Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

95% Kulit Kepala Sensitif Berjaya Diatasi Dengan Ryo Derma Scalp Care

$
0
0

Rambut lambang keperibadian setiap wanita. Rambut yang sihat dan cantik bila kita menjaganya dengan rapi. Salah satunya dengan penjagaan kulit kepala. Bila kulit kepala tidak dijaga memberi kesan kepada kecantikan rambut.

“Kenapa gatal sangat kulit kepala aku, macam ada kutu merayap.”

Wanista pasti ramai wanita pernah alami perkara ini. Mula runsing mencari produk sesuai untuk rambut, pertimbangkan rangkaian Ryo yang ini.

Ryo Derma Scalp Care Serba Baru Sedia Bantu Wanita

Label penjagaan rambut premium Korea Selatan, Ryo memperkenalkan rangkaan Derma Scalp Care sera baru yang dibuat dengan bahan semula jadi dari Jeju.

Produk ini memfokuskan kepada penyelesaian untuk kegatalan kulit kepala bagi mereka yang mempunyai keadaan kulit kepala yang sensitif.

95% Kulit Kepala Sensitif Diuji

Rangkaian ini menampilkan Derma Scalp Care Shampoo dan Derma Scalp Care Conditioner. 95% kulit kepala sensitif diuji, di mana ia terasa ringan untuk kulit kepala dan rambut.

Foto – Mamabee

Rangkaian ini juga sesuai dengan pH semula jadi kulit, pH 5.5 untuk menghidupkan kembali dan melindungi penghalang kulit kepala, hypoallergenic dengan 0% minyak silikon dan surfaktan sulfat.

Hanya Menggunakan Ramuan Sihat Saja

Dibuat dengan 100% ramuan sihat dari Jeju dan 100% Centella Asiatica yang dihasilkan secara semula jadi.

Ryo Derma Scalp Care serba baru mempunyai ramuan utama, Madecassoside yang hanya dapat diekstrak dari 560kg tanaman Centella, membantu membina penghalang pelindung pada kulit kepala yang jengkel.

Foto – Ryo Derma Scalp Care

Madecassoside membentuk filem nipis di permukaan kulit kepala dan mengeluarkan perengsa luaran yang membantu menguatkan penghalang kulit untuk kulit kepala yang sihat.

Yang Best Tentang Rangkaian Ryo Derma Scalp Care

Rangkaian ini merupakan hypoallergenic dengan 0% minyak silikon dan surfaktan sulfat. Syampu bebas 10 – silikon, surfaktan sulfat, surfaktan PEG, wangian tiruan, pewarna sintetik, bahan haiwan, minyak mineral, triethanolamine, polyacrylamide dan imidazolidinyl urea.

Untuk conditioner tampil dengan bebas 8 – minyak silikon, wangian tiruan, pewarna sintetik, bahan haiwan, minyak mineral, triethanolamine, polyacrylamide dan imidazolidinyl urea.

Foto – Ryo Derma Scalp Care

Ryo Derma Scalp Care berharga RM56 setiap satu tersedia di semua kedai Watsons dan dalam talian seperti:

Jadi, kepada wanita yang mencari syampu untuk masalah kulit kepala, boleh cuba rangkaian Ryo ini.

Selamat Beramal!

The post 95% Kulit Kepala Sensitif Berjaya Diatasi Dengan Ryo Derma Scalp Care appeared first on Wanista.com.


Wanita Kongsi Di TikTok, Produk Krim Jeli Dari Korea Ini Laku Habis!

$
0
0

Tak dinafikan kalau apa sahaja produk terutamanya skincare, pasti semuanya akan habis dijual setelah viral di media sosial terutamanya TikTok.

Sama seperti satu produk dari Korea ini. Memang habis dijual selepas seorang makeup artist berkongsi rahsia untuk mendapatkan kulit yang glow di TikTok.

Stok 4 Bulan Licin Dalam Sekelip Mata 

Di Australia, produk Innisfree Jeju Cherry Blossom Jelly Cream telah habis dijual dalam sekelip mata selepas Mikayla Nogueira berkongsi mengenainya.

Diperbuat daripada sugar beet semula jadi dan bunga sakura dari Pulau Jeju, krim jeli ini boleh memberikan kesan glow pada kulit dalam masa yang singkat.

@mikaylanogueira

I WILL BE DOING THIS FOR THE REST OF MY LIFE. #makeup #beauty #glowyskin #glow @glamzillaxo

♬ original sound – Mikayla Nogueira

Menerusi perkongsian Mikayla, dia mengatakan dirinya mengikuti rutin glow seorang pengguna di Tiktok iaitu Glamzilloxo. Tetapi dia telah menambah krim jeli ini pada akhir rutin tersebut.

Kalau kamu lihat video tersebut, memang kamu akan sangkakannya. Produk jeli ini berupaya memberikan kesan glowing secara ‘semula jadi’ pada kulit sebaik sahaja memakainya.

Tekstur Ringan Dan Jadikan Kulit Lebih Terhidrasi 

Di permulaan video tersebut, Mikayla telah menggunakan Glow Recipe Watermelon Glow PHA+BHA Pore-Tight Toner dan Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Dew Drops.

Foto – @mikaylanogueira (TikTok)

Kemudian, dia telah menambah produk Innisfree Jeju Cherry Blossom Jelly Cream pada akhir pemakaiannya untuk buatkan kulitnya kekal terhidrasi.

Pada masa yang sama, Mikayla juga mengatakan krim jeli tersebut telah melengkapkan rahsia glow dan menjadikan pemakaian foundation lebih smooth dan berikan hasil yang lebih baik.

Foto – @mikaylanogueira (TikTok)

Untuk pengetahuan kamu, tekstur krim jeli ini sangat ringan dan membuatkan wajah menjadi tidak melekit dan berminyak.

Selain itu, krim ini juga memang sangat sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai kulit acne-prone, berminyak dan sensitif.

Ramai Yang Mahukan Krim Jeli Itu Dalam Rutin Mereka

Melihatkan ‘fenomena glow‘ tersebut, kebanyakan pengguna TikTok yang lain berkongsi feedbacks dan ada juga mahukan kesan yang sama pada diri mereka.

“Saya sudah menggunakannya selama dua minggu dan tak pernah rasa terhidrasi seperti ini.”

Foto – @mikaylanogueira (TikTok)

“Sebab inilah saya suka gunakan produk skincare Korea.”

Foto – @mikaylanogueira (TikTok)

“Saya telah membeli toner dan dew drops tetapi krim jeli sudah habis dijual di semua tempat.”

Foto – @mikaylanogueira (TikTok)

Malah ada juga pengguna di Instagram berkongsi feedback mengenai krim jeli ini.

“Saya mempunyai kulit yang kusam dan first impression saya mengenai krim jeli ini adalah ia sangat mencerahkan!”

Selain itu, ada juga yang mengatakan krim jeli ini sesuai untuk mereka yang memiliki kulit yang kusam dan kering yang mahukan kulit kelihatan segar sepanjang masa.

Kalau sebelum ini kamu sudah mencuba pelbagai tips untuk dapatkan kulit glow, apa kata selepas ini kamu cuba pula gunakan Innisfree Jeju Cherry Blossom Jelly Cream ini pula.

[BELI: RM 81.00]

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Wanita Kongsi Di TikTok, Produk Krim Jeli Dari Korea Ini Laku Habis! appeared first on Wanista.com.

Viral! Ramai Kata Face Mask Caudalie Ini Bagus Untuk Kecilkan Pori

$
0
0

Nak mencari produk kecantikan yang sesuai untuk kulit wajah kita, bukan satu perkara yang mudah. Kita kena tahu jenis dan masalah kulit, tekstur, bahan dan formula produk.

Tapi apabila sesuatu produk itu menjadi viral di media sosial, sudah tentu kita pun nak miliki. Macam perkara yang sama berlaku pada Caudalie Instant Detox Mask.

Jadi Produk Sensasi Di TikTok

Persoalannya memang betul berkesan? Atau apa hype di sebalik face mask tanah liat ini?

Foto – organicallyblissful.com

Caudalie Instant Detox Mask telah tular di TikTok di mana ramai pengguna mendakwa ia mengurangkan penampilan pori dan membuat anda berseri.

Face Mask Tanah Liat Guna 98% Bahan Semula Jadi

Caudalie Instant Detox Mask dipuji sebagai penyelamat penjagaan kulit bagi mereka yang mempunyai pori-pori yang tersumbat dan kulit kusam, kerana berfungsi untuk mengeluarkan dan mengetatkan pori-pori, serta mencerahkan kulit.

@lookfantastic

@caudalie Detox Mask working its magic✨#LOOKFANTASTIC#claymask#claymaskcheck#skincare#skincarebyhyram#skincarebyhyramapproved#tiktokbeauty#skincaretok

♬ original sound – Jessica Lynn Vanderk

Topeng tanah liat dibuat dari 98% bahan semula jadi, antaranya tanah liat mawar merah jambu, yang bertindak untuk menghilangkan kotoran pada kulit. Enzim betik pula dapat mengecilkan pori-pori dan menaikkan seri wajah.

Ramuan bebas dari paraben, phthalates, minyak mineral dan bahan-bahan yang berasal dari haiwan.

Dua Minggu Dah Nampak Perubahan

@skincarebyhyram

#duet with @glamzillaxo Clay mask: Yay or Nay? 🤔 #skincarebyhyram #skincare

♬ original sound – GLAMZILLA

Katanya perubahan pada warna kulit jelas kelihatan dalam masa dua minggu penggunaan. Nak guna pun mudah, sapukan di seluruh wajah terutama t-zone, dan biarkan selama lima hingga 10 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Apa Kata Pengguna Yang Dah Guna

Selain menjadi viral di media sosial, Caudalie Instant Detox Mask telah mendapat banyak ulasan positif.

