Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2420 articles
Browse latest View live

Muka Jerawat Boleh Ke Guna Facial Oil?

$
0
0

Facial oil, ada pakar mengatakan boleh guna, ada juga yang tidak bersetuju bergantung pada keadaan kulit, lagi pula mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat jenis acne-prone.

Meletakkan minyak di wajah merupakan cara mudah untuk kekal melembap, tapi bagaimana pula dengan yang berjerawat. Ada risiko?

Tidak semua orang menggunakan step ini malah skip kerana takut akan memberi reaksi buruk pada wajah. Sebenarnya anda dah salah anggap akan penggunaannya, hakikatnya facial oil berkesan untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit acne-prone.

Jenis facial oil yang bagaimana sesuai dengan kulit wajah?

Antaranya squalane, argan dan jojoba oil sesuai digunakan pada semua jenis kulit. Tapi kalau kamu mahu lebih spesifik untuk mencari produk yang sesuai dengan masalah penjagaan kulit seperti acne, kusam atau kering. Cara paling baik adalah baca label dulu atau tanya kepada perunding kecantikan.

Foto – The Skincare Edit

Boleh guna facial oil untuk kulit acne-prone?

Sebenarnya, facial oil yang betul dapat membersihkan cacat cela, melembutkan kulit dan merawat serta memudarkan bekas jerawat, apatah lagi bertindak sebagai pelembap berkhasiat untuk menyeimbangkan pengeluaran minyak.

Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa minyak jojoba dan argan membantu merawat masalah kulit. Dan sebilangan lagi minyak dilengkapi dengan faedah lain, seperti antioksidan atau sifat anti-radang, yang mungkin menjadikannya bermanfaat untuk masalah kulit tertentu.

Foto – Daily Mirror

Menurut pakar dermatologi Dr Stefanie Williams;

“Bergantung juga, bagi sesiapa yang cenderung untuk breakouts, saya sangat menyarankan agar tidak menggunakan facial oil, kerana ia menyumbat liang dan memburukkan lagi keadaan kulit (walaupun jenama produk tersebut bersumpah bahawa mereka tidak mengandungi bahan merbahaya).

Abigail James pula berkata;

“Tidak semua minyak buruk untuk kulit. Beberapa minyak tumbuhan semula jadi mempunyai manfaat antibakteria, anti-radang dan sebahagian dekat dengan sebum semula jadi kita sendiri. Minyak yang lebih ringan seperti jojoba, hemp, starflower, milk thistle, evening primrose, dan grapeseed sesuai untuk kulit dan tidak mencetuskan jerawat.

“Tapi elakkan minyak berat seperti coconut, olive, wheatgerm, avocado, dan mineral oils. Kerana ia hanya akan menyumbatkan liang pori, timbulnya kemerahan dan iritasi.

Guna facial oil selepas pelembap?

Sekarang dah jelas tentang facial oil. Jadi, bila boleh menggunakan facial oil? Jika anda baru nak berjinak-jinak, anda mungkin akan keliru bila hendak menggunakannya. Adakah sebelum atau selepas pelembap? Bolehkah guna pagi dan malam? Adakah facial oil menggantikan serum?

Foto – Glamour

Sekiranya anda ingin meningkatkan kelembapan, sapukan minyak setelah menggunakan pelembap. Ini akan membantu pelembap menyerap minyak dan menambah lapisan khasiat tambahan.

Pelembap selalunya adalah sebahagian air dan sebahagian minyak, jadi ia membantu kulit anda mengekalkan kelembapan, sedangkan minyak membantu menguncinya.

Semoga tips ini bermanfaat kepada anda semua. Jika masih lagi musykil, anda boleh dapatkan rundingan pakar agar kulit anda kekal sihat.

RUJUKAN : 12345

The post Muka Jerawat Boleh Ke Guna Facial Oil? appeared first on Wanista.com.


Wanita Kena Tahu Beza Ampoule, Serum, Emulsion, Booster, Toner Dan Essence

$
0
0

Lambakan produk kecantikan untuk wanita masa kini, membuatkan wanita rambang mata ingin mendapatkan produk yang bagus untuk kulit wajah.

Pelbagai jenis produk penjagaan wajah telah dihasilkan oleh pakar-pakar kecantikan dunia, bagi merealisasikan keinginan para wanita yang mahu sentiasa tampil cantik dan menawan.

Tapi berapa ramai wanita yang sedar akan perbezaan fungsi produk-produk kecantikan seperti ampoule, serum, booster, emulsion, toner dan essence untuk kegunaan penjagaan wajah?

Nak tahu apa bezanya, jom lihat di bawah.

Ampoule

Ampoule sama seperti serum, cuma yang membezakannya adalah ampoule memiliki kosentrasi yang lebih tinggi dan antara salah satu bahan yang aktif dalam produk kecantikan.

Foto – Arkib Wanista

Ampoule sangat berkesan bagi menangani masalah kulit secara spesifik seperti masalah bintik hitam atau kulit kering. Bukan itu saja, ampoule juga merupakan bahan mesra kulit dan membuatkan kulit jadi lebih baik dari sebelumnya.

Serum

Serum sering kali digunakan dalam rutin penjagaan kulit wajah wanita bezanya serum dengan bahan-bahan produk kecantikan yang lain adalah, serum diformula dengan antioksidan dan menjadi pelindung kulit dengan kandungan konsentrasi formula yang tinggi.

Foto – Arkib Wanista

Sebab itu, penggunaan serum pagi dan malam penting bagi melindungi wajah dari garisan penuaan dan juga mengekalkan keanjalan kulit wajah.

Emulsion

Emulsion pula sangat ringan daripada mana-mana jenis krim dan losyen, ianya merupakan bahan dengan kandungan konsentrasi yang kurang tinggi berbanding serum dan ampoule.

Foto – Google

Peranan emulsion adalah membekalkan kelembapan pada kulit dan menjadikan kulit kekal hidrat, produk yang mengandungi emulsion ini sesuai untuk digunakan jika wanita memiliki masalah kulit berminyak atau kombinasi.

Booster

Booster memiliki kebolehan yang unik di mana mana-mana produk kecantikan yang menggunakan booster sebagai bahan mampu meningkatkan konsentrasi bahan tertentu yang terkandung dalam produk kecantikan tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Selain itu, booster juga berfungsi menangani masalah kulit tertentu seperti masalah liang pori yang besar, kekurangan air dalam kulit, kulit kusam, kulit hilang keanjalan dan pelbagai masalah lain lagi.

Toner

Toner di lihat seperti air tetapi ia bukan sekadar air biasa sebaliknya, toner merupakan air yang kaya dengan kandungan hyrogen dan oksigen yang sangat tinggi.

Foto – Beauty Extender

Toner juga boleh mengandungi asid, glycerin, antioksidan dan anti-keradangan bergantung pada jenis toner yang di beli di pasaran.

Apa yang membezakan toner dari kandungan bahan yang lain adalah, ia dapat mengembalikan asidik semula jadi wajah dengan baik dan membantu kulit untuk menyerap produk penjagaan wajah yang lain lebih berkesan.

Essence

Apa pula peranan essence dalam produk kecantikan? Kalau nak tahu essence merupakan bahan yang sangat ringan, kurang konsentrasi berbanding serum dan teksturnya lebih berkrim dan pekat berbanding losyen.

Foto – Daily Vanity

Essence merupakan bahan penting dalam rutin penjagaan kulit wajah di Korea, ini adalah kerana ia membantu membersihkan wajah secara menyeluruh dan mendalam.

Lepas ini kamu tidak lagi pening kepala nak cari produk kecantikan mengikut fungsi dan kesesuaian kulit wajah. Wanita perlu tahu perbezaan-perbezaan ini semua, agar lebih mudah kamu faham dan nilai mana satu produk yang bagus untuk kamu gunakan.

