Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2421 articles
Browse latest View live

Koleksi MAC x Aladdin Bikin Hati Perempuan Cair

$
0
0

Bersempena dengan tayangan olahan filem Disney versi manusia yang terkenal dengan kisah 1001 malam romantis antara Aladdin dan Jasmine, jenama kosmetik terkemuka MAC baru-baru ini mengejutkan peminatnya dengan kolaborasi eksklusif bersama karakter si tuan puteri berbaju biru itu menerusi rangkaian alat solek yang terdiri daripada gincu, palet pembayang mata serta kompak bronzer.

Hal itu diumumkan sendiri oleh pihak MAC Cosmetics menerusi laman Instagram mereka semalam dan ianya mendapat reaksi lebih daripada beratus ribu netizen dengan lebih 143,000 sukaan.

Foto -MAC Cosmetics

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, pihak MAC Cosmetics bakal melancarkan koleksi edisi terhad bersama Aladdin itu sekitar Mei nanti. Setiap satunya dicipta dan diinspirasikan dari sifat keberanian serta keyakinan Puteri Jasmine, di samping meraikan tayangan filem klasik Disney itu yang dijadualkan berlangsung pada 24 Mei.

Gincu MAC x Aladdin rona fushia mencerminkan daya keperibadian wanita sejati. Foto -MAC Cosmetics

Lebih menarik, bekas pembungkusan yang digunakan untuk koleksi MAC x Aladdin juga sangat cantik dan bisa dijadikan koleksi peribadi mahupun sebagai bingkisan.

Palet pembayang mata MAC x Aladdin  yang dihadirkan dengan 9 warna mempersona berasaskan rona ungu, emas dan merah jambu untuk si feminin. Foto -MAC Cosmetics

Setiap satunya dihiasi saduran keemasan serta corak cetakan kerawang yang menampilkan elemen timur tengah melihatkan asal filem Aladdin itu sendiri yang berlatarkan kisah dari zaman lampau berlokasi di Baghdad.

Kompak bronzer yang turut dilengkapi cermin. Foto -MAC Cosmetics

Siapa paling teruja dan tak sabar untuk mendapatkan koleksi eksklusif dari MAC x Aladdin ni? ❤

RUJUKAN

The post Koleksi MAC x Aladdin Bikin Hati Perempuan Cair appeared first on Wanista.com.


Wanista Cuba! 3 Dry Shampoo Terbaik Rawat Rambut Berminyak

$
0
0

Bila kita cuci rambut, perlu mengambil masa untuk mengeringkan – sesungguhnya buntu waktu yang banyak untuk melakukan itu semua.

Cuba bayangkan tidak perlu meluangkan masa dan mengeringkan rambut anda lagi. Tidak, anda tidak perlu memotong pendek atau mencukur rambut – cuma beralih ke dry shampoo, produk semburan yang mempunyai sama manfaat seperti syampu biasa.

Sesuai dengan namanya, dry shampoo diaplikasi pada rambut tanpa perlu dibilas. Umumnya dry shampoo terdiri daripada dua jenis iaitu semburan (spray) dan bedak (powder)Dry shampoo berbentuk semburan jelas lebih mudah dan praktis penggunaannya dibandingkan jenis bedak. Tahukah kamu, dry shampoo jenis bedak bukanlah suatu perkara yang baru, ia sudah digunakan oleh para wanita ketika era Victoria lagi. Namun kini, dry shampoo hadir dalam bentuk semburan yang lebih mudah dan praktikal.

Cara Gunakan Dry Shampoo

Giphy

Untuk menggunakan dry shampoo jenis semburan, hal akan lubang semburan terhadap akar rambut anda, semburkan. Tunggu beberapa saat untuk syampu kering berkenaan menjalankan tugas pembersihannya terhadap rambut anda sebelum anda boleh mula mengurut dan menyikat rambut. Apabila cecair semburan itu telah kering, bermakna pembersihan telah dilakukan dengan sempurna! Hasilnya, anda kelihatan seperti baru membasuh rambut.

Dry shampoo memang berkesan untuk menyerap minyak di rambut supaya rambut tetap bersih walaupun tidak mempunyai masa untuk syampu. Walaubagaimanapun, dry shampoo juga boleh digunakan pada jenis rambut kering dan kusam. Yang pasti produk ini akan membantu memulihkan kecantikan rambut anda.

3 pilihan Wanista paling terbaik…

Batiste

Batiste dry shampoo kegemaran ramai ini mengandungi asid amino yang dipanggil L-arginine, membantu menguatkan struktur rambut, disamping membersihkan kulit kepala rambut yang berminyak.

Foto – Ecplaza

Ouai

Ramai beauty junkies mengesyorkan dry shampoo dari jenama Ouai kerana harumannya yang mengasyikkan. Tidak perlu disembur banyak, memadai 2 hingga 3 semburan sahaja. Lagi satu, ia meninggalkan kesan yang segar bila disembur ke kulit kepala berminyak.

Foto – Space NK

Lush

Syampu jenis bedak dengan formula limau gedang dan limau untuk menyegarkan rambut tanpa air. Ini adalah ideal jika anda mahukan penyegaran cepat kerana ia akan menyerap minyak berlebihan untuk meninggalkan kemasan matte, kelihatan bersih tanpa kekaburan.

Foto – Anceru

Sekarang tak perlu risau jika tak punya masa, guna sahaja dry shampoo untuk kesan yang sama seperti syampu biasa.

Selamat Beramal!

The post Wanista Cuba! 3 Dry Shampoo Terbaik Rawat Rambut Berminyak appeared first on Wanista.com.

Park Shin Hye Serius Nampak Lagi Muda Dan Cantik Dengan Rambut Pendek

$
0
0

Orang kata gaya rambut boleh merubah penampilan seseorang.

Baru-baru ini mencuri perhatian netizen ialah aktres kesayangan ramai, Park Shin Hye yang bertukar imej dengan memotong rambut panjangnya ke pendek.

Siapa sangka rambut barunya yang lebih pendek membuatkan gadis muda ini kelihatan lebih muda, segar, cantik, malah sudah persis remaja sekolah lagaknya. Bila berambut panjang, beliau tampak matang, ayu, adakalanya agak berumur. Setuju tak?

View this post on Instagram

#valentino #vringbag @maisonvalentino

A post shared by 박신혜 (@ssinz7) on

Menghadiri Minggu Fesyen Paris bagi jenama Maison Valentino, Park Shin Hye buat peminat jatuh cinta dengan penampilan gadis riang dengan pilihan warna musim bunga disamping padanan rambut pendek kerinting. Ringkas tapi manis sekali.

