Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Cuba Teknik Mekap Buat Gigi Kamu Nampak Lagi Putih

$
0
0

Gigi setiap orang menjadi kekuningan seriring dengan bertambahnya usia. Agaknya bagaimana selebriti miliki senyuman dibarisi dengan gigi putih sepanjang masa. Sebenarnya tidaklah putih mana, tapi aura senyuman dan ketawa mereka nampak glowing dan elok dipandang.

Memang ramai di antara mereka mungkin menghabiskan berjam-jam di doktor gigi, tetapi ada juga yang menggunakan beberapa trik mekap dan hasilnya cukup menakjubkan.

Mekap adalah alat magik terbaik untuk menutup segala cela di wajah. Muka yang ‘biasa-biasa’ boleh berubah artis dengan bantuan mekap.

Lihat bagaimana teknik mekap boleh membantu anda mendapatkan gigi putih.

Gariskan Bibir Dengan Lip Liner Rona Nude

Lip liner sama pentingnya dengan lipstick, tapi sering dilupakan. Ia membantu memberi kontur pada bibir dan menjadikan warna lipstick tahan lebih lama.

Foto – Arkib Wanista

Lagi satu, sekiranya anda mahu gigi menonjol dan kelihatan lebih putih, gunakan lip liner nude. Bibir bukan saja kelihatan lebih penuh dan seksi, malah senyuman manis dibarisi gigi yang cantik sempurna.

Pakai Highlighter

Foto – Arkib Wanista

Highlighter adalah alat yang mesti dimiliki oleh setiap beauty junkies jika inginkan solekan dramatik dan memberi ilusi runcing. Produk ini akan membantu anda menonjolkan beberapa ciri wajah agar ia kelihatan lebih berseri dan glowing. Dan ini termasuk senyuman anda sekali.

Kesan Tanning

Foto – Arkib Wanista

Bronzer dapat membantu anda mendapatkan kesan kulit sun-kissed yang glowing seperti Zendaya. Tapi yang anda tak tahu teknik bronzer juga boleh menjadikan gigi anda kelihatan lebih putih. Dapatkan bronzer matte supaya kulit anda lebih menonjol dan kontra dengan warna gigi.

Beri Perhatian Pada Mekap Mata

Mengenakan mekap yang tepat pada mata anda adalah kunci untuk mengalihkan perhatian dari gigi dan mulut.

Foto – Arkib Wanista

Triknya adalah eyeliner hitam dan maskara. Untuk eyeshadow, pilih warna biru muda, ungu, hijau, yang nampak kontra dengan gigi dan menjadikan mata anda menonjol. Elak warna berasaskan oren kerana boleh menjadikan gigi anda kelihatan lebih kekuningan.

Lip Gloss Terbaik

Foto – Arkib Wanista

Lip gloss adalah alat yang sempurna untuk menjadikan bibir kelihatan lebih penuh dan seksi. Dan tentu saja, untuk menjadikan gigi anda kelihatan lebih putih. Sebelum apply lip gloss, penting untuk melembapkan bibir agar tidak kering dan retak. Dengan melakukan trik ini, gigi anda akan nampak lebih menonjol.

Mudahkan. Sekarang anda pun boleh ikut cara selebriti. Selamat Beramal!

The post Cuba Teknik Mekap Buat Gigi Kamu Nampak Lagi Putih appeared first on Wanista.com.


Kenapa Bertangas Penting Bagi Mak-Mak Yang Lepas Bersalin?

$
0
0

Amalan berpantang bagi wanita selepas bersalin sangat penting, dan sudah menjadi kewajipan buat kaum ibu untuk melakukan amalan ini bagi penjagaan dalaman diri.

Antara amalan dalam berpantang yang para ibu-ibu selepas bersalin perlu jalani adalah seperti amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung.

Tapi dalam banyak-banyak langkah dan amalan berpantang yang perlu dilakukan, kenapa bertangas ini penting untuk kaum ibu? Ketahui sebabnya di bawah.

Apa Itu Bertangas

Foto – Arkib Wanista

Untuk makluman semua amalan bertangas ini berfungsi lebih kurang sama macam bersauna atau mandi wap yang disediakan oleh spa-spa di Malaysia ini.

Bertangas dilakukan dengan cara duduk di atas ramuan rebusan herba, amalan bertangas ini boleh membantu proses pembakaran lemak, mewangikan badan dan mengeluarkan peluh.

Bila Nak Kena Buat Bertangas

Foto – Arkib Wanista

Bertangas ini dilakukan pada hari ke-30 sehingga hari ke-44 dalam pantang, kerana pada waktu itu darah nifas telah keluar dan jadi semakin sedikit.

Dengan melakukan bertangas pada hujung waktu pantang selama 14 hari berturut ini, mampu mengeluarkan saki-baki darah nifas yang ada dalam bahagian intim.

Kebaikan Bertangas Bagi Kaum Ibu

Foto – Arkib Wanista

Banyak kebaikan dan manfaat bertangas yang kaum ibu dapat antaranya adalah:

#1 Mengecutkan Rahim & Menguatkan Otot Miss V

Amalan bertangas ini dapat mengembalikan kesihatan peranakan dengan mengecutkan, merapatkan rahim serta mengembalikan kekuatan otot miss v.

#2 Mengurangkan Bau Badan Dan Bau Miss V

Selepas bersalin bahagian miss v dan badan akan berbau busuk, oleh itu untuk mengurangkan masalah bau tersebut kaum ibu perlu melakukan bertangas. Dengan bertangas juga, kaum ibu dapat mengeluarkan toksik yang tersimpan dalam badan melalui peluh.

#3 Memulihkan Luka

Selepas bersalin peranakan mengalami luka-luka dan trauma, bagi memulihkan luka dalam peranakan amalan bertangas perlu dilakukan. Ramuan herba bertangas mempunyai khasiat bagi memulihkan luka peranakan kaum ibu.

Foto – Kompas Health

#4 Membuang Saki Baki Darah Nifas

Dalam pantang bertangas dilakukan pada hari ke-30 hingga hari ke-44 dalam pantang, saki baki darah nifas yang masih terdapat dalam bahagian intim boleh dikeluarkan menerusi bertangas.

#5 Memelihara Bahagian Intim Wanita

Bagi mengelakkan masalah rahim seperti masalah keputihan, lendir kental, faraj berbau, penyakit kelamin, dan haid tidak teratur selepas bersalin, amalan bertangas sangat penting bagi memelihara bahagian intim dan mengelakkan pertumbuhan bakteria.

#6 Tidak Gatal-Gatal Dan Menyihatkan

Ramuan tangas yang diambil dari campuran herba tradisional sangat bagus untuk menyihatkan kulit, dan wap yang terhasil dari herba bertangas juga dapat melembapkan kulit di bahagian intim dan tidak menyebabkan rasa gatal-gatal di bahagian atau sekitar faraj.

Foto – Arkib Wanista

Jadi sebab itu amalan bertangas ini sangat penting dalam pantang ibu-ibu bersalin, buat wanita yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi pastikan kamu tidak skip amalan bertangas kalau nak jaga bahagian dalaman wanita.

Rujukan: 1, 2,

The post Kenapa Bertangas Penting Bagi Mak-Mak Yang Lepas Bersalin? appeared first on Wanista.com.

