Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Makin Makan, Makin Teruk, Yang Kulit Berminyak Tolong Elak Makanan Ini!

$
0
0

Tak lagi menjadi rahsia, setiap orang tahu untuk mendapatkan kulit yang cantik, semuanya bermula daripada dalam. Apa yang dimakan memainkan peranan penting dan memberikan kesan kepada badan terutamanya kulit.

Wanista tahu ramai yang bergelut dengan kulit muka yang berminyak. Daripada menggunakan produk oil-control sehinggalah homemade masks, kulit muka tetap berminyak, malah makin menjadi-jadi.

Daripada gen, horman sehingga persekitaran, semua perkara boleh mempengaruhi pengeluaran minyak di kulit. Tetapi, adakah anda tahu diet juga boleh mempengaruhi kulit?

Pemilihan diet yang tidak betul boleh menyebabkan kulit menjadi lebih teruk. Anda mesti tahu ada beberapa makanan yang dilarang kerana ia membuatkan kulit semakin berminyak, jadi adakah anda mengambil makanan ini dalam rutin harian?

Makanan Bergoreng 

Beberapa kajian telah dilakukan dan mendapati pengambilan omega-6 fatty acids boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat pada kulit. Lemak tepu dan trans fat dalam makanan bergoreng juga boleh buatkan kulit menjadi keradangan dan menyebabkan pengeluaran minyak berlaku.

Foto – Arkib Wanista

Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan minyak alpukat atau zaitun untuk menggoreng atau gunakan air-fryer untuk elakkan pengeluaran minyak pada kulit secara berlebihan.

Garam 

Garam sangat penting untuk deria rasa, diet dan kesihatan tetapi kalau guna garam secara berlebihan, kulit boleh menjadi dehidrasi.

Foto – Arkib Wanista

Apabila kulit menjadi kering, kelembapan pada kulit digantikan dengan pengeluaran minyak. Untuk elakkan kulit berminyak secara berlebihan, gunakan garam dalam kuantiti sederhana bagi mengekalkan kelembapan pada kulit dan bebas minyak.

Refined Grains 

Karbohidrat yang diproses seperti roti putih, bijirin sarapan pagi dan nasi putih adalah makanan yang wajib dielakkan. Dalam jangka masa tertentu, makanan ini membuatkan pertumbuhan jerawat dan pengeluaran minyak berlaku.

Foto – World Grain

Refined grains kehilangan serat dan nutrien ketika diproses yang menyebabkan indeks glisemik menjadi tinggi dan mempengaruhi gula dalam darah anda. Sebagai gantian, anda boleh menggunakan produk gandum, popcorn dan beras perang.

Gula 

Gula yang dimakan boleh mempengaruhi kadar gula dalam darah. Tubuh kita bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak insulin yang membuatkan kelenjar menghasilkan lebih banyak minyak dalam kulit.

Foto – Arkib Wanista

Walaupun terdapat gula semula jadi seperti dalam buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diambil dalam kadar sederhana tetapi penggunaan gula halus seperti gula tebu atau sirap jagung, wajib dikurangkan secara minima.

Produk Tenusu 

Ramai yang tak tahu produk tenusu ini perlu dikurangkan dalam diet harian. Produk tenusu seperti mentega, krim dan keju mengandungi lemak tepu yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi teruk.

Foto – Blog

Sangat penting untuk elakkan penggunaan susu krim lemak penuh. Jika boleh, gunakan yogurt sebagai alternatif anda untuk mengambil produk tenusu. Anda juga boleh mencampurkan yogurt dengan salad atau membuat smoothies. 

Makanan Yang Diproses 

Elakkan daripada memakan makanan yang diproses seperti sosej, nugget dan lain-lain. Makanan ini boleh menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak dan berjerawat. Sebagai gantian, anda boleh makan daging yang segar tanpa lemak.

Foto – Runner’s World

Penting juga untuk elakkan daripada membeli sup segera yang diproses, mi segera atau makanan ringan yang yang boleh memberikan kesan kepada tubuh badan terutamanya kulit.

Alkohol 

Alkohol memberikan kesan buruk terutamanya kepada mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ini kerana alkohol mengeluarkan cecair daripada kulit dan menyebabkan dehidrasi berlaku.

Foto – cdc.com

Apabila dehidrasi, kulit anda akan bekerja keras untuk mengimbangi kehilangan air dan menyebabkan kulit anda menghasilkan lebih banyak minyak. Kulit menjadi kering dan mula berminyak secara berlebih boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat secara banyak boleh berlaku.

Jadi makanan ini mungkin menjadi salah satu faktor kenapa muka anda berminyak selama ini. Sekiranya anda ada mengambil makanan-makanan ini, cuba tukarkan kepada makanan yang baik dan membantu kesihatan anda terutamanya kulit.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post Makin Makan, Makin Teruk, Yang Kulit Berminyak Tolong Elak Makanan Ini! appeared first on Wanista.com.


Skincare Dr.Jart+ Sesuai Dijadikan Sebagai Hadiah Sempena Musim Perayaan

$
0
0

Musim percutian dan perayaan tidak akan lengkap jika tiada sesi pemberian hadiah antara satu sama lain. Ditunggu-tunggu oleh semua orang, musim ini membawa kegembiraan dalam sedar atau tidak.

Memberi dan menerima hadiah sememangnya suatu perkara yang tidak akan dilupakan oleh setiap orang. Untuk mengekalkan memori ini menjadi lebih bermakna, anda boleh meraikannya dengan pemberian hadiah rawatan kecantikan daripada Dr. Jart+!

Dr.Jart+ yang terkenal dengan pelbagai produk kecantikan yang memberikan sesuatu makna dalam kehidupan setiap wanita, kini didatangi dalam bentuk Cicapair™ Special All Day Kit dan Best Cream Duo yang bakal menjadi hadiah istimewa untuk semua orang.

Cicapair™ Special All Day Kit [BELI: RM195]

Foto – Arkib Wanista

Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit bermasalah, kit edisi terhad ini mempunyai dua produk utama untuk menenangkan dan melembutkan kulit anda daripada pagi sehingga malam.

Cicapair Calming Gel Cream (80ml)

Disebut sebagai Cica atau Tiger Grass, bahan-bahan yang terkandung dalam gel cream ini terbukti berkesan untuk membantu memulihkan kulit.

Centella Asiatica botanical yang digelar tiger grass kerana harimau di India bertindak untuk menggulungkan dirinya di rumput untuk menyembuhkan luka dan jangkitan. Tumbuhan herba yang berasal dari tanah lembap Asia ini terbukti memberikan kesan yang menenangkan dengan segera.

Foto – Arkib Wanista

Untuk siang hari, anda boleh gunakan gel cream ini bagi menenangkan kerengsaan, melembapkan dan menyegarkan kulit. Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan kombinasi.

[Cara Guna: Selepas mencuci muka, sapu sedikit gel cream pada kulit yang merengsakan.] 

Cicapair Sleepair Ampoule in Mask (40ml)

Melakukan pembaikan dan mempertahankan kulit dengan high-concentrated Centella Asiatica yang digabungkan dengan tiga jenis herba dan sebatian Cicabond ™ dan Jartbiome ™.

Foto – Arkib Wanista

Untuk waktu malam, ampoule-blended sleeping mask ini menjadikan kulit anda lebih baik dan pulih ketika tidur untuk mengurangkan kegatalan dan mencegah daripada kulit menjadi lebih rosak.

[Cara Guna: Sapukan pada wajah dan leher pada akhir langkah rutin penjagaan kulit. Kemudian biarkan semalaman dan bilas dengan air pada waktu pagi.]

Best Cream Duo [BELI: RM185]

Foto – Arkib Wanista

Sesuai untuk anda dan rakan baik, Best Cream Duo ini terdiri daripada dua produk yang paling laris iaitu Cicapair Cream dan Ceramidin Cream. Kedua-dua produk ini memberikan kesan menenangkan dan melembapkan yang sesuai untuk kulit sensitif dan kering.

Cicapair Cream (25ml)

Krim yang highly concentrated ini menenangkan kemerahan dan kulit sensitif sementara memberikan penghalang kelembapan yang sihat.

Foto – Arkib Wanista

Cicapair cream ini juga meningkatkan pembaikan dan pertahanan kulit melalui kandungan yang high-concentrated Centella Asiatica dengan tiga ramuan herba dan sebatian Cicabond ™ dan Jartbiome ™.

Ceramidin Cream (25ml)

Krim pelembap ini lebih berkesan untuk mengukuhkan kulit dan mencegah daripada kekeringan di iklim yang tidak sesuai.

Foto – Arkib Wanista

Ceramidin cream ini juga membaiki irritated skin barrier yang disebabkan oleh persekitaran yang kurang sesuai untuk kulit. Krim ini sesuai untuk mereka yang berkulit normal, kering dan sangat kering sehingga mengalami kekeringan, kegatalan, kasar dan tidak selesa.

[Cara Guna: Selepas menggunakan toner dan serum, sapukan sedikit pada kulit yang merengsakan menggunakan tapak tangan.]

Di samping menyambut musim percutian dan perayaan serta meraikan kedatangan tahun 2021, anda tidak lagi perlu risau kerana dengan rangkaian produk penjagaan kulit Dr.Jart+, anda boleh mulakan tahun baru dengan kulit yang lebih lembut dan licin.

Untuk dapatkan Cicapair™ Special All Day Kit dan Best Cream Duo ini, anda boleh dapatkan di kedai semua Sephora atau laman web rasmi Sephora.my.

The post Skincare Dr.Jart+ Sesuai Dijadikan Sebagai Hadiah Sempena Musim Perayaan appeared first on Wanista.com.

Nak Flawless Senang, Lakukan Rutin Ini Setiap Hari!

$
0
0

Produk yang mewah dan mahal, serta perubahan gaya hidup drastik sebenarnya bukan jaminan untuk perubahan kulit flawless.

Sebenarnya, jika anda mengikuti rutin dari pakar dermatologi, anda dapat melihat perubahan positif pada kulit anda hanya dalam satu hari. Yang penting kena rajin dan disiplin, kalau malas… sampai ke sudah kulit wajah kusam, kering, langsung tak cantik.

Sehari anda lakukan rutin ini, Insyallah secara perlahan kulit berubah jadi bertambah baik.

Tolonglah Minum Air

Benda paling mudah tapi paling susah nak buat, minum air. Apabila kulit terhidrat, ia akan kelihatan lebih lembut, halus, dan lebih sihat, bahkan juga awet muda.

Foto – Times of India

Pakar dermatologi mengatakan air dapat mengurangkan jerawat dengan menurunkan kepekatan minyak pada kulit anda.

Skip Manisan

Diet yang sihat adalah penting, dan itu bermaksud dengan menghadkan pengambilan gula anda.

Tabiat mengambil manisan akan meningkatkan kadar insulin dalam tubuh. Kadar insulin yang tinggi akan menyebabkan pengeluaran sebum pada permukaan kulit. Sebum ini kemudiannya akan menutup liang pori dan sekaligus menyebabkan jerawat.

Foto – Medical News

Sebaiknya makan banyak buah dan sayur dengan kepekatan vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi.

Exfoliate Sangat Membantu

Nak mendapat kulit yang lembut, bersih dan cerah, anda harus melakukan pengelupasan.

Pengelupasan mendorong penggantian sel, membuka liang pori, dan membantu kulit kelihatan lebih berseri. Cubalah skrub harian yang lembut atau pengelupasan kimia, seperti asid glikolik.

Foto – Readers Digest

Jenis kulit yang berbeza akan bertindak balas secara berbeza. Untuk kulit sensitif, anda tidak perlu lakukan secara kerap, tetapi kulit berminyak pula sebaliknya.

Tapi sebaiknya, rujuk dengan pakar dermotologi anda untuk menentukan produk mana yang sesuai dan kekerapan untuk digunakan supaya kulit tidak binasa.

Magik Teh Hijau

Polifenol dalam teh hijau adalah antioksidan yang hebat, yang melawan kerosakan oksidatif pada kulit anda (dari radikal bebas di persekitaran anda).

Foto – Well Good

Dek kerana sifat anti-radang, teh hijau sebenarnya dapat membantu mengurangkan kemerahan, bintik-bintik, dan kulit yang iritasi.

Tanggal Mekap

Berapa kali perlu diberitahu tidur dalam mekap hanya akan membuat kulit anda bertambah teruk. Ia dapat menyumbat liang dan menyebabkan kusam dan breakout.

Foto – UPMC

Cuci muka! Tidak ada alasan untuk tidak menanggalkan mekap anda walaupun anda terlalu letih dan malas untuk melakukan rutin pembersihan.

Anda tak cemburu ke tengok orang yang kulit flawless?

Guna Pembersih Yang Ringan

Tak perlulah nak beli produk yang mahal-mahal, guna bahan-bahan luar biasa kalau tak beri perubahan.

Foto – First Cry Parenting

Rata-rata dermatologi mengesyorkan cari formula ringan dengan gliserin dan ceramida. Ia tidak menghilangkan minyak pada kulit dan menambah kelembapan dari lidah buaya, gliserin, dan ceramida. Ia juga mempunyai agen anti-radang, jadi ia menenangkan dan mengurangkan kemerahan.

Good Sleep

Tanpanya kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya. Pakar mengesyorkan tidur sekurang-kurangnya tujuh  hingga lapam jam setiap malam, bagi mendapatkan beauty sleep.

Foto – Love Bug

Semasa tidur, kulit akan bekerja dengan membaiki struktur supaya ia kembali segar dan pulih, dan memberi glow.

Cuci Tangan & Jangan Sentuh Muka

Bayangkan dalam sehari macam-macam benda anda sentuh, sudah tentu bakteria merebak. Tanpa sedar anda sentuh pula muka. Bila dah sentuh, mulalah kulit naik benda-benda yang tidak sepatutnya.

Foto – Services

Jadi, kerap cuci tangan supaya kekal bersih. Ingat, bakteria di tangan anda membawa kepada bakteria pada kulit anda.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12

The post Nak Flawless Senang, Lakukan Rutin Ini Setiap Hari! appeared first on Wanista.com.

Netizen Korea Kata 5 Aktres Ini Paling Cantik Dengan Mata Monolid

$
0
0

Rata-rata wanita Asia (belah Asia Timur) mempunyai kelopak mata nipis yang dipanggil ‘monolid’.

Monolid adalah bentuk kelopak mata yang tidak mempunyai lipatan. Mata yang mempunyai lipatan dikenali sebagai kelopak mata berganda. Monolid biasanya merupakan ciri wajah orang Asia Timur.

Jadi mereka memerlukan teknik solekan yang betul agar matanya nampak lebih galak dan besar. Bukan bermaksud mereka tidak cantik, tetapi mereka merasakan monolid tidak mempunyai daya penarik. Disebabkan itu mereka memilih untuk mengubah dengan miliki kelopak mata.

Foto – Arkib Wanista

Menurut satu kajian, daripada seribu pesakit yang melakukan pembedahan plastik, sekitar 68% melakukan pembedahan kelopak mata berganda (double-eyelid). Ini adalah prosedur paling popular yang dilakukan oleh orang Korea untuk mendapatkan mata seperti anak patung dan lebih besar.

Untuk pengetahuan anda, Korea Selatan disebut sebagai “plastic surgery capital of the world.”

Tapi seiring dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi, warga sana sudah menerima hakikat malah bangga dengan keaslian pada diri mereka. Bentuk mata monolid unik dan ada daya tarikan tersendiri.

Beberapa aktres di bawah antara yang bangga dengan keaslian wajah mereka, malah mata monolid bikin mereka lagi cantik, menawan serta lebih menonjol.

Kim Go Eun

Sebelum ini, Kim Go Eun pernah mendedahkan dia hampir mahu melakukan pembedahan sebelum debut sebagai pelakon.

Foto – Arkib Wanista

“Saya terfikir untuk menjalani pembedahan kelopak mata sebelum debut. Tapi saya berfikir lagi, dan akhirnya tidak lakukan. Saya rasa saya telah membuat keputusan yang tepat sekali.”

Aktres yang naik menerusi drama Goblin berkata dia tidak mempunyai rancangan untuk menjalani pembedahan kelopak mata, tapi makin menyukai mata monolidnya itu.

Park So Dam

Aktres berbakat besar ini juga mempunyai pandangan yang serupa dalam hal pembedahan plastik dan suka bagaimana mata kecilnya membuatkan dia kelihatan unik.

Foto – Arkib Wanista

“Saya rasa pesona saya mempunyai penampilan yang berbeza dari orang lain. Saya tidak pernah memikirkan pembedahan plastik.”

Kim Da Mi

Aktres muda terkenal selepas membintangi drama Itaewon Class miliki pesonanya tersendiri.

Foto – Arkib Wanista

Penampilan yang bengis dengan fesyen edgy, gaya rambut ombre serta rupa paras yang comel bikin peminat menyukai wataknya sebagai Jo Yi-seo. Sejak itu, fesyen Jo Yi-seo mula mendapat tempat dikalangan peminat k-drama, lagi-lagi orang muda di sana.

Jung So Min

Walaupun namanya sering menjadi sasaran khabar angin pembedahan plastik, Jung So Min menolak sekerasnya dakwaan tersebut, tapi masih hormat pada individu yang ‘ingin kelihatan lebih cantik’ dengan mengubah fizikal diri.

Foto – Arkib Wanista

Pelbagai tanggapan, dia masih dikenali sebagai salah satu pelakon drama tercantik di Korea, bahkan menonjol dengan mata monolidnya itu.

Sohee

Bekas ahli kumpulan Wonder Girls ini memang cukup dikenali dengan rupa paras yang comel, miliki mata sepet dengan hidung terletak serta bibir kecil, menjadikan dia tak ubah seperti boneka.

Foto – Arkib Wanista

Selesa meneruskan kerjaya sebagai pelakon, Sohee sejak azali lagi terkenal dengan mata monolid, itulah daya penariknya, yang menjadikan dia paling popular ketika zaman Wonder Girls dulu.

Ada kelopak mata atau tidak, setiap individu miliki daya penarik yang tersendiri.

RUJUKAN : 123

The post Netizen Korea Kata 5 Aktres Ini Paling Cantik Dengan Mata Monolid appeared first on Wanista.com.

Terbaru! Hanya 7 Cara Saja Boleh Dapat ‘Juice Skin’

$
0
0

K-beauty yang sememangnya menjadi fenemona di Malaysia dan seluruh dunia apabila ia mempengaruhi sebahagian besar daripada rutin kecantikan harian kita.

Wanita Korea merupakan pakar yang terkenal dalam memberikan tips serta produk untuk mendapatkan glass skin dan ‘juice skin‘. Tidak berfokuskan kepada banyak jenis produk, mereka hanya memberikan perhatian bagaimana kulit mendapatkan kelembapan yang lengkap.

Menurut Ada Ooi (Celebrity Facialist-Acupuncturist Skin & TCM Wellness Expert), untuk mendapatkan kulit yang mempunyai kelembapan yang baik, juicy dan plumpy glow, setiap wanita perlu menggunakan bahan penghidratan yang mewujudkan keseimbangan air-minyak dengan tepat.

Ada Ooi juga berkongsi, teknik untuk mendapatkan ‘juice skin’ ini hanya memerlukan tujuh langkah sahaja berbanding dengan beauty regime yang lain.

Langkah 1: Exfoliate

Untuk mendapatkan ‘juice skin’, perkara pertama yang perlu kamu lakukan ialah exfoliate kulit. Banyak fungsi yang kulit kamu akan dapat seperti membuang sel kulit mati dan protein yang menghalang daripada kulit kamu menyerap nutrien baru yang baik untuk kulit.

Foto – Derm Store

Lakukan dengan konsisten setiap minggu iaitu tiga kali seminggu bagi mendapatkan kulit yang segar dan kelihatan baru. Tetapi kamu perlu ingat, jika lakukan dengan kerap dalam masa seminggu, kulit kamu akan mengalami kekeringan berpanjangan dan meninggalkan trauma pada kulit.

Langkah 2: Pembersihan Pertama 

Ada Ooi menyarankan supaya semua wanita perlu elak daripada menggunakan pembersih micellar water yang dikatakan bagus dalam menghilangkan solekan kamu dalam sekelip mata. “Micellar water membuatkan kulit kamu kehilangan protein semula jadi yang diperlukan oleh kulit”, ujarnya.

Foto – Arkib Wanista

Sebagai gantian, Ada mencadangkan kamu menggunakan cleansing oil kerana wajah kamu memerlukan urutan untuk menanggalkan kekotoran selain tidak membuang protein yang diperlukan di wajah tanpa mengeringkan kulit.

Langkah 3: Pembersihan Kedua 

Setelah menggunakan cleansing oil, kamu perlu menggunakan pembersih muka yang tidak berbuih untuk tidak menghilangkan protein semula jadi pada kulit.

Foto – Arkib Wanista

Kenapa memerlukan pembersihan kedua? Selepas kamu menggunakan cleansing oil, kulit kamu masih lagi terdapat bahan-bahan kimia daripada makeup yang terperangkap dalam liang pori.