@glamzilla

#stitch with @lookfantastic THE CLAY MASK YOU NEED!!! #makeup #fyp #skincare

♬ original sound – GLAMZILLA

  • “Saya sangat menyukai face mask ini, tekstur dan bunya sangat best. Ia menjadi kulit saya licin dan tidak terlalu kering.”
  • “Ia benar-benar membantu detoksifikasi dan membantu kulit tanpa mengering atau menjejaskan penghalang kulit.”
  • “Suka face mask ini. Tidak terlalu berat dan ketat. Wajah saya terasa sangat bersih dan segar estelas menggunakannya.”
  • “Ini adalah satu-satunya produk yang sebenarnya saya dapat melihat liang pori dan bintik hitam saya berkurang setelah beberapa penggunaan.”
  • “Pori benar-benar halus dan kulit terasa segar. Saya dapati ia berfungsi dengan sangat baik untuk kulit, langsung tidak menjengkelkan dan sesuai untuk kulit yang sangat sensitif seperti kemerahan.”
Foto – Seohora
Foto – Sephora

Anda nak turut serta dalam hype #CaudalieDetox, produk ini berharga RM135 dan boleh didapati di Sephora.

Beritahu kami hasilnya pada wajah lepas dah guna. Selamat Beramal!

RUJUKAN : 123

The post Viral! Ramai Kata Face Mask Caudalie Ini Bagus Untuk Kecilkan Pori appeared first on Wanista.com.

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

$
0
0

Memang tak dinafikan setiap wanita sangat risaukan penampilan mereka terutamanya apabila wajah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan.

Berbeza dengan dahulu, zaman sekarang lebih mudah untuk kamu dapatkan penyelesaian seperti produk dan rawatan untuk membantu mengelakkan tanda penuaan dan penuaan pramatang.

Kali ini, Wanista akan kongsikan dengan kamu 6 jenis supplement yang patut kamu ambil dari sekarang untuk ‘bantutkan’ proses penuaan daripada berlaku.

Kolagen 

Kerap kali mendengar mengenai kolagen, ia adalah salah satu sumber untuk seseorang individu kelihatan muda dan mengurangkan penampilan penuaan di kulit.

Kalau kamu nak tahu, semakin usia bertambah, semakin lambat kolagen dihasilkan.

Foto – Vital Proteins

Ketika ini, kebanyakan orang akan cepat kehilangan kolagen dan ia akan menyebabkan tanda penuaan seperti kedutan berlaku dengan cepat.

Jika kamu mula nampak tanda-tanda tersebut, kamu boleh mengambil supplement yang mengandungi kolagen untuk membantu elakkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan kulit kering.

Vitamin C

Untuk pengetahuan kamu, Vitamin C berupaya mengurangkan tekanan oxidative pada sel dalam badan di mana ia membantu sel tersebut ‘tumbuh’ dengan normal.

Foto – Blackmores / Nature’s Bounty

Selain daripada itu, vitamin juga membantu sel untuk menjana semula dan menghasilkan kulit lebih sihat, mengurangkan kedutan dan menjadikan kamu lebih bertenaga.

Sesuai untuk mereka yang mula nampak kulit makin kusam, ambil supplement berasaskan Vitamin C seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi yang berdaftar.

Vitamin E 

Nak  mencegah kulit daripada mengalami kerosakan dan kusam? Vitamin E boleh membantu kamu.

Berdasarkan penyelidikan, Vitamin E mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang penting untuk pertumbuhan semula kulit dan penggantian sel.

Foto – Product Nation / Blackmores

Di mana sekiranya sel-sel kulit mula mati dan mengalami kemerosotan, sel-sel yang terbentuk oleh Vitamin E ini akan menggantikannya.

Dalam pada masa yang sama, vitamin ini juga berupaya untuk melindungi kulit kamu daripada terkena sinaran UV yang boleh membentuk kedutan dan kerosakan persekitaran.

Glucosamine 

Mengambil satu supplement glucosamine sehari boleh membantu kamu mengurangkan garis-garis halus dan pembentukan kulit yang kendur.

Foto – Watsons / Blackmores

Seiring dengan itu, glucosamine juga dapat mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki penghidratan kulit dan mengurangkan kedutan apabila kamu mengambilnya sebagai supplement tambahan.

Coenzyme Q10 

Sama seperti Vitamin C dan Vitamin E, Coenzyme Q10 ini merupakan nutrien yang membantu kesihatan dan penampilan keseluruhan kulit.

Foto – Watsons

Seperti antioksidan yang lain, Coenzyme Q10 ini dapat membantu sel bertukar dan mengurangkan kerosakan sel.

Menurut kajian yang dilakukan di Jepun, orang dewasa yang mengambil Coenzyme Q10 ini mengalami kesan dalam pengurangan dan kedalaman kedutan selepas dua minggu pengambilannya.

Polypodium Leucotomos Extract (PLE)

Menurut kajian Journal of Photochemistry dan Photobiology, Polypodium Leucotomos Extract ini berasal dari pokok pakis yang ditemui di Amerika Tengah.

Fungsi ekstrak ini adalah untuk membina dan memulihkan kolagen bagi mengelakkan kulit menjadi kedut dan kendur.

Foto – Super Smart / UTILA

Kalau kamu nak tahu, ekstrak ini juga berupaya mencegah kerosakan matahari dengan meningkatkan dos sinaran UV yang diperlukan untuk elakkan kulit daripada terbakar dan mengalami risiko kanser kulit.

Nak kelihatan sentiasa muda dan mengelakkan penuaan dan penuaan pramatang tak susah sebenarnya.

Selain daripada pemakanan yang seimbang, pengambilan supplement tambahan sebagai alternatif untuk mengurangkan penuaan juga diperlukan oleh setiap orang.

Jadi, ambil supplement yang sesuai mengikut keutamaan kulit kamu. Jika tidak tahu yang mana satu, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar terlebih dahulu.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini appeared first on Wanista.com.

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

$
0
0

Kamu tak ada masa nak bersiap lama, cuba look mudah tanpa menggunakan foundation ini. Kamu hanya perlukan 10 minit saja untuk menyiapkan diri. Tapi hasil tetap cantik dan flawless macam mekap penuh.

Mekap 10 Minit Mudah Cantik Berseri

  • Mula-mula, prep wajah sepenuhnya supaya lembap dan terlindung dari sinaran entari yang boleh merosakkan kulit.
  • Skip foundation, gunakan concealer di tempat-tempat yang anda tutup sebarang cela. Blend dengan beauty blender untuk sekatakan kulit agar tidak bertompok.
  • Dap dengan finishing powder supaya tak nampak kulit berminyak. Dalam masa yang sama memberi kemansan yang bercahaya tapi masih nampak matte.
  • Untuk mata pula, Khushi gunakan eyeshadow warna peach orange, nampak ceria dan muda.
  • Seterusnya, teknik contouring pada tulang pipi. Ia bukan sahaja mengenai memberi ilusi wajah runcing tapi bisa mengubah warna dan bentuk bayangan wajah.
  • Nak nampak lagi berseri, jangan lupa sapukan pemerah pipi. Letak di hidung sekali supaya nampak kemerahan comel di situ.
  • Untuk mendapatkan mekap yang segar dan hidup bertambah-tambah glowing ialah highlighter. Teknik ini berikan kesan bercahaya dan dewy.
  • Kening adalah elemen kecantikan penting yang sering dititik berat dalam dunia mekap. Kening yang kemas dapat merubah penampilan seseorang. Jadi, kemaskan kening menggunakan eyebrow gel atau pensil, ikut citaras masing-masing.
  • Akhir sekali, bibir dioles dengan gincu. Calit di tengah-tengah bibir dan sekatakan guna jari. Untuk nampak bibir merah natural.

Dah siap, penampilan anda yang kusam terlihat lebih menarik dan berseri. Barulah orang yang melihat impress.

Selamat Mencuba!

The post Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik appeared first on Wanista.com.

Muka Rasa Lembut Bila Guna Glow Recipe, 5 Ini Berbaloi Kamu Beli

$
0
0

K-beauty sudah cukup pioneer dalam dunia kecantikan. Sama ada kosmetik atau produk penjagaan wajah, mereka mempunyai follower serata dunia yang sentiasa menantikan inovasi baru.

Salah satunya ialah Glow Recipe, yang boleh didapati dengan mudah di Sephora. Terkenal dengan bahan utama menggunakan buah-buahan, jenama ini mendapatkan tempat di hati wanita kerana keaslian serta keberkesanan.

Menjadi produk kegemaran kerana ramuan semula jadi dan pembungkusan #InstagramWorthy, tak hairan produk terlaris mereka Watermelon Glow Sleeping Masks dijual setiap tiga minit.

Selain mempunyai beberapa produk yang berbau harum buah-buahan, jenama ini juga tidak menggunakan paraben, SLS, SLES, phthalates, atau minyak mineral.

Berikut beberapa range yang wanita obses dan mendapat pujian melambung. Tak rugi beli skincare Glow Recipe kerana memang berkesan, kulit terasa sihat dan segar sangat.

Watermelon Glow Sleeping Mask

Sleeping mask mungkin membuat anda memikirkan krim malam yang pekat, tetapi konsistensinya menyerupai gel yang terus meresap ke dalam kulit.

Foto – Glow Recipe

Bila dipakai sebelum tidur, gabungan ekstrak tembikai yang kaya asid amino, asid hyaluronik, dan AHA, kamu akan bangun dengan kulit yang kelihatan lebih lembap.

Harga RM105 (BELI)

Banana Souffle Moisture Cream

Gabungan bahan anti-radang seperti centella asiatica dan kunyit, memberikan penghidratan berpanjangan sepanjang hari. Katanya produk ini berfungsi dengan baik untuk kulit berminyak dan mempunyai kesan menenangkan.

