Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2409 articles
Browse latest View live

Vitamin Pemutih NuFinity White Bernutrisi & Berkesan

$
0
0

Seperti yang kita semua tahu, tomato sangat lazim dengan fungsinya yang mampu memuluskan kulit sekaligus meningkatkan keremajaan kulitjika sering diamalkan sebagai masker.

Terkini, syarikat pengeluar produk kesihatan ternama Apex Biocare Malaysia Sdn Bhd buat julung kalinya memperkenalkan vitamin pencerah NuFinity White yang memfokuskan ekstark tomato sebagai ramuan utama yang pastinya mampu memberi kesan terunggul dalam masa kurang lebih 14 hari!

Sumber: Apex Biocare

Untuk pengetahuan semua, NuFinity White mengandungi tiga ramuan utama yang berasaskan sumber alami termasuklah ekstrak buah melon dan kolagen marin selain ekstrak tomato itu snediri. Dipercayai, ketiga-tiga ramuan itu bisa memberi perlindungan terhadap selaran UVA dna UVB yang mengakibatkan kegelapan kulit.

Rasai pengalaman pemutihan kulit tanpa sebarang rawatan yang memeritkan bila mengamalkan pengambilan NuFinity White yang ternayata berkesan malah, dihasilkan secara berkualiti -100 peratus dengan kerjasama bersama pihak pengeluar di Korea Selatan.

Duta NuFinity, Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping Liew. Foto -Arkib Wanista

Bagi yang berminat, NuFinity White ini hadir dalam kotak yang mengandungi 30 sachet dan harusnya dimakan satu sachet sehari. Adalah baik untuk mengambilnya sebelum bersarapan setiap pagi mahupun sebelum tidur. Boleh dapatkan NuFinity White di mana-mana farmasi terpilih seluruh Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [nufinity.com.my/nuwhite].

The post Vitamin Pemutih NuFinity White Bernutrisi & Berkesan appeared first on Wanista.com.


Jom Cuba! Innisfree Keluarkan Produk Berasaskan Delima Merah

$
0
0

Nampak berkhasiat! Terkini jenama rangkaian kecantikan terunggul kegemaran ramai dari Korea ini tampil memperkenalkan keluarga produk baharu yang memanfaatkan vitamin dari buah delima merah.

Segar dan merupakan tanaman yang dipetik dari bumi Jeju sendiri. Menurut sejarahnya pula, sejak 4000 tahun sebelum masihi, seorang puteri jelita si Cleopatra juga dikatakan memanfaat delima kerana kandungan antioksidan yang terdapat dalam bijinya adalah tinggi melebih 3.4 kali ganda.

Toner (RM86) & Emulsion (RM86). Foto -Arkib Wanista

Manakala, kulit buah delima pula mengandungi kadar antioksidan yang elok untuk membaik pulih penuaan sekitar 10.4 kali ganda! Ianya juga mampu mencerah.

Foam Cleanser (RM53). Foto -Arkib Wanista

Rangkaian “Jeju Pomegranate Revitalizing” telah melalui beberapa fasa pemprosesan unik apabila tanaman pohonnya ditanam dalam suasana udara bersih, disiram dengan air asli serta baja semulajadi yang sememangnya wujud di tanah Jeju. Ini sekaligus menghasilkan produk kecantikan yang berkualiti unggul buat yang meminati Innisfree.

Sleeping Pack (RM76) & Capsule Cream (RM110). Foto -Arkib Wanista

Selain manfaat kulit delima, sekalian produk ini mengandungi minyak biji untuk pelihara penuaan seterusnya, melahirkan lapisan perlindungan antioksidan buat kulit.

Serum (RM120) & Eye Essence (RM110). Foto -Arkib Wanista

Jus perahan buah delima yang terdapat di dalam rangkaian Innisfree Jeju Pomengranate Revitalizing ini juga bakal buat kulit bersinar manakala elemen niacinamide pula akan tingkatkan keanjalan kulit.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/innisfreeMYS] dan boleh mula dapatkan rangkaian Innisfree Jeju Pomengranate Revitalizing di mana-mana kaunter dan butik Innisfree di seluruh Malaysia.

The post Jom Cuba! Innisfree Keluarkan Produk Berasaskan Delima Merah appeared first on Wanista.com.

10 Item Paling Top Untuk Sambar Masa Sephora’s Private Sales!

$
0
0

Perhatian buat pemegang kad keahlian Gold dan Black Sephora, pangkah tarikh dari 1 hingga 5 Mei ini kerana Sephora Malaysia bakal lancarkan pesta jualan murah besar-besaran -beri potongan harga sebanyak 20 peratus untuk kesemua item kosmetik dan barangan kecantikan yang dijual!

Merupakan aktiviti tahunan, ia membuka peluang kepada para pelanggan untuk mendapatkan produk kecantikan kegemaran mereka pada harga yang jauh lebih berpatutan, Sephora’s Private Sale tahun ini ada mengetengahkan beberapa item hangat untuk disambar kamu.

Sumber: Giphy

Untuk pengetahuan semua, setiap RM1 yang dibelanjakan, pelanggan layak mengumpul 1 mata ke dalam kad keahlian mereka. Ahli Sephora Gold Members juga berpeluang dapatkan bekas air tumbler edisi terhad dihiasi kilauan emas dengan pembelian RM80 ke atas!

Jangan lepaskan peluang, ini 10 item paling top untuk kamu dapatkan sepanjang Sephora’s Private Sale.

#1 Dior Addict Lip Tattoo: RM132 [BELI]

Ditawar dalam 9 rona natural yang tepat mengikut semua tona kulit. Lip tint jenis matte ini mampu kekal lama pada bibir berjam lamanya dan sangat tahan lasak. (Harga Diskaun 20%: RM105.60)

Sumber: Sephora

#2 Supersonic Hair Dryer (harga tak dinyatakan)

Proses mengeringkan rambut pasti jadi semudah ABC bila ada pengering eletronik Dyson Supersonic ini. Rekaannya moden, fungsi muncung yang pelbagai bukan hanya mampu menyebarkan haba secara menyeluruh pada setiap helaian rambut tetapi, ianya juga akan jadikan tekstur rambut terlihat menawan serta-merta!

#3 Advanced Night Repair Synchronized Recovery Complex II: RM205 [BELI]

Cantikkan kulit semalaman dengan sapuan cecair ajaib olahan Estee Lauder ini. Sebaik bangun tidur, kulit akan lebih remaja dan kelihatan lembab sempurna. (Harga Diskaun 20%: RM164)

Sumber: Pinterest

#4 Fenty Beauty Bomb Baby Mini Lip & Face Set: RM99 [BELI]

Agungkan diva Rihanna? Ini masa tepat untuk dapatkan pek duo yang disertai pengilat pipi dan pengilat bibir yang buatkan hasil mekap kamu nampak ekstrem menggoda! (Harga Diskaun 20%: RM79.20)

Sumber: beataroundtheblush.com

#5 Foreo Luna Mini 2: RM636 [BELI]

Bagi yang suka tempel mekap tebal di wajah, kamu disaran guna berus pembersih wajah elektronik sebegini. Ia dilengkapi bilah-bilah berus lembut yang diperbuat daripada material silikon, mampu menanggalkan sisa mekap degil dan kotoran yang terperangkap dalam pori. (Harga Diskaun 20%: RM508)

Sumber: blushdigital.co

#6 Fresh Soy Face Cleanser: RM67 [BELI]

Diakui kebanyakan pengguna sebagai pencuci yang sangat berkesan melawan kerosakan wajah. Sesuai untuk semua jenis dan keadaan kulit, ianya membersih secara lembut malah mampu menghilangkan sisa mekap dan maskara sekaligus, salur kelembapan optimum. (Harga Diskaun 20%: RM53.60)

Sumber: Instagram

#7 Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner: RM107 [BELI]

Masih belum jumpa toner wajah yang serasi? Boleh cuba toner kelopak mawar dari Fresh. Mewah sangat kerana setiap helaian kelopak dalam toner ini adalah dari ros sebenar dan ianya sangat menyamankan dan bisa pelihara kulit dari dalam. (Harga Diskaun 20%: RM85.60)

Sumber: FRESH

#8 Huda Beauty Nude Eyeshadow Palette: RM275 [BELI]

Palet pembayang mata yang berasaskan rona tanah, ungu dan kemerahan ini adalah apa yang kamu perlu untuk menghasilkan satu riasan mata paling glamor from day to night. Dengar kata ini adalah palet pembayang mata yang paling hit buat masa ni! (Harga Diskaun 20%: RM220)

#9 Huda Beauty Kayali Elixir | 11 EDP: RM345 [BELI]

Haruman mewah ciptaan MUA terkemuka Huda Beauty yang terdapat dalam pilihan botol elegan berukuran 50ml dan 100ml ini adalah diinspirasikan dari kekayaan warisan serta sofistikasi bumi timur tengah. Dapatkan semasa Sephora’s Private Sale bermula esok! (Harga Diskaun 20%: RM276)

Sumber: Pinterest

#10 Kat Von D Tattoo Liner: RM93 [BELI]

Celak yang mudah digunakan dari jenama Kat Von D Beauty ini sudah memenangi banyak anugerah kerana kualiti dan kemampuannya untuk mencipta solekan mata dramatik secara ringkas. (Harga Diskaun 20%: RM74.40)

Sephora Malaysia menjemput semua beauty enthusiast untuk turut serta dan menyambar seberapa banyak alat solek kegemaran kamu pada harga murah.

Serbu mana-mana cawangan Sephora berdekatan atau beli sahaja menerusi laman sesawang Sephora Malaysia [DI SINI] sebelum menyesal kemudian. Sephora’s Private Sale cuma untuk lima hari saja tau?!

Happy shopping! ❤

The post 10 Item Paling Top Untuk Sambar Masa Sephora’s Private Sales! appeared first on Wanista.com.

Foundation Chriszen Match Matte Serum Cantikkan Kulit Sambil Melembab

$
0
0

Selaku jenama kosmetik buatan Malaysia yang dijamin halal, Chriszen yang dahulunya popular kerana inovasi bedak asasnya yang hadir dalam botol beroda kini tampil dengan produk bedak asas baharu diberi nama Chriszen Match Matte Serum Foundation.

Apa yang menarik tentang bedak asas ini adalah ianya disertai serum di mana, molekul serum tersebut adalah cukup ampuh dan kecil sehingga mampu meresap ke dalam partikel kulit secara efektif bagi menyalurkan kelembapan optimum. Ini kerana, kebanyakkan bedak asas jenis matte jenama lain adalah mengeringkan kulit.

Sumber: Facebook/chriszenofficialpage

Dalam keadaan lain, jikalau pun kulit si pemakai mengalami kerosakan seperti ruam, berparut, berjerawat mahupun kerinng, serum tersebut dapat membaiki terus keadaan kulit dalam masa yang singkat dengan adanya bantuan kelembapan. Warna kulit juga akan lebih sekata.

Sumber: Facebook/chriszenofficialpage

Chriszen Match Matte Serum Foundation mengandungi 11 bahan hebat yang berasaskan sumber alami seperti ekstrak bearberry, extrak kernel oat, alga laut merah, ekstrak akar pohon herba licorice, Vitamin B3, ekstrak madu Hanuka, ekstrak daun lidah buaya dan banyak lagi! Kesemua ramuan ini hasilnya dapat mencerahkan kulit, bantu menghidrat kulit selain menjadi pelindung antioksidan yang menghalang keterjejasan radikal.

Foto -Arkib Wanista

Dalam masa yang sama bedak asas ini juga bertekstur ringan dan mesra terhadap semua jenis kulit. Terdapat dalam 5 warna pilihan termasuklah Natural Ivory, Light Beige, Nude Beige, Natural Beige dan Rich Honey.

@nelydiasenrose just found her Perfect MATCH, just tied the knot marrying Hafez, congratulations to both of you! 😍Finding a perfect MATCH is the main inspiration behind Chriszen Match Matte Serum Foundation – designed to match Malaysian’s skin tones. This is the behind the scene photoshoot for Chriszen Match Matte Serum Foundation featuring Nelydia. Enjoy!Get your shade now! Available at www.chriszen.comComing soon exclusively at @guardianmalaysia#matchmatteserumfoundation#chriszenmatchme#youandmetheperfectmatch #chriszen #chriszencosmetics

Posted by Chriszen Official on Tuesday, 9 April 2019

Ianya bersesuaian buat kulit dari yang paling cerah hinggalah buat mereka yang bertona hitam manis.

Boleh dapatkan Chriszen Match Matte Serum Foundation pada harga RM65.90 di mana-mana gedung Guardian seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut, boleh klik [facebook.com/chriszenofficialpage].

The post Foundation Chriszen Match Matte Serum Cantikkan Kulit Sambil Melembab appeared first on Wanista.com.

Krim Mata Yang Menjadi, Wanista ‘Suggest’ Korang Patut Cuba

$
0
0

Memakai krim mata tidak sepenting tiga langkah asas penjagaan wajah. Namun anda perlu ingat, dari mata turun ke hati. Benda pertama yang orang akan lihat saat bertemu ialah mata dan kecantikan mata juga menjadi ukuran. Garisan halus, lingkaran gelap bawah mata dan mata sembab adalah mimpi ngeri bagi setiap wanita. Mungkin mekap boleh membantu tapi sejauh mana?

Hendak dapatkan solekan mata yang cantik dan flawless juga memerlukan penjagaan kulit mata yang rapi. Anda kena faham, kulit bawah mata sangat nipis serta mengandungi banyak saluran darah. Jadi ia mudah terdedah dengan kerosakan. Dapatkan bantuan dengan krim mata yang sememangnya menjadi dari pendapat penulis. Ya, penulis sudah cuba kelima-lima eye cream dibawah. 

#1 Innisfree Green Tea Seed Eye & Face Ball

Penulis paling recommend yang ini sebab bukan pada mata sahaja boleh guna tapi di garisan senyum dan dahi! Ekstra daun teh hijau menghidrasi kulit dan membekalkan antioksida supaya dapat memperbaiki garisan halus. Selepas menyapu memang terasa segar sahaja mata. 

Foto – Bukalapak

#2 Laneige Perfect Renew Eye Serum

Dalam dua minggu garisan halus bawah mata penulis sedikit berkurang dengan serum ini. Mengandungi air halia yang bertujuan bertindak sebagai anti-penuaan dan minyak pati lavender untuk menghaluskan bawah kulit. Anda boleh pakai serum ini diseluruh sekitar mata. Apa yang paling penulis suka tentang serum ini ia cepat meresap dan sesuai untuk prep sebelum solekan mata. 

Foto – Beauty Nerd By Night

#3 It Cosmetics Bye Bye Under Eye Brightening Eye Cream

Tekstur agak pekat membuatkan ia memberi kesan hidrasi yang perpanjangan dari biasa. Krim mata dari It Cosmetics ini mengandungi kolagen dan ekstra kafein membantu untuk mengembalikan keremajaan kulit bawah mata. Kalau siapa yang anda masalah lingkaran gelap bawah mata boleh cuba krim ini kerana ia mempunyai warna biru khas sebagai menyembunyikan warna gelap bawah mata. 

Foto – The Budget Beauty Blog

#4 Hada Labo Super Hyaluronic Acid Eye Cream

Seperti yang kita tahu produk dari Hada Labo memang terkenal dengan kandungan Hyalurinoc Acid sebagai asas pelembab yang menyerap jauh kedalam kulit. Sama seperti krim mata yang lain ia mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, sembab dan paling penting ia tidak memberi kesan iritasi pada kulit. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif cuba guna krim mata ini. Ia bebas dari pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewangi. 

Foto – The Beauty Show – Blogger.com

#5 Clinique All About Eyes

Krim mata dari Clinique ini juga bertesktur pekat untuk mengurangkan garisan bawah mata, kegelapan secara berkala. Bukan itu sahaja ia mengembalikan kolagen semulajadi pasa kulit dan menguatkan kelembapan kulit. Sekaligus mengelakkan kulit mata susah dari terkena iritasi lain. 

Foto – Sephora Malaysia

Kalau anda ingin mencuba produk selain produk diatas pun tidak mengapa. Asalkan anda faham konsep untuk mendapatkan kulit yang berseri, tanpa garisan halus ialah dengan memberi ia hidrasi yang secukupnya. Sama juga dengan kulit bawah mata, berikan ia esen pelembab tapi dengan produk yang tepat. 

The post Krim Mata Yang Menjadi, Wanista ‘Suggest’ Korang Patut Cuba appeared first on Wanista.com.

Rawat Rambut Wanita Berhijab Guna Rejoice “Hjab Perfection Series”

$
0
0

Hijab merupakan simbol dan identiti keagamaan yang ramai ditonjolkan para muslimah di Malaysia. Namun begitu, saban hari, masalah rambut kian mengganggu fokus harian individu sekaligus menjadikan pemakaian hijab tidak dinikmati sepenuhnya.

Dipengaruhi suhu panas serta pengudaraan tidak startegik di dalam hijab, kulit kepala dan helaian rambut bisa ditimpa malang menjadikan kelemumur semakin bermaharajalela di samping mengundang keguguran apabila kulit kepala dan akar umbi rambut menjadi lemah hari demi hari.

Elfira Loy selaku duta Rejoice Hijab Perfection. Foto -Arkib Wanista

Justeru sempena menyambut bulan mulia, Rejoice mahu tampil mengangkat darjat wanita berhijab dengan memperkenalkan satu siri rangkaian syampu istimewa yang dipanggil “Hijab Perfection Series” untuk membaik pulih keadaan rambut wanita yang perlu bertudung lebih 8 jam sehari.

Sumber: Rejoice

Apa yang menarik, syampu yang memiliki formula 3 dalam 1 ini mampu menghapus kelemumur secara lebih teratur dan bersih, menyejukkan kulit kepala dengan elemen Menthol serta bauan aroma bunga kasturi manakala kekusutan rambut pula boleh diperbaiki dengan sensasi yang mengekalkan kehalusan rambut lembut sepanjng hari biarpun perlu disanggul lama dalam tudung.

Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/rejoicemalaysia].

The post Rawat Rambut Wanita Berhijab Guna Rejoice “Hjab Perfection Series” appeared first on Wanista.com.

Pancarkan Keyakinan Diri Guna Koleksi Revlon PhotoReady Candid Baharu

$
0
0

Setelah sekian lama menjadi antara produk kosmetik mampu milik yang boleh didapati di gedung-gedung kecantikan  dan kesihatan seperti Guardian dan Watsons, Revlon baru-baru ini tampil dengan koleksi kosmetik yang diberi nafas baharu dipanggil Revlon PhotoReady Candid.

Terdiri daripada keperluan asas solekan seperti Rose Glow Hydrating & Illuminating Primer (RM65.90), Antioxidant Concealer (RM39.90), Natural Finish  Anti-Pollution Foundation (RM59.90) dan Anti-Pollution Setting Powder (RM49.90) yang rata-ratanya mampu melengkapi wajah kamu dengan hasil solekan natural yang bikin kulit kelihatan sihat dan menawan sepanjang hari.

Terdapat dalam pilihan warna yang sesuai untuk tona kulit paling cerah hinggalah paling gelap. Sumber: Pinterest

Untuk pengetahuan semua, setiap satu inovasi ini bakal memberikan kemasan solekan yang halus dan licin bagi membantu wanita menyerlahkan keyakinan diri mereka. Apabila kulit terlihat sihat tanpa solekan berlebihan sekaligus mampu menutup cela dengan sempurna, seseorang individu itu pasti terasa lebih nyaman biarpun perlu berhadapan dengan orang ramai dalam rutin harian mereka.

Hasil solekan natural selepas menggunakan koleksi Revlon PhtoReady Candid. Foto -Arkib Wanista

Bahan-bahan formula yang digunakan untuk membangunkan koleksi Revlon PhotoReady Candid ini juga diperakui kualiti dan keselamatannya dengan nutrisi  vitamin E, elemen anti pencemaran serta kaya dengan sifat antioksidan bagi melindungi kulit dari faktor pencemaran yang bisa mempengaruhi kemunculan penuaan.

Tonton Video Kempen Revlon PhotoReady Candid

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/RevlonMalaysia] atau lawat laman sesawang rasmi Revlon di [revlon.com].

The post Pancarkan Keyakinan Diri Guna Koleksi Revlon PhotoReady Candid Baharu appeared first on Wanista.com.

Sulam Bedak Pula Viral, Apa Kaedahnya?

$
0
0

Sejak kebelakangan ini, terlihat banyak akuan Instagram milik beberapa pusat kecantikan heboh menjaja servis dipanggil “Sulam Bedak”. Ramai sebenarnya tidak mengetahui tentangnya melihatkan trend kecantikan yang satu ini agak baru diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia. 

Diakui, rawatan ini berkesan untuk menyekatakan warna kulit di samping, mampu buat wajah terlihat lebih cerah tetapi masih ada kalangan yang meragui kerana ia sebenarnya berupa sapuan bedak asas separa kekal (semi permanent makeup).

Berasal Dari Korea

Korea adalah antara negara yang memiliki teknologi kecantikan paling cekap di dunia sekaligus dipenuhi lambakan pusat kecantikan dan hospital swasta yang menawarkan pembedahan plastik pada harga jauh lebih murah.

Di Korea Selatan umunya, rawatan bukan invasif (tanpa suntikan dan torehan) ini, sudah diperkenal sejak beberapa tahun lalu. Ianya menggunakan istilah BB Face Glow atau Water Shine BB Glow dan apa yang menarik adalah, kesannya dapat dilihat selepas satu jam menerima rawatan di mana, kulit kusam akan berubah menjadi lebih cerah serta-merta.

Tonton Pengalaman Wanita Dapatkan Rawatan BB Face Glow @ Sulam Bedak

Pigmen berwarna khas (serum bedak asas berpigmen) akan ditusuk masuk ke permukaan kulit dan ianya akan kekal buat beberapa minggu – bulan seperti lapisan foundation/BB cream. Ini akan menampakkan wajah seperti sudah sedia memakai solekan walaupun individu itu tidak mengenakan sebarang sapuan bedak.

Kaedah Rawatan Hampir Sama Dengan Microneedling

Jika “Microneedling” menggunakan jejarum bermata halus (dermapen) untuk menghasilkan lubang-lubang mikro pada wajah agar serum yang digunapakai dalam perawatan lekas masuk ke dalam rongga kulit sekaligus beri rangsangan pada kulit untuk hasilkan kolagen dan dan elastin, hal itu sebenarnya hampir sama dengan teknik yang digunakan dalam perawatan sulam bedak.

Teknologi Meta Therapy Banyak Diguna Dalam Perawatan Sulam Bedak

Seperti rawatan sulam bedak yang lebih dikenali sebagai BB Face Glow atau Water Shine BB Glow, wajah kamu tidak akan ditoreh sehingga meninggalkan parut sebaliknya, ia melibatkan penggunaaan jejarum halus untuk memberi refleksi pada permukaan kulit –hasilkan lubang-lubang halus pada wajah agar memudahkan penetrasi serum bedak asas berwarna tersebut masuk terus ke dalam kulit dalam masa kurang lebih 30 minit.

Setelah itu, wajah dibersihkan dan disapu hydrogel sebelum memakai topeng berlampu LED untuk memberi tona wajah lebih sekata serta menjadikan penyerapan lebih maksimum.

Warna serum bedak asas yang dipilih untuk pelanggan akan ditentukan pakar estetik sendiri menerusi 3 pilihan warna dari yang paling cerah hingga paling gelap.

Hukum Lakukan Sulam Bedak

Meskipun ramai pakar estetik di Malaysia mengakui keadah Sulam Bedak ini adalah selamat dan ada antaranya juga mengakui yang ianya halal dari segi hukum, sebenarnya sehingga kini masih belum dapat dipastikan kesahihan hukum halal tersebut kerana rawatan ini boleh dikira sangat baharu di Malaysia. Fatwa juga belum pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk dikaitkan dengan perawatan sulam bedak ini.

Rawatan sulam bedak mula popular di Indonesia sebelum akhirnya menjadi tumpuan di Malaysia. Sumber: pratista.id

Namun begitu, menurut pemahaman yang diperoleh menerusi rujukan daripada beberapa sumber artikel dan video, kita boleh faham yang ianya menyerupai teknik kecantikan “Microblading” apabila, sejenis pigmen berwarna (dakwat) dicacah masuk ke bahagian kulit untuk menghasilkan kening yang terbentuk cantik tanpa bahagian-bahagian yang melopong tanpa bulu kening.

Microblading menggunakan bilah pisau kecil untuk menebuk halus kulit -memasukkan warna pada bahagian kening seperti tatu. Sumber: prevention.com

Hal ini pastinya sama dengan teknik sulam bedak yang memasukkan warna pada kulit untuk menghasilkan semi-permananet foundation (bedak asas separa kekal) kerana walaupun dicuci atau berpeluh, warna itu masih kekal dan bertahan untuk beberapa jangka masa tertentu -minggu hingga berbulan.

Apakah ianya menyerupai tatu? Penulis serahkan sepenuhnya kepada kamu untuk menilai dan janganlah hanya kerana hendak cantik, kamu sanggup dan berani menaruhkan agama.

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3, 4

The post Sulam Bedak Pula Viral, Apa Kaedahnya? appeared first on Wanista.com.


Belum Lancar Tapi Produk Skincare Kylie Jenner “Kylie Skin” Dah Kena Cemuh

$
0
0

Bilionaire termuda, Kylie Jenner bakal mengeluarkan bayi baru. Bayi baru yang dimaksudkan ialah produk penjagaan wajah “Kylie Skin”. Sesuatu yang diidamkan Kylie sejak di usia remaja lagi.

Bakal dilancarkan pada 22 Mei nanti, Kylie Skin mengandungi foaming face wash, walnut face scrub, vanilla milk toner, face moisturiser, vitamin c serum dan eye cream, yang didatangkan dalam pembungkusan serba comel rona merah jambu. Walaubagaimanapun, salah satu produk tersebut teruk dicemuh netizen kerana bahan yang digunakan hanya akan merosakkan kulit muka bukannya membaik pulih seperti yang dikatakan Kylie.

Menjadikan walnut sebagai ramuan utama untuk skrub wajah, ternyata ia memberi reputasi buruk pada Kylie kerana sifat walnut yang kasar dan keras dilaporkan tidak elok untuk kulit. Bukan itu sahaja, penggunaan setiap hari boleh merosakkan kulit serta timbulnya jerawat.

Menurut ahli kecantikan, Lauri Shea, yang mendapati ramai pelanggannya mengalami masalah kulit selepas menggunakan walnut sebagai pengelupasan. Walnut merengsa lapisan atas kulit, menjadikannya mudah terdedah kepada bakteria, yang kemudian menyebabkan masalah kulit yang lebih banyak, mulai dari meradang hingga jerawat.

Kylie mengesyorkan menggunakan skrub walnut dua hingga tiga kali seminggu. Namun, dia juga mengatakan bahawa ia cukup lembut untuk digunakan setiap hari. “Sesetengah skrub wajah walnut agak kasar pada kulit, tapi ini tidak terlalu kasar.

Keadaan ini membuatkan netizen naik hantu malah mempertikaikan bagaimana Kylie mempunyai akses kepada pakar dermatologi dan ahli estetik terbaik di dunia namun dia memilih mengeluarkan skrub wajah dari walnut yang secara terangan akan memberi mimpi ngeri kepada jutaan gadis.

Jadi apa yang baik untuk rutin pengelupasan? Penting untuk diingatkan bahawa kulit setiap orang adalah berbeza dan bahan-bahan yang berfungsi untuk kita tidak semestinya sempurna untuk yang lain. Sebaiknya, jika anda mengalami masalah kulit, anda harus berunding dengan pakar dermatologi, individu yang benar-benar arif tentang kulit wajah.

Pertimbangkan membeli produk pengelupasan yang bersifat lembut, dan memadai menggunakannya sekali seminggu untuk melihat tindak balas pada kulit.

Jangan mudah terpengaruh dan kenali kulit anda!

The post Belum Lancar Tapi Produk Skincare Kylie Jenner “Kylie Skin” Dah Kena Cemuh appeared first on Wanista.com.

Tak Perlu Rawatan Laser, Kulit Putih Bersih Dengan Produk Dr. Wu Je

$
0
0

Kulit putih dan bersih sempurna adalah impian setiap wanita.

Untuk itu, jenama produk penjagaan wajah terkenal Dr.Wu adalah jawapannya! Setiap wanita kini boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pil dan jarum suntikan apabila Dr. WGlutalight™ Whitening System telah mempelopori penggunaan Glutathione sebagai bahan penjagaan kulit, dengan menggunakan teknologi Jepun yang telah dipatenkan.

Giphy

Glutathione telah sekian lama digunakan secara oral sebagai suplemen yang kaya antioksida bagi mencerahkan kulit  dan menjadi bahan utama dalam suntikan pemutihan. Diformulakan daripada bahan-bahan termaju seperti AA2G (Ascorbyl Glucoside) Hyalo-Oligo®, Ekstrak Silybum Marianum, Vitamin B3, B5 dan B6, rangkaian terbaharu ini merupakan kuasa pemutih menyeluruh terunggul.

Foto – Arkib Wanista

Kebaikan Dr.Wu Glutalight Whitening System

Kajian terperinci dibuat oleh makmal Dr. Wu menunjukkan bahawa untuk mendapatkan kulit licin bagai porselin, penjagaan kulit haruslah bersifat pelbagai aspek. Pertamanya, perlu melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV dan radikal bebas berbahaya. Ini merupakan punca utama kemerosotan dan kegelapan kulit. Ia juga harus mampu menyekat kulit daripada mengeluarkan terlalu banyak melanin. Melanin bertanggungjawab menggelapkan warna kulit seseorang – lebih banyak melanin, lebih gelap warna kulit.

Ketiga, perlu membantu kulit menterbalikkan kerosakan yang ada, seperti pigmentasi dan noda hitam disebabkan sinaran UV yang merosakkan kulit. Terakhir pula sebuah produk pemutih kulit juga perlu menghidrat kulit secara mendalam untuk menjadikan ia lembut dan anjal sepanjang proses pencerahan sekaligus memberi kesan yang cantik secara menyeluruh.

Foto – Arkib Wanista

Kandungan Bahan Dr.Wu Glutalight Whitening System

  • Glutathione berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV, selain pada masa sama menyekat pengeluran melanin yang menggelapkan kulit. 
  • AA2G (Ascorbyl Glucoside) untuk memanjangkan tempoh menyekat pengeluaran melanin.
  • Bahan penstabil Hyalo-Oligo®, iaitu sejenis Asid Hialuronik versi molekul kecil atau mikro yang membolehkan ia lebih cepat menembusi sel kulit untuk kesan hidrat lebih efektif dan tahan lama.
  • Ekstrak Silybum Marianum daripada susu thistle(tumbuhan liar dalam famili Composital) melindungi daripada tindak balas oksidatif yang merosakkan kulit.
  • Vitamin B3 untuk mencerahkan noda-noda hitam dan pigmentasi.
  • Vitamin B5 dan B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro untuk melegakan keradangan dan melembapkan kulit.

Dr. Wu Glutalight Whitening System akan berada di semua cawangan Sasa seluruh negara bermula Mei 2019.

The post Tak Perlu Rawatan Laser, Kulit Putih Bersih Dengan Produk Dr. Wu Je appeared first on Wanista.com.

Plihan Wanista! Lip Tint Best Korang Boleh Cuba Pakai Raya Nanti

$
0
0

Lip tint, trend K-Beauty yang boleh kamu cuba kalau tak suka pakai gincu bibir.

Apa sebenarnya lip tint dan bezanya dengan gincu biasa? Cecair dengan warna pekat disapu pada bibir untuk mencipta ilusi kemerahan bibir bagi gaya semulajadi. Walaupun warnanya tahan lama, selesa tapi ia juga cepat  kering dan menyebabkan bibir menggelupas, lagi-lagi untuk yang bibir kering. Gaya bibir lip tint bukanlah seperti gincu biasa, ia dipakai memberi bentuk warna ombre iaitu pekat bahagian dalam bibir diikuti cerah pada luar.

Baca : Bibir Ala Gadis Korea! Ini Cara Betul Nak Pakai ‘Lip Tint’

Tapi jika anda ingin mencari lip tint yang memberi kemasan semulajadi, tahan lama dan tidak kering, beberapa lip tint di bawah antara yang mendapat respon positif pengguna.

Peripera Ink Airy Velvet

Ramai mengatakan lip tint ini antara yang terbaik pernah mereka pakai. Muncul dalam pembungkusan yang baru dan bergaya, lip tint ini mempunyai rasa yang tidak berat dan kemasan matte, bahkan tekstur lembut membuatkan bibir selesa seharian.

Foto – amazon.com

Benefit Cheek & Lip Stain

Lip stain klasik ini meninggalkan rona pink ceri yang cukup memikat di pemakai. Sifatnya yang multifungsi, tidak pakai di bibir sahaja tapi di pipi juga.

Foto – Sephora Malaysia

innisfree Vivid Cotton Ink

Diperkayakan dengan formula Shine Essence Oil Complex – minyak camellia, biji mangga, alpukat dan minyak biji kapas yang memberikan warna sambil mengekalkan kelembapan dari dalam di samping merawat dan melembutkan bibir. Rumusannya dioles ke bibir dengan tekstur berkilat, tetapi akan meninggalkan kemasan matte serta tahan seharian.

Foto – Amazon.com

Laneige Tattoo Lip Tint

Diformulasikan dengan cecair tetapi ia memberi kemasan ringan yang terasa nyaman pada bibir serta langsung tidak mengeringkan bila dipakai seharian.

Foto – Sephora Singapore

Mamonde Creamy Tint Squeeze Lip

Formula yang diperkayakan dengan kelembapan 28% dari Rose Water untuk menghidrat dan memberi mungil serta kesin tidak kering sepanjang hari. Menariknya lip tint ini mempunyai 10 warna berbeza dalam spektrum merah, merah jambu, oren dan nude.

Foto – Hermo

Hera Sensual Tint

Rata-rata pengguna bersetuju lip tint ini selesa dipakai tanpa meninggalkan rasa melekit dan berat pada bibir. Ia juga mengandungi teknologi tampalan pigmen untuk memberikan warna kekal tanpa perlu banyak touch-up.

Foto – HERA

Dior Addict Lip Tattoo

Lip tint jenis matte ini mampu kekal lama pada bibir berjam lamanya dan sangat tahan lasak. Ada 9 pilihan rona mengikut semua tona kulit.

Foto – Sephora Malaysia

Jadi, kalau tak suka pakai gincu tapi masih nak beri warna pada bibir. Cuba sahaja Lip Tint! Jom cantik sama-sama di pagi raya nanti.

The post Plihan Wanista! Lip Tint Best Korang Boleh Cuba Pakai Raya Nanti appeared first on Wanista.com.

Pelancaran Produk Mamonde Baru, Park Shin Hye Datang Malaysia Jun Ni

$
0
0

Aktres cantik kegemaran ramai, Park Shin Hye akan datang Malaysia selepas raya.

Akan tiba di Malaysia pada bulan Jun, ini merupakan penampilan keduanya selepas Jun 2016. Semasa lawatan, duta Mamonde ini akan melancarkan inovasi terbaru Mamonde, Red Energy Recovery Serum dan juga meraikan perkongsian baru dengan Watsons Malaysia.

Produk Mamonde kini boleh didapati di semua Watsons Malaysia. Foto – Arkib Wanista

Mamonde Malaysia baru-baru ini memperluaskan saluran jualan mereka ke lebih daripada 50 kedai Watsons Malaysia di seluruh negara. Pelancaran Mamonde ke kedai Watsons di seluruh negara adalah sejajar dengan perkongsian global Amorepacific dengan A.S Watsons Group untuk memperluaskan saluran pengedarannya sama ada dalam talian dan luar talian.

Peminat Park Shin Hye dan Mamonde menjemput anda semua hadirkan diri ke Centre Court, Mid Valley Megamall pada 21 Jun 2019!

Duta Mamonde, Park Shin Hye. Foto – Arkib Wanista

Ramai-ramai serbu Mid Valley tengok Park Shin Hye ye..

The post Pelancaran Produk Mamonde Baru, Park Shin Hye Datang Malaysia Jun Ni appeared first on Wanista.com.

Popular, Pakar Bedah Plastik Dedah Wajah K-Pop Idol Yang Jadi Permintaan Ramai

$
0
0

Korea Selatan memang terkenal dengan pembedahan plastik. Bahkan sebelum ini ada laporan ibu bapa menjadikan kos rawatan pembedahan plastik sebagai hadiah hari jadi.

Baca : 10 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Korea Selatan

Oleh itu, tidak hairanlah bila doktor pakar pembedahan plastik mendedahkan beberapa wajah K-Pop Idol yang paling menjadi permintaan ramai pelanggan sana.

Pakar bedah Kim Jong-myung berkata kebanyakan pelanggan ingin kelihatan seperti Red Velvet Irene, SNSD Yoona dan Blackpink Jennie, ini antara wajah yang paling dicari. Irene menawarkan wajah dengan ciri-ciri yang jelas – hidung, mata, bibir kesemuanya terletak elok sempurna. Yoona pula mempunyai keayuan semulajadi yang berpanjangan, manakala Jennie miliki aura yang unik serta seksi.

“Saya hanya mengesyorkan pembedahan kosmetik apabila mereka mahu ‘mengatasi’ kekurangan. Walaubagaimanapun, kesihatan tetap diberi keutamaan sebelum melakukan operasi rawatan, ” jelas pakar.

View this post on Instagram

🧡🎁✨ #블링블링 #융스타그램

A post shared by @ yoona__lim on

View this post on Instagram

Stage day

A post shared by J (@jennierubyjane) on

Penulis tetap suka Song Jihyo dan Suzy…❤

RUJUKAN

The post Popular, Pakar Bedah Plastik Dedah Wajah K-Pop Idol Yang Jadi Permintaan Ramai appeared first on Wanista.com.

Trend Suntikan “Skin Botox” Cara Pantas Miliki Kulit Berkaca Ala Bintang Korea

$
0
0

Korea dan Pembedahan Plastik memang berpisah tiada! Walau kamu menidakkan kebenaran, tapi memang rata-rata selebriti Korea melakukan ‘sesuatu’ pada kulit mereka sehingga miliki kulit bersih bak kaca.

Trend terkini di sana ialah melakukan prosedur “SKIN BOTOX”.

“Ini adalah salah satu prosedur yang banyak kami lakukan,” jelas ahli dermatologi Kang Jong Bum dari JY Plastic Surgery & Dermatology, Gangnam.

Foto – popsugar.com

Malahan, skin botox sudah menjadi kebiasaan warga sana kerana kemudahan serta kesan pantas yang dimiliki. Katanya, kesemua ahli BTS juga melakukan prosedur ini untuk menghilangkan cacat cela di wajah. No wonder, Army kemaruk dengan rupa paras BTS.

Apa sebenarnya Skin Botox?

Skin Botox adalah jalan pantas untuk mendapatkan kulit berkaca – tiada serum atau rutin kecantikan diperlukan.

Untuk mencapainya dalam bentuk suntikan, prosedur neurotoxic protein (botulinum toxin) – ubat yang digunakan sama seperti suntikan botox biasa untuk menghilangkan kedutan di wajah. Walaubagaimanapun, pakar dermatologi Korea menggunakan jarum berbeza untuk skin botox bagi menyasarkan bahagian muka yang berbeza.

Foto – Pinterest

Suntikan botox tradisional menghalang lipatan dalam kulit dengan melemahkan otot-otot di bahagian tertentu muka, seperti dahi, garisan di bibir atau hidung. Manakala skin botox pula mensasarkan liang-liang pori untuk menghasilkan kesan pelicinan yang menyeluruh. Jarum dimasukkan sekitar 40 hingga 50 kali di sepanjang rahang, dahi dan kawasan bawah mata. Sebagai perbandingan, suntikan botox yang standard disuntik kira-kira tiga hingga lima kali. 

Kesan segera yang diperoleh

Suntikan skin botox mampu mengetatkan, mengurangkan penampilan pori serta membuatkan kulit kelihatan lebih cerah dan berkilat. Skin botox memberi kelebihan untuk tujuan aesthetic, ia boleh menghilangkan jerawat kerana peluh dan kalenjar minyak yang dipengaruhi oleh prosedur. (Kita tahu minyak yang berlebihan boleh menghalang liang dan folikel rambut, yang membawa kepada jerawat.)

Berapa lama tahan?

Kerana keputusan yang luar biasa, ia tidak tahan lama. Kebanyakan selebriti mendapatkan skin botox sebelum mereka on-air. Kesannya tidak tahan lama jadi dianggarkan antara tiga hingga enam bulan. Ini adalah kira-kira jumlah masa yang sama seperti melakukan suntikan botox biasa.

Foto – Allure

Dari sudut pandangan Islam

Penggunaan botox adalah haram atas beberapa sebab:

  • Bakteria- bakteria botox (Botulinum Toxin Type A) dihasilkan daripada khinzir yang mereput dan daripada sel-sel orang mati akibat penyakit Botulism. Khinzir serta segala yang dihasilkan dari haiwan tersebut adalah Najis Mughallazah. Penggunaan khinzir serta Najis adalah haram Qat’ie.
  • Botox merupakan sejenis racun berbisa walhal hukum Syara telah mengharamkan umat Islam daripada mengambil racun dalam apa jua bentuk kerana ianya memudaratkan. Kajian sains menunjukkan bahawa botox adalah sejenis toksin yang boleh membawa maut.

Pengunaan botox bagi tujuan Kosmetik dan Kecantikkan hukumnya haram mutlak walaupun dengan keizinan suami seorang wanita atas beberapa sebab:

  • Botox dihasilkan daripada sumber- sumber najis dan haram digunakan oleh umat islam tanpa uzur syarie. Sekadar untuk menegangkan kulit wajah serta mematikan sel- sel otot yang dapat menyekat proses penuaan bukanlah sesuatu yang darurat.
  • Botox adalah sejenis racun yang telah diolah dari sifat kimianya bagi tujuan kosmetik. Sifat tabi’e botox ini adalah mematikan sel- sel otot daripada kendur. Tanpa racun, botox tidak akan berkesan. Penggunaan racun tanpa darurat adalah haram.
  • Botox digunakan atas tujuan untuk mencantikkan wajah seseorang wanita itu melalui suntikan yang menyebabkan kesakitan. Kaedah Fiqh Mazhab Shafie mengharamkan semua jenis perkara yang boleh menyakitkan diri sendiri dan memudaratkan. Suntikan botox ini disengajakan dan bukan atas dasar uzur syar’ie.
  • Botox disuntik bagi tujuan mencacatkan sel- sel otot pada wajah dan bahagian yang disuntik atas dasar kecantikan dan memperelokkan rupa asli seseorang itu secara permenant (tetap) apabila disuntik diberi setiap 6 bulan. Ini termasuk kategori mengubah kejadian yang telah diharamkan oleh syara.
Foto – Health

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk kepada yang pakar supaya kamu tidak rasa was-was.

RUJUKAN : 12

The post Trend Suntikan “Skin Botox” Cara Pantas Miliki Kulit Berkaca Ala Bintang Korea appeared first on Wanista.com.

Review : Pengalaman Selepas Menggunakan SK-II Facial Treatment Essence

$
0
0

Ini merupakan testimonial jujur Wanista selepas menggunakan produk magik terkemuka SK-II Facial Treatment Essence kelahiran negara matahari terbit, Jepun.

Hampir setiap wanita impikan kulit wajah yang putih bersih dan bersinar serta bebas daripada sebarang cela. Untuk mendapatkan itu semua, SK-II Facial Treatment Essence boleh melakukannya. Tapi sebelum itu, tertanya pula apa maksudnya Essence? Ada beza dengan Serum? Tahukah, Essence dan Serum mempunyai fungsi yang hampir sama, menjadikan ia agak sukar untuk dibeza.

Review SK-II Facial Treatment Essence
Review SK-II Facial Treatment Essence

Essence adalah produk yang mempunyai kepekatan bahan aktif yang tinggi, tetapi tidak melebihi serum. Essence mempunyai tekstur yang lebih cair daripada serum sehingga sering dirujuk sebagai ‘serum ringan’. Istilah ini sebenarnya mewakili fungsi dan tekstur intipati itu sendiri, yang berguna untuk menangani masalah kulit tertentu. Serum adalah produk rawatan yang berfungsi secara intensif untuk menjawab masalah kulit yang lebih spesifik sebagai contoh kedutan, bintik hitam, jeragat kerana ia mempunyai kekepakatan tinggi bahan aktif. Serum juga mempunyai zarah halus yang mudah diserap ke dalam lapisan kulit yang paling dalam.

Lagi teruja bila penulis dapat merasai pengalaman sendiri menggunakan SK-II Facial Treatment SK-II Facial Treatment Essence selepas mendengar perkara yang baik dan positif tentangnya. Nak tahu kebaikan pitera, tips serta kesan sebelum dan selepas, ikuti perjalanan ini.

Perkenal SK-II Facial Treatment Essence

Sering kali disebut sebagai “air ajaib”, produk ini miliki lebih daripada 90% Pitera, bahan bio yang mengandungi lebih daripada 50 mikronutrien yang bekerja bersama untuk kulit yang jelas dan bersinar. SK-II Facial Treatment Essence menjanjikan transformasi kulit merentasi lima dimensi untuk crystal clear skin dalam hanya 14 hari. Meskipun telah diperkenalkan lebih 30 tahun dahulu, ia masih menjadi pilihan utama jutaan wanita seluruh dunia termasuk selebriti dan editor kecantikan secara menyeluruh.

SK-II Facial Treatment - 90% Pitera
SK-II Facial Treatment – 90% Pitera

Yang pasti, aktres Chloe Grace Moretz telah menjadi sebahagian daripada keluarga SK-II sejak pertengahan 2018 menerusi #BareSkinProject. Melihat pada kulit wajah, semua wanita tergila-gila mahu mengetahui rejimen penjagaan harian si cantik ini. Selain minyak zaitun dan madu, Facial Treatment Essence adalah satu-satunya produk penjagaan kulit yang digunakannya.

Kebaikan Pitera

Pitera adalah bahan utama dalam setiap produk SK-II, terutama dalam Facial Treatment Essence, yang mengandungi lebih dari 90%. Melalui proses penapaian sake, pelbagai jenis yis dihasilkan, tetapi SK-II mendapati bahawa terdapat satu unik yis yang membantu dalam mencerahkan kulit – Pitera. Air beras diketahui kaya dengan mineral dan vitamin untuk kecantikan kulit dan rambut. Bijian beras serta air dari nasi kaya dengan pelbagai bahan dan vitamin yang berguna sebagai antioksidan, anti-radang, dan membantu mencantikkan kulit dan melembapkan. Pitera adalah salah satu ragi yang paling pekat, penuh dengan vitamin, asid amino, dan asid organik yang berfungsi untuk meremajakan kulit.

Cara Pakai SK-II Facial Treatment Essence

Jika anda terfikir untuk menambahkan Facial Treatment Essence dalam rutin, anda memang genius. Sebaiknya, Essence dipakai selepas Toner – pagi dan malam untuk kesan yang luar biasa. Cuma tambahkan beberapa titik pada pad kapas atau di telapak tangan dan tepuk pada muka dan leher sehingga diserap. Lakukan dengan perlahan supaya setiap titisan meresap ke dalam kulit.

Cara Pakai SK-II Facial Treatment Essence
Cara Pakai SK-II Facial Treatment Essence

Sebelum dan Selepas

Jujurnya kerana miliki kulit yang sensitif dan sukar untuk mencari produk yang sesuai, kerana dikhuatiri akan ‘menjahanamkan’ lagi kulit muka. Bayangkan dengan penggunaan satu botol secara berterusan pagi dan malam ada beberapa perubahan yang ketara dan menggembirakan hati. Dengan penggunaan berterusan, penampilan bintik hitam semakin berkurang. Ingat perubahan setiap orang berlainan, untuk yang lebih berusia mungkin mengambil masa berbanding yang masih muda sekitar 20-an. Kedutan di sekitar mata merupakan nightmare bukan sahaja wanita malah yang lelaki juga.

Tekstur kulit lebih licin, halus malah bersinar dan berseri. Orang kata seperti ‘seri air wuduk’. Seri yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Satu lagi kesan yang nampak ialah tona kulit lebih sekata. Apabila kulit sekata, hidrasi dan jelas, anda tidak perlu susah payah memakai mekap yang tebal untuk menutup cela, memadai mekap yang ringan ala ‘no makeup look’ yang menjadi kegilaan ramai.

Adakah penulis mengesyorkan produk ini? Seratus kali ya. Penulis benar-benar kagum dengan hasil penggunaan terus dan kini memasukkan Facial Treatment Essence dalam rutin harian.

Harga

SK-II Facial Treatment Essence 75ml, 160ml, 230ml
SK-II Facial Treatment Essence 75ml, 160ml, 230ml

Berminat untuk mendapatkan SK-II Facial Treatment  Essence? 230ml Facial Treatment Essence berharga RM 695 di semua kaunter SK-II. Tapi jika ingin harga yang lebih murah, anda boleh mendapatkan SK-II Pitera Welcome Kit yang merangkumi 75ml Facial Treatment Essence, 30ml Facial Treatment Clear Lotion dan 15g R.N.A. POWER Radical New Age hanya RM 252.

Artikel ini dibawakan oleh SK-II. Semua ini merupakan pandangan peribadi penulis.

The post Review : Pengalaman Selepas Menggunakan SK-II Facial Treatment Essence appeared first on Wanista.com.


Gincu Keluaran YouTuber Jaclyn Hill Berbahaya?

$
0
0

Jaclyn Roxanne Hill lebih di kenali sebagai Jaclyn Hill di YouTube merupakan seorang YouTuber terkenal dengan video-video tutorial kecantikan dan tatarias.

Pada 30 Mei lalu Jaclyn telah mengeluarkan produk kosmetik jenamanya sendiri, iaitu Jaclyn kosmetik yang terdiri daripada 20 jenis pilihan gincu!

Pada awal pelancaran produk kosmetik tersebut mendapat sambutan hangat tetapi sayang fenomena tersebut tidak bertahan lama apabila Jaclyn menerima maklumbalas negatif tentang produknya.

Rata-rata ramai yang memberi maklumbalas negatif apabila gincu yang mereka dapat tidak seperti yang di jangkakan, ada yang mendapat gincu patah, gincu menjadi cair dan yang paling serius adalah pembeli yang memakai gincu tersebut menunjukkan kesan alahan yang teruk.

Gejala radang kemerah-merahan pada bibir dan kulit tangan sejurus mereka mencalitkan gincu tersebut mengejutkan pembeli Jaclyn kosmetik ini kerana rata-rata yang membeli produk tersebut adalah peminat Jaclyn sendiri dan mengetahui Jaclyn menghabiskan masa yang lama sebelum berjaya melancarkan produk tersebut.

Meskipun begitu, segala gambar dan maklumbalas mengenai produk tersebut telah di tunjukkan bahawa gincu tersebut membuatkan pengguna mengalami reaksi kimia apabila bibir pengguna menunjukkan gejala radang, gatal-gatal dan bengkak selepas menggunakan gincu daripada Jaclyn kosmetik tersebut.

Berikut adalah maklumbalas daripada pengguna Jaclyn kosmetik.

Kristy mendapat gincu yang patah apabila menguji gincu tersebut dan apabila di calitkan di lengannya pula, lengan Kristy menunjukkan radang kemerah-merahan dan kegatalan.

Selain daripada Kristy, ramai lagi pengguna yang turut menunjukkan reaksi gejala yang sama selepas memakai produk tersebut!

Baru pakai 5 kali, gincu dah cair? Dan serat yang terdapat di dalam gincu pun terkeluar?

Selepas mendapat pelbagai maklumbalas daripada pengguna Jaclyn kosmetik, ini pula penjelasan Jaclyn Hill dan syarikat pengeluar.

Dan dalam masa yang sama surat petisyen telah dibuat bagi membantah produk kosmetik ini dari terus dijual di pasaran kerana dikhuatiri tidak selamat untuk di gunakan dan sekaligus mengelakkan masalah yang sama kepada pengguna kosmetik.

Teruknya sampai bibir rosak.. Siapa yang terfikir nak beli, fikir sekali lagi ye..

The post Gincu Keluaran YouTuber Jaclyn Hill Berbahaya? appeared first on Wanista.com.

Wanista Review : Pengalaman Pakai SK-II GenOptics Aura Essence

$
0
0

Review ini merupakan pengalaman pakai & testimonial jujur Wanista selepas menggunakan produk magik SK-II GenOptics Aura Essence.

Seiring dengan usia awal 30-an, kulit kusam dan lelah sentiasa menjadi kebimbangan akibat gaya hidup yang sibuk. Ini sebabnya penulis sentiasa mencari produk whitening yang dapat membantu terlihat lebih segar dan cerah, kononnya dapat ‘menyembunyikan’ kesan gelap akibat jeragat. Ikuti pengalaman penulis memakai produk SK-II ini.

Kebaikan SK-II GenOptics Aura Essence

Apa kebaikan yang dibawa oleh GenOptics Aura EssenceGenOptics Aura Essence dikatakan mempunyai formula yang dinaik taraf. Intipati baru mampu mencerah mengandungi dua bahan iaitu esktrak Prunus dan Inositol.

Saintis SK-II mendapati bahawa apabila digabungkan dengan Pitera (ramuan bintang yang terdapat dalam setiap produk SK-II), esktrak Prunus dapat mengurangkan kerosakan pada selaran matahari dan pembentukan melanin, kedua-duanya boleh menyebabkan nada kulit yang gelap dan kusam. Inositol pula ramuan yang meningkatkan kejelasan dalam sel, yang pasti bahan-bahan dalam GAE berjanji untuk menjadi lebih berkesan dalam mancapai matlamat mencerahkan kulit.

Cara Pakai

Sebaiknya memakai SK-II Facial Treatment Essence selepas toner, diikuti pula GAE. Dipakai pagi dan malam, memadai dengan satu dos optimum untuk hasil terbaik. Penulis ingatkan, setiap orang punya kesan yang berbeza, mungkin ada dalam dua hingga tiga sudah nampak perubahan, dan ada pula berbulan, yang penting secara konsistensi.

Cara Pakai SK-II GenOptics Aura Essence

Sebelum Dan Selepas

Pertama kali mencuba produk ini, penulis agak sangsi dengan teksturnya yang agak berkrim dan sedikit berminyak. Hal ini kerana persepsi kita produk berminyak hanya akan mengeluarkan lebih banyak sebum, jadi ia mungkin tidak sesuai digunakan untuk jenis kulit sensitif malah berjerawat, lagi pula dengan tujuan untuk pemutihan.

Tapi tekaan meleset, kerana sekali disapu, ia memberi kesan yang ringan dan sama sekali tidak melekit bahkan juga lembut. Ia juga terhidrasi dengan serta-merta dan penulis mendapati bahawa ia berfungsi sebagai asas yang baik sebelum menggunakan mekap.

Jika anda mencari produk yang mampu memberi kecerahan dan meremajakan kulit, SK-II GenOptics Aura Essence adalah jawapan untuk anda. Bayangkan dalam masa seminggu, tona kulit kelihatan lebih cerah dan jelas, lagi yang seronok tidak perlu mekap tebal seperti biasa. Hanya mekap ringkas sahaja orang sudah memuji melihatkan kulit lebih baik daripada sebelum ini.

SK-II GenOptics Aura Essence Mencerahkan Kulit

Harga

Terbukti dengan menggunakan siri whitening SK-II GenOptics dapat melindungi kulit daripada pendedahan UV yang mengakibatkan kerosakan kulit wajah. GenOptics Aura Essence ditawarkan dalam dua pilihan saiz iaitu 50ml (RM706) dan 75ml (RM950). Anda boleh dapatkan di kesemua kiosk kecantikan seluruh negara.

Jom Cantik Sama-Sama & Selamat Beramal!

Artikel ini dibawakan oleh SK-II.

The post Wanista Review : Pengalaman Pakai SK-II GenOptics Aura Essence appeared first on Wanista.com.

Raut Wajah Lebih Berseri Dengan Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum!

$
0
0

Siapa yang tidak mahu raut wajah sentiasa kelihatan muda, berseri dan ceria serta gebu mulus bukan? Dengan kecanggihan teknologi serta kaedah saintifik yang canggih sedikit sebanyak membantu para wanita yang inginkan kecantikan mencari produk-produk yang boleh membantu mengekalkan kecantikan serta kesihatan wajah.

Penting untuk anda menyiasat dahulu jenis-jenis produk kesihatan mahupun kecantikkan wajah yang ingin di gunakan. Bukan apa, salah ambil produk diri sendiri juga yang merasa kan?

Foto: Fresh

Sebenarnya nak sihat dan cantik bukanlah perkara mudah, yang paling penting usaha dan komitmen dengan penggunaan produk yang di rasakan memberi kebaikan dan kesan yang positif seperti produk daripada Fresh ini.

Jenama Fresh sememangnya di ketahui ramai dengan penggunaan bahan-bahan semula jadi dengan kaedah serta kajian yang berteknologi tinggi bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan memberi manfaat yang tinggi kepada pengguna!

Dan kini Fresh telah mengeluarkan produk terbarunya iaitu Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum yang bakal membuatkan kulit anda kaya dengan antioksidan yang tinggi bagi kegunaan harian.

Untuk pengetahuan anda, Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum ini kaya dengan nutrisi microbubbles, mineral dan extrak buah-buahan serta sayur-sayuran yang kemudiannya di sebatikan menggunakan kaedah berteknologi canggih.

Foto: Fresh

Jus serum ini akan menghasilkan tekstur kulit menjadi lebih sihat serta kaya dengan nutrisi dan antioksidan yang mampu melindungi kulit untuk kekal bertenaga dan kuat!

Foto: Fresh

Kunci Utama Bahan Jus Serum

  • Vitamin Fruit Complex: Yang mengandungi vitamin C, E dan B5 serta extrak buah lemon, oren dan mineral bagi memulihkan kulit yang kusam kembali cergas dan sihat.
  • Jicama Root Juice: Di ambil menerusi proses penyejukan yang dapat membantu memulihkan kulit kering untuk kelihatan hidrat.
  • Chicory Root Juice: Memiliki vitamin D yang memberikan kesan untuk melembabkan kulit, melindungi serta sekaligus menguatkan kualiti kulit.
  • Ginger Water: Juga membantu kulit untuk kekal hidrat.
  • Coconut Oil: Di ambil menerusi proses penyejukan yang dapat membantu kulit menjadi lembut dan terpelihara.
  • Beta-carotene: Mengandungi vitamin A yang kaya dengan antioksidan bagi membantu membebaskan sumber radikal di dalam kulit.
Foto: Fresh

Selain itu, produk daripada Fresh ini juga membuktikan lebih 98 peratus menunjukan kesan bahawa kulit pengguna menjadi sihat. Manakala 95 peratus menyatakan kulit pengguna menjadi lembut dan bertenaga. Dan 93 peratus pengguna mendapati kulit mereka terpelihara dan segar. Serta 97 peratus yang lainnya berkata produk kesihatan daripada Fresh mudah di serap ke dalam kulit!

Foto: Fresh

Banyak produk-produk kesihatan dan kecantikan di luar sana, pastikan anda melihat dahulu apa sumber serta bukti ujikaji yang di jalankan bagi memberi rasa yakin dan selamat bagi menggunakan sesuatu produk.

Bagi yang berminat untuk mencuba Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum ini, Fresh akan mengedarkan produknya di ke semua outlet di Sephora dan Sephora.my. pada 18 Julai 2019 ini. Dan harga bagi jus serum ini adalah RM130 sahaja.

Bagi yang inginkan kulit cantik, mulus, gebu dan sihat anda perlu mencuba serum ini dan lihat sendiri keberkesanannya!

The post Raut Wajah Lebih Berseri Dengan Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum! appeared first on Wanista.com.

SK-II Review : Facial Treatment Essence Dengan Kebaikan Pitera

$
0
0

Wanista berpeluang menggunakan produk terlaris SK-II iaitu Facial Treatment Essence yang mengetengahkan kebaikan Pitera yang luar biasa hebatnya.

Apakah Pitera?

Jadi apa yang menjadikan Facial Treatment Essence kunci kepada kulit yang hebat? Satu perkataan – Pitera.

Pitera adalah ramuan utama dalam semua produk SK-II. Anda mendengar ramai orang memuji kebekesanannya, tetapi adakah anda tahu tentangnya? Ditemui pada tahun 1970-an, Pitera adalah ramuan bio yang mengandungi lebih daripada 50 mikronutrien yang memberi kebaikan untuk kulit lebih jelas dan bersinar. Ia ditemui apabila para saintis SK-II melihat tangan lembut pembuat bir yang sangat berbeza dengan wajah berkedut. Pencarian lebih daripada 350 jenis yis telah dijalankan sebelum saintis SK-II menemui rahsia yis unik yang menghasilkan Pitera.

Apa Itu Pitera

Jadi, bagaimanakah ramuan ini berfungsi untuk membantu anda mencapai kulit bersih bak kristal?

Meningkatkan fungsi semula jadi kulit

Pitera mengandungi kesimbangan Vitamin, Asid Amino, Mineral dan Asid Organik yang berfungsi bersama untuk membolehkan proses keremajaan berlaku pada kulit. Pitera mengandungi komponen yang serupa dengan Natural Moisturizing Factors (NMF) yang terdapat dalam kulit yang sihat, membantu mengekalkan penghidratan dan bersinar.

Memperkukuhkan fungsi perlindungan kulit

Memandangkan cuaca di Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun, Pitera berfungsi sebagai penghalang yang boleh menyebabkan kekeringan, kedutan, kusam akibat pencemaran alam sekitar, jadi kulit tetap berseri dan sihat.

Mencegah kerosakan permukaan kulit

Tiada lagi kulit yang kusam kerana bahan dalam Pitera berfungsi untuk mengelakkan kerosakan yang disebabkan UV, hal ini menjadikan kulit lebih berseri dan jelas bersih!

Adakah cukup sekadar menggunakan Pitera Essence?

Kebaikan Pitera, SK-II

Hanya menggunakan Facial Treatment Essence sahaja cukup untuk memperbaiki keadaan kulit yang tercemar, memandangkan dengan kelebihan 90% Pitera, jadi penggunaannya dalam rutin harian memang diakui. Malah, kajian juga menunjukkan bahawa aplikasi Facial Treatment Essence dapat membantu dalam penyerapan serum/pelembap yang lebih baik.

Jika anda ingin mengalami kuasa penuh Pitera, kami mengesyorkan kit percubaan SK-II – Pitera Welcome SetPitera Welcome Set adalah sempurna untuk individu yang baru mengenali produk penjagaan kulit mewah SK-II. Set mengandungi Facial Treatment Clear Lotion, Facial Treatment Essence dan R.N.A. POWER Radical New Age.

Penulis Review : Adakah Facial Treatment Essence berkesan?

Oleh kerana penulis menghabiskan masa dalam pejabat yang berhawa dingin, jadi kulit selalu terasa kering dan kusam. Ternyata penggunaan selama 14 hari berturut-turut memberi perubahan yang jelas berlaku pada kulit. Bukan sahaja kelihatan lebih lembut, tetapi juga lebih cerah dan lebih terhidrat daripada sebelum ini. Dengan faedah yang ketara dalam tempoh yang singkat, penulis sangat teruja untuk melihat penambahbaikan selanjutnya dengan penggunaan yang berterusan dan sangat mengesyorkan kepada pembaca mencuba ke’ajaiban air’ ini.

Di mana boleh dapatkan?

SK-II Pitera Welcome Set

Adakah anda bersedia untuk mengubah kulit anda? Facial Treatment Essence ditawarkan dalam tiga saiz – 75 ml (RM 232), Facial Treatment Essence 160 ml (RM 515) dan Facial Treatment Essence 230 ml (RM 695). Untuk harga lebih murah, kami syor anda membeli Pitera Welcome Set hanya RM 252. Ini termasuk 30ml Facial Treatment Clear Lotion, 75ml Facial Treatment Essence dan 15g R.N.A. POWER Radical New Age. Anda boleh dapatkan di semua kaunter SK-II.

Artikel ini dibawakan oleh SK-II.

The post SK-II Review : Facial Treatment Essence Dengan Kebaikan Pitera appeared first on Wanista.com.

Wanista Review : SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion

$
0
0

Wanista diberikan peluang untuk mengulas krim pelembap dari siri produk anti-penuaan SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion.

Ramai orang menganggap bahawa produk penjagaan kulit dilabelkan dengan “julat usia” tertentu – anda hanya boleh menggunakan setengah siri produk jika anda dalam kategori usia itu. Pada pendapat kami, ini tidak benar, terutamanya untuk penjagaan kulit anti-penuaan. Paling baik untuk menggunakan produk dengan formula anti-penuaan seawal usia 20-an, bukannya ketika tanda-tanda penuaan muncul. Pencegahan lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, adalah terbaik untuk bermula dengan awal sebelum terlambat. Penulis sangat teruja untuk memasukkan SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion dalam rutin penjagaan kulit. Mari kita ikuti perjalanan ini!

Untuk yang tidak tahu, siri produk SK-II R.N.A. (Radical New Age) terdiri daripada produk-produk yang berikut –R.N.A. Power Radical New AgeR.N.A. Power Essence, R.N.A. Power Airy Milky Lotion dan R.N.A. Power Eye Cream.

SK-II R.N.A Power Range

Apa itu siri produk R.N.A. Power? Ia adalah koleksi produk anti-penuaan yang disesuaikan khusus untuk menjaga kulit yang sihat dan muda. Salah satu ramuan utama dalam rangkaian ini adalah Pitera, rahsia SK-II untuk kulit kristal yang mengandungi lebih daripada 50 mikronutrien seperti vitamin, mineral, asid amino dan asid organik yang secara dramatik memperbaiki proses peremajaan kulit.

Bukan itu sahaja, barisan R.N.A. mengandungi RNArchitect Complex yang mengandungi hydrolyzed soy dan ekstrak yis bertujuan untuk menguatkan kulit bagi kelihatan muda!

Cara Pakai SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion

SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion

Sekarang, produk utama dalam ini – SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion dirumuskan dengan Palmitoyl Pentapeptide-4 dan ekstrak Chlorella, di mana kedua-duanya bekerja untuk mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan. Ini memperbaiki tekstur kulit secara keseluruhan untuk terlihat awet muda.

Pandangan pertama bila melihat krim pelembap, penulis terkejut dengan tekstur pelembap yang ringan dan bagaimana ia mudah diserap ke dalam kulit. Kulit terasa segar dan licin selectas satu aplikasi sahaja. Yang menarik lagi, ia berfungsi hebat sebagai asas sebelum mekap.

Bagaimana Menggunakan SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion?

Untuk dapatkan kesan terbaik, gunakan krim pelembap ini selepas Facial Treatment Essence dan R.N.A. Power Essence. Urut krim ini ke dalam kulit dengan pergerakan menaik untuk menggalakkan pengukuhan kulit, bermula dari rahang ke kawasan pipi anda.

Tips Wanista : Sebaiknya semasa aplikasi krim ke muka, cuba urut dengan lembut untuk memastikan krim merebak dengan sama rata, bahkan antara garis halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Jangan lupa beri perhatian kepada kawasan bermasalah, terutamanya yang ada kedutan, seperti sekitar bibir, mata, dahi dan juga hidung.

Pengalaman Pakai Sebelum dan Selepas

Pada mulanya, kami juga berfikir produk anti-penuaan terlalu berat untuk wanita di usia 20-an. Namun, kami mengubah pendapat ini selepas pengalaman menggunakan SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion.

Miliki kulit sensitif membuatkan penulis sentiasa berhati-hati mencari produk penjagaan kulit, terutamanya krim pelembap. Ternyata, SK-II Airy Milky Lotion sangat ringan dan menyerap ke dalam kulit dengan cepat, sekaligus mengatasi keraguan penulis terhadap keberkesanan pelembap untuk yang berkulit sensitif. Itu membuat kulit berasa licin tanpa tanda-tanda kerengsaan.

Tekstur SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion

Penggunaan konsisten akan membuatkan kulit terasa lebih sihat, halus dan jelas. Walaupun penulis tidak mempunyai tanda-tanda penuaan yang boleh dilihat, tetapi penulis teruja untuk terus menggunakan produk ini sebagai sebahagian rutin supaya kulit lebih sihat dan awet muda. Seperti yang kita katakan, pencegahan lebih baik daripada mengubati, dan penulis sangat berpuas hati sejak menggunakan produk ini.

Harga

SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion (RM419 untuk saiz 50g, RM633 untuk 80g) dan kesemua siri SK-II R.N.A Power boleh didapati di kesemua kiosk kecantikan SK-II dan secara atas talian.

Artikel ini dibawakan oleh SK-II.

The post Wanista Review : SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2409 articles
Browse latest View live