah, dan nampak muda walaupun sebenarnya sudah berusia 40 tahun lebih, rahsianya sebab rajin pakai losyen retinol Hada Labo cemburu betul!

Mana nak cari?

Paula’s Choice – Clinical 1% Treatment

Foto – Pinterest

Ingin melawan tanda penuaan, kedutan, dan garis-garis halus di muka dengan berkesan? Clinical 1% Treatment dari Paula’s Choice ini, mampu melawan semuanya dan produk ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit.

Tambahan lagi, produk ini juga akan membuatkan tona kulit yang tidak sekata kembali sama, dapat melegakan kulit yang kemerahan dan paling penting tidak menyebabkan iritasi pada kulit.

Mana nak cari?

Drunk Elephant – A-Passioni Retinol Cream

Foto – Pinterest

Miliki kulit licin tanpa sebarang garis penuaan, anjal, dan tetap sihat sepanjang masa adalah impian wanita yang idamkan wajah yang jelita.

Dengan memakai krim retinol ini, kulit yang dahulunya dimamah usia kembali seperti zaman muda remaja semula, kandungan bahan yang terdapat dalam krim ini membuatkan ia krim ajaib buat wanita yang dambakan kulit flawless.

Mana nak cari?

Bagi kamu yang inginkan kulit sihat, anjal, tegang, cerah berseri, hilang garis halus dan kedutan, cubalah gunakan produk retinol yang ahli farmasi sarankan seperti di atas ini.

Selamat beramal!

The post 8 Produk Retinol Ini Ahli Farmasi Kata Bagus Wanita Guna appeared first on Wanista.com.

Muka Dah Tak Berminyak! Wanita Kongsi Rahsia Guna 3 Bahan Ini

$
0
0

Baru-baru ini Wanista tertarik dengan satu posting yang dibuat oleh seorang wanita mengenai rahsia untuk menghapuskan kulit berminyak.

Dikenali sebagai Yanie Rosdi, dia mengatakan petua ini jarang dilakukan oleh kebanyakan orang tetapi ia sangat berkesan.

Nak ikuti petua ini, kamu hanya perlukan tiga bahan sahaja. Dan bahan-bahan ini semuanya mudah didapati dan ada di dapur kamu.

Kalau kamu nak tahu rahsianya, teruskan membaca sampai habis okay?

Guna 3 bahan sahaja untuk masker yang ajaib!

“Jarang orang buat camni. Tapi sangat berkesan. Tak percaya cuba u buat sebelah muka dan tengok perbezaannya nanti.”

Nak sediakan masker ini sangat mudah kerana 3 bahan kebiasaannya ada di setiap rumah.

Bahan-bahannya: 

Foto – Yanie Rosdi (Facebook)
  • Oat
  • Putih telur
  • Lemon (optional)

Cara-caranya: 

  1. Campur ketiga-tiga bahan sehingga menjadi bentuk pes.
  2. Kemudian sapukan campuran tersebut ke wajah dengan rata.
  3. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit sehingga 45 minit atau biarkan sehingga kering.
  4. Akhir sekali bilas dengan air suam dan teruskan dengan rutin skincare kamu.
Foto – Yanie Rosdi (Facebook)

Untuk pengetahuan kamu, kamu boleh memilih sama ada mahu menggunakan buah lemon atau tidak kerana ia hanya memberi bau dan kesegaran sahaja.

Bagi mereka yang mahu memakai ketika tidur pun tiada masalah. Amalkan sebanyak 2 kali sehingga 3 kali seminggu untuk kesan yang lebih berkesan.

Oh, rupanya ini kebaikan bahan-bahan tersebut

Kalau kamu nak tahu, setiap satu bahan ini sebenarnya mempunyai kebaikannya sendiri pada wajah. Antaranya ialah:

Foto – Pinterest / Science Live
  • Putih telur berfungsi untuk  mengecilkan pori, mencegah jerawat dan cyst. Malah bahan ini boleh membentuk lapisan pelindung di wajah bagi mengelakkan daripada terbakar akibat sinaran matahari.
  • Oat mempunyai sifat antioksidan dan anti radang di mana ia boleh menyerap lebihan minyak pada kulit, membuang sel kulit mati dan merawat jerawat.
  • Lemon boleh membantu dalam mengurangkan pengeluaran sebum dan buah ini mempunyai kualiti antiseptik yang boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.

Senang saja betul tak? Dengan bahan-bahan yang sedia ada di dapur ini, lebih mudah untuk kamu hasilkan masker.

Nak cantik kena rajin untuk membelek wajah dan menjaganya. Sudah cuba nanti jangan lupa untuk kongsikan dengan Wanista.

Selamat beramal ♥

RUJUKAN

The post Muka Dah Tak Berminyak! Wanita Kongsi Rahsia Guna 3 Bahan Ini appeared first on Wanista.com.

Minum Air Chlorophyll Trend Baru Di TikTok

$
0
0

Sanggupkah kamu minum air warna hijau seperti warna algae demi kecantikan dan kesihatan?

Jika ya, kamu memang hebat! Kerana sekarang ini di TikTok, trend minum air chlorophyll sangat mendapat sambutan dikalangan pengguna TikTok.

Jadi apa yang membuatkan ramai pengguna TikTok begitu taksub dengan minuman air chlorophyll ini? Kalau nak tahu lebih lanjut, teroka jawapannya di bawah.

Bagus Untuk Penghadaman, Kembung Perut Dan Anti Keradangan

Meminum air chlorophyll bagus untuk sistem penghadaman badan, masalah kembung perut dan juga ia bertindak sebagai anti keradangan.

Tambahan lagi, pakar perubatan juga mengesahkan manfaat yang terdapat dalam chlorophyll ini dan ini menunjukan amalan meminum air chlorophyll sangat digalakkan bagi yang ingin kecantikan luar dan dalam.

@tonyyounmd

#duet with @ashhleyann Can chlorophyll help flatten your tummy? #chlorophyll #chlorophyllwater #bloating #digestion #holistichealth

♬ Super flat lad – Matthew_carlin_

Kurangkan Masalah Jerawat

Bagi yang mempunyai masalah jerawat, kamu boleh mencuba mengamalkan minum air chlorophyll ini kerana ia juga berkesan untuk mengurangkan jerawat yang terdapat di permukaan kulit muka jika minum secara konsisten.

Dalam masa yang sama, air ini juga dapat menangani masalah keradangan, breakout dan masalah hormon dalam badan dan sekaligus dapat meningkatkan kesihatan kulit.

@tonyyounmd

Why Chlorophyll Water Can Improve Your Skin… But What’s Better? #learnontiktok #tiktokpartner #chlorophyll #chlorophyllwater #acne

♬ The Big Day – Alex Arias & Alexander Julius Wright

Sebagai Detox Dan Membuatkan Kulit Licin Berseri

Sibuk cari air detox, tak payah susah-susah kerana minum air chlorophyll ini juga dikira sebagai air detox dan amalan meminum air hijau ini dapat membuatkan kulit jadi licin berseri serta tampak awet muda sepanjang masa.

@pullingraviity

The wink was to distract you from the spill. Did it work? 🙄 #skincare101 #chlorophyll #acnehelp #hormonalacne #glowyskin #healthylifestyle #clearskin

♬ heavy in my mind – Jurk

Kaya Dengan Vitamin Dan Antioksidan

Pengkaji juga menyatakan bahawa meminum air chlorophyll sangat bagus kerana ia kaya dengan vitamin A, C, E, K, tinggi antioksidan, mampu mencegah kanser, dan memerangkap toksin besi berbahaya seperti mercury dan aluminium.