Foto – Glow Recipe

Berharga RM180 (BELI)

Pineapple Glow Serum

Serum vitamin C mempunyai AHA untuk mengelupas dengan lembut dan digabungkan bersama bahan-bahan yang menghidrat dan menenangkan kulit, tidak terlalu kering.

Foto – Glow Recipe

Selepas beberapa minggu penggunaan biasa, kulit terlihat lebih cerah, hiperpigmentasi berkurang, dan pori-pori kelihatan lebih kecil.

Harga RM230 (BELI)

Watermelon Pink Juice Oil-Free Moisturiser

Penyelesaian bagi mereka yang menginginkan kulit bersih sebelum solekan. Pelembap ringan ini menawarkan penghidratan segar dengan kelebihan ekstrak tembikai, asid hyaluronik, dan botani.

Foto – Glow Recipe

Berharga RM180 (BELI)

Blueberry Bounce Gentle Cleanser

Selain asid hyaluronik, pembersih ini dilengkapi dengan kebaikan blueberry, bersama dengan lima buah beri lain (groundcherry, raspberry, bearberry, mulberry, bilberry) untuk memberikan antioksidan yang melindungi kulit.

Foto – Glow Recipe

AHA membantu menghilangkan solekan dari dalam liang pori sambil menghilangkan kulit mati, mewujudkan kanvas yang sempurna untuk produk lain.

Harga RM160 (BELI)

Dengan bau yang mengharumkan pada buah-buahan dicampur ramuan aktif berkesan, skincare Glow Recipe pilihan kebanyakan wanita.

Jawapan untuk glass skin seperti Korea ada di sini!

The post Muka Rasa Lembut Bila Guna Glow Recipe, 5 Ini Berbaloi Kamu Beli appeared first on Wanista.com.

The Ordinary Peeling Solution Guna Beberapa Minggu Dah Nampak Kesan, Patutlah Viral

$
0
0

Serum The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution kembali viral di TikTok gara-gara keberkesanannya dalam menghilangkan parut jerawat. Meskipun tampak mengerikan apabila menyapu serum di kulit muka tetapi hasilnya sangat mujarab.

Kini ramai pengguna sosial media tertarik untuk mencuba kembali serum merah darah ini, dek kerana melihat banyak pengguna TikTok akui keberkesanannya pada kulit wajah.

Serum Viral Di TikTok

Melihat ramai pengguna TikTok laju berkongsi video pengalaman masing-masing, membuatkan orang ramai tertarik untuk menggunakan juga serum ini.

@kaelynwhitee

#duet with @kaelynwhitee Also helps with acne scars and uneven skin tone✨ #greenscreen AsGoodAsTheOG touchdowncelebration #CleanFreshHype #fyp

♬ Like That (feat. Gucci Mane) – Doja Cat

@thebriihive

The Ordinary AHA+BHA peeling solution update!!! #greenscreen #checkyourvibe

♬ original sound – brii

@theordinary

How to apply The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution. 🩸✨

♬ original sound – ourfriendsonfacebook

AHA 30% Dan BHA 2% Rahsia Hilangkan Parut Wanita

Kunci rahsia mengapa kulit wajah yang berparut berjaya pudar dan hilang hanya dengan menggunakan serum The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution ini adalah kerana, ia mengandungi bahan yang dirumus khas untuk menghilangkan parut hitam jerawat.

Kombinasi antara Alpha Hydroxy Acids (AHA) dan Beta Hydroxy Acids (BHA), membuatkan kulit yang berparut hitam menjadi cerah, tekstur kulit menjadi lembut dan licin, membunuh bakteria yang terperangkap dalam liang pori dan menangggalkan sel kulit mati.

Guna Beberapa Minggu Dah Dapat Lihat Kesannya

Rata-rata pengguna TikTok yang telah menggunakan serum ini selama beberapa minggu, menunjukan bahawa serum ini terbukti berkesan memudarkan dan menghilangkan parut jerawat di muka.

Pemakaian yang konsisten dan teratur, berjaya mengembalikan kulit wajah yang bersih tanpa parut hitam menapak di muka.

Pengguna TikTok @thebriihive

Foto – TikTok @thebriihive
Foto – TikTok @thebriihive

Pengguna TikTok @kaelynwhitee

Foto – TikTok @kaelynwhitee

Produk Berbaloi Guna Dengan Harga Yang Berpatutan

Pastinya wanita tidak pernah kedekut untuk berbelanja demi memiliki kulit yang sihat, cantik dan bebas parut jearawat bukan?

Apatah lagi dengan penggunaan serum The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution yang berkesan menghilangkan parut jerawata tanpa membuatkan kulit menjadi iritasi, kering atau mengelupas, merupakan produk berbaloi dimiliki.

Foto – The Ordinary Malaysia/Pretty Little Things

Tambahan lagi, harga serum yang berpatutan merupakan pelaburan kecantikan yang berbaloi untuk kamu miliki kulit bebas parut dan kulit yang sihat serta licin berseri.

Jika kamu ingin miliki kulit yang flawless tanpa parut hitam seperti pengguna TikTok yang lain, serum ini mungkin penyelesaian untuk kamu.

Rujukan: 1, 2, 3, 4,

The post The Ordinary Peeling Solution Guna Beberapa Minggu Dah Nampak Kesan, Patutlah Viral appeared first on Wanista.com.

Usia Dah 50-an, Pelakon Maria Farida Masih Maintain Awet Muda.. Jealous Tau!

$
0
0

Percaya tak Datin Seri Maria Farida sekarang dah 52 tahun. Takkan? Apa yang dia amalkan maintain awet muda langsung tak berubah, macam muda-muda dahulu.

Dipetik dari Utusan, ada yang menggelarnya vampire atau pontianak kerana kelebihan yang dimilikinya itu. Tidak melenting, malah Maria menganggap gelaran seperti itu begitu melucukan.

“Tak apa lagi kalau mereka cakap saya ni macam vampire. Pernah yang saya terbaca, ada yang tuduh saya ni amal ilmu tertentulah termasuk memfitnah saya buat suntikan botox dan pembedahan plastik.

Aktif di media sosial Instagram, Wanista sedikit sebanyak dapat mengikuti rutin wanita putih melepak ini, dan ternyata dia sangat aktif menjaga kecantikan dan kesihatan.

Rutin Harian Buat Maria Farida Aktif

Dipetik dari Nona, rutin harian di rumah adalah sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Setiap pagi sediakan sarapan dan makan tengahari, beli keperluan dapur, uruskan hal rumah sampai ke malam. Macam rutin ibu-ibu yang lain.

Foto – Instagram @mariafarida

Sedikit sebanyak bila aktif, badan rasa lagi bertenaga dan sihat, semestinya kekal langsing.

Tak Ada Petua Kecantikan, Tapi Mungkin Gen Nenek Moyang

Lagi katanya tiada petua tertentu untuk jaga kulit. Mungkin apa yang dia dapat ialah gen dari nenek moyang.

Foto – Instagram @mariafarida

Lagi pula kulitnya yang sensitif, hanya boleh guna skincare yang light dan bukan anti aging. Kalau salah pakai, boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.

Tapi Tak Lupa Buat Rawatan Facial

Bila shooting, dia dikehendaki menyiapkan diri from head to toe, dan sudah semestinya bersolek tebal.

Foto – Instagram @mariafarida

Seperti yang dikatakan, kulitnya sensitif jadi facial dari pakar dermatologi sedikit sebanyak membantu kulit wajah terjaga dan dirawat dengan baik. Bila buat facial, rasa lagi segar, bersih dan berseri.

Minuman Collagen Rahsia Luar Dalam

Menjadikan minuman tambahan Lucol-S sebagai minuman harian, Maria berkata ia satu-satunya produk kecantikan yang sesuai dengan dirinya.

Foto – Instagram @mariafarida

Lucol-S menguatkan sistem imun, dan telah mengambil minuman ini selama berbulan-bulan sekarang dan sangat gembira dengan hasilnya. Kulit semakin sihat setiap hari.

Fisioterapi Akupuntur Betulkan Otot

Mengalami kecederaan lutut, Maria Farida mula melakukan rawatan fisioterapia akupuntur.

Foto – Instagram @mariafarida

Katanya, menggunakan jarum filamen nipis sekali guna membantu meredakan sakit otot. Ia dimasukkan ke dalam otot untuk melepaskan titik pencetus myofascial (simpulan di otot) yang membantu dalam mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi otot.

Bayangkan anak-anak dah meningkat usia, tapi wanita ini tetap cantik macam zaman anak dara. Beruntung sangat. Kalau anda nak macam Maria Farida, kenalah aktif untuk kekal cergas dan cerdas.

Selamat Beramal!

The post Usia Dah 50-an, Pelakon Maria Farida Masih Maintain Awet Muda.. Jealous Tau! appeared first on Wanista.com.


Guna 4 Produk, Wanita Ajar Cara Mudah Dapatkan Glass Skin

$
0
0

Memang perlu kesabaran dan banyak masa untuk mendapatkan glass skin kerana ia memerlukan pelbagai langkah dalam rutin penjagaan wajah.

Jika kamu seorang yang tidak sukakan membuang masa terlalu lama melakukan rutin tersebut tapi mahukan hasil glass skin, jangan risau ada caranya.

Viral di TikTok, seorang wanita menunjukkan cara yang mudah untuk mendapatkan hasil glass skin dengan hanya menggunakan 4 produk dalam koleksi mekap kamu.

Hanya Guna 4 Produk Asas Dalam Koleksi Mekap Wanita!

Untuk pengetahuan kamu glass skin ini merupakan trend kecantikan di Korea iaitu apabila seorang wanita mempunyai kulit yang sempurna dalam memantulkan semula cahaya di wajahnya.

