Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2409 articles
Browse latest View live

Bagus Atau Tidak Simpan Produk Kecantikan Dalam Peti Sejuk?

$
0
0

Rata-rata ramai yang tidak pasti sama ada menyimpan produk-produk kecantikan di dalam peti sejuk adalah perbuatan yang bagus atau sebaliknya kepada kulit. Justeru itu, Wanista tampil membuat ulasan mengenai isu ini agar semua mendapat pencerahan sama ada betul atau tidak tindakan menyimpan produk-produk kecantik di dalam peti sejuk!

Foto: Very Good Light

Bukan semua produk boleh di letakkan di dalam peti sejuk, oleh itu anda harus peka dan kenal pasti produk mana yang sesuai untuk di simpan di dalam peti sejuk.

Berikut Adalah Jenis-Jenis Produk Yang Boleh Di Simpan Di Dalam Peti Sejuk!

Produk Berasaskan Bahan Semulajadi

Foto: Perfect365

Produk-produk yang berasaskan bahan daripada semulajadi sesuai untuk di simpan di dalam peti sejuk kerana ia dapat membantu menjauhkan daripada serangan bakteria dan sekaligus memanjangkan jangka hayat sesuatu produk tersebut.

Produk Kecantikan Dalam Bentuk Gel Atau Cecair

Jika produk-produk kecantikan yang di dalam bentuk gel seperti pelembab wajah, serum, toner, dan krim gel di simpan di dalam peti sejuk, ia dapat memberikan kesan penyejukkan yang dapat membantu menegangkan saluran darah. Malah dengan kesejukkan produk kecantikan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, mengurangkan keradangan dan mengetatkan liang roma.

Produk Mengandungi Sumber Vitamin C

Foto: Olive Skin Beauty

Produk yang mengandungi sumber vitamin C perlu di jauhi daripada sinaran matahari dan produk tersebut harus di simpan di tempat yang sejuk agar kandungan vitamin C dapat di lindungi dan tahan lama.

Kesan Penyimpan Produk Di Dalam Peti Sejuk

kesan penyimpanan produk kecantikan di dalam peti sejuk boleh di rumuskan memberi kesan yang bagus dan positif kepada kulit. Menurut Dr, Preema daripada Dr Preema London Clinic berkongsi pandangan bahawa dengan penyimpanan produk di dalam peti sejuk dapat meningkatkan keberkesanan produk tersebut terutama produk-produk berunsur gel dan masker muka.

Foto: Twitter via Michelle Lee

Ini kerana apabila produk tersebut di sapukan kepada kulit wajah, ia akan memberikan rasa serta kesan penyejukkan yang dapat membantu mengurangkan masalah kulit wajah yang kusam, radang dan kemerahan.

Selain itu, produk yang sejuk juga dapat memberikan keselesaan buat erythema (iaitu radang kulit yang menyebabkan kemerahan) serta dengan kesejukkan produk yang di simpan di dalam peti sejuk juga dapat mengimbangkan kestabilan kulit di samping menjadi sumber pemulihan secara semulajadi kepada wajah.

Foto: Ptole.pregames.info

Kesimpulannya, ia juga bergantung kepada jenis produk yang anda miliki dan lihat saranan yang di tulis pada bahagian maklumat produk sama ada produk tersebut perlu di simpan di tempat yang sejuk atau tidak. Dan pastikan anda menjaga kebersihan serta melakukan rutin harian penjagaan kesihatan dan kecantikkan dengan komitmen.

Untuk tampil cantik anda perlu berkorban! Bukan hanya bergantung harap dengan meletakkan produk di dalam peti sejuk dengan berharap manfaat yang di perolehi dapat meningkatkan kesihatan wajah! Kerana jika anda culas melakukan rutin kecantikkan, bagaimana anda hendak mendapatkan kulit wajah yang cantik kan? Tak gitu?

Di harap sedikit sebanyak maklumat yang di kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua!

The post Bagus Atau Tidak Simpan Produk Kecantikan Dalam Peti Sejuk? appeared first on Wanista.com.


Rahsia Wajah Flawless Aktres Anne Hathaway Hanya Guna Krim Dari Korea Ni!

$
0
0

Bukan orang Asia sahaja yang mengakui keberkesanan produk kelahiran negara kimchi ini, malah aktres Hollywood Anne Hathaway juga bersumpah malah peminat setia salah satu produk mereka.

Foto – Arkib Wanista

Sudah tiba di Watsons, Malaysia, jenama penjagaan kulit estetik #1 di Korea, AHC merupakan rahsia bagaimana warga Korea memperoleh kulit sihat dan berseri. Warga Korea percaya untuk menyempurnakan kulit terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang solekan untuk mendapatkan kulit yang ‘Chok Chok’ dan dewy, iaitu kulit yang lembap dan tampak sedikit berkilau lagi lembut – di mana penghidratan adalah kunci untuk menyelesai dan mencegah masalah kulit utama, termasuk anti penuaan dan kulit atopik.

Foto – Arkib Wanista

Walaupun terdapat banyak jenama produk kecantikan Korea yang ada di negara kita, AHC menonjol sebagai satu-satunya jenama penjagaan kulit yang pada asalnya diperkembangkan untuk klinik estetik mewah di Korea Selatan. Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun, AHC adalah jenama produk kecantikan perintis Korea yang terkenal dengan bahan-bahan premiumnya, teknologi canggih yang terkini serta produk penjagaan kulit mewah yang mampu dimiliki.

Foto – Arkib Wanista

Paling laris rangkaian produk The Real Eye Cream for Face AHC diperkembangkan berasaskan konsep krim yang sangat berkesan namun lembut yang boleh digunakan pada kedua-dua belah mata dan muka, sekaligus memberi manfaat daya tahan, penghidratan, kecerahan dan sihat. Ia juga manjadi produk kepercayaan Anne Hathaway dalam rutin penjagaan wajah secara harian.

Selain The Real Eye Cream for Face, AHC turut tampil produk inovatif Minimal 10 dan Mask Natural Essential yang kesemuanya boleh didapati di Watsons Malaysia dan Facebook AHC Beauty Malaysia.

The post Rahsia Wajah Flawless Aktres Anne Hathaway Hanya Guna Krim Dari Korea Ni! appeared first on Wanista.com.

Park Shin Hye Datang Malaysia Kongsi Tips Kecantikan!

$
0
0

Mamonde dan Watson Malaysia telah berkolaborasi bersama, bagi memasarkan produk sedia ada dan produk terbaru daripada Mamonde k eseluruh outlet Watson di Malaysia. Dengan kolaborasi yang terjalin di antara dua nama besar pastinya pencinta kecantikan akan berpusu-pusu untuk kunjungi Watson dan membeli produk-produk daripada Mamonde!

Selain berita gembira tentang kolaborasi Mamonde dan Watson, baru-baru ini rakyat Malaysia diserikan dengan kehadiran aktres terkenal daripada Korea, Park Shin Hye di Hilton Kuala Lumpur dan Mid Valley Shopping Mall sempena pelancaran produk terbaru Mamonde Red Energy Recovery Serum.

Foto: Wanista

Pasti ramai yang mengetahui bahawa Park Shin Hye merupakan duta produk Mamonde sejak tahun 2014! Wah lama betul Park Shin Hye telah menjadi duta eksklusif Mamonde sehinggalah ke hari ini.

Menariknya sempena pelancaran produk terbaru Mamonde Red Energy Recovery Serum ini, Park Shin Hye turut berkongsi tips-tips kecantikannya dan rahsia Park Shin Hye kekal awet muda, ceria dan cergas setiap hari!

Park Shin Hye Beauty Tips!

Park Shin Hye sangat menitik beratkan tentang penggunaan produk serta penjagaan kesihatan wajah. Sebagai seorang aktres, waktu kerjanya tidak menentu dan panjang oleh itu penting bagi dirinya menitik beratkan penjagaan kulit wajahagar kekal berseri dan segar bak bunga matahari!

Bagi Park Shin Hye wajah yang bersih adalah amat penting, oleh itu penting untuk dirinya menggunakan pembersih muka bagi menghalang bintik hitam serta mendapatkan wajah yang segar dan bersih. Selain itu, Park Shin Hye juga menggunakan Red Energy Serum sebagai pelindung wajah bagi mendapatkan kulit wajah yang anjal, berseri dan sihat!