Laneige Dah 26 Tahun, Ini 5 Produk Sumpah Best Kena Ada

$
0
0

Kalau tanya jenama Korea apa paling best? Confirm Laneige antara yang menjadi pilihan. Jenama ini terus unggul menjadi pioneer untuk trend K-Beauty. Siapa sangka tahun ini Laneige sudah berusia 26 tahun.

Untuk pengetahuan anda, Laneige adalah jenama kosmetik Korea Selatan yang dilancarkan oleh Amore Pacific pada tahun 1994. Namanya berasal dari perkataan Perancis “la neige”, yang diterjemahkan menjadi “salji”.

Pada pengguna yang baru nak berjinak dengan jenama Laneige, entry ini Wanista kongsikan 5 produk sumpah berbaloi anda miliki kerana dijamin bagus.

Laneige Water Sleeping Mask

Foto – Lazada

Topeng muka dari tekstur gel untuk melembap dan menghidupkan semula kulit yang kusam dan letih. Ia menghilangkan tekanan dan memperbaiki kulit untuk memberikan penampilan segar dan glowing keesokan harinya.

Terdapat dalam dua varian, original dan lavender. Keduanya miliki aroma segar yang menyenangkan deria bau.

Laneige Lip Sleeping Mask

Tiada lagi bibir kusam dan kering dengan Lip Sleeping Mask. Dipakai sebelum tidur untuk merawat dan memperbaiki bibir kering dan mengelupas.

Foto – Arkib Wanista

Ia diformulasikan dengan hyaluronic acid dan Berry Mix Complex, yang mengandungi bahan kaya vitamin C seperti raspberry, strawberry, cranberry, blueberry, dan goji berry. Bila anda memakainya akan terasa lembut dan gebu.

Laneige BB Cushion

Tidak hairan BB Cushion keluaran Laneige sangat terkenal dan sentiasa laku keras. Ia dapat menutupi ketidaksempurnaan tanpa membuat kulit kelihatan kering dan cakey.

Foto – Hooks Korea

Rumusannya memberikan warna yang sihat pada kulit, tahan lama dan melembapkan, dan mempunyai kemampuan untuk mengawal pengeluaran sebum berlebihan tanpa membuat wajah anda terasa ketat.

Laneige Skin Veil Cover Foundation

Foto – Arkib Wanista

Foundation high-coverage untuk kemasan matte tahan lama yang tidak membuatkan wajah cakey dan kelihatan berat. Ia mempunyai konsistensi ringan dan milky, tapi masih mampu menyembunyikan liang pori besar, kesan gelap dan noda.

Laneige Eye Sleeping Mask

Foto – KrisShop

Eye Sleeping Mask, satu lagi seleksi dari Sleeping Mask yang sangat laris. Diformulasi dengan kafein, vitamin P dan bahan penghidratan untuk menghilangkan dan menenangkan kantung mata dan mengembalikan kesegaran bawah mata.

Semoga anda gembira menggunakan produk yang Wanista syorkan. Selamat Beramal!

The post Laneige Dah 26 Tahun, Ini 5 Produk Sumpah Best Kena Ada appeared first on Wanista.com.

Selebriti Terkenal Dengan Mekap ‘Cat Eye’ Ikonik

$
0
0

“Mastering cat eye liner is like taking the perfect selfie.”

Dengan solekan cat eye yang dramatik, penampilan terus memukau. Walau hanya bersolek ringkas ala no-makeup look tapi calitan cat eye merubah segalanya. That’s the impact of cat eye makeup.!

Solekan cat eye sentiasa nampak sempurna dan bergaya, malah ada kalanya misteri dan ada masanya dengan cat eye sahaja, anda tidak perlu solekan yang lain. Cat eye mampu menghasilkan penampilan yang hot pada seseorang tanpa perlu bersolek tebal.

Bagaimana untuk mendapatkan solekan cat eye yang cantik? Anda boleh menggunakan mana-mana pensil warna atau gel liner. MUA kata anda perlu mulakan dari atas mata di tengah-tengah dan tarik ke tepi secara perlahan, jangan gelojoh, macam yang Selena lakukan ini.

Ingin tampil solekan cat eye, berikut selebriti yang terkenal dengan solekan ikonik ini. Even dengan norma memakai pelitup muka, solekan mata dramatik kena ada.. barulah nampak serseri dan sedap mata memandang.

Amy Winehouse

Foto – Arkib Wanista

Selena Gomez

Foto – Arkib Wanista

CL

Foto – Arkib Wanista

Kesha

Foto – Arkib Wanista

Adele

Foto – Arkib Wanista

Angelina Jolie

Foto – Arkib Wanista

Jadi kepada beginners, mula praktik solekan cat eye kalau inginkan penampilan dramatik yang seksi.

Selamat Beramal!

The post Selebriti Terkenal Dengan Mekap ‘Cat Eye’ Ikonik appeared first on Wanista.com.

Ada Baby Fat Di Pipi, Makeup Look Apa Yang Sesuai?

$
0
0

Siapa kata ada baby fat di pipi tak ada makeup look yang sesuai boleh dilakukan?

Boleh dikatakan ramai wanita memiliki baby fat di pipi ianya tidak terhad kepada remaja perempuan saja, wanita berusia dalam lingkungan 20an hingga 40an masih ada yang memiliki lemak comel di pipi.

Tapi yang membuat ramai wanita yang memiliki lemak comel di pipi ini adalah, pemilihan jenis makeup look yang sesuai untuk digayakan.

Jangan pening-pening, hari ini penulis kongsikan beberapa idea makeup look, bagi wanita yang memiliki baby fat di pipi.

Makeup Look Natural Stail Duchess Of Cambridge

Foto – Arkib Wanista

Untuk melakukan makeup look seperti Duchess Of Cambridge yang cantik jelita ini, ada beberapa langkah mekap yang perlu diikuti.

  • Muka – guna krim foundation jenis natural mengikut warna kulit sendiri.
  • Pipi – serikan baby fat pipi dengan penggunaan blusher warna-warna lembut, seperti soft pink dan peach.
  • Mata – guna eyeshadow dengan warna-warna natural atau mengikut warna blusher.
  • Bibir – akhiri sentuhan mekap di bibir dengan gincu atau lip gloss, dengan warna natural seperti soft pink, peach, soft orange dan soft nude.

Makeup Look Bare Face Stail Emma Watson

Foto – Arkib Wanista

Tampil kelihatan berkeyakinan dan berani dengan gaya makeup look bare face, seperti aktres berbakat Emma Watson ini.

  • Muka – tak perlu letak sebarang krim mekap, cukuplah dengan hanya memakai sunscreen dan pelembap muka.
  • Pipi – gunakan blusher warna soft red atau soft pink, untuk kelihatan bold.
  • Mata – hanya perlu memakai mascara bagi menampakkan bulu mata yang lebat dan panjang.
  • Bibir – guna gincu warna merah atau mengikut warna blusher.

Makeup Look Comel Dan Fresh Stail Kim Yoo Jung

Foto – Arkib Wanista

Suka tengok mekap Kim Yoo Jung yang sentiasa kelihatan comel dan fresh, meski ada baby fat di pipi? Nah, ini cara mekap stail aktres cantik ini untuk diikuti.