Menerusi perkongsian yang ringkas oleh seorang wanita dari Kanada ini, kamu hanya memerlukan 4 produk asas yang akan dicampurkan bersama.

Foto – @gwmakeup (TikTok)

Bahan-bahan:

  • Foundation 
  • Primer 
  • Pelembap
  • Liquid highlighter 

Cara-caranya:

  • Di atas mixing plate, letakkan dua titis pelembap sebelum meletakkan foundation dalam titis yang sedikit di sebelahnya.
  • Kemudian letakkkan primer dan liquid highlighter dalam titisan kecil.
Foto – @gwmakeup (TikTok)
  • Menggunakan silicone flat brush, campurkan keempat-empat bahan yang diletakkan di atas mixing plate tersebut.
  • Selepas itu, ambil flat foundation brush dan sapu campuran tersebut di seluruh wajah dalam lapisan yang ringan sahaja dan siap!
@gwmakeup

Your 3rd @ has to buy you these products! ✨ #makeuphacks #makeuptips #koreanmakeup #SkinCare101 #glassskin #makeup #beautytips #fyp

♬ I’m Legit – Nicki Minaj

Dengan menggunakan kaedah ini, memang menjimatkan banyak masa daripada kamu terpaksa menunggu produk kamu set pada wajah untuk setiap lapisan.

Selain Cara Ini, Pakar Kongsi Alternatif Lain 

Sekiranya kamu tidak mahu menggunakan trik yang dikongsi oleh wanita tersebut, kamu juga boleh menggunakan alternatif lain yang dikongsi oleh pakar.

Foto – The Indian Express

Langkah untuk dapatkan glass skin:

  1. Menjalani diet yang sihat dan seimbang setiap hari.
  2. Lakukan double cleansing, iaitu bersih wajah guna pembersih berasaskan minyak dan pembersih untuk buangkan solekan dan kotoran.
  3. Exfoliate kulit 2 kali seminggu untuk buangkan kulit mati, blakheads dan whiteheads.
  4. Gunakan essence untuk berikan cahaya semula jadi dan melembapkan.
  5. Sapukan serum atau face oil mengikut jenis kesesuaian kulit dan masalah kulit.
  6. Wajib gunakan pelembap untuk kekalkan kelembapan wajah sepanjang masa.
  7. Penggunaan sunscreen sangat penting untuk menghalang wajah dirosakkan oleh cahaya UVA, matahari dan sebagainya.

Apa Kata Orang Ramai Mengenai Trik Ini?

Bagi kebanyakan pengguna TikTok, ramai yang mengatakan, kamu perlu mempunyai kulit yang sempurna untuk mendapatkan glass skin. 

Foto – @gwmakeup (TikTok)

Ada juga yang mengatakan wanita Korea sememangnya memiliki kulit yang cantik dan flawless secara asli.

Foto – @gwmakeup (TikTok)

Tapi apa-apa pun, bagi Wanista trik ini sangatlah membantu bagi mereka yang mahukan kesan glass skin dalam masa yang cepat.

Sudah cuba nanti jangan lupa untuk kongsikan bersama Wanista okay? Selamat mencuba!

RUJUKAN: 1, 2

The post Guna 4 Produk, Wanita Ajar Cara Mudah Dapatkan Glass Skin appeared first on Wanista.com.

5 BB Cushion Paling Best Pakai, Ada Di Farmasi!

$
0
0

Siapa dekat sini lebih memilih BB Cushion sebagai asas solekan?

Formula BB cushion lebih ringan dan halus nak dibandingkan dengan foundation. Lebih mudah untuk dicuci dan tidak meninggalkan sebarang kesan pori-pori tersumbat. BB cushion juga ada yang jual dalam full coverage hingga ke medium dan light mengikut pilihan.

Lagi satu yang best tentang BB cushion adalah ianya memberikan kemasan yang dewy (seakan-akan lembap) dan membuatkan wajah terlihat glowing.

Telah menggunakan pelbagai jenama BB cushion, 5 di bawah antara terbaik dengan formula dan tekstur memuas hati bila diaplikasi ke wajah. Harga pun murah dan boleh didapati di drugstore.

Pixy Make It Glow Cushion

Foto – Bulky

Kenapa pilihan Wanista? Cushion ini mengandungi ekstrak botanical pelembap seperti minyak zaitun, jojoba dan yuzu yang memberikan kulit sihat dan bercahaya, dan menjadikan solekan sempurna.

Diformulakan dengan Light Reflection Technology yang dimuatkan ke dalam siri Make It Glow, kesan berseri dihasilkan apabila cahaya melantun dari kulit.

Semua produk dibekalkan dengan SPF antara 23 hingga 35, ditambah dengan PA ++ untuk PA +++ untuk perlindungan kulit yang optimum dari sinaran UVB dan UVA yang berbahaya, tetap utuh hingga 10 jam.

Maybelline Super Cushion Flawless Matte Cushion

Foto – Shopee

Salah satu BB cushion terbaik dari drugstore. Dengan coverage ringan hingga sederhana yang berkesan menyembunyikan liang pori, cela, kemerahan atau garis halus, cushion mengandungi 60% air untuk memastikan kulit anda sentiasa terhidrasi semasa anda memakainya.

Dengan SPF 29 dan PA +++ menjadi dua kali ganda sebagai pelindung matahari anda, produk ini terdapat dalam dua warna, sesuai untuk warna kulit yang cerah hingga sederhana.

SILKY GIRL Magic BB Cushion

Foto – Silkygirl

BB cushion ini diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat seperti Skin Light Complex, Eldelweiss Extract dan kaya dengan air mineral untuk menjadikan kulit kelihatan segar dan awet muda.

Tersedia dalam SPF50/PA+++ memberi perlindungan berpanjangan. Berfungsi dengan baik untuk kulit kombinasi yang berjerawat, menawarkan coverage hebat untuk bekas jerawat dan menenangkan kulit dengan sebaiknya.

Wardah Exclusive Flawless Cover Cushion

Foto – Guardian

Wardah Exclusive Flawless Cover Cushion menawarkan kemasan semula jadi yang pasti menjadikan solekan semula jadi ada kelihatan sempurna. Hadir dalam high coverage, cushion ini dapat menyembunyikan kekurangan pada wajah, seperti bekas jerawat dan pori-pori besar.

Cushion dari Wardah ini dilengkapi dengan sebilangan formula hebat seperti minyak macadamia, ekstrak lidah buaya untuk memberikan kesan pelembab, penyerap minyak, vitamin E, UV Protection dan SPF 30 PA +++, dan Superfine Silky Particle yang menjadikan hasilnya lembut di wajah tanpa rasa cakey.

Siapa kata produk drugstore tak bagus? Tak semua produk yang mahal berkesan, kena tengok jenis kulit juga.  Ada setengah produk buat solekan bercapuk dan nampak kelabu.

Sendayu Tinggi Matte BB Cushion

Foto – Sendayu Tinggi

Satu lagi produk mampu milik berbaloi beli. Wajah glowing tanpa ‘extra oil’ dengan Sendayu Tinggi Matte BB Cushion. Cushion ini untuk anda yang miliki jenis kulit berminyak.

Matte BB Cushion SPF50PA+++ menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang ringan dan tidak membuatkan kulit kelihatan berminyak. Kemasannya mampu menutup cela seakan mengenakan solekan tebal.

Ia mengandungi agen pencerahan kulit serta SPF 50 untuk melindungi kulit dari sinaran matahari di siang hari. Boleh pakai nipis bagi yang nak nampak natural atau layer bagi tebal untuk full makeup look.

Kalau rasa bb cushion drugstore memberikan solekan flawless dan membuatkan anda gembira, why not tukar sekarang. Afterall harga pun murah.

Selamat Beramal!

The post 5 BB Cushion Paling Best Pakai, Ada Di Farmasi! appeared first on Wanista.com.

Marshmallow Whip Maker Viral Di TikTok, Tapi Praktikal Ke Guna?

$
0
0

Marshmallow Whip Maker semakin trending di TikTok dan merupakan salah satu produk Korea yang agak popular, kerana alat tersebut mampu menghasilkan buih sabun pencuci muka dengan banyak.

Ramai pengguna TikTok telah menggunakan Marshmallow Whip Maker ini, bentuknya yang kecil dan comel membuatkan ramai wanita berasa teruja buat pertama kali menggunakannya.

Tapi adakah Marshmallow Whip Maker ini praktikal digunakan?

Marshmallow Whip Maker Popular Di TikTok

Foto – TikTok @makeupmolly1

Rupa bentuk Marshmallow Whip Maker yang berbentuk silider dan bersaiz kecil muat tapak tangan ini, membuatkan ramai wanita berasa teruja apabila pertama kali menggunakannya.

Apatah lagi, dengan pengaruh K-beauty di TikTok agak kuat ramai pengguna TikTok terjebak dan membelinya Whip Maker ini untuk dijadikan sebagai rutin kecantikan harian.

Kompilasi Penggunaan Marshmallow Whip Maker

Marshmallow Whip Maker bukan saja boleh digunakan dengan menuang krim pencuci muka sahaja, malah produk kecantikan seperti krim sunscreen, makeup remover, krim pencukur dan hasilnya terdapat banyak buih-buih putih seperti whipped cream.

Whip Pencuci Muka

@makeupmolly1

WHIPPED CLEANSER 😱😱 #whipped #skincare #kbeauty #koreanskincare #satisfying #foryou #koreanbeauty

♬ original sound – makeupmolly

Whip Masker Muka

@makeupmolly1

WHIPPED FACE MASK?? #kbeauty #koreanskincare #skincare #whipped #fy

♬ original sound – makeupmolly

Whip Makeup Remover

@makeupmolly1

WHIPPED WATER FOR SKINCARE? #kbeauty #koreanskincare #whipped #skincare #koreanbeauty #fyy #micellarwater

♬ original sound – makeupmolly

Whip Krim Pencukur

@makeupmolly1

WHIPPED SHAVING CREAM #koreanbeauty #koreanskincare #kbeauty #whipped #skincare #shavingcream #foryy

♬ original sound – makeupmolly

Praktikal Ke Guna?