Rujukan: 1, 2, 3

The post Wanita Kena Tahu Beza Ampoule, Serum, Emulsion, Booster, Toner Dan Essence appeared first on Wanista.com.

Tak Perlu 10 Step, Ini Rahsia Joy Red Velvet Untuk Kulit Cantik

$
0
0

“Cemburunya tengok kulit Joy sentiasa cantik walaupun sibuk.”

Seperti orang lain, Joy ahli kumpulan Red Velvet tidak memerlukan rutin 10 langkah untuk kekal cantik. Hanya beberapa langkah mudah dan ringkas sahaja dapat membantu kulit Joy untuk kekal sihat sepanjang masa.

Double Cleansing

Foto – Arkib Wanista

Kesemua artis K-pop seperti Joy tidak terlepas daripada memakai makeup pada setiap hari. Untuk mengekalkan kulit yang sihat, beliau menggunakan kaedah double cleansing. Kaedah ini bukan sahaja mencuci muka tetapi membuang kotoran-kotoran yang tersumbat dalam liang pori.

Foto – Shutterstock

Urut muka menggunakan minyak secara perlahan sehingga makeup menjadi larut dan basuh menggunakan pencuci muka sehingga bersih.

Toner

GIF – White Doctors

Joy yang menggunakan dua toner iaitu toner cair biasa yang dituangkan ke atas kapas dan lap pada keseluruhan wajah. Diteruskan dengan bubble toner yang popular dalam kalangan gadis Korea, tekstur toner ini seperti pencuci muka.

GIF – Ferbena

Picit sedikit bubble toner di tapak tangan dan tepuk secara perlahan di wajah untuk penyerapan pantas ke dalam kulit.

Ampoule

GIF – Wish trend

Untuk mendapatkan kulit sihat dan cerah, Joy akan menggunakan ampoule kerana kepekatan yang lebih tinggi berbanding serum. Ampoule memberikan kesan dengan pantas. Tekstur yang ringan membuatkan penyerapannya ke dalam kulit efektif seperti serum.

Moisturiser

Pelembap yang mempunyai tekstur yang berat dan membantu Joy mendapatkan kelembapan untuk jangka masa yang panjang. Untuk memilih moisturiser yang sesuai, anda perlu mencari produk yang tidak memberi kerengsaan pada kulit.

Foto – Pinterest

Pelembap muka yang baik dapat melindungi kulit dengan baik.

Sleeping Mask

Sebelum tidur, Joy akan menambahkan sleeping mask dalam rutin kecantikannya. Sleeping mask mengandungi bahan yang lebih pekat berbanding dengan pelembap.

Foto – Shape Magazine

Selepas bangun tidur, kulit akan rasa lebih segar dan sihat. Sleeping mask yang direka khas mengikut masalah kulit setiap individu. Pilih sleeping mask yang betul untuk mendapatkan kesannya.

Tak rumit pun rutin kecantikan Joy. Jadi untuk wanita yang sibuk, anda boleh cuba cara Joy menjaga kulitnya untuk kelihatan cantik dan sihat.

The post Tak Perlu 10 Step, Ini Rahsia Joy Red Velvet Untuk Kulit Cantik appeared first on Wanista.com.

Netizen Kata Produk Ini Bagus Untuk Rambut Gugur Dan Kelemumur

$
0
0

Bila netizen kongsi something di media sosial, rajin-rajin tengok… sebab semua yang dikongsi boleh dipercayai, that’s why viral!

Entry kali ini Wanista nak kongsi beberapa produk drug store yang bagus untuk penjagaan rambut, khususnya siapa yang mengalami masalah rambut gugur dan kelemumur.

Produk yang disenaraikan antara yang bagus, dan tanda harga juga berpatutan.

Mentholatum Selson Blue

Foto – Arkib Wanista

Walaupun packaging seakan produk kereta tapi produk ini bagus untuk kamu yang berkelemumur.

Hair Serum Ellips

Foto – Shopee

Untuk rambut berkilat, lembut dan harum sentiasa, memang best bila dipakai.

Lucido-L Triple Hair Vitamin Oil

Foto – Shopee

Yang rambut kering, pakai vitamin oil bikin rambut lembap dan sihat bermaya.

L’Oreal Paris Extraordinary Clay Express Scalp Refresher

Foto – Watsons

Sesuai sangat untuk wanita yang seharian berhijab. Produk ini merawat akar rambut supaya tumbuh sihat dan segar.

Safi Shayla Hair Oil

Foto – Safi

Fungsi sama sahaja seperti minyak rambut tapi penambahan khasiat habbatus sauda menjadikan istimewa.

Naturals Argan Hair Oil

Foto – Arkib Wanista

Khasiat minyak argan untuk pertumbuhan rambut panjang dan lebat. Sesuai sangat untuk yang berambut nipis.

Hair System Ultimate Hair Oil

Foto – Watsons

Sebagai minyak rambut untuk masalah rambut kering dan rosak. Bila pakai, rambut berkilat dan lembut bak sutera.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ingat, untuk sentiasa menjaga kecantikan dan kesihatan rambut.

RUJUKAN

The post Netizen Kata Produk Ini Bagus Untuk Rambut Gugur Dan Kelemumur appeared first on Wanista.com.

Bibir Lembut Dan Lembap Dengan Fenty Beauty Pro Kiss’R Luscious Lip Balm

$
0
0

Tidak seperti jenama lain, Fenty Beauty Pro Kiss’R Luscious Lip Balm tidak melekit ketika menyapunya di seluruh permukaan bibir.

Diformulasikan supaya tidak melekit dan memberikan kilauan invispink serta aroma yang menenangkan, anda mesti jatuh cinta dengan produk ini.

Foto – Arkib Wanista

Diperbuat daripada bijian shea dan mangga, lip balm ini membuatkan bibir anda menjadi lembut dan lebih halus sebelum menggunakan gincu. Hadir dengan aplikator doe-foot, ia yang memudahkan pengguna untuk kontur seluruh bibir.

Foto – Arkib Wanista

Tekstur yang sangat berkrim dan ringan, ia memudahkan penyapuan di keseluruhan bibir. Menggunakan beberapa bahan seperti:

Foto – Arkib Wanista
  • Hydrated silica yang menyerap dengan pantas untuk memberikan kelembapan pada bibir.
  • Argania spinosa kernel oil yang memberikan kelembutan dan anti radang.
  • Tocopherol yang mengandungi Vitamin E, melembapkan dan antioksidan.
  • Prunus armeniaca kernel oil yang memberikan kelembutan.
  • Theobroma cacao seed butter yang meningkatkan konsistensi emulsi dan bertindak sebagai penghalang serta mengekalkan kelembapan kulit.

Fenty Beauty Pro Kiss’R Luscious Lip Balm kini mengeluarkan 3 shades baharu iaitu Latte Lips, Cocoa Drizzle dan Pinch Me.

Foto – Arkib Wanista

Jangan lupa dapatkan Pro Kiss’R Luscious Lip Balm daripada Fenty Beauty di Sephora dan secara talian di Fenty Beauty.

The post Bibir Lembut Dan Lembap Dengan Fenty Beauty Pro Kiss’R Luscious Lip Balm appeared first on Wanista.com.

Kawaii! Jom Ikut Tips Dan Trik Ini Untuk Jadi Seperti Gadis Jepun

$
0
0

Kalau tengok drama atau filem Jepun, mesti tertanya-tanya sama ada pelakonnya bersolek atau tidak.

Berbeza dengan makeup trend negara Barat dan Asia, gadis Jepun tampak ringkas dengan natural look dan sedikit blusher di pipi.

Foto – Arkib Wanista

Jadi tunggu apa lagi? Jom ikut tips dan trik ini!