  • Muka – sapu sunscreen kemudian diikuti dengan primer dan foundation.
  • Hidung – sapukan contour pada tulang hidung dan blend rata.
  • Mata – Sapukan contour sedikit di bawah mata, kemudian warnakan kelopak mata dengan warna natural seperti warna peachy pink, dan akhir sekali pakai eyeliner dan mascara.
  • Pipi – sapu blusher dengan warna pinkish atau soft pink peach.
  • Bibir – gunakan warna sama iaitu peach atau pink.

Makeup Look Burnt Orange Stail Dilraba Dilmurat

Foto – Arkib Wanista

Nampak fresh dan sassy makeup look aktres jelita Dilraba Dilmurat ini, dengan hanya menggunakan warna soft orange dah boleh nampak kelihatan cantik.

  • Muka – sapukan minyak primer, foundation dan concealer.
  • Mata – guna eyeliner kalis air, eyeshadow warna orange dan mascara.
  • Pipi – gunakan pemerah pipi warna soft orange atau soft peach.
  • Bibir – gunakan gincu atau lip gloss warna orange.

Jadi wanita-wanita yang miliki baby fat di pipi tak perlu risau tentang makeup look lagi lepas ini, kalau tak ada idea boleh pilih stail makeup look yang penulis kongsikan di atas.

Comfirm lepas ini kamu nampak lebih cantik dan menawan!

The post Ada Baby Fat Di Pipi, Makeup Look Apa Yang Sesuai? appeared first on Wanista.com.

5 Jenis Ubat Jerawat Ini, Ramai Wanita Guna Dan Berkesan

$
0
0

Jerawat merupakan musuh ketat wanita sejak azali lagi, masalah jerawat ini sering menghantui keyakinan diri dan membuatkan wanita tertekan dengan rupa yang dipenuhi jerawat.

Jadi bagaimana nak atasi masalah jerawat ini dengan berkesan, kerana masalah ini pasti akan berlaku lagi di masa akan datang.

Jangan stress-stress kerana penulis akan menyenaraikan jenis-jenis ubat jerawat yang ramai orang guna dan terbukti berkesan.

T3 Mycin Gel

Foto – Arkib Wanista

Menurut dalam Risalah Maklumat Ubat untuk Pengguna (RiMUP), menyatakan ubat jerawat T3 Mycin Gel ini mengandungi clindamycin phosphate iaitu sejenis antibiotik lincosamide.

Antibiotik yang terdapat dalam ubat jerawat ini mampu mengurangkan jerawat, dan sekaligus menghentikan pertumbuhan bakteria kulit yang menyebabkan masalah jerawat berlaku di muka.

Harga lebih kurang dalam RM25 hingga RM30 untuk 25 gram [BELI], kalau beli secara dalam talian.

Nixoderm Ointment

Foto – Arkib Wanista

Ubat jerawat dari jenama Nixoderm Ointment ini, mengandungi bahan-bahan aktif yang mampu merawat masalah jerawat di muka wanita dengan berkesan.

Ini antara bahan yang terkandung dalam ubat salap ini menurut RiMUP, yang bagus dalam merawat masalah jerawat adalah:

  • Asid Benzoik – membekalkan fungsi antikulat yang baik.
  • Asid Salisilik – sejenis agen keratolitik yang membasmi dan mencegah jerawat.
  • Precipitated Sulphur – bertindak sebagai antiseptik, antikulat dan parasitisid yang lembut.

Harga ubat jerawat ini dalam lingkungan RM6.50 untuk 5.34 gram dan RM10.50 untuk 17.7 gram [BELI], kalau beli secara dalam talian.

Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream

Foto – Arkib Wanista

Krim jerawat yang mengandungi minyak tea tree melaleuca alternifolia ini, mampu memulihkan masalah jerawat dengan mengecutkan jerawat dan juga mengurangkan minyak yang terhasil di muka.

Harga bagi ubat jerawat ini adalah lebih kurang RM10.50 untuk 20 gram [BELI], kalau beli secara dalam talian.

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel

Foto – Arkib Wanista

Ubat jerawat ini mengandungi asid salisilik yang merupakan sejenis agen keratolitik, yang boleh membasmi dan juga mencegah jerawat.

Harga bagi ubat jerawat ini dalam RM22 untuk 10 gram [BELI], kalau beli secara dalam talian.

OXY 5 Ance Pimple Medication

Foto – Arkib Wanista

Ramai wanita yang menggunakan ubat jerawat dari jenama OXY ini, menyatakan ubat jerawat ini berkesan bagi merawat jerawat mereka.

Ia mengandungi benzoyl peroxide yang berfungsi untuk membasmi bakteria jerawat yang terdapat pada kulit dengan berkesan.

Harga bagi ubat jerawat ini dalam RM10.90 untuk 10 gram [BELI], jika membeli secara dalam talian.

Foto – Health Grades

Melihat kandungan bahan yang terdapat dalam ubat jerawat ini, tidak hairanlah ramai wanita menggunakan ubat jerawat dari jenama yang penulis senaraikan di atas.

Kerana bahan-bahan yang terkandung dalam ubat ini, sememangnya berkesan dalam merawat dan juga mengurangkan masalah jerawat di kulit wajah wanita.

Jadi lepas ini kalau ada masalah jerawat, cari salah satu ubat jerawat yang penulis senaraikan di atas confirm hilang jerawat itu nanti.

Rujukan: 1, 2,

The post 5 Jenis Ubat Jerawat Ini, Ramai Wanita Guna Dan Berkesan appeared first on Wanista.com.

Kurangnya Vitamin D Punca Kulit Wajah Breakout

$
0
0

Duduk bekerja di rumah pun kulit wajah boleh breakout. Aduh stress betul!

Ini berpunca daripada kekurangannya vitamin D dalam tubuh badan. Bila kita kurang terdedah kepada sumber vitamin D terbesar matahari maka otot terasa lemah, kemurungan, emosi tidak menentu, rasa mengantuk dan stamina merosot.

Keadaan ini membuatkan kamu bertambah stress. Dan stress memberi kesan pada tubuh badan, dan wajah.

Bila Vitamin D Kurang

Apabila tubuh kamu stress, ia akan mengeluarkan kortisol – apabila kortisol tinggi, pengeluaran oestrogen akan rendah.

Foto – Muscle

Disebabkan oestrogen kita menurun, maka androgen kamu (hormon seks lelaki) manjadi banyak dan ia akan menghantar kelenjar sebaceous yang menghasilkan banyak minyak. Pori-pori tidak boleh mempunyai bebanan kotoran yang akan menyebabkan ia menghasilkan tompok.

Vitamin D penting untuk membina sel dan apabila kita tidak boleh selalu keluar rumah, maka ia akan menjadi terbantut. Vitamin D memainkan peranan penting untuk mengurangkan keradangan kulit di mana ia boleh mengelak break out.

Bagaimana Nak Atasi

Nak atasi stress, kamu perlu mengamalkan makanan yang sihat. Sekurang-kurangnya ia mengingatkan kamu supaya membuat sesuatu yang bagus untuk tubuh.

Foto – UW Medicine

Bagi penjagaan diet, lebih baik kamu ambil kandungan diet kaya nutrisi. Makanan seperti lemak ikan, keju, telur dan cendawan adalah salah satu alternatif yang boleh kamu ambil untuk menambah kandungan Vitamin D selain keluar dari rumah, atau makan supplement Vitamin D yang disahkan KKM.