@doctorjanine

#chlorophyll #chlorophyllwater #chlorophylldrops #healthyliving #healthtips #wellness #wellnesstips #drj9 #drjanine #trending #weightloss

♬ original sound – Dr.J9

Menanggalkan Bau Badan Dan Bagus Untuk Metabolisma Tubuh

Kamu mempunyai masalah bau badan, minum air chlorophyll dapat menghilangkan bau badan dan dalam masa yang sama air ini juga dapat meningkatkan metabolisma tubuh badan jika rajin meminumnya.

@natural_natosha

She has her stitches off but @vanessatiiu maybe try cell molecular biology #chlorophyll #bodyodor #natural #fyp #fup #wellness #antioxidants #skin

♬ original sound – natural_natosha

Kalau tak gemar minum air chlorophyll kamu boleh banyakkan makan sayur-sayuran hijau seperti bayam, kacang hijau, parsley, brokoli, asparagus, spirulina, teh hijau dan banyak lagi sumber chlorophyll lain boleh kamu ambil.

Pendek kata sumber chlorophyll terdapat dalam makanan seperti ini, dan dengan mengamalkannya dapat membuatkan kulit menjadi cantik jelita, bersih, serta paling penting sihat secara luaran dan dalaman.

The post Minum Air Chlorophyll Trend Baru Di TikTok appeared first on Wanista.com.

Selain Hilangkan Mata Panda, Ini Bagusnya Letak Eye Patch

$
0
0

Sama macam acne patch tapi ini versi letak di mata dan ada sedikit perbezaannya. Acne patch dibuat untuk mengecutkan jerawat, walhal eye patch untuk hidrasi dan menghilangkan kedutan.

Patch di bawah mata sudah menjadi produk ‘must have’ di antara produk penjagaan kulit biasa. Terdapat begitu banyak patch di luar sana dan semuanya mengaku melakukan magik pada kulit di sekitar mata.

Eye patch dapat menghidrat semula kering di bawah kulit mata, mengurangkan kedutan, lingkaran hitam dan bengkak. Ia direka untuk menjana semula dan menegangkan kulit yang letih dan stress.

@phithegoldenskin

Repost ❤ #skincarehacks #founditonamazon #affordableskincare #beauty #HiddenTalents #beautyhacks #kbeauty #skincare #oddlysatisfying

♬ original sound – AnNguyen

Apa Itu Eye Patch

Topeng mata berbentuk bulan setengah diperkaya dengan serum dan bahan aktif untuk membantu memberikan penjagaan kulit yang disasarkan ke kawasan bawah mata yang halus.

Sebilangan besar eye patch ini dibuat daripada hidrogel, namun terdapat juga yang dibuat dari kain, bio cellulose dan produk lain.

Eye patch direndam dalam essence atau serum dan mengandungi sejumlah vitamin, mineral, pelembap dan banyak lagi bahan bermanfaat lain.

Apa Yang Dilakukan Eye Patch

Tujukan utama eye patch adalah untuk melembapkan kulit halus di bawah mata. Untuk pengetahuan anda, kulit di sekitar mata mengandungi sejumlah kelenjar sebum yang kurang menjadikan kulit di kawasan ini cenderung kering.

Foto – Hello Giggles

Selain itu, kulit di sekitar mata jauh lebih nipis yang menjadikannya sangat halus dan mudah berkedut dan tanda-tanda penuaan yang lain.

Pelembap yang baik sangat penting untuk kawasan ini dan patch adalah tambahan yang sangat baik untuk penjagaan kulit anda.

Patch juga dapat mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam bawah mata dan mengurangkan kedutan. Sekiranya anda mempunyai masalah khusus yang ingin disasarkan, pertimbangkan perkara berikut:

Foto – Byrdie
  • Lingkaran gelap bawah mata : cari patch yang mengandungi kafein, panthenol, dan minyak pati yang menenangkan seperti pudina, lavender dan chamomile.
  • Bengkak : hyaluronic acid, kafein
  • Kedutan di sekitar mata : antioksidan, vitamin C, retinol, peptida

Boleh Ke Eye Patch Bawa Ke Tidur

Bergantung pada produk yang anda gunakan, beberapa patch dipakai selama 10 – 20 minit, sementara yang lain boleh dibiarkan semalaman.

Oleh kerana kawasan bawah mata sangat sensitif, disarankan untuk membaca arahan spesifik dan jangan biarkan di tempat lebih lama daripada yang disyorkan.

Cara Gunakan Eye Patch

Foto – NBC
  • Tanggalkan solekan dan cuci muka menggunakan kaedah double cleansing sebaiknya
  • Sapukan toner
  • Letak eye patch selama 15 – 20 minit (bergantung pada arahan produk)
  • Tanggalkan eye patch dan ikuti rutin serum/essence/ atau krim mata

Eye Patch Betul-Betul Berkesan Atau

Menurut pakar dermatologi Dr. Debra Jaliman, eye patch sarat dengan bahan-bahan bermanfaat. Gunakan eye patch dari bahan-bahan yang dapat mengetatkan dan mencerahkan kawasan bawah mata.

“Cari bahan yang yang khusus untuk bengkak, lingkaran hitam, kulit kering dan garis halus. Memandangkan kulit di sekitar mata sangat halus, jadi jika anda merasa tidak selesa dan jengkel setelah memakai eye patch, anda mungkin harus berhenti menggunakannya.

Foto – Lifestyle

Jaga wajah semata tapi tak menjaga mata pun tak boleh juga. Nak awet muda, kena jaga keseluruhan.

RUJUKAN : 123

The post Selain Hilangkan Mata Panda, Ini Bagusnya Letak Eye Patch appeared first on Wanista.com.

Sah! Maskara Maybelline Sky High Memang Buat Bulu Mata Panjang, Ini Buktinya

$
0
0

Wanita mana yang tidak mahu miliki bulu mata yang lebat dan lentik bukan, tapi hakikatnya tak semua wanita bertuah miliki aset semula jadi seperti itu.

Pastinya dalam hati tercalit sedikit rasa cemburu apabila melihat keindahan rupa paras wanita lain, yang miliki bulu mata lebat, lentik dan panjang!

Tapi cemburu pun tak guna juga, jadi apa yang boleh kita lakukan jika ingin miliki bulu mata yang serupa seperti wanita lain?

Maskara Maybelline Sky High Kuncinya

Maskara Sky High kalis air yang dikeluarkan oleh Maybelline ini, dipercayai mampu puaskan hati kamu dalam sekelip mata saja.

Maskara yang satu ini diyakini boleh membuatkan wanita yang memiliki bulu mata jenis sedikit, halus dan lurus, berubah 360 darjah dengan hanya menggunakan satu hingga tiga calitan dari maskara Sky High ini.

Trending Di TikTok

Foto – TikTok

Kalau nak tahu maskara ini juga trending di TikTok kerana keberkesanannya, bulu yang pada asalnya halus, lurus dan pendek bertukar menjadi panjang, lebat dan lentik setelah memakai maskara Maybelline Sky High ini.

Ini antara beberapa koleksi video pengguna TikTok yang telah menggunakan maskara ini, dan menunjukan bulu mata mereka bertukar secara mendadak.

@bethanyfosbery

Your not ready for this mascara😮 I’m in shockkkkkkk #beauty #mascara #skyhighmascara #testing

♬ Black Eyed Peas Imma Be – uh

@roxgastelum

#pegar un video de @jessica.eid_ mi mascara favorita desde hoy… 10/10!!! #maybellineskyhighmascara #skyhighmascara

♬ sonido original – Roxana Gastélum

@darcymcqueeny

10/10 & FINALLY something that isn’t a haul😇 #makeup #fyp #skyhighmascara #maybelline #grwm #makeuptutorial #mascara #fashion #foryou

♬ 8teen – 60 Second Sounds🦋

Rahsia Bulu Mata Lentik, Panjang Dan Lebat, Wanita Kena Rebut

Foto – Instagram @maybelline

Bagi wanita yang inginkan bahagian mata kelihatan cantik terutamanya jika menghadiri sebarang majlis atau keluar berlibur, maka maskara ini merupakan kunci rahsia untuk kamu tampil miliki bulu mata yang panjang, lebat dan lentik semudah 1 2 3 saja.