# Lightweight foundation atau cushion

Untuk base make up, anda boleh menggunakan asas yang sangat ringan. Anda hanya perlu dab secara perlahan dan lembut di permukaan wajah.

Foto – Arkib Wanista

Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, anda hanya perlu menggunakan cushion. Dan untuk mereka yang kulit wajah berminyak, anda perlu menggunakan sedikit translucent powder di bahagian T-zone selepas meletakkan foundation.

# Blusher

Blusher sangat popular di kalangan gadis Jepun. Mereka sangat menyukai warna pink-red blush di mana ia membuatkan wajah menjadi lembut dan muda.

Foto – Arkib Wanista

Tips: Sapu blusher anda di bawah garis bulu mata dan di atas tulang pipi seperti sambungan dari eyeshadow di bawah mata.

# Pensel kening

Menggunakan pensel kening bagi membentuk kening, anda hanya perlu melukis secara lembut. Gunakan kapas untuk blend warna kening sehingga hujungnya.

Foto – Pakutaso

# Eyeshadow

Untuk mata, gadis Jepun lebih menyukai mata yang besar. Gunakan warna coklat sebagai base mata. Anda juga boleh gunakan liner pencil berwarna putih untuk melukis di bawah garis bulu mata yang menampakkan mata kelihatan besar.

Foto – Shopee

# Lip gloss

Di Jepun, pemakaian lipstick tidak akan memenuhi keseluruhan bibir. Mereka akan fokus kepada pemakaian lip gloss dan menampakkan warna bibir asal. Penggunaan lip gloss menjadikan bibir kelihatan plump.

Foto – Arkib Wanista

Senang juga kan untuk solek seperti gadis Jepun. Tidak menggunakan banyak alatan dan ringan pada muka sememangnya lebih baik!

 

RUJUKAN 

The post Kawaii! Jom Ikut Tips Dan Trik Ini Untuk Jadi Seperti Gadis Jepun appeared first on Wanista.com.

Jadi Cantik Sebab Lelaki? Ini Penjelasan Wanita Sebenarnya

$
0
0

Bila lelaki tidak berhenti bercakap wanita nak jadi cantik sebab mereka, sebenarnya salah!

Wanita tidak menjadi cantik kerana lelaki tetapi lebih kepada diri sendiri. Telah menjadi lumrah kehidupan setiap wanita nak jadi cantik. Tetapi anda tahu kenapa wanita nak jadi cantik?

# Sifat Wanita 

Foto – Pinterest

Setiap wanita mempunyai keinginan dalam diri mereka untuk menjadi cantik setiap hari. Apabila melihat sosial media, rata-rata wanita kelihatan cantik. Jadi untuk menjadi cantik, mereka akan meletakkan wanita lain sebagai inspirasi mereka.

# Keyakinan Diri 

Foto – Adobe

Untuk menjadi cantik, kita kena sentiasa yakin. Jadi untuk membina keyakinan, kita perlu menjadi cantik terlebih dahulu. Barulah keyakinan seseorang wanita bertambah hari demi hari. Bila anda menjadi yakin, anda akan mudah melakukan semua perkara termasuklah berhadapan dengan orang ramai.

# Berdikari  

Foto – Everyday.com

Bila kelihatan cantik dan yakin, secara automatik anda akan mampu berdikari dengan sendirinya. Anda akan boleh berkomunikasi dengan masyarakat tanpa segan silu dan mengharapkan bantuan orang lain.

# Menghargai dan sayang akan diri sendiri 

Foto – Dream time

Ketika menjaga dan berusaha untuk menjadi cantik sebenarnya kita sedang menjaga diri sendiri. Apabila anda bersusah payah menjaga, secara tidak langsung anda akan lebih menghargai diri sendiri selepas ini.

# Kepuasan 

Foto – Thrive Global

Apabila diri sudah menjadi cantik, perasaan itu akan memuaskan kita dengan kehidupan. Rasa kepuasan ini akan memberi kesan positif dalam semua aspek kehidupan. Anda akan lebih positif dalam perkara yang terjadi dalam kehidupan anda.

Jadi untuk lelaki, anda tidak perlu mengatakan kepada wanita-wanita yang berusaha menjadi cantik bahawa mereka hanya cantik untuk lelaki. Tidak ada wanita yang menjadi cantik kerana orang lain melainkan diri mereka sendiri.

 

RUJUKAN: 1, 2

 

The post Jadi Cantik Sebab Lelaki? Ini Penjelasan Wanita Sebenarnya appeared first on Wanista.com.

Rahsia Muka Flawless Selena Gomez Cuma Guna Pelembap Jepun

$
0
0

Selena Gomez menerusi video skincare routine yang dikongsikan Vogue ada beritahu, ketika remaja dia tidak mengambil berat akan soal penjagaan wajah. Tapi apabila meningkat usia dewasa, dia agak sensitif dan lebih arif akan produk yang betul-betul bagus untuk kulit wajahnya.

Sepanjang menonton video, terpesona dengan kulit Selena yang flawless, dan ternyata rahsia Selena adalah produk kelahiran negara matahari terbit, Jepun.

Rahsia Flawless Selena Gomez

Menurut Selena, dia mempunyai kulit kering di kawasan tertentu dan juga berminyak, jadi dia akan menyesuaikan rutinnya untuk memastikan kulitnya mendapat apa yang diperlukan.

“Saya fikir ketika saya masih muda, saya tidak kisah menjaga kulit. Saya bekerja sejak berusia tujuh tahun dan memakai mekap, dan langsung tidak memikirkan semua itu.

“Saya juga mempunyai jerawat, dan biasanya dekat T-Zone. Saya cuba untuk tidak menyentuhnya tapi kadang-kadang sukar,” katanya.

Selepas pembersihan, dia akan melembap dengan Tatcha Dewy Skin Moisturizer. Pelembap ini menjadi kegemarannya kerana tekstur yang tebal dan yummy, selesa bila diaplikasi ke wajah.

Tatcha Dewy Skin Moisturizer

Krim yang kaya dengan penghidratan dan beras ungu Jepun penuh dengan antioksidan untuk kulit lebih glowing dan dewy, idaman setiap wanita.

Sesuai untuk kulit kering, tetapi boleh digunakan pada kulit normal bagi mereka yang lebih suka tekstur yang lebih kaya.

Kenapa bagus? Krim ini menghidrat dan seal dengan melembap, membantu untuk merawat dan memberi kilauan segera. Penapaian makanan superfood yang kaya anti-penuaan, seperti teh hijau, beras dan alga – membantu kulit kelihatan lembut, sihat dan cantik pada usia apa pun.

Foto – Business Insider

# Japanese Purple Rice

Kaya dengan antosianin, antioksidan, membantu kulit pulih dan melindungi daripada tekanan, pencemaran, dan kerosakan UV untuk kulit yang lebih sihat.

# Okinawa Algae + Hyaluronic Acid

Campuran alga Okinawa dan asid hyaluronik untuk membantu mengisi kelembapan semula jadi kulit, dengan serta-merta menjadikan kulit lembut, selesa, dan sangat berkhasiat.

# Ekstrak Botani

Gabungan ekstrak dan minyak dari ginseng, wild thyme, dan sweet marjoram untuk menyuburkan kulit, mengekalkan kelembapan yang perlukan dan kesan dewy dan glow.

Seterusnya adalah bahagian yang paling penting, krim pelindung matahari. Selena menggunakan Drunk Elephant Umbra Sheer Sunscreen SPF 30.

Foto – Arkib Wanista

Tak jemu lihat kecantikan kulit wajah Selena Gomez, love sangat! Ingat untuk sentiasa ambil peduli akan skincare routine kerana first impression sangat penting.