Foto – TikTok @makeupmolly1

Kalau perasan setiap video yang ditunjukan di atas menggunakan terlalu banyak kuantiti sabun dan ini menunjukan bahawa Marshmallow Whip Maker tidaklah praktikal mana sebaliknya akan membuatkan pengguna menghabiskan lebih banyak sabun dengan cepat.

Berikut adalah perbezaan menggunakan sabun banyak dan sedikit apabila menggunakan Marshmallow Whip Maker ini.

Hasil Apabila Letak Sabun Banyak

@makeupmolly1

WHIPPED SUNSCREEN 😱😱 #kbeauty #koreanskincare #koreanbeauty #whipped #sunscreen #satisfying

♬ original sound – makeupmolly

Hasil Apabila Letak Sabun Sikit

@makeupmolly1

WHIPPED SKINCARE #kbeauty #florencebymills #koreanskincare #fy #skincare #whipped

♬ original sound – makeupmolly

Sudahlah tidak praktikal, ia juga menyebabkan pembazirkan berlaku walhal jika kita menggunakan produk kecantikan seperti biasa iaitu menyapu menggunakan tangan sahaja ia sudah dapat menjimatkan produk dan tidak berlaku pembaziran.

Lagi pun cuba tanya pada diri sendiri, kamu ada masakah hendak menekan sabun dalam Whip Maker ini dan kemudian mengambil masa untuk menyapu sabun pada muka dan seterusnya nak membilas dan terkejar nak bersiap lagi.

Sebaiknya nak buat rutin kecantikan bagus lagi guna jari-jemari kita sendiri saja, lebih praktikal, cepat dan tidak membazir sabun atau sebarang produk kecantikan.

Apa-apapun ianya terpulang pada citarasa masing-masing, selamat beramal!

The post Marshmallow Whip Maker Viral Di TikTok, Tapi Praktikal Ke Guna? appeared first on Wanista.com.

10 Tahun Pengguna TikTok Ini Merana, Tapi Lepas Guna CeraVe Kulit Flawless Gila!

$
0
0

Wanita mana yang tidak rasa tertekan, rendah keyakinan diri, dan sentiasa rasa beremosi tatkala melihat wajah di cermin begitu mengerikan dengan jerawat merah merata di seluruh kulit muka.

Pasti punah rasa hati melihat wajah yang dulunya bersih tanpa sebarang masalah kulit dan jerawat, kemudian secara tiba-tiba di serang dengan masalah jerawat yang sangat teruk begini.

Lebih 10 Tahun Merana Masalah Jerawat Teruk

@annamarmen

All I needed was @skincarebyhyram 🥺😭 #acneskincare #skincarebyhyram #improvingeveryday #ThisIsBliss

♬ Daisies – Katy Perry

Seorang pengguna TikTok bernama Anna-Marie Armendariz berkongsi video masalah kulit berjerawat yang dialaminya menerusi akaun TikToknya @annamarmen, kompilasi gambar muka yang penuh jerawat yang sangat teruk membuatkan pengguna TikTok yang lain rasa tergamam.

Masalah Kulit Berjerawat Teruk Kerana…..

Foto – TikTok @annamarmen

Setelah melihat video kompilasi wajah Anna dalam tempoh 10 tahun lalu, ramai pengguna TikTok yang lain bertanya mengapa wajahnya mengalami masalah kulit yang begitu teruk.

Berdasarkan maklumbalas Anna di ruangan komennya, masalah kulit berjerawat yang dialaminya adalah kerana berkaitan dengan masalah hormon.

Kulit Kembali Flawless Lepas Guna Produk CeraVe

Foto – TikTok @annamarmen

Berikutan itu, ramai pengguna TikTok yang lain bertanya apakah rahsia kulitnya kembali sihat, licin dan tiada kesan jerawat di muka semuanya hilang seperti magik.

Menurut maklumbalas Anna di ruangan komen TikToknya, dirinya menggunakan produk CeraVe bagi menghilangkan masalah jerawat muka yang teruk itu dan hasilnya sangat mengejutkan.

Foto – TikTok @annamarmen

Apatah lagi, dalam video kompilasi wajah berjerawat selama 10 tahun itu Anna ada menyatakan bahawa dirinya telah menjalani pelbagai jenis rawatan, mencuba pelbagai produk dan ubat tetapi tiada kesan.

Anna tidak berhenti mencuba mencari produk yang sesuai untuk kulitnya, dan akhirnya menemui produk CeraVe yang mampu menghilangkan masalah kulit jerawatnya setelah mencubanya.

Step By Step Hilangkan Jerawat Macam Magik

@annamarmen

#duet with @annamarmen please stop questioning if my progress is real, it is. #skincarebyhyram

♬ Daisies – Katy Perry

Berdasarkan apa yang dikongsikan Anna di ruangan komen TikToknya, kunci rahsia untuk menghilangkan masalah jerawat yang teruk sepertinya adalah dengan menggunakan ini:

  • Langkah Pertama: Guna CeraVe Hydrating Facial Cleanser [Tekan Sini]
  • Langkah Kedua: Guna CeraVe Moisturizing Cream [Tekan Sini]
  • Langkah Ketiga: Banyakan Minum Air
  • Langkah Keempat: Tukar Sarung Bantal Dua Kali Seminggu

Pelaburan Kecantikan Jangka Masa Panjang

Foto – Lifestyle Asia

Produk CeraVe merupakan produk dermatologi yang disyorkan pakar dermatologi, dan juga orang ramai yang telah menggunakannya.

Rata-rata produk CeraVe ini boleh didapati menerusi pembelian secara dalam talian dan stor farmasi atau klinik tempatan, dari segi harga kebanyakan produk CeraVe dalam lingkungan RM39.00 hingga RM215.00 mengikut jenis produk yang dipilih.

Siapa yang mengalami masalah jerawat muka seperti Anna, mungkin produk CeraVe ini mampu menjadi penyelamat diri.

Rujukan

The post 10 Tahun Pengguna TikTok Ini Merana, Tapi Lepas Guna CeraVe Kulit Flawless Gila! appeared first on Wanista.com.

Hati-Hati Nak Ambil Pil Jerawat Accutane, 8 Kesan Sampingan Kena Tahu

$
0
0

Masalah kulit seperti jerawat diakui mimpi ngeri setiap wanita. Banyak cara boleh kita lakukan untuk merawatnya, tapi kalau masih tak jalan, biasa kita akan mengambil pil kerana keberkesanannya. Kalau bercakap pasal pil, pil anti jerawat accutane sering diperkatakan.

Pil Anti Jerawat Accutane

Accutane mengandungi bahan aktif isotretinoin. Isotretinoin adalah vitamin A yang biasa digunakan dalam rawatan jerawat ekstrem.

Bahan aktif tersebut dapat mengatasi masalah jerawat dengan mengurangkan pengeluaran kalenjar minyak dan keratin pada kulit.

Accutane diambil melalui mulut, biasanya sekali atau dua kali sehari selama 16 hingga 20 minggu. Ia mengurangnya kalenjar minyak sehingga lebih sedikit minyak dihasilkan.

Accutane umumnya sangat berkesan dalam membantu mencegah parut dengan jerawat yang teruk. Selepas rawatan selama 16 hingga 20 minggu, jerawat akan hilang (atau hampir sepenuhnya).

Foto – Insider

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, jerawat akan kembali, dan mereka memerlukan rawatan tambahan dengan isotretinoin.

Walaupun membantu, ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan. Kesan sampingan ringan yang kelihatan bila makan pil seperti bibir kering, kulit kering, mata berasa kering dan hidung juga kering. Tapi terdapat juga risiko yang lebih besar.

Pada Wanita Hamil

Untuk wanita yang hamil atau cuba hamil, anda harus elak daripada menggunakan isotretinoin walau seteruk mana pun masalah jerawat. Ini kerana mengambil ubat ini semasa mengandung membawa risiko kecacatan kelahiran yang sangat tinggi.

Kesihatan Mental Terganggu

Foto – Forbes

Jarang-jarang berlaku, tapi isotretinoin dikatakan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius. Ini termasuk kemurungan, psikosis (kehilangan sentuhan dengan realiti), dan mempunyai pemikiran atau tindakan untuk membunuh diri.

Reaksi Alahan

Isotretinoin boleh menyebabkan reaksi alahan yang serius. Berhenti mengambil isotretinoin jika anda mengalami ruam, tompok merah, atau lebam di kaki atau demam.

Masalah Penglihatan Mata

Foto – Health

Dilaporkan, ubat ini dikatakan boleh menyebabkan masalah penglihatan seperti kabur, penglihatan berganda, dan penglihatan yang sempit. Isotretinoin juga boleh menyebabkan mata anda mengeluarkan lebih banyak air mata daripada biasa.

Kerosakan Pada Organ

Ubat ini berpotensi merosakkan organ dalaman anda? Organ tersebut merangkumi hati, pankreas, usus, dan esofagus (tiub yang menghubungkan mulut dan perut anda).

Masalah Sendi Dan Otot

Foto – Medical News Today

Isotretinoin juga boleh menyebabkan sakit pada tulang, sendi, otot, dan ligamen anda. Ia juga dapat menghentikan pertumbuhan tulang panjang pada remaja, yang boleh memberi kesan kekal.

Peningkatan Tahap Kolesterol

Dilaporkan, isotretinoin dapat meningkatkan kadar lemak dan kolesterol dalam darah anda. Semasa rawatan, doktor mungkin mencadangkan ujian darah secara berkala untuk memeriksa tahap lemak dan kolesterol anda.