Semestinya penting untuk kamu melakukan rutin penjagaan wajah. Even duduk di rumah, bukan alasan kamu untuk bermalasan. Mencuci, skrub, melembap dan guna SPF apabila berjalan di luar kawasan kediaman. Ingat, walaupun tidak pakai mekap, kulit kamu tetap akan mengumpul peluh, sebum dan kotoran sepanjang hari.

Selamat Beramal!

The post Kurangnya Vitamin D Punca Kulit Wajah Breakout appeared first on Wanista.com.

Belajar 8 Petua Penjagaan Rambut Mengikut Negara

$
0
0

Wanita di seluruh dunia mempunyai petua tersendiri bila bicara bab penjagaan rambut. Sama ada diperturunkan ke setiap generasi atau rawatan moden, setiap satunya tidak rugi untuk dicuba. Malah, ada setengah memang diakui keberkesanannya.

Ini Wanista kongsikan beberapa petua dari setiap negara boleh kita cuba untuk mendapatkan rambut sihat, cantik, lembut dan berkilat. Ala-ala rambut artis yang sentiasa glamor.

Colombia: Pupur Avokado

Foto – Arkib Wanista

Dua putih telur dicampur bersama avokado yang telah dilenyek. Sapukan ke rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan bersih dan sapukan pelembap. Ia cara cepat, murah dan semula jadi untuk melembutkan rambut.

Argentina: Hidrat Dengan Aloe Vera

Foto – Wonderlist

Wanita di Argentina menggemari rambut panjang yang menyerlahkan sisi sensual dan glamor. Bagi memastikan ia terus panjang dan terbentuk cantik, aloe vera disapukan terus atau ditambah ke dalam syampu.

Guyana: Sardin Untuk Rambut Kilat

Foto – Arkib Wanista

Sardin diketahui mengandungi sumber Omega-3 dan pengambilannya akan buatkan rambut tumbuh dengan cepat dan sihat. Penyanyi Leona Lewis antara yang mengamalkannya dan lihat saja rambutnya, cantik!

Perancis: Lembapkan Ketika Tidur

Foto – Cult Beauty

Overnight treatment masks sangat popular di sini. Bagi menambahkan lembapan, kebanyakan wanita menambah mentega pada kulit rambut pada petang sebelum mencuci rambut dengan syampu.

Brazil: Temu Janji Di Salon

Foto – Mid-Day

Jangan gelar mereka high-maintenance. Mereka sukakan penampilan glamor seperti Sophia Loren, jadi mereka akan membuat temu janji di salun sekali seminggu bagi mengekalkan kecantikan rambut.

Itali:  Minyak Zaitun

Foto – Quora

Di sesetengah tempat, ada keluarga memperturunkan petua minyak zaitun untuk kesihatan rambut. Sapuan satu sudu minyak ini sekali seminggu sudah bagus untuk membantu melembap, melembut dan memperbaiki keadaan rambut.

Romania: Perapi Rambut

Foto – Quora

Mahu rambut cantik berkilat seperti orang Romania? Tambahkan satu sudu madu ke dalam perapi. Apabila digunakan, ia akan menghasilkan rambut yang lebih cantik, berkilau dan warnanya juga tambah menarik.

Kanada: Mudah Berombak

Foto – Vancouver

Dapatkan rambut beralun ketika tidur! Basuh rambut pada waktu malam, biarkan ia kering dalam 80 peratus. Kemudian ikat tocang dua dan bawa ia ke bahagian tepi bahu. Pagi esoknya, leraikan tocang itu dengan jari. Hasilnya akan nampak begitu semula jadi.

Selamat Beramal!

The post Belajar 8 Petua Penjagaan Rambut Mengikut Negara appeared first on Wanista.com.


Muka Makin Berseri Selepas Guna Masker Vitamin Herbalife

$
0
0

Untuk mendapatkan khasiat tambahan pada kulit wajah, kita digalakkan untuk memakai masker muka. Itu rahsia kecantikan orang Korea dan kenapa mereka kekal glowing dan lembap.

Bukan glowing dan lembap kerana berminyak tapi nampak seri dan sihat di wajah, yang membuatkan kita teruja ingin miliki kulit yang sama.

Untuk itu, Herbalife Nutrition kembali dengan Siri Masker Muka Vitamin.

Foto – Arkib Wanista

Siri Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition meliputi helaian topeng dalam tiga varian, Pelembap, Pencerah dan Pengental, di mana bagi memenuhi keperluan kulit yang berbeza.

Setiap masker muka diformulasikan dengan campuran vitamin proprietari yang unik, termasuk 12 Vitamin, Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera), Garam Laut Jeju dan Ekstrak Beras Jeju, untuk membantu pengguna memperoleh kulit yang cantik dan sihat.

Masker Muka Vitamin Pelembap

Foto – Arkib Wanista

Masker muka diformulasikan dengan campuran proprietari yang merangkumi asid hialuronik tiga rangkai, protein avokado terhidrolisis dan ekstrak Centella Asiatica. Ia menawarkan kesan pelembapan yang mampu bertahan sepanjang hari, menjadikan kulit lebuh terhidrat dan mulus.

Masker Muka Vitamin Pencerah

Foto – Arkib Wanista

Diformulasikan untuk pengguna yang ingin menambah seri pada kulit normal atau kusam. Diperkayakan dengan Vita-Glow Complex, campuran proprietari yang terdiri daripada Niasinamida, Adenosina, Pearles Rosée dan Peptida Omija. Masker muka  ini membantu menyokong keserian dan kecerahan kulit.

Masker Muka Vitamin Pengental

Foto – Arkib Wanista

Untuk mereka yang mempunyai tekstur kulit normal, kering atau kasar, masker ini membantu mengentalkan dan menyihatkan kulit. Masker muka ini diperkayakan dengan serum dan bersertakan Vita-Lift Complex, campuran proprietari yang merangkumi Niasinamida, Adenosina, Biji Lupin dan ekstrak Ginseng Hitam.

Masker Muka Vitamin Pengental ini menyokong ketegangan dan keanjalan kulit, serta menawarkan penghidratan yang diperlukan oleh kulit kita.

Siri ini sudah tersedia di pasaran, dan anda boleh dapatkan di laman web rasmi mereka di sini.

The post Muka Makin Berseri Selepas Guna Masker Vitamin Herbalife appeared first on Wanista.com.

Ini Sebabnya Kenapa Wanita Tak Digalakkan Cukur Bahagian Intim & Ketiak

$
0
0

“Kenapa pula tak digalakkan cukur bahagian intim dan di ketiak, bukan dalam Islam memang menyuruh menjaga kebersihankan diri ke?”

Betul dalam Islam menyuruh menjaga kebersihan diri, tapi tak semestinya kena mencukur, kerana teknik mencukur ini sememangnya tak bagus terutama mencukur di bahagian intim dan ketiak.

Ini sebabnya kenapa mencukur tak bagus untuk wanita.

Membuatkan Kulit Jadi Gelap

Foto – Arkib Wanista

Perasan tak tiap kali mencukur di bahagian intim dan ketiak kedua-dua bahagian ini makin lama makin gelap, ini disebabkan kerana mencukur membuatkan kulit menjadi gelap.