Jadi apabila kamu melakukan double cleansing ini, secara tidak langsung kulit kamu akan bersih secara keseluruhannya.

Langkah 4: Toner

Selepas membersih dan mencuci muka, kulit memerlukan penghidratan dan keseimbangan pH. Untuk mendapatkan penghidratan dan keseimbangan pada kulit, pengunaan toner sangat penting.

Foto – Allure

Selain menghidrasikan kulit, toner juga berfungsi dalam mengecilkan pori serta membuatkan kulit kamu bersedia untuk  menerima manfaat rutin kecantikan yang lain.

Langkah 5: Rawatan Serum 

Lihat kepada skin concern kamu dan pilih serum yang dapat menangani masalah kulit sama ada kering, berminyak, sensitif atau kombinasi.

Foto – Harpers Bazaar

Sangat penting dalam rutin ini, serum mengandungi antioksidan yang membantu lindungi kulit kamu daripada radikal bebas yang terdedah pada setiap hari. Dalam pada masa yang sama, serum dapat mencegah garis halus dan tanda penuaan pada kulit kamu.

Langkah 6: Water-Cream

Kunci dalam mendapatkan kulit berseri dan kelihatan lembap, Ada Ooi mencadangkan krim yang kaya dengan kandungan air kerana ia mengandungi antioksidan dan anti-radang bagi menghidrat kulit dari dalam.

Foto – Arkib Wanista

Jika anda mempunyai krim yang tidak menghidratkan kulit, ia akan membuatkan kulit anda terdedah dengan habuk dan perkara yang boleh menyebabkan kerengsaan.

Langkah 7: Pelembap

Kamu pasti tertanya-tanya apa perbezaan diantara water-cream dan pelembap.

Water-cream ini memberikan penghidratan dan menyeimbangkan kandungan air dalam kulit. Manakala pelembap pula berfungsi sebagai menutupi keperluan nutrien asas dan minyak yang diperlukan oleh kulit.

Foto – Arkib Wanista

Bagi kamu yang kulit berminyak, kamu perlu memilih pelembap non-comedogenic kerana ia tidak menyumbatkan kulit dan mempunyai struktur yang sama seperti kulit.

Perkongsian Ada Ooi ini menunjukkan ‘juice skin‘ sebenarnya tidak memerlukan langkah yang banyak dan tidak sukar untuk diikuti. Ringkas dan mudah untuk mereka yang inginkan ‘juice skin’ dan sesuai untuk beginner. Selamat mencuba!

RUJUKAN: 1, 2

The post Terbaru! Hanya 7 Cara Saja Boleh Dapat ‘Juice Skin’ appeared first on Wanista.com.

Betul Ke Menangis Sepanjang Masa Boleh Buat Kulit Breakout

$
0
0

Menangis sepanjang masa boleh buat kulit breakout, betul ke?

Menangis merupakan salah satu cara untuk melepaskan tekanan, kesedihan dan juga kegembiraan, tetapi terlalu banyak menangis juga boleh memberi kesan terhadap kulit muka iaitu breakout!

Tiada siapa mahu menghadapi masalah breakout pada kulit muka, ini antara fokus untuk kamu beri perhatian bagaimana airmata boleh membuatkan kulit muka kamu breakout.

Kombinasi Air Dan Garam Penyebab Liang Pori Jadi Sesak

Menurut Mona Gohara, profesor klinikal dermatologi di Yale, menyatakan airmata merupakan kombinasi air dan garam dan kesan airmata mengalir tanpa henti dipermukaan kulit muka akan membuatkan liang pori menjadi sesak.

Foto – Gulf News

Jerawat Mula Timbul

Selepas liang pori menjadi sesak, jerawat akan mula timbul di permukaan kulit muka sebab itu sebaik sahaja habis menangis kamu harus segera membasuh muka dengan air bersih ataupun menggunakan tisu basah untuk mengelap airmata agar jerawat tidak berlaku.

Foto – CNN

Radang Kulit Boleh Berlaku

Menurut Joshua Zeichner pengarah kosmetik dan kajian klinikal dermatologi di Hospital Bukit Sinai, New York City ada menyatakan bahawa individu yang menangis kemudian menggosok mata dan pipi ketika atau selepas menangis akan menyebabkan radang kulit dan breakout pada kulit muka.

Foto – The Conversation

Menyebabkan Liang Pori Tersumbat

Selain itu, apabila menggosok pipi semasa atau selepas menangis akan membuatkan liang pori tersumbat lalu menyebabkan masalah jerawat yang terhasil dari haba, tekanan, geseran kerana menggosok pipi semasa menangis.

Foto – The Chalkboard Mag

Menangis Kerana Tertekan Boleh Menyebabkan Breakout

Bukan itu saja, jika kamu menangis disebabkan tertekan juga boleh memberi kesan terhadap kulit muka. Ya, menangis kerana tertekan boleh menyebabkan kulit breakout dan jerawat timbul di kulit muka.

Foto – Power Of Positivity

Ini Cara Berkesan Atasi Masalah Breakout Disebabkan Menangis

Selepas puas menangis, guna tisu muka kering seperti tisu Premier, Kleenex, atau mana-mana jenama tisu muka dan lap airmata di mata dan pipi dengan lembut.

Jangan sesekali menggosok atau menggeser kulit semasa mengelap airmata, agar kulit tidak breakout dan berjerawat.

Foto – Healthline

Selain itu, kamu juga boleh menggunakan pembersih muka yang mengandungi asid glycolic dan witch hazel kerana ia boleh melegakan kulit dan menghalang masalah breakout berlaku.

Dan akhir sekali adalah jangan lupa penggunaan pelembap muka, kerana pelembap merupakan perisai kulit muka bagi menghalang breakout dan jerawat menyerang.

Selamat mencuba!

Rujukan: 1, 2,

The post Betul Ke Menangis Sepanjang Masa Boleh Buat Kulit Breakout appeared first on Wanista.com.

Wanita Perancis Tak Suka Mekap Beria, Hanya Lakukan Ini Untuk Cantik

$
0
0

Bonjour!

Bila kita bercakap tentang orang Perancis, apa yang berada di benak fikiran?

Biadap? Tak sopan? Mengada-ngada? Seksual? Sebab yang tak elok sahaja ditonjolkan dalam siri popular “Emily in Paris”, walhal bukan semua begitu. Ada juga yang baik budi pekerti, we can’t judge them by the whole population right!

Wanita Perancis terkenal dengan kecantikan dan fesyen secara keseluruhannya. Bila bercakap bab kecantikan, apa yang perlu kita tanamkan ialah wanita Perancis mementingkan cara yang ringkas dan tidak melebih-lebih, less is perfect!

Jaranglah kita nampak mereka berias beria-ia, mereka lebih selesa dengan kesederhanaan. Rambut tidak perlu didandan, mereka pentingkan rutin skincare daripada bersolek, serta bermacam lagi hal menarik kita boleh belajar dari orang sana.

Ini yang diterapkan oleh mereka dalam menjaga penampilan seharian.

Tak Sempurna

Pada wanita Perancis, mereka tidak meletakkan kesempurnaan. Contohnya rambut, gigi dan kulit tidak perlu sempurna.

Foto – Arkib Wanista

“What’s not perfect is really what we love about it,” jelas pengasas La Ligne Valerie Macaulay. Rambut anda tidak perlu lurus dengan sempurna, kedutan atau freckles juga tidak perlu ditutup dengan mekap.

Mekap Yang Natural

“It’s about being confident in your own skin,” katanya lagi.

Foto – Arkib Wanista

Tampak segar adalah keutamaan wanita Perancis, dan ia datang daripada solekan yang minimun. Mereka mahu kelihatan anggun dengan cara yang semulajadi tanpa berusaha keras.

Lebih Pentingkan Rutin Skincare

Wanita Perancis jarang bersolek dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi, mereka lebih cenderung membeli kosmetik penjagaan kulit daripada barang mekap.

Foto – American Beauty

Di tempat awam juga, anda lebih cenderung melihat wanita sana apply krim pelembap di wajahnya.

Rona Merah Itu Seksi

Orang perempuan kalau calit gincu pun dah elok sebenarnya, biar nampak muka jadi fresh sentiasa.

Foto – Live Japan

Itu yang diterapkan wanita Perancis, biar gaya ringkas tapi mesti ada satu perkara yang tonjolkan, seperti gincu bibir rona merah. Merah mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih berani, dewasa dan miliki sifat kepimpinan.

Aksesori Pelengkap Gaya

Apabila wanita Perancis mengenakan aksesori, ia mestilah serba minimalis, cantik dan bersifat sentimental.

Foto – Pinterest

Pada mereka reka bentuknya yang minimalis sesuai digayakan untuk semua peringkat usia, malah akan membuatkan anda kelihatan lebih manis dan anggun, orang kata ada ciri klasik.

Rambut Yang ‘Messy’

Selain mementingkan kecantikan semulajadi, wanita Perancis menitik berat dalam soal pengayaan rambut.

Mereka lagi suka kalau rambut dibiarkan mengurai tanpa sebarang dandanan, #bedhairday yang seperti rambut tidak dicuci dan rambut bangun tidur adalah seksi.

Foto – Pinterest

Wanita sana boleh keluar dengan rambut yang tidak dicuci dan tidak ada yang akan menilai mereka atau memandang mereka dengan pelik. Ini kerana semua orang menghargai masa mereka di sini.

Mana yang menarik, mungkin kita boleh ikut. Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12

The post Wanita Perancis Tak Suka Mekap Beria, Hanya Lakukan Ini Untuk Cantik appeared first on Wanista.com.

Bukan Sahaja Melindungi, Supergoop! CC Screen SPF 50 Dapat Elakkan Kanser Kulit!

$
0
0

Sama ada anda suka atau tidak, pelindung matahari perlu dipakai pada setiap hari untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang memberikan kesan yang berbahaya.

Popular dalam produk yang melindungi kulit daripada sinaran UV, Supergoop! telah dilancarkan oleh Holly Thaggard pada tahun 2007 dengan tujuan untuk memberikan sunblock kepada sekolah awam tempatan.

Atas keprihatinan beliau terhadap kanser kulit yang terjadi disebabkan oleh sinaran UV, Holly telah lakukan penyelidikan dan mendapati ramai orang tidak menyukai pelindung matahari. Oleh sebab itu, beliau menyediakan formula SPF yang dipakai oleh semua orang sehingga kini.

Memikirkan kanser kulit yang terjadi disebabkan sinaran UV dan mengapa ramai orang tidak menyukai pelindung matahari, Holly telah menyediakan formula SPF yang menjadi kegemaran dan perbualan ramai orang serta dipuji oleh ahli dermatologi.