Foto: Wanista

Park Shin Hye juga gemar menggunakan mask pada wajahnya untuk mengelakkan kulitnya mejadi letih, kusam dan tidak bermaya. Dan Mamonde memiliki pelbagai variasi mask wajah yang dirumus khas, mengikut keperluan kulit wajah seperti anti-aging mask, hydrating mask, moisturizing mask, dan banyak lagi koleksi mask daripada Mamonde yang sering di pakai oleh Park Shin Hye sendiri.

Menurut Park Shin Hye lagi untuk mendapatkan kulit wajah yang sentiasa kekal sihat dan muda apa yang paling penting adalah, untuk jalani kehidupan yang gembira serta bebas daripada tekanan.

Kesemua rangkaian Mamonde Red Energy Recovery Serum boleh didapati di semua Watsons Malaysia dan kaunter Mamonde yang terpilih.

The post Park Shin Hye Datang Malaysia Kongsi Tips Kecantikan! appeared first on Wanista.com.

Suntikan DNA Salmon Rahsia Awet Muda Kris Dayanti, Ni Korang Kena Tahu

$
0
0

Baru-baru ini kecoh diva seberang, Kris Dayanti mengakui mengambil suntikan DNA ikan salmon bagi mengekalkan kejelitaan wajah dan awet muda. Penyanyi itu memberitahu rawatan tersebut merupakan salah satu rahsia kecantikannya dan ia diambil bagi tujuan mencerahkan kulit wajah.

“Tubuh manusia bukan hanya memerlukan karbohidrat, tetapi juga omega 3. Salah satu ikan yang paling tinggi kandungan omeganya adalah salmon,” katanya.

Sementara itu, doktor kecantikan yang merawat penyanyi berusia 44 tahun itu berkata, proses meremajakan kulit wajah menggunakan ikan salmon sudah banyak dilakukan di Korea dan Singapura. Doktor turut menyarankan Kris Dayanti mengambil suntikan setahun sekali memandangkan keadaan kulit wajahnya masih baik.

DNA Salmon

Foto – Dr. Siew Tuck Wah

Suntikan DNA salmon merupakan rawatan yang menggunakan ekstrak DNA salmon, yang berfungsi untuk menghilangkan hiperpigmentasi, liang pori wajah yang besar serta wajah kusam.

Semakin bertambahnya usia, kemampuan tubuh untuk meregenerasi sel akan semakin berkurang, di sinilah DNA salmon berfungsi. Kandungan protein dalam ekstrak DNA salmon ini menggantikan protein yang tidak dapat diproduksi oleh tubuh kita dan protein kemudian menjadi booster dalam regenerasi dan pembentukan sel. Oleh itu, DNA salmon ini memasuki dan memenuhi sel-sel yang sedang dalam proses penjanaan semula. DNA salmon menghasilkan semula tisu kulit yang rosak kerana pelbagai faktor, seperti umur, radikal bebas, parut jerawat, dan sebagainya. Untuk itu, DNA salmon akan membaiki dari dalam supaya wajah anda kelihatan lebih muda, bersinar dan sihat berpanjangan.

Foto – Health

Rawatan ini sesuai untuk kebanyakan orang, terutamanya yang mengalami kesan penuaan kulit dan kerosakan matahari seperti nada kulit yang tidak seimbang, kehilangan keanjalan dan parut jerawat. Dilaporkan, ia permulaan awal untuk remaja dewasa melakukannya sebagai rawatan pencegahan untuk melambatkan proses penuaan kulit.

Apapun sila dapatkan pandangan pakar untuk lebih terperinci. Selamat Beramal!

The post Suntikan DNA Salmon Rahsia Awet Muda Kris Dayanti, Ni Korang Kena Tahu appeared first on Wanista.com.

David Beckham Fragrances Buat Kemunculan Sulung Di Malaysia!

$
0
0

Siapa yang tidak kenal dengan David Beckham bukan? Kini David Beckham tampil membuat kemunculan sulungnya di Malaysia dengan wangiannya sendiri. Minyak wangi yang di reka oleh syarikat minyak wangi mewah iaitu Coty International yang merupakan pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss kini bersama-sama dengan David sendiri mengeluarkan wangian David Beckham Fragrances!

Aroma terbaru daripada David Beckham ini memberikan aspek istimewa yang tersendiri! Malah minyak wangi keluaran daripada David Beckham ini terdiri daripada empat rangkaian aroma iaitu instinct, Homme, Respect dan Classic!

Minyak wangi ini di rumus khas untuk kaum lelaki yang tekad dalam mengejar cita-cita dan impian mereka. Di tambah pula dengan kempen David Beckham yang bertemakan ‘Suit Up’ ini memberi inspirasi dan galakan kepada semua lelaki di Malaysia untuk meningkatkan keupayaan diri menerusi kerjaya, gaya, perhubungan dan sukan!

Untuk pengetahuan semua, terdapat beberapa orang yang telah mencuba wangian David Beckham ni dengan berinspirasikan kempen ‘Suit Up’. Ini ulasan mereka!

Azwan Kombos yang merupakan seorang ketua keluarga dan pelakon telah menggunakan minyak wangi David Beckham Instinct. Sekaligus mencerminkan gaya dan keperibadian bersahaja sebagai seorang lelaki moden yang bekerjaya dan dalam masa yang sama komited sebagai seorang bapa yang setia kepada keluarganya.

Ryzal Jaafar memilih wangian David Beckham Homme kerana percaya ia memberikan rasa unik dan sekaligus mencerminkan gaya keperibadian Ryzal sendiri. Ryzal juga merupakan seorang fesyen geek yang mempunyai hubungan yang rapat bersama peminat dengan gaya kontemporari, mencerminkan pilihan minyak wangi ini bersesuaian dengan diri Ryzal.

Ikmal Amry yang merupakan seorang model dan pelakon yang juga penggemar sukan bola sepak ini memilih wangian David Beckham Respect sebagai inspirasi dirinya untuk saling menghormati dan menghargai.

Dan Faeez Fadhililah pula memilih David Beckham Classic sebagai inspirasi bagi membantu dirinya bergaya dengan sentuhan peribadi diri. Faeez yang merupakan seorang usahawan, ketua pegawai eksekutif, pengembara dan pernah tersenarai di dalam Forbes ’30 Under 30′ merupakan seorang professional dengan kebijaksaan di dalam dunia perniagaan ini memilih wangian David Beckham sebagai ‘Suit Up’ untuk dirinya.

Kempen SUIT UP!

Gara-gara bahana wangian David Beckham ini, semua lelaki di Malaysia di galakan untuk menyahut cabaran Suit Up dengan #SuitUpChallenge.

Bagi mengikuti cabaran ini, anda hanya perlu memuat naik gambar SEBELUM dan SELEPAS “Suit Up” ke akaun media sosial dengan hastag #SuitUpMY dan #DavidBeckhamFragrances bagi mereput hadiah lumayan! 

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai David Beckham Fragrances anda boleh layari laman web SINI.

Jadi apa tunggu lagi dapatkan minyak wangi keluaran David Beckham sekarang! Rugi tak cuba wangian unik dan wangi ini.

The post David Beckham Fragrances Buat Kemunculan Sulung Di Malaysia! appeared first on Wanista.com.

Wajah Tampil Jelita Menerusi Picocare Laser ONE DOC!

$
0
0

One Doc Medical (ONE DOC) merupakan dermacare pilihan number satu dalam bidang laser dan aesthetik. Terkini ONE DOC menaik tarafkan kecanggihan teknologi laser dengan menggunakan Picocare 450 laser by WONTECH yang merupakan salah satu peneraju utama di Korea Selatan dalam peralatan laser dan aesthetik.

Foto: One Doc Medical

Dengan kerjasama diantara ONE DOC dan WONTECH memberikan nafas baru bagi penggunaan teknologi di dalam industri laser dan aesthetik. Selain itu, melalui penggunaan teknologi terbaru ini, ia dapat menjimatkan dari segi kos dan rawatan yang di jalankan lebih selamat tanpa sebarang pembedahan serta keberkesan pada kulit wajah dapat di lihat dengan menerusi satu sesi rawatan sahaja!