Bulu Jadi Kasar

Foto – Arkib Wanista

Sudahlah kulit jadi gelap, bulu yang tumbuh semula itu juga menjadi kasar dek gara-gara mencukur. Ada yang jenis kulit sensitif bila bulu kasar tumbuh, menyebabkan rasa gatal-gatal di bahagian intim dan ketiak.

Liang Pori Terbuka

Foto – Arkib Wanista

Pernah tak kamu terfikir kenapa kawasan yang tak sepatutnya ada bulu boleh tumbuh bulu pula, seperti di kawasan perut, celah kangkang dan sekitar bawah ketiak.

Hal ini berlaku kerana semasa kamu mencukur, kamu turut mencukur kawasan yang tak ada bulu dan menyebabkan pisau cukur membuka liang pori pada permukaan kulit.

Lalu menyebabkan pertumbuhan bulu di kawasan yang tercukur itu, sebab itu jangan sembarangan cukur di bahagian intim dan ketiak kerana kamu sendiri tidak sedar sudah tersalah cukur di tempat tak sepatutnya.

Kulit Jadi Kering

Foto – Arkib Wanista

Selain itu, mencukur juga menyebabkan kulit jadi cepat kering dan kasar oleh itu bagi menjaga kulit agar tidak menjadi lebih kasar seperti sekarang ini.

Sebaiknya kamu berhenti mencukur atau guna kaedah lain, untuk membersihkan bahagian intim dan ketiak.

Gunting Bulu Lagi Bagus

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang tak mahu kulit di bahagian intim dan ketiak menjadi lebih gelap, bulu dan kulit jadi kasar, cara lain yang boleh kamu guna adalah memotong bulu rambut.

Memotong bulu rambut dengan cara mengunting, merupakan kaedah baik yang boleh kamu lakukan. Lagipun gunting kecil sudah cukup, untuk kamu gunakan bagi membersihkan bahagian intim dan juga ketiak.

Jadi bagi mengelakkan kawasan intim dan ketiak jadi lebih gelap dan kasar, berhenti mencukur dan gantikan dengan memotong bulu menggunakan gunting bagi membersihkan diri.

The post Ini Sebabnya Kenapa Wanita Tak Digalakkan Cukur Bahagian Intim & Ketiak appeared first on Wanista.com.

Ini Rupanya Produk Selalu Netizen Beli, Tiap Kali Jualan Promosi 10.10 Tiba

$
0
0

Promosi jualan 10.10 baru saja habis baru-baru ini, memang ramai wanita berlumba-lumba mencari dan memilih produk barangan yang diingini dengan harga yang rendah semasa jualan promosi besar-besaran ini berlangsung.

Tak kira lelaki atau wanita, tua atau muda, semua peringkat umur tak menang tangan dibuatnya semasa jualan 10.10 berjalan secara dalam talian mahupun di kedai-kedai fizikal.

Ini antara produk-produk yang selalu di beli oleh ramai orang tatkala jualan promosi 10.10 tiba.

#1 Pelbagai Jenis Masker Muka

Foto – Arkib Wanista

#2 Barangan Mekap

Foto – Arkib Wanista

#3 Pelitup Muka Pakai Buang 3 Lapisan 

Foto – Arkib Wanista

#4 Wangian

Foto – Arkib Wanista

#5 Serum Muka

Foto – Arkib Wanista

#6 Pengering Rambut

Foto – Arkib Wanista

#7 Beg Mekap

Foto – Arkib Wanista

#8 Pencuci Muka

Foto – Arkib Wanista

#9 Penyedut Bintik Hitam Dan Bintik Putih

Foto – Arkib Wanista

#10 Sanitizer

Foto – Arkib Wanista

Ikut banyak lagi produk lain yang ramai orang beli tatkala jualan promosi 10.10 dijalankan, tapi cukuplah dengan beberapa produk ini untuk dikongsikan bersama.

Tak sabar pula nak menunggu promosi jualan seterusnya!

The post Ini Rupanya Produk Selalu Netizen Beli, Tiap Kali Jualan Promosi 10.10 Tiba appeared first on Wanista.com.

Rajin Makan Buah Pir Kulit Boleh Cantik

$
0
0

Semua orang suka makan buat pir. Pir disenangi bukan hanya kerana rasanya yang enak, rangup dan manis tetapi juga mempunyai manfaat untuk kesihatan yang berbeza-beza.

Kita ketahui buah pir dikenali sebagai buah-buahan yang membantu mengurangkan berat badan. Tapi tak banyak yang tahu bahawa ternyata makan buat pir juga mampu memberi manfaat menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka.

Foto – Pinterest

Nutrien Buah Pir

Kajian Medicalnewstoday.com mendapati buah pir mampu memenuhi keperluan vitamin C harian sebanyak 12%, vitamin K sebanyak 10%, kalium sebanyak 6% dan sejumlah kecil kalsium, zat besi, magnesium, riboflavin, vitamin B-6, dan folat.

Buah Pir Merah

Bahkan buah pir yang berwarna kemerahan mempunyai kandungan karotenoid, flavonol dan antosianin yang sangat penting bagi kulit kerana membantu penyerapan vitamin di dalam tubuh sehingga mampu menjaga kesegaran dan keremajaan kulit.

Buah pir juga kaya kandungan serat dan air yang sangat baik membuang racun dari dalam tubuh dan membersihkan aliran darah sehingga tiada lagi timbul jerawat. Hebatkan?

Jadi, sama-sama kita amalkan makan buah untuk kulit bersih bebas jerawat.

RUJUKAN: 2

The post Rajin Makan Buah Pir Kulit Boleh Cantik appeared first on Wanista.com.

Kayman Beauty Buat Kulit Sihat Dan Glow Dengan Skintella Repairing Serum

$
0
0

Kalau dah ramai bagi feedbacks terhadap produk Kayman Beauty terutamanya Skintella Repairing Serum maksudnya bagus lah kan? Jadi apa istimewanya serum ini?

Foto – Twitter

Skintella Repairing Serum ini adalah serum yang diformulasikan dalam menenangkan dan membaiki kulit dari dalam. Dalam erti kata yang lain, serum ini berfungsi menjadi penghalang secara semula jadi.

Terdiri daripada bahan-bahan seperti Centella Asiatica, serum ini membantu mengurangkan kemerahan, menenangkan kerengsaan dan meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

Foto – Shutterstock

Serum ini juga membantu dalam menyembuhkan luka-luka di wajah serta mengoptimumkan pemulihan dan keselamatan kulit untuk hasil yang baik dalam tempoh masa yang panjang.

Foto – Arkib Wanista

Penelitian oleh Kayman Beauty dalam menghasilkan serum yang diformulasikan dalam bentuk gel ringan adalah untuk memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai kulit yang sangat reaktif dan sensitif.

Menggunakan bahan-bahan yang tidak mengandungi alkohol, pewangi, paraben dan bahan kimia membuatkan pengguna berasa yakin dan selamat.

Foto – PhaMix.com

Antara salah satu bahan yang digunakan dalam serum ini adalah Centella Asiatica Leaf Extract atau dikenali sebagai ekstrak daun pegaga.

Fungsi ekstrak ini digunakan dalam produk kecantikan adalah untuk anti-inflammation dan antioksidan. Jadi sangat sesuai lah untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif!