View this post on Instagram

😘🥰

A post shared by 박신혜 (@ssinz7) on

Yang penulis perasan, Park Shin Hye nampak muda belia dan gembira dengan rambut barunya.

Okay penulis tak boleh move on tengok Park Shin Hye ni…

The post Park Shin Hye Serius Nampak Lagi Muda Dan Cantik Dengan Rambut Pendek appeared first on Wanista.com.

Suntikan Filler Untuk Bibir Besar, Penjelasan Lengkap Mesti Tahu

$
0
0

Suatu masa dahulu Kylie Jenner menjelaskan beliau melakukan suntikan filler pada bibir kerana pengalaman tragis bercumbuan dengan cinta pertama. Lelaki tersebut memperlekehkan bibir nipis dan kecil Kylie sehingga gadis muda itu mengalami malu yang amat dasyat sehingga nekad melakukan filler. Bibir besar dan tebal merupakan idamannya sejak remaja lagi. Siapa sangka suntikan filler membuatkan bibirnya cukup seksi dan cantik di mata ramai. Dan kerana itu, gadis remaja terpanggil untuk melakukan suntikan filler, walau tidak punya alasan yang kukuh.

Foto – BET Networks

Suntikan dermal filler atau dipanggil filler bertujuan untuk mendapatkan wajah dan bentuk tubuh idaman. Dermal filler adalah merupakan bahan sintetik yang disuntik ke dalam lapisan dermis untuk memberi sokongan dalam lapisan tersebut. Penggunaan bahan ini adalah meluas dalam bidang kosmetik kerana ia melibatkan prosedur kurang invasif.

Tidak hanya disuntik pada pipi, dagu, hidung dan bibir untuk dibentuk, filler juga disuntik pada anggota tubuh yang lain seperti payudara dan pinggul. Bagaimanapun, ramai kalangan mereka yang taksub dengan kecantikan mengambil jalan mudah dan murah dengan mendapatkan suntikan filler di pusat-pusat kecantikan atau individu yang tidak bertauliah, tanpa memikirkan risiko yang dihadapi.

Foto – medifine.co.uk

Tapi sebelum kamu terfkir untuk melakukannya, ini beberapa fahaman kamu kena tahu sebelum mengambil suntikan filler.

Bagaimana suntikan filler dilakukan?

Filler biasanya digunakan untuk meningkatkan saiz bibir. Filler berasaskan kolagen atau asid hyaluronik adalah jenis kebiasaan. Jenis filler yang kebiasaannya boleh membawa kepada kesan negatif adalah daripada jenis kekal yang sudah diharamkan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan.

“Mana-mana pegawai perubatan yang sah akan guna filler daripada asid hialuronik atau kita panggil HA filler. Ia berasaskan air, jadi apabila air berada di bawah kulit maka tidak akan mendatangkan reaksi tubuh. Yang kekal ini pula biasanya daripada sumber seperti haiwan, Contohnya, kolagen yang diperoleh daripada lembu dan babi,” ujar Doktor Perubatan Estetik, Dr. Nazelia Thibroni.

Foto – Pinterest

Berapa lama filler bibir bertahan?

Ia bergantung kepada faktor-faktor seperti usia pesakit dan jenis rawatan filler yang digunakan. Top-up biasanya diperlukan setiap empat hingga enam bulan untuk mendapatkan hasil yang dingini. Sekali buat tidak akan mendapat hasil lumayan, perlu diperbaiki sehingga dua atau tiga, bergantung kepada keadaan.

Kesan selepas melakukan filler?

Selepas prosedur, anda akan mengalami kemerahan, bengkak dan sakit di tempat suntikan, selalunya sekitar 24 jam. Katakanlah suntikan filler masih berlanjutan sakit sehingga bernanah, keras malah terusan membengkak, runding kembali dengan premis kecantikan atau berjumpa pakar untuk rujukan lanjut.

Foto – BET Networks

Risiko dan kesan sampingan?

Pembesaran bibir adalah prosedur perubatan dan semua prosedur perubatan mempunyai risiko yang berkaitan dengan penggunaan jarum, termasuk jangkitan, lebam, dan pendarahan. Terdapat risiko yang berkaitan dengan filler, termasuk alergi, nekrosis dan buta [ini berlaku kerana filler menghalang pembuluh darah]. Bila keadaan ini terjadi, anda diminta rujuk kembali dengan pakar kecantikan sekiranya berlaku kecemasan.

Filler adalah bahan asing yang disuntik ke dalam tisu seseorang individu. Ianya boleh menyebabkan benjolan kulit yang tidak sekata, radang kulit, jangkitan kuman, lebam serta pendarahan sekirangnya suntikan terlalu dalam.

Kena tahu yang mana haram dan halal ye? Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1234

The post Suntikan Filler Untuk Bibir Besar, Penjelasan Lengkap Mesti Tahu appeared first on Wanista.com.

Berseronok Di Rumah Buat Rawatan Wajah Dengan Masker Double Dare!

$
0
0

Double Dare Spa, jenama masker dari Los Angeles, California yang komited memenuhi keperluan wanita yang lebih senang melakukan spa rawatan wajah di rumah kini akhirnya memasuki pasaran kecantikan Malaysia menerusi gedung “Beauty & Co”.

Kesemua produk maskernya berasaskan ramuan semula jadi, lima rangkaian terbaik Double Dare Spa ditawarkan buat pencinta kecantikan termasuklah OMG! Mask Collection and Age Freeze.

Tonton Video Pengenalan Produk Double Dare

Sememangnya sukar untuk mendapatkan penampilan kulit yang sempurna jika tidak melakukan perawatan wajah secara berkala, namun, dengan adalah produk masker dan rangkaian kecantikan dari Double Dare Spa ini, kita sudah bisa melakukan sendiri perawatan wajah ala spa di rumah secara ringkas dan mudah.

Sumber: Double Dare Spa

Dapatkan seleksi rangkaian spa wajah oleh jenama Double Dare Spa di mana-mana cawangan outlet “Beauty & Co” termasuklah di Bukit Tinggi (Klang), Kepong, 1 Utama Shopping Mall, USJ Taipan, Setia Alam, Paradigm Mall, Cheras & The Gardens Mall.

Sumber: Pinterest

Untuk keterangan lanjut, sila klik [mydoubledarespa.com].