Kini di Malaysia, Supergoop! telah melancarkan produk terbarunya iaitu CC Screen SPF 50 yang mempunyai tekstur yang ringan dan memberikan kilauan segera kepada si pemakai. Produk terbaru ini tersedia dalam warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda.

Menerusi produk terbaru Supergoop!, CC Screen SPF 50 ini, Holly Thaggard telah berkongsi serba sedikit mengenai produknya yang bakal menjadi hit dalam dunia kecantikan!

Kesesuaian Jenis Kulit 

Bagi pengguna yang mempunyai kulit sensitif atau acne-prone, mereka sangat berhati-hati dalam memilih pelindung matahari kerana takut akan liang pori yang tersumbat dan menyebabkan keradangan kulit berlaku.

Foto – Hype Beast

Menggunakan formula mineral secara 100%, CC Screen SPF 50 ini sangat sesuai digunakan oleh kesemua jenis kulit termasuklah mereka yang berkulit sensitif. Produk ini juga non-comedogenic dan bebas minyak yang tidak akan merisaukan mereka yang berkulit acne-prone apabila menggunakannya.

Sasaran Pengguna 

Bagi pengguna yang mencari produk 2 dalam 1 iaitu CC Screen dan SPF, produk CC Screen SPF 50 ini adalah pilihan yang tepat kerana ia mengandungi SPF mineral yang berwarna serta mempunyai skin-perfecting coverage.

Foto – Arkib Wanista

“Untuk mereka yang mencari produk seperti ini, dengan formula terbaharu kami iaitu CC Screen SPF 50 ini, anda bakal mendapatkan buildable coverage dan perlindungan spektrum yang luas dalam satu produk”, ujar Holly.

White Cast 

Kebanyakkan produk perlindungan matahari akan meninggalkan kesan white cast dan ini menjadi punca kenapa ramai orang tidak mahu memakainya.

Foto – Beauty Journal

“Saya memahami produk berfomulakan 100% mineral tidak akan dipakai oleh semua orang kerana meninggalkan kesan white cast. Disebabkan itulah, CC Screen SPF 50 ini diformulasikan mineral berwarna untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan”, ujar Holly.

Mempunyai pelbagai warna mengikut kesesuaian kulit, produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan white cast pada pengguna. Holly juga menyatakan pertambahan warna dalam CC Screen SPF 50 ini bakal dilakukan tak lama lagi.

Penggunaan Foundation

Sangat sesuai untuk mereka yang tidak mahu memakai foundation! CC Screen SPF 50 ini telah memberikan buildable coverage dengan luminous finish yang menjadi pengganti kepada foundation.

Foto – Arkib Wanista

Holly menyarankan supaya penggunanya melapiskan CC Screen SPF 50 ke atas primer mereka, “Kamu boleh melapiskan CC Screen SPF 50 ini ke atas salah satu primer Supergoop! seperti Unseen Suncreen SPF 40 iaitu primer yang invisible, ringan dan tanpa bau atau Mattescreen SPF 40 iaitu diformulasikan 100% mineral dan mattifying primer“.

Perbezaan Dengan Produk Lain

Berbeza dengan produk pelindung matahari yang lain, CC Screen SPF 50 ini memberikan buildable coverage dengan luminous finish dalam 15 jenis warna yang fleksibel. Setiap satu daripada warna-warna ini mengandungi perlindungan SPF yang tinggi dengan penilaian PA++++.

Foto – Supergoop!

Diformulasikan dengan 100% mineral, CC Screen SPF 50 ini merupakan produk non-comedogenic, bebas pewangi dan hanya menggunakan bahan-bahan yang sangat sesuai untuk setiap jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

Penambahbaikan 

Dengan SPF 50, produk ini membantu melindungi kulit daripada photoaging, pigmentasi, warna kulit tidak sekata, garis halus dan kedutan. Menggunakan ekstrak epal yang kaya dengan antioksidan dan AHA semula jadi, CC Screen SPF 50 ini membantu kulit kelihatan licin dan bersinar dari masa ke semasa.

Foto – Arkib Wanista

Dalam pada masa yang sama, lumut Ireland juga digunakan dalam CC Screen SPF 50 ini yang membantu melindungi kulit daripada radikal bebas. Selain melindungi, ia juga meninggalkan kesan akhir yang kemas, cantik dan secara semula jadi.

Holly Thagard juga yang mempercayai penggunaan pelindung matahari sejak dari usia yang muda dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV. Dengan pelancaran CC Screen SPF 50 ini boleh membantu anda melindungi kulit secara keseluruhan dari dalam dan luar!

The post Bukan Sahaja Melindungi, Supergoop! CC Screen SPF 50 Dapat Elakkan Kanser Kulit! appeared first on Wanista.com.


‘My Skin But Better’, Bestnya Koleksi Mamonde Untuk Musim Percutian!

$
0
0

Dua penampilan baru sempena musim percutian, Mamonde iaitu jenama kecantikan Korea telah memperkenalkan ‘Delicious Rosy‘ dan ‘Subtle Pink‘ bagi membangkitkan mood dan semangat percutian kamu!

Menerusi kedua-dua penampilan ini, ‘My Skin But Better‘ telah dilancarkan dengan beberapa produk kecantikan baharu iaitu All Stay Foundation Glow, Flower Pop Blusher dan Creamy Tint Color Balm Glide.

Tak salah jika dalam mood percutian kamu berusaha untuk sentiasa kelihatan cantik, walaupun ringkas. Bak kata Mamonde, simple yet glowy look!

Produk kecantikan daripada Mamonde untuk ‘My Skin But Better‘:

  • Mamonde All Stay Foundation Glow (30ml, RM99 / 20ml, RM59)

Menggunakan Teknologi ‘High-Refractive Oil Complex’ serta diformulasikan dengan kelembapan yang disuntik dengan Damask Rose Water dan Hyaluronic Acid yang insentif.

Bahan-bahan bertujuan untuk menghasilkan minyak yang akan kekal di wajah secara semula jadi serta membuatkan kulit kamu sentiasa lembap dan terhidrat sepanjang hari.

Foto – Arkib Wanista

Mengandungi SPF 50 PA++++ yang melindungi kulit daripada sinaran UV, foundation ini hadir dalam tiga jenis warna seperti 21N Ivory, 23C Rose Sand dan 23N Sand.

Dalam pada masa yang sama, Mamonde juga telah memperkenalkan shade terbaru iaitu 21C Rose Ivory.

  • Flower Pop Blusher (1g, RM56)

Diperbuat daripada ekstrak Wild Rose dan Vitati Rose, Flower Pop Blusher ini memperlihatkan warna mawar yang sesuai dan manis pada pipi si pemakai.

Senang untuk dipakai, blusher ini telah diformulasikan untuk memberikan tekstur serbuk yang lembut bagi si pemakai blend pada pipi dengan lancar.

Foto – Arkib Wanista

Mempunyai tiga jenis warna, blusher ini boleh didapati dalam warna #1 Pinky Promise, #2 Rosebuds dan #4 Delicious Love.

  • Creamy Tint Color Balm Glide (1.2g, RM42)

Diperbuat daripada soft wax dan minyak, Creamy Tint Color Balm Glide mengandungi deep hydration oil yang berfungsi sebagai lapisan gloss yang tahan lama serta membuatkan bibit sentiasa lembap.

Bentuk Creamy Tint Color Balm Glide yang slim dan kukuh membuatkan si pemakai dapat menghasilkan beberapa gaya yang berbeza mengikut cara kawalan mereka.

Kamu boleh dapatkannya dalam empat jenis warna seperti 01 So Hip Pink, 04 Mellow Red, 08 Blooming Pop dan 09 Fresh Pop.

Bagi kamu yang ingin mencuba dua penampilan Mamonde sempena musim percutian, ini adalah langkah-langkah untuk mendapatkannya:

Delicious Rosy Look

Foto – Arkib Wanista
  1. Foundation – Sapukan All Stay Foundation Glow secara keseluruhan pada muka dengan sekata.
  2. Eyeshadow dan blusher – Sapukan Flower Pop Blusher (#4 Delicious Love) pada kelopak mata dan pipi.
  3. Bibir – Gunakan Creamy Tint Color Balm Glide (01 So Hip Pink) pada keseluruhan bibir.

Subtle Pink Look

Foto – Arkib Wanista
  1. Foundation – Sapukan All Stay Foundation Glow secara keseluruhan pada muka dengan sekata.
  2. Eyeshadow dan blusher – Sapukan Flower Pop Blusher (#2 Rose Buds) pada kelopak mata dan pipi.
  3. Bibir – Gunakan Creamy Tint Color Balm Glide (08 Blooming Pop) pada keseluruhan bibir.

# TIPS TAMBAHAN:

  1. Campurkan satu pam Mamonde Red Energy Recovery Serum dengan All Stay Foundation Glow untuk dewy coverage secara semula jadi.
  2. Sapukan sedikit Mamonde Brightening Cover Powder Cushion ke bibir sebelum guna Cream Tint Color Balm Glide kelihatan matte.
  3. Untuk tidak mahu kotorkan mask, campurkan (2.) dengan Creamy Tint Color Balm Intense untuk gradation lips.

Bagi peminat Mamonde, kamu boleh dapatkan koleksi ini kedai utama Watsons, atau secara dalam talian melalui Shopee, Lazada dan Zalora.

BELI: Watsons / Shopee / Lazada / Zalora

The post ‘My Skin But Better’, Bestnya Koleksi Mamonde Untuk Musim Percutian! appeared first on Wanista.com.

Paling Gila, Rawatan Kecantikan Ini Yang Dilakukan Oleh Selebriti

$
0
0

Selebriti-selebriti ini makin usia meningkat, semakin susah untuk nampak tua. Betul tak? Siapa yang tak mahu kelihatan cantik walaupun usia semakin meningkat, setiap wanita pasti memberikan jawapan yang sama iaitu mereka mahu sentiasa kelihatan cantik tanpa dimamah usia.

Sering berkongsi tips kecantikan, tetapi bukan itu sahaja yang membuatkan selebriti-selebiriti ini kelihatan cantik, malah ada rahsia di sebalik kecantikan mereka yang membuatkan mereka sentiasa kelihatan muda remaja.

Antara rahsia-rahsia kecantikan mereka ini, tidak pernah difikir dan dibuat oleh orang kerana ada yang tidak tahu kewujudannya atau berbahaya untuk dilakukan tanpa pengawasan pakar.

Mono Threading 

Dilakukan oleh Eva Mendes, mono threading ini adalah threads yang mengaktifkan sintesis kolagen dalam menghasilkan penebalan kulit secara beransur, penegangan dan kesan keremajaan.