Rekaan inovatif laser Picocare 450 ini mendapat pengikhtirafan daripada US-FDA atau Food and Drug Administration United States dalam memberikan rawatan laser terpantas untuk kulit.

Apa Itu Picocare?

Foto: One Doc Medical PICOCARE 450 Laser)

Untuk pengetahuan semua Picocare juga dikenali sebagai Gold Standard bagi penggunaan teknologi laser. Di tambah pula dengan kepantasan sebanyak ‘450 picosecond (ps) pulse duration’ yang menjadi signafikan bagi melihat hasil rawatan dengan hanya dalam satu sesi rawatan sahaja. Berbanding lawatan laser tradisional yang memerlukan tiga kali sesi rawatan bagi melihat hasilnya.

Foto: One Doc Medical Picocare 450 Laser)

Rawatan One Doc Pico Laser

Untuk makluman semua, rawatan One Doc Pico Laser ini di khaskan bagi merawat kulit yang bermasalah seperti:

  • Melasma
  • Sun Damage
  • Bintik Hitam dan Penuan
  • Jerawat dan Parut Jerawat
  • Tona Kulit Tidak Sekata dan Kesan Gelap
  • Masalah Tekstur Kulit
  • Garis Halur, Kedutan dan Liang Pori yang Besar

Dengan pelbagai variasi masalah jenis kulit seperti yang di nyatakan di atas, ONE DOC memperkenalkan rawatan yang paling berkesan iaitu HEXA Laser Induced Optical Breakdown (LIOB).

Dengan menggunakan kaedah dari LIOB menerusi ‘450ps pulse duration’, masalah pada kulit wajah seperti pigmentasi kulit dapat di singkirkan. Selain itu, rawatan ini juga mencetus penghasilan kolagen dan sekaligus meningkatkan keanjalan kulit wajah, pigmentasi dan liang roma.

Foto: One Doc Medical

Untuk mendapatkan rawatan mengikut jenis dan masalah kulit, anda boleh melayari laman web ONE DOC (SINI) bagi melihat outlet-outlet mereka di seluruh negara. Atau anda juga boleh membuat panggilan (+6018-2100886) bagi mendapatkan rundingan atau pertanyaan.

Di harap bagi yang memiliki masalah kulit, anda dapat berjumpa dengan pakar dermatologi yang bertauliah seperti One Doc Medical ini! Selamat mencuba.

The post Wajah Tampil Jelita Menerusi Picocare Laser ONE DOC! appeared first on Wanista.com.

Bukan Setakat Cantik, Gincu Physicians Formula Mampu Rawat 4 Masalah Bibir

$
0
0

Pernah dengar jenama kosmetik Physicians Formula? Bukan calang-calang, jenama ini bukan sahaja mampu menambah seri wanita bahkan merawat juga.

Ternyata Physicians Formula telah wujud sejak tahun 1937 oleh Dr. Crandall, seorang allergist terkemuka di Los Angeles, kerana cinta kepada isteri yang mempunyai kulit sensitif. Jenama ini bebas wangian dan diuji secara klinikal, bebas daripada lebih 500+ perengesan kulit yang diketahui. Sejak itu, Physicians Formula telah mengekalkan komitmen menghasilkan produk berkualiti yang disyorkan ahli dermatologi, pakar bedah plastik bahkan pakar kulit.

Physicians Formula Muru Muru Butter Lip Cream SPF15

Berpeluang menghadiri pelancaran produk baru Physicians Formula, rangkaian gincu bibir mencuri perhatian penulis dengan formula khas yang difokuskan. Diilhamkan oleh rangkaian Butter Collection yang terlaris, Physicians Formula memperkenalkan koleksi Murumuru Butter Lip Cream SPF 15 – gincu bibir berkrim yang mempunyai enam pilihan warna memikat. Mempunyai kelebihan Butter Blend yang eksklusif, setiap warna kaya dengan pelembap yang dapat memberi faedah merawat masalah bibir. Formula yang berkilat, ringan dan memelihara keadaan kering, bibir retak dengan tambahan perlindungan matahari serta warna yang sempurna.

Foto – Arkib Wanista

Bahan Utama:

  • Pelembap Tucuma Butter
  • Cupuacu Butter
  • Murumuru Butter Blend
  • Conditioning Essential Fatty Acid

Penyelesaian kepada:

  • Bibir kering
  • Bibir retak
  • Pendedahan kepada matahari
  • Bibir pucat

Ingin miliki gincu bibir ini. Anda boleh dapatkan di semua Watsons serata Malaysia pada harga RM39.90.

Foto – Facebook Physicians Formula Malaysia

Jom Cantik Sama-Sama!

The post Bukan Setakat Cantik, Gincu Physicians Formula Mampu Rawat 4 Masalah Bibir appeared first on Wanista.com.

innisfree Keluarkan Super Volcanic Clay Mousse Mask 2X BT21 Edisi Terhad!

$
0
0

innisfree tampil mengeluarkan produk BT21 terbaru khas bagi bulan Julai 2019 ini. Super Volcanic Clay Mousse Mask 2X BT21 Limited Edition ini di buat khas bagi peminat BT21 dan pengguna Line!

Produk Super Volcanic Clay Mousse Mask 2X BT21 Limited Edition ini hadir dengan tujuh rekaan yang comel dan unik yang berdasarkan karakter UNIVERSTAR BT21 iaitu KOYA, RJ, SHOOKY, MANG, CHIMMY, TATA dan COOKY.

Bagi anda yang ingin mengetatkan liang pori dan mencerahkan, produk edisi terhad ini adalah jawapannya! Satu atau ke semua tujuh karakter BT21 ini akan membantu anda dalam menjaga kulit sehingga ke sebum dengan penuh gaya dan gempak!

Apa yang menarik pada bulan Julai ini adalah, innisfree membuat promosi jualan khas yang bermula pada 1 Julai 2019 sehingga 31 Julai 2019 dengan setiap pembelian mana-mana Super Volcanic Clay Mousse Mask 2X BT21 Limited Edition, anda akan menerima satu set magnet BT21 edisi terhad.

Set magnet BT21 ini hadir dengan empat jenis rekaan yang unik dan menarik. Bagi yang ingin mendapatkannya, anda harus membuat pembelian terhadap mana-mana produk Super Volcanic Clay Mousse Mask 2X BT21 Limited Edition yang berharga RM82.00 untuk 100ml.

Tak rugi anda membeli produk innisfree Super Volcanic Clay Mousse Mask 2X BT21 Limited Editon ini. Jadi apa tunggu lagi? Serbu outlet innisfree yang berdekatan dan dapatkan penjagaan liang pori yang sihat dan cerah dengan Super Volcanic Clay Mousse Mask 2X BT21 Limited Edition dengan segera!

Untuk mengetahui tentang BT21 dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang BT21 [SINI].

The post innisfree Keluarkan Super Volcanic Clay Mousse Mask 2X BT21 Edisi Terhad! appeared first on Wanista.com.


Hada Labo Kouji Jadikan Kulit Wajah Jernih Berseri Bak Kristal!

$
0
0

Hada Labo sekali lagi tampil dengan keluaran produk terbaru iaitu Hada Labo Kouji, khas bagi menangani masalah penuaan kulit pramatang dan sekaligus menjadikan kulit wajah jernih berseri bak kristal!

Hada labo Kouji mengambil inspirasi menerusi pembuat sake traditional Jepun, di mana tangan pembuat sake ini di lihat licin dan muda! Walhal si pembuat sake telah berusia dan kulit tangan mereka kelihatan jauh berbeza dengan umur tua si pembuat sake. Dan dari situlah kajian dan semaian ramuan rahsia yang di namakan “Kouji”.

Menariknya proses penapaian nasi putih yang kaya dengan vitamin, asid amino, zat galian dan khasiat pelembapan semula jadi bagi menjadikan  kulit lebih lembut, gebu dan jernih bak kristal!

Foto – Arkib Wanista

Selain itu, kandunganHigh molecule hydrolysed rice protein akan melekat pada permukaan kulit dapat mencegah penyejatan lembapan dan manakala bahan pelembap semula jadi Low molecule hydrolysed rice protein akan menembusi secara terus ke dalam lapisan paling luar kulit untuk mengedap lembapan dan menghidratkan kulit.