The post Berseronok Di Rumah Buat Rawatan Wajah Dengan Masker Double Dare! appeared first on Wanista.com.

Selain Thalia, 7 Aktres Telenovela Cantik Pernah Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia

$
0
0

Rosalinda, Marimar, Arabella Grace Garcia, Maria Mercedes – antara nama watak drama telenovela yang cukup mendapat tempat di hati rakyat Malaysia suatu masa dahulu. Tidak kiralah yang tua atau muda, mereka disukai kerana miliki raut wajah yang sedap mata memandang, disamping hebat berlakon sama ada menerusi watak antagonis atau protagonis.

Wanista kumpulkan beberapa aktres yang pernah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Thalia

Baik lelaki atau perempuan, semua orang mengenali Rosalinda yang dimainkan oleh Thalia. Sehingga kini kecantikan Thalia diperkatakan walau sudah mencecah 40-an, beliau selamanya forever young.

Masih lagi awet muda. Foto – Arkib Wanista

Kristine Hermosa

Beliaulah ratu telenovela dari Filipina sekitar awal tahun 2000. Kristine Hermosa yang kini sudah bergelar isteri dan ibu kepada empat orang anak. Beliau terkenal menerusi gandingannya bersama Jericho Rosales menerusi telenovela Pangako Sa ‘Yo, Sana’y Wala Nang Wakas dan Dahil May Isang Ikaw.

Kristine berkongsi potter keluarga pada 1 Januari 2019 di Facebook. Foto – Facebook

Marian Rivera

Seorang lagi aktres Filipina yang namanya sentiasa menjadi siulan. Terkenal menerusi drama Marimar bersama Dingdong Dantes yang juga merupakan suaminya. Rata-rata orang kita menyukai Marian kerana visual beliau cukup sempurna – raut wajah jelita, kulit putih melepak disamping tubuh badan yang seksi menggoda. Khabarnya Marian sekarang sedang hamil anak kedua.

Bersama suami dan puteri kesayangan. Foto – ABS-CBN News

Ana María Orozco

Namanya mungkin tidak dikenali tapi lakonannya sebagai Beatriz Pinzón Solano dalam drama terhangat awal 2000 “Yo soy Betty, la Fea” pernah jadi kegilaan. Drama ini boleh dianggap sebagai pelopor untuk tema percintaan luar biasa antara si hodoh dan kacak. Yo soy Betty, la Fea sangat terkenal dan telah disiarkan ke seluruh dunia, kejayaannya telah melahirkan remake dari beberapa negara luar. Siapa sangka sekarang Ana Maria aka Betty sudah 45 tahun.

Zaman Betty vs Sekarang. Foto – Las2orillas

Gabriela Spanic

Kisah dua beradik kembar bernama Paola dan Paulina dalam telenovela La Usurpadora yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu sekitar awal 2000. ? Selepas La Usurpadora, Gabriela muncul dalam beberapa telenovela yang ditayangkan di Malaysia seperti La Intrusa, Por Tu Amor, Emperatriz dan Prisionera.

Sadisnya sekarang beliau banyak terlibat dalam skandal pembedahan plastik. Transformasi dari awal debut sehingga kini. Foto – cellcode.us

Scarlet Ortiz

Drama favorite penulis! Mis Tres Hermanas menceritakan abang bersama tiga adik perempuan yang berlainan sikap dan kisah. Ikoniknya watak Lisa Estrada lakonan jelitawan Scarlet Ortiz, seorang jururawat yang baik hati telah memukau penonton Malaysia. Penulis teringat akan rupa paras yang ayu serta rambut panjang hitam berkilat merupakan trademark.

Sudah mendirikan rumahtangga dan dikurnia seorang puteri. Tak sangka “Lisa” masih kekal dengan rambut lurus hitam berkilat. Foto – Facebook

Barbara Mori

Pasti pernah menonton telenovela Rubi? Apa tidaknya Rubi lakonan Barbara Mori pernah membuat satu Malaysia benci dengannya, Rubi adalah satu-satunya telenovela yang mengangkat watak antagonis sebagai heroin. Berbekalkan wajah yang jelita serta gaya yang seksi, sikap tamakan harta serta merampas kekasih kawan baiknya sendiri telah memberikan satu kelainan dari segi penceritaan telenovela yang sering ditayangkan di Malaysia.

Barbara bersama anak lelakinya yang kacak Sergio Meyer Mori. Foto – Yahoo

OMG Barbara Mori dan Scarlet Ortiz seriously Goddess… Langsung tak menampakkan usia 40-an. Apa rahsia awet muda?

The post Selain Thalia, 7 Aktres Telenovela Cantik Pernah Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia appeared first on Wanista.com.

Glamor Sungguh Sephora Collection x Marvel!

$
0
0

Sejak ditayang beberapa minggu lalu, filem Captain Marvel mendapat kritikan hebat dan siapa sangka, watak adiwira Marvel terhebat adalah merupakan seorang wanita yang langsung tak gentar dalam menempuh musuh dunia.

Bagi menyambut kesinambungan megah itu, Sephora selaku jenama kosmetik dan pengedar produk kecantikan gergasi di dunia tampil berkolaborasi dengan dengan pihak Marvel untuk melancarkan koleksi mekap dan perkakas solekan unik, istimewa buat wanita yang berjiwa sensasi.

Dari atas kiri: Marvel Heroes Makeup Brush Set: RM145 ; Thor Eyeshadow Palette: RM65 ; Black Panther Highlighthing Palette: RM89 dan Marvel Heroes Metallic Eyeshadow Palette: RM99.

Disertai 9 item kecantikan terdiri daripada set berus solekan, gincu dan plembap bibir, palet pembayang mata, palet highlighter dan pemerah pipi, setiap satunya disertai pembungkusan metalik hologram untuk menerbitkan tema futuristik.

Dari atas kiri: Masker Invisilk (harga tidak dinyatakan) ; Marvel Heroes Mini Kiss Me Balm Trio: RM55 ; Double Ended Eyeshadow (harga tidak dinyatakan) dan Captaion America Blush Palette: RM55.

Manakala, rona palet solekan dan gincu yang ditawarkan pula adalah berasaskan warna-warni menggoda yang diinspirasikan daripada elemen kekuatan Marvel seperti merah, oren dan merah hati.

Dari kiri: Marvel Heroes DE Lipstick & Gloss Red: RM65 ; Marvel Heroes DE Lipstick & Gloss Pink: RM65 dan Marvel Heroes DE Lipstick & Gloss Orange: RM65.

Kesemua, koleksi Sephora Collection x Marvel ini boleh mula didapatkan di cawangan-cawangan Sephora skeitar Malaysia bermula 28 Mac 2019 -juga boleh dibeli secara atas talian [DI SINI].

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/sephoramalaysia].

The post Glamor Sungguh Sephora Collection x Marvel! appeared first on Wanista.com.

4 Kesalahan Contouring Yang Mungkin Anda Kerap Lakukan

$
0
0

Sekarang ini kecoh pula dengan trend mekap yang skip sahaja blusher dan fokus pada bahagian contour dan highlight. Gaya solekan ini sangat ringkas dan mengekalkan look natural tanpa membebankan kulit dengan pelbagai produk pada wajah. 

Penulis sendiri telah kembali minimalkan solekan dengan hanya menambah contour. Hasilnya wajah lebih tampil segar dan sesuai untuk siapa yang mahukan makeup no-makeup. Ia juga menjimatkan waktu untuk anda bersiap tapi anda harus berhati-hati! Melakukan contour memerlukan teknik yang tertentu dan ia bukan sahaja mengenai memberi ilusi wajah runcing tapi bisa mengubah warna dan bentuk bayangan wajah. 

Buat anda yang sentiasa was-was dengan hasil contour apa kata semak semula teknik yang dilakukan. Adakah anda tergolong dengan mereka yang kerap melakukan contouring seperti dibawah. 

Salah pilih berus

Ilmu asas yang anda perlu tahu tentang dunia solekan pertama sekali ialah berus mekap dan pelbagai lagi alatan lain. Sekurang-kurangnya anda kena tahu berus apa yang sesuai dengan bentuk wajah dan senang untuk anda lakukan contour dengan produk formula yang digunakan.

Foto – entrenosotros.consum.es

Tak pandai pilih formula

Sama seperti foundation, produk contour juga terdapat dalam bentuk powder, cream, sticker dan banyak lagi. Apa yang perlu anda faham ialah kondisi kulit anda dengan formula produk yang dipilih. Sebagai contoh, jika anda seorang kulit yang berminyak mungkin anda memerlukan double contouring. Pertama sekali lakukan dengan formula cream kemudian tambah dengan jenis powder selepas selesai foundation

Foto – FROM LUXE WITH LOVE

Ini untuk produk lebih tahan lama pada kulit dan tidak meninggalkan kesan bercapuk. 

Rona yang tidak sesuai

Warna contour biasanya didatangi warna coklat atau coklat gelap untuk mencipta bayangan gelap pada bahagian wajah yang ingin disorok. Malah ia juga untuk menghidupkan semula warna kulit selepas disapu foundation. Namun berjaga-jaga dengan rona contouring anda, elakkan dari terlalu gelap atau terang paling tepat ialah 2 – 3 lebih gelap dari warna kulit atau foundation

Foto – Project Vanity

Malas blending

Sebab itulah dalam solekan ini anda perlukan sikap sabar dan rajin. Ingat senang nak jadi cantik ia peruntukkan masa dan sikap motivasi. Walaupun ia tersorok contour tetap memerlukan teknik blending yang kemas. Kalau anda inginkan hasil natural pentingnya untuk blend contour supaya tidak kelihatan garis kasar dan warna bertompok. 

Foto – elle.fr

Tips diatas bukan sahaja untuk contouring tapi adalah teknik asas untuk semua jenis langkah solekan.

RUJUKAN 1 & 2

The post 4 Kesalahan Contouring Yang Mungkin Anda Kerap Lakukan appeared first on Wanista.com.


Serikan Wajah Kusam Dengan Kosmetik Pixy UV Whitening Base Makeup!

$
0
0

Wanita dan mekap berpisah tiada.

Jika mereka ke Sephora, Sasa, Guardian, Watson, mahu lama memilik produk kosmetik pilihan di hati.

Dirumuskan dengan menggunakan Teknologi Jepun, PIXY adalah rangkaian kosmetik yang direka untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi wanita Asia. Selaras dengan personaliti teras yang feminin, mudah, bergaya dan moden, PIXY percaya bahawa kecantikan adalah tenaga emosi wanita. Bukan hanya itu, produk PIXY juga diyakini Halal bagi memastikan bahawa ia benar-benar selamat digunakan.

PIXY UV Whitening Base Makeup

Foto – Arkib Wanista

Memudahkan untuk wanita on-the-go, PIXY memperkenalkan pelbagai rangkaian terbaru UV Whitening Base Makeup, yang dinamakan 4 Beauty Benefits. Terdiri daripada tiga jenis solekan asas iaitu UV Whitening Two Way Cake Perfect Last, UV Whitening BB Cream dan UV Whitening Concealing Base, setiap produk diformulasikan dengan bahan semula jadi seperti Bengkoang, Minyak Squalane dan Minyak Jojoba. Semua produk berfungsi untuk melembapkan, mencerahkan, melindungi dan mencantikkan kulit – menyampaikan empat manfaat kecantikan dalam satu pakej. Produk ini juga dilengkapi dengan rangkaian SPF 30-35 yang membantu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu yang berbahaya untuk kulit.

Produk kosmetik dengan kuasa ketahanan sehingga 12 jam, kulit kelihatan cerah walaupun seharian di luar ini boleh didapati di semua Guardian seluruh Malaysia. Harga bermula RM13.90 sehingga RM19.90 sahaja.

Happy Shopping!

The post Serikan Wajah Kusam Dengan Kosmetik Pixy UV Whitening Base Makeup! appeared first on Wanista.com.

Best Mask Reneuf Buat Muka Kembali Muda Dan Selembut Bayi

$
0
0

Masker muka Halal?

Reneuf, produk halal pertama Jacques Cosmetics (Malaysia) San Bhad melancarkan rangkaian komprehensif masker muka halal.

Diperbuat dengan menggabungkan formulasi terbaik dari Swiss serta usaha penyelidikan dan pembangunan oleh Jacques Cosmetics, Reneuf menawarkan rangkaian masker muka yang direka khas untuk pengguna beragama Islam dan penggemar kecantikan di Asia yang sering mencari produk-produk berkualiti tinggi yang bebas daripada bahan-bahan berbahaya.

Foto – Facebook Renuef

Rangkaian masker muka Reneuf terdiri daripada tujuh varian berbeza, masing-masing dirumuskan untuk menangani pelbagai masalah kulit, daripada kulit kering ke berminyak dan berjerawat. Antara bahan-bahan yang terkandung dalam masker Reneuf adalah skualena, koloid emas dan biji keladi, kesemuanya membantu dalam penghasilan kulit wajah yang lebih lembut dan licin.

Masker Reneuf boleh didapati di Alpro Plus Pharmacy, Isetan, Robinsons, Sasa, Sogo dan farmasi-farmasi terpilih di seluruh negara pada harga RM9.90 sekeping. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Reneuf di www.reneuf.my, laman Instagram dan Facebook.

The post Best Mask Reneuf Buat Muka Kembali Muda Dan Selembut Bayi appeared first on Wanista.com.

Fasha Sandha Makan Suplemen Ni Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda

$
0
0

Nak tahu rahsia Fasha Sandha menjaga kecantikan?

Fasha Sandha yang dipilih sebagai duta jenama baharu rangkaian InnerShine yang merangkumi InnerShine Pati Prun dan InnerShine Pati Beri.

Fasha Sandha Amalkan…

Berkongsi pandangannya dalam mencapai kecantikan secara semulajadi, Fasha berkata, “Jenama seperti BRAND’S membantu pengguna dengan menyediakan suplemen-suplemen berkhasiat seperti rangkaian InnerShine yang membolehkan kita mendapat kulit cantik secara semulajadi memandangkan kesihatan yang baik datang daripada pengambilan nutrien yang betul. Selain itu, formulasi cecair InnerShine juga membenarkan pati dan khasiat semulajadi mudah diserap oleh tubuh.”

Rangkaian Baharu InnerShine

InnerShine Pati Prun berkesan terhadap sistem penghadaman anda, membersihkan bahagian dalaman tubuh dengan keserian wajah yang dapat dilihat dalam tempoh 12 hari. Gabungan pati buah prun dan Vitamin E meningkatkan keupayaan perlindungan kulit anda daripada radikal-radikal bebas yang terdapat di persekitaran, seterusnya memberikan kulit yang lebih sihat dan berseri. Suplemen berkhasiat 100% berasaskan buah-buahan ini juga kaya dengan serat buah prun dan maltodekstrin – sejenis serat boleh larut yang menggalakkan pergerakan usus yang baik dan membantu menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan di dalam tubuh.

Foto – Facebook InnerShine Club

InnerShine Pati Beri merupakan pati diperkuat dengan kandungan Vitamin A, C & E serta Zink. Vitamin C dan Vitamin E membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif. Sebagai tambahan, pati berkenaan juga mengandungi nutrien-nutrien daripada tujuh beri premium yang kaya dengan antioksida – blueberries, blackcurrants, cranberries, chokeberries, strawberries, acai berries dan elderberries. Antioksida itu membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan UV dan kesan keseluruhan daripada nutrien-nutrien terlibat memastikan kulit anda licin dan kekal berseri serta kelihatan lebih muda.

Selamat Beramal!

The post Fasha Sandha Makan Suplemen Ni Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda appeared first on Wanista.com.

Nak Beli? Jom Intip Harga ‘Mewah’ Produk Mekap La Mer

$
0
0

Nama produk kecantikan La Mer kini disebut-sebut oleh ramai pencinta kecantikan dan solekan tempatan. Apatah lagi apabila ramai jurusolek terkemuka tempatan juga menggunakan produk La Mer dalam menyiapkan wajah pelanggan mereka. Memang terlalu ramai memuji hasil produk La Mer yang berkesan dan memberi cetusan solekan yang sofistikated.

Kalau ikutkan sekarang La Mer dah jadi fenomena baru di Malaysia tapi yang buat lagi ia menjadi bualan ramai ialah harga yang tak masuk akal mahalnya untuk satu jar krim. 

Setiap satu produk La Mer tidak kira samada untuk penjagaan kulit atau mekap ia sekurang-kurangnya bersamaan separuh gaji minima rakyat Malaysia. Nak beli La Mer? Wanista dedahkan harganya.. 

#1 Creme de La Mer (RM600)

Atau lebih dikenali sebagai La Mer The Cream ini ialah krim pelembab dan ia produk best-seller.

Foto – TheBeauParlour

#2 La Mer The Lifting And Firming Mask (RM940)

Masker muka yang ini hanya dipakai selama 8 minit sebelum dicuci semula. Ia dikatakan khas untuk membuat rawatan menegangkan kulit.

Foto – Makeup for Dolls

#3 La Mer The Regenerating Serum (RM1376)

Antara produk skin-care La Mer yang harganya buat ramai geleng kepala. 

Foto – www.imagenesmi.com

#4 La Mer The Lip Balm (RM300)

Kegilaan apakah harga satu jar lip balm bersaiz 9 gram hampir sama dengan belanja dapur?

Foto – Her World

#5 La Mer The Luminous Lifting Cushion Foundation SPF 20 + Refill (RM490)

Nasib baik dapat sekali satu refill cushion. 

Foto – Pinterest

#6 La Mer The Powder (RM389)

Loose-powder yang sama seperti bedak lain tapi ramai yang claim debu ia lebih halus. 

Foto – Female Daily

Akhir kata penulis janganlah jadi biar papa, asal bergaya. 

RUJUKAN

The post Nak Beli? Jom Intip Harga ‘Mewah’ Produk Mekap La Mer appeared first on Wanista.com.

Korang Boleh Beli Kosmetik Murah Sempena Shopee Super Brand Day!

$
0
0

Dekat mana nak cari produk penjagaan wajah yang murah?

Memudahkan anda, Tohtonku (sebuah jenama keperluan rumah kepada sebuah syarikat antarabangsa yang bertapak di seluruh Jepun, Timur Tengah, China, Hong Kong, Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Myanmar) menganjurkan Super Brand Day pertama di Shopee. Kempen yang berlangsung dari 1 hingga 7 April ini menawarkan diskaun sehingga 50% ke atas produk dari pelbagai jenama termasuk produk paling laris seperti Follow Me Anti-Bacterial Body Wash, Ubermen Hairstyling Wax, NUTOX Advanced Serum Concentrate, dan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Terdapat juga jumlah baucar menarik bernilai RM150,000 yang ditawarkan untuk rebutan dan Shocking Sale harian dengan diskaun sehingga 50%.

Foto – ProductNation

Sempena kempen tujuh hari ini, Tohtonku Super Brand Day menawarkan Nanowhite Beauty Set dan NUTOX Anti-Ageing Beauty Setesklusif, mengandungi produk keperluan penjagaan kulit yang boleh dibeli oleh pelanggan untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan dengan penjimatan sehingga 30%.

Tohtonku Super Brand Daypada 4 April 2019 menawarkan tawaran istimewa sepanjang hari termasuk baucar diskaun sehingga 30%, dengan penghantaran percuma bagi pembelian minimum RM20 antara 3pm dan 6pm.

Jangan lepaskan peluang ini! Untuk maklumat lanjut, sila ke [shopee.com.my/m/super-brand-day]

The post Korang Boleh Beli Kosmetik Murah Sempena Shopee Super Brand Day! appeared first on Wanista.com.

Benda Baru Dari #SephoraSpring2019 Wanista Suka Korang Kena Ada

$
0
0

Setiap kali ke Sephora, pasti ada produk baharu yang dikeluarkan sehingga anda menjadi rambang mata mahu mencuba setiap satunya.

Untuk seleksi #SephoraSpring2019, terdapat beberapa produk yang mencuri perhatian penulis kerana keberkesanan bahan kandungan serta magik yang dijanjikan. Penulis pilih Tarte Rainforest lip serum, Kora Organics Noni Glow Sleeping Mask dan Dr.Jart+ Pink Toning. 

Kenapa? Ini alasannya…

Tarte Rainforest of the Sea sting zing plumping lip serum (RM90)

Lip serum dengan formula ekstrak tumbuhan laut yang dapat membantu menghilangkan garis halus pada bibir serta memberi penampilan yang penuh pada bibir. Jika anda miliki bibir nipis, this is for you!

Foto – Arkib Wanista

Kelebihan

  • Dengan serta-merta menaikkan bentuk bibir secara semulajadi
  • Lembut dan hidrat
  • Meningkatkan warna bibir semulajadi
  • Memberi kelembapan berpanjangan
  • Boleh dipakai solo atau di bawah produk bibir lain

Wanista dah cuba! Bila anda aplikasi ke bibir, akan terasa sedikit berangin dan membuat bibir lembap tanpa perlu dioles balsam bibir.

Kora Organics Noni Glow Sleeping Mask

Rasanya semua orang tahu supermodel Miranda Kerr memang menggemari kebaikan buah mengkudu. Khasiatnya ada pada produk terlaris Kora Organics iaitu Noni Glow Oil. Baca: [Maintain Cantik Ikut Cara Miranda Kerr, Hanya Guna Buah Mengkudu Je!]

Foto – Arkib Wanista

Pada kali ini, terhasil pula Noni Glow Sleeping Mask. Topeng rawatan muka yang bersifat ringan mampu meningkatkan penghidratan untuk memberi kulit lebih licin dan lembut. Dipakai semalaman, topeng muka diperkaya dengan Certified Organic Silver Ear Mushroom dan Coconut Milk disatukan lagi dengan Caviar Lime dan Kakadu Plum Extracts untuk memastikan anda bangun dengan kulit lembut, terhidrat dan bercahaya. Semalaman kulit anda akan memperbaharui dan memperbaiki supaya ia kelihatan cantik sempurna seperti pengasasnya.

Penulis ingin ingatkan pertama kali anda guna akan ada sedikit rasa gatal-gatal di muka, jangan risau itu merupakan kesan acidic yang terhasil daripada ekstrak buah-buahan.

Dr.Jart+ V7 Pink Toning (RM220)

Adakah anda salah seorang yang impikan kulit wajah cerah berkilat bak bintang Korea? Baru-baru ini, produk ternama Dr.Jart+ mengeluarkan V7 Pink Toning – krim muka khas dipakai sebelum mekap penuh.

Foto – Arkib Wanista

Dengan trademark “create your naked and natural make up instantly!”, krim ini menggabungkan teknologi Rosy Light yang dipatenkan sesuai dipakai sebelum anda mekap penuh. Selain itu, ia kaya dengan ekstrak tumbuhan yang secara aktif dapat meningkatkan kekeringan, sambil mencerahkan kulit serta memberi tona pink ke dalam kulit.

Wanista dah guna! Walaupun ia miliki tekstur yang pekat tetapi bila dipakai ternyata ia masih ringan dan paling best mengeluarkan aroma sitrus (baik untuk mencerah dan antioksidan) serta memang benar kesan pemutihan berlaku serta-merta.

Nak pesan bila ke Sephora, jangan segan silu bertanya dengan beauty consultant perihal produk yang sesuai dengan anda agar tak menyesal kelak.

Happy Shopping!

The post Benda Baru Dari #SephoraSpring2019 Wanista Suka Korang Kena Ada appeared first on Wanista.com.

Baru! Klinik Aesthetic “La Jung” Sedia Bantu Wanita Jadi Lebih Cantik

$
0
0

Beauty Junkies Rejoice!

Satu lagi, La Jung Anti-Aging & Aesthetic Clinic buka kedai di lokasi paling eskslusif dan mewah The Shoppes, Four Seasons Place, Kuala Lumpur City Centre.

Apa kelebihan yang dibawa La Jung berbanding yang lain? Sebelum ini, La Jung berasal daripada gabungan perkataan Perancis dan Jerman, ‘La’ dalam bahasa Perancis merujuk kepada ‘The’, sementara ‘Jung’ (disebut “Yoong”) berasal dari perkataan Jerman, yang bermaksud ‘Young’ dalam bahasa Inggeris.

Foto – Arkib Wanista

La Jung Clinic hanya menyediakan perubatan estetik dan anti-penuaan yang paling eksklusif. Mengkhususkan diri dalam pembetulan kulit, badan, dan rawatan rambut, tujuannya adalah untuk membantu anda merasa yakin seriring dengan usia.

Foto – Arkib Wanista

Klinik ini mempunyai lima bilik rawatan, dua bilik menunuggu VIP, lounge VIP dan ruang menunggu dan rawatan VVIP. Bagi pelanggan yang memilih privasi, klinik mempunyai pintu masuk alternatif yang secara langsung membawa kepada tempat letak kereta untuk budi bicara mutlak.

Foto – Arkib Wanista

Dipimpin oleh Dr Nicholas Lim, Pengarah Perubatan / Pengamal Perubatan Aesthetic, pasukan ini disokong oleh Dr Raimie Rahmad, Pengamal Perubatan Aesthetic, Dr Leong Moh Yiing, Pengamal Perubatan Aesthetic serta W. Ahmad Wan, Pengarah Pemasaran La Jung.

Foto – Arkib Wanista

La Jung Anti-Aging & Aesthetic Clinic terletak di L4A – 1 Level 4A, Shoppes di Four Seasons Place, No. 145, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Untuk membuat temu janji, sila hubungi +603 28567616 atau email lajung.com.my.

Nak cantik, buat temu janji sekarang.

The post Baru! Klinik Aesthetic “La Jung” Sedia Bantu Wanita Jadi Lebih Cantik appeared first on Wanista.com.


Kenapa Produk ‘Skin Care’ Korea Lagi Bagus Dari Produk Mat Salleh

$
0
0

Perlahan-lahan ramai peminat produk penjagaan kulit mula bertukar arah kepada produk-produk kecantikan dari buatan Korea. Butik-butik kecantikan mula semakin giat menjual dan memperkenalkan jenama-jenama Korea kepada masyarakat kita. Sebelum K-beauty masuk ke pasaran tempatan, jenama kecantikan dari barat banyak memonopoli rak-rak skin care tapi keberkesanan dan kesesuaian produk barat kepada kulit orang Asia agak jauh berbeza. Menjadikan ramai agak takut menggunakan skin care dari sana.

Kini setelah muncul pelbagai rangkaian skin care dari negara Kimchi tersebut, masyarakat kita tidak kira lelaki atau wanita mula mengambil tahu tentang isu penjagaan wajah. Tapi kenapa agaknya produk dari Korea Selatan menjadi sebab utama orang ramai memilih daripada produk dari Eropah atau Amerika Syarikat? 

#1 Bungkusan yang comel

Sungguh bijak teknik pemasaran mereka dengan mendahulukan konsep ‘dari mata jatuh ke hati’. Kalau anda perasan kebanyakan bungkusan produk K-beauty sangat minimal, comel dan praktikal. Tidak seperti produk barat yang agak ‘tua’ dan serius dari segi pembungkusan. 

Foto – theballeronabudget.com

#2 Hidrasi

Kalau lihat pada teknik penjagaan kulit Korea memang sangat disiplin tentang hidrasi kulit. Jadi keutamaan dalam mana-mana produk mereka ialah pasti terkandung formula untuk melembabkan kulit. Manfaat kulit yang sentiasa lembab ialah kulit tampak berseri, kurang garisan halus dan kulit mudah menyerap esen produk.

Foto – Cosmopolitan

#3 Semulajadi

Bahan-bahan yang digunakan juga daripada unsur semulajadi sebagai contoh jenama Innisfree, The Face Shop, Skin Food dan banyak lagi. Ini antara sebab pengguna lebih merasa selamat dan yakin tentang keberkesanan produk.

Foto – Barely There Beauty

#4 Formulasi produk

Dari pelembab, serum, pencuci muka, ampoules dan bermacam lagi setiap daripadanya telah diformulasi secara ringan dan tidak menyebabkan iritasi kepada kulit. Walaupun dengan 10 step sekalipun kulit masih lagi tidak memberi sebarang reaksi negatif. Ini kerana formulasi lebih ringan dan sangat lembut pada kulit. 

Foto – YouTube

Memang produk skin care dari Korea lebih baik namun kalau dibandingkan dengan produk mekap pula Korea masih lagi kalah dengan isu pigmen dan rangkaian tona bedak asas. Apa pendapat anda tentang ini? atau anda pun peminat produk skin care dari sana? 

RUJUKAN 1, 2 & 3

The post Kenapa Produk ‘Skin Care’ Korea Lagi Bagus Dari Produk Mat Salleh appeared first on Wanista.com.

Genius Daiso Jual “Mesin Basuh” Mini Untuk Berus Mekap, Harga Pun Murah!

$
0
0

Jika anda inginkan alat kelengkapan solekan, pergi sahaja ke Daiso. Semua ada di sana dan harga juga murah.

Baru-baru ini, portal kecantikan Dailyvanity Singapore, berkongsi satu alatan paling genius untuk membersihkan berus mekap. Penulis yakin ada kalangan pembaca yang begitu malas untuk membersihkan berus dan tidak mengendahkan soal kebersihan. Jadi, dengan alatan murah yang ada di Daiso mungkin boleh meringankan beban.

Alatan yang dimaksudkan memang kita perlu dan harganya sangat berpatutan. Alatan yang menjadi gelombang di Korea merupakan mesin basuh mini yang dibuat untuk membersihkan berus mekap dan pelbagai lagi. Yang best, ia bukan mesin basuh mewah tetapi hanya dijual di Daiso dengan harga 3,000KRW sahaja.

View this post on Instagram

세탁기 뽑았다 붓 씻기러 가 🛁 #다이소세탁기

A post shared by 지혜✌🏻 (@iam_jihye_) on

Ia mungkin kelihatan seperti mainan kanak-kanak tetapi mesin basun mini ini sebenarnya berfungsi dengan baik. Apa yang perlu anda lakukan ialah meletakkan bateri, tuang sabun – guna silicon-free shampoo atau gentle face wash, letak berus mekap, tekan butang dan biarkan ia berputar sama seperti mesin basuh biasa. Memandangkan ia berukuran mini, jadi mesin tidak sebesar mana dan hanya memuatkan dua berus pada satu masa.

Rata-rata yang pernah menggunakan mesin basuh mini ini kagum dengan setiap perincian yang diberi, siap ada paip untuk melepaskan air kotor. Ambil perhatian bahawa paip kecil, jadi mungkin mengambil sedikit masa untuk melepaskan semua air, jadi anda boleh mencurahkannya keluar dari mesin jika anda lebih suka melakukannya dengan cepat.

Seronok pula penulis tengok. Nak pergi cari di Daiso la….

The post Genius Daiso Jual “Mesin Basuh” Mini Untuk Berus Mekap, Harga Pun Murah! appeared first on Wanista.com.

Tak Perlu Lagi Banyak Step Untuk Jaga Muka Dengan Produk Baru Laneige!

$
0
0

Rutin penjagaan wajah ala Korea ada yang sehingga 7 ke 10 langkah. Dengan toner, serum, essence, ampoule, mask, yang adakalanya memeningkan kita.

Laneige Cream Skin Refiner

Untuk memberi tumpuan kepada rutin penjagaan kulit yang lebih mudah dan padat, seseorang boleh mengenal pasti produk penting yang diperlukan untuk kulit dalam keadaan optimum. Memahami keperluan pengguna, Laneige memperkenalkan Laneige Cream Skin Refiner yang baru, produk berasaskan toner yang diselitkan dengan sifat cream untuk menambahkan kelembapan dan penghidratan.

Laneige Cream Skin Refiner (150ml) – RM 125.00. Foto – Arkib Wanista

Tahukah Laneige Cream Skin Refiner adalah hasil penyelidikan selama 19 tahun dari pasukan R&D Laneige. Menggunakan Cream Blending Technology, Laneige Cream Skin Refiner memberikan kelembapan pada kulit dengan menguatkan penghalang kulit mereka yang sensitif terhadap kulit kering. Ia mempunyai sifat pelembap yang kuat, ringan tetapi mencipta kesan yang tahan lama untuk mengekalkan kulit terhidrasi.

Bahan Yang Terbaik

Dirumuskan dengan sifat White Leaf Tea Water yang kaya dengan Asid Amino, Laneige Cream Skin Refiner sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering yang sangat kering dan mereka yang sensitif terhadap kulit kering. Ia juga diperbuat daripada bahan-bahan EWG Green Grade, bebas daripada PEG, wangian, bahan haiwan dan sebarang pigmen sintetik. Oleh itu, dengan menggunakan Laneige Cream Skin Refiner membantu untuk melembapkan kulit secara mendalam untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat dan lembap.

Tiada lagi kulit kering dengan Laneige Cream Skin Refiner. Foto – Arkib Wanista

Info lanjut, boleh semak Facebook [LANEIGE Malaysia].

The post Tak Perlu Lagi Banyak Step Untuk Jaga Muka Dengan Produk Baru Laneige! appeared first on Wanista.com.

Lagi Muda & Berseri, Warna Gincu “Red Bean Paste” Jadi Trend Wanita Asia Timur

$
0
0

Pemilihan sesuatu warna untuk gincu tidak pernah tepat. Berubah mengikut mood, pakaian yang disarung serta pelbagai lagi.

Terkini negara di sekitar Asia Timur seperti Hong Kong, Taiwan, dan China dilihat begitu gila dengan warna merah hati ala “red bean paste”. Populariti warna gincu meningkat selepas drama China Yanxi Palace dan Ruyi’s Royal Love in the Palace ditayangkan, di mana para gundik dilihat sering memakai warna gincu bibir ini.

Foto – Chinese Films

Kenapa digelar “red bean paste” atau bahasa kita kacang merah? Sebenarnya tiada sebab rasmi, cumanya warna gincu bibir yang dipakai para pelakon di antara merah jambu, merah, dan coklat – pada dasarnya seakan-akan sama seperti kacang merah. Dan disebabkan itu mereka menggelarnya warna gincu bibir “red bean paste”.

Foto – Pinterest

Ia sangat disukai kerana mudah untuk disesuaikan dengan warna kulit sama ada yang gelap, sederhana atau cerah, dan sesuai dipakai untuk kebanyakan keadaan.

Kenapa Digilai Wanita Sana?

Katanya, warna tersebut tidak terlalu menonjol dan nampak manis persis gadis remaja. Bahkan ada yang percaya bahawa warna kacang merah ini memberikan ilusi kulit yang lebih cerah, berseri dan menyenangkan.

Lihat Seleksi Gincu Warna Kacang Merah Pilihan Wanista

Charlotte Tilbury Matte Revolution Walk Of Shame

Foto – Carousell

Givenchy Le Rouge Lipstick – N 105 – Brun Vintage

Foto – Arkib Wanista

Estee Lauder’s Pure Color Envy Sculpting Lipstick #420 Rebellious Rose

Foto – Arkib Wanista

Boleh tahan cantik. Penulis nak belilah!

The post Lagi Muda & Berseri, Warna Gincu “Red Bean Paste” Jadi Trend Wanita Asia Timur appeared first on Wanista.com.

Apa Kebaikan Pengambilan Suplemen Vitamin C Kepada Kulit?

$
0
0

Baru-baru ini, penulis berkunjung ke sebuah klinik aesthetic untuk penjagaan wajah. Di sana penulis dimaklumkan untuk mula mengambil makanan tambahan vitamin C bagi membantu dari segi kecantikan kulit wajah. Mula tertanya, betul ke vitamin C berkesan untuk kulit?

Baiklah, pada yang tidak tahu, vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Foto – MaxLiving

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik Vitamin C:

  1. Buah-buahan: jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
  2. Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.

Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C.

Kebaikan Vitamin C Pada Kulit

Berbalik kepada soalan penulis tadi, didapati suplemen vitamin C sangat popular dalam kalandan wanita sekarang. Ia merupakan sejenis suplemen yang dapat membantu dari segi kecantikan wajah. Suplemen ini boleh diambil dalam bentuk tablet atau serbuk, walaupun demikian, suplemen ini juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Sebagai contoh harus mengelakkan beberapa tabiat buruk seperti merokok, minum minuman beralkohol serta minuman yang berkafein. Hal ini kerana tabiat seperti ini dapat mengganggu fungsi suplemen vitamin C.

Foto – shutterstock.com

Antara kebaikan yang diberi;

Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan – Hal ini kerana banyak orang pada masa kini mempunyai masalah kekurangan vitamin C dalam badan. Oleh itu, bagi membantu menangani masalah ini dengan lebih cepat ianya lebih baik untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen bagi kesan yang lebih cepat.

Penghasilan kolagen – Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Oleh itu, ianya dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat berterusan dengan lebih cepat menerusi kaedah suplemen ini.

Menghasilkan kulit yang berseri – Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ini merupakan idaman semua wanita pada masa kini.

Membantu menghindari jangkitan kuman – Hal ini kerana vitamin C amat penting untuk membina sistem imun yang kuat lagi kebal. Oleh itu, ianya sangat penting untuk mendapatkan vitamin C yang cukup bagi kesihatan kita. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita tidak cepat mendapat sebarang jangkitan kuman kerana sistem imun yang kuat.

Kesan Sampingan Vitamin C

Foto – avancefitness.com

Secara umumnya, vitamin C adalah selamat diambil dalam dos yang disyorkan. Kesan sampingan yang biasa ialah loya, cirit-birit dan kekejangan perut.

Namun, pengambilan dos vitamin C yang tinggi (> 2000mg) untuk jangkamasa panjang adalah tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).

Disyorkan sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu agar tidak memudaratkan kesihatan.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12

The post Apa Kebaikan Pengambilan Suplemen Vitamin C Kepada Kulit? appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2421 articles
Browse latest View live