Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Retinol, Macam Mana Nak Guna?

$
0
0

“Retinol ini bagus kalau digunakan dalam rutin penjagaan kulit.”

Foto – Her World

Tapi anda tahu tak apa itu retinol?

Retinol merupakan fat-soluble daripada Vitamin A dan secara teknikalnya ia sejenis retinoid yang mempunyai beberapa variasi berfungsi pada tahap yang berbeza. Retinoid berfungsi dalam meningkatkan pengeluaran kolagen serta kadar penggantian sel kulit.

Kenapa perlu guna?

Retinoid yang dianggap sebagai gold standard untuk merawat penuaan dan jerawat. Dalam jangka masa penggunaan yang lama, retinoid membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin di dermin iaitu lapisan kedua kulit yang lebih dalam.

Siapa yang perlu guna?

Bermanfaat terhadap kesemua jenis kulit, tetapi ia lebih terkenal dalam kalangan mereka yang mempunyai kulit yang merengsa dan sensitif. Jika anda tidak mempunyai kulit yang sensitif, 0.05% kandungan retinol adalah baik sebagai permulaan, tetapi anda boleh menambah jumlahnya dari semasa ke semasa. Bagi mereka yang mempunyai jerawat yang serius, hanya doktor sahaja yang boleh memberikan preskripsi retinoid (adapalene atau tretinoin) yang lebih kuat.

Foto – Reddit

Kesan sampingan 

Retinol boleh membuatkan kulit anda menjadi kering, kemerahan dan mengelupas tetapi ini hanyalah kesan sampingan dalam mengubah sel. Ketika menggunakan retinol, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan asid seperti AHA, BHA dan PHA.

Foto – Compassion Dermatology

Jika anda mendapatkan rawatan pengelupasan kimia dan laser, maklumkan kepada dermatologi supaya mereka sentiasa berhati-hati dan dapat membuat penilaian yang sesuai. Bagi mereka yang mempunyai jerawat dan pori yang tersumbat, jangan gunakan benzoyl peroxide dan retinoid secara serentak kerana ia tidak akan bertindak.

Bagaimana nak guna?

Foto – Into The Gloss

Gunakan serum Vitamin C dan retinoid pada setiap hari kerana ia berfungsi dengan tujuan yang berbeza dalam memberikan kulit yang terbaik untuk anda. Pada waktu pagi, gunakan serum Vitamin C kerana ia melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran dan matahari. Pada waktu malam pula, gunakan retinoid kerana ia membina kolagen dan bantu dalam memperbaiki kulit.

Foto – Beauty Bay

Berapa lama untuk keberkesanannya?

Keberkesanan retinol boleh dilihat sekitar empat hingga enam minggu dan bagi mereka yang mempunyai jerawat ia memerlukan sehingga 12 minggu secara sepenuhnya. Apabila anda menggunakannya untuk anti penuaan, dalam jangka masa pendek retinol bantu membersihkan liang dan membuang sel-sel kulit mati daripada permukaan wajah.

Sekiranya anda berhasrat untuk menggunakan retinol, lakukan sedikit penyelidikan dan study serba sedikit berkaitan dengan retinol dalam produk yang ingin digunakan.

Selamat mencuba!

 

RUJUKAN: 1, 2

The post Retinol, Macam Mana Nak Guna? appeared first on Wanista.com.


Jangan Tinggal Rutin Kecantikan Walaupun Di Rumah, Laneige Boleh Bantu!

$
0
0

Pentingnya rutin kecantikan walaupun mahu keluar rumah atau menghabiskan masa di rumah. Walaupun anda berada di rumah kulit memerlukan penjagaan hidrasi yang berbeza pada waktu pagi dan petang untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Terdedah kepada penyaman udara dalam tempoh yang lama akan menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas.

Foto – iStock

Menggunakan rangkaian daripada Laneige, pasti kulit kita akan sentiasa menghidrat bagi melindungi kulit. Jadi macam mana nak dapatkan kulit yang sentiasa terhidrat sepanjang masa?

SIANG HARI 

Langkah 1: Laneige’s Moist Cream Cleanser 
Foto – Arkib Wanista

Menggunakan pembersih lembut yang diformulasikan dengan 14.9%, ia dapat melembapkan minyak semula jadi untuk menghilangkan pengumpulan minyak pada waktu malam untuk kulit menjadi lebih lembap dalam tempoh yang lama.

Langkah 2: Laneige’s Cream Skin Refiner 
Foto – Arkib Wanista

Selepas membersih, gunakan Laneige’s Cream Skin Refiner sebagai langkah awal ke arah penjagaan kulit. Ia berfungsi melembapkan dan menguatkan skin barrier, terutamanya bagi mereka yang sensitif terhadap kulit kering.

Langkah 3: Laneige’s Water Bank Hydro Essense 
Foto – Arkib Wanista

Ratakan pada kulit kerana ia membantu berikan kesegaran pada kulit dan bertindak mengekalkan kulit terhidrat sepanjang hari. Dibekalkan mineral kaya daripada Air Mineral Hijau, iaitu mengandungi ekstrak sayur-sayuran.

Langkah 4: Laneige’s Radian-C Cream 
Foto – Arkib Wanista

Mengurangkan penampilan kusam dan bintik-bintik gelap pada kulit, pelembap mengekalkan sel kulit yang sihat dan mencegah daripada breakout. Kulit anda boleh mencapai kulit yang cerah dan bersinar dalam hanya tiga hari.

Langkah 5: Laneige’s Watery Sun Cream 
Foto – Arkib Wanista

Mengandungi SPF 50+ PA++++ bagi melindungi kulut daripada kerosakan akibat kesan cahaya mahatari dan sinar UV sambil mengekalkan kelembapan sepanjang hari.

WAKTU MALAM

Langkah 1: Laneige’s Cream Skin Milk Oil Cleanser 
Foto – Arkib Wanista

Untuk membersihkan minyak dan kotoran yang terkumpul pada kulit di siang hari, pembersih muka ini akan memberikan rangsangan semalaman untuk mencapai penampilan yang segar pada waktu pagi.

Langkah 2: Laneige’s Water Sleeping Mask
Foto – Arkib Wanista

Selepas membersih dan melapiskan kulit dengan toner, gunakan sleeping mask ini untuk menghidrat dan membantu memperbaiki skin barrier sambil membuatkan kulit menjadi licin dan plump.

Langkah 3: Laneige’s Lip Sleeping Mask 
Foto – Arkib Wanista

Lengkapkan rutin akhir dengan lip sleeping mask bagi meyuburkan bibir, merawat dan menghidrat bibir yang pecah supaya kelihatan super lembut dan lembap pada keesokan hari.

Foto – Stock Lib

Tak ada alasan untuk tidak kekal cantik sekiranya rutin penjagaan kulit tetap dilakukan walaupun berada di rumah. Bagi mendapatkan rangkaian penjagaan kulit LANEIGE, anda boleh mendapatkannya secara dalam talian di Zalora, Hermo, Shopee, Lazada, Go Shop TV, GrabMart atau kunjungi kedai Laneige.

The post Jangan Tinggal Rutin Kecantikan Walaupun Di Rumah, Laneige Boleh Bantu! appeared first on Wanista.com.

Ramai Tak Tahu Air Kelapa Bagus Untuk Kulit Wajah

$
0
0

Tahukah kamu air kelapa miliki banyak manfaat bulan saja dari kesihatan, malah untuk kecantikan kulit wajah juga.

Disebabkan itu, kita lihat rata-rata selebriti Hollywood selalu ada air kelapa bersama. Untuk kekal hidrasi, malah merawat kesihatan dan melembapkan kulit. Air kelapa miliki 1001 ganjaran khasiat yang cukup lumayan sekali.

Bukan saja segar diminum ketika cuaca panas, nutrisi yang terdapat dalam air kelapa seperti mineral dan vitamin C, B kompleks, protein, karbonhidrat dan rendah lemak bagus untuk kecantikan kulit wajah.

Merawat Jerawat

Air kelapa bertindak sebagai anti-inflamasi, detoksifikasi dan anti-mikroba, semuanya berfungsi untuk mengurangkan penampilan jerawat. Air kelapa dapat mengurangkan lebihan minyak pada kulit, penyebab kepada jerawat.