Mana nak beli?

Kalau nak kelihatan cantik terutama pada bahagian mata, maskara Maybelline Sky High keluaran terbaru ini perlu kamu rebut segera.

Selamat beramal!

The post Sah! Maskara Maybelline Sky High Memang Buat Bulu Mata Panjang, Ini Buktinya appeared first on Wanista.com.


Azelaic Acid 101 : Bahan ‘Underrated’ Yang Berkesan Untuk Merawat Jerawat

$
0
0

Dermatologi dan doktor mengatakan asid ini merupakan bahan yang underrated tapi bagus untuk merawat masalah kulit.

Azelaic acid bermanfaat untuk kulit kamu dan semakin popular tetapi sering ‘diabaikan’. Salicylic acid, vitamin C, retinol dan alpha hydroxy acids (AHAs) adalah beberapa ramuan popular dalam produk penjagaan kulit, menyebabkan azelaic acid agak tenggelam, tapi mula mendapat tempat di kalangan pengguna.

@dermdoctor

Hidden gem #skincare #skincareroutine #skincarecheck #skincaretips #beautyhacks #dermatologist

♬ Gelato – ᴊᴏʀᴅᴀɴᴀᴜᴅɪᴏᴢᴢ 🦋

Jadi apa sebenarnya ramuan penjagaan kulit yang baru muncul ini?

Azelaic Acid Merawat Masalah Jerawat

Acid Azelaic adalah asid yang terdapat secara semula jadi pada biji-bijian seperti barli, gandum, dan rye.

Ia mempunyai sifat antimikroba dan anti-radang, yang menjadikannya berkesan dalam rawatan keadaan kulit seperti jerawat dan rosacea. Asid dapat mencegah bakteria dan membersihkan bakteria dari liang pori yang menyebabkan jerawat.

Foto – Procoal

Walau bagaimanapun, kerana memerlukan masa untuk bertindak pada kulit, asid ini bukanlah pilihan pertama ahli dermatologi untuk merawat jerawat. Asid ini juga mempunyai beberapa kesan sampingan, seperti pembakaran kulit, kekeringan, dan pengelupasan, bergantung pada masalah kulit.

Azelaic Acid berfungsi untuk:

  • membersihkan pori bakteria yang mungkin menyebabkan kerengsaan atau jerawat
  • mengurangkan keradangan sehingga jerawat menjadi kurang kelihatan, kurang merah, dan kurang jengkel
  • perlahan-lahan menggalakkan pergantian sel supaya kulit sembuh dengan lebih cepat dan parut dikurangkan

Khasiat Azelaic Acid Untuk Kulit

Asid ini adalah ramuan penjagaan kulit pelbagai fungsi yang menangani pelbagai masalah berkaitan dengan jerawat dan keradangan. Ia memberi khasiat pada kulit dengan cara:

Foto – Pinterest

Mengelupas dengan lembut: Ia masuk jauh ke dalam liang dan membuang sel-sel kulit mati yang menyebabkan warna kulit kusam dan pori-pori tersumbat.

Mengurangkan keradangan: Ia menenangkan kerengsaan dan membantu memperbaiki kesan merah yang disebabkan oleh keradangan.

Warna kulit yang sekata: Ia menghalang tirosinase, yang merupakan enzim yang membawa kepada hiperpigmentasi. Ia berkesan untuk hiperpigmentasi pasca-inflamasi dari jerawat dan juga boleh memberi kesan pada melasma.

Merawat rosacea: Asis ini dapat membantu penyumbatan pori, radang, dan jangkitan sekunder yang disebabkan oleh rosacea.

Selamat untuk wanita hamil: Asid ini adalah salah satu daripada beberapa pilihan rawatan untuk jerawat, rosacea, pori-pori tersumbat, atau pigmentasi yang umumnya selamat untuk wanita hamil.

Bebas gluten: Walaupun berasal dari gandum, tetapi kebanyakan gastroenterologi bersetuju bahawa ia tidak dapat diserap dengan cukup melalui kulit untuk mencetuskan kepekaan atau reaksi gluten.

Membantu dengan alopecia: Ada beberapa laporan yang menunjukkan bahawa ia dapat membantu dalam merawat alopecia atau keguguran rambut.

Foto – Cosmopolitan

Asid ini digunakan pada kulit dan boleh didapati dalam bentuk gel, krim dan foam. Sekiranya kamu mengalami kesan sampingan, hentikan penggunaan asid dan berjumpa doktor.

Ingat untuk memakai pelindung matahari ketika keluar, tetapi berhati-hatilah untuk memakai produk SPF semasa anda menggunakan azelaic. Oleh kerana ia dapat menipiskan kulit, kulit akan lebih sensitif dan terdedah kepada kerosakan sinar matahari.

RUJUKAN : 1234

The post Azelaic Acid 101 : Bahan ‘Underrated’ Yang Berkesan Untuk Merawat Jerawat appeared first on Wanista.com.

Runsing Cari Cleansing Balm Mengikut Jenis Kulit? Lihat Yang Ini

$
0
0

Pernah terfikir tak rutin yang kamu lakukan setiap hari itu boleh bersihkan sisa mekap atau kotoran dengan mendalam dan berkesan?

Kalau nak tahu, ada banyak cara untuk bersihkan wajah daripada mekap. Antaranya kamu boleh bersihkan wajah gunakan cleansing oil, tisu basah, scrubs dan juga cleansing balm. 

Tetapi dalam banyak-banyak produk tersebut, ramai yang mula menyukai dan memilih cleansing balm sebagai ‘penyelesaian’ terbaik untuk tanggalkan mekap.

Nak tahu cleansing balm mana yang best mengikut jenis kulit kamu? Wanista akan kongsikan dengan kamu beberapa jenama yang best dalam entri.

Sebelum itu, apa sebenarnya cleansing balm ini? 

Untuk pengetahuan kamu, cleansing balm merupakan pencuci wajah bertekstur krim dan tebal yang dapat hilangkan kekotoran dan mekap dari kulit tanpa menjadikannya kering.

Foto – Business Insider

Berbeza dengan pencuci wajah lain, cleansing balm boleh digunakan di sekitar kawasan mata kerana ia diperbuat dengan minyak semula jadi yang tidak merengsakan kulit.

Selain itu, cleansing balm juga boleh membersihkan kulit dengan menghilangkan lebihan minyak yang cenderung menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat muncul.

Guna cleansing balm dengan cara yang betul!

Sesuai untuk kesemua jenis kulit termasuklah kulit bermasalah, cleansing balm ini berupaya mengekalkan kelembapan pada kulit dengan segera.

Foto – Healthline

Nak gunakannya pun mudah sahaja, kamu perlu ikuti beberapa langkah berikut:

  • Langkah 1: Sapukan cleansing balm di bahagian T-zone dan pipi dengan jumlah yang mencukupi.
  • Langkah 2: Urut menggunakan jari dalam gerakan membulat selamat 2 minit.
  • Langkah 3: Apabila cleansing balm mula cair, titiskan air suam ke kulit dan teruskan mengurut dengan lembut.
  • Langkah 4: Kemudian ambil kain lembut, kapas atau tisu dan lap sisa-sisa cleansing balm di wajah.

Cleansing balm yang best ikut jenis kulit 

Sama seperti produk yang lain, nak pakai cleansing balm pun kamu perlu cari yang sesuai mengikut jenis kulit.