Skintella Repairing Serum 🍀1. Cruelty-free2. Alcohol-free3. Fragrance free4. Paraben free6. Safe for pregnant women & breastfeeding momPrice: RM69

Posted by bysyahira on Thursday, November 28, 2019

Anda boleh mendapatkan Skintella Repairing Serum ini secara dalam talian di laman web rasmi Kayman Beauty.

Selamat mencuba!

The post Kayman Beauty Buat Kulit Sihat Dan Glow Dengan Skintella Repairing Serum appeared first on Wanista.com.

Teknik Berbeza Gunakan Highlighter Buat Solekan Nampak Mahal Dan Asli

$
0
0

Untuk menggunakan highlighter anda perlu memilih warna yang sesuai dengan kulit. Kedudukan mengenakan highlighter yang betul juga dapat memberikan wajah yang lebih dimensi.

Foto- Allure

Tetapi jika anda menggunakan highlighter dengan teknik yang betul, hasil akhir yang mewah dapat dilihat pada wajah anda.

#1 Guna Dengan Pemerah Pipi 

Untuk teknik yang pertama ini, anda boleh menggunakan cream blush yang mempunyai warna semula jadi iaitu tidak terlalu oren atau pink. Campurkan cream blush dengan fine liquid highlighter.

Foto – Arkib Wanista

Kemudian, campuran tersebut boleh dikenakan di atas tulang pipi. Sapu ke arah atas iaitu sehingga ke arah hujung mata. Teknik ini sesuai untuk digunakan dalam rutin harian kerana ia memberikan hasil wajah yang sihat dan juicy glow.

#2 Guna 2 Warna Highlighter 

Anda boleh memilih dua jenis tekstur highlighter iaitu serbuk dan cecair.

Foto – Pinterest

Dengan menggunakan highlighter bertekstur serbuk, anda perlu menyapu dari tulang pipi sehingga ke hujung mata. Kemudian anda boleh melapiskannya dengan highlighter bertekstur cecair untuk menambahkan hasil kilauan yang juicy.

(Nota: Untuk kesan akhir yang lebih mewah, anda boleh menggunakan powder highlighter dalam warna champagne dan liquid highlighter berwarna golden peach)

#3 Mengenakan Dengan Bronzer 

Foto – Arkib Wanista

Pilih bronzer yang tidak mengandungi kilauan. Setelah menggunakan bronzer, lapiskan ia dengan golden shimmer highlighter. Jika anda tidak tahu, manik-manik golden shimmer akan membuatkan kulit anda lebih warm seperti baru lepas berjemur.

Foto – Arkib Wanista

Rasa mudah sangat nak dapatkan hasil akhir yang cantik! Pandai memilih highlighter dan teknik betul ketika menggunakannya dapat membantu anda mendapatkan solekan yang mewah.

 

RUJUKAN

The post Teknik Berbeza Gunakan Highlighter Buat Solekan Nampak Mahal Dan Asli appeared first on Wanista.com.

Kekal Segar Dan Terhidrasi, Sunscreen Face Republic Lindungi Kulit Daripada Matahari!

$
0
0

NEW Face Republic Purity Essence SPF50+ PA++++ buatkan ramai orang tidak risau untuk berada di bawah matahari dengan produk Non-nano Mineral Filter Sunscreen.

Foto – Arkib Wanista

Sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif, Face Republic juga berhati-hati dalam memilih bahan-bahan untuk keselamatan kehidupan laut juga.

Jika anda seorang pencinta laut dan kehidupan laut, sunscreen ini sangat sesuai kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan DNA batu karang.

Foto – Arkib Wanista

Mempunyai tekstur yang lebih ringan, sunscreen ini membuatkan ia menjadi produk yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.

Melindungi kulit daripada matahari, Purity Sun Essence ini mengandungi mineral filter with no white cast. Menjadi produk 2 in 1, sunscreen ini berfungsi dalam mencerahkan ton warna dan mengelakkan kedutan daripada terjadi.

Non-nano 

Purity Sun Essence dilengkapi dengan teknologi non-nano yang memaksimukan kekuatan dalam menjadi fizikal suncreen dan mengimbangi kekurangan.

Menggunakan non-nano, iaitu lebih besar daripada nano, berfungsi dalam mengelakkan risiko menyerap bahan-bahan UV-blocking ke dalam kulit. Ia juga meningkatkan penyerapan dengan menggunanakan zarah nano serta mengurangkan white cast.

Jadi bila yang  perlu guna Purity Sun Essence?

  • Apabila ingin mendedahkan kulit kepada cahaya matahari
  • Mencari sunscreen yang tidak melekit dan mengandungi white cast
  • Mencari sunscreen yang memberikan kesegaran, kelembapan pada kulit
  • Mencari produk sunscreen mesra keluarga
  • Mencari produk yang tidak menyakitkan mata dan bebas pewangi
Foto – Arkib Wanista

Kini Face Republic Purity Sun Essence membuat kolaborasi istimewa dengan seorang model Korea, influencer dan sensasi TikTok, Jeon Changha. Kolaborasi ini telah menggunakan simbol yang istimewa pada pembungkusannya iaitu ._.

Foto – Arkib Wanista

Jika anda ingin mendapatkan sunscreen ini, anda boleh dapatkannya di kedai-kedai rasmi dalam talian seperti di Lazada dan Shopee dengan berharga RM 54.90 (500ml).

The post Kekal Segar Dan Terhidrasi, Sunscreen Face Republic Lindungi Kulit Daripada Matahari! appeared first on Wanista.com.


Sumpah Sempurna! Ini Barangan Perlu Anda Ada Untuk Tiru Kening Lily Collins

$
0
0

Tak makan dek usia, wajah Lilly Collins sentiasa kelihatan muda dan cantik! Ramai yang mengagumi kecantikkan wajahnya tetapi ada lagi satu perkara yang menarik perhatian ramai orang iaitu keningnya. Memiliki kening yang tebal dan semula jadi semestinya menjadi keinginan setiap wanita.

Foto – Arkib Wanista

Jadi, entri kali ini, Wanista akan kongsikan beberapa barangan yang perlu ada untuk kening anda kelihatan seperti Lily Collins!

#1 Eyebrow Gel 

Eyebrow gel ini akan bantu membentukkan kening anda. Menggunakan aplikator atau berus kening, seretkan dari pangkal kening sehingga ke hujung untuk membuat bingkai kening.

Bagi anda yang mempunyai kening yang pendek, anda boleh melukis sehingga selari dengan hujung mata. Pada pangkal kening pula, lukiskan secara menegak untuk menampakkan kening yang semula jadi.

Tips: Pilih warna yang lebih muda berbanding dengan kening untuk tidak menampakkan kejanggalan. 

#2 Eyebrow Liquid Liner 

Selepas itu, gunakan eyebrow liquid liner untuk menambahkan volume dan dimensi pada bentuk kening. Layangkan secara perlahan-lahan pada kening sebenar seperti anda sedang mewarna dari pangkal sehingga ke hujung. Fokuskan pada hujung kening untuk menampakkannya sedikit besar dan tebal.

#3 Wax Balm Texture 

Langkah terakhir ini akan membuatkan kening anda sentiasa dalam bentuknya. Gunakan sikat kening dan wax balm untuk memberus kening ke atas dan tunggu seketika. Kemudian, berus dengan cara yang sama tetapi anda perlu fokus daripada pangkal kening untuk merapikannya sehinggalah ke hujung.