Foto – CNN

Sapukan air kelapa pada wajah pada waktu malam. Selitkan langkah ini dalam rutin penjagaan malam anda. Air kelapa merupakan salah satu cara untuk merawat jerawat dengan cepat.

Glowing Secara Natural

Air kelapa memberi instant glow kepada kulit. Caranya, mencuci wajah dengan air kelapa setiap hari. Ini akan memberi kulit yang bersinar, licin dan sekata. Air kelapa juga bertindak sebagai pelembap semula jadi. Oleh itu, masukkan air kelapa ke dalam rejim kecantikan anda.

Anti-Penuaan

Foto – Shape Magazine

Kandungan asid lemak, sitokin atau asid laurik merupakan elemen penting dalam proses pertumbuhan sel kulit baru. Elemen ini berfungsi untuk menghalang terjadinya proses penuaan pada kulit. Selain itu antithrombotic dan anticarciogenic dapat menjaga dan menyeimbangkan kadar PH pada kulit.

Membersihkan Pori-Pori

Air kelapa mempunyai pelembap semula jadi dan zat untuk memutihkan kulit. Selain itu air kelapa juga dapat membersihkan pori-pori kulit akibat terkena debu udara yang kotor.

Foto – News

Yang pasti mencuci wajah setiap hari dengan air kelapa segar dapat membantu anda mencegah kewujudan jerawat. Tapi, apapun rujuk kepada pakar jika penggunaan air kelapa boleh memberi reaksi buruk pada wajah.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 123

The post Ramai Tak Tahu Air Kelapa Bagus Untuk Kulit Wajah appeared first on Wanista.com.

Cuci Rambut Setiap Hari, Ini Sebabnya Kenapa Anda Tidak Boleh Buat Begitu

$
0
0

Bergantung kepada keadaan kulit kepala, sebilangan daripada mereka lebih menyukai untuk mencuci rambut pada setiap hari dan secara terperinci, pada setiap kali mandi.

Foto – Corporate Bytes

Cuci rambut setiap hari ini sebenarnya tidak bagus kerana anda sepatutnya mencuci sebanyak 1-2 kali seminggu sahaja. Mencuci rambut dengan kerap akan mengakibatkan beberapa perkara ini berlaku pada anda.

Kulit Kepala 

Foto – SPY

Terlalu mencuci rambut akan menyebabkan kekeringan dan mengurangkan minyak pada kepala. Apabila kulit kepala menjadi kering, kelemumur dan serpihan bersisik akan terjadi. Akhirnya pertumbuhan rambut menjadi perlahan disebabkan akar rambut yang lemah.

Warna Rambut 

Foto – Arkib Wanista

Bagi mereka yang mewarnakan rambut, ia akan membuatkan warna mudah luntur dengan cepat. Sebab itu penggaya rambut akan menyarankan mereka yang mewarnakan rambut supanya mencuci sebanyak 2-3 kali seminggu menggunakan syampu dan perapi khas.

Haba 

Foto – Bustle.com

Sebilangan kecil akan membiarkan rambut kering secara semula jadi. Sekurang-kurangnya, selepas mencuci rambut, anda perlu menggunakan pengering rambut sehingga ia kering. Oleh itu, semakin kerap mencuci rambut, semakin banyak haba yang digunakan. Sebagai kesannya, rambut akan menjadi rosak, kering dan tak bermaya.

Bahan Kimia 

Foto – Fotolia.com

Tak semua orang memilih syampu dan perapi yang mempunyai bahan semula jadi 100%. Dan bagi menyelamatkan rambut dan kulit kepala, jangan mencuci dengan kerap. Apabila pendedahan terhadap bahan kimia terlampau tinggi, berkemungkinan beberapa penyakit berkaitan dengan kulit kepala akan berlaku.

Nak mencuci rambut tidak salah tetapi lakukan sedikit penyelidikan untuk mengetahui tentang jenis kulit rambut dan teknik yang betul bagi mengekalkan kelembapan rambut.

RUJUKAN 

The post Cuci Rambut Setiap Hari, Ini Sebabnya Kenapa Anda Tidak Boleh Buat Begitu appeared first on Wanista.com.

Ini Makna Cantik Bagi Setiap 12 Zodiak Horoskop

$
0
0

Tahu sebenarnya setiap zodiak mempunyai definisi cantik mengikut horoskop masing-masing, ya lah setiap orangkan mempunyai pandangan masing-masing mengenai kecantikan.

Nak tahu apa makna cantik bagi 12 zodiak horoskop ini, jom lihat di bawah.

#1 Aries – Bulu Kening

Bagi Aries makna cantik bagi golongan ini adalah memiliki bulu kening yang menawan, memiliki bulu kening yang cantik membuatkan diri mereka lebih berkeyakinan.

Foto – Arkib Wanista

#2 Taurus – Bibir

Bagi sang Taurus pula, definisi kecantikan adalah memiliki bibir yang mungil dan menggoda kerana bibirlah yang mampu membuatkan diri mereka tampak lebih menarik.

Foto – Arkib Wanista

#3 Gemini – Warna Kulit

Untuk golongan Gemini memiliki warna kulit yang sihat merupakan kecantikan bagi mereka, dengan warna kulit yang sihat dan segar ia membuatkan diri Gemini lebih muda dan bertenaga.

Foto – Arkib Wanista

#4 Cancer – Perut

Memiliki perut yang langsing dan kempis merupakan idaman warga Cancer, kerana bagi mereka miliki perut yang kempis adalah kecantikan abadi.

Foto – Arkib Wanista

#5 Leo – Rambut

Rambut merupakan mahkota penting buat Leo, tiada apa yang lebih penting dari memiliki rambut yang cantik dan bergaya.

Foto – Arkib Wanista

#6 Virgo – Kulit

Golongan Virgo sangat mementingkan penjagaan kulit mereka, kerana kulitlah aspek penting dalam kamus kecantikan warga Virgo ini.

Foto – Arkib Wanista

#7 Libra – Bahagian Belakang

Bagi Libra fitur bahagian belakang mereka merupakan aspek penting, kerana ia menunjukan bahawa diri mereka seorang yang menarik.

Foto – Arkib Wanista

#8 Scorpio – Zon Erogenous

Zon ini membuatkan warga Scorpio tampak lebih misteri dan lebih dominan.

Foto – Arkib Wanista

#9 Sagittarius – Badan Belakang

Tiada yang lebih menarik bagi Sagittarius selain memiliki bahagian belakang yang menarik dan show off kepada orang lain yang dirinya memiliki bahagian belakang yang cantik.

Foto – Arkib Wanista

#10 Capricorn – Kaki

Nak tahu golongan mana yang miliki kaki yang cantik, jawapannya adalah warga Capricorn. Ya kebanyakan warga Capricorn ini memiliki kaki yang cantik, jadi tidak hairanlah kaki merupakan makna cantik bagi mereka.

Foto – Arkib Wanista

#11 Aquarius – Tapak Kaki

Aquarius memiliki tapak kaki yang paling cantik antara semua zodiak, memang bikin cemburu kalau tengok tapak kaki warga Aquarius ini.

Foto – Arkib Wanista

#12 Pisces – Mata

Bagi warga Pisces pula, cantik bagi mereka adalah memiliki sepasang mata yang menawan dan memang mereka miliki sepasang mata yang cantik pun!

Foto – Arkib Wanista

Antara semua 12 zodiak ini, kamu horoskop yang mana satu? Sama tak definisi zodiak dengan makna cantik bagi diri kamu, kalau sama tag Wanista di Instagram dan Facebook ya!

Rujukan

The post Ini Makna Cantik Bagi Setiap 12 Zodiak Horoskop appeared first on Wanista.com.

Muka Lily Collins Ada Tompok Gelap ‘Melasma’, Ini Anda Kena Tahu

$
0
0

Siapa sangka aktres cantik manis Lily Collins yang sekarang tengah hot dengan siri ‘Emily in Paris’ seperti wanita biasa yang lain, tidak terkecuali mengalami masalah kulit ‘Melasma’.

Melasma adalah masalah kulit biasa yang dialami ramai wanita. Keadaan ini menyebabkan tompok-tompok gelap dan berubah warna pada kulit, warna seakan kelabu dan tidak sekata.