  • Sesuai untuk kesemua jenis kulit 

CLINIQE Take The Day Off Cleansing Balm [RM154]

Foto – Slashed Beauty

ESTÉE LAUDER Advanced Night Micro Cleansing Balm [RM 205]

Foto – Indian Makeup and Beauty (Blog)

WISHFUL Clean Genie Cleansing Butter [RM 160]

Foto – Lifestyle Asia Hong Kong
  • Sesuai untuk kulit sensitif 

DRUNK ELEPHANT Slaai™ Makeup-Melting Butter Cleanser [RM 148]

Foto – POPSUGAR

BANILA CO. Clean It Zero Cleansing Balm Purifying [RM 84.15]

Foto – Pinterest

CAOLION Magic Black Powder Cleansing Balm [RM 128]

Foto – CAOLION COSMETICS
  • Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat

HEIMISH All Clean Balm [RM 75]

Foto – The Point of Vu

THE INKEY LIST Oat Cleansing Balm [RM 46]

Foto – Pinterest

BEAUTY OF JOSEON Radiance Cleansing Balm [RM 51]

Foto – Skin Library
  • Sesuai untuk kulit kering 

FARMACY Green Clean Makeup Meltaway Cleansing Balm [RM 158]

Foto – Makeup, Beauty and More

DERMALOGICA Precleanse Balm [RM 254]

Foto – Dermalogica Singapore

INTO SKIN Quick Fine Clear Cleansing Balm [RM 65.34]

Foto – kknews.cc

Lepas ini kalau mahu tukar daripada cleansing oil atau mana-mana produk kepada cleansing balm, kamu boleh mencuba beberapa jenama di atas.

Bagi yang sudah mencuba, kongsikan feedbacks mengenai cleansing balm pilihan kamu dengan Wanista.

RUJUKAN: 1, 2

The post Runsing Cari Cleansing Balm Mengikut Jenis Kulit? Lihat Yang Ini appeared first on Wanista.com.

Dahsyat! Guna ‘Fake Tan Lip Liner’ Supaya Bibir Nampak Besar Dan Mungil

$
0
0

Wanita zaman sekarang semakin bijak bertatarias dan menjaga kecantikan diri, kaum hawa ini sanggup melakukan apa saja demi kelihatan jelita dan awet muda sepanjang masa.

Jadi tidak hairanlah dalam era moden seperti ini, banyak beauty hacks dan tips-tips kecantikan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Dan demi miliki rupa paras serta kecantikan yang diingini, kaum hawa banyak bereksperimentasi dengan produk-produk yang bagi mereka boleh menaikkan kejelitaan diri seperti ‘fake tan lip liner’ ini untuk miliki bibir idaman.

@mee3zz

try it if u dare #faketan #faketanliner #lipliner #faketanlipliner #fyp

♬ deja vu – Olivia Rodrigo

Rahsia Bibir Seksi, Mungil Dan Besar

@alexa.almraz

I did this a couple days ago and it still looks really good 10/10 recommend #faketan #faketanliner #lipliner #fyp

♬ talking to the moon sickmix – Sickickmusic

Dengan hanya mencalit tanner sebagai fake lip liner sudah cukup memberi kesan yang menakjubkan pada bibir wanita, jadi tidak hairanlah trend penggunaan fake tan lip liner ini menjadi viral di media sosial seperti TikTok.

Tuang, Calit Dan Lukis, Kesan Macam Magik!

@thatothergirll

#faketan #faketanliner #lipliner #faketanlipliner #fypシ

♬ Come Around – M.I.A.

Dengan hanya menggunakan tanner, wanita dapat miliki bibir idaman yang seksi, mungil dan ianya juga memberikan illusi bahawa bibir wanita tampak besar dari biasa.

Cara menggunakan fake tan lip liner

  • Tuang krim tanner dalam bekal kecil.
  • Guna berus bibir untuk mencalit sedikit tanner tersebut.
  • Kemudian lukis mengikut garisan bibir dan lihatlah hasilnya seperti magik.

Hacks kecantikan seperti ini memang menarik dan serbaguna, dengan hanya menggunakan tanner saja wanita dapat miliki bibir mungil, seksi dan besar dengan sekelip mata.

Nak dapat bibir idaman juga kenalah cuba beauty hacks ini dulu, selamat beramal!

The post Dahsyat! Guna ‘Fake Tan Lip Liner’ Supaya Bibir Nampak Besar Dan Mungil appeared first on Wanista.com.

Kecoh Di TikTok, Pakar Kata Pakai Sunscreen Begini Boleh Sebabkan Kanser Kulit?

$
0
0

Ramai yang tahu bahawa sunscreen memang wajib dipakai setiap hari tak kiralah berada di dalam rumah atau di luar.

Tapi lain pula di TikTok apabila pakar melarang orang lain mengikuti teknik yang dikongsi oleh Eli Withrow.

Dia telah mengenakan teknik sunscreen contouring iaitu fokus kepada dua bahagian sahaja bagi menghasilkan contour semula jadi.

Orang ramai makin terpengaruh dengan trend ini 

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Eli Withrow iaitu seorang model di Los Angeles, dia mengatakan teknik ini sangat berkesan bagi mereka yang tidak mahu bergantung pada mekap.

“Letak sunscreen SPF 30 dan SPF 90 pada bahagian kamu mengenakan highlighter kerana matahari akan contour bahagian wajah yang menggunakan bronzer secara semula jadi.”

@stopiteli

I am convinced this works! #tutorial #contour #summer #lifehack #hack #beautyhack #snatched #tiktokwellness #hiddentalent

♬ original sound – Eli Withrow

Untuk mendapatkan hasil tersebut, Eli menyarankan untuk orang ramai meletakkan sunscreen pada bahagian tulang pipi dan bawah mata sahaja.

@stopiteli

Sunscreen contour hack #wouldntwannabeanybodyelse

♬ original sound – Tik Toker

Ada beberapa pengguna TikTok yang lain terpengaruh dengan trik ini dan turut mencubanya.

@with_esther

I’ll keep y’all posted #naturalface #spf #contour #summer

♬ original sound – Eli Withrow

@with_esther

Reply to @hnah.o._ #sunscreenchallenge #contour #tanning #sunsoutbunsout

♬ original sound – Esther Hong

@danielusshiss

#fyp #viral #beach #tan #bronze #fry #lol #mcdonalds #famous

♬ original sound – Eli Withrow

@waterlily.s

Sunscreen hack☀ #sunscreen #tanning #contouring

♬ original sound – Eli Withrow

Memang berkesan tapi pakar kata…

Dipetik daripada The Sun, Dr. Simran Deo berkata sinaran UV matahari boleh menyebabkan kerosakan besar pada kulit terutamanya mereka yang berkulit cerah.

Tidak menggunakan SPF yang sesuai dan tidak menutupi bahagian badan yang terdedah, individu bukan sahaja boleh mengalami sunburn malah boleh rosakan kulit tanpa diketahui.

Foto – @with_esther (TikTok)

“Walaupun kamu menggunakan SPF untuk contour wajah secara semula jadi, tetapi ia hanyalah sementara dan boleh meninggalkan kerosakan kulit yang kekal dan tidak mudah untuk dirawat.

Sinaran UVA, UVB dan UVR boleh menyebabkan tanda penuaan awal seperti kedutan dan garis halus, kawasan hiperpigmentasi seperti lentigo atau melasma.”

Kesan daripada melakukan sunscreen contouring ini, ia boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel kulit yang boleh menyebabkan kanser kulit, perubahan pra-kanser dan mempengaruhi imuniti dalam badan.

Foto – ECU

Manakala ahli farmasi Anusha Kaura pula mengatakan sesiapa sahaja boleh mendapat kanser kulit dan melanoma sekiranya tidak amalkan pemakaian sunscreen dengan betul.