Kini dengan set rangkaian Hada Labo Kouji yang lengkap dengan Kouji Treatment Cleansing Foam, Kouji Treatment Cream, Kouji Treament Night Cream dan yang terbaru iaitu Kouji Treatment Essence bakal membuatkan kulit wajah menjadi lebih berseri, bersinar, lebih gebu, segar dan kekal hidrat dari usia sebenar anda.

Foto – Arkib Wanista

Rangkaian produk Hada Labo Kouji sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak mengandungi sebarang wangian, pewarna mahupun minyak mineral.

Untuk makluman semua, set rangkaian Hada Labo Kouji ini di jual pada harga yang berpatutan setaraf dengan keberkesanannya yang dijalankan. Hada Labo Kouji Treatment Cleansing Foam berharga RM50, manakala Hada Labo Kouji Treatment Essence berharga RM120, Hada Labo Kouji Treatment Cream berharga RM125 dan Hada Labo Kouji Treatment Night di jual pada harga RM135.

Ke semua set produk rangkaian Hada Labo boleh di dapati di laman sesawang Watson [SINI] atau di outlet Watson di seluruh Malaysia.

Jadi bagi yang inginkan kulit sihat bersinar, gebu dan lembut anda boleh mencuba produk terbaru Hada Labo Kouji dan alami perubahan serta keberkesanannya sendiri! Memang tak rugi guna produk Hada Labo Kouji ni.

The post Hada Labo Kouji Jadikan Kulit Wajah Jernih Berseri Bak Kristal! appeared first on Wanista.com.

Biore UV Aqua Rich Watery Essence Diperhalusi Dengan Teknologi Mikro Defense!

$
0
0

Kao Bioré tampil dengan keluaran produk terbaru mengikut keperluan masyarakat di Asia. Dengan keadaan iklin tropika yang tidak menentu seringkali merangsang masalah kulit dan ini merupakan masalah penting bagi wanita di Malaysia dan untuk mengatasi masalah ini, Bioré UV Aqua Rich Watery Essence ada jawapannya.

Dengan inovasi berteknologi tinggi, Bioré yang merupakan pelindung sinaran matahari No. 1 di Malaysia mempamerkan kemahiran inovasi dari Jepun sekaligus berkongsi rahsia kulit wanita Jepun yang cantik berseri sehingga 360!

Bioré UV Aqua Rich Essence yang di hasilkan ini kaya dengan nilai SPF50 + PA ++++ yang telah di perbaharui agar ia tahan lama dan tampak semula jadi apabila di pakai serta sekaligus menjadi pelindung kulit dari sinaran UV.

Foto: Kao Malaysia

Tambahan lagi, Bioré UV ini mempunyai formula unik yang dapat melindungi kulit secara menyeluruh sehingga ke dalam liang-liang kulit dari sinaran UVA1, UVA2 dan UVB yang menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata, wujud tanda-tanda penuaan seperti bintik-bintik pigmentasi dan kulit kusam.

Formula unik yang di miliki di dalam produk ini di kenali sebagai Micro Defense Technology yang memiliki kebolehan memberi perlindungan UV tertinggi dan menyeluruh. Kapsul anti-UV 0.2 Mikro Milimeter yang terdapat di dalam produk ini mampu meresapi ketidaksekataan kulit yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar manusia.

Foto: Kao Malaysia

Kapsul ini juga membentuk sebagai pelindung sekata bagi permukaan kulit sehingga ke tahap mikroskopik bagi menghalang pancaran UV yang mampu menyebabkan pelbagai masalah kulit wanita Malaysia.

Bukan itu saja, tekstur kapsul yang seakan air dan tidak melekit ini memiliki esen penghidratan yang menakjubkan! Serta produk pelindung UV ini juga turut mengandungi Asid Hyaluronik dan Ekstrak Royal Jelly yang bertindak sebagai agen pelembap.

Foto: Kao Malaysia

Oleh itu, Bioré UV Aqua Rich Essence ini sesuai untuk di gunakan oleh wanita di Malaysia. Jadi untuk mendapatkan kulit yang sihat, segar, lembap dan tona sekata tanpa sekatan sinaran pancaran matahari, Bioré UV adalah jawapannya.

Produk ini di jual dengan harga RM35 dan terdapat di semua outlet farmasi, pasar raya dan peruncit utama. Untuk ketahui lebih lanjut tentang produk terbaru ini, anda boleh melayari laman sesawang Kao [SINI] atau laman Facebook [SINI].

The post Biore UV Aqua Rich Watery Essence Diperhalusi Dengan Teknologi Mikro Defense! appeared first on Wanista.com.

Semak Jenama Pewarna Kuku Halal Kamu Boleh Guna

$
0
0

Ramai tidak memakai pewarna kuku kerana hal tidak sah mengerjakan ibadah solat. Walhal sebenarnya isu itu tidak perlu dijadikan masalah kerana ada pewarna kuku di luar sana yang halal dan ‘breatable’ boleh dibawa solat.

Wanista sendiri pernah membincangkan hal demikian dalam artikel “Logik Ke Pewarna Kuku Halal?

Bila sesuatu produk dilabel dengan “HALAL” bermaksud ramuan yang terkandung dalam produk itu adalah bersumberkan bahan-bahan halal, bebas kimia, bebas lemak khinzir dan sebagainya. Sama juga speerti pewarna kuku yang dikatakan HALAL. Jadi halal di sini tak bermaksud ia boleh dibawa solat. Manakala, pewarna kuku yang dikatakan breathable pula adalah bermaksud cat kuku itu boleh menyerap air dan menjadikan wuduk tetap sah walaupun kuku diselaputi cat berwarna. Oleh itu, sila jangan salah ertikan perkataan HALAL dan BREATHABLE. Melainkan ia disebut sebagai “Halal & Breathable”

Jika anda nak mencari pewarna kuku halal, beberapa jenama di bawah adalah Halal & Mesra Wudhu.

Kester Black

Foto – Pinterest

Beli di [SINI].

Kilat By Solek

Foto – CLEO Malaysia

Beli di [SINI].

Orly Breatable

Foto – Salons Direct

Beli di [SINI]

Zahara Cosmetics

Foto – Harper’s Bazaar Malaysia

Beli di [SINI]

Maya Cosmetics

Foto – Muslim Girl

Beli di [SINI]

786 Cosmetics

Foto – Reasonable Raven

Beli di [SINI

Tuesday in Love

Foto – Eluxe Magazine

Beli di [SINI

LYN

Foto – lynonline.com

Beli di [SINI]

LENA

Foto – Twitter

Beli di [SINI]

Semoga selepas ini anda tidak lagi rasa was-was setiap kali mahu menggunakan pewarna kuku.

Selamat Beramal!

The post Semak Jenama Pewarna Kuku Halal Kamu Boleh Guna appeared first on Wanista.com.

Mahu Rambut Warna Milk Tea Tahan Lama, Pakar Kongsi Caranya!

$
0
0

Kini fenomena minuman milk tea menjadi perbualan hangat di Asia terutama di Malaysia, Singapura, Taiwan, Manila dan Jepun. Rata-rata penggemar minuman air popular ini begitu fanatik sehingga sanggup dan mahu mewarnakan rambut mereka dengan warna milk tea! Hebat betul.

Dan di sosial media pula, ramai yang tidak henti-henti berkongsi gaya serta warna rambut seakan-akan warna susu ini di akaun sosial media Instagram masing-masing dengan hashtag #milkteahair sehingga ia menjadi tular dn viral di seluruh Asia.

Tidak di nafikan warna rambut yang creamy dan ringan ini menarik dan mudah menjadi ikutan ramai, tapi berapa ramai yang mengetahui tips untuk warna rambut cantik ini tahan lama?

Untuk mendapatkan jawapan ini, Katchie Mejias daripada Katch Beauty Lounge ada pencerahannya!

Mahu Rambut Warna Milk Tea Tahan Lama?