Foto – US Weekly

Berbeza dengan akupuntur, ia digunakan untuk menghilangkan ketidakselesaan berkaitan dengan penyakit dan keadaan badan tetapi mono threading ini berfungsi untuk merangsang kolagen.

Eva melakukan mono threading di bahagian leher kerana ia merangsang pengeluaran kolagen dan mengelakkan daripada lehernya menjadi kendur.

Mandi Bir 

Untuk menghidrasi badan, January Jones telah menggunakan bir dalam mandianya sebagai rahsia terbesarnya.

Foto – Pinterest / Globe Guide

Mandian bir ini dikatakan akan memberikan badan anda dose Vitamin B yang tinggi dan enzim yang aktif bagi mendapatkan kulit yang diingini. Dalam pada masa yang sama, bir dapat meredakan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah dan detoksifikasi badan.

Makan Tanah Liat

Bagi membersihkan diri daripada bahan-bahan yang tidak baik dan memberikan manfaat kepada badan, aktres Shailene Woodley akan memakan satu sudu teh tanah liat dalam rutin hariannya.

Foto – Insider / People.com

Menurut Paul Mackey, pemilik Natures Cleasing Clay mengatakan tanah liat hidup boleh dimakan kerana ia mempunyai faedah detoksifikasi untuk seluruh badan.

Tanah liat ini juga membina sistem imun seseorang, menyeimbangkan tahap pH dan membolehkan tubuh seseorang melawan penyakit secara semula jadi.

Berus Gigi Dengan Strawberi

Jika orang normal, mereka akan berjumpa dengan doktor gigi untuk mencuci gigi serta membuat rawatan whitening pada gigi mereka.

Foto – Instyle / Pinterest

Berbeza dengan Catherine Zeta Jones, dia hanya menggunakan strawberi sebagai pengganti ubat gigi untuk membuatkan giginya kelihatan putih secara semula jadi.

Jus atau pulp strawberi mengandungi malic acid yang berfungsi sebagai astringent dan dapat meringankan permukaan gigi.

Urutan Ular

Model Victoria Secret, Stella Maxwell telah menghadiri sesi peribadi dengan ular di Serpentessa iaitu satu-satunya spa yang menawarkan urutan ular. Menurutnya, sesi ular yang tidak berbisa itu penting untuk mereka yang merasakan diri mereka tidak tenang dan serabut dengan kerja atau kehidupan.

Foto – In Cut / W Magazine

Pelanggan yang menghadiri urutan tersebut akan melepaskan hormon endorfin dan oxytocin iaitu untuk menghilangkan tekanan, mewujudkan keseronokan dan meningkatkan daya tahan emosi dan fizikal dalam kehidupan seharian.

Blood Moisturizer 

Menggunakan facial lotion yang dicipta oleh Dr. Barbara Strum, iaitu doktor dalam molecular cosmetics, Hailey Baldwin telah mengekstrak darahnya untuk menghasilkan pelembap.

Foto – US Weekly / Marie Claire

Darah yang diambil akan dimasukkan dalam centrifuge untuk mengasingkan plasma dan sel darah putih yang kemudiannya ditambah ke krim yang dipanggil MC1 Blood Moisturizer.

Menurut Dr. Sturm, platelet darah kita dapat melawan tanda penuaan dengan memprogramkan semula kulit kita. Jadi pelembap yang dihasilkan menggunakan darah ini dapat membantu kulit sentiasa kelihatan muda.

Najis Burung

Tidak pernah terfikir najis burung boleh membuatkan wajah seseorang kelihatan cantik dan bersinar. Tetapi menurut Victoria Beckham, najis burung dapat menjadi penyelesaian kepada masalah penuaan.

Foto – Insider / Daily Mirror

Nightingale facials menggunakan najis burung yang dibersihkan. Kemudian ia dijadikan serbuk halus untuk dicampurkan air bagi membentuk paste sebelum disapu di kulit wajah.

Najis burung yang dikatakan tinggi urea, ia berfungsi mengunci kelembapan dan guanine iaitu memberikan kesan kulit yang cerah.

Penis Facial 

Menjadi kontroversi apabila Cate Blanchett berkongsi tentang rahsianya kecantikannya iaitu melakukan penis facial. 

Foto – Pinterest / The Cut

Dilakukan oleh pakar, Georgia Louise, penis facial ini melibatkan micro-needling pada kulit untuk memberi serum yang mengandungi faktor pertumbuhan epidermis (EGF), iaitu sel stem yang diambil daripada zakar bayi lelaki Korea yang baru lahir.

Penis facial ini berfungsi untuk menyembuhkan kulit dan menciptakan kolagen yang baru serta menjadi bahan penghalang anti-penuaan pada kulit.

Menjadi rahsia terbesar mereka di samping penggunaan produk-produk kecantikan, rawatan ini memerlukan pengawasan pakar atau doktor. Jadi jika kamu inginkan rawatan yang sama, jangan cuba untuk lakukan di rumah tanpa pengawasan sesiapa.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post Paling Gila, Rawatan Kecantikan Ini Yang Dilakukan Oleh Selebriti appeared first on Wanista.com.

Ohh Inilah Gincu Merah Yang Suzy Pakai Dalam Drama “Start-Up”

$
0
0

Drama Korea terhangat di pasaran sekarang adalah “Start-Up” lakonan Bae Suzy, Nam Joo Hyuk, Kim Seon Ho dan ramai lagi.

“Start-Up” menampilkan Suzy dan Nam Joo Hyuk menunjukkan bakat masing-masing dengan cuba membangunkan syarikat sendiri step by step, sehingga menjadi usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaan dan kehidupan peribadi.

Suzy membawa watak Seo Dal Mi yang bercita-cita ingin menjadi Steve Jobs versi Korea dan manakala Nam Joo Hyuk pula membawa watak sebagai Nam Do San yang merupakan usahawan muda dan pengasas kepada Samsan Tech.

Foto – Soompi

Macam menarik bukan plot ceritanya? Boleh streaming di Netflix sekarang!

Bibir Suzy Jadi Kegilaan Netizen

Bukan itu yang penulis ingin ceritakan tapi styling Suzy yang semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan penonton. Apa tidaknya wardrobe yang dikenakan bukan biasa-biasa, ada yang mencecah ribuan ringgit dari jenama handal dunia.

Foto – Netflix

Baru-baru ini ramai betul nak tahu produk mekap yang dipakai Suzy, lagi-lagi untuk bibirnya yang sentiasa terlihat merah. Warna merah memikat itu mampu merubah penampilan Dal Mi daripada yang biasa kepada lebih berkeyakinan dan sofistikated.

Ada juga babak di mana Dal Mi mengeluarkan lipstick dan oles ke bibir tapi tak berapa jelas jenama yang digunakan. Tapi jangan perkecilkan peminat k-drama yang bagaikan detektif kerana mereka mampu selidik.

Lancôme L’Absolu Rouge Intimatte

Penasaran melihat bibir merah Suzy? Ternyata Suzy mengenakan gincu L’Absolu Rouge Intimatte dari Lancôme. Bila dilihat gincu ini tidak merah sepenuh tapi ada sedikit warna oren. Gincu matte ini dibuat untuk memberi kesan kabur velvety mengikut trend. Sesuai sangat dengan trend mekap di Korea.

Foto – Sephora

Tersedia dalam 16 pilihan warna, Lancôme L’Absolu Rouge Intimatte memberi godaan dan kesempurnaan pada si pemakai.

Harap maklum bahawa untuk beberapa warna gincu Intimatte mungkin sedikit berbeza daripada warna bibir. Klik sini jika nak beli.

Selamat Beramal!

The post Ohh Inilah Gincu Merah Yang Suzy Pakai Dalam Drama “Start-Up” appeared first on Wanista.com.

Main Telefon Terlalu Lama Boleh Buat Kulit Makin Tua

$
0
0

Dalam era digital sekarang, kita bukannya melihat telefon pintar itu sebagai satu keperluan tetapi sebagai ‘seorang teman’.

Dari remaja sehinggalah dewasa, setiap daripada mereka mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit. Dan tidak mengejutkan kalau ada ibu bapa yang memberikan telefon pintar kepada anak-anak yang masih kecil.

Walaupun telefon pintar memudahkan kehidupan seharian, tetapi penggunaan yang berlebihan ini boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan badan dan paling penting penampilan seseorang.

Ini kerana ia sering dikaitkan dengan stress. Dari bangun tidur atau mahu tidur sehinggalah waktu makan, telefon pintar mesti berada di tangan. Selain stress, telefon pintar ini juga memberi kesan pada kulit anda iaitu menjadi semakin tua!

Apa Itu Blue Light?

Blue light tidak seperti cahaya matahari, ia tidak membuatkan seseorang itu menghadapi barah kulit. Tetapi blue light ini meningkatkan pengeluaran pigment pada kulit yang terdedah.

Foto – UL.com

Pendedahan terlampau terhadap telefon pintar atau mana-mana alat elektronik, boleh membawa kepada peningkatan gangguan pigment seperti hyperpigmentation.

Selain hyperpigmentation, blue light juga boleh menyebabkan bintik gelap, garis halus, keradangan, kulit nipis dan kedutan.

Elak Posisi Tech Neck 

Untuk lihat tanda penuaan yang pertama, kamu boleh lihat kulit di leher dan di bawah dagu. Berada dalam posisi ini akan membuatkan kulit seseorang itu menjadi berkerut dan berlipat secara semula jadi sehingga menjadi kendur.

Foto – External Affairs

Untuk mengelakkannya, kamu perlu menggunakan telefon pintar dalam keadaan leher berada dalam kedudukan neutral yang selari dengan lantai.

Elakkan Pendedahan Panas Secara Langsung 

Apabila bercakap menggunakan telefon pintar dalam tempoh yang lama, kulit kamu yang terdedah panas akan membuatkan pengeluaran melanin semakin meningkat.

Foto – Freepik

Dalam pada masa yang sama, kulit kamu akan menghasilkan bintik-bintik dan warna kulit yang tidak sekata. Sebagai penyelesaian, gunakan headphones untuk elakkan kulit kamu daripada tersentuh dengan panas di telefon pintar.

Mata Menjadi Letih Dan Timbul Squint Lines

Ketika mata menjadi silau akibat cahaya telefon pintar, atau menggunakannya di bawah cahaya matahari, mata kamu akan mula mengerut untuk cuba fokus untuk lihat pada telefon pintar.