“Sunscreen perlu digunakan dalam cara yang betul iaitu di seluruh wajah dan badan dan ianya tidak dapat digunakan sebagai gantian mekap iaitu sunscreen contouring atau apa sahaja.”

Selain itu Bruce Green iaitu seorang pakar chemistry dan pengasas SOS Serum juga memberitahu bahawa trik sunscreen contouring itu bukanlah satu idea yang perlu diikut.

Foto – @danielusshiss (TikTok) / @waterlily.s (TikTok)

Walaupun ianya kelihatan berkesan lebih daripada mengenakan mekap, tetapi menggunakan sunscreen yang berbeza SPF boleh rosakkan kulit pada tahap yang berbeza.

“Sekiranya wajah sudah rosak disebabkan oleh sinar UVA dan UVB, kamu tidak boleh berpatah balik kerana kamu telah mempercepatkan proses penuaan dengan mendedahkan wajah pada matahari tanpa sebarang pelindungan yang sempurna.”

Bagi kamu yang mahu lakukan trik ini, lebih baik kamu elakkannya. Memang berkesan tetapi untuk jangka masa yang panjang, ia sebenarnya tidak bagus dan elok dilakukan.

Guna sunscreen setiap masa dan lindungi bahagian yang terdedah kepada matahari bagi elakkan risiko kanser kulit berlaku. Selamat beramal.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Kecoh Di TikTok, Pakar Kata Pakai Sunscreen Begini Boleh Sebabkan Kanser Kulit? appeared first on Wanista.com.

Menenangkan Kulit Sensitif, Patut Ramai Guna Dr. Jart+ Cicapair Re-Cover Cream!

$
0
0

Setiap wanita impikan kulit wajah yang bersih dan sihat, jauh daripada segala cela.

Oleh itu, lindungi kulit dari tekanan persekitaran yang berbahaya, meneutralkan kemerahan dan menutupi noda dengan Cicapair Re-Cover Cream SPF 40/PA++, produk viral kesukaan para wanita.

Makmal Dr.Jart + mengembangkan penyelesaian kulit ini dari tumbuhan herba Asia, Centella Asiatica, yang dapat menenangkan kulit sensitif dan jengkel dengan serta-merta.

Bagus Untuk Sembunyikan Kemerahan & Sesuaikan Warna Kulit

Krim ajaib ini membetulkan dan menyembunyikan kemerahan dengan menyesuaikan warna kulit, sambil melindunginya dengan SPF 40 / PA ++.

Foto – Dr.Jart+

Krim ini menenangkan kulit kering dan jengel sambil memperbaiki penampilan kulit. Ia dapat digunakan sebagai alas solek atau untuk perlindungan sepanjang hari dan litupan semula jadi.

Viral Di TikTok

Sekiranya anda gemar menonton video mekap dan skincare di TikTok, anda mungkin pernah melihat produk ini menjadi ‘watak’ utama. Krim hijau ini menghilangkan kemerahan, dan kelihatan sangat sempurna sehingga tidak perlu lagi foundation.

@bauerbeauty

#tintedmoisturizer #drjart #colorcorrection #esthetician #colorcorrector #bestskincare #cicapair #antiaging #skincare #skin

♬ original sound – barrier queen

Cicapair Re-Cover Cream membantu menenangkan kulit sensitif yang mungkin meradang atau jengkel. Ia juga membantu meningkatkan kekuatan kulit dan kemampuan regenerasi sel. Sangat bagus untuk orang yang mempunyai jerawat, rosacea atau mereka yang ingin meratakan warna kulit.

@danahassonn

NO MORE FOUNDATION??? @drjart.us just changed my whole makeup routine!! 😱😱 #ProblemSolved IG: DANAHASSONN

♬ Viva La Swing aka #SandoTwist by @Abiud_Sando – Mingaling 2.0

Bahan Utama Produk

  • Centella RxTM (Centella Asiatica Extract + Green Repair Herbs) – Menenangkan dan melindungi kulit.
  • CicabondTM (Arabinogalactan + Mineral) – Menenangkan dan memperbaiki kulit yang peka dan menguatkan penghalang kulit dengan turunan tumbuhan ivy dan mineral.
  • JartbiomeTM (Berasal dari probiotik yang terdapat pada kulit manusia yang sihat) – Inovasi terbaru yang memanfaatkan kekuatan probiotik untuk menormalkan mikroorganisma baik yang hidup di dalam kulit sambil menyeimbangkan keadaan kulit yang sihat.
Foto – Hello Giggles

Cara Guna

Selepas toner dan serum, sapukan sebilangan kecil di hujung jari anda. Sapu merata ke seluruh wajah, tumpukan produk pada kawasan yang kemerahan dan memerlukan litupan.

Kalau anda nak cuba produk ini, ia berharga 55ml, RM205 dan 15ml, RM65. Dapatkan di Sephora dengan klink link ini.

Foto – Dr.Jart+

Selamat Beramal!

The post Menenangkan Kulit Sensitif, Patut Ramai Guna Dr. Jart+ Cicapair Re-Cover Cream! appeared first on Wanista.com.

YouTuber Guna Ubat Gigi Besarkan Payudara, Apa Kesannya?

$
0
0

Kalau Google saja cara untuk besaran payudara, memang ada bermacam-macam trik dan petua dikongsi.

Daripada menggunakan minyak zaitun, vaseline, losyen, sabun sehinggalah supplement. Boleh dikatakan semuanya ‘membantu’ membesarkan payudara dalam saiz yang diingini.

Tapi yang menarik perhatian Wanista adalah trik menggunakan ubat gigi bagi membesarkan payudara. Menarik bukan?

Berkesan ke sapu ubat gigi dan campuran beberapa bahan ini?

“Kesan menggunakan ubat gigi untuk besarkan payudara boleh dilihat selepas 5 hari menggunakannya secara displin.”

Melalui perkongsian yang dibuat oleh seorang YouTuber, wanita ini telah mendedahkan payudaranya menjadi besar selepas menggunakan campuran ubat gigi dengan 3 bahan lain (putih telur, tepung dan timun).

Foto – Editorial Naturalbeauty556 (YouTube)

Fungsi menyapu bahan-bahan ini pada payudara secara berkala boleh mengurangkan kendur, menganjalkan dan menjadikannya semakin besar daripada kebiasannya.

Pada masa yang sama, wanita ini juga memberitahu bahawa ubat gigi boleh mengecilkan pori pada payudara dan membuatkannya menjadi lebih padat dan besar.

Jadi betullah ubat gigi boleh besarkan payudara?

Menurut pakar kesihatan wanita, Jennifer Wider mengatakan ubat gigi bukanlah bahan yang sesuai dan efektif untuk membesarkan payudara secara kekal.

“Kamu mungkin nampak kesannya sebaik sahaja menyapu ubat gigi pada payudara. Tetapi ianya akan hilang dan kembali normal selepas kamu membilas dengan air.”

Foto – Editorial Naturalbeauty556 (YouTube)

Tambahan pula wanita boleh alami beberapa kesan sampingan selepas menggunakan ubat gigi pada payudara. Dan ada juga yang tidak alaminya, terpulang kepada reaksi dan penerimaan badan terhadap ubat gigi.

Malah Jennifer turut menyarankan kepada wanita yang ingin besarkan payudara atau menganjalkannya, gunakan beberapa senaman yang sesuai dan pakai bra yang sesuai mengikut saiz.

Apa kesan sampingan guna ubat gigi pada payudara?

Bergantung kepada setiap individu, ada yang mengalami beberapa kesan sampingan dan ada yang tidak mengalaminya.

Jika tidak tahu sama ada kamu mengalaminya atau tidak, cuba perhatikan beberapa situasi ini.