Foto – Arkib Wanista

Melasma lebih kerap berlaku pada santa berbanding lelaki, biasa pada usia 20 hingga 40 tahun. Melasma sering terjadi pada orang yang muda berjemur atau mempunyai kulit coklat semula jadi. Jarang sekali berlaku pada orang berkulit cerah, atau kulit hitam.

Bagaimana Terjadinya Melasma?

Adakah kerana berjemur? Atau kesilapan tidak memakai krim pelindung matahari?

Penyebab Melasma adalah kompleks. Individu berkulit gelap lebih berisiko daripada yang berkulit cerah. Kepekaan estrogen dan progesteron juga berkaitan dengan penampilan Melasma. Ini bermakna, pil kawalan kehamilan, kehamilan, hormon semuanya boleh mencetuskan Melasma. Tekanan dan penyakit tiroid juga dianggap sebagai penyebab Melasma.

Foto – Aesthetic Solutions

Selain itu, pendedahan cahaya matahari boleh menyebabkan Melasma kerana sinar ultraviolet mempengaruhi sel yang mengawal pigmen (melanosit).

Gejala Melasma

Melasma menyebabkan perubahan pada warna kulit, mula munculnya tompok-tompok. Tompoknya lebih gelap daripada warna kulit biasa. Ia biasanya terjadi pada wajah. Kawasan lain di badan anda yang sering terkena cahaya matahari juga boleh mengembangkan Melasma.

Tompok berwarna kecoklatan biasanya muncul di:

  • Pipi
  • Dahi
  • Hidung
  • Dagu
Foto -Hawaii Clinics

Ia juga boleh berlaku pada leher dan lengan bawah. Perubahan warna pada kulit tidak menimbulkan bahaya fizikal, tetapi anda mungkin merasa sedar akan penampilannya.

Melasma Boleh Dirawat?

Bagi sesetengah wanita, Melasma boleh hilang dengan sendirinya. Ini biasa berlaku pada wanita hamil bila disebabkan tekanan hormon.

Terdapat juga krim wajah yang dapat mencerahkan kulit. Ia dikenali topical steroids, membantu meringankan kawasan yang terjejas dengan mencerahkannya.

Foto – Magnolia Medical Aesthetics

Sekiranya tidak berfungsi, rawatan chemical peels, dermabrasion, dan microdermabrasion adalah pilihan biasa yang dilakukan wanita. Rawatan ini menghilangkan lapisan atas kulit dan dapat membantu meringankan tompok-tompok gelap.

Walau bagaimanapun, prosedur ini tidak menjamin bahawa Melasma tidak akan kembali. Anda mungin harus kembali untuk rawatan susulan untuk mengurangkan risiko Melasma. Ini termasuk meminimumkan pendedahan cahaya matahari dan memakai krim pelindung matahari setiap hari.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan

Walaupun tidak semua Melasma dapat hilang dengan rawatan, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan keadaan tidak bertambah buruk dan meminimumkan penampilan perubahan warna. Antaranya:

  • Guna alat solek untuk menutup kawasan perubahan warna
  • Mengambil ubat yang ditetapkan
  • Memakai krim pelindung matahari setiap hari dengan SPF 30
  • Memakai topi yang melindungi atau memberi keteduhan pada wajah anda
Foto – PBS

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12

The post Muka Lily Collins Ada Tompok Gelap ‘Melasma’, Ini Anda Kena Tahu appeared first on Wanista.com.

Tak Semestinya DIY Beauty Tips Itu Bagus, Ini Tips Yang Bahaya!

$
0
0

Selalu sangat tengok orang buat DIY Beauty Tips dengan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur. Tak semuanya boleh digunakan sebagai kecantikan. Kalau tersilap guna, boleh rosak muka tau!

Kalau nak juga DIY, tolong elakkan bahan-bahan ini kalau tak mahu muka yang sudah cantik menjadi rosak.

#1 Baking Soda 

Foto – Arkib Wanista

Sering digunakan sebagai bahan skrub wajah, ia dicampurkan dengan air ataupun jus lemon bagi menghilangkan blackhead. Jika anda kerap menggunakannya ia akan membuatkan kulit jadi kering dan iritasi kerana tidak sesuai dengan kulit muka.

#2 Kulit Kayu Manis + Bawang Putih 

Foto – Arkib Wanista

Anda tidak boleh menggunakan serbuk kulit kayu manis dan bawang putih kerana gaubungan ini akan membuatkan kulit anda terbakar, pedih dan iritasi.

#3 Ubat Gigi 

Foto – Arkib Wanista

Ramai orang selalu letak ubat gigi dekat jerawat kan? Jangan sesekali buat macam tu kerana ubat gigi mempunyai pH yang tinggi. Diformulasikan hanya untuk gigi bukannya muka, nanti tak sampai hujung bulan muka dah melecur.

#4 Lemon 

Foto – Arkib Wanista

Minum air lemon selepas bangun tidur memang ada khasiatnya. Tetapi jika pakai di muka, tiada khasiatnya. Ini kerana jus lemon mempunyai asid yang tinggi. Kalau diletakkan di muka, tak pasal kulit muka terbakar.

#5 Cuka 

Foto – Arkib Wanista

Terdapat beberapa jenis cuka seperti cuka dapur dan cuka epal, kebanyakkan tahu cuka epal boleh membuatkan kulit lebih cantik. Berfungsi mengurangkan jerawat dan membuang sel kulit mati, berhati-hati dalam menggunakannya. Jangan terlebih penggunaan, takut kulit menjadi iritasi dan breakout.

#6 Garam & Gula 

Foto – Arkib Wanista

Sering digunakan sebagai skrub, anda perlu tahu garam dan gula tidak sesuai! Skrub berfungsi untuk menghaluskan kulit tetapi tekstur garam dan gula yang tajam dan kasar boleh membuatkan kulit menjadi luka. Menjadi pantang larang untuk mereka yang berkulit sensitif, jangan sesekali gunakan garam dan gula.

Ingat! Sebelum buat apa-apa DIY berkaitan dengan kecantikan, selidik terlebih dahulu sama ada bahaya atau tidak. Sayang kulit kalau sudah cantik tetapi rosak disebabkan nak ikut trend DIY Beauty Tips menggunakan bahan-bahan di dapur.

RUJUKAN: 1, 2

The post Tak Semestinya DIY Beauty Tips Itu Bagus, Ini Tips Yang Bahaya! appeared first on Wanista.com.

Jenama Meeracle Bangkit Semula, Pilih Scha Al-Yahya Jadi Duta

$
0
0

Kontroversi yang melanda jenama Meeracle berikutan produk terlarisnya “Meeracle Serum” dilapor mengandungi bahan terlarang merupakan sejarah hitam yang membawa jenama tempatan ini hampir kecundang.

Baca : Produk “Meeracle Serum” Terkandung Bahan Terlarang, Pengasas Jelas Hal Sebenar

Kini, jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang telah bertapak sejak 5 tahun lalu mengumumkan Scha Al-Yahya sebagai duta rasmi Meeracle.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Meeracle, Puan Sharifah Itasha Jamalullai, pencarian duta baharu Meeracle telah dirancang secara teliti dan syarikat kecantikan ini telah lama mencari duta dalam kalangan ikon wanita dan bersesuaian untuk membawa jenama Meeracle.

Foto – Arkib Wanista

“Sejujurnya pada saya, Scha Al-Yahya memenuhi semua kriteria sebagai duta dan wajah Meeracle. Beliau dihormati di dalam industri seni dan seorang yang sangat mementingkan penampilan, pelantikan Scha Al-Yahya sebagai duta kepada Meeracle adalah sangat tepat.”

Pada Scha pula, produk Meeracle sudah lama memenangi hatinya jadi perlantikan ini satu penghormatan.

“Pada Scha Meeracle adalah satu jenama yang sangat besar di dalam pasaran kecantikan, dan melihat perkembangan selama 5 tahun ini, Scha tidak teragak-agak apabila Meeracle ingin melantik Scha sebagai duta. Malah Scha berbangga dapat berkerjasama dengan satu jenama yang sangat besar, dan produk -produk yang dihasilkan Meeracle memang sangat berkualiti dan menepati cita rasa Scha.”