The post Rahsia Muka Flawless Selena Gomez Cuma Guna Pelembap Jepun appeared first on Wanista.com.


Kalau Skip Pelembap Muka Tak Apa Ke?

$
0
0

Pelembap muka tidak boleh diabaikan dalam rutin penjagaan kulit anda. Dalam rutin penjagaan kulit, pelembap sangat penting kerana ia mengelakkan penuaan pra matang dan jerawat.

Hydration sangat penting untuk kulit kerana kadang-kadang pengeluaran minyak berlebihan boleh menyebabkan jerawat dan kekeringan. Jadi dengan memakai pelembap, anda dapat mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan atau kekeringan.

Foto – Shine Fellows

Walaupun ramai yang mengatakan pelembap tidak boleh digunakan bagi kulit yang berjerawat tetapi melembapkan muka anda dua kali sehari dapat mengurangkan pengeluaran minyak dan jerawat. Kulit yang sempurna dengan lembapan akan mengawal minyak kulit dengan sendirinya.

Jenis pelembap apa yang perlu beli?

Foto – Pinterest

Pelembap yang menggunakan humectants dapat menarik kelembapan, emollients untuk melembapkan permukaan dan occlusive untuk mengunci kelembapan.

Foto – Arkib Wanista

Untuk kulit berminyak, anda perlu mencari pelembap yang bertekstur gel untuk tidak rasa berat pada wajah. Kulit normal sehingga kering, tekstur krim boleh menyeimbangkan kulit anda sepanjang hari.

Macam mana nak guna?

Anda sepatutnya menggunakan pelembap pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Foto – The Healthy

Masa yang terbaik untuk menggunakan pelembap adalah selepas langkah penjagaan kulit yang lain tetapi sebelum sunscreen. Jika anda lebih menyukai membersih dan melembapkan, pastikan muka anda sedikit lembap. Teknik ini akan mengunci kelembapan tambahan dari air.

Foto – Woman Fitness

Pada waktu pagi, lapisi pelembap anda di bawah sunscreen untuk menjaga kulit daripada sinaran UV yang menyebabkan kerosakan. Jika pada waktu malam anda memerlukan kelembapan tambahan, anda boleh gandakan dan guna krim malam dimana ia lebih tebal berbanding waktu siang.

Anda perlu ingat bahawa pelembap sangat penting untuk wajah kekal hidrasi dan sihat. Jika anda abaikannya, tidak lengkap rutin kecantikan dan boleh datangkan kesan kepada wajah.

 

RUJUKAN

The post Kalau Skip Pelembap Muka Tak Apa Ke? appeared first on Wanista.com.

Mekap Cantik Natural Dengan Koleksi Nudies NUDESTIX!

$
0
0

Rugi kalau tak grab peluang untuk dapatkan best-selling koleksi NudiesThe Beachy & Peachy‘ daripada NUDESTIX!

Koleksi The Beachy & Peachy ini mengandungi Nudies Blush, Bronze dan Glow yang diinsipirasikan oleh sun-drenched dan ultimate golden hour glow. Jadi koleksi ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan penampilan seperti ‘just stepped off an island“.

Foto – Arkib Wanista

Nudies Matte Blush 

Foto – Arkib Wanista

Mengandungi dua warna iaitu Nude Peach (soft peachy coral)  dan Salty Siren (rosy coral) yang berfungsi sebagai pemerah pipi lembut, pewarna mata dan kemasan bibir berkrim.

Nudies Matte Bronze 

Foto – Arkib Wanista

Memberikan natural finish sementara memberikan solar dose pada kulit, koleksi ini mempunyai dua warna iaitu Terracotta Tan (warm bronze) dan Beach Babe (rosy bronze). Jadi mereka yang memakai bronze ini dapat memberikan kulit anda no makeup look secara semula jadi.

Nudies Glow 

Foto – Arkib Wanista

Bubble Bébé adalah balm pencerah dengan kilauan metallic lembut yang bertindak sebagai highlighter. Anda akan lihat warna-warna pink champagne dew apabila diletakkan pada highpoints muka selepas menggunakannya.

Foto – Arkib Wanista

Nudies serbaguna ini memberikan hasil warna yang kaya yang diperbuat dengan formula Korea yang inovatif. Anda dapat rasa teksturnya yang ringan dan mewah dapat memberikan anda no-makeup look. Sesuai digunakan oleh semua kulit kerana koleksi ini vegan, hypoallergenic, bebas gluten, bebas kekejaman dan bebas pewangi.

Foto – Arkib Wanista

“Warna-warna baru Nudies Blush, Bronze dan Glow adalah penambahan terbaik untuk NUDESTIX. Mereka yang menggunakannya boleh mendapatkan hasil signature kami iaitu go nude but better look“, ujar Taylor Frankel, Co-Founder NUDESTIX.

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi Nudies, anda boleh membelinya di semua kedai Sephora dan dalam talian dengan harga RM 145.00 setiap satu.

[BELI]

The post Mekap Cantik Natural Dengan Koleksi Nudies NUDESTIX! appeared first on Wanista.com.

Maybelline Bawa Masuk Gincu Matte Edisi Kopi, Serius Best!

$
0
0

Sekiranya anda menggemari gincu cecair dengan kemasan matte, this new range dari Maybelline confirm buat para wanita gila.

Maybelline cukup popular dengan koleksi SuperStay Matte Ink Liquid kembali dengan penambahan baru, kali ini untuk Coffee Edition.

Maybelline Coffee Edition SuperStay Matte Ink

Apa yang best dan lainnya? Coffee Edition SuperStay Matte Ink terdiri daripada lima warna yang indah yang agak gelap dan nude.

Foto – Makeup Muddle

Digambarkan sebagai sangat sempurna. Formula dengan kemasan matte cecair kekal selesa hingga 16 jam. Anda makan dan minum, gincu masih terletak elok di bibir.

Rumusannya tahan lama, tidak kering dan memberikan kemasan matte yang sempurna dalam nuansa kopi yang terinspirasi dengan aroma kopi yang enak juga.

Terdiri daripada lima pilihan warna menawan seperti:

  • Chai Genius
  • Hazelnut Hypnotizer
  • Caramel Collector
  • Cocoa Connoisseur
  • Mocha Inventor
Foto – Arkib Wanista

Best Tapi Ramai Cakap Susah Nak Tanggal

Banyak juga penulis dengar complain tentang koleksi SuperStay Ink yang susah nak tanggal. Maybelline mengesyorkan anda guna Maybelline SuperStay Eraser Lipstick Remover setiap kali nak bersih, kerana formula ini sangat tahan lama.

Untuk info lanjut, boleh semak laman web rasmi Maybelline Malaysia [SINI].

The post Maybelline Bawa Masuk Gincu Matte Edisi Kopi, Serius Best! appeared first on Wanista.com.

Tak Stress Picit Blackhead, BY ECOM Heartleaf Dapat Selesaikan Masalah Ini!

$
0
0

Bila tengok lama-lama dalam cermin, nampak lah semua yang ada di wajah termasuklah blackhead!

Blackhead terjadi apabila hair follicles tersumbat dalam kulit. Jadi kalau anda lihat di cermin, blackhead ini sangat ketara di wajah. Rasa stress kan bila lihat?

Foto – Women’s Health

Dengan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia, pengeluaran minyak di wajah meningkat sehingga menyebabkan blackhead terjadi. Jadi Ksisters telah memperkenalkan rangkaian BY ECOM Heartleaf  yang dapat bantu selesaikan masalah blackhead.

Heartleaf Blackhead Cleaner [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Diperbuat dengn bahan semula jadi , Heartleaf Blackhead Cleaner ini sangat bagus untuk membersihkan liang pori, membuang keratin tua, menyegarkan dan meningkatkan keanjalan kulit.