  • Alami alergi yang teruk 

Tak semua yang mengalami reaksi alergi. Tetapi bagi yang mengalaminya, ia adalah disebabkan oleh beberapa bahan yang terdapat dalam ubat gigi tersebut.

Foto – Dreamstime

Apabila bahan-bahan itu tidak sesuai untuk digunakan di tempat lain selain gigi, kamu boleh mendapat beberapa gejala seperti bersin, kegatalan pada kawasan payudara atau menjadi ruam di sekitarnya.

  • Kulit menjadi terlalu kering 

Selain itu, ubat gigi juga boleh menyebabkan kulit di kawasan payudara menjadi terlalu kering.

Foto – Trotineta

Sekiranya kulit menjadi kering, ia boleh menyebabkan pembentukan jerawat, kemerahan dan kulit menjadi mengelupas.

  • Kulit mengalami iritasi yang melampau 

Kalau kamu nak tahu, ubat gigi direka khas dan hanya sesuai digunakan pada bahagian mulut sahaja.

Foto – Woman’s Day

Ini kerana kandungan pH dan bahan yang berbeza boleh membuatkan seseorang individu mengalami iritasi yang teruk, bergantung kepada tahap sensitiviti kulitnya.

Nak besarkan payudara, jangan sembarang ikut petua atau trik di media sosial. Pastikan kamu selidik dan cari tahu dulu sama ada trik tersebut boleh diikuti, selamat dan sesuai.

Jika tidak, abaikannya dan ikut cara yang betul dengan melakukan senaman dan ambil makanan yang boleh membantu merangsang pembentukan payudara.

Selamat beramal ♥

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post YouTuber Guna Ubat Gigi Besarkan Payudara, Apa Kesannya? appeared first on Wanista.com.

Ini Wangian Kegemaran Yang Selebriti Pakai, Bukannya Ditaja

$
0
0

Lumrah menjadi selebriti, apa sahaja yang mereka pakai akan menjadi ikutan.

Sebagai contoh, bila peminat keluarga diraja Britain mendapat tahu wangian yang dipakai Kate Middleton ketika wedding, lantas ia menjadi trending di laman carian dan sold out sekelip mata. Semuanya kerana mereka ingin miliki bau seperti si cantik itu.

Selain Kate, ini beberapa idola lain mendedahkan minyak wangi kegemaran mereka. Ada yang murah, ada juga yang sukar untuk dimiliki.

Meghan Markle

Foto – Arkib Wanista

Duchess of Sussex mendakwa memakai Jo Malone London Wild Bluebell sebagai haruman hariannya. Padanya ia ringan dan segar malah sudah menjadi aroma signature.

Kylie Jenner

Foto – Arkib Wanista

Kylie lebih gemar akan aroma yang ringan, tidak terlalu kuat sehingga boleh memberi sakit kepala. Pilihannya ialah Victoria’s Secret Coconut Passion Body Mist.

Victoria Beckham

Foto – Arkib Wanista

Obses dengan wangiannya yang dikatakan ‘super chic’, botol Vilhelm Parfumerie Room Service ilham dari kisah glamor Hollywood – mengibaratkan Marilyn Monroe sedang menikmati cocktail di Hotel Beverly Hills pada zaman kegemilangannya.

Kate Middleton

Foto – Pinterest

Ketika Kate Middleton berkahwin dengan Putera William pada tahun 2011, dia memakai haruman Illuminum White Gardenia Petals. Katanya aroma yang lembut menjadikan ia perfume pilihan Kate sehingga ke hari ini.

Hailey Baldwin

Foto – Arkib Wanista

“Saya memakai aroma dari Bond No. 9, saya sukakan kerana bau yang menyenangkan, tidak super girly. Boleh dipakai lelaki mahupun perempuan, ” terangnya pada Elle Australia.

Blake Lively

Foto – Arkib Wanista

Bagaimana pula dengan si tinggi lampai Blake Lively? Blake suka pada bauan bunga dan buah. Pilihannya ialah Gucci Eau Premiére.

Emma Stone

Foto – Arkib Wanista

Bukan sahaja Emma Stone memakai aroma ini, malah dia juga menyemburkannya di atas bantal untuk membantunya tidur. Pilihan sudah tentu Chanel Gardenia.

Beyonce

Foto – Arkib Wanista

Ingin bau seperti Queen Bey? Kegemarannya adalah aroma Armani, yang mempunyai bau feminin dan glamor, sesuai dengan imejnya.

Rihanna

Foto – Pinterest

Apa minyak wangi yang dipakai Rihanna? Tidak lain tidak bukan, Kilian Love, Don’t Be Shy. Haruman yang menghangatkan dan manis dengan nota neroli, orange blossom dan marshmallow, gabungan sempurna menyegarkan hari Rihanna.

Tak teringin ke nak bau yang sama macam mereka di atas? Tak dapat yang mahal, yang murah pun jadilah. Tengok saja di sini – Wanginya Bau, 10 Minyak Wangi Selebriti Paling Berbaloi Beli

Selamat Membeli! ❤

The post Ini Wangian Kegemaran Yang Selebriti Pakai, Bukannya Ditaja appeared first on Wanista.com.


Beauty Guru Michelle Phan Kata 5 Sunscreen Ini Paling Best Pakai!

$
0
0

Tanyalah mana-mana pakar kecantikan, dermatologi, pemakaian krim pelindung matahari tersangatlah penting.

Tahukah anda bahawa pancaran UV adalah merupakan 80% penyumbang kepada masalah penuaan kulit wajah? Ini adalah termasuk, kemunculan kedutan, pigmentasi, kering, serta kekusaman kritikal. Anda nak ke kelihatan jauh lebih tua dari umur anda yang sebenar?

Ingat, bila melangkah keluar dari rumah, jangan sesekali lupa memakai sunscreen. Cuma bila dah banyak sangat jenama di pasaran, kamu jadi keliru mahu mendapatkan produk yang betul-betul sesuai dengan kulit.

Beauty guru Michelle Phan berkongsi beberapa jenama sunscreen yang mengubah hidupnya.

Canmake Mermaid Skin Gel UV SPF 50+ PA++++ (BELI)

Foto – Canmake

Lindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya dengan krim gel yang meresap ke dalam kulit tanpa rasa melekit. Tekstur jernih tidak meninggalkan wajah putih bercapuk, dan mempunyai kesan pencerahan yang sesuai untuk kulit kusam.

Shiseido Senka Aging Care UV Sunscreen SPF50+ PA++++ (BELI)

Sesuai untuk kulit kering kerana ianya membuatkan kulit menjadi lembap serta-merta. Krim ini mempunyai formula ‘agar gel’ berasaskan air mineral yang membuatkan ia terasa seperti serum pada kulit.

Foto – Amazon

Menggunakan campuran Coenzyme Q10 dan asid hyaluronik untuk memastikan kulit sentiasa terhidrasi.

Shiseido  Anessa Perfect UV Sunscreen Mild Milk SPF 50+ PA++++ (BELI)

Sunscreen bebas alkohol, bebas wangian dan bebas paraben mempunyai formula yang lembut dan bebas aditif sesusai untuk keperluan kulit kanak-kanak dan bayi yang sensitif.

Foto – Anessa

Ia menampilkan teknologi Aqua Booster yang bertindak balas dengan mineral dalam peluh dan air semasa bersentuhan. Kulit terasa selesa dan halus seperti sutera bila disapu ke muka.

PURITO Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++ (BELI)

Krim pelindung matahari ‘mineral’ yang sangat ringan. Bila disapu ke muka, ia agak barair tapi meninggalkan dengan kemasan matte, jadi ia tidak menjadikan kulit lebih berminyak atau kering.

Foto – Hermo

Mempunyai 70% berasaskan air yang diformulasikan dengan CICA memberikan kulit yang lembap tanpa melekit dan warna putih yang terdiri dari bahan-bahan yang selamat.