Dua Produk Baru

Produk Meeracle yang akan dibawa oleh Scha Al-yahya terdiri daripada 5 produk penjagaan kulit iaitu dua antara produk baru – Gemstone Facial Serum dan Gemstone Facial Cleanser, serta Meeracle Under The Sea Collection yang terdiri daripada Toner, Moisturizer dan Scrub.

Mementingkan hidrat pada kulit, koleksi Under The Sea mempunyai kandungan yang bagus untuk kulit wajah seperti niacinamide dan bahan-bahan berasaskan kehidupan laut seperti algae dan laminaria digitata.

Berminat untuk mendapatkan produk atau ketahui lebih lanjut, boleh ke laman web rasmi Meeracle di sini.

The post Jenama Meeracle Bangkit Semula, Pilih Scha Al-Yahya Jadi Duta appeared first on Wanista.com.


Skip Foundation, Mekap Tetap Flawless Dengan Nudestix Concealer

$
0
0

Setiap wanita ingin kecapi mekap flawless tanpa menggunakan banyak alatan. Percaya tak kalau Wanista kata anda boleh dapat mekap flawless dan glowing seperti artis dengan Nudestix Nudefix Creamy Concealer.

Terkenal dengan kosmetik yang mengekalkan kecantikan semula jadi, Nudestix kembali dengan Nudefix Cream Concealer. Concealer serbaguna yang bukan sahaja menyembunyikan ketidak sempurnaan tetapi menawarkan pelbagai ekstrak botani yang mempunyai faedah kecantikan.

Foto – Arkib Wanista

Pengasasnya Taylor Frankel menterjemahkan kosmetik ini memudahkan kehidupan harian kita. Di mana anda mempunyai 5 minit, dan bergegas ke pejabat atau meeting… dengan hanya dap kawasan yang ada cela, kemerahan atau tompok gelap, anda terus yakin melangkah.

Wanista rumuskan apa faedah yang anda bakal peroleh jika memilih untuk membeli Nudestix Nudefix Creamy Concealer.

Guna Bahan Yang Super-Hero

Nudestix Nudefix Cream Concealer menggunakan bahan-bahan super-hero yang hebat seperti:

Foto – Arkib Wanista
  • Sweet Berry – bahan aha yang semula jadi
  • Articum Lappa Extract – mikrobioma kulit yang seimbang secara semula jadi
  • Super-Gel Technology – melicinkan penampilan garis dan melicinkan tekstur
  • Hyaluronic Acid – untuk hidrasi dan menggebukan kulit

Tersedia Faedah Merawat Kulit

Pengguna bahan-bahan berkualiti membantu untuk menyembuh sambil menyembunyikan noda dan cela kulit, tompok kegelapan dan kemerahan.

Foto – Arkib Wanista

Esktrak botani membantu dengan cara menghidrat, menenang serta mencerahkan kulit. Bila aplikasi ke muka, terus terasa glowing dan lembap semula jadi, bagaikan artis Korea idaman.

Shade Yang Variasi

Tekstur Nudestix Concealer adalah ringan, bebas minyak, tidak mengeringkan dan kekal sepanjang hari, malah kemasan nude menjadikan mekap natural langsung tidak cakey.

Foto – Arkib Wanista

Semua 13 variasi warna Nudestix Concealer boleh didapati di semua kedai Sephora di seluruh negara dengan harga RM137.00 setiap satu.

Mekap Tutorial Menggunakan Nudestix

Info lanjut atau nak beli, boleh ke Instagram Nudestix.

The post Skip Foundation, Mekap Tetap Flawless Dengan Nudestix Concealer appeared first on Wanista.com.

Sebelum Guna, Anda Patut Tahu Perbezaan AHA Dan BHA

$
0
0

Salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan segar adalah exfoliate secara berkala. Tetapi untuk exfoliate bahan-bahannya mestilah tidak memberikan kerengsaan pada kulit.

Selain menggunakan scrub untuk exfoliate, anda boleh tukar dengan menggunakan penjagaan kulit yang mengandungi chemical exfoliant seperti AHA dan BHA. Kedua-dua jenis ini adalah hydroxy acid yang membuang sel kulit mati dari permukaan kulit atau menghilangkan keseluruhan lapisan paling luar.

Jadi apakah sebenarnya AHA dan BHA?

AHA 

Foto – Kihtemoi.com

Singkatan bagi Alpha-hydroxy Acid, ia adalah asid yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, gula dan susu.

Rangkaian asid AHA termasuklah Glycolic Acid, Lactic Acid dan Citric Acid di mana ia berfungsi membuang sel kulit mati di bahagian epidermis dan dermis. Asid ini juga merangsang pengeluaran kolagen dan membantu dalam mengatasi kedutan.

Foto – Ogee

(Sesuai untuk: Kulit normal dan kering)

BHA 

Foto – Pinterest

Beta-Hydroxy Acid adalah singkatan bagi BHA iaitu exfoliating acid yang membantu dalam membersihkan kekotoran daripada liang roma. Dikenali juga sebagai Salicylic Acid iaitu bahan yang membantu menghentikan jerawat.

Berbeza dengan AHA, asid ini larut dalam minyak iaitu dapat menembusi jauh ke dalam kelenjar sebum dan membuang sisa kotoran dari liang roma.

Foto – MSN.com

(Sesuai untuk : Kulit normal, kulit berminyak dan kulit berjerawat.)

AHA dan BHA mempunyai sifat asid yang sama iaitu membuang sel kulit mati dan kulit baru jelas kelihatan. Untuk menggunakan asid ini, ia bergantung kepada keadaan kulit. Guna sebanyak 1-2 kali seminggu untuk kesan yang lebih ketara. Selamat mencuba!

 

RUJUKAN: 1, 2

Ini Rupanya Rahsia Rambut ‘Bangs’ Lisa Blackpink Statik

$
0
0

Kalau perasan rambut bangs Lisa Blackpink sentiasa statik saja, apatah lagi semasa Lisa menari rambut bangsnya kekal terletak dan tak pernah nampak kusut pun. Agaknya apa rahsia rambut Lisa jadi macam statik macam itu ya?

Sudah miliki rupa paras yang jelita, senyuman yang manis, malah rambut pun serba serbi elok saja, tak pernah nak tak elok dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pendek kata Lisa miliki pakej terbaik sebagai selebriti dan juga individu biasa.

Foto – Google

Nah, berbalik kepada persoalan macam mana Lisa boleh jaga rambut bangsnya hingga jadi statik? Jom korek rahsia Lisa di bawah!

Step By Step Cara Dapatkan Rambut Bangs Macam Lisa Blackpink

  1. Bangun pagi sebelum pakai mekap, roll rambut bangs.
  2. Kemudian blow dry rambut bangs yang sedang di roll tersebut.
  3. Selepas itu sembur spray rambut pada akar rambut secara lembut.
  4. Kemudian guna spray rambut yang lain khas untuk bahagian hujung bangs.

Kompilasi Rambut Bangs Lisa Blackpink

#1 Hot Dan Seksi

Foto – Arkib Wanista

#2 Sentiasa Kelihatan Menawan

Foto – Arkib Wanista

#3 Forever Lisa

Foto – Arkib Wanista

Rupanya senang saja nak dapatkan rambut bangs yang terletak cantik macam Lisa, ini rahsianya. Lepas ini mana-mana wanita yang miliki rambut bangs, boleh guna tips rambut bangs Lisa Blackpink untuk dapatkan rambut bangs cantik terletak!

Selamat mencuba♥

The post Ini Rupanya Rahsia Rambut ‘Bangs’ Lisa Blackpink Statik appeared first on Wanista.com.

11.11, Hanya Sehari Untuk Nikmati Foreo Deals, Jangan Lepaskan Peluang!

$
0
0

Tatkala web-web online shopping tidak berhenti menghantar notifications untuk mengingatkan tentang tawaran-tawaran pada 11.11 ini, jenama kecantikan daripada Sweden ini juga tidak lepaskan peluang untuk menawarkan barangan dan tawaran yang menguntungkan.