Heartleaf Purifying Mask [BELI]

Mempunyai tekstur yang berkrim, Heartleaf Purifying Mask membolehkan penjagaan liang roma yang lebih berkesan. Mask ini dapat membuang kulit mati, membersihkan liang dan menjaga sebum.

Foto – Arkib Wanista

Turut mengandungi ekstrak Centella Asiatica, ia dapat menenangkan dan melindungi kulit daripada kerengsaan.

Heartleaf Poreless Water [BELI]

Heartleaf Poreless Toner dapat membantu menghaluskan dan membersihkan kulit sekiranya terdapat sisa kotoran yang tertinggal. Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, penggunaan toner dalam rutin penjagaan kulit.

Foto – Arkib Wanista

Toner juga berfungsi dalam mengimbangkan tahap pH kulit, mencerahkan kulit dan menjaga liang-liang pori supaya bersih.

RECLAR Water Peeling Device [BELI]

Digunakan dengan air, toner atau BY ECOM Heartleaf Blackhead Cleaner, alat water peeling ini membantu menghilangkan sel kulit mati dan liang pori yang tersumbat.

Foto – Arkib Wanista

Mempunyai dua mod iaitu mod ion dan mod water peeling, mod ion membantu produk penjagaan kulit anda diserap ke dalam kulit dengan lebih baik. RECLAR Water Peeling Device ini juga sesuai digunakan untuk mereka yang berkulit sensitif.

Skin Pack Cotton Pad [BELI]

Kebanyakan pad kapas menyerap cecair lebih banyak berbanding kulit. Jadi, semak pad kapas anda sekarang!

Jika pad kapas anda menyerap cecair lebih banyak, anda perlu mencuba BY ECOM Skin Pack Cotton Pad.

Foto – Arkib Wanista

Pad kapas ini hanya menyerap setengah cecair sahaja berbanding pad kapas di pasaran. Secara tidak langsung anda dapat menjimatkan produk kecantikan yang dipakai untuk mengelak pembaziran.

Selepas sebulan menggunakan rangkaian BY ECOM Heartlife, anda boleh melihat keberkesanannya yang ketara apabila tiada lagi blackhead di wajah! Rangkaian BY ECOM Heartlife boleh didapati dalam talian di Ksisters.

The post Tak Stress Picit Blackhead, BY ECOM Heartleaf Dapat Selesaikan Masalah Ini! appeared first on Wanista.com.

Fazura Dah Ada Produk Skincare Sendiri, Ini Yang Best

$
0
0

“Alahai geram tengok Fazura yang sentiasa cantik, produk apalah yang digunanya”?

Lumrah kehidupan, kita wanita tidak dapat lari daripada merasa cemburu bila melihat kulit wajah yang flawless bebas cacat cela.

Baru-baru ini, Fazura melahirkan produk penjagaan wajah yang diidamnya selama ini. Rangkaian skincare tersebut merupakan rahsia Fazura miliki wajah yang bersih dan cantik sempurna. Kalau anda nak cantik macam Fazura, even tanpa sekarang solekan… this is for you!

Perkenalkan Fazura Skincare

Fazura Skincare sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang berjerawat. Ia juga mempunyai agen anti penuaan dan pencerahan, melembap dan menhidrasi kulit agar terlihat lebih sihat dan berseri-seri.

Foto – Arkib Wanista

Set eksklusif lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam dan juga serum bersaiz mini sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

“Sekarang set Fazura Skincare menjadi rutin harian saya, dan ia sangat melegakan dan mudah digunakan setiap hari. Teksturnya yang tidak berminyak membuatkan saya berasa sangat segar dan membantu membaiki kulit saya terutama pada hari yang sibuk.

Formula Semula Jadi Yang Baik

Fazura Skincare menggunakan formula bahan semula jadi yang berkualiti tinggi dan dijamin keberkesanan.

Cynanchum Atratum Extract, ekstrak semulajadi dari Korea yang dapat membantu menjana semula sel-sel kulit mati, menghilangkan kotoran dan memberi kesegaran optimum pada kulit wajah.

Avena Strigosa Seed Extract iaitu ekstrak gandum hitam yang berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit selama 24 jam.

Foto – Arkib Wanista

Centrella Asiatica Extract atau daun pegaga bertindak untuk memperbaiki sel-sel kulit mati, menghasilkan kolagen secara semulajadi dan membentuk sel-sel kulit baru.

Kombinasi unik ini menjadikan Fazura Skincare standing dengan produk antarabangsa yang lain. Tekstur yang ringan membuatkan ia rasa selesa bila apply ke muka.

Ini Cara Guna Fazura Skincare

View this post on Instagram

FAZURA Skincare 🌸

A post shared by Official Fazura Skincare (@fazuraskincare) on

Kalau berminat nak cuba, boleh pergi ke Instagram Fazura Skincare [SINI] untuk maklumat lanjut.

Selamat Mencuba!

The post Fazura Dah Ada Produk Skincare Sendiri, Ini Yang Best appeared first on Wanista.com.

Nak Wajah Awet Muda, NutraVita Marine Placenta Ada Caranya

$
0
0

Wanita mana yang tak mahu wajah mereka sentiasa kelihatan awet muda dan cantik jelita kan?

Lepas ini tak payah pening kepala nak cari produk mana yang bagus dan berkesan kerana Sinaran Wanita, telah menghasilkan produk penjagaan dan kecantikan wajah yang unggul iaitu NutraVita Marine Placenta.

Rahsia Awet Muda Wanita Jepun

Foto – Arkib Wanista

Ramai wanita-wanita di Jepun memiliki rupa paras yang muda seperti remaja, memang cemburu bila kita melihat wanita yang berusia memiliki wajah awet muda.

Wanita di Jepun mampu memiliki rupa paras yang sebegitu adalah kerana penggunaan produk anti-kedut dan anti-penuaan yang berkesan, jadi tidak hairanlah ramai wanita Jepun miliki rupa paras yang awet muda.

Guna Kantung Ovari Ikan Salmon

Teknologi Jepun dalam bidang kecantikan memang tidak boleh disangkal lagi dan ini terbukti apabila sebuah syarikat Jepun, menemui bahawa ovary peptides yang diekstrak dari placenta ikan salmon berkesan untuk dijadikan sebagai anti-kedut dan anti-penuaan untuk kulit wajah wanita.

Foto – Arkib Wanista

Kantung ovari yang memegang telur dalam ikan salmon ini mengandungi banyak komposisi asid amino, yang serupa dengan kolagen dan sekaligus menjadi anti-penuaan dan anti-kedut yang paling sempurna.

Dengan penemuan kesan anti-penuaan dan anti-kedut menerusi kantung ovari ikan salmon yang diekstrak dari placenta ikan salmon ini, Sinaran Wanita menghasilkan produk profesional iaitu NutraVita Marine Placenta.

Halal Dan Mudah Serap Dalam Lapisan Kulit

NutraVita Marine Placenta ini mempunyai molekul kecil yang mudah menyerap ke dalam kulit wajah wanita dengan mudah dan lancar.

Foto – Arkib Wanista

Bukan itu saja, produk ini juga diperakui halal dan selamat untuk para wanita terutama wanita Muslim jugakannya.

Produk kecantikan ini tampil dengan dua produk kecantikan, iaitu NutraVita Marine Placenta Concentrate dan juga NutraVita Marine Placenta Serum untuk penjagaan kulit wajah wanita.

NutraVita Marine Placenta Concentrate

Bagi yang memiliki masalah bekas luka jerawat, kecederaan atau pembedahan di muka, maka NutraVita Marine Placenta Concentrate merupakan produk yang kamu perlukan.