Supergoop! Unseen Sunscreen SPF 40 (BELI)

Foto – Supergoop

Boleh juga dijadikan sebagai primer. Krim gel yang jernih langsung tidak kelihatan, tanpa bau dengan SPF 40. Awalnya bila disapu kelihatan agak melekit, tapi bila dah blend ia meninggalkan kemasan yang lembut dan selesa.

Memakai sunscreen adalah salah satu kaedah terbaik dan termudah untuk melindungi penampilan dan kesihatan kulit anda pada usia berapa pun. Gunakan secara teratur membantu mencegah selaran matahari, kanser kulit dan penuaan pramatang.

Selamat Beramal!

The post Beauty Guru Michelle Phan Kata 5 Sunscreen Ini Paling Best Pakai! appeared first on Wanista.com.

Rupanya Bibir Boleh Mungil Lepas Guna Minyak Kayu Manis, Tapi Selamat Ke?

$
0
0

Selain daripada lip filler, kamu pernah terfikir tak untuk dapatkan bibir mungil dengan menggunakan kayu manis?

Kalau kamu nak tahu, sebenarnya trik bibir mungil menggunakan kayu manis ini telah viral dan popular di TikTok.

Lihat perkongsian oleh seorang wanita ini, memang mungil bibirnya selepas mengenakan minyak kulit manis dalam rutin hariannya.

Trik bibir mungil ini makin popular dan trending 

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Mireya Rios, dia mengatakan trik ini memang berkesan bagi mereka yang mahukan bibir mungil dalam masa yang singkat.

“Letakkan sedikit di jari dan sapu di seluruh bibir. Kemudian pakai lip gloss di atasnya dan siap!”

@mireyarios

Cinnamon oil = lip plumper 👄 #beauty #beautytips #lips #beautytipsbymireya

♬ original sound – Mireya Rios

Melihatkan trik yang dikongsinya itu berkesan, ada beberapa pengguna TikTok yang lain turut mencubanya.

@brittanyhm

My favourite lip plumping hack yet😳🤫👄

♬ original sound – Brittany Miller

@brittanyhm

💋💋💋

♬ original sound – Brittany Miller

@oliviaw2507

Trying cinnamon oil as a lip plumper 😗 #fyp #makeup #lipplumper #cinnamon

♬ Steven Universe – L.Dre

@shonahazel

Testing it out so you don’t have too😅 courtesy of @brittanyhm 🤍 #smalllips #biggerlips #Bossit2021 #hack #viral #foryou #cinnamonoil #test #comedy

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Boleh pakai terus atau campur dalam lip gloss 

Untuk pengetahuan kamu, trik menggunakan minyak kayu manis ini boleh digunakan secara terus ke atas bibir. Hanya titiskan beberapa minyak di hujung jari, kemudian sapu di seluruh permukaan bibir kamu.

Foto – @mireyarios (TikTok)

“Sebaik sahaja kamu menyapu minyak kayu manis, bibir kamu akan terasa seperti panas dan digigit semut sedikit. Selepas itu, terus pakai lip gloss macam biasa”, ujar Mireya Rios.

Tetapi sekiranya kesannya terlalu ‘menyakitkan’, kamu boleh juga mencampurkan beberapa titis minyak kayu manis ke dalam lip gloss. 

“Kamu boleh nampak perbezaannya. Bila dicampurkan ke dalam lip gloss, bibir tak rasa terbakar, menyakitkan, panas, merengsakan dan lain-lain lagi. Jadi trik ini memang menjadi!”, ujar Brittany Miller.

Foto – @brittanyhm (TikTok)

Sekiranya kedua-dua cara ini merengsakan bibir, kamu juga boleh mencampurkan serbuk kayu manis dengan minyak pelembap pilihan kamu dan sapu di bibir.

Ada yang alami kerengsaan, jadi selamat ke trik ini?

Dipetik daripada Teen Vogue, Dr. Engelman mengatakan trik ini memang berkesan dalam masa yang singkat sama seperti lip-plumping glosses. 

“Kayu manis sebenarnya boleh buatkan bibir menjadi merengsa dan darah mengalir terus menjadikan bibir lebih lembut dan merah.”

Foto – @brittanyhm (TikTok) / @oliviaw2507 (TikTok)

Walaupun bibir mengalami kerengsaan tetapi ia tidak memberi kesan yang berbahaya pada kamu. Apa-apa pun, lakukan patch test terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Jika kamu alami kerengsaan yang membawa kepada kerosakan kulit, ia bermaksud kamu menghadapi alergi dan kamu tidak sesuai untuk ikuti trik ini.

Bagi mereka yang mahu lakukan trik ini, ketahui terlebih dahulu sama ada kamu sesuai atau tidak lakukan trik ini.

Sesiapa yang sudah mencuba trik bibir mungil menggunakan minyak kayu manis, cuba kongsikan dengan Wanista hasilnya.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Rupanya Bibir Boleh Mungil Lepas Guna Minyak Kayu Manis, Tapi Selamat Ke? appeared first on Wanista.com.

Foundation Susu Kambing Lazy Face, Tak Sesuai Untuk Kulit Orang Malaysia?

$
0
0

Di China krim foundation Lazy Face, merupakan salah satu produk yang menjadi kegilaan ramai wanita yang inginkan kulit putih melepak dan flawless!

Kini populariti krim ini tersebar di Malaysia, dan ramai wanita tempatan ingin mencuba krim foundation yang dikatakan boleh menutup segala cela di wajah wanita dengan flawless secara berkesan.

Tapi sejauh mana keberkesanannya, ikuti kupasannya di bawah.

Foundation Lazy Face Berkesan Ke?

Foto – Shopee

YouTuber kecantikan Masilla Isa, membongkar produk viral dari China ini untuk melihat sejauh mana keberkesanannya krim foundation susu kambing Lazy Face ini.

Berdasarkan maklumat krim foundation susu kambing yang tertera di Shopee, krim ini dikatakan boleh membuatkan kulit jadi flawless, menutup segala lingkaran gelap bawah mata dan bintik hitam serta membuatkan kulit putih melepak.

Tapi betul ke berkesan? Berdasarkan review yang YouTuber Masilla Isa tunjukan dalam videonya, banyak petunjuk yang menunjukan bahawa krim foundation ini over claim.

Foto – YouTube Masilla Isa

Terlalu Putih Macam Pakai Kapur Kasut

krim ini memang membuatkan kulit jadi putih, tapi warna putih yang melekat pada kulit seolah-olah di cat atau seperti memakai kapur kasut.

Tak Flawless, Tetap Nampak Lingkaran Gelap

Dalam video yang dikongsikan oleh Masilla selepas siap mengenakan krim foundation dan blend sekata, menerusi lensa yang terpapar lingkaran gelap bawah matanya masih kelihatan dan Masilla juga turut menyatakan bahawa krim ini tidak dapat membuatkan kulit jadi flawless.

Foto – YouTube Masilla Isa

Menyebabkan Rasa Sakit Sedikit Dan Kulit Kering Tidak Sesuai

Krim foundation viral ini setelah digunakan ia menyebabkan rasa sakit sedikit pada kulit wajah, dan wanita yang mempunyai kulit kering akan kelihatan mempunyai kulit wajah yang bersisik setelah memakai foundation.

Tekstur Bagus, Tak Mudah Tanggal Dan Kalis Air

Walaupun begitu dari segi tekstur Masilla menyatakan rasa yang dialami sangat bagus seperti memakai sunscreen, ia cepat meresap ke dalam kulit dan foundation ini juga tidak mudah tanggal serta bersifat kalis air sesuai untuk pemakaian mekap sepanjang hari.