Foreo Sweden juga bersama-sama menawarkan deals kepada pelanggan-pelanggan setianya untuk menikmati barangan mereka pada harga yang ‘tidak masuk akal’ sempena 11.11 ini. Pelanggan boleh mendapatkan set eksklusif barangan yang boleh didapati di web-web rasmi sahaja seperti di Lazada dan Zalora.

Antara barangan yang ditawarkan sempena penjualan terbesar 11.11 ialah;

LAZADA 

1.POTONGAN HARGA – SEPANJANG HARI

Diskaun 20% – Storewide

(Tidak termasuk BEAR, BEAR mini dan Set Eksklusif)

Diskaun 25%

LUNA 2, ISSA 2 dan ISSA mini 2

2. DISKAUN 2 JAM SPECIAL FLASH (12am-2am)

Diskaun 25% – Storewide

(Tidak termasuk BEAR, BEAR mini dan Set Eksklusif)

Diskaun 30%

LUNA 2, ISSA 2 dan ISSA mini 2

3. SET EKSKLUSIF : RM 920 (NP RM 1,419)

LUNA 3 / Serum 30ml / Pembersih Micro-foam 100ml

ZALORA 

1.POTONGAN HARGA – SEPANJANG HARI

· Diskaun 20% untuk semua produk

(Tidak termasuk BEAR, BEAR mini & Set Eksklusif)

· Diskaun 25%

LUNA 2

2. SET EKSKLUSIF: RM846.30 (NP RM1,209)

Bear Mini / Serum 30ml

Bersempena dengan penjualan terbesar 11.11 ini, pelbagai barangan Foreo Sweden yang dijual pada harga yang murah dan untuk para pelanggannya menikmati.

Jangan lepaskan peluang ini dan save the date!

The post 11.11, Hanya Sehari Untuk Nikmati Foreo Deals, Jangan Lepaskan Peluang! appeared first on Wanista.com.

Vitamin Yang Perlu Ada Dalam Skincare Untuk Kulit Lebih Glow

$
0
0

Sebagai organ terbesar, kulit tidak dapat menyembunyikan apa-apa rahsia. Melalui kulit, anda boleh mengetahui tentang kesihatan dalaman, tahap penghidratan, kualiti tidur dan lain-lain lagi.

Jika anda merawatnya dengan baik, kulit anda akan memberikan warna yang berseri dan bercahaya tetapi jika sebaliknya, kulit akan menjadi kusam, kedut dan mempunyai garis-garis halus.

Kulit anda sentiasa berkomunikasi, jadi dengar dan lihat dengan teliti. Dari sini anda akan tahu apakah mineral dan vitamin yang diperlukan oleh kulit. Penggunaan vitamin sangat penting secara dalaman mahupun luaran.

Tetapi apabila vitamin digunakan pada kulit secara terus, penyerapannya melebihi 90% berbanding makan. Jadi vitamin apa yang perlu diambil terutamanya dalam skincare?

VITAMIN A 

Foto – Shape Singapore

Vitamin A atau retinoid adalah molekul yang memprogramkan semua sel. Dalam erti kata lain, ia membuatkan sel kulit menjadi baru dengan mempengaruhi sel, meningkatkan pembaharuan, keanjalan dan keseimbangan kulit secara menyeluruh.

Dengan merangsang fibrolasts, Vitamin A juga meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin. Setelah pakai di kulit, anda boleh melihat tanda penuaan seperti liang pori yang terbuka, garis halus dan bintik pigmentasi berkurangan.

Oleh sebab ia berfungsi memperbaharui sel, Vitamin A juga digunakan untuk merawat jerawat, kulit seborrheic dan kulit berminyak. Dalam pada masa yang sama, ia membantu menghilangkan pigmentasi iatu dengan menormalkan tindakan tyrosinase, sejenis enzim yang menghasilkan melanin.

VITAMIN B3 

Foto – The Skincare Edit

Dikenali dengan Niacin, ia adalah vitamin larut dalam air. Berfungsi dalam meningkatkan daya ingatan, pengekalan kalsium dan memperbaiki sistem pencernaan.

Niacamide yang yang menjadi agen yang terbaik dalam produk skincare kerana ada ciri anti-penuaan dan anti-radang serta menenangkan kulit. Ia berfungsi memperbaharui kulit dengan membekalkan tenaga ke sel dan bagus dalam merawat bekas jerawat.

Berfungsi dengan bahan semula jadi di kulit, ia membantu mengecilkan liang pori, warna tidak sekata dan kekusaman kerana ia mampu memperbaharui dan pulih permukaan kulit daripada kehilangan kelembapan dengan tingkatkan pengeluaran ceramide.

VITAMIN B5 

Foto – Arkib Wanista

 

Pantothenic acid berfungsi dalam mencegah kehilangan air dan kekalkan kelembapan untuk mengelakkan daripada kulit kekeringan dan gatal. Vitamin B5 ini juga dapat melindungi kulit daripada kemerahan yang disebabkan oleh pendedahan sinaran UV.

Dalam pada masa yang sama, ia juga meningkatkan pengeluaran glutathione iaitu antioksidan kuat yang melawan kerosakan radikal bebas.

VITAMIN C 

Foto – Woman’s World

Paling popular, Vitamin C sangat serba boleh. Bertindak sebagai photo-protective dan menghalang daripada kerosakan akibat sinaran UV. Sejenis antioksidan yang kuat, vitamin ini membantu melawan kerosakan radikal bebas dan tanda penuaan pratamang seperti pigmentasi dan garis halus.

Bentuk Vitamin C yang stabil adalah L ascorbic acid yang mempunyai 15%-20% dalam krim atau serum. Sekiranya kulit anda mempunyai luka dan jangkitan, Vitamin C ini sangat bagus.

Krim dan serum Vitamin C berfungsi dalam membina sistem imun kulit dan mencegah penuaan pramatang serta kawal kerosakan kulit yang lebih teruk.

VITAMIN E 

Foto – RSS

Larut dalam lemak dan berfungsi sebagai pelembap dan krim yang menenangkan kulit. Alpha-tocopherol adalah bahan yang paling aktif dan Vitamin E berikan photo-protection pada kulit untuk menyerap sinaran UV.

Dalam biosentesis kolagen dan elastin, ia membantu dalam membangunkan dan meremajakan kulit. Apabila digabungkan dengan Vitamin C, alpha-tocopherol berfungsi sebagai antioksidan dan melawan radikal bebas. Vitamin E juga digunakan untuk menenangkan kulit yang terbakar, radang dan berparut.

VITAMIN K 

Foto – Pinterest

Menjadi agen anti-radang dan mempunyai kesan pada pembuluh darah iaitu bantu dalam membeku darah dengan cepat.

Diformulasikan untuk krim selepas pembedahan, Vitamin K sangat membantu untuk menyembuhkan dan mengurangkan bengkak. Jika anda mempunyai dark circle, ia juga boleh mengurangkan penampakannya.

Seperti yang kita tahu, fungsi-fungsi setiap vitamin ini sangat penting kulit dan badan. Selepas ini kalau nak beli produk skincare, anda boleh check pada label untuk tahu sama ada produk itu sesuai atau tidak untuk keperluan kulit anda.

Jika ragu-ragu atau kulit menjadi teruk, dapatkan nasihat daripada doktor berkaitan dengan kulit anda. Selamat beramal!

RUJUKAN 

The post Vitamin Yang Perlu Ada Dalam Skincare Untuk Kulit Lebih Glow appeared first on Wanista.com.

Aktres Monica Bellucci Kata Benda ‘Ini’ Bantu Dirinya Cantik Sampai Sekarang

$
0
0

Monica Bellucci, aktres kelahiran Itali pernah ditabal wanita tercantik di dunia suatu masa dahulu, dan dia masih lagi dalam title tersebut sehingga ke hari ini.

Dilabel sebagai simbol seks, Monica Bellucci punya rupa paras menawan yang mampu memikat di samping susuk tubuh mengiurkan. Renungan mata yang tajam dan bibir penuh merah merekah boleh mencairkan lelaki dan perempuan.

Walaupun Monica sudah memasuki usia 50-an, tak silap 56 tahun, dia membuktikan masih lagi relevan dan bertapak.