Foto – Sinaran Wanita

Gabungan unik seperti Salmon Placenta Ovary Peptides, Bovine Colostrum Based Growth Factor Concentrate (GFC), Asid Hyaluronik dan Alga Laut, menghasilkan formula kesihatan kulit yang sihat.

Produk ini juga kaya dengan kolagen semula jadi serta minyak pelembap kulit tulen, bagi meningkatkan sel stem kulit epidermis untuk pembaikan kulit sambil menyerap jauh ke dalam kulit.

Cara penggunaan – Titis satu ke dua titisan di waktu pagi dan malam, pakai sebelum memakai serum.

NutraVita Marine Placenta Serum

Nak wajah awet muda tanpa masalah kedutan dan penuaan, gunalah NutraVita Marine Placenta Serum, yang direka khas bagi mengurangkan kesan penuaan, garis halus dan kedutan di wajah.

Foto – Sinaran Wanita

Dengan 5-Mode-Action yang terdapat di dalam serum ia dapat meningkatkan penampilan kulit, meminimakan saiz liang pori dan juga memperbetulkan kesan penuaan, garis halus dan kedutan.

Cara penggunaan – Pam dua kali pada waktu pagi dan malam, selepas memakai concentrate.

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang ingin mendapatkan produk penjagaan dan kecantikan wajah ini, kamu boleh layari laman sesawang Sinaran Wanita di sini dan dapatkan NutraVita Marine Placenta Concentrate dengan harga RM59.90 dan NutraVita Marine Placenta Serum dengan harga RM89.90.

Lepas ini nak dapatkan kulit wajah awet muda, tiada kesan kedutan, tanda penuaan dan garis halus senang sangat, guna NutraVita Marine Placenta Concentrate dan Serum dah cukup!

The post Nak Wajah Awet Muda, NutraVita Marine Placenta Ada Caranya appeared first on Wanista.com.

Mandi Bunga Naikkan Aura Wanita, Benar Atau Tidak

$
0
0

Mandi bunga boleh naikkan aura dan seri wanita, betul ke?

Amalan mandi bunga ini sebenarnya tidak asing lagi dalam budaya masyarakat di Asia, orang dahulu-kala percaya bahawa amalan mandi bunga ini berkesan bagi menaikkan aura seri wanita, membuang aura negatif diri dan memulihkan semangat.

Tapi pokok-pangkalnya di sini, benarkah amalan mandi bunga ini benar-benar berkesan? Nak tahu sama ada jawapan, jom teroka bersama penulis.

Diri Jadi Lebih Bersemangat

Foto – TripAvisor

Menerusi pengalaman ahli keluarga dan diri penulis sendiri, mandi bunga ini memang berkesan membuatkan diri jadi lebih bersemangat dan segar.

Ini kerana campuran bunga-bunga pilihan yang berwarna-warni secara tidak langsung merawat dan menjadi terapi minda semasa mandi.

Tubuh Rasa Lebih Segar

Foto – Kompasiana

Untuk makluman bunga-bungan merupakan tumbuhan yang paling banyak menyerap cahaya matahari, dan mengandungi banyak khasiat tersembunyi.

Kemudian apabila berendam dalam tab mandian bersama campuran bunga-bunga ini, segala khasiat yang terdapat di dalam bunga akan meresap masuk ke dalam tubuh dan sekaligus membuatkan tubuh jadi lebih segar serta berseri dari dalam.

Diri Jadi Lebih Berkeyakinan

Foto – Pesona Pengantin

Apabila tubuh dalaman menjadi segar, bersemangat dan berseri, secara tidak langsung membuatkan diri secara perlahan-lahan lebih berkeyakinan dari biasa.

Aura Dalaman Terserlah

Foto – Arkib Wanista

Mandi bunga memang boleh menyerlahkan aura dalaman wanita, dengan mandian dari pelbagai jenis bunga-bungan yang berlainan jenis ini mempunyai manfaat dan fungsi tersendiri bagi menaikkan aura diri.

Tambahan lagi, dengan mengamalkan mandi bunga secara tindak langsung kita juga akan jadi lebih positif, tenang dan cergas dalam melaksanakan apa jua tugasan.

Variasi Bunga Yang Digunakan Dalam Mandi Bunga

Foto – Health Is Wealth

Bunga mana yang sering digunakan dalam amalan mandi bunga ini, dan apa pula fungsi bunga-bunga tersebut dalam amalan mandi bunga ini? Jom lihat di bawah.

  • Bunga kenanga – menaikkan seri dan membuatkan diri senang didekati
  • Bunga cempaka putih – melembutkan dan mewangikan badan
  • Bunga cempaka kuning – menyerikan wajah dan mewangikan badan
  • Bunga mawar merah – membuatkan diri jadi lebih berani dan berkeyakinan
  • Bunga mawar putih – menyegarkan dan menyucikan badan agar jadi lebih berseri
  • Bunga melur putih kuning – menyucikan dalaman diri
  • Limau purut – membuang kotoran dan pori agar aura dan seri bunga dapat meresap masuk ke dalam tubuh dengan mudah

Mandi Bunga Dalam Islam Di Benarkan

Foto – Arkib Wanista

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan mandi bunga dibenarkan dengan syarat ia tidak disertakan dengan unsur syirik dan khurafat.

Tambahan lagi, amalan mandi bunga adalah bertujuan untuk sebagai ikhtiar diri bagi mendapatkan kesihatan badan, kesegaran dan terapi untuk memulihkan semangat.

Kamu dah pernah cuba mandi bunga? Kalau belum, bolehlah cuba mandi bunga di hujung minggu ini nanti di spa memang tak rugi cuba.

Rujukan: 1, 2,

The post Mandi Bunga Naikkan Aura Wanita, Benar Atau Tidak appeared first on Wanista.com.


Best Tentang Milani Screen Queen Foundation, Mekap Nampak Natural

$
0
0

“Cantik sangat mekap kau, nampak natural. Macam tak pakai mekap.”

Terus kembang bila mendengar pujian tentang mekap flawless. Soalannya mekap apa yang digunakan?

Milani Screen Queen Foundation

Anda menggunakan telefon 24/7. Memang itu hak anda, tapi kulit anda mungkin mengalami kesannya akibat cahaya biru yang datang dari peranti yang boleh menyebabkan kerosakan serius.

Milani Screen Queen Foundation. Foto – Arkib Wanista

What’s the deal with this Milani Screen Queen Foundation? Dicipta untuk memberi anda kulit yang sempurna, asas ringan mengaburkan ketidak sempurnaan untuk kemasan kulit yang sekata dan bercahaya.

Dibuat dengan Digital Bluelight Filter™ Technology, formula membantu mengatasi tanda-tanda kerosakan digital – kusam, perubahan warna & hiper-pigmentasi, untuk memastikan kulit anda berada dalam tahap yang baik walaupun lama berdepan dengan skrin.

Foto – Arkib Wanista

Hasil Kajian

  • 100% setuju kulit kelihatan bercahaya secara semula jadi
  • 97% bersetuju bahawa kulit kelihatan lebih terjaga dan dihidupkan semula
  • 97% bersetuju bahawa kulit mereka lebih berseri daripada biasa
  • 94% setuju kulit kelihatan cerah sempurna
Tekstur ringan tidak terlalu tebal, selesa apply ke muka. Foto – Arkib Wanista

Tersedia dalam 10 pilihan warna mengikut tona kulit masing-masing. Harga runcit hanya RM72 dan boleh didapati di semua Watsons.

The post Best Tentang Milani Screen Queen Foundation, Mekap Nampak Natural appeared first on Wanista.com.