Foto – The Whoot

Apabila mata mula mengerut, kamu akan dapat lihat dengan jelas garis-garis dan kerutan kulit di sekitar mata. Untuk elakkannya, kamu digalakkan untuk berehat seketika daripada menggunakan telefon bimbit.

Menyebabkan Jerawat 

Jika kamu tidak tahu, jerawat juga boleh terjadi disebabkan oleh telefon pintar. Telefon pintar adalah tempat pengumpulan bakteria yang terbesar.

Foto – Insider

Jerawat ini terjadi apabila kamu meletakkan telefon pada kulit untuk membuat panggilan. Dari sinilah bakteria tersebut akan berpindah ke kulit dan tersumbat dalam liang pori.

Bukan hanya memindahkan bakteria, telefon pintar juga membuatkan minyak pada muka kamu terperangkap dalam kulit. Jadi, sebelum menggunakan telefon bimbit, kamu perlu lap skrin dengan menggunakan tisu alkohol setiap hari.

Menyebabkan Bintik Hitam Timbul 

Telefon pintar yang memancarkan blue light, ia bergerak dalam gelombang yang sama seperti sinaran UV. Jadi tidak mustahil untuk kamu mendapat kesan yang sama seperti sinaran UV.

Foto – Covetuer

Pembentukan bintik hitam boleh terjadi akibat cahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit yang berlebihan. Disebabkan oleh itu kamu perlu menggunakan sunscreen sepanjang hari, kerana ia boleh melindungi kulit daripada blue light, sama seperti sinaran UV.

Untuk elakkan daripada kulit menjadi tua sebelum usianya, elakkan penggunaan telefon bimbit secara berlebihan kerana ia boleh memberikan kesan kepada pengeluaran melatonin dan mempengaruhi hormon yang mengganggu kitaran tidur.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Main Telefon Terlalu Lama Boleh Buat Kulit Makin Tua appeared first on Wanista.com.

Tak Sabar Nak Cuba, Cantik Koleksi Mekap Anastasia Beverly Hills!

$
0
0

Tak sabar menunggu musim percutian tiba dan obses dengan kecantikan? Anastasia Beverly Hills bakal memeriahkan suasana percutian kamu dengan koleksi musim percutiannya!

Dibungkus dengan bow, koleksi ini terdiri daripada 5 produk yang popular sepanjang tahun 2020, seperti Insta-Brows Kit, Perfect Your Brows Kit, Soft Glam II Mini Eyeshadow Palette, Haute Holiday Mini Lip Gloss Set dan Mini Lash Brag Ornament.

Daripada warna bibir, eyeshadows sehinggalah kening, melalui koleksi ini, kamu tiada alasan untuk tidak tampil cantik kerana keseluruhan koleksi ini akan membuatkan kamu kelihatan paling glamor dan menyerlah.

Produk kecantikan yang popular dalam koleksi percutian Anatasia Beverly Hills:

Hadir dalam tiga jenis warna iaitu Soft Brown, Medium Brown dan Dark Brown, kit Insta-Brows edisi terhad ini mampu membuatkan kening kamu siap dalam hanya beberapa saat.

Foto – Arkib Wanista

Menggunakan pensel Brow Definer yang berbentuk segitiga, ia membantu kamu dalam mendapatkan kening yang diingini dan dapat memperincikan bentuk kening. Setelah selesai gunakan Clear Brow Gel bagi membuatkan kening anda tahan lebih lama.

  • Perfect Your Brows Kit [RM 135]

Terdiri daripada dua jenis produk untuk kening kamu kelihatan semula jadi, Perfect Your Brows Kit ini mempunyai tiga jenis warna iaitu Soft Brown, Medium Brown dan Dark Brown.

Foto – Arkib Wanista

Merangkumi 1 mini DIPBROW® Gel dan 1 Brow Wiz®, kening kamu pasti boleh terbentuk dengan sempurna walaupun dalam kesibukan atau dalam perjalanan. Menggunakan formula kalis air dan berpigmen, kit ini sangat sesuai digunakan dan praktikal!

  • Soft Glam II Mini Eyeshadow Palette [RM 150]

Menggabungkan koleksi warna yang neutral dan warm dalam bentuk travel size, Soft Glam II Mini Eyeshadow Palette ini menampilkan 6 warna daripada Soft Glam Eyeshadow Pallete yang ikonik dan 2 warna daripada Norvina Eyeshadow Palette.

Foto – Arkib Wanista

Pallete ini adalah gabungan daripada matte, satin dan metallic finishes yang sangat pigmented dan sesuai digunakan tanpa mengira waktu dari pagi sehingga malam.

  • Haute Holiday Mini Lip Gloss Set [RM 145]

Menyerlahkan lagi bibir mungil kamu dengan set edisi terhad ini yang menampilkan 4 warna baru yang menggunakan formula gloss dan mempunyai wangian vanila yang klasik.

Foto – Arkib Wanista

Gabungkan dua flattering lacquer finishes yang memberikan pantulan kilauan pelbagai dimensi pada si pemakai. Ditampilkan melalui 4 jenis warna iaitu:

  1. Sweet (Ultra-light pink)
  2. Clouds (Kilauan light bubble-gum pink dengan pantulan berlian)
  3. Bubbly (Kilauan pasir nude dengan pantulan emas)
  4. Tasty (Light beige)
  • Mini Lash Brag Ornament [RM 68]

Kamu pasti tidak percaya, Mini Lash Brag Ornament akan membuatkan bulu mata kamu mencapai maximum volume di mana kamu tidak akan perlukan curler lagi.

Foto – Arkib Wanista

Dibungkus dengan metallic rose gold, ia melapisi setiap bulu mata dengan formula full-pigment, kamu tidak perlu risau kerana bulu mata kamu tidak akan kembali kepada asal.

Bagi kamu yang ingin mencuba solekan mata yang berbeza menggunakan koleksi percutian Anastasia Beverly Hills ini adalah beberapa penampilan yang boleh dicuba:

CLASSIC SHIMMER 

Foto – Arkib Wanista

Soft Glam II Mini Eyeshadow Palette:

  1. Dreamer (Base)
  2. Incense (Crease + Lower Lashline)
  3. Mulberry (Outer V)

NATURAL SMOKY 

Foto – Arkib Wanista

Soft Glam II Mini Eyeshadow Palette:

  1. Orange Soda (Base)
  2. Tempera (Crease + Lower Lashline)
  3. Dreamer (Tearduct)

SULTRY SMOLDER

Foto – Arkib Wanista

Soft Glam II Mini Eyeshadow Palette:

  1. Incense (Base)
  2. Sultry (Lid)
  3. Dreamer (Tearduct)
  4. Noir (Upper + Lower Lashline)

ROMANTIC MATTE

Foto – Arkib Wanista

Soft Glam II Mini Eyeshadow Palette:

  1. Dreamer (Base)
  2. Dustry Rose (Lid + Crease)
  3. Mulberry (Upper + Lower Lashline)

Best sangat kan koleksi percutian ini? Bagi kamu yang ingin dapatkannya, koleksi ini boleh didapati di seluruh kedai Sephora dan secara dalam talian di Sephora.com.

The post Tak Sabar Nak Cuba, Cantik Koleksi Mekap Anastasia Beverly Hills! appeared first on Wanista.com.

Awas! 3 Kesalahan Ini Yang Selalu Dibuat Ketika Guna Cleansing Oil

$
0
0

Membersihkan kulit menggunakan cleansing oil bukan lagi sekadar menjadi topik trending tetapi ianya menjadi kunci dan penting dalam rutin harian kecantikan bagi seseorang individu.

Mereka yang mempunyai masalah kulit boleh diselesaikan dan diperbaiki dengan hanya membersihkan kulit dengan cara yang betul.

Untuk mereka yang gemar memakai makeup, cleansing oil ini sepatutnya menjadi rakan baik kamu. Dengan beberapa teknik dan kaedah, makeup dan kotoran boleh dikeluarkan dari pori di wajah tanpa menyebabkan ia tersumbat.

Sedar atau tidak, kamu mungkin ada melakukan beberapa kesilapan ketika menggunakan cleansing oil. Sama ada kamu mempunyai kulit sensitif, kombinasi atau acne prone.

#1 Mencampurkan Dengan Air 

Walaupun disebut sebagai ‘cleansing‘, tetapi ia berbeza seperti pencuci muka di mana pencuci muka perlu dicampurkan dengan air sebelum digunakan. Berbeza dengan cleansing oil, teksturnya tidak memerlukan campuran air.

Menurut Dr Nazarian, ahli dermatologi mengatakan ramai wanita menggunakan cleansing oil dengan mencampurkannya dengan air sebelum disapu di wajah. Apabila dicampurkan dengan air, ia tidak akan dapat membantu kulit kamu malah memberikan ‘masalah’.

Foto – Vitamin Walls

Cleansing oil ini bertujuan untuk blend dengan minyak semula jadi pada wajah, kotoran dan alat solek. Apabila anda mencampurkan dengan air, ia akan mengganggu proses pembersihan,” ujarnya.

Apabila sapu cleansing oil pada wajah, ia akan blend dengan minyak dan kotoran di wajah untuk memudahkan proses pembuangan tanpa meninggalkan pori anda tersumbat dan menyebabkan wajah menjadi breakout.

Daripada mencampurkannya dengan air, letakkan cleansing oil dalam jumlah yang mencukupi dan sapu pada wajah. Lakukan gerakan bulat dan urut pada kulit yang kering.

#2 Menggunakan Air Sejuk 

Setelah selesai membuat gerakan membulat pada kulit yang kering dan membuangnya menggunakan kapas muka atau kain yang lembut, kamu perlu mencuci muka dengan air.

Patut guna air sejuk ke? Panas atau suam? Perkara ini kamu perlu ingat! Jangan sesekali guna air sejuk selepas mengurut muka menggunakan cleansing oil. Sebaliknya gunakan air suam pada wajah untuk mencuci lebihan cleansing oil.

Foto – Well And Good

Kenapa tak boleh guna air sejuk? Secara saintifiknya, molekul minyak tidak boleh bertindak balas dengan molekul air sejuk. Jika kamu tetap menggunakan air sejuk, ia akan membuatkan lebihan minyak menjadi keras dan tersumbat dalam liang pori.

Apabila ia menjadi keras dan berubah kepada keadaan yang solid, sia-sialah kamu mencuci muka menggunakan cleansing oil kerana ia akan menjadi tersumbat.

Jadi gunalah air suam kerana ia boleh mengekalkan molekul minyak pada wajah dan cleansing oil dalam keadaan cair dan memudahkan proses pembersihan. Tapi kamu perlu ingat, gunakan air suam sahaja dan bukannya air sejuk atau panas kerana air panas boleh membuatkan skin barrier kamu rosak.