Tak Sesuai Dengan Warna Kulit Orang Malaysia

Foto – iStock

Setelah melihat review dari YouTuber Masilla Isa ini, secara jujurnya foundation ini terlalu putih dan untuk dapatkan warna yang tidak terlalu ketara pengguna harus blend dalam masa yang lama.

Dan kerja yang cukup renyah ini, akan membuatkan ramai wanita Malaysia kurang minat untuk menghabiskan masa yang lama hanya untuk pakai foundation semata-mata.

Foto – AliExpress/Shopee

Itu belum lagi cerita dengan warna foundation yang terlalu putih dan jauh berbeza dengan kulit wanita Malaysia, membuatkan produk ini memang tidak sesuai langsung untuk dipakai, melainkan wanita itu miliki kulit putih melepak.

Lagi pun banyak lagi krim foundation yang lebih sesuai untuk kulit orang Malaysia, tak semestinya nak kulit putih dan flawless kena pakai krim yang satu ini betul tak?

The post Foundation Susu Kambing Lazy Face, Tak Sesuai Untuk Kulit Orang Malaysia? appeared first on Wanista.com.

Nampak Mengarut Tapi Trik Lipstick Blush Di TikTok Berbaloi Cuba

$
0
0

“Oh my God! Seluruh wajah jadi merah, memang menjadi ke trik ini?”

Kali ini Wanista nak kongsikan dengan kamu tentang satu trik yang semakin popular dan trending di TikTok iaitu #BlushTrend.

Kalau sebelum ini kita hanya tahu trik mencalit lipstick di tulang pipi sahaja. Tapi menerusi trend ini kamu akan pelajari satu trik baru yang menggunakan lipstick di seluruh wajah.

Nak tahu bagaimana caranya dan adakah ia berkesan, lihat perkongsian di bawah.

Makin Popular Pula Trik Ini 

Melalui perkongsian video @lenkalul, trik ini memang praktikal dan sesuai untuk mereka yang mahukan glow rosy look dengan cepat.

Dalam video tersebut, @lenkalul terus menyapu lipstick berwarna merah di bahagian pipi, hidung dan dahi dan hasilnya seolah-olah terkena sunburn.

@lenkalul

video ib: @sellmakasumoviq @hxlindx looked better than i expected haha #makeup #makeupvideos #makeuphacks #fyp

♬ Ski Mask The Slump God – Foot Fungus – Kiersten

Video @lenkalul yang mendapat like sebanyak 855.5K, trend ini mula dicuba oleh pengguna lain dan ramai yang mengongsikan feedbacks serta hasilnya dengan menggunakan tag #BlushTrend.

@victorialyn

Woah! What do you think of this trend 💄👀 #makeup #makeuptutorial #blushtrend #blushhack

♬ Dancing in My Room – 347aidan

@samperakslis

#stitch with @lenkalul uhhh not too bad not too bad 🥰 #viralblush #blushhack #foundationchallenge #blushtrend #makeupchallenge #fyp #foryou

♬ original sound – Sam Perakslis

@selmacicekdall

Pocahantas mıyım ben? #blushtrend #makyajhileleri #makyajchallenge #makyajhilesi #tiktokmakyajı💄

♬ BGC Drama Effect – whozmanzz

@tyleebeauty

#stitch with @lenkalul kinda shocked how well this actually turned out ngl #viralblush #stitch #blush #coco #blushtrend

♬ original sound – tyleetrent

Nak Cuba Trend Ini, Hanya Perlu 6 Langkah Sahaja 

Bagi yang mahu mencubanya kamu hanya perlukan lipstick, serbuk contour, highlighter liquid dan foundation.

Cara lakukannya:

Foto – @lenkalul
  • Calit lipstick berwarna merah di atas tulang pipi, dahi dan hidung dalam kuantiti yang sesuai.
  • Blend calitan tersebut menggunakan berus.
Foto – @lenkalul
  • Kemudian, contour bahagian hidung menggunakan serbuk shade coklat.
  • Letakkan highlighter liquid di atas hidung dan di bawah mata.
Foto – @lenkalul
  • Seterusnya, sapu foundation di seluruh wajah.
  • Dan kemudian, blend kesemuanya sehingga ‘sekata’.

Lihat Apa Pengguna Lain Kongsi Mengenai Trik Ini 

Memang kreatif dan di luar jangkaan orang ramai, malah ada beberapa pengguna berkongsi feedbacks yang positif mengenainya.

“Saya sudah mencuba trik ini dan sangat sukakan hasilnya.”

Foto – @lenkalul

“Awalnya saya takut untuk mencubanya tetapi ia memang berbaloi!”

Foto – @lenkalul

“Akhirnya, ini adalah masa untuk kulit merah dan sensitif saya ‘bekerja'”

Foto – @lenkalul

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja trik dan trend terbaru serta pelik di media sosial. Apa-apa pun sebelum mencubanya, kamu perlu lihat terlebih dahulu sama ada ianya sesuai atau tidak untuk kulit kamu.

Bagi mereka yang mahu mencuba trik ini, apa kata kamu kongsikan hasilnya dengan Wanista. Selamat mencuba!

The post Nampak Mengarut Tapi Trik Lipstick Blush Di TikTok Berbaloi Cuba appeared first on Wanista.com.

Hydrating vs Moisturizing, Yang Mana Sesuai Untuk Kulit Kamu?

$
0
0

“Produk ini untuk hydrating, yang ini pula moisturizing… bukan dua-dua sama ke?”

Siapa yang keliru bila nak membeli sesuatu produk penjagaan wajah? Nak cari produk untuk melembap, ada hydrating dan moisturizing, jadi nak pilih yang mana satu?

Produk Hydrating Untuk Kulit Dehidrasi

Prduk hydrating berguna untuk menhidratkan kulit wajah. Produk ini juga bersifat humektan, kerana ia dapat menyerap air ke dalam kulit. Oleh itu, produk hydrating biasanya digunakan jika kulit anda dehidrasi.

Foto – Beauty Care

Kulit dehidrasi adalah keadaan kulit yang kekurangan kandungan air, sehingga tekstur kulit berubah. Tanda-tanda pertama kulit kering adalah ruam merah pada kulit, keradangan, dan gatal-gatal pada kulit.

Beberapa bahan yang biasa terdapat dalam produk penghidratan adalah asid hyaluronik, gliserin, madu, pantenol, dan kolagen. Asid hyaluronik, dapat mengekalkan dan meningkatkan paras air sehingga kulit kembali lembap dan kenyal.

Produk Moisturizing Untuk Kulit Kering

Produk moisturizing untuk orang yang miliki jenis kulit kering. Kulit sebenarnya mempunyai penghalang semula jadi untuk menahan kelembapan. Walau bagaimanapun, kulit kering tidak mempunyai penghalang yang cukup kuat, jadi memerlukan bantuan pelembap.

Foto – Stryx

Produk ini berfungsi menahan kelembapan sambil mengelakkan kelembapan semula jadi yang tersisa daripada keluar dari kulit.

Biasanya, produk ini untuk kulit kering mengandungi bahan seperti minyak mineral, jeli petroleum, minyak zaitun, atau zink oksida. Pilih produk penjagaan kulit dengan bahan-bahan yang dapat meningkatkan kadar minyak semula jadi pada kulit.

Jadi, kesimpulannya produk hydrating dan moisturizing terletak pada konsistensi kandungannya. Sebilangan besar produk hydrating mengandungi air sehingga konsistensinya lebih lancar. Produk moisturizing pula lebih tebal.

Foto – South Miami

Sekiranya anda mempunyai kulit dehidrasi, cuba pakai hydrating serum. Sekiranya anda mempunyai kulit kering, cubalah produk moisturizing yang lebih tebal.

RUJUKAN 

The post Hydrating vs Moisturizing, Yang Mana Sesuai Untuk Kulit Kamu? appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live