7 Sebab Barang Mandian Summerie Bagus Untuk Tubuh & Rambut Wanita

$
0
0

Masa penularan pandemik seperti sekarang ini kita semua sangat berjaga-jaga terutama dari segi pemakanan, dan juga mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Selain dua perkara tersebut, pemilihan barang mandian juga harus dititikberatkan dan sebaik-baiknya produk mandian berasaskan sumber semulajadi harus menjadi keutamaan pilihan wanita masa kini.

Antara produk mandian berasaskan sumber bahan semulajadi yang menarik perhatian Wanista adalah Summerie, di mana produk ini menampilkan rangkaian produk mandian seperti sabun badan dan shampoo rambut yang diperbuat dari bahan semulajadi yang bagus.

Tapi apa yang membuatkan ia bagus untuk wanita gunakan?

#1 Mengandungi 94% Bahan Semula Jadi

Foto – Facebook Summerie

Bagusnya produk Summerie ini adalah, semua rangkaian barang mandian dan penjagaan rambut Summerie ini mengandungi 94 peratus bahan sumber semulajadi yang bagus untuk kesihatan kulit bahan dan rambut wanita masa kini.

#2 Bebas Bahan Kimia 

Foto – Arkib Wanista

Bukan itu saja, Summerie juga bebas dari dari bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit dan rambut seperti silikon, SLS (sodium lauryl sulfate), SLES (sodium laureth sulfate), paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.

#3 Minyak Biji Bunga Matahari Beri Manfaat Pada Tubuh & Rambut

Foto – Arkib Wanista via Facebook Summerie

Keempat-empat rangkaian sabun badan dan shampoo rambut berserta conditioner Summerie, diperkaya dengan minyak biji bunga matahari untuk menyihatkan dan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan rambut wanita.

#4 Minyak Jojoba Penyelamat Mahkota Wanita

Foto – Arkib Wanista via Facebook Summerie

Rambut merupakan mahkota yang sangat bernilai buat wanita, tetapi sayangnya dengan faktor cuaca dan pelbagai masalah lain menyebabkan ramai wanita mengalami masalah rambut.

Tetapi itu semua dapat ditangani dengan produk Summerie ini, kerana ia mengandungi minyak jojoba dalam rangkaian produk rambut yang dipasarkan.

Bagi meningkatkan keberkesanan shapoo dan menangani masalah rambut kering, berminyak, kelimumur dan rambut normal, ekstrak minyak jojoba mampu menyelamatkan rambut wanita masa kini.

#5 Tubuh Bau Harum, Gabungan Buah-Buahan & Tumbuhan

Foto – Arkib Wanista

Wanita mana yang tidak mahu bau badan sentiasa harum, wangi dan memikat bukan? Dengan rangkaian sabun badan seperti grapefruit, chamomile, passion fruit dan ginger ini, dapat merealisasikan keinginan wanita secara semulajadi.

Dengan ekstrak buah-buahan, tumbuhan dan minyak biji bunga matahari ini, bau harum secara semulajadi akan melekat di tubuh secara alami.

#6 Melindungi Kulit Dari Serangan Bakteria

Foto – Arkib Wanista via Facebook Summerie

Dalam masa pandemik sebegini pastinya produk mandian yang mampu membunuh 99.9 peratus kuman dan bakteria, sangat dikehendaki ramai.

Dan Summerie menawarkan sabun badan jenis grapefruit dan chamomile, yang mampu membunuh bakteria dan bertindak sebagai agen anti-bakteria.

#7 Kulit Sihat, Lembap Dan Tidak Kering

Foto – Facebook Summerie

Sebagai wanita kita sangat menitik beratkan keadaan kulit tubuh yang cepat sangat menjadi kering, kusam, tidak bermaya.

Tetapi dengan rangkaian mandian sabun badan Summerie, kulit wanita akan jadi lebih hidrat, lembap, lembut, tona kulit lebih sekata dan sihat.

Bonus

#8 Harga Murah & Berbaloi

Memang tak rugi cuba produk mandian dan penjagaan rambut Summerie ini dan harga juga sangat murah dan berbaloi-baloi.

Untuk rangkaian mandian sabun badan mempunyai dua saiz pilihan iaitu sabun mandi saiz 325ml dijual pada harga RM10.90 setiap satu, manakala sabun mandi saiz 650ml dijual pada harga RM17.90 setiap satu.

Untuk rangkaian penjagaan rambut iaitu shampoo hadir dengan saiz 325ml yang dijual dengan harga RM17.90 setiap satu.

Foto – Arkib Wanista via Facebook Summerie

Summerie juga menawarkan conditioner rambut bersaiz 175ml, yang sesuai digunakan untuk semua jenis rambut pada harga RM17.90. Dan sanitizer tangan botol kecil 50ml, dalam bentuk gel dan spray yang berharga 4.90.

Bagi yang berminat untuk mencuba produk bersumberkan alam semulajadi ini, kamu boleh berkunjung ke Guardian berhampiran atau layari laman sesawang Guardian di sini untuk membeli secara dalam talian.

The post 7 Sebab Barang Mandian Summerie Bagus Untuk Tubuh & Rambut Wanita appeared first on Wanista.com.

Petanda Kulit Kamu Tak Sesuai Dengan Skincare Baru

$
0
0

Skincare sangat tricky… Apa yang digunakan oleh rakan kamu tidak semestinya sesuai untuk kamu. Malah jenis kulit kamu juga mungkin tidak sama dengan ibu dan adik beradik lain. Mungkin kamu acne-prone dan adik kamu kulit normal yang langsung tidak mempunyai apa-apa masalah muka.

Dan mungkin skincare jenama A yang ramai orang kata bagus dan berkesan, sayangnya tidak berkesan pada kamu.. kulit mula tumbuh biji-biji, kemerahan yang menyebabkan ketidak selesaan.

Wanista kongsikan antara petanda kulit kamu tidak sesuai dengan skincare baru. Bila ini terjadi, bertukar kepada skincare yang lebih ringan menggunakan bahan semula jadi.

Jerawat Mula Timbul

Benda yang paling buat wanita stress bila muka tiba-tiba tumbuh jerawat. Menurut pakar, kulit wajah memerlukan kira-kira dua hingga tiga minggu untuk adapt produk baru, maka jerawat yang timbul akan hilang selepas itu. Namun jika breakout makin teruk, kulit kamu mungkin sedang memberi petanda.

Foto – Beauty

Kulit Kamu Terlalu Berminyak

Ada yang pernah alami benda ini? Minyak mula berkumpul di muka sehingga menyebabkan kamu rasa tidak selesa dan muka melekit. Penyelesaian untuk kulit berminyak? Elak pelembap jenis krim dan pilih produk rumusan gel atau yang mengandung hyaluronic acid. 

Kulit Bengkak atau Gatal

Bila kulit kamu alergi terhadap salah satu kandungan dalam produk skincare, pori-pori boleh terumbat dan menimbulkan bintik atau menyebabkan gatal-gatal. Keadaan ini menyebabkan kamu tidak selesa dan terasa mahu menyentuh, yang hanya memburukkan lagi keadaan kulit.

Foto – Life

Kulit Mula Mengelupas

Bila dah mengelupas, memang kamu kena bertukar skincare. Terlalu sering menggunakan produk skincare yang kuat formulanya boleh membuat kulit kering dan pecah-pecah. Bila kamu gunakan produk dengan exfoliant, kandungan retinol atau alpha-hydroxy acids, hadkan satu hingga tiga kali  seminggu saja.

Rasa Panas dan Kemerahan

Jika kamu merasakan sensasi panas, bengkak atau gatal setelah apply skincare, ini bermakna kulit kamu sensitif terhadap salah satu kandungan produk tersebut. Jika berterusan, tukarlah skincare. Cari dari formula yang lebih ringan dan tidak merengsakan kulit.

Foto – AMP

Selamat Beramal!

The post Petanda Kulit Kamu Tak Sesuai Dengan Skincare Baru appeared first on Wanista.com.

Produk Baru Philosophy Guna Ekstrak Buluh Untuk Kulit Lembap Berseri

$
0
0

Mengalami masalah kulit berminyak? Tak tahu nak guna produk apa? Produk yang satu ini direka untuk kamu!

Kulit berminyak memang adakalanya memberi glowing semula jadi, tapi yang tak best bila extra glowing dan terasa tidak selesa dan bersinar-sinar, rasa tebal minyak di muka.

Jenama philosophy teruja untuk memperkenalkan dua produk baru yang dibuat bebas minyak dicipta untuk kulit kombinasi dan berminyak.

Philosophy Purity Made Simple Oil-Free

Rangkaian baru philosophy purity tampil dengan pembersih wajah dari formula ekstrak buluh, dan pelembap pula dibuat dari gabungan vitamin dan ekstrak buluh. Rejimen bebas minyak yang membersih, menyeimbang, menghidrat dan menganjalkan kulit secara mendalam tanpa lebih pengeringan.

Foto – Arkib Wanista

Keduanya diformulasikan dengan ekstrak buluh, yang terkenal dengan kualiti pematangan serta ganjaran kebaikan untuk kecantikan kulit wajah yang tidak diketahui.

Buluh, Bahan Popular Skincare K-Beauty

Tahukah, buluh menjadi antara bahan utama dalam produk penjagaan kulit, terutama rangkaian kecantikan Korea kerana sifatnya yang terpuji untuk kulit.

Menjadikan kulit berseri dan kenyal

Buluh kaya dengan kandungan silika, yang memberikan kulit anda cahaya berseri. Ia juga mempunyai manfaat penghidratan. Silika menghasilkan kolagen untuk kulit yang lebih kenyal dan awet muda.

Apabila digunakan secara berkala, produk dengan buluh sebagai bahan dapat menjadikan kulit anda lebih halus dan lebih lembut.

Kaya dengan sebatian penting

Ekstrak buluh kaya dengan sebatian seperti amino acids, flavonoids, yang merupakan antioksidan yang melindungi kulit daripada tekanan oksidatif. Sebatian ini penting dalam penjagaan kulit untuk melindungi dari sinaran UV.

Foto – Swiss Clinique

Melindungi kulit dari radikal bebas

Ekstrak buluh adalah antioksidan yang kuat, yang menjadikan kulit anda selamat daripada radikal bebas. Ia juga mengurangkan garis-garis halus dan menjadikan kulit anda lebih lembut dan lembap.

Menguatkan kulit

Jerawat merosakkan lapisan luar kulit yang melindunginya daripada bakteria dan pencemaran alam sekitar. Buluh menguatkan penghalang ini dan mengembalikan lapisan luar, sehingga memudahkan memerangi jerawat.

Pembersih Wajah

Pembersih baru bebas minyak dengan ekstrak buluh adalah langkah pertama untuk mencapai kulit matte yang sempurna.

Berharga RM106. Foto – Arkib Wanista

Tekstur gel berbuih yang menyegarkan menjadikan kulit terasa segar, tidak kencang dan selesa bila diaplikasikan. Pembersih ini sesuai untuk kombinasi dengan jenis kulit berminyak dan diformulasikan tanpa minyak, paraben, phthalates, formaldehydes, sls dan sles.

Pelembap Bebas Minyak

Pelembap bebas minyak dengan vitamin dan ekstrak buluh mengawal penampilan kilauan dan minyak berlebihan, untuk kulit kekal terhidrat.

Berharga RM133. Foto – Arkib Wanista

Mengalami penurunan penampilan lebihan minyak pada kulit tanpa pengeringan berlebihan sementara kulit terasa lebih matte dan seimbang.

Rangkaian ini boleh didapati secara eksklusif di semua kedai Sephora dan www.sephora.my mulai 1 Oktober.

The post Produk Baru Philosophy Guna Ekstrak Buluh Untuk Kulit Lembap Berseri appeared first on Wanista.com.

Wanita Mana Tak Mahu Kulit Putih & Licin Macam Telur Rebus, Ini Caranya

$
0
0

Tanyalah mana-mana wanita di dunia ini, siapa yang tidak mahu miliki wajah yang licin, putih, tanpa sebarang bekas jerawat dan bintik hitam di muka.

Nukilan kata “beauty is pain” adalah benar kerana tanpa usaha keras macam mana nak dapatkan wajah yang flawless begitu kan?

Ini bagaimana nak dapatkan kulit wajah yang putih dan licin macam telur rebus, boleh kamu lakukan di rumah.

Tidur Cukup

Foto – Arkib Wanista

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, kamu perlu bekalkan kulit yang sihat dengan mengamalkan tidur yang mencukupi.

Kerana waktu tidurlah yang bantu membaik pulih sel kulit dan apabila kulit jadi sihat, maka lagi mudahlah penyerapan produk dalam kulit.

Amalkan Minum Air Masak & Makanan Berkhasiat

Badan yang di penuhi toksin berpunca daripada makanan dan minuman segera dan tidak sihat, yang kamu telan selama ini.

Foto – Arkib Wanista

Dan toksin ini keluar ke permukaan kulit menjadi jerawat lalu meninggalkan parut, untuk mendapatkan wajah yang bersih kamu harus berhenti makan makanan segera dan minuman bergas.

Sebaliknya amalkan banyak minum air masak dan makan makanan yang berkhasiat, barulah dapat kulit yang bersih dan sihat.

Perlu Bersenam

Foto – Arkib Wanista

Katalah kamu memang malas tahap langit ketujuh sekalipun, lakukanlah aktiviti berlari anak, buat push-up, bangkit tubi, atau skipping di ruang tamu rumah.

Supaya kamu dapat mengeluarkan peluh, apabila peluh keluar secara tidak langsung toksin dalam badan dapat di keluarkan dengan cara semulajadi selain menjaga pemakanan.

Kulit Licin Dan Putih Macam Telur Rebus Guna Bahan Semula Jadi

Dengan mengamalkan tidur yang mencukupi, ambil pemakanan yang berkhasiat dan bersenam, kulit kamu secara perlahan-lahan menjadi sihat dan lebih mudah sel-sel kulit menyerap nutrisi penjagaan kulit.

Kini mulalah rutin untuk kamu lakukan untuk mendapatkan kulit putih dan mulus dengan cara menggunakan bahan semulajadi.

Bahan-bahan

  • 1 sudu makan putih telur
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 cubit serbuk penaik/serbuk soda
  • 1 sudu teh jus limau/lemon

Cara penyediaan

  • Pukul putih telur sampai jadi berbuih selama 2 minit
  • Masukkan madu, soda, jus limau atau lemon, dan kacau semua bahan-bahan sehingga berbuih putih
  • Kemudian masukkan serbuk penaik atau serbuk soda, kacau bahan sehingga sebati

Rutin kecantikan

  • Sapu bahan di muka dan biarkan kering selama 5 minit
  • Kemudian sapu lagi sekali di muka dan biarkan kering selama 15 minit
  • Bilas muka dengan air sejuk
  • Amalkan 2-3 kali seminggu selama 3-4 minggu berturut-turut
  • Kamu akan dapat hasilnya kulit wajah putih berseri dan flawless.
Foto – Arkib Wanista

Ingat memang rutin penjagaan wajah penting, tapi apa yang membuatkan kamu berjaya mendapatkan hasil sebegitu adalah dengan penjagaan dalaman seperti tidur cukup, makan terjaga dan rajin bersenam.

Barulah kulit sihat, berseri, bersih dan cantik jelita macam telur rebus.

Selamat beramal♥

The post Wanita Mana Tak Mahu Kulit Putih & Licin Macam Telur Rebus, Ini Caranya appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2420 articles
Browse latest View live