Makin Meningkat Usia, Makin Relevan

Sedikit tentang fakta lakonan, filem pertama Monica adalah ‘Vita coi figli’ ketika berusia sekitar 25 tahun, tetapi namanya pula dikenali selepas memainkan watak pengantin Dracula dalam ‘Francis Ford Coppola’s Bram Stoker’s Dracula’.

Foto – Arkib Wanista

Seterusnya menjadi ‘Malèna’, sebuah filem mengenai seorang wanita dengan kecantikan yang menakjubkan yang mana dia dibenci seluruh kota. Pada masa itu, dia berumur 36 tahun. Hampir setiap filem Monica telah menjadi ikonik.

Di usia 51 tahun, Monica menjadi teman wanita James Bond yang paling matang dalam ‘Specter’.

Foto – Getty

Masih Awet Muda Walaupun Selepas 50

Kata Monica, penampilan sekarang tidak mungkin berlaku kalau dirinya tidak disiplin dalam rutin penjagaan. Untuk kekal muda dan cantik, serta bertenaga, dia mengesyorkan peraturan berikut:

Foto – Arkib Wanista
  • Cuci rambut anda tidak lebih dari dua kali seminggu dan gunakan minyak zaitun sebagai pengganti masker.
  • Jangan sesekali menghadkan makanan anda. Walaupun jika anda ingin kehilangan beberapa kilogram, ambil small portion dan makan lebih banyak ikan, daging dan sayur-sayuran.
  • Lakukan yoga dan berenang. Latihan ini menjadikan badan anda tetap fit dan toned tanpa latihan yang berlebihan.
  • Bersihkan kulit wajah anda sebelum tidur, tidak kira betapa mengantuknya anda.

“Saya membersihkan muka dan menggunakan pelembap sebelum tidur. Saya juga melakukan perkara yang sama setiap pagi, menggunakan losyen badan setiap hari, ” katanya pada Vogua Arabia.

Foto – The Stage

Apabila kita memikirkan gambaran kecantikan Itali yang abadi, nama Monica Bellucci muncul. Dia melambangkan kecantikan Itali dengan sempurna.

RUJUKAN : 12

The post Aktres Monica Bellucci Kata Benda ‘Ini’ Bantu Dirinya Cantik Sampai Sekarang appeared first on Wanista.com.

Tarik Blackhead Dan Whitehead Guna ‘Pore Strip’ Makin Teruk Kulit

$
0
0

Liang pori yang tersumbat, memang boleh binasakan penampilan kita.

Percaya atau tidak, persekitaran sekeliling yang berdebu ditambah pula dengan peluh, minyak kulit serta alat solek yang disapu ke wajah boleh menyesakkan lagi liang pori dan dari situlah punca sebenar kemunculan bintik hitam dan putih atau lebih dikenali sebagai blackhead serta whitehead.

Jadi, penyelesaian biasa yang dilakukan ramai dalam menghapuskan whitehead dan blackhead adalah dengan penggunaan pore strip.

Foto – Allure

Pore strip adalah sejenis pita berpelekat untuk hidung (dicipta atas tujuan bagi menarik keluar kotoran tersumbat seperti whitehead dan blackhead). Namun, ia cuma akan melekat pada kulit setelah bahagian kulit itu dibasahkan dengan air.

Ternyata terdapat beberapa kesan sampingan dan nuansa disebalik penggunaan pose strip, dan percayalah hanya indah khabar saja.

Tidak Dapat Menghapuskan Whitehead/Blackhead

Pore strip tidak dapat menghapuskan penampilan whitehead dan blackhead. Ia juga tidak akan mengurangkan pengeluaran minyak. Itu sebab anda dapat lihat ianya muncul semula tidak lama kemudian. Pore strip hanya menarik di bahagian luar kulit.

Foto – Brightside

Ahli dermatologi mencadangkan penggunaan pore strip berulang kali. Ini boleh dilakukan sekali atau dua kali seminggu untuk mengelakkan blackhead dan whitehead.

Pore Strip Tidak Memberikan Pembersihan Yang Mendalam

Ahli dermatologi mengatakan bahawa pore strip sebenarnya tidak akan menjadikan liang hidung anda bersih. Pelekat yang kuat hanya menghilangkan lapisan atas sel kulit mati dan banyak kotoran masih ada di dalamnya. Jadi, anda mungkin memerlukan prosedur pembersihan yang mendalam.

Pore Strip Boleh Menyebabkan Iritasi Kulit

Pakar mengatakan bahawa jika anda mempunyai kulit sensitif, pore strip boleh merengsa, bahkan merosakkan kulit. Ini berlaku kerana pelekat boleh mengeluarkan beberapa bulu dan merosakkan kulit anda.

Foto – Brightside

Selain itu, lebih baik periksa dan lihat sama ada anda mempunyai alahan pada pelekat. Contohnya, anda boleh mencubanya terlebih dahulu ke tangan anda.

Ingat penggunaan sekali pore strip tidak boleh hapuskan bintik. Jadikan ia sebagai rutin untuk hasil efektif. Pertimbangkan peraturan berikut setiap kali melakukan rutin pore strip.

Tuam Wajah Selama 10 – 20 Minit

Foto – Fashion Style Nigeria

Air panas dan wap boleh melonggarkan sebum di dalam liang roma. Cukup dengan tuamkan wajah kira-kira 1- hingga 20 minit sebelum melakukan rutin pore strip, atau sekadar sapukan tuala panas di wajah. Cara ini membuatkan pori-pori akan terbuka lebih lebar dan lebih mudah untuk menghilangkan bintik.

Urut Dengan Kiub Ais

Urut wajah dengan kiub ais selepas menggunakan pore strip. Pore strip yang melekat dapat menjadikan pori-pori kelihatan lebih besar setelah menarik keluar bahagian atas bintik. Ini mungkin menjadikan liang anda lebih sensitif terhadap jangkitan.

Foto – Beauty Blog

Ini akan membantu anda menutup liang pori anda. Sekiranya anda tidak menyukai prosedur ini, hanya bilas wajah anda dengan air sejuk.

Sebelum nak guna pore strip, cuba test terlebih dahulu… takut kulit anda cepat sensitif dan ini akan memberi reaksi yang hanya merosakkan kulit. Tanya pakar cara terbaik uituk menghilangkan whitehead dan blackhead jika pore strip tak berkesan.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

The post Tarik Blackhead Dan Whitehead Guna ‘Pore Strip’ Makin Teruk Kulit appeared first on Wanista.com.


Awas Perasan Kaki Semakin Gemuk, Petanda Kena Mula Bersenam Sekarang!

$
0
0

Baik mengaku, kebanyakan wanita sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan ramai menghadapi perubahan pada tubuh badan.

Hal ini berlaku kerana aktiviti yang dilakukan kebanyakan masa adalah melakukan kerja rumah, tugasan pejabat, memasak dan makan. Kitaran kehidupan ini diulangi setiap hari, hingga tak sedar bahawa diri dah makin berisi.

Ada sesetengah wanita tak nampak banyak sangat perubahan, tapi jika kamu perasan kaki kamu semakin gemuk dan berisi ini petanda kamu kena ubah gaya hidup serta mula bersenam dari sekarang!

Foto – Google

Ini beberapa senaman ringan yang kamu boleh lakukan di rumah, setelah selesai mengurus segala tugasan seharian.

Senaman Kardio Ringan 5 Minit

Senaman Malas 7 Minit

Senaman Bakar Lemak 15 Minit 

Senaman Full Body 30 Minit

Bagi wanita yang perasan keadaan diri makin berisi dan debab, inilah masanya untuk kamu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman.

Dengan mengikuti beberapa senaman ringkas seperti dalam video di atas, pasti kamu dapat mengekalkan bentuk badan yang cantik dan juga sihat.

Foto – Cocooncenter

Jangan bagi alasan banyak melakukan kerja rumah serta pejabat, hingga tiada masa nak bersenam, kerana masa boleh di cari dan kamu boleh lakukannya.

Kalau nak maintain seluruh badan cantik, kenalah mula bersenam sekarang!

The post Awas Perasan Kaki Semakin Gemuk, Petanda Kena Mula Bersenam Sekarang! appeared first on Wanista.com.

Tak Perlu Masa Lama Nak Bersolek Dengan Nude Blooms by Pony Park!