#3 Tidak Bilas Secara Sepenuhnya Dan Betul 

Tidak sama seperti facial oils yang memberikan kelembapan selepas pelembap, cleansing oil ini perlu dibuang secara sepenuhnya dalam kulit.

Jika tidak dibersihkan dengan betul, lebihan cleansing oil ini akan trigger kulit kamu untuk jadi breakout dan membuatkan kulit kamu berhenti daripada menerima nutrisi dan khasiat daripada produk penjagaan kulit yang lain.

Foto – Her World / Healthline

Apabila kulit kamu menjadi breakout, ketahuilah ia sebenarnya disebabkan oleh cleansing oil yang tidak dicuci secara sepenuhnya telah menganggu proses penyerapan produk penjagaan kulit lain untuk kulit kamu.

Jadi untuk membersihkan cleansing oil sepenuhnya daripada kulit kamu perlu lap dengan kain lembut atau kapas muka sehingga yakin ianya sudah dibuang. Lap di sekitar garis rambut, dagu dan sisi wajah.

Kemudian menggunakan air suam dan pencuci muka, urut wajah kamu selama 60 saat dengan lembut bagi proses membersihkan pori daripada tersumbat dengan sisa kotoran atau cleansing oil.

Pada awalnya menggunakan cleansing oil untuk membuang kotoran tetapi jika kesilapan kecil ini dilakukan, ia boleh memudaratkan kulit kamu. Mudah dan ringkas sebenarnya untuk menjaga wajah tetapi tidak semua orang akan memberikan perhatian tentang perkara ini.

RUJUKAN: 1, 2

The post Awas! 3 Kesalahan Ini Yang Selalu Dibuat Ketika Guna Cleansing Oil appeared first on Wanista.com.

Nak Kulit Bersih, Dermatologi Cadang Guna Produk CeraVe

$
0
0

Produk CeraVe kini kian mendapat tempat di hati wanita, tidak pelajar universiti, wanita bekerjaya mahupun suri rumah, rata-rata ramai yang berpuas hati menggunakan produk ini.

CeraVe mempunyai pelbagai jenis produk untuk kegunaan harian dan kecantikan wanita masa kini, tetapi apa yang membuatkan produk ini begitu popular dikalangan wanita?

Ini beberapa sebab mengapa produk CeraVe sangat bagus hinggakan pakar dermatologi juga turut mencadangkan agar ramai wanita menggunakannya.

Antara Produk Dermatologis Yang Murah Di Pasaran

Harga merupakan antara faktor utama mengapa ramai wanita memilih untuk mendapatkan produk ini, harga produk dalam lingkungan RM20 hingga RM130 merupakan antara produk dermatologis yang murah di pasaran berbanding produk lain.

Produk Diyakini Berkesan Mengikut Keperluan Wanita

Foto – Arkib Wanista

Bukan itu saja, rangkaian produk yang pelbagai mengikut kegunaan antara sebab mengapa produk CeraVe ini mendapat tempat dihati pengguna.

Seperti contoh jika wanita atau kanak-kanak mengalami masalah ekzema, mereka memerlukan produk yang sesuai untuk masalah kulit kering seperti:

  • CeraVe Soothing Body Wash untuk kulit terlampau kering
  • CeraVe Eczema Creamy Oil 

Rata-rata wanita yang menghidapi masalah ekszema kulit menggunakan kedua-dua atau salah satu produk ini, menyatakan keberkesanannya dan ia mampu membuatkan kulit yang terlampau kering yang disebabkan ekszema menjadi lembap.

CeraVe Bantu 9 Masalah Kulit Wanita

Foto – Arkib Wanista

Wanita di Malaysia menghadapi pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif, kulit kasar, kulit diabetes, kulit tidak bersih menyeluruh, penyakit kulit psoriasis, ekzema, kulit gatal dan juga masalah kulit gelap kerana pancaran matahari.

Rangkaian produk CeraVe mampu membantu wanita menangani sembilan masalah kulit dengan menggunakan produk mereka.

Guna Bahan Terbaik Untuk Tangani Masalah Kulit

Foto – Arkib Wanista

Dalam semua produk CeraVe mengandungi Ceramides dan Asid Hyaluronik yang mana dapat membantu memberi kelembapan pada kulit dan dalam masa yang sama dapat merawat dan melindungi kulit agar kekal sihat sepanjang masa.

Bukan itu saja, ada sesetengah produk CeraVe juga mengandungi bahan seperti AHA dan BHA yang kaya dengan anti-oksigen, untuk menguatkan kulit dan merawat kulit dari dalam.

Antara Produk CeraVe Berbaloi Cuba

CeraVe Hydrating Cleanser Normal To Dry Skin 236ml – RM53.39 [BELI]

Foto – Arkib Wanista

CeraVe Moisturizing Cream Dry To Very Dry Skin 170g – RM60.70 [BELI]

Foto – Arkib Wanista

CeraVe Foaming Cleanser Normal To Oily Skin 236ml – RM63.84 [BELI]

Foto – Arkib Wanista

CeraVe SA Smoothing Cream For Dry, Rough, Bumpy Skin 10% Urea 177ml – RM85.72 [BELI]

Foto – Arkib Wanista

CeraVe Facial Moisturizing Lotion AM SPF30 89ml – RM89.00 [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Ramai wanita yang telah mencuba produk CeraVe menyatakan mereka sangat berpuas hati dengan produk CeraVe, kesan yang baik kepada kulit membuatkan semakin ramai mencuba produk dari dermatologis ini.

Bagi yang menghidapi masalah kulit, mungkin kamu boleh cuba untuk menggunakan CeraVe dan lihat keberkesanannya sendiri.

Rujukan: 1, 2,

The post Nak Kulit Bersih, Dermatologi Cadang Guna Produk CeraVe appeared first on Wanista.com.


Yatie Sendayu Tinggi Kongsi Teknik Buat Foundation Kamu Tak Bercapuk

$
0
0

Wanita biasanya memilih mekap serba natural untuk mekap hari-hari.

Bukannya yang berlapis dengan foundation, teknik contouring Kim Kardashian atau lining lipstick yang tebal semata-mata mahu bibir Kylie Jenner, dan bermacam lagi bagi mengecapi mekap flawless.

Percayalah mekap kamu boleh flawless dengan teknik ringkas dari pakar kecantikan Yatie Sendayu Tinggi. Teknik ringkas ini akan buatkan kulit flawless macam tak pakai foundation barlapis-lapis.

Malah teknik ini akan buat mekap macam kulit asli, cantik langsung tak bercapuk.

Pelembap Penting

Jangan pakai mekap terus, tapi prep terlebih dahulu. Kulit bukan saja melembap tapi bila kamu apply apa saja foundation nampak lagi tahan lama, blend well, tidak cakey dan powdery, tapi kelihatan flawless saja.

Primer Jangan Lupa

Primer adalah kunci untuk mekap yang tahan lama. Primer juga bertujuan melembapkan kulit, menutup pori-pori dan meninggalkan kesan licin di kulit serta mengawal pengeluaran sebum. Pastikan mekap tidak retak sepanjang hari.

Makeup Powder

Kalau kamu jenis yang tak suka pakai foundation, makeup powder rahsia solekan natural tapi masih kelihatan menawan.

Tips pakai makeup powder adalah jangan diseret tapi dap dap ke kulit wajah. Bila seret, mekap terlihat flaky, manakala kalau dap pula nampak lebih natural.

Akhiri Dengan Setting Spray

Setting Spray bertindak sebagai lapisan perlindungan optimum untuk mengelak mekap atau solekan jadi comot dan bercapuk.

Fungsi setting spray sama seperti primer yang disapu ke muka sebelum memulakan solekan kerana kedua-duanya bermanfaat untuk membuatkan solekan tahan lebih lama.

Inilah tips untuk mekap cantik sempurna bagaikan hasil profesional. Selamat Beramal!

The post Yatie Sendayu Tinggi Kongsi Teknik Buat Foundation Kamu Tak Bercapuk appeared first on Wanista.com.

Wanita Buktikan Cuci Muka 60 Saat Sumpah Berkesan

$
0
0

“Pembersihan selama 60 saat, terutama menggunakan pembersih minyak atau balm, membantu melembutkan kulit, membersihkan pori-pori, dan membersihkan dari toksik pencemaran, solekan dan peluh.”

Wanista nak tanya berapa lama kamu ambil untuk cuci muka? Tak sampai seminit atau kurang daripada itu?

Tahukah durasi cuci muka sangat penting dan boleh memberi kesan kepada tekstur kulit. Jika terlalu lama boleh menyebabkan kulit rosak dan kering, tidak hanya di luar malah dari dalam lagi. Mungkin kamu mengeluarkan segala nutrien dan khasiat yang sepatutnya dibiarkan.

Kaedah 60 Saat

Pernah dengar tentang kaedah 60 saat? Menurut dermatologi, cuci muka (dengan jari anda) selama 60 saat membolehkan bahan dalam pembersih berfungsi.

Foto – Healthline

Sebilangan besar orang mencuci muka maksima 15 saat. Tetapi 60 saat dapat melembutkan kulit dan melancarkan penyumbatan sebum dengan lebih baik. Tekstur dan keseimbangan keseluruhan bertambah baik.

Kaedah pembersihan ini dicadangkan oleh Nayamka Roberts-Smith, LABeautyologist menyatakan rata-rata kita tidak bersihkan kulit untuk jangka masa yang lama. Daripada 15 saat yang biasa kita habiskan untuk mencuci muka dan leher, kita harus melakukan sekurang-kurangnya 60 saat.

Cuci Muka Dengan Sebersihnya

Pada siang hari, banyak bakteria terkumpul di kulit bersama dengan mekap. Keadaan ini menyebabkan kulit akan berminyak dan datangkan kotoran.

Foto – Brightside

Jadi bila anda cuci muka dengan betul, ia membolehkan bahan pembersih muka mula aktif bekerja, memecah dan membuang kotoran dengan lebih berkesan. Ini membawa kepada penampilan yang lebih baik, kulit yang lebih lembut, dan penyumbatan sebum yang larut.

Beri Perhatian Di Setiap Area

Prosedur 60 saat berguna, terutamanya untuk liang pori. Apabila sel-sel kulit mati dan bakteria di wajah bercampur dengan minyak wajah semula jadi (yang dihasilkan oleh kalenjar sebum kita), sebum yang menyekat pori boleh muncul.

Foto – The Fashion Ball

Ia kemudian boleh menyebabkan timbulnya blackhead dan whitehead. Dalam kes ini, membersihkan wajah di setiap area mungkin dapat mengurangkannya. Prinsip ini membolehkan kamu beri perhatian di setiap kawasan, seperti sekitar mata, hidung, dahi, leher dan berikan urutan juga.

Peraturan 60 Saat

Pakar estetik menekankan bahawa kaedah 60 saat harus dilakukan dengan menggunakan jari saja. Jangan gunakan dengan berus, span atau kain lap tetapi berikan urutan yang baik dan bermanfaat.

Foto – Twitter

Dengan melakukan ini, kamu dapat meningkatkan peredaran darah, yang juga memberi kesan positif pada wajah, seperti mengurangkan kedutan dan memperbaiki penampilan kulit.

Kaedah ini sesuai untuk setiap jenis kulit, dari berminyak hingga kering. Oil cleanser berfungsi paling baik untuk kaedah ini, tetapi cleanser seperti foam, krim dan gel juga boleh digunakan.

Walau bagaimanapun, pembersih kasar seperti skrub perlu dielakkan, kerana boleh merosakkan kulit jika digunakan terlalu lama.

Wanita Bukti Kaedah 60 Saat Menjadi

Foto – Twitter
Foto – Twitter
Foto – Twitter
Foto – Twitter

Selepas ini dah boleh mulakan kaedah 60 saat setiap kali cuci muka, dan lihat perubahan ketara.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 123

The post Wanita Buktikan Cuci Muka 60 Saat Sumpah Berkesan appeared first on Wanista.com.

Berbaloi Beli, Yang Best Di Sephora Musim Perayaan 2020 Ini!

$
0
0

Season greeting is back!

Walaupun kita digalakkan menyambut perayaan dalam keadaan bersederhana, tapi tak salah kalau kita kejutkan orang tersayang dengan kegembiraan, gelak tawa, senyuman serta momen bahagia.

Sephora seperti biasa meneruskan tradisi musim percutian dan perayaan dengan kehadiran jenama baru yang menarik, koleksi edisi terhad bikin penasaran, promosi, diskaun dan macam-macam lagi.

One/Size by Patrick Starrr Akhirnya Mendarat

Yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul di Sephora, koleksi One/Size by Patrick Starrr boleh didapati secara online dan in-app pada 3 Disember 2020.

Menampilkan eyeshadow palette, eye-popping shadows, faux lashes, setting powder dan banyak lagi. Setiap satu koleksi sangat bold dan memberi statement kepada si pemakai, serta memberi ruang kepada semua orang untuk ekspresikan diri.

Foto – Sephora

Highlight:

  • One/Size Patrick Starrr Visionary Eyeshadow Palette, RM190
  • One/Size Eye Popper Sparkle Vision Eyeshadow, RM100
  • One/Size Point Made 24-Hour Liquid Eyeliner Pen, RM86
  • One/Size Ultimate Setting Powder, RM136

Produk Vegan Glow Recipe

Jatuh cinta dengan packaging Glow Recipe yang cukup sempurna? Glow Recipe, produk vegan, bersih dan segar dari buah-buahan memberi inner glow yang membuatkan kamu bahagia dan berada dalam mood paling gembira.

Setiap produk dibungkus dengan bahan semula jadi dan berkhasiat yang berbau yummy dan sangat baik untuk kulit.

Foto – Sephora

Highlight:

  • Glow Recipe Glowing Skin Trio Skincare Kit (Limited Edition), RM185
  • Glow Recipe Pick Your Pop Lip Duo (Limited Edition), RM130
  • Glow Recipe Glow Together with Watermelon Skincare Kit (Limited Edition), RM150

Sephora Online Gift Card

Sephora menyediakan semua yang anda perlukan untuk membuat orang tersayang merasa istimewa, bahkan dari jauh.

Sephora Online Gift Cards hadir dalam pelbagai reka bentuk elegan dan sangat sesuai untuk setiap majlis.

Foto – Sephora

Kan ini boleh digunakan dalam talian dan di kedai, malah dari aplikasi mudah alih Sephora Malaysia dan laman web Sephora di negara-negara berikut:

Nak tahu banyak lagi promosi, lawati Sephora sekarang! Happy Shopping, Happy Holiday!

The post Berbaloi Beli, Yang Best Di Sephora Musim Perayaan 2020 Ini! appeared first on Wanista.com.

Baiki 7 Jenis Kedutan Hanya Dalam 7 Hari!

$
0
0

Biar betul boleh baiki 7 jenis kedutan hanya dalam 7 hari!?

Untuk pengetahuan anda, jenama penjagaan kulit estetik Korea melancarkan inovasi terbarunya yang boleh merawat kecantikan diri dengan lebih mendalam.

AHC Age Defense Real Eye Cream for Face serba baharu ialah krim anti-penuaan 2-dalam-1 untuk mata dan wajah, terbukti secara klinikal dapat memperbaiki 7 jenis kedutan hanya dalam 7 hari.

Mengangkat Krim Mata

AHC perkembangkan rangkaian Real Eye Cream for Face, krim yang digunakan pada mata dan wajah untuk memberikan daya tahan, penghidratan, pencerahan dan kesan yang berkhasiat.

Foto – AHC

Menurut Stephanie Ko, Pengurus Pemasaran AHC SEAA, tambahan baharu ini krim anti-penuaan 2-dalam-1 yang dibuat dengan GOLD PEPTIVE™, boleh digunakan sebagai krim mata dan pelembap wajah untuk pertahanan penuaan secara menyeluruh.

AHC Age Defense Real Eye Cream for Face berkesan untuk memberi ketegangan, keanjalan dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan hanya dalam masa 7 hari.

Ia juga bertindak dengan segera untuk meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 124% dan keanjalan kulit sebanyak 14% selepas satu penggunaan.

Ramuan Inovatif Terbaharu

Produk ini mengandungi ramuan jenama AHC yang dipanggil GOLD PEPTIVE™. Ramuan ini melalui teknologi mikro emulsi ultra halus yang dipatenkan oleh AHC untuk memberikan penyerapan dan kesan anti penuaan yang lebih baik.

Foto – AHC

Menyaluti peptida dengan emas mendorong sintesis kolagen sebanyak 173%; dan membantu meningkatkan kestabilan dan pengekalan keberkesanannya.

7 Jenis Kedutan

AHC Age Defense Real Eye Cream for Face mengekalkan keremajaan kulit dengan memberikan penyelesaian menyeluruh untuk 7 jenis kedutan termasuk:

  • Garis kerutan
  • Lekuk air mata
  • Garis ketawa
  • Kedutan dahi
  • Kedut tepi mata
  • Kedut tepi mulut
  • Garis leher
Foto – Lisa Rush

Nak rasai perubahan diri, AHC Age Defense Real Eye Cream for Face kini boleh didapati di kedai utama AHC di Lazada. Nikmati penjimatan hingga 50% apabila anda membeli set pra-penjualan AHC Age Defense Real Eye Cream for Face hari ini.

Maklumat lanjut, sila layari https://my.ahcbeauty.com/.

Selamat Beramal!

The post Baiki 7 Jenis Kedutan Hanya Dalam 7 Hari! appeared first on Wanista.com.

7 Produk Dr.Jart+ Paling Ramai Wanita Guna

$
0
0

Produk Dr.Jart+ cukup terkenal dikalangan wanita asia, produk penjagaan kecantikan keluaran dari Korea ini mendapat tempat di hati wanita yang inginkan penjagaan kulit yang rapi dan berkesan.

Dr.Jart+ merupakan pakar dalam penjagaan kulit wajah yang bermasalah, kini berpuluh-puluh jenis produknya menjadi rebutan wanita di seluruh dunia.

Berikut adalah beberapa jenis produk Dr.Jart+ yang ramai wanita guna dan percaya akan keberkesanannya.

Cicapair Calming Gel Cream – RM175 [BELI]

Bagus digunakan bagi yang mengalami masalah kulit kering dan tekstur kulit tidak sekata, krim ini juga sesuai digunakan bagi wanita yang mempunyai jenis kulit berminyak, sensitif, kering, normal dan kombinasi.

Foto – Arkib Wanista

Ceramidin Facial Mask – RM110 [BELI]

Masker ini dirumus khas dengan Ceramide Complex dan Ectoin bagi membekalkan kelembapan yang mendalam ke dalam kulit wajah. Bukan itu saja, ia juga mampu menguatkan lapisan kulit secara menyeluruh.

Masker ini sesuai digunakan bagi wanita yang memiliki kulit jenis kombinasi, normal, kering, sensitif dan juga yang mengalami masalah tekstur kulit tidak sekata.

Foto – Arkib Wanista

Vital Hydra Solution Biome Essence – RM240 [BELI]

Ramai wanita yang mengalami masalah kulit kusam, kering, tekstur kulit dan tona kulit tidak sekata, pasti akan menggunakan Vital Hydra Solution Biome Essence ini.

Serum ini diperkaya dengan AHA dan Asid Hyaluronik yang dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit dan keseimbangan tahap mikrobiome dalam kulit.

Foto – Arkib Wanista

Cicapair Serum – RM195 [BELI]

Serum yang berkuasa tinggi bagi membantu memberi kelegaan buat kulit sensitif, mengurangkan kemerahan pada kulit dan juga melindungi kulit sensitif.

Foto – Arkib Wanista

Dermakeup Nourishing Beauty Balm – RM160 [BELI]

Produk yang satu ini memang menjadi rebutan ramai wanita kerana keberkesanannya dalam melindungi kulit wajah dari sinaran cahaya matahari tanpa menyebabkan kulit menjadi kering ataupun kusam.

Foto – Arkib Wanista

V7 Emulsion – RM190 [BELI]

Krim pencerah emulsi yang berfungsi melembapkan kulit yang kering dan kasar, krim ini sesuai digunakan untuk wanita yang memiliki kulit jenis kombinasi dan kering.

Foto – Arkib Wanista

Cryo Rubber With Moisturizing Hyaluronic Acid Moisturizing Mask – RM60 [BELI]

Masker getah yang diperkaya dengan Asid Hyaluronik, dan Getah Cryo yang mengandungi ampoule yang melembapkan kulit. Masker ini berkesan untuk memberi kelembapan yang berpanjangan kepada kulit.

Foto – Arkib Wanista

Bagi wanita yang memiliki kulit wajah bermasalah dan sensitif, kamu mungkin boleh cuba menggunakan produk dari Dr.Jart+ mengikut jenis masalah kulit yang kamu alami.

Apa-apa nak cari produk yang sesuai dengan kulit kena sentiasa mencuba untuk mencari produk yang sesuai dan kena dengan kulit, betul tak?

Selamat beramal♥

The post 7 Produk Dr.Jart+ Paling Ramai Wanita Guna appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live