Senang kan nak ikut steps ni untuk dapatkan kening seperti Lily Collins. Jadi bagi yang mahukan kening seperti Lily, jangan lupa untuk cuba!

The post Sumpah Sempurna! Ini Barangan Perlu Anda Ada Untuk Tiru Kening Lily Collins appeared first on Wanista.com.

Makeup Artist Lady Gaga Kongsi Tips Untuk Flawless Dengan Makeup

$
0
0

Menjadi go-to make-up artist Lady Gaga dan duta seni global untuk Marc Jacobs Beauty, Sarah Tanno telah kongsikan beberapa tips solekan untuk kelihatan flawless dengan make-up.

Foto – InStyle.com

Kita selalu bersolek dan kadang-kadang bila tengok hasilnya, pasti ada yang kurang atau tak flawless macam yang dibayangkan. Jadi apakah tips daripada Sarah?

Mascara 

Banyak version kan bila nak pakai mascara. Tetapi bagi Sarah, gunakan berus make-up atau cotton bud dan diletakkan di belakang bulu mata untuk elak daripada lebihan mascara terkena kulit dan seterusnya solekan menjadi rosak atau comot.

Foto – Arkib Wanista

Untuk cara yang lebih berkesan, gunakan spoolie yang bersih ketika mengenakan mascara. Ini akan membuatkan daripada bulu mata anda menjadi melekat dan menjadi tebal. Jika anda mahu extra lift, gerakkan berus mascara anda secara menegak pada bulu mata yang telah dilapisi dengan mascara.

Kulit Glow 

Part wajib! Kenapa? Daripada anda terus meletakkan solekan yang terlampau  banyak di wajah, anda sepatutnya meletakkan pelembap dan primer agar wajah sentiasa terhidrat sepanjang hari.

Foto – Pinterest

Menurut Sarah, pelembap menghidrat dan exfoliates dalam masa yang sama. Jadi ini menyebabkan solekan anda blend in ke dalam kulit dan memberikan hasil akhir yang sangat cantik.

Foto – Watsons Malaysia

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, prep kulit anda dengan matte primer pada T-zone. Ini kerana primer akan mengurangkan tekstur dan garis halus yang tidak rata serta liang pori.

Memaksimukan Concealer 

Foto – Wiki

Sarah menyarankan untuk tidak menggunakan foundation tetapi concealer.

“Disebabkan kita berada di kawasan yang beriklim sedikit panas, kita perlu berpegang dengan prinsip less is more. Jika kita terlalu menggunakan banyak solekan, ia akan menyebabkan foundation tidak berfungsi, malah akan mencacatkan lagi hasil solekan,” ujarnya.

(Special tips: Letakkan juga concealer pada bahagian bawah bibir untuk atau gunakannya sebagai kontur.)

Flawless Finish 

Foto – Pop Sugar

Jangan letak bedak di seluruh wajah tetapi letak di bahagian yang perlu sahaja. Bagi Sarah, daripada menggunakan bronzer, beliau lebih gemar memakai bedak pada bahagian wajah yang perlu touch-up sahaja. Jika gunakan bedak pada keseluruhan wajah, ia akan merosakkan solekan yang tidak memerlukan touch-up.

Anda patut cuba tips daripada Sarah kerana hasilnya mungkin akan membuatkan anda kagum dan pasti rakan-rakan anda cemburu.

 

RUJUKAN

The post Makeup Artist Lady Gaga Kongsi Tips Untuk Flawless Dengan Makeup appeared first on Wanista.com.

Skincare Sulwhasoo Laku Keras Dan Bagus Sebab Guna Bahan Ini!

$
0
0

Ada sesiapa yang menggunakan produk Sulwhasoo? Kalau anda perasan, hampir semua produk Sulwhasoo menggunakan Ginseng sebagai bahan utama.

Kenapa ginseng? Apa yang membuatkan ia istimewa di hati Sulwhasoo? Mengapa Sulwhasoo memberikan banyak tumpuan dan penyelidikan mengenai ginseng sebagai ramuan wira dan bukannya ramuan lain yang tidak kurang hebat, seperti Goji berry, Cordyceps, Red dates dan lain-lain?

Foto – WebMD

Ginseng Ramuan Terbaik Untuk Anti-Penuaan

Sulwhasoo ada juga menggunakan banyak ramuan perubatan atau bahan berasaskan tumbuhan tapi ginseng adalah tumbuhan yang sesuai untuk penuaan kulit. Ini kerana ginseng adalah tanaman terbaik untuk penyelesaian anti-penuaan yang telah dikaji oleh Sulwhasoo.

Foto – Arkib Wanista

Sulwhasoo menganalisis banyak buku, preskripsi dan kertas TCM (Traditional Chinese medicine) atau TKM (Traditional Korean Medicine) menggunakan kaedah analisis data besar seperti ‘Data-mining’.

Kemudian, Sulwhasoo memilih calon ramuan atau bahan kimia, meneliti dan mengesahkan keberkesanannya menggunakan alat bioteknologi moden.

Sebilangan besar agen aktif ginseng sukar digunakan secara langsung pada kosmetik. Biasanya tidak larut dalam air. Kerana itu, Sulwhasoo mengkaji menerusi teknologi seperti ‘GinsenisphereTM’.

Foto – Sulwhasoo

Oleh kerana sifat bahan kimia semula jadi dari herba, sukar untuk mendapatkan bahan aktif yang berkualiti dari setiap tanaman. Ini kerana ia bergantung pada cuaca dan keadaan tanaman setiap tahun ke tahun. Itulah sebabnya Sulwhasoo mengkaji penanaman ginseng yang dikawal khas, seperti hidroponik atau teknologi aerofonik.

Concentrated Ginseng Renewing Serum

Berdasarkan ini, Sulwhasoo telah menemukan “Ginsenomics TM” bahan yang sangat berkesan pada kulit, di antara 30 saponin yang terkandung dalam ginseng. Maka terlahirlah Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Serum!

Foto – Sulwhasoo

Concentrated Ginseng Renewing Serum memfokuskan pada “triple micro-targeting” melalui ramuan Ginsenomics TM, mewujudkan struktur sokongan yang tahan lasak, memperbaiki tanda-tanda kedutan dan sangat baik untuk anti-penuaan.

Kesan Menakjubkan

Produk kali ini mensasarkan “Triple Micro-Targeting”, yakni:

  • Ketumpatan kulit 105% – Melindungi dan menambah semula kulit agar lebih tegang.
  • Keanjalan 103% – Menguatkan struktur kulit untuk meningkatkan ketahanan.
  • Pengurangan kedutan 17% – Memperbaiki tanda-tanda kedutan dan menguatkan pertahanan kulit terhadap rangsangan luaran.
Tekstur gel sesuai untuk semua jenis kulit. Foto – Arkib Wanista

Teknologi Sulwhasoo yang moden, membantu memperbaiki kerengsaan kulit disebabkan persekitaran luaran dan kesan anti-penuaan yang kuat. Rangkaian Sulwhasoo boleh didapati di semua butik kecantikan dan Sephora.

Info lanjut, bolek semak laman web rasmi di sini.

The post Skincare Sulwhasoo Laku Keras Dan Bagus Sebab Guna Bahan Ini! appeared first on Wanista.com.

Tak Boleh Keluar Rumah Tanpa Wangian, Wanita Patut Ada Pewangi Ini!