$
0
0

Mesti anda semua tidak sabar menunggu siri Nude Blooms Edisi Terhad di mana NUDESTIX telah berkolaborasi dengan Pony Park iaitu sensasi Korea Selatan yang mempunyai lebih 7 juta pengikut di Instagram dan 5 juta subscribers di Youtube.

Pony yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat di sana apabila dia sendiri merupakan makeup artist yang tahu untuk menghasilkan makeup yang cantik!

Siri Nude Blooms ini merupakan koleksi kegemaran Pony yang dipilih daripada top product bagi menghasilkan makeup yang glass-skin looks serta trademark terkenalnya iaitu pink mane and dewy makeup.

Foto – Arkib Wanista

Kit khas ini terdiri daripada produk NUDESTIX yang pelbagai guna pada wajah, mata dan bibir bagi mencipta satu penampilan yang lembut, cantik dan semula jadi dengan ultimate glassy glow.

Siri NUDESTIX Nude Blooms Edisi Terhad ini digunakan untuk menghasilkan matte makeup iaitu sesuai untuk warna kulit wanita Asia. Dalam siri ini, terdiri 5 jenis produk termasuk makeup pouch seperti;

  • NUDIES BLOOM – Cherry Blossom Babe

Foto – Arkib Wanista

Multi-use stick ini boleh digunakan di mana sahaja untuk create kulit yang glowing, dan all-over dewy look. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, warna merah jambu ini menghasilkan makeup yang sweet.

  • NUDIES GLOW – Illumi-Naughty

Foto – Arkib Wanista

Formula cream highlighter ini boleh digunakan sama ada sebagai cheek blush, eyeshadows dan pewarna bibir. Tekstur yang sangat ringan dan tahan lama ini boleh didapati dalam pearly white shade.

  • MAGNETIC LUMINOUS EYE – Praia

Foto – Arkib Wanista

Pensel warna 4 dalam 1 ini boleh digunakan sebagai eyeshadows, eylid primer, eyeliner atau highlighter untuk kilauan yang semula jadi. Praia shade ini adalah warna pasir keemasan yang kaya dengan kilauan keemasan.

  • LIP GLACE – Nude 04

Foto – Arkib Wanista

Lip gloss yang menghidratkan ini memberikan warna merah jambu yang tidak meninggalkan kesan yang melekit selepas pemakaiannya.

Menerusi siri ini dan kesemua produk NUDESTIX, mereka menggunakan bahan yang bebas kekejaman, bebas gluten, bebas pewangi, vegan dan hypoallergenic dimana bahan-bahan ini sangat selamat dan selesa digunakan pada wajah.

Menerusi siri edisi terhad ini, Pony Park menyatakan dia sangat menyukai moto NUDESTIX iaitu ‘Go Nude but Better’. “Idea untuk hasilkan siri ini adalah untuk memudahkan dan guna satu produk dalam pelbagai cara menjadi penyelesaian untuk diri saya terutamanya ketika dalam perjalanan”, ujar Pony.

Foto – Arkib Wanista

Kit khas Nude Blooms yang disusun oleh Pony, BITTI dan NUDESTIX ini mengandungi mesej utama NUDESTIX sekaligus menggabungkan terms alat solek kegemaran Pony iaitu ‘MLBB’ (My Lips but Better).

Didatangkan dalam makeup pouch yang berwarna merah jambu, sama ada anda peminat Pony atau NUDESTIX, siri ini wajib anda beli! Nude Blooms by Pony Park ini boleh didapatkan di semua kedai Sephora di seluruh negara dan dijual pada harga RM305.

[BELI]

The post Tak Perlu Masa Lama Nak Bersolek Dengan Nude Blooms by Pony Park! appeared first on Wanista.com.

Jenis Tikus Ini Yang Buatkan Kulit Wanita Vietnam Cantik Sentiasa

$
0
0

Menjadi lumrah, setiap wanita mahu kelihatan cantik sepanjang masa. Berbeza bagi setiap negara, pasti setiap wanita mempunyai cara tersendiri dan rahsia untuk kekal cantik dan kelihatan muda tanpa mengira usia.

Kalau di negara yang membangun dengan teknologi, pembedahan plastik sebagai penyelesaian mereka untuk kelihatan lebih cantik dan flawless. Tetapi negara Vietnam ini lain daripada lain, dan paling penting jimat kos untuk jadi cantik.

Wanita-wanita di Vietnam hanya mengamalkan untuk makan daging tikus sahaja boleh mengekalkan awet muda. Percaya atau tidak?

Bagi kita, tikus itu kotor dan menggelikan, tetapi bagi mereka tak salah untuk mencuba dan mengamalkannya demi kecantikan. Wanita Vietnam juga beranggapan daging tikus sangat sihat dan mempunyai manfaat kepada kesihatan.

Tikus Sawah 

Sudah menjadi amalan sejak dahulu lagi, bukannya wanita Vietnam ini tidak pilihan lain tetapi mereka sangat menyukainya. Untuk pengetahuan anda, tak semua jenis tikus yang ditangkap boleh dimakan.

Foto – National Geographic

Masyarakat Vietnam sering menjauhi tikus pekan kerana haiwan itu makan sampah di lorong dan longkang. Jadi daging mereka dianggap mempunyai racun dan sangat kotor!

Kebiasaannya, wanita-wanita dan masyarakat lain akan memakan tikus yang ditangkap di sawah. Haiwan ini dikatakan bersih kerana ia memakan padi seolah-olah seperti manusia memakan nasi.

Foto – NDTV.com

Selamat dan lebih bersih, walaupun dianggap sebagai merosakkan tanaman padi tetapi para petani sangat menyukainya kerana daging mereka. Sebilangan besar mengatakan dagingnya manis dan sedap.

Tetapi anda jangan ingat semua jenis tikus sawah ini sama. Haiwan ini mempunyai gred yang berbeza seperti tikus berbulu coklat muda dan kepala besar mempunyai lebih banyak lemak dan lebih mahal berbanding tikus berbulu coklat gelap.

Foto – National Geographic

Wanita di Vietnam juga percaya daging ini mengandungi tahap essential amino acids yang tinggi, iaitu bantu pertumbuhan semula kulit untuk kelihatan lebih muda dan cantik!

Foto – Arkib Wanista

Berbanding dengan zaman dahulu, tikus ini hanya dijual dari rumah ke rumah tetapi sekarang dijual secara terbuka di pasar kerana permintaan yang sangat tinggi.

Untuk 1kg daging tikus, mereka hanya perlu bayar sebanyak RM8.50 sahaja dan seseorang wanita boleh makan sehingga tujuh ekor tikus in a row.

Foto – Arkib Wanista

Daging ini dimasak dalam pelbagai cara seperti goreng, kari dan juga panggang. Dalam kalangan wanita, daging tikus ini juga dimasak sebagai stew bersama herba dan sayur-sayuran kerana bagus untuk menyembuhkan tulang belakang.

Walaupun tikus dikatakan sebagai sumber protein yang bagus dan memberikan kecantikan tanpa mengeluarkan wang beribu ringgit, anda sanggup untuk kelihatan cantik dalam cara ini?

RUJUKAN : 1, 2 , 3

The post Jenis Tikus Ini Yang Buatkan Kulit Wanita Vietnam Cantik Sentiasa appeared first on Wanista.com.

Senang Nak Bagi Hilang Sunburn, Guna Ini…

$
0
0

Seperti yang anda tahu, sunburn terjadi apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran ultra violet (UV) terutamanya pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang.

Gelombang sinaran UV yang berbahaya ini memberikan kesan yang tidak bagus kepada kulit yang menyebabkan seseorang itu mengalami keradangan dan inflamasi kulit.

Jika anda kerap mendedahkan kulit kepada matahari, ia bukan sahaja menggelapkan kulit, malah masalah lain juga timbul seperti jeragat, pigmentasi dan lebih teruk lagi, kulit kelihatan lebih tua daripada yang sepatutnya.

Macam Mana Nak Elak Sunburn 

#1 Pelindung Matahari 

Memakai pelindung matahari sangat penting sebelum keluar rumah atau bercuti. Pastikan anda menyapu pelindung matahari sebanyak 1 ounce 15 minit sehingga 30 minit sebelum keluar untuk ia lebih berkesan pada kulit.

Foto – Good Housekeeping

Untuk memilih pelindung matahari, anda perlu mencari produk yang mengandungi sun protection factor (SPF) sekurang-kurangnya 30 dan broad-spectrum yang melindungi daripada sinaran UVA dan UVB.

#2 Lindungi Badan 

Selain memakai pelindung matahari, anda boleh lindungi badan dengan menutup menggunakan topi dan pakaian. Tak semua jenis pakaian dapat menghalang sinaran UV seperti pelindung matahari. Jadi pakai pakaian yang mempunyai pelindung UV yang disarankan.

Foto – Arkib Wanista

Jika anda memakai topi, pastikan anda memilih topi yang lebar. Biar topi tersebut menutup bahagian kepala, leher, muka dan telinga. Jangan sesekali memakai topi biasa ketika berjemur atau keluar.

#3 Cermin Mata Hitam 

Sama seperti kulit anda, mata juga memerlukan perlindungan. Mudah terkena sinaran matahari, anda perlu pakai cermin mata hitam. Ini bukan sahaja melindungi mata, tetapi kulit-kulit lembut di sekitar mata.

Foto – Elite Daily

Anda seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu cermin mata hitam yang melindungi mata daripada sinaran UV sebanyak 99% sehingga 100% daripada sinar UVA dan UVB atau cermin mata yang menawarkn penyerapan UV sehingga 400nm.

#4 Tempat Berlindung 

Anda perlu tahu matahari memancarkan gelombang sinaran UV pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang. Jika anda keluar atau berjemur pada waktu ini, cari tempat untuk berlindung sama ada membawa payung atau pokok yang rendang.

Foto – Arkib Wanista

Jika mahu ke pantai, elakkan pergi pada waktu tersebut. Anda boleh pergi pada awal pagi atau lewat petang kerana air dan pasir dapat mencerminkan sinaran UV yang dapat merosakan kulit anda.

Cara Merawat Sunburn 

#1 Air Sejuk 

Sunburn menyebabkan kulit menjadi keradangan. Salah satu cara yang mudah, anda boleh sejukkan kawasan yang terkena sunburn dengan menggunakan air sejuk.

Foto – Arkib Wanista

Anda boleh duduk di bawah shower untuk seketika bagi meredakan kawasan yang terkena sunburn sebelum menjadi lebih teruk. Jika mahu berendam di kolam, anda perlu berhati-hati kerana air klorin boleh merengsakan kulit.

#2 Baking Soda dan Oatmeal 

Jika anda ada tab mandi, penuhkan tab dengan air sejuk. Kemudian, letak beberapa sudu besar baking soda ke dalamnya. Selepas itu, anda boleh berendam di dalamnya selama 15 minit sehingga 20 minit.

Foto – Arkib Wanista

Anda juga boleh menambahkan secawan oatmeal ke dalam tab mandi bagi menenangkan kerengsaan dan membantu kulit mengekalkan kelembapan semula jadinya.

#3 Mayonis 

Selepas berjemur, sapu sedikit mayonis pada kulit bagi mendapat kesan kelegaan selepas berjemur di bawah sinaran matahari. Mayonis yang mengandungi cuka berfungsi dalam membantu mengurangkan kesan kulit terbakar.

Foto – aol.com

#4 Lidah Buaya 

Ambil beberapa tangkai lidah buaya dan patahkan di bahagian tengahnya. Gel atau lendir lidah buaya tersebut diambil secara langsung dan diletakkan di tempat yang terdedah dengan sunburn.

Foto – The Good Housekeeping

Jika anda tidak mempunyai tanaman lidah buaya, gel aloe vera pun boleh digunakan. Tetapi pastikan gel yang asli dan bukannya losyen atau minyak.

#5 Teh Chamomile 

Selain memberikan ketenangan pada badan ketika meminumnya, teh ini juga dapat digunakan pada kulit.

Foto – Live Science

Bancuh teh chamomile seperti biasa dan biarkan ia sejuk. Setelah itu, rendam sehelai kain lap ke dalamnya dan sapu di bahagian yang terkena sinaran matahari. Jika anda alah kepada debunga, jangan cuba teknik ini.

#6 Madu 

Madu bukan sahaja bertindak melembapkan kulit tetapi mengurangkan kemerahan dan juga bengkak pada badan. Nutrien yang terdapat dalam madu dapat memulihkan semula tisu kulit yang rosak akibat luka terbakar.

Foto – The Guardian

Untuk teknik ini, anda boleh sapukan madu secara berlapis pada bahagian kulit yang terbakar. Kemudian, balut bahagian tersebut menggunakan bandage atau apa-apa jenis kain.

Bagi sesetengah orang, mereka tak mahu melepaskan peluang untuk berjemur di bawah matahari bagi mendapatkan kesan terbakar pada kulit. Tetapi jika anda tidak mahukan kesan tersebut, ambil langkah pencegahan awal bagi mengelakkan daripada kulit terbakar.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post Senang Nak Bagi Hilang Sunburn, Guna Ini… appeared first on Wanista.com.

Peranti Canggih FAQ™ Bantu Wajah Bebas Kedutan, Maintain Awet Muda

$
0
0

Melakukan rawatan di klinik dermatologi mengeluarkan belanja yang banyak, tapi dengan adanya teknologi ini anda tak perlu pening kepala lagi.

Tahukah dengan peranti FAQ™, anda  boleh mendapatkan garis rahang yang cantik, kulit cerah dan awet muda, serta menghilangkan kerutan dan garis halus.

FAQ™ melancarkan teknologi serbo baru yang mendatangkan manfaat mesin klinikal profesional ke dalam alat kecil. Bayangkan anda tidak perlu susah payah ke klinik untuk mendapatkan rawatan, sekarang hanya buat di rumah dan anda dapat hasil maksima.

Foto – Arkib Wanista

Perkenalkan Peranti FAQ™ 100

Rangkaian peranti FAQ™ 100 membolehkan anda membuat rawatan yang disesuaikan khusus untuk keperluan anda. Pengguna dapat memilih tahap intensiti yang lebih kuat dan menyesuaikan tahap intensiti denyutan EMS-Pro, Power-RF dan T-Sonic™ sambil memilih LED-Pulse light pilihan mereka melalui aplikasi.

Peranti ini direka untuk memenuhi rutin rawatan peribadi anda kerana FAQ™ memahami bahawa satu penyelesaian tidak mungkin sesuai untuk semua, terutama untuk rawatan kulit dan penuaan.

Foto – Arkib Wanista
  • EMS-Pro – menguatkan dan melatih otot muka secara profesional.
  • Power-RF – gelombang panas yang kuat yang mengetatkan dan mengkonturkan kulit.
  • T-Sonic™ Pulsations – denyutan urutan lembut yang meningkatkan kecerahan kulit.

Reka Bentuk Yang Sangat Cool

Best ialah alat ini direka secara ergonomik agar sesuai dengan lekuk wajah, peranti genggam tanpa wayar ini diperbuat daripada silikon ultra-bersih, tidak memerlukan kabel atau barang gantian, dan boleh dicas semula menggunakan USB.

Fungsi LED-Pulse

LED-Pulse digunakan untuk merawat pigmentasi, garis halus dan jerawat, rosacea, spider veins dan warna kulit yang tidak sekata. Terapi cahaya LED menguatkan lagi rawatan peremajaan kulit.

Foto – Arkib Wanista

Lampu LED yang berdenyut dapat menembusi lapisan dermis dengan mendalam, dan setiap warna cahaya mendatangkan manfaat yang unik kepada kulit dengan cara yang paling berkesan.

Ada Jual Di Lazada

Berminat? Dengan pelaburan sekali sahaja untuk kecantikan seumur hidup, anda dapat merasakan kekuatan peranti bertaraf profesional di telapak tangan anda!

Terdapat di LAZADA, FAQ™ 101 dijual pada harga RM1,799, FAQ™ 102 pada harga RM2,729 dan FAQ™ Diamond pada harga RM5,949 pada Disember 2020.

The post Peranti Canggih FAQ™ Bantu Wajah Bebas Kedutan, Maintain Awet Muda appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live