Foto Arkib – Allure

Katchie menerangkan bahawa warna-warna yang berinspirasikan daripada milk tea ini sebenarnya merupakan warna yang lebih cerah dari blonde shade di mana ia memiliki warna lembut dan cool. Untuk mendapatkan warna rambut yang tahan lama ini info penting dari Katchie.

Bleach Rambut Level 8 Atau 9

Untuk mendapatkan warna milk tea menerusi rambut hitam anda, apa yang paling utama untuk di buat adalah, dengan melunturkan rambut anda sehingga level 8 atau 9 sehingga rambut anda meninggalkan warna rambut kuning pucat.

Pemilihan Warna Yang Terperinci

Selepas rambut di lunturkan sehingga memberikan warna kuning pucat, barulah pemilihan warna-warna terang dan menyerlah seperti warna debu kelabu dan warba kuning keemasan di sapukan pada rambut tersebut.

Guna Shampoo Rawatan

Foto Arkib – Bustle

Penting bagi yang ingin memwarnakan rambut menggunakan shampoo jenis rawatan khas seperti sulfate-free purple shampoo supaya rambut menjadi sihat dan bersinar. Malah untuk mendapatkan rangkaian shampoo yang bagus, anda boleh dapatkan khidmat dari pihak salon dan mereka akan menyarankan produk yang bagus untuk rambut anda.

Rawatan Toner Setiap 30 Hinga 40 Hari

Untuk menjaga warna rambut agar tidak pudar dan luntur, anda perlu melawat semula salon rambut untuk melakukan rawatan toner selama 10 minit bagi setiap 30 hingga 40 hari untuk mengembalikan sinaran warna rambut!

Relightkan Rambut Setiap 4 Hingga 6 Bulan

Foto Arkib – StyleCaster

Bagi menjadikan rambut tumbuh sihat dengan memiliki akar rambut yang kuat, di sarankan supaya anda pergi ke salon untuk melakukan relighten untuk rambut anda. Kaedah ini mampu merehatkan dan memberi kelegaan pada akar rambut dan sekaligus membuatkan rambut anda sentiasa sihat!

Jadi mahu rambut sihat di samping mengekalkan warna rambut kegemaran? Ikuti pesanan nasihat serta tips daripada Katchie ini! Selamat mencuba.

The post Mahu Rambut Warna Milk Tea Tahan Lama, Pakar Kongsi Caranya! appeared first on Wanista.com.

Cara Pakai Gincu Nude Agar Tak Nampak Pucat… Mudah Je!

$
0
0

Siapa dekat sini sukakan gincu Nude berbanding rona yang lain?

Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang digunakan kebanyakan wanita. Warna yang cenderung tenang dan ‘masuk’ dengan kulit ini memang cocok digunakan dalam apa jua suasana formal atau santai.

Sayangnya ada sesetengah rona nude boleh membuatkan wajah kelihatan pucat daripada biasa, walau anda tidaklah sepucat itu. Bahkan, setiap kali anda menggunakan gincu nude, mulalah rakan sekerja sibuk bertanya perihal muka nampak pucat semacam… Duhhh!!!

Foto – Pinterest

Bagi memudahkan kamu semua, pakar kecantikan ajar cara yang betul kamu boleh cuba..

Sesuaikan warna gincu nude dengan warna kulit

Kita sedia maklum sekarang ada banyak pilihan gincu yang tersedia di pasaran. Walau semuanya cantik, tapi kamu tidak boleh asal pilih. Agar gincu warna bibir yang kamu pakai tidak membuat wajah pucat, kamu disyor menggunakan gincu nude yang sesuai dengan warna kulit. Misalnya, kamu yang miliki kulit putih sebaiknya menggunakan gincu nude dengan sentuhan pink. Berbeza pula dengan individu yang berkulit kuning langsat, lebih cocok menggunakan gincu nude dengan sentuhan beige. Yang kulit sawo matang pula elok menggunakan gincu nude bernada peach.

Foto – Charlotte Tilbury

Mulakan dengan lip balm

Bila sudah jumpa gincu nude yang sesuai dengan warna kulit kamu, jangan terburu-buru mengaplikasikannya pada bibir. Gunakan dulu lip balm untuk memastikan bibir tetap lembap dan lembut sehingga nanti gincu kamu terlihat lebih cantik dan berseri.

Foto – julakutuhy.co

Pakai pemerah pipi

Salah satu alasan kenapa banyak manita menggunakan gincu nude adalah kerana ingin tampil natural. Tapi perlu diingat bahawa tampil natural bukan bererti wajah kamu harus bebas riasan. Agar tetap terlihat segar dan berseri, kamu boleh layangkan sedikit pemerah pipi pada kedua belah pipi. Pilih warna-warna yang lembut seperti merah jambu atau peach.

Foto – Influenster

Rias juga bahagian kening

Kening boleh merubah penampilan seseorang. Walau penampilan terlihat cantik elok, jalan sesekali lupakan bahagian kening. Merias keduanya mengikut bentuk kening kamu menggunakan brow kit yang tepat dan betul. Kalau boleh jangan bagi terlalu gelap, biarkan natural seadanya.

Sekarang kamu dah tak nampak pucat lagi…

The post Cara Pakai Gincu Nude Agar Tak Nampak Pucat… Mudah Je! appeared first on Wanista.com.

Siri PIXY Make It Glow Jadi Pilihan MUA… Ini Yang Best Tentangnya

$
0
0

Mencapai kulit bercahaya yang cantik berseri boleh menjadi lebih mudah daripada yang anda fikirkan.

Terima Kasih kepada siri PIXY Make It Glow yang membolehkan kulit anda tampak lebih berseri dan bersinar pada bila-bila masa sepanjang hari dengan hanya satu aplikasi. Tiada lagi wajah kusam dengan siri PIXY yang baru ini!

Siri PIXY Make It Glow

Perkenalkan PIXY Make It Glow

PIXY Make It Glow terdiri daripada Make It Glow Dewy Cushion, Make It Glow Silky Powdery Cake dan Make It Glow Beauty Skin Primer. Siri ini mengandungi ekstrak botanikal pelembap seperti minyak zaitun, jojoba dan yuzu yang memberikan kulit sihat dan bercahaya walau dengan litupan penuh yang menjadikan solekan sempurna licin tanpa cela.

Ekstrak pelembap semulajadi juga membantu menyuburkan kulit dari dalam, dengan itu menawarkan cahaya yang sihat. Diformulakan dengan Light Reflection Technology yang dimuatkan ke dalam siri Make It Glow, kesan berseri dihasilkan apabila cahaya melantun dari kulit. Turut sama dengan teknologi khas ini adalah Smooth Polished Powder yang menggabungkan ke dalam kulit untuk menjadikan solekan lebih tahan lama, dan tetap utuh hingga 10 jam.

Semua produk dibekalkan dengan SPF antara 23 hingga 35, ditambah dengan PA ++ untuk PA +++ untuk perlindungan kulit yang optimum dari sinaran UVB dan UVA yang berbahaya.

Foto – Arkib Wanista

Kesemua siri ini (Make It Glow Dewy Cushion – RM54.90, Make It Glow Silky Powdery Cake – RM 34.90 dan Make It Glow Beauty Skin Primer – RM28.90) boleh didapati di Watsons.

The post Siri PIXY Make It Glow Jadi Pilihan MUA… Ini Yang Best Tentangnya appeared first on Wanista.com.

7 Tips Untuk Dapatkan Kuku Cantik Berkilat Dan Sihat!

$
0
0

Siapa yang tidak mahu kuku kelihatan sihat dan cantik berkilat bukan? Sebenarnya terdapat banyak cara serta tips-tips yang menarik boleh di guna pakai bagi mendapatkan kuku yang sihat dan berseri. Nah, di sini Wanista kongsikan beberapa tips-tips penjagaan kuku yang menarik yang boleh anda ikuti!

Kuku Harus Sentiasa Kekal Hidrat 

Foto: thekrazycouponlady.com

Untuk membuatkan kuku kekal hidrat sentiasa caranya cukup mudah, anda hanya perlu menyapukan sedikit petroleum jelly pada kuku dan kulit di sekeliling kuku. Lakukan cara ini setiap hari sebelum anda tidur atau apabila kuku anda berasa kering. Selain menggunakan petroleum jelly, anda juga boleh menggunakan minyak Kastor atau minyak Olive sebagai pengganti. Kandungan vitamin E yang kaya di dalam minyak ini boleh melembapkan kuku anda.

Tolak Cuticles Dengan Lembut

Foto Arkib – Amazon.com

Apabila anda ingin menolak cuticles, pastikan anda tolak dengan lembut dan ambil sudut 45 darjah. Cuticles ini tidak semestinya harus di tolak, ia juga boleh di potong cuma anda perlu lebih berlemah lembut apabila ingin memotong atau menolak cuticles ini. Jika anda menggunakan terlalu banyak tenaga untuk menolak atau memotong cuticles sehingga merosakannya ia boleh melemahkan kuku secara keseluruhan.

Jangan Biarkan Kuku Panjang

Foto Arkib -Footfiles

Elakkan memelihara kuku panjang, untuk mendapatkan kuku yang sihat anda perlu potong kuku dan sekaligus mengelakkan berlaku masalah kuku terkeluar. Untuk pengetahuan anda, kuku merupakan anggota tubuh yang dapat menceritakan tahap kesihatan seseorang individu tersebut! Nah, jangan main-main ya, jadi potong kuku kaki dan tangan dengan tertib agar kuku anda kekal sihat dan bersih sepanjang masa.

Makan Vitamin Tambahan

Foto Arkib – Blackmores

Untuk mendapatkan kuku sihat dan cantik berseri, selain penjagaan secara luaran anda juga perlu membuat penjagaan dari dalam juga. Penjagaan kuku dari dalam adalah dengan mengambil vitamin tambahan kuku seperti Blackmores Nails, Hair & Skin Health atau vitamin dari Wellness Dietary Supplement Skin, Hair & Nails Formula dan pelbagai lagi produk-produk vitamin tambahan yang bagus dan sesuai untuk kuku di pasaran tempatan! Oleh itu, jika anda ingin kuku cantik dan sihat, makan vitamin tambahan yang dapat memberi nutrisi kepada kuku dari dalam.

Minum Air Susu

Foto Arkib – Mother Jones

Selain itu dengan pengambilan segelas air susu dan telur rebus di dalam pengambilan pemakanan harian anda, dapat membantu pengembangan kesihatan kuku. Ini kerana susu kaya dengan zink dan jika anda mendapati kuku anda mempunyai warna putih di dalam kuku itu bermaksud kuku anda kurang zink. Dan untuk mengembalikan kesihatan kuku seperti sedia kala, anda perlu minum susu dan ambil makanan yang kaya dengan kandungan zink.

Kikir Kuku Dengan Cara Yang Betul

Foto Arkib – LifeTimesStyles

Tahu tak untuk mendapatkan kuku yang sihat dan kuat, elakkan kikir kuku dengan pergerakkan ke hadapan dan ke belakang. Cara yang betul adalah dengan mengkikir kuku secara satu hala sahaja. Selain itu, elakkan mengkikir kuku selepas mandi, ini kerana kuku yang basah mudah patah jika anda mengkikirnya selepas anda mandi.

Urut Kuku Untuk Kekal Bersinar dan Sihat

Foto Arkib – Style Craze

Ingat anggota badan sahaja yang perlu di urut apabila lenguh-lenguh dan keletihan? Hah, kuku juga perlu di urut untuk melancarkan perjalanan darah dan menjadikan kuku kekal sihat dan kuat. Untuk mengurut kuku, anda perlu menggunakan set buffer untuk kuku yang terdapat di pasaran sedia ada! Mudah bukan?

Di harap sedikit sebanyak perkongsian tips-tips serta penjagaan kuku ini dapat memberikan manfaat kepada anda dalam mendapatkan kuku yang sihat, kuat, cantik dan bersinar!

The post 7 Tips Untuk Dapatkan Kuku Cantik Berkilat Dan Sihat! appeared first on Wanista.com.


Tiada Lagi Rambut Hantu Kak Limah Dengan Berus Pelurus Seramik DAFNI!

$
0
0

Baru bangun tidur? Cepat belek muka di cermin, mesti macam Hantu Kak Limah kan… muka sememeh, rambut mengerbang tidak terurus, aduh takut suami melihatnya.

Memudahkan kerja setiap wanita apabila Visionary Solutions San Bid memperkenalkan berus pelurus rambut seramik yang pertama dan asli DAFNI. Bukan satu tapi lima model baru – DAFNI classic, DAFNI black, DAFNI allure, DAFNI go dan DAFNI rose go memudahkan setiap wanita mendandan rambut sama ada yang kerinting atau lurus.

Keistimewaan DAFNI

Direka dengan Teknologi Seramik 3D yang dipatenkan, berus DAFNI dilengkapi dengan elemen pemanasan yang unik yang mengedarkan haba dengan seragam pada suhu 185°C secara konsisten. Suhu ini suhu optimum untuk menggaya rambut tanpa merosakkan rambut.

Berus Pelurus Rambut Seramik DAFNI

DAFNI go dan DAFNI rose go dilengkapi dengan kabel mudah dikemas, khas untuk mereka yang kerap mengembara. DAFNI allure merupakan berus rambut seramik mudah alih yang pertama tanpa wayar dan boleh menggaya sehingga tiga kepala hanya dengan satu cas.

DAFNI black dan DAFNI allure dilengkapi dengan Teknologi Curved Core yang unik, reka bentuk cekung yang memberikan liputan luas ke akar rambut, bahkan memudahkan dalam proses penggayaaan untuk semua jenis rambut – kerinting, lurus atau beralun.

Foto – Arkib Wanista

Dibuat untuk ketahanan, berus pelurus rambut seramik DAFNI dilengkapi dengan penebat tahan panas yang juga digunakan oleh Angkatan Tentera A.S dan NASA. Direka oleh jurutera dan usahawan, Sharon Rabi, berus pelurus rambut seramik DAFNI telah diuji untuk tahan lama dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti sistem penutupan auto yang mematikan berus selepas 15 minit jika tidak digunakan.

View this post on Instagram

CONTINUED FROM LAST POST. Sharon, the inventor of DAFNI® spent 3 years researching and developing her product because she HATED spending too much time styling her hair in the morning (don’t we all?) 😒. The first DAFNI® Ceramic brush (that I own) was introduced to the world through a self-made video of Sharon brushing her own (om gere) hair and within 24 hours, the video had clocked up more than 100 million views and made her an overnight sensation. DAFNI’s patented 3D technology has high-end heat resistant insulation material used by NASA and remains a constant optimum temperature of 185C.This makes it 8 times more powerful and faster than flat irons. The unique surface allows 10 times more hair to be straightened in a single stroke than regular straightening irons. I usually wash my hair the night before, so it is dry by the time I want to style it the next day. Just brush through and voila! Now with the all-new Curved Core™ Technology , I can get closer to my roots (that’s my curliest bits) to achieve maximum efficiency from roots to ends. What I like most about it, is that it still gives the “volume” – so my hair is not completely flat. I’ve got my eyes on the DAFNI® allure™ as it is perfect for my travels. Different continents have different voltage – so the charger is multi voltage and the battery uses strong long-lasting batteries (same battery technology by TESLA), so it’s great for people on the go like me. It even comes with its own thermal bag and cover. Like it’s other “sister” models, it also has springy bristles so it won’t hurt/burn the scalp or your ears/ face (which normally happens with conventional straighteners if you’re not careful!). . Definitely a #PonsPick. #DAFNIMalaysia #DAFNIXperience #VisionaryAsia

A post shared by Daphne Iking (@daphneiking) on

Tidak hanya wanita, yang lelaki juga boleh menggayakan rambut mereka dengan berus pelurus rambut DAFNI ini. Berminat, anda boleh dapatkan di semua kedai A Cut Above dan Harvey Norman.

The post Tiada Lagi Rambut Hantu Kak Limah Dengan Berus Pelurus Seramik DAFNI! appeared first on Wanista.com.

Selebriti Berkening Tebal Paling Cantik Buat Kamu Tak Mahu Cukur Lagi

$
0
0

Tahun 2018 menyaksikan trend kening bertekstur menguasai dunia kecantikan. Kening yang nampak seakan bersepah tetapi masih mengekalkan semulajadinya. Siapa sangka trend tersebut masih kekal sehingga ke hari ini, malah wanita dari setiap pelosok usia senang dengan kening tebal kerana membuatkan wajah terlihat lebih jelita.

Foto – Khalifah Media

Dailymail ada melaporkan Cara Delevingne pernah didakwa menjadi punca jualan alat pencabut bulu kening merosot kerana rata-rata ingin mendapatkan kening lebat sepertinya. Supermodel Gigi Hadid umpamanya, tidak pernah mencukur kening sebaliknya mengekalkan bentuk kening aslinya dan sekali-sekala cuma merapikannya dengan beberapa produk tertentu. Manakala, aktres Lily Collins juga tidak pernah ‘usik’ tekstur keningnya yang lebat.

Baca : Nak Kening Cantik Tapi Tak Mahu Cukur? Ini Cara Meriasnya

Selain mereka di atas, ada lagi beberapa selebriti miliki kening tebal cantik dan percayalah mereka langsung tidak mencukurnya.

Bea Alonzo

Taylor Hill

View this post on Instagram

Au revoir! Short but sweet ✈

A post shared by Taylor Hill (@taylor_hill) on

Sarah Hyland

Sara Sampaio

View this post on Instagram

Vacay time 🤗

A post shared by Sara Sampaio (@sarasampaio) on

Alia Bhatt

View this post on Instagram

soul full of sunshine 🌻

A post shared by Alia 🌸 (@aliaabhatt) on

Anne Curtis

Cantikkan kening mereka. Yang pasti mereka hanya mencantas bulu-bulu degil di bahagian hujung supaya nampak kemas atau sekadar merapikan dengan sikat sahaja.

Tahukah kamu, satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik Universiti Oakland mendapati bahawa lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memiliki kening tebal. 

The post Selebriti Berkening Tebal Paling Cantik Buat Kamu Tak Mahu Cukur Lagi appeared first on Wanista.com.

Rambut Gugur Boleh Rawat Dengan Syampu NO.1 Korea, Ryo!

$
0
0

Rambut Gugur, semua orang mengalaminya. Cuma yang kritikal bila kamu bangun dan terlihat segumpal rambut di bantal. Terus rasa panik melanda, bukan? Bagaimana mahu merawatnya?

Ryo, jenama syampu terkemuka di Korea Selatan dan juga jenama syampu pemenang pelbagai anugerah telah melancarkan produk terbarunya dalam Siri Penjagaan Rambut Gugur – Scalp Deep Cleansing Scaler EX dan Ryo Hair Loss Care Essence.

Scalp Deep Cleansing Scaler EX dan Ryo Hair Loss Care Essence. Foto – Arkib Wanista

Menariknya kedua-dua produk ini apabila digunakan bersama, berkesan dalam memerangi keguguran rambut. Ketua Pereka Rambut Ryo, Jeong Seok menjelaskan bahawa rambut yang sihat bermula dengan kulit kepala yang sihat dan penjagaan kulit kepala sangat penting untuk memastikan rambut tetap sihat dan dengan itu menghalang keguguran rambut.

“Ryo percaya bahawa mencapai keseimbangan yang harmonis antara “Yul (rambut) – Ryo (kulit kepala)” adalah penting dalam mencapai rambut berkilat yang sihat tetapi masalah rambut harus terlebih dahulu ditangani dari kulit kepala. Oleh itu, rawatan Ryo tetap fokus pada kulit kepala, “kata Jeong Seok.

Keistimewaan Scalp Deep Cleansing Scaler EX dan Ryo Hair Loss Care Essence

Scalp Deep Cleansing Scaler EX, RM59.90 – Scaler EX diperkenal sebagai langkah pertama dalam penjagaan rambut untuk membantu wanita mengekalkan kulit kepala yang sihat. Diperkukuh dengan bahan botani, pembersihkan mendalam berfungsi dengan pelbagai cara termasuk:

  • Menghilangkan sel-sel kulit mati mengunakan bahan-bahan yang berasal dari BHA.
  • Membersihkan sebum yang berlebihan dengan menggunakan surfaktan yang diperoleh secara semulajadi dalam formula.
  • Menenangkan kulit kepala menggunakan ekstrak buah berangan dan menyejukkan kulit kepala menggunakan minyak peppermint yang diperoleh secara semulajadi. Fungsi ini memberikan kelegaan kepada kulit kepala terutamanya semasa cuaca panas dan lembap.
  • Memperkukuh dan menyuburkan rambut dari akar ke hujung menggunakan ekstrak ginseng.
Foto – Arkib Wanista

Ryo Hair Loss Care Essence, RM74.90 – Ryo Hair Loss Care Essence adalah satu lagi rawatan kulit kepala yang berkesan menawarkan khasiat akar rambut. Ia menggabungkan satu teknologi Amorepacific yang mengekstrak Ginseng Korea sebanyak 20 kali lebih kuat tanpa rawatan panas supaya ramuannya dapat memberikan keberkesanan penuh. Terdapat lima sebab mengapa Hair Loss Care Essence adalah rawatan yang berkesan:

  • GinsenEX ™ yang menghasilkan ginsenosoksida yang sangat pekat.
  • Teknologi pengekstrakan yang dipatenkan mengekalkan manfaat penuh ginseng.
  • Sangat berhati-hati memilih ginseng mengikuti tahap saponin tertinggi.
  • Formulasi Herbal Kompleks dengan gabungan bahan-bahan semulajadi seperti teh hijau, licorice (akar manis) dan halia.
  • Bebas daripada ramuan haiwan, pewarna sintetik, minyak mineral, Triethanolamine dan Polyacrylamide.

Scaler Deep Cleansing Scaler EX dan Ryo Hair Loss Care Essence sudah tersedia di semua Watsons dan Hermo bermula Julai 2019.

The post Rambut Gugur Boleh Rawat Dengan Syampu NO.1 Korea, Ryo! appeared first on Wanista.com.

Focus Active Ampoule Daripada LANEIGE Buatkan Kulit Bersinar Bak Mutiara!

$
0
0

LANEIGE tampil dengan produk kecantikan terbarunya yang di kenali sebagai Focus Active Ampoule. Produk terbaru ini memberi fokus kepada wanita yang menginginkan rawatan istimewa untuk membaiki dan meningkatkan kesegaran serta keanjalan kulit wajah dan sekaligus menjadikan wajah berseri dan bersinar bak mutiara!

Produk LANEIGE Focus Active Ampoule ini memiliki tiga variasi dengan fungsi yang berbeza iaitu Brighten, Repair dan Firm. Produk ini kaya dengan bahan-bahan membantu merawat masalah-masalah kulit dan ia juga dapat membantu penyerapan yang pantas ke dalam kulit. Selain itu, produk ini bebas dari lapan jenis bahan kimia serta menjadikan ia mudah untuk bercampur dengan produk penjagaan kulit yang lain.

LANEIGE Focus Active Ampoule Brighten

Foto – LANEIGE

Produk ini mampu membuatkan kulit menjadi lebih cerah, putih, bersinar dan berseri. Focus Active Ampoule Brighten ini mempunyai bahan seperti Amino Acid yang dapat mengelupaskan kulit tidak sihat dengan mudah. Selain itu, ekstrak teh hijau juga memberikan kesan kelembapan yang sesuai untuk kulit dan menjadikan kulit lebih lembap dan kekal hidrat.

Bukan itu saja, bagi variasi Bighten ini ia juga mengandungi Super Berry Water yang merupakan air yang istimewa dari ekstrak acai beri dan buah acerola yang mampu memberi kesan anti-oksidan yang lebih berkesan dari vitamin C dan sekaligus dapat memberikan kulit menjadi lebih bersinar.

LANEIGE Focus Active Ampoule Repair

Foto – LANEIGE

Bagi produk Focus Active Ampoule Repair ini di formula dengan 15,000ppm Phatenol yang berfungsi untuk menguatkan benteng kelembapan kulit dan sekaligus melindungi layar kulit agar kekal lembap serta menjana semula layar kulit. Selain itu, produk ini juga mengandungi Forest Yeast Water untuk membantu menjana semula pembentukan kulit dan Mint Extract to melegakan kulit dan mengawal sebum.

LANEIGE Focus Active Ampoule Firm

Foto – LANEIGE

Produk Focus Active Ampoule Firm merupakan produk anti-penuan yang dapat mengurangkan tanda-tanda penuan seperti ketegangan, kedutan dan kulit dehidrasi. Dengan penggunaan Focus Active Ampoule Firm yang kaya dengan Soy Peptide ia dapat menjana kolagen di dalam kulit dan memperlahankan proses penuan dan membenarkan kulit bertambah berseri.

Selain itu, produk ini juga kaya dengan Musk Mallow Water yang di ekstrak daripada biji benih pokok bunga raya yang dapat memberikan ketegangan kepada kulit. Manakala Adenosine pula mampu menghalang kedutan dari muncul di wajah.

Foto – LANEIGE

Produk terbaru LANEIGE Focus Active Ampoule ini di jual dengan harga RM165.00 (7ml x 4 botol) dan produk ini boleh di dapati di ke semua outlet kecantikan dan butik LANEIGE di seluruh Malaysia bermula dari pertengahan bulan Julai 2019 ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk kecantikan terbaru dari LANEIGE untuk dapatkan kulit kekal berseri dan bersinar bak mutiara!

The post Focus Active Ampoule Daripada LANEIGE Buatkan Kulit Bersinar Bak Mutiara! appeared first on Wanista.com.

Patutlah Wanita China Zaman Purba Cantik Bak Bidadari, Ini Rahsianya!

$
0
0

Penjagaan kulit bagi wanita di Asia cukup unik dengan rahsia penjagaan kecantikan yang tersendiri. Jika di lihat di Jepun, kaedah pencarian penjagaan kecantikan di perkasa dengan kaedah sains serta formula bagi mendapatkan keberkesanan kecantikan bagi wanita Jepun. Manakala di Korea pula, pencarian kulit yang kekal bersih berseri bak awan di parkasa dengan 10 langkah penjagaan kecantikan seharian.

Tetapi lain pula ceritanya bagi wanita di China, sejak zaman purba lagi wanita-wanita dahulu kala memiliki kulit yang bersih, gebu dan kulit wajah yang bersinar. Dan ramai wanita yang menginginkan rahsia penjagaan kulit seperti wanita-wanita China di zaman purba ini, rahsia kaedah kecantikan mereka adalah berasaskan bahan semula jadi yang mampu memberi manfaat kepada kulit.

Foto – HardwareZone Forums

Nah, berikut adalah rahsia kecantikan wanita-wanita China di zaman purba. Bagi yang ingin mencuba dan mencari rutin kecantikan yang baharu, mungkin anda boleh mencuba rutin kecantikan seperti wanita China zaman purba ini.

Akutekanan Dan Akupunktur

Foto – Klikdokter

Kaedah ini sering di lakukan oleh masyarakat di China ini kerana dengan menggunakan kaedah akupunktur dan akutekanan ia dapat memulihkan tenaga yang mengalir di dalam tubuh badan. Selain itu, kaedah ini juga dapat mendetoxkan kulit, mengaktifkan penghasilan kolagen semula jadi, mengurangkan kesan parut dan meredakan gejala ekzema (masalah radang kulit) dan psoriasis (penyakit kulit seperti berbintik merah, gatal-gatal dan bersisik).

Jade Rollers Dan Face Sculpting Gua Sha

Penggunaan jade roller ini berasal daripada China di mana ia sering di gunakan untuk mengurut dan ia di padankan dengan Gua Sha yang merupakan alat Face Sculpting. Kedua-dua alat ini merupakan aspek penting bagi wanita China di zaman purba dahulu kala, kerana dengan bentuk wajah yang ideal merupakan wajah idaman wanita China dahulu kala.

Tambahan lagi, penggunaan jade sebagai roller wajah dan alat sculpting wajah (Gua Sha) ini dapat membantu wajah wanita kekal terbentuk rapi.

Kacang Hijau

Foto – IDN Times

Penggunaan kacang hijau di dalam kek, mee, sup dan pelbagai sumber makanan yang lain ini, menunjukan bahawa kacang hijau mengambil bahagian yang besar di dalam diet pemakanan masyarakat di China. Selain itu, masyarakat China cukup gemar dengan kacang hijau adalah kerana kacang hijau mampu melegakan gejala seperti jerawat, dan masalah kulit yang lain seperti sakit sejuk dan ruam.

Tambahan lagi kacang hijau ini juga kaya dengan anti-oksidan dan phytonutrients yang di gunakan untuk penggunaan masker dan pelbagai produk rawatan kulit yang lain.

Teh Hijau

Foto – JK Tea Shop

Pasti ramai yang telah sinonim dengan penggunaan teh hijau ini, ya seperti yang sedia maklum masyarakat di China sering meminum air teh herba. Dan setiap jenis teh mempunyai fungsi yang berlainan mengikut jenis dan masalah kulit yang di hadapi.

Seperti teh hijau ianya merupakan teh yang sering di gunakan oleh masyarakat di China kerana teh tersebut memiliki kebolehan sebagai anti-keradangan dan kaya dengan anti-oksidan. Perlu di ketahui dengan meminum air teh hijau setiap hari dapat memberi kesan positif kepada kulit dan dalaman diri juga.

Kunyit

Foto – Alberton Record

Penggunaan kunyit sebagai bahan kecantikan kulit bukan lagi satu perkara yang asing, ia sering di gunakan sebagai masker di wajah. Masyarakat di Indonesia juga menggunakan kunyit untuk di jadikan masker muka, begitu juga masyarakat wanita di China, mereka menggunakan kunyit untuk di jadikan sebagai masker wajah.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, anda boleh cuba mencampur kunyit, susu dan madu untuk di jadikan masker muka. Hasilnya pasti membuatkan wanita jatuh cinta dan tidak berhenti menggunakan kaedah kecantikan ini.

He Shou Wu

Foto – Dragon Herbs

He Shou Wu ini digunakan di dalam perubatan tradisional di China sejak 800 AD (Era Anno Domini). He Shou Wu ini merupakan herba yang di gunakan untuk membantu meremajakan kulit, menebalkan dan memanjangkan rambut. Untuk mendapatkan herba ini anda boleh mendapatkannya di outlet Eu Yan Sang yang berada di seluruh Malaysia atau membeli secara dalam talian di Lazada.

Untuk mendapatkan kesan kecantikan yang bagus, campurkan herba He Shou Wu sebanyak 1/4 sudu teh ke dalam air minuman smoothie atau air teh anda.

Air Beras

Foto – Times of India

Penggunaan air beras di dalam penjagaan kecantikan cukup sinonim bagi masyarakat di China, Korea, Jepun, Malaysia dan Indonesia. Wanita dan lelaki menggunakan air beras ini untuk membersihkan wajah dan rutin kecantikan ini telah di ikuti sejak turun temurun lagi.

Air beras berfungsi sebagai anti-keradangan, mencerahkan kulit dan dapat membantu menyamai tekstur kulit sekaligus menegangkan kulit.

Kurma Merah Dan Goji Beri

Foto – Healthy World Cuisine

Goji beri memiliki kandungan anti-oksidan yang tinggi dan penggunaan goji beri di dalam diet pemakanan masyarakat di China telah berlangsung selama berdekad-dekad lamanya dan sehingga kini penggunaan goji beri di dalam rangkaian diet pemakanan masih di teruskan.

Menurut seorang model China yang terkenal Liu Wen menyatakan tiap kali Liu Wen pulang ke China, Liu Wen akan membeli kurma merah dan goji beri dengan jumlah kuantiti yang sangat banyak. Liu Wen berkata kurma merah dan goji beri ini sesuai di letakkan di dalam air masak, teh, bubur atau pelbagai jenis masakan lain. Kurma merah dan goji beri dapat membuatkan kulit kekal sihat dan bersinar!

Di harap perkongsian kecantikan kali ini dapat memberi anda sedikit sebanyak pencerahan dalam mencari rutin penjagaan kecantikan yang sempurna dan mendapatkan kulit yang bersih, putih dan berseri bak bidadari.

The post Patutlah Wanita China Zaman Purba Cantik Bak Bidadari, Ini Rahsianya! appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2409 articles
Browse latest View live