$
0
0

Hari jadi tak lengkap kalau tak pakai pewangi kegemaran. Kebanyakan wanita tidak akan meninggalkan pewangi kegemaran mereka semasa keluar daripada rumah mahupun semasa bercuti.

Kenapa? Pewangi dan wanita merupakan rakan baik kerana bagi setiap wanita, mereka mempunyai pewangi kegemaran yang memberikan identiti kepada diri mereka.

Ada yang menyukai pewangi yang keras iaitu memberikan character yang bold, berani dan bersemangat. Tetapi ada yang menyukai pewangi yang lembut yang memberikan identiti kepada wanita yang lemah lembut, sopan dan girly.

Foto – Allure

Pewangi juga penting bagi wanita kerana ia dapat menyegarkan dan mengekalkan wangi pada badan untuk sepanjang hari. Jadi dah tak risau kan kalau rasa badan berbau di luar rumah kerana pewangi dapat menyelamatkan keadaan.

Foto – Freepik

Jadi untuk para wanita yang sedang mencari pewangi baharu, Wanista akan bantu anda!

ESTEE LAUDER – Pleasures Eau de Parfum Spray

Foto – Promo Farma

Wangian light floral yang memberikan kesegaran bunga selepas hujan pada musim bunga dengan top notes teratai putih, daun ungu dan daun hijau.

YVES SAINT LAURENT – Black Opium Eau de Parfum

Foto – Pinterest

Kopi dan vanila yang digabungkan bersama bunga oren, melati dan pir untuk memberikan aroma yang menggoda kepada si pemakai.

GUCCI – Bloom Eau de Parfum

Foto – Arkib Wanista

Menonjolkan keaslian, daya hidup dan kepelbagian wanita, Gucci telah menampilkan ekstrak Jasmine Bud, Tuberose, dan Rangoon Creeper di mana wangian segar ini membangkitkan fantasi seperti berada di kebun yang dipenuhi dengan bunga-bungaan.

GUCCI – Guilty Pour Femme 

Foto – Arkib Wanista

Mempunyai aroma bunga yang dipenuhi dengan kekayaan dan bangsawan. Wangian tersebut mempunyai gabungan daripada Mandora, Bergamot dan Lada Merah Muda.  Gabungan Patchouli Oils mendefinisikan aroma, manakala Patchouli Couer dan Patchouli oil Micro-Distillation serta i meninggalkan kesan wangian yang kekal.

CHANEL – Coco Mademoiselle Eau De Parfum Spray

Foto – Blog

Meninginkan wangian klasik moden, Coco Mademoiselle memberikan wangian daripada oren, melati, mawar dan vanila yang pasti menarik perhatian kepada si pemakai.

LANCOME – La Vie est Belle Eau De Parfum

Foto – Lazada

Bagi wanita yang hidup pada zaman sekarang, wangian ini sesuai bagi wanita yang mempercayai kehidupan. Dengan bunga iris dan pudina yang berkilauan, wangian ini memberikan identiti keriangan pada si pemakai.

GUCCI – Flora Gorgeous Gardenia

Foto – Arkib Wanista

Wangian yang sangat feminin ini merupakan gabungan bunga Gardenia yang pertama. Memberikan ciri-ciri wanita yang asli dan menarik perhatian, si pemakai akan merasai permulaan wangian dengan beri merah, bunga Frangipani dan aroma Patchouli dan gula merah.

GUCCI – Bloom Ambrosia

Foto – Arkib Wanista

Mengembalikan wangian seperti di dunia kuno, Gucci Bloom Ambrosia di Fiori adalah wangian yang dicampurkan dengan Gucci Bloom eau de parfum yang asli. Diperhebatkan lagi dengan gabungan ramuan wangian bunga seperti Velvety Oris dan Damascena Rose yang menghasilkan identiti yang bersemangat.

GUCCI – Guilty Pour Homme

Foto – Arkib Wanista

Aroma Fougère Aromatic, Gucci Guilty Pour Homme adalah ciptaan maskulin, gabungan Pink Pepper dan lemon Itali. Keseimbangan gabungan Orange Blossom Absolute, Neroli dan French Lavender manakala Patchouli dan Cedarwood memberikan kekuatan sensual dan tahan lama.

DIOR –  Diorissimo Eau de Parfum

Foto – Dior

Ekspresi terbaru daripada Diorissimo Eau de Toilette, Diorissimo Eau de Parfum lebih kaya, dan lebih kuat wangiannya dengan bunga melati yang lebih dominan.

Setiap wangian mempunyai character tersendiri, anda perlu berhati-hati dan pilih wangian mengikut kesukaan dan identiti anda sendiri.

The post Tak Boleh Keluar Rumah Tanpa Wangian, Wanita Patut Ada Pewangi Ini! appeared first on Wanista.com.

5 Jenis Maskara Maybelline Yang Paling Wanista Suka Untuk Mekap

$
0
0

Kadang-kadang cemburu juga melihat wanita yang memiliki bulu mata yang panjang, lebat dan terbentuk cantik di atas kelopak mata.

Tapi rasa cemburu penulis kali ini tak lama mana pun sebabnya, penulis dah jumpa maskara yang boleh memenuhi segala kehendak hati semasa mekap dengan hanya menggunakan maskara dari Maybelline!

Nak tahu maskara Maybelline yang mana satu, jom lihat di bawah.

#1 Hypercurl Waterproof Mascara

Penulis memang suka buat bulu mata melentik, dan maskara Hypercurl kalis air ini merupakan kombo terbaik untuk dapatkan bulu mata melentik sepanjang hari.

Harga RM28.90 [BELI]

Foto – Arkib Wanista

#2 Total Temptation Waterproof Mascara

Maskara yang ini pun best pakai untuk dapatkan bulu mata yang lebih lebat dan membuatkan bulu mata jadi lebih panjang dari biasa.

Harga RM42.90 [BELI]

Foto – Arkib Wanista

#3 The Colossal Waterproof Mascara

Sekali sekala kelihatan bold dan hot tak salah bukan? Dengan maskara The Colossal kalis air ini, mampu membuatkan bulu mata tampak berani.

Harga RM35.90 [BELI]

Foto – Arkib Wanista

#4 The Falsies® Push Up Drama Waterproof Mascara

Yang ini bukan saja maskara kesukaan penulis, malah ianyanya maskara kegemaran Gigi Hadid juga. Maskara yang ini, mampu membuatkan bulu mata jadi lebih panjang dan lebih lebat berbanding maskara yang lain serius puas hati pakai.

Harga RM39.90 [BELI]

Foto – Arkib Wanista

#5 Lash Sensational Waterproof Mascara

Maskara yang satu ini memang best pakai bagi wanita yang ingin bulu mata kelihatan lebih panjang dan terbentuk cantik.

Harga RM39.90 [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Geram betul tengok kelima-lima maskara ini, bukan apa masing-masing ada fungsi sendiri dan sebagai wanita pastinya tak tahan godaan melihat maskara terbaik seperti ini bukan.

Jadi bagi sesiapa yang inginkan bulu mata melentik, lebat, panjang dan cantik terbentuk, bolehlah dapatkan maskara jenama Maybelline ini sekarang.

Selamat membeli-belah♥

The post 5 Jenis Maskara Maybelline Yang Paling Wanista Suka Untuk Mekap appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live