Ruam

Walaupu  jarang berlaku, ruam yang disebabkan oleh isotretinoin boleh menjadi serius. Berhenti menggunakan isotretinoin jika mempunyai gejala seperti konjungtivitis, ruam dengan demam, lenguh di lengan atau kaki, kulit mengelupas, luka di mulut, tekak, hidung, atau mata.

Foto – Labmuffin

Ringkasnya, isotretinoin sangat berkesan untuk merawat jerawat ekstrem tetapi mempunyai beberapa kesan sampingan dan berbahaya, lebih-lebih bagi wanita hamil. Sama seperti semua ubat, anda hanya boleh mengambilnya atas nasihat doktor.

RUJUKAN : 123

The post Hati-Hati Nak Ambil Pil Jerawat Accutane, 8 Kesan Sampingan Kena Tahu appeared first on Wanista.com.

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

$
0
0

Sebenarnya senang saja nak dapatkan kulit glow? Nak tahu rahsianya?

Cuba kamu makan sebiji epal setiap hari dan lihat keberkesannya. Memang kamu tak akan percaya.

Tak dinafikan buah epal memang banyak khasiat kepada kesihatan. Tetapi buah epal ini juga boleh menjadi salah satu agen terbaik untuk dapatkan kulit glow.

Nak makan yang mana satu, epal hijau atau merah?

Ramai yang keliru sama ada mereka patut makan epal hijau atau merah untuk mendapatkan khasiatnya.

Untuk pengetahuan kamu, perbezaan kedua-dua buah epal ini adalah rasanya sahaja. Dari segi nutrisi pula, tiada perbezaan yang ketara.

Foto – Times of India

Bagi individu yang sukakan rasa yang manis dan berjus, epal merah sesuai untuk mereka. Tetapi kalau sukakan rasa masam dan rangup, pilih epal hijau.

Dari segi nutrisi pula, epal merah mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan baik untuk mencegah kanser. Manakala epal hijau pula mempunyai jumlah gula yang kurang, mengandungi serat yang tinggi dan jumlah karbohidrat lebih rendah.

Kulit memang boleh jadi glow 

Untuk pengetahuan kamu, buah epal kaya dengan Vitamin C. Kandungan vitamin ini akan membantu kamu menghasilkan kolagen bagi melindungi kulit.

Pada masa yang sama, kadar cooper dalam buah ini boleh mendorong kulit menghasilkan melanin yang berfungsi dalam membina tisu, rambut dan mata yang sihat.

Foto – Skin Kraft

Selain itu, kandungan antioksidan yang tinggi juga dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel kulit. Apabila radikal bebas mula merosakkan kulit, ia akan memecahkan kolagen dan serat elastik yang menyokong kulit.

Kesannya, penampakan garis-garis halus dan kedutan semakin ketara bersama dengan beberapa tanda penuaan pramatang yang lain.

Dan buah epal juga mengandungi Vitamin A yang diperlukan oleh setiap orang. Vitamin ini mampu membantu mencerahkan kulit. Terhasil dalam bentuk retinoid, buah epal boleh bantu membina kulit yang sihat dan mengurangkan risiko barah kulit.

Cara gunakan buah epal untuk beri manfaat lain kepada kulit 

Selain memberikan kulit kamu glow, ada lagi beberapa manfaat buah epal kepada kulit.

  • Menghidratkan dan bersihkan kulit 

Nak kulit lembut seperti marshmallow, memang memerlukan jumlah air yang banyak untuk kekal terhidrat. Selain air, buah epal juga tinggi dengan kandungan air.

Foto – Be Beautiful

Dengan hanya memakan buah epal sahaja, kamu boleh mendapat jumlah air yang diperlukan untuk kekal terhidrat sepanjang hari.

Selain menghidrat, buah epal juga berfungsi membersihkan kulit. Bagi mendapatkan kulit yang bersih, potong epal menjadi kepingan kecil dan letak di wajah.

Biarkan selama 15 minit sehingga 20 minit. Vitamin E yang terkandung dalam buah epal boleh menjadikan kulit lebih lembut dan terhidrat.

  • Boleh menjadi pelembap 

Menjadi salah satu agen melembapkan kulit, kandungan air dalam buah epal boleh mengekalkan kelembapan pada kulit kamu.

Pada masa yang sama, ia boleh lindungi kulit daripada mengalami jangkitan dan terjadi jerawat.

Foto – YouTube

Untuk melakukan pelembap secara semula jadi, kupas epal dan jadikan sebagai puri. Kemudian tambah sesudu madu dan krim masam ke dalamnya.

Gunakan pes ini secara berkala untuk lihat kesannya dalam masa yang cepat.

  • Menjadi toner semula jadi 

Boleh menjadi toner, buah epal boleh meningkatkan peredaran darah ke bahagian wajah untuk menjadikan kulit lebih cantik.

Foto – Mind Body Green

Pada masa yang sama, buah epal juga menyeimbangkan tahap pH kulit dan mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan.

Nak jadikan buah epal sebagai toner, hancurkan epal dan ambil airnya. Celupkan kapas ke dalamnya dan gunakan sebagai toner dalam rutin penjagaan wajah.

  • Merawat jerawat dan bintik gelap 

Memang tak dinafikan wajah yang dinaiki jerawat dan bintik gelap boleh berikan kesan kulit yang tidak bermaya dan kusam. Untuk merawatnya kamu boleh guna buah epal.

Foto – Averr Aglow

Ambil satu kepingan buah epal dan hancurkannya bersama susu. Kemudian sapukan pada bahagian jerawat dan bintik gelap di wajah. Nak lebih berkesan, gunakan secara berkala sehingga jerawat dan bintik hitam pudar dan hilang dari wajah.

Buah epal memang memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan termasuk mendapatkan kulit yang cantik. Kalau boleh, makan sehari sekali dan makan sekali kulit buah epal.

Jika bosan makan secara mentah, kamu boleh jadikannya sebagai jus. Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing? appeared first on Wanista.com.

Ramai Percaya Minyak Zaitun & Vaseline Boleh Besarkan Payudara, Ini Jawapan Dr. Ingky

$
0
0

Heboh di TikTok bila mana ramai pengguna wanita menyatakan kombinasi antara minyak zaitun dan vaseline, dapat membesarkan payudara mereka.

Boleh dikatakan minyak zaitun dan vaseline merupakan antara produk yang laku keras sejak kombinasi kedua-dua bahan ini mampu membesarkan payudara wanita.

Tapi betulkah apa yang dikatakan oleh pengguna TikTok  tersebut? Ikuti kupasan penuh di bawah.

Pengaruh Trend Minyak Zaitun Dan Vaseline

Boleh dikatakan pengaruh dan trend penggunaan minyak zaitun dan vaseline di TikTok sangat kuat, ramai yang terikut dengan trend ini dan menyangkakan kombinasi kedua-dua produk ini memang boleh membesarkan payudara dengan berkesan.

Dengan hanya menyapu vaseline yang telah dicampurkan bersama minyak zaitun di payudara, serta mengurut payudara mengikut arah jam membuatkan ramai wanita terpedaya dengan trend kombinasi ini.

@mommybeauty_

Balas kepada @missara03 cara besarkan payudara . Follow ig dan tiktok untuk next tips kecantikkan semula jadi . 💖 #fyp #foryou #tipskecantikan

♬ bunyi asal – Shieymaemma – Shieymaemma

@kak_mila

Cara Besarkan Payudara Dan Tegangkan Akk dh cuba menjadi,Abg2 Jgn Cuba tau😝#tipskecantikan #foryourpage #fyp

♬ Mabok Lagi – 🌼insos🌼

Betul Ke Minyak Zaitun Dan Vaseline Boleh Besarkan Payudara?

Foto – TikTok @mommybeauty_

Melihat penggunaan minyak zaitun dan vaseline semakin popular di TikTok, ramai wanita yang mengikuti trend di TikTok ini berpusu-pusu mencari minyak zaitun dan vaseline di farmasi dan drugstore berhampiran kediaman masing-masing.

Meski ramai yang terpengaruh dengan trend ini tapi ada juga yang bertanya sama ada cara ini betul ataupun tidak, lagi pun inidividu yang mengakui cara ini berkesan hanya sedikit bilangannya.

Dr. Ingky Kongsi Jawapan Sebenar

@dr_ingky

#stitch with @kak_mila kaedah ni tak berfungsi

♬ original sound – dr_ingky – dr_ingky

Menurut Dr. Ingky, hanya dengan menyapu minyak zaitun dan vaseline pada payudara tidak akan besarkan saiz payudara wanita.

Apatah lagi, kombinasi ini hanya akan membuatkan diri seperti berilusi dan menyangka payudara menjadi besar dek kerana kulit payudara nampak hidrat dan bersinar.

Cara Besarkan Payudara

Foto – First Cry Parenting

Jadi lepas ini kaum wanita kena semak dulu dengan yang pakar, sebelum nak beli apa-apa produk kombinasi yang trending di media sosial. Tambahan lagi, untuk besarkan payudara secara semulajadi wanita boleh menggunakan kaedah lain seperti ini:

  • Rajin mengurut payudara
  • Guna kaedah terapi hyro, iaitu selepas mandi bilas payudara dengan air hangat selama satu minit. kemudian bilas payudara lagi sekali menggunakan air sejuk selama 20 saat.
  • Lakukan senaman seperti push up, plank up, dan chest fly selama 15-s0 minit.
  • Jaga pemakanan banyakkan makan kekacang, ikan, buah avokado, sayur brokoli, sayur kobis dan juga buah-buahan.
  • Dan jaga berat badan yang seimbang dengan bersenam selama 30 minit sehari dapat membentuk dan membersarkan payudara.

Selamat beramal!

The post Ramai Percaya Minyak Zaitun & Vaseline Boleh Besarkan Payudara, Ini Jawapan Dr. Ingky appeared first on Wanista.com.


Viral Di TikTok, Rambut Memang Tak Pernah Gugur Lepas Guna Alat Ini!

$
0
0

Kadang kala rasa macam nak putus asa bila lihat rambut gugur bergumpal-gumpal di tangan atau di lantai.

Sudah banyak duit dihabiskan untuk mencuba pelbagai produk. Tetapi tak ada satu pun yang berkesan dalam jangka masa yang panjang.

Bagi kamu yang belum putus asa untuk cari penyelesaian, cuba dulu alat ini yang viral di TikTok.

Nak rambut idaman? Guna alat ini

Dikenali sebagai Matt, hairtsylist ini telah berkongsi mengenai satu alat yang membantu dirinya mendapatkan rambut yang sihat, tak gugur dan lebat.

Foto – @mattloveshair (TikTok)

Matt yang telah menggunakan alat pengurut kepala ini telah mengatakan alat ini memberi banyak manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan dengan kepala dan rambut.

“Banyak manfaatnya! Alat ini berfungsi untuk bersihkan akar rambut dengan mendalam, merangsang sel kulit kepala, buang sel kulit mati dan kelemumur. Dan paling best rambut tak lagi gugur.”

@mattloveshair

why did I wait so long to try this🤔 feels like my favorite stylists scrubbing my scalp at the salon #shampoo #shampoobrush #scalpmassage

♬ HOLIDAY – Lil Nas X

Untuk pengetahuan kamu, alat pengurut kepala ini sesuai untuk digunakan oleh setiap jenis rambut dan masalah kulit kepala.

“Alat ini nampak macam menyakitkan”

Berharga kurang daripada RM30, alat pengurut kepala ini memang berkesan dan menjadi salah satu penyelesaian terbaik bagi ramai orang.

Walaupun ianya kelihatan seperti paku, tetapi sebenarnya alat ini tidak menyakitkan. Ini kerana alat ini diperbuat daripada silikon lembut.

Foto – SPY

Silikon lembut ini sesuai untuk digunakan pada kulit kepala dan ia mampu membuang dan mengelupaksan kepingan atau sel kulit mati dengan berkesan.

Tanpa memberikan sebarang ketidakselesaan atau kerengsaan, alat ini membuatkan kamu rasa seperti hairstylist sedang mengurut kulit kepala di salun.

Untuk menggunakannya, kamu perlu meletakan beberapa pam syampu di atas alat pengurut kepala dan urut ke kulit kepala dalam gerakan membulat selama beberapa minit. Kemudian, bilas seperti biasa.

Banyak maklum balas positif mengenainya

Menerusi video TikTok yang dikongsi oleh Matt, ramai yang memberikan maklum balas yang positif mengenai alat ini.

“Saya ada alat ini dan sangat mengesyorkannya!”

Foto – @mattloveshair (TikTok)

“Saya suka alat ini. Kulit kepala menjadi lebih bersih dan rambut mula lebat sejak menggunakannya.”

Foto – @mattloveshair (TikTok)

Malah ada juga yang berkongsi mengenai alat ini di TikTok.

@amazonoholic

My head is tingling ⚡ 🤯- PRODUCT LINK IN BIO! #amazon #amazonfinss #fyp #foryoupage #beautyhacks #scalpmassage #headmassage

♬ Classical Music – Classical Music

@quintymirjam

Voor dikker, en langer haar! 💕 #hairtok #scalpmassage

♬ MAIN CHARACTER CHALLENGE miley cyrus – Call me Jony 🤓

@yourbesthair

✨Scalp massager ✨ Must have product, I am in love ❤ ❤❤ #hairtiktok #hairroutine #hairhack #scalpmassage

♬ original sound – Taylor Swindell 💋

Bagi yang selalu menghadapi rambut gugur dengan banyak setiap kali sikat atau syampu, kamu patut membelinya.

Kepada yang sudah gunakan alat ini, apa maklum balas kamu? Cuba kongsikan dengan Wanista.

RUJUKAN

The post Viral Di TikTok, Rambut Memang Tak Pernah Gugur Lepas Guna Alat Ini! appeared first on Wanista.com.

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

$
0
0

Kecantikan Yoona, memberi dari Girls Generation memang sentiasa diperkatakan. Sampaikan ada wanita sanggup berhabis wang ringgit bagi mendapatkan rupa paras Yoona.

Berbekalkan fizikal tinggi lampai, kurus dan kulit putih lembut dan gebu, dari mula debut sampai sekarang wanita 30 tahun ini kelihatan sama saja. Yang berbeza, kulitnya makin putih dan berkaca.

Mesti ramai nak tahu, apalah yang Yoona pakai kulit dah macam bayi, lembut dan gebu semacam. Yoona kata dia tak lupa essence bila melakukan rutin penjagaan wajah.

Lagi pula Korea negara empat musim, jadi penting untuk menjaga kulit agar kekal lembap, dan essence ini berikan apa yang Yoona mahu.

Pilihan Yoona Estee Lauder Micro Essence Skin Activating Treatment Lotion

Estee Lauder Micro Essence Skin Activating Treatment Lotion merupakan essence yang disesuaikan untuk pasaran Asia. Essence dengan tekstur berair ringan yang anda sapukan pada kulit selepas pembersihan dan sebelum serum dan pelembap.

Foto – Estée Lauder

Ia membantu meningkatkan tahap penghidratan kulit anda serta menguatkan penghalang kulit sehingga kulit terlebih lebih sihat dan bersinar.

Essence-in-lotion ini dikatakan menguatkan asas kulit supaya kulit terlihat muda dan glow dari luar.

Terbukti Dalam 2 Minggu Kulit Hidrasi Dan Lebih Lembut

Foto – Estée Lauder

Telah diuji dan terbukti hanya dalam dua minggu, kulit lebih terhidrat, lebih halus dan lembut. Hanya dalam 4 minggu, 94% wanita mengatakan kulit mereka kelihatan lebih sihat dan cantik.

Komen Pengguna Yang Telah Menggunakan Micro Essence

Rata-rata pengguna yang menggunakan Estee Lauder Micro Essence berpuas hati selepas seminggu dan ada yang masukkan ke dalam rutin harian. Lagi-lagi yang kulit kombinasi dan sensitif, produk ini tidak merengsa dan rasa selesa bila digunakan.

  • Tidak Menyebabkan Breakout Dan Iritasi, Sesuai Untuk Kulit Kombinasi Dan Sensitif
Foto – Sephora
  • Kesan Hidrasi Yang Memuaskan Hati
Foto – Sephora

Cara Guna Micro Essence

Cara nak guna produk ini ada dua cara yang memang berkesan. Dengan menggunakan kapas dan tangan saja. Dengan kapas, dap secara perlahan-lahan dari tengah ke luar. Mulakan dagu dan bergerak ke atas ke pipi dan dahi. Jangan apply sampai beri tekanan pada kulit.

Tangan pula, tuangkan lima atau enam titis Micro Essence dan gosokkan tangan bersama-sama. Tekan perlahan-lahan Micro Essence ke kulit dari tengah ke luar. Mulakan dari dagu dan bergerak ke atas ke pipi dan dahi.

Memandangkan Estee Lauder produk mewah jadi harganya agak mahal. Tapi kalau beli sekarang, anda boleh dapat harga berpatutan, klik saja link ini.

Foto – Estée Lauder

Dah tahu rahsia glass skin Yoona, apa lagi beli sekarang.

The post Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi appeared first on Wanista.com.

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

$
0
0

Cuba beritahu Wanista, siapa sahaja yang tak mahu kelihatan awet muda sepanjang masa?

Dalam banyak-banyak trik, ada seorang wanita telah berkongsi mengenai trik pelik yang membuatkannya menarik dan lain daripada yang lain.

Seorang influencer iaitu Si Si Shoffman telah berkongsi di Instagram mengenai rahsianya kelihatan muda menggunakan bahan semula jadi.

Katanya hanya menggunakan susu badan (colostrum) sahaja?

Sapu Sahaja Susu Badan Di Muka 

Menerusi klip video pendek yang dikongsi, Si Si telah ‘menyuntik’ wajahnya dengan picagari yang mengandungi colostrum .

Kemudian dia telah menyapu colostrum di seluruh permukaan wajahnya sebelum menambahkan pelembap bagi mengekalkan kelembapan.

Foto – @sisishoffman (Instagram)

“Sebelum kamu gunakannya, keluarkan dari peti sejuk dan cairkan dahulu colostrum dalam picagari tersebut sekurang-kurangnya setengah jam sebelum guna.

Apabila sudah cair, gunakan sebanyak separuh sahaja colostrum tersebut dan sejukkan bakinya untuk digunakan pada waktu malam pula.”

Menurut Si Si, dia telah menyediakan colostrum untuk wajahnya setiap hari dengan menyimpannya di dalam picagari berisipadu 1ml di dalam peti sejuk.

Susu Badan, Agen Anti Radang Semula Jadi 

“Saya telah menggunakan colostrum yang merupakan susu badan yang dihasilkan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan. Dan kesannya sangat positif.”

Di Instagram, Si Si telah berkongsi pelbagai kebaikan colostrim pada wanita dan salah satunya adalah anti radang.

Foto – @sisishoffman (Instagram)

Secara semula jadinya, anti radang ini mengandungi faktor pertumbuhan yang menjadikan kulit dihasilkan semula. Malah ia juga mengandungi sifat anti penuaan.

“Ia akan merangsang pengeluaran bakteria normal yang sihat di mana ia akan melawan bakteria yang bermasalah iaitu hampir seperti probiotik semula jadi.”

Untuk pengetahuan kamu, colostrom juga dapat membantu ketidakseimbangan horrmon ketika digunakan pada kulit wajah.

Apa Kata Kajian Pula?

Menurut kajian Indian Journal of Pediatrics, bovine colostrum (susu lembu) merupakan bahan anti penuaan yang sangat kuat. Di mana ia mengandungi tahap pertumbuhan epithelial yang tinggi berbanding dengan colostum manusia.

“Faktor pertumbuhan di dalam colostrum manusia sama seperti colostrum lembu.”

Foto – @sisishoffman (Instagram)

Jadi, colostrum manusia ini dapat merangsang pertumbuhan, membantu regeneration dan mempercepatkan pembaikan otot asli yang sudah tua, kolagen kulit, tulang dan tisu saraf.

Walaupun ianya bagus untuk kulit, tetapi lebih baik kamu utamakan bayi kerana colostrum mengandungi banyak manfaat baik kepada mereka.

Ramai Yang Teruja Dengan Trik Pelik Tersebut 

Melihatkan perkongsian klip video pendek tersebut, ramai pengguna Instagram lain berasa ‘teruja’ mengenai trik tersebut.

Foto – @sisishoffman (Instagram)
Foto – @sisishoffman (Instagram)
Foto – @sisishoffman (Instagram)
Foto – @sisishoffman (Instagram)

Menurut kamu pula macam mana? Sanggup menggunakan colostrum pada wajah?

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja! appeared first on Wanista.com.

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

$
0
0

Sama ada brazilian wax, mencukur atau membiarkan sahaja bulu rambut di bahagian intim adalah pilihan peribadi seseorang individu.

Bagi kebanyakan perempuan mereka lebih gemar melakukan brazilian wax berbanding dengan mencukur.

Bukan sahaja mencabut bulu rambut dari akar, malah ia juga memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 minggu ke 4 minggu untuk tumbuh kembali.

Untuk mereka yang mahu lakukan brazilian wax buat pertama kalinya atau mahu bertukar tempat, cuba kunjungi beberapa lokasi ini di sekitar KL.

Sakit Sangat Ke Brazilian Wax?

Bagi mereka yang pertama kali melakukannya, brazilian wax ini sedikit menyakitkan. Ini kerana ia mencabut bulu rambut dari akar di bahagian depan faraj, di bahagian luar sekitar faraj dan sekitar punggung.

Foto – Medium

Tetapi lama-kelamaan apabila kamu sudah terbiasa melakukan brazilian wax ini, ianya tidak menyakitkan seperti pertama kali. Malah kamu tidak akan menjadi panik dan hanya tenang sahaja.

Macam Mana Nak Kurangkan Sakit?

Selain itu, untuk mengurangkan rasa sakit ketika melakukan brazilian wax, kamu boleh lakukan beberapa perkara ini:

  1. Pastikan bulu rambut panjang sekurang-kurangnya 1/4 inci. Jika panjang lebih daripada 1/2 inci, trim terlebih dahulu.
  2. Exfoliate bahagian faraj dan punggung yang mempunyai bulu rambut.
  3. Elakkan pengambilan kafein sebelum melakukan brazilian wax
  4. Pakai pakaian dalam yang mempunyai fabrik kapas dan breathable untuk tidak memberikan tekanan pada bahagian intim.
  5. Boleh ambil ubat tahan sakit sekurang-kurangnya 30 minit sebelum melakukannya.

Boleh Ke Kalau Lakukan Brazilian Wax Ketika Datang Haid?

Untuk pengetahuan kamu, jangan sesekali melakukan brazilian wax ketika datang haid. Ini kerana badan kamu berada dalam mode keradangan dan sangat sensitif.

Foto – UT Southwestern Medical Center

Pada masa yang sama, terlalu banyak hormon dirembeskan daripada badan. Kesannya, bahagian intim yang sensitif ketika ini boleh membuatkan kamu mengalami kesakitan dua kali ganda berbanding biasa.

Lokasi Brazilian Wax Di Sekitar KL 

Jangan risau bagi mereka yang tidak tahu di manakah lokasi brazilian wax yang berbaloi dan best. Entri kali ini, Wanista akan kongsikan dengan kamu beberapa lokasi rawatan ini di sekitar KL.

  • STRIP Ministry Of Waxing 

Foto – @stripmalaysia (Instagram)
Foto – @stripmalaysia (Instagram)

Alamat: Lot T062, 3rd Floor Mezzanine, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur

Tempah: [TEKAN SINI]

  • WAX CANDY 

Foto – Iman Abdul Rahim (Blog)
Foto – Reiko The Rainbow Girl (Blog) / @alizasara (Instagram)

Alamat: Faber Towers, Lot G5 Ground Floor,Podium, Jalan Desa Bahagia, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur 

Tempah: [TEKAN SINI]

  • BUBBLE GUM WAX 

Foto – Twitter
Foto – @nisa.j06 (Instagram) / @jazzy_fizzle_dj (Instagram)

Alamat: 1st Floor, No. 54, Jalan Maarof, 59100 Kuala Lumpur

Tempah: [TEKAN SINI]

  • BRAZILIAN PRO WAXING SALON 

Foto – Brazilian.com

Alamat: 11, Jalan Solaris 3, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tempah: [TEKAN SINI]

  • PINK PARLOUR MALAYSIA 

Alamat: Sunway Velocity Mall Wilayah Persekutuan, 55100 Kuala Lumpur

Tempah: [TEKAN SINI]

Tunggu apa lagi? Berhenti mencukur setiap minggu dan lakukan brazilian wax sekarang juga! Bagi mereka yang sudah lakukannya, kongsikan dengan Wanista apa pengalaman kamu.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post ‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL appeared first on Wanista.com.

Dahsyat! Punggung Flawless Sebab Ikut Step Ini Saja

$
0
0

Memang kerut dahi apabila melihat kulit punggung yang penuh dengan bekas jerawat, kesan garukan, dan tompokan tona kulit yang tidak sekata di cermin mandi atau bilik tidur.

Apatah lagi setiap wanita bukan saja ingin miliki kulit wajah yang flawless, tetapi juga ingin miliki punggung yang flawless seperti Kim Kardashian.

Tapi hakikatnya berapa wanita dapat miliki kulit licin sebegini tambahan lagi, ramai wanita merasakan bukan mudah untuk mendapatkan punggung yang licin seperti para selebriti ternama. Jadi ada cara lain ke?

@trulybeauty

🍑 #SkinCare101 #ZodiacSign #acne

♬ In Love With You – BLVKSHP

Langkah Pertama: Skrub Punggung

Foto – Truly Beauty

Untuk mendapatkan punggung yang licin kamu perlukan menggunakan skrub badan atau punggung untuk menanggalkan sel kulit mati, daki dan dalam masa yang sama mengekalkan kelembapan pada kulit punggung.

Antara produk yang boleh digunakan:

  • Truly Beauty: Buns Of Glowry Smoothing Butt Polish [Tekan Sini]
  • First Aid Beauty: KP Bump Eraser Body Scrub [Tekan Sini]
  • Coco & Eve: Glow Figure Bali Buffing Sugar Exfoliator [Tekan Sini]
  • Indie Lee: Coconut Citrus Scrub [Tekan Sini]
  • Ouai: Scalp & Body Scrub [Tekan Sini]

Langkah Kedua: Pencuci Tubuh Berjerawat

Foto – Truly Beauty/Pinterest

Kemudian setelah menggunakan skrub pada punggung, gunakan pencuci jerawat badan bagi menangani sebarang masalah jerawat pada punggung dan dalam masa yang sama dapat merawat sebarang masalah iritasi pada kulit.

Antara produk yang boleh digunakan:

Langkah Ketiga: Serum Badan

Foto – Truly Beauty/Pinterest

Setelah menggunakan pencuci badan tibalah masa menggunakan serum badan pula, jangan ingat muka saja kena gunakan serum. Punggung dan seluruh tubuh yang lain juga memerlukan serum bagi menjaga kesihatan serta keanjalan kulit.

Antara produk yang boleh digunakan:

  • Truly Beauty: Black Jelly Blemish Treatment Body Serum [Tekan Sini]
  • Clarins: Renew-Plus Body Serum [Tekan Sini]
  • Cosmoderm: Vitamin E Body Serum [Tekan Sini]
  • Biore: UV Body Serum Extra Moist [Tekan Sini]
  • Susanne Kaufmann: Toning Body Serum [Tekan Sini]

Langkah Keempat: Pelembap Badan

Foto – Truly Beauty/Kiehl’s

Dan akhir sekali adalah menggunakan pelembap badan yang mana dapat memberi kelembapan dan hidrasi pada punggung. Bukan itu saja, kulit punggung juga tampak lebih sihat, anjal dan licin sepanjang masa.

Antara produk yang boleh digunakan:

  • Truly Beauty: Buns Of Glowry Tighen & Glow Smoothing Butt Butter [Tekan Sini]
  • QV: Intensive Body Moisturizer For Extremely Dry Skin [Tekan Sini]
  • Neutrogena Hydro Boost Body Gel Cream Moisturiser [Tekan Sini]
  • Kiehl’s: Creme De Corps Soy Milk & Honey Whipped Body Butter [Tekan Sini]
  • Cetaphil: Pro AD Derma Skin Restoring Body Moisturizer [Tekan Sini]

Amalkan Secara Konsisten

Dengan mengikuti langkah-langkah ini dengan konsisten, tak mustahil untuk kamu miliki punggung yang flawless macam Kim Kardashian. Yang penting kena rajinlah sikit lagi pun “Beauty is pain” bukan sekadar peribahasa kosong, nak cantik kenalah bersusah-payah dahulu!

Selamat beramal♥

The post Dahsyat! Punggung Flawless Sebab Ikut Step Ini Saja appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live