Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2420 articles
Browse latest View live

Tonjol Kecantikan Diri Dengan Koleksi SILKYGIRL Limited Edition Blossom!

$
0
0

Siapa peminat SILKYGIRL?

Sebagai jenama yang menyeronokkan, berjiwa muda melalui trend warna dan kosmetik terkini, spesifikasi produk yang berkualiti tinggi, dan paling best dalam harga mampu milik, SILKYGIRL mekar dan seiring dengan jenama hebat lain.

Nak tahu sempena ulang tahun yang ke-15, SILKYGIRL teruja untuk memperkenalkan SILKYGIRL Limited Edition Blossom Collection yang direka khas untuk para gadis menawan.

Jadi, apa kelainan yang ditawarkan SILKYGIRL Limited Edition Blossom Collection?

SILKYGIRL Matte Junkie Lip Cream – Pewarna bibir dengan kemasan matte, mampu kekal di bibir sepanjang hari. Terdapat dalam 4 warna edisi terhad, yang berpigmen tinggi untuk melengkapkan hari anda.

Foto – Arkib Wanista

SILKYGIRL Bloom ‘n’ Blush – Pemerah pipi berpigmen tinggi memberikan tekstur ultra halus yang lembut pada pipi, memberikan sinaran yang diingini untuk pipi yang tampil semulajadi dan sihat.

Foto – Arkib Wanista

SILKYGIRL No-Pore Blur Powder – Bedak bertekstur lembut pasti akan memberikan kulit yang sempurna, cerah dan licin.

Foto – Arkib Wanista

SILKYGIRL Oh My Gel Liner – Celak mata dengan warna yang pekat dan kuat. Formula yang berkrim dan mempunyai liputan tinggi bersifat lembut dan tidak akan menarik kelopak mata. Ia juga boleh digunakan sebagai pembayang mata.

Foto – Arkib Wanista

SILKYGIRL Oh Eye See Sharp Liner – Garis dan tonjolkan bentuk mata anda dengan formula hitam yang kuat dan berpigmen tinggi. Anda boleh menggayakan eyeliner bersayap sepanjang hari dengan daya tahan lamanya, manakala formula berasaskan air membolehkannya ditanggalkan dengan mudah.

Foto – Arkib Wanista

SILKYGIRL Fragrance Mist – Penyembur rambut dan badan yang membuatkan anda berasa segar dan bertenaga sepanjang hari. Berguna untuk semburan pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Foto – Arkib Wanista

Koleksi ini boleh didapati secara eksklusif secara atas talian di Kedai Rasmi SILKYGIRL di Shopee dari 3 Mac 2020. Bersempena dengan Shopee 3.3 Mega Sale, dapatkan baucar di Shopee untuk menikmati diskaun 20% untuk produk SILKYGIRL kegemaran anda apabila anda membelanjakan RM50, sah pada 3 Mac sahaja dan nikmati baucar termasuk diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM40 dan diskaun RM8 dengan perbelanjaan minimum RM65. Sah hingga 31 Mac, sementara stok masih ada.

Happy Shopping!

The post Tonjol Kecantikan Diri Dengan Koleksi SILKYGIRL Limited Edition Blossom! appeared first on Wanista.com.


Minyak Panas Berkesan Atau Tidak Cairkan Lemak Dalam Badan

$
0
0

Dah sapu minyak panas berulang kali, macam tak ada kesan apa pun. Minyak ni function ke tak sebenarnya?

Penulis yakin ramai di antara kita yang menggunakan minyak panas yang terdapat dipasaran, bagi mencairkan lemak dalam tubuh badan kita. Tetapi adakah minyak panas tersebut, benar-benar berkesan untuk mencairkan lemak degil yang terdapat di bahagian peha, lengan, perut dan pinggang kita?

Senang cerita tiada jalan mudah untuk kurus, ketulan lemak yang terdapat dalam tubuh bukan mudah untuk dicairkan apatah lagi untuk hilangkannya dengan menggunakan minyak panas. Oleh itu, penulis kongsikan cara untuk gunakan minyak panas dengan betul dan tidaklah kamu berasa sia-sia membeli minyak panas tersebut!

Sebelum Workout, Wajib Sapu Minyak Panas Dulu!

Foto – Healthline

Tahu tak sangat rugi jika kamu melakukan workout, tetapi tidak menyapu minyak panas sebelum melakukan aktiviti tersebut. Jika kamu mahu lemak-lemak degil cair, caranya sapu terlebih dahulu minyak panas sebelum kamu melakukan sebarang aktiviti senaman.

Dengan cara ini, bukan saja kamu dapat kekalkan bentuk tubuh badan yang ideal malah kamu juga dapat cairkan lemak dengan mudah. Paling penting kamu harus komitmen dan kena rajin!

Balut Badan Sebelum Tidur

Foto – Arkib Wanista

Satu lagi cara untuk dapatkan keberkesanan menggunakan minyak panas, adalah dengan cara wrap atau balut badan sebelum tidur. Tidak semua orang tahu mengenai cara seperti ini, selepas mandi kamu sapu minyak panas pada bahagian tubuh yang dikehendaki.

Kemudian balut tubuh kamu dengan menggunakan plastik balutan dan biarkan semalaman. Lakukan cara ini selama sebulan, kamu pasti dapat lihat hasilnya nanti!

Sapu Minyak Panas, Selepas Bertungku

Foto – Women Online Magazine

Bertungku bukan untuk wanita dalam pantang je ke? Hah, pasti soalan sebegini berlegar-legar di ruang fikiran kamu bukan. Sebenarnya sesiapa saja boleh bertungku ni, bertungku ni bukan saja boleh cairkan lemak malah ia juga boleh melancarkan perjalanan darah!

Selepas kamu bertungku, badan akan rasa hangat dan kemudian sapu minyak panas pada anggota tubuh yang kamu lakukan tungku tersebut. Nak tahan lama, selepas bertungku dan sapu minyak panas, balut badan dengan plastik balutan.

Kalori Pun Kena Jaga, Kalau Tak Sia-Sia Je!

Foto – I Am Gabru

Last but not least, makan pun kenalah jaga juga ini tidak asal nampak ada makan sedap, semua ingin di cuba dan akhirnya tak sedar yang diri tu terlebih makan. Jika kamu betul-betul ingin mengurangkan lemak dengan menggunakan minyak panas saja tidak cukup, kamu juga perlu menjaga pengambilan kalori dalam menu harian.

Kalau tak rugi saja guna minyak panas hari-hari, tapi tetap tak berkesan gara-gara tak jaga makan!

Jadi kalau kamu nak kurus dan hilangkan lemak, kena komitmen dan disiplin!

Rujukan: 1, 2

The post Minyak Panas Berkesan Atau Tidak Cairkan Lemak Dalam Badan appeared first on Wanista.com.

Anak Audrey Hepburn Kongsi Rahsia Ibu Kekal Langsing!

$
0
0

Wanita mana yang tak nak kelihatan cantik dan miliki bentuk tubuh badan yang menawan macam Audrey Hepburn! Pasti ramai wanita tertanya-tanya macam manalah aktres cantik tersebut menjaga bentuk tubuhnya agar sentiasa langsing.

Meski ikon jelita ini telah meninggalkan kita semua sejak 26 tahun yang lalu, dirinya masih lagi menjadi idol bagi ramai wanita yang inginkan bentuk badan yang langsing dan cantik seperti mantan aktres filem ‘Breakfast at Tiffany’.

Nak tahu apa rahsia bintang hollywood ini kekal langsing, anak Audrey Hepburn, Luca Dotti tampil kongsi rahsia ibunya!

#1 No Diet! Tapi Kena Bersenam

Foto – Reader’s Digest

Jangan ingat aktres cantik dan berjaya seperti Audrey ini, mengambil jalan mudah untuk kurus dan kekalkan bentuk badannya yang langsing. Audrey tidak pernah mengamalkan diet, dirinya lebih suka bersenam dan melakukan aktiviti berjalan.

Dan aktiviti ini turut diakui oleh Robert Wolders, yang merupakan teman tapi mesra Audrey selama 13 tahun. Jadi bagi yang nak body langsing macam Audrey, kenalah rajin bersenam!

#2 Wajib Makan Hidangan Tiga Kali Sehari

Foto – Pinterest

Oleh kerana Audrey tidak mengamalkan sebarang diet, dirinya mengikuti jadual makan harian seperti orang biasa yang lain. Di mana untuk sarapan pagi, Audrey akan makan roti bakar dengan jam. Manakala untuk makan tengah hari pula, Audrey akan memilih menu daging lembu atau ayam atau pasta bersama sayur.

Dan untuk makan malam pula, Audrey akan memilih menu sup ayam dan sayur. Memang ringkas menu harian Audrey ni, patutlah langsing je!

#3 Menu Sayur Wajib Okay!

Foto – Europosters

Boleh dikatakan sayur adalah menu wajib bagi Audrey, meski menu pemakanan hariannya tidak banyak Audrey akan memastikan dirinya memakan sayur. Tambahan lagi sayurkan bagus untuk kesihatan tubuh badan dan memberi sumber nutrisi yang diperlukan pada tubuh.

#4 Lebihkan Makan Bijirin Dan Kurangkan Makan Daging

Foto – Reader’s Digest

Kalau nak tahu segala makanan yang Audrey ambil tidak berlebih-lebihan, tak kira sama ada ayam atau daging semuanya diambil dengan kadar yang sederhana saja. Selain itu, Audrey akan lebihkan makan makanan berbijirin dalam menu pemakanannya.

#5 Siapa Kata Nak Kurus Tak Boleh Makan Coklat?

Foto – Pinterest

Siapa yang kata kalau nak kurus tak boleh makan coklat tu, boleh fikir balik la sebab apa aktres cantik ni memang gemar makan coklat!

Audrey gemar makan coklat selepas makan malam dan sambil-sambil makan coklat tu, Audrey akan minum scotch segelas dua dalam cawan yang kecil. Memang santai habis Audrey ni! 

Untuk pengetahuan kamu, Audrey ni buat apa pun semuanya terhad dan tidak berlebih-lebihan. Contoh macam makan coklat, daging lembu, ayam hatta air beralkohol sekalipun, dirinya tidak mengambil dalam kadar yang banyak.

Lagi satu kamu juga kena rajin bersenam, serta amalkan gaya hidup yang sihat macam Audrey Hepburn ni barulah badan langsing!

Rujukan: 1, 2,

The post Anak Audrey Hepburn Kongsi Rahsia Ibu Kekal Langsing! appeared first on Wanista.com.

Doktor Pakar Kulit Kata Kamu Tak Boleh Skip Tiga Rutin Penjagaan Wajah

$
0
0

Wanista nak tanya pernah atau tidak anda menglami keadaan kulit gatal-gatal, kemerahan, atau bersisik? Itu maksudnya kulit anda mungkin sensitif.

Kulit sensitif biasanya berpunca dari keturunan atau mungkin anda terdedah secara drastik kepada persekitaran yang tidak sihat, mahupun suhu cuaca yang ekstrem, atau alah kepada sesetengah jenis makanan.

Sekarang terdapat banyak jenis krim yang ditawarkan menjanjikan peluang untuk menghilangkan parut serta pelbagai lagi masalah kulit. Jadi, sebelum menggunakan produk baru, cuba sapu sedikit produk berkenaan di bahagian kulit siku anda.

Tunggu sehingga 48 -72 jam. Jika tiada sebarang bengkak, bintik merah, kegatalan, serta kepedihan yang muncul di bahagian itu, bermakna anda boleh terus menggunakannya. Sebelum membeli sebarang produk, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Minggu lepas, penulis sempat menemu bual Dr. Diana Salim, doktor pakar aesthetic dari Millennium Clinic, KL Eco City. Kata doktor, anda tidak perlu melakukan rutin penjagaan yang banyak, seperti yang dicanang oleh cara k-beauty. Memadai tiga rutin ini, anda mampu mendapatkan kulit wajah yang bersih dan berseri.

Membersih Kulit Dengan Lembut

Pastikan anda menjaga kebersihan kulit sepanjang masa. Melakukan pengelupasan yang keterlaluan terhadap kulit boleh menghakis minyak asli kulit anda serta menjadi punca kepada iritasi kekeringan kulit.

Foto – Makeup Alley

Kita salah kerana selalu mengganggap produk yang kaya dengan pelbagai bahan itu adalah yang terbaik, walhal ianya tidak. Contoh Cetaphil Gentle Skin Cleanser hanya mengandungi 8 bahan. Diformulasi khas mengikut kesesuaian semua jenis kulit, pencuci ini bebas sabun dan tidak menghakis kelembapan asli kulit.

Melembap Sebaiknya

Meninggalkan rutin melembap adalah tidak wajar sama sekali kerana kulit akan kehilangan lembapan optimum yang berganda. Dalam banyak-banyak produk, Cetaphil Moisturising Cream berkesan untuk mengekalkan kelembapan. Ianya tidak melekit malah bebas dari sebarang wangian. Bukan itu sahaja, produk ini sesuai untuk semua jenis kulit – yang kering, berminyak, sensitif atau kombinasi.

Foto -Watsons

Baca : Muka Berminyak Teruk Gara-Gara Krim Pelembap, Ni Cara Betul Pilih “Moisturizer” Untuk Kulit

Jangan Skip Sunblock

Pancaran matahari akan merosakan kulit. Malah, jika terlalu lama terdedah kepada cahaya ekstrem, ia akan meningkatkan risiko kanser kulit seseorang. Oleh itu, gunakan krim anti-matahari (sunblock) yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF15 kerana ia mampu menghalang pancaran UVA & UVB.

Foto – New York Post

Baca : Cara Betul Pilih Krim Pelindung Matahari SPF Ikut Jenis Kulit

Jika anda lakukan rutin penjagaan wajah dengan baik, Insyaallah kulit anda baik. Yang penting kena bijak dalam memilih produk. Selalulah memeriksa dan membaca kandungan yang ada di bahagian kotak pembungkus produk dan peka tentang bahan-bahan yang berikut.

The post Doktor Pakar Kulit Kata Kamu Tak Boleh Skip Tiga Rutin Penjagaan Wajah appeared first on Wanista.com.

Siapa Kulit Sensitif, Bagus Guna MINON Amino Moist!

$
0
0

Miliki masalah kulit sensitif merupakan igauan ngeri buat mana-mana wanita di Malaysia, tetapi malangnya bukan mudah untuk mencari produk penjagaan dan kecantikan yang serasi dan sesuai untuk kulit sensitif. Tetapi kini produk dari Jepun, Minon Amino Moist ada solusi untuk masalah kulit sensitif seperti kamu.

Produk penjagaan kulit dan kecantikan Minon Amino Moist ini merupakan pakar dalam kajian dermatologi bagi kulit sensitif. Ini dibuktikan dengan sembilan jenis asid amino yang mampu mengekalkan kelembapan dan dua lagi asid amino pembersih yang di formula khas untuk melicinkan serta melembutkan tekstur kulit wajah.

Ini antara produk penjagaan kulit dan kecantikan yang paling popular, dan sesuai untuk wanita berkulit sensitif di Malaysia.

#1 Minon Amino Moist Essential Mask [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Topeng muka ini merupakan produk penjagaan kulit dan kecantikan dengan penganugerahan sebab 55 anugerah kosmetik. Topeng muka Minon Amino Moist Essential ini dapat membuatkan kulit menjadi segar, kekal lembap dan membuatkan kulit menjadi cerah.

#2 Minon Amino Moist Whitening Milk Mask [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Topeng muka Amino Moist Whitening Milk pula di rumus khas untuk kulit yang kasar dan kering, dalam masa yang sama ia juga berfungsi memutihkan, melembutkan dan mencerahkan kuli. Selain itu, topeng ini juga mengandungi melanin yang dapat menghalang bintik dan jeragat di kulit wajah.

#3 Minon Amino Moist Charge Milk [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Losyen Amino Moist Charge Milk ini akan membekalkan kelembapan kulit tanpa perlu berasa melekit, ia menyerap dan cair ke dalam kulit mengikut suhu tubuh badan. Losyen ini sesuai digunakan untuk wanita yang inginkan kulit kekal lembap dan lembut serta bebas rasa kering.

#4 Minon Amino Moist Medicated Acne Care Milk [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Losyen di rumus khas untuk kulit kombinasi, berminyak dan sensitif. Tekstur losyen yang tidak melekit dan ringan sesuai untuk kamu gunakan secara harian dan paling penting ia dapat menyeimbangkan kekeringan pada kulit dan memberikan kesan bersinar bak cahaya pada kulit.

Banyak lagi produk-produk penjagaan dan kecantikan kulit jenama Minon Amino Moist yang sangat bagus dan sesuai untuk kulit sensitif.

Jadi jika kamu ingin mendapatkan produk-produk ini, kamu boleh mengunjungi kedai dalam talian OURSHOP milik AirAsia dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan tak rugi untuk kamu cuba!

The post Siapa Kulit Sensitif, Bagus Guna MINON Amino Moist! appeared first on Wanista.com.

Lip Balm Lucas Papaw Bukan Setakat Rawat Bibir, Tapi 1001 Manfaat Kecantikan

$
0
0

Pernah menggunakan lip balm di atas?

Mungkin masih kurang mendapat sambutan di Malaysia kerana kesukaran untuk dapat tapi percayalah lip balm kelahiran negara Australia ini cukup popular dan memang berkesan. Selebriti seperti Naomi Watts, Rosie Huntington-Whiteley, Natalie Portman, Adele hingga supermodel terkenal seperti Gisele Bundchen, Alexa Chung, dan Cara Delevingne juga diketahui menggunakan produk ini.

Merupakan produk syarikat keluarga milik Australia, Lucas ‘Papaw Remedies, lip balm ini dibuat menggunakan buah betik (papaya/papaw) asli Australia yang dipercayai berkesan untuk ubat semulajadi kerana ia mengandungi sifat antibakteria dan anti-mikrob.

Foto – Express

Buah betik memperolehi sifat antibakteria dan antimicrobial apabila ditapai, yang boleh membantu menyembuhkan masalah kulit apabila digunakan secara topikal.

Sifat yang sama seperti gel petroleum, Lucas Papaw Ointment diakui mampu merawat:

  • Kulit terbakar
  • Ruam
  • Kulit kering dan pecah-pecah
  • Kulit luka
  • Iritasi
  • Gigitan serangga

Walaubagaimanapun, kebanyakan wanita menggunakannya sebagai lip balm kerana keberkesanan merawat bibir kering dan juga melembap. Tapi yang jelas Lucas Papaw Ointment mempunyai pelbagai faedah untuk kecantikan yang ramai tidak tahu.

Terdapat banyak variasi papaw ointment, yang bezanya ada dicampurkan dengan buah yang ditapai. Lucas Papaw terkenal kerana mengandungi jeli petroleum gred farmaseutikal dan gum balsam dari Peru, sementara jenama lain menggantikan jeli petroleum dengan beeswax dan minyak dari tumbuhan lain.

Foto – Pinterest

Bukan Setakat Letak Di Bibir Tapi…

Ubat untuk kulit kering

Sekiranya kulit anda senang kering, lapisan Lucas Papaw boleh melembutkan kawasan kasar dan kering dengan menyediakan kelembapan sementara. Anda juga boleh menggunakannya bersama losyen badan untuk melindungi kawasan yang lebih cenderung kepada kekeringan, seperti lutut dan siku.

Remedi untuk luka, sinaran matahari, gigitan serangga, ruam

Untuk menangani masalah kulit di atas, kulit anda memerlukan bantuan daripada kekeringan dan perlindungan terhadap bakteria berbahaya. Lucas Papaw Ointment mampu melakukannya, sapu pada tempat untuk menenang dan melembapkan kulit gatal pada setiap masa.

Rawatan jerawat

Dengan ciri-ciri antibakteria semula jadi, ramai telah cuba menggunakan Lucas Papaw sebagai rawatan jerawat. Menggunakan ke atas jerawat membantu mengurangkan parut dan kemerahan semasa dan selepas breakout.

Menjaga kutikel

Anda boleh manfaatkan Lucas Papaw dengan meletakkan sedikit di kuku supaya kekal lembap. Formulanya juga dapat menutrisi sehingga kulit di sekitar kuku sihat dan terasa lembap.

Pengganti facemask

Bagi anda yang mempunyai jenis kulit yang kering, produk ini boleh menjadi lifesaver dalam kecemasan. Aplikasikan Lucas Papaw pada seluruh wajah secara tipis setelah melakukan scrubbing wajah untuk melembapkan sekaligus meremajakan kembali kulit wajah.

Mengatasi kaki pecah-pecah

Tak hanya dapat digunakan untuk mengatasi bibir kering, formulanya yang melembap juga dapat digunakan di telapak kaki. Setelah mencuci kaki hingga bersih, usapkan pada bahagian telapak kaki dan tumit secara rutin untuk mendapatkan telapak kaki yang mulus bagaikan bayi.

Kerana sifat antibakteria, ramai telah menggunakannya sebagai ubat untuk kulit kering. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa produk tidak menawarkan kelembapan tambahan tetapi ia membantu menghalang kelembapan daripada berkurang dan membolehkan kulit anda mengekalkan kelembapan yang sudah ada.

Foto – Express

Anda boleh mendapatkan produk ini secara atas talian seperti LazadaShopeeWatsons dengan harga yang berpatutan.

RUJUKAN : 123

The post Lip Balm Lucas Papaw Bukan Setakat Rawat Bibir, Tapi 1001 Manfaat Kecantikan appeared first on Wanista.com.

M.A.C Cosmetics Keluar Gincu Barbie Edisi Terhad, Sumpah Cantik!

$
0
0

Bagi yang kaki mekap, ada berita gembira untuk kamu semua di mana baru-baru ini M.A.C Cosmetics telah bekerjasama dengan Barbie Style mengeluarkan gincu Barbie Edisi Terhad sempena menyambut ulang tahun kelahirannya!

Gincu Barbie Edisi Terhad ini hadir dengan warna shade pink yang cantik dan menyerlah, dan dibalut mewah dalam bekas gincu berwarna keemasan. Memang eksklusif habis!

Foto – Arkib Wanista

Sejak M.A.C Cosmetics dan Barbie Style mengumumkan pelancaran produk gincu mereka, rata-rata yang tak sabar ingin mendapatkannya. Kini Gincu Barbie Edisi Terhad ini, boleh didapati secara eksklusif menerusi stor  dalam talian M.A.C Cosmetics.

Geram je tengok warna gincu Barbie Edisi Terhad ni, memang tak rugi beli!

Rujukan: 1, 2

The post M.A.C Cosmetics Keluar Gincu Barbie Edisi Terhad, Sumpah Cantik! appeared first on Wanista.com.

Sekarang Nak Beli Produk Sasa Pergi Je Shopee, Lagi Murah Dan Berbaloi

$
0
0

Peminat Sa Sa akan dapat menikmati tawaran potongan harga hingga 60% hanya di Shopee!

Nak tahu, Sa Sa, sebuah syarikat peruncit kosmetik, produk penjagaan kulit dan produk wangian terkemuka Asia yang diasaskan di Hong Kong, telah membuka kedai atas taliannya di Shopee.

Para pembeli akan menjadi rambang mata apabila melihat bermacam-macam pilihan produk di Kedai Rasmi Sasa di Shopee yang menawarkan lebih daripada 1,000 produk kecantikan yang merangkumi produk penjagaan kulit dan kosmetik seperti pelembap kulit, pembersih muka, sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari, bedak asas, lipstik dan penggaris mata.

Jenama Best

Selain daripada jenama sendirinya seperti Cyber ​​Colors dan Suisse Programme, Sa Sa juga mempunyai jenama antarabangsa termasuk Laura Mercier, YSL, Clinique, Dr. Jart+, dan Clarins.

Foto – Arkib Wanista

Tawaran Eksklusif

Untuk meraikan pelancaran rasmi Kedai Rasmi Sasa, para peminat bakal menikmati tawaran terbaik pada Jualan Kilat Shocking SaleShopee sepanjang 17 Mac 2020. Produk kegemaran ramai seperti L’Oreal Paris Free The Nudes By Clr Riche, Estée Lauder Advanced Night Repair Synchronized Recovery Complex II, Christian Dior Lip Glow Color Awakening Lipbalm, Kiehl Ultra Facial Cream, Sulwhasoo ESSENTIAL dan banyak lagi.

Mereka boleh dapatkan lebih nilai apabila membeli tawaran bundle untuk menikmati penjimatan tambahan sebanyak 10%. Untuk satu hari sahaja pada 17 Mac 2020, gunakan baucar SASABL10 untuk menikmati potongan harga 10% atas pembelian barangan Sasa anda.

Tanpa perbelanjaan minimum; SASABL15 untuk menikmati potongan harga 15% dengan perbelanjaan minimum RM180 dan SASABL20 untuk menikmati potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM260 sebagai tambahan kepada tawaran bundle.

Foto – Arkib Wanista

Untuk menikmati tawaran menarik yang terdapat di Kedai Rasmi Sasa di Shopee, layari shopee.com.my/sasa.os.

The post Sekarang Nak Beli Produk Sasa Pergi Je Shopee, Lagi Murah Dan Berbaloi appeared first on Wanista.com.


Tak Pakai Foundation Pun Mekap Nampak Flawless, Ni Caranya…

$
0
0

Beruntungnya wanita yang miliki kulit wajah bersih bebas cela seperti aktres Filipina Sarah Lahbati.

Baru-baru ini, Sarah Lahbati mencuri perhatian selepas tampil dengan solekan ‘no-makeup look’ di hari bahagianya. Terlampau natural sampaikan dia langsung tidak memakai eyeshadow. Sarah hanya mengenakan bronzer di wajah untuk mengukir tulang pipi dan maskara supaya bulu mata lebih lentik dan galak.

Kata Sarah, dia mahukan gaya serba ringkas sesuai dengan majlis kahwin yang diadakan cara civil berikutan penularan Covid-19.

Selain miliki kulit wajah bersih, beberapa trik genius di bawah boleh dipraktik untuk kecapi mekap flawless walaupun tanpa menggunakan sebarang foundation.

Prep, Prep, Prep

Prep wajah sangat penting sebelum anda memulakan langkah menyolek. Moisturizer, sublock dan primer yang baik adalah langkah penting dalam aplikasi solekan. Gunakan pelembap berasaskan gel atau bebas minyak – ini akan membuatkan wajah nampak lagi smooth dan langsung tidak cakey.

Foto – Amazon

Baca : Muka Berminyak Teruk Gara-Gara Krim Pelembap, Ni Cara Betul Pilih “Moisturizer” Untuk Kulit

Concealer Pengganti Foundation

Siapa di sini skip foundation dan hanya guna concealer sahaja? Mungkin untuk mekap harian, anda boleh praktis cara ini. Cumanya pilih concealer jenis yang high-coverage untuk menutup cela, bintik-bintik, bekas parut, kawasan gelap bawah mata, hidung, sekitar bibir atau di mana sahaja. Blend menggunakan hujung jari anda untuk kemasan yang semula jadi dan tidak terlalu berat.

Foto – Concealer

Highlighter Tambah Seri

Nak seri di wajah, tambah dengan kilauan. Untuk nampak semula jadi, anda boleh gunakan formula jeli atau krim. Aplikasikan ke tulang pipi, hujung dan batang hidung dan juga cupid bow pada bibir.

Foto – Cosmopolitan

Pakai Bedak

Loose powder adalah item paling perlu untuk mengunci pori-pori dan menghasilkan mekap matte tanpa kilauan berlebihan. Fokuskan pada kawasan T-zone anda dan pipi untuk kakak bersinar dan bebas minyak.

Foto – Bobby Brown

Baca : Tips Memilih Loose Powder Terbaik Untuk Hasil Solekan Sekata Tidak Berminyak

Setting Spray Wajib Ada

Sudahi solekan dengan setting spray. Ia bukan sahaja untuk lock solekan, malah memberi glow dan kesegaran di wajah. Wajah anda kelihatan lagi bermaya.

Foto – Azyaamode

Tapi yang paling penting, kena prep wajah sebelum nak mula mekap. Selepas itu, bolehlah tambah blusher, mascara, dan lipstick.

Selamat Beramal!

The post Tak Pakai Foundation Pun Mekap Nampak Flawless, Ni Caranya… appeared first on Wanista.com.

Kulit Korang Berjerawat Sebab Tak Pakai Toner, 5 Jenama Bagus Boleh Cuba

$
0
0

Siapa skip pakai toner?

Please ye, jangan tinggalkan langkah memakai toner kerana binasa pada kulit wajah anda.

Kenapa konsep menyegar atau toner itu penting? Wanista berikan jawapannya – Ini 5 Sebab Relevan Kenapa Kena Toner Muka Selepas Membersih. Sebab paling ketara ialah kulit berjerawat. Memakai penyegar kulit (toner) membantu mengecilkan pori dan membolehkan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda mencuci muka.

Pakar memberitahu toner yang menghidrat dan melicinkan garisan halus sering mengandungi antioxidants, amino acids, dan hyaluronic acid. Untuk toner yang merawat jerawat selalunya mengandungi salicylic atau glycolic acid.

Bagi yang nak mencari toner terbaik, ini terdapat beberapa toner yang dijamin keberkesanan, dan juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Mamonde Rose Water Toner

Foto – Allure

The Flower Toner Series oleh Mamonde memiliki fungsi tersendiri seperti menegang dan menyalurkan nutrisi buat kulit, merawat dan melembab kulit, menghakis sel kulit mati, mengawal minyak wajah serta menenangkan keadaan kulit.

Baca : Mamonde Ajar 7 Cara Guna Toner Untuk Semua Jenis Kulit

Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner

Foto – Fresh

Ia mengandungi ekstrak buah mawar, rosewater, dan ekstrak daun angelica – semuanya dikenali dengan ciri-ciri yang menyihatkan dan menenangkan. Produk bebas alkohol jadi ia tidak akan mengeringkan kulit anda.

Dr. Jart+ Ceramidin Liquid Moisturizing Toner

Foto – Sephora

Formula yang penuh dengan ceramides, bahan yang membantu memulihkan kelembapan yang hilang, kulit terasa lebih lembut dan sihat selepas aplikasi.

Pixi by Petra Glow Tonic

Foto – Sephora

Produk yang menjadi kegemaran beauty junkies. Dibuat dengan bahan-bahan seperti glycolic acid, aloe vera, dan witch hazel, disyorkan untuk kulit sensitif tapi semua jenis kulit juga boleh – menjadikan kulit lebih lembut dan clear.

Thayers Alcohol-free Rose Petal Witch Hazel

Foto – Amazon

Apabila anda menggunakan witch hazel di wajah, ia berfungsi untuk dua tujuan, mengimbangi pengeluaran minyak dan mengecilkan liang-liang pori. Kedua-duanya berfungsi bersama untuk menyembuhkan jerawat dan memulihkan wajah anda kepada yang lebih sihat.

Selamat Beramal!

The post Kulit Korang Berjerawat Sebab Tak Pakai Toner, 5 Jenama Bagus Boleh Cuba appeared first on Wanista.com.

Hilangkan Mekap Sebersihnya Dengan Face Republic Pureprep Trio!

$
0
0

Prep wajah sangat penting sebelum anda memulakan langkah menyolek. Moisturizer, sublock dan primer yang baik adalah langkah penting dalam aplikasi solekan. Gunakan pelembap berasaskan gel atau bebas minyak – ini akan membuatkan wajah nampak lagi smooth dan langsung tidak cakey.

Baca : Tak Pakai Foundation Pun Mekap Nampak Flawless, Ni Caranya…

Perkenalkan Pureprep Trio

Pureprep Trio adalah rutin penjagaan kulit yang bersih, disesuaikan dan serasi oleh Face Republic, dibuat di Korea tanpa Alcohol, Paraben, Benzophenone, Chlorphenesin atau Fragrance – cara terbaik untuk memulakan #skincareresolutions anda.

Pureprep Trio terdiri daripada Mild Cleansing Water, PH-Balancing Toner dan AHA/BHA Toner (160ml setiap satu).

Face Republic Pureprep Trio. Foto – Arkib Wanista

Mild Cleansing Water (160ml), RM29.90

Pembersih lembut yang dirumuskan ‘bersih’, Mild Cleansing Water menyiapkan kulit anda dengan membersihkannya dari solekan, kotoran dan minyak yang berlebihan pada pembersihan atau pembersihan dua kali ganda.

  • Ringan pada kulit – Dengan Poloxamer 184, ia menghilangkan kotoran dan minyak yang menyebabkan kerosakan tanpa merengsa kulit dan mata anda.
  • Radikal bebas – Antioksidan seperti Glycine Soja Extract, Soy Seed Extract dan Vitamin E membantu melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang menghasilkan cara pengeluaran kolagen.
  • Melembap seperti ‘pro’ – Panthenol juga dikenali sebagai pro-vitamin B5 melembapkan kulit, menarik air ke dalam kulit.

PH-Balancing Toner (160ml), RM39.90

Dapatkan keseimbangan kulit anda dengan penjagaan selepas-pembersihan, PH-Balancing Toner menyediakan kulit anda dengan mengembalikan keseimbangan semula jadi tanpa melepaskan minyak semulajadi. Sesuai untuk kulit yang kering, berminyak dan sensitif.

  • Lembutkan kulit – Dengan Allantoin, bahan lembut untuk kulit sensitif yang menenangkan dan mengurangkan kerengsaan kulit.
  • Pastikan ia bersih – Ia menggelupas dengan Citric Acid, yang perlahan-lahan mengangkat kulit mati, hanya meninggalkan perasaan yang bersih, licin dan segar pada kulit anda.

AHA/BHA Toner (160ml), RM49.90

Katakan selamat tinggal kepada semua kulit mati. Toner yang membersihkan kulit secara perlahan yang menghilangkan kulit yang kusam dan kasar, menyiapkan kulit anda dengan memberikan TLC tambahan pada hari yang malang.

Foto – Arkib Wanista

Digunakan siang dan malam, produk ini boleh didapati di Lazada dan Shopee.

The post Hilangkan Mekap Sebersihnya Dengan Face Republic Pureprep Trio! appeared first on Wanista.com.

Gigi Artis Buruk Jadi Cantik Sebab Buat 4 Jenis Rawatan Ni

$
0
0

Cuba kita lihat gigi-gigi selebriti hollywood dan bollywood semuanya cantik je, rata dan putih bersih! Memang jeles betul tengok gigi selebriti-selebriti ni, nak-nak bila mereka senyum memang terpukau habis. Macam manalah gigi artis-artis ternama ni selalu nampak cantik je?

Nak tahu rahsia dia, Dr Najib kongsikan rahsia macam mana selebriti-selebriti ternama ni mengubah gigi buruk mereka menjadi cantik seperti sekarang ini!

Gigi Cantik Guna 4 Rawatan Ni

Menurut Dr Najib daripada Dentist Malaya, ramai selebriti terkenal dunia memilih untuk membuat cosmetic dentistry yang memberi fokus pada kecantikan gigi. Untuk mendapatkan gigi yang cantik, terdapat dua jenis rawatan yang boleh dilakukan iaitu Veneer dan juga Whitening.

Kedua-dua jenis rawatan gigi mempunyai pecahan rawatan kecil yang lain. Ingin tahu lebih lanjut, baca sampai habis!

Veneer

  • Composite Veneer
  • Porcelain Veneer
Foto – Arkib Wanista

Rawatan veneer ini biasanya dilakukan bagi mendapatkan rawatan bagi gigi yang patah, pecah, jarang dan gigi yang berwarna kuning. Selain itu, rawatan Veneer ini juga di bahagi kepada Porcelain dan juga Compisite.

Porcelain Veneer ini lebih tahan lama, tidak berubah warna dan nampak lebih kurang macam gigi betul. Kaedah ini memerlukan doktor membuat acuan gigi di makmal dan setelah siap ia akan dipasang pada gigi.

Manakala Composite Veneer pula lebih nipis sedikit daripada Porcelain Veneer dan kaedah pemasang pula lebih senang dan cepat dalam 30 hingga 45 minit dah siap pasang.

Whitening

  • In-Home Whitening
  • Home Whitening Kit
Foto – Arkib Wanista

Ini merupakan kaedah rawatan yang sangat digemari oleh artis-artis tempatan mahupun luar negara, kerana cara rawatan gigi ini hanya menggunakan gel untuk memutihkan gigi. Selain itu, rawatan whitening ini juga dapat menunjukan kesannya dengan cepat dan selamat (pastikan korang buat rawatan di klinik yang diikhtiraf).

Whitening juga mempunyai memberi fokus kepada In-Home Whitening yang mana pengguna boleh membuat rawatan whitening gigi sendiri di rumah, dengan syarat mengunakan Home Whitening kit yang disyorkan oleh doktor gigi masing-masing.

Implan Gigi

Foto – Chrisman & Wyse

Bagi yang memiliki masalah gigi tercabut dan rosak sehingga gigi tidak boleh tumbuh semula, maka rawatan implan gigi ini adalah pilihan terbaik. Kaedah rawatan implan gigi ini adalah penggantian gigi dan akar gigi tiruan. Kebaikan rawatan ini adalah ia memberi kestabilan dan kelihatan serupa seperti gigi asli.

Braces

  • Self-Ligating
  • Ceramic Braces
Foto – Arkib Wanista

Terdapat banyak jenis sebenarnya untuk mendapatkan gigi yang cantik, rata dan tersusun rapi. Salah satu cara rawatan yang ramai selebriti gunakan adalah Braces dan rawatan braces ini juga terdapat beberapa komponen kategori dan ramai selebriti memilih untuk melakukan Self-Ligating atau Ceramic Braces.

Kenapa ramai selebriti dalam atau luar negara memilih untuk membuat rawatan self-ligating braces ini adalah kerana rawatan ini cepat, tidak mempunyai warna, tidak bergetah, jarang memerlukan cabutan (bergantung pada individu yang menjaga) dan ia juga kurang sakit dan dapat mengembangkan rahang.

Manakala Ceramic braces pula digemari sebab bracketnya lebih lutsinar dan tersembunyi, bukan itu saja bagi individu yang tidak mahu berapa menonjol apabila memakai braces maka rawatan ceramic braces ini adalah yang terbaik.

Crown & Bridge

Foto – So Dental Chatswood

Rawatan gigi Crown and Bridge ini lebih kurang sama macam Veneer cuma apa yang membezakan antara kedua-dua rawatan ini adalah doktor akan trim keseluruhan gigi menjadi kecil kemudian doktor akan pakaikan sarung gigi yang dipanggil crown ke atas gigi yang telah di trim tersebut.

Biasanya rawatan crown ini dilakukan ke atas satu gigi yang bermasalah, manakala rawatan untuk bridge pula dilakukan pada gigi yang banyak bermasalah.

Berapa Lama Gigi Boleh Tahan Buat Rawatan Ni?

  • 7 hingga 20 tahun
  • Setiap 6 bulan kena jumpa doktor gigi

Bila dah keluar duit untuk buat rawatan ni, pastinya tempoh ketahanan gigi amat diambil berat bukan? Rata-rata bagi yang membuat jenis-jenis rawatan di atas, adalah dalam tempoh 7 tahun hingga 20 tahun. Setelah membuat rawatan ini, pastikan kamu berjumpa dengan doktor gigi 6 bulan sekali bagi membuat pemeriksaan.

Jangan ingat dah buat rawatan gigi dah tak perlu jumpa doktor.

Warna Gigi Tahan Sampai Bila & Harga Mahal Ke?

Foto – Trade Exhange

Bagi yang membuat rawatan untuk warnakan gigi menjadi putih, biasanya dapat bertahan sehingga 6 bulan dan keatas tetapi ia bergantung pada individu juga kalau yang jenis suka minum kopi hari-hari memang cepat kuninglah gigi tu.

Manakala dari segi harga rawatan pula, rawatan Whitening gigi murah dan berpatutan untuk dilakukan. Bagi yang mempunyai bajet yang lebih dan ingin dapatkan gigi yang cantik serta lebih tahan lama, bolehlah buat rawatan Veneer.

Apa-apapun sebelum buat sebarang rawatan, dapatkan dulu saran dari doktor gigi dulu dan pastikan kamu miliki bajet untuk membuat rawatan gigi ni!

Rujukan: 1, 2,

The post Gigi Artis Buruk Jadi Cantik Sebab Buat 4 Jenis Rawatan Ni appeared first on Wanista.com.

Kenapa Blackhead Lebih Banyak Di Hidung, Ini Sebabnya

$
0
0

Benci dengan blackhead yang duduk megah di hidung membuatkan diri rasa tidak berkeyakinan, sebut saja produk-produk mahal dan murah di pasaran semuanya telah di cuba. Tetapi blackhead ini tetap saja muncul di hidung!

Sudahlah begitu blackhead ini semakin banyak membuat penempatan haram di hidung, jadi apa yang menyebabkan blackhead ini jadi lebih banyak di hidung? Ini beberapa sebab mengapa blackhead lebih gemar dan banyak di hidung kamu.

#1 Hidung Antara Bahagian Yang Kerap Berminyak

Foto – YouTube

Seperti yang kita semua tahu blackhead terhasil kerana minyak yang berlebihan yang dikenali sebagai sebum. Dan hidung merupakan salah satu anggota bahagian tubuh yang banyak menghasilkan minyak, jadi tidak hairanlah lambakan blackhead berlaku pada hidung.

#2 Liang Pori Lebih Mudah Terbuka Di Bahagian Hidung

Foto – Insider

Selain itu, hidung juga merupakan anggota yang mana liang pori mudah terbuka, dek kerana faktor cuaca yang panas di negara kita. Apabila liang pori terbuka, maka lebih mudah bendasing serta bakteria masuk lalu menyebabkan jerawat dan blackhead pada hidung!

#3 Kerap Makan Makanan Bergoreng, Masalah Juga!

Foto – Arkib Wanista

Bukan itu saja, faktor makanan juga memainkan peranan penting. Jika kamu gemar memakan makananan yang bergoreng, ia juga akan menyebabkan lambakan blackhead pada muka, hidung dan badan! Oleh itu, gaya pemakanan sangat penting jika ingin mengurangkan blackhead degil ini.

#4 Hormon Tak Stabil Pun Bagi Kesan

Foto – Daily Mail

Okay satu lagi, faktor hormon atau emosi tak stabil pun main peranan juga kerana kesan dari emosi yang tak sihat menyebabkan tubuh menghasilkan minyak atau sebum secara berlebihan. Apabila minyak terhasil secara berlebihan, mulalah liang pori di bahagian hidung tersumbat dan akhirnya menjadikan blackhead yang banyak. Oh stress!

Kenalpasti Cara Rawatan Dengan Betul!

Oleh itu, macam mana nak hilangkan atau kurangakan blackhead pada bahagian hidung ni? Ini beberapa kaedah yang boleh kamu gunakan bagi menghilangkan atau mengurangkan blackhead di hidung!

  • Cuci muka dua kali sehari dan selepas membuat senaman harian
  • Pakai ‘pore strips’
  • Cuci muka dan hidung dengan scrub muka
  • Amal gaya pemakanan sihat dan seimbang
  • Rajin pakai topeng muka, agar kulit sentiasa lembut dan tidak kering

Kalau kamu ada banyak blackhead di hidung, ini adalah cara pencegahannya. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat.

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2,

The post Kenapa Blackhead Lebih Banyak Di Hidung, Ini Sebabnya appeared first on Wanista.com.

Kulit Badan Berdaki, Ketahui Scrub Mana Yang Bagus Untuk Kamu Guna

$
0
0

Wanita mana yang boleh tahan jika badan dipenuhi daki? Apa yang pasti, wanita sanggup akan melakukan apa saja untuk membuang daki-daki yang degil dari tubuh badan mereka.

Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk menghilangkan daki di badan, dengan menggunakan scrub badan yang pastinya cukup power untuk tanggalkan daki-daki badan yang degil tu!

Ini antara scrub-scrub yang bagus untuk kamu gunakan bagi menanggalkan daki yang degil ni.

#1 Ginvera World Spa English Shower Scrub

Foto – Qoo10 SG

#2 Naturals by Watsons Blood Orange

Foto – Watsons

#3 The Body Shop British Rose

Foto – The Body Shop Malaysia

#4 Kiehl’S Gently Exfoliating Body Scrub Grapefruit

Foto – Skincare

#5 St. Ives Fresh Skin Body Scrub Apricot

Foto – 100Comments

#6 Cosmoderm Vitamin E Body Exfoliating Scrub

Foto – Lazada

#7 Good Virtues Co Radiant & Renewing Body Salt Scrub

Foto – Shopee

#8 Fresh The Original Brown Sugar Body Polish

Foto – Fresh

#9 Dove Exfoliating Body Polish

Foto – Bed Bath & Beyond

Lepas ni tak ada lagi daki-daki degil di badan dengan produk mandian scrub yang terdapat di pasaran. Apa lagi jom buang daki korang dengan produk-produk scrub yang best ni!

Selamat mencuba!

The post Kulit Badan Berdaki, Ketahui Scrub Mana Yang Bagus Untuk Kamu Guna appeared first on Wanista.com.

Produk Tatcha Rahsia Glow Meghan Markle, Dah Ada Jual Di Sephora!

$
0
0

Bila menggunakan skincare, kesan glow dan bersih bebas cela merupakan idaman setiap wanita. Tanyalah sesiapa saahaja, pasti itu jawapan mereka. Ada ke yang tak peduli tentang soal penjagaan wajah?

Kebanyakan wanita memuja kecantikan Meghan Markle. Stail mekap ‘no-makeup look’ yang diketengahkan Meghan mendapat perhatian wanita seluruh dunia. Bayangkan wanita ini dengan bangga mengenakan stail mekap ini di hari bahagianya – dengan feature idaman seperti freckles yang tidak disorok, mekap asas yang serba ringkas, hanya highlight pada solekan mata yang dramatik dan bibir dikenakan gincu nude. Ringkas tapi nampak glow dan berseri-seri.

Foto – Hip & Healthy

Baca : Kenapa Solekan “No-Makeup Look” Terbaik Untuk Majlis Kahwin

Tahukah, go-to brand pilihan si cantik manis ini ialah produk kecantikan kelahiran Jepun bernama Tatcha. Dan dalam banyak-banyak, Meghan paling suka menggunakan Tatcha Rice Enzynme Powder.

Tatcha Rice Enzynme Powder

Foto – Arkib Wanista

Apa istimewanya Tatcha Rice Powder? Merupakan produk berasaskan air jenis exfloliant yang mengetengahkan bahan-bahan superfood seperti teh hijau, beras dan algae yang memberikan rupa paras yang bersih dan segar, serta sihat dan muda, serta meninggalkan kulit yang licin, bersinar dan lembut seperti bayi. Senang cerita ada effect ‘toink-toink’ bila ada picit pipi sendiri.

Tatcha The Liquid Silk Canvas

Sebelum nak memulakan mekap, pakaikan dulu primer Tatcha The Liquid Silk Canvas. Lapisan lembut yang bertekstur velvety matte membantu mekap kekal sepanjang hari dan melindungi kulit sebaiknya.

Foto – Arkib Wanista

Yang best bukan hanya Meghan Markle, malah wanita Geisha juga mengakui kehebatan primer Tatcha ini. Dirumuskan dengan tiga tiga ekstrak sutera – Fibroin, Sericin dan Silk Powder – yang melindungi kulit dari pencemaran dan kotoran mekap, menyuburkan kulit dan mengurangkan liang tersumbat, dan membantu mekap kekal sekata (tidak cakey).

Tatcha The Kissu Lip Mask

Dibuat dari buah-buahan segar dan botani sejak zaman Edo di Jepun. Esktrak peach, diambil secara eksklusif dari buah Japanese White Peach, berfungsi bersama squalane, minyak camellia (tsubaki abura) yang berkhasiat, kekuatan pelindung Three-Rose Extract (Bara) dan kompleks Hadasei-3 untuk memulihkan kelembapan bibir kering.

Formula jeli pula untuk menghidrat dan meninggalkan bibir licin, berisi dan merah semula jadi. Boleh digunakan sepanjang hari atau semalaman sebagai rawatan pemulihan.

Foto – Arkib Wanista

Sekarang dah dah tahu rahsia Meghan, korang boleh dapatkan di Sephora seluruh negara dan juga secara atas talian.

Selamat Beramal!

The post Produk Tatcha Rahsia Glow Meghan Markle, Dah Ada Jual Di Sephora! appeared first on Wanista.com.


Wycon Cosmetics Keluar Koleksi Mekap ‘Genderless’, Lelaki Juga Boleh Pakai!

$
0
0

Wycon Cosmetics mengeluarkan produk kosmetik dengan nafas inspirasi baru iaitu koleksi ‘Genderless’ di mana mekap ini menggabungkan konsep feminin dan maskulin dalam satu produk. Ini bermakna mekap koleksi Genderless ini boleh di guna pakai oleh lelaki dan juga wanita.

Wycon kali ini tampil berani dengan pilihan koleksi mekap yang bebas dari sebarang stereotaip, bebas jantina, bebas untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Dengan fokus sedemikian, Wycon Cosmetics mengeluarkan beberapa koleksi mekap yang sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan wanita.

Foto – Arkib Wanista (Set mekap koleksi Genderless untuk lelaki dan wanita)
Foto – Arkib Wanista (Barisan warna lips gloss yang feminin dan juga maskulin untuk lelaki dan wanita, serius cantik!)
Foto – Arkib Wanista (Koleksi pensil bibir yang mengancam! Patutlah bibir seksi, sebab guna ni!)
Foto – Arkib Wanista (Primer stick terbaru Wycon ni, nampak fancy betul (kiri). Manakala Foundation Wycon seperti biasa tampak menyerlah dengan tona warna sesuai untuk wanita dan lelaki pakai (kanan).
Foto – Arkib Wanista (Ni bukan blusher biasa-biasa tau, ni blusher cecair yang boleh serlahkan seri wajah secara menyeluruh! Tak percaya kena cuba)
Foto – Arkib Wanista (Serius cantik muka bila guna gincu dan face powder duo ni.)

Bagi kaki mekap pastinya kamu ingin tahu apa lagi produk mekap yang ada di dalam koleksi Genderless ini bukan? Ikuti akaun Instagram dan laman Facebook Wycon Cosmetics serta layari laman sesawang Wycon Cosmetics untuk melihat pelbagai koleksi mekap Genderless ni.

Dari segi harga pula antara RM 40 – RM140 je, so bolehlah beli untuk yang tersayang nanti!

The post Wycon Cosmetics Keluar Koleksi Mekap ‘Genderless’, Lelaki Juga Boleh Pakai! appeared first on Wanista.com.

5 Produk Baru Dari Sephora Serius Best, Mesti Miliki!

$
0
0

Siapa kaki shopping, pasti korang akan cari produk-produk yang korang selalu dan wajib ada dalam simpanan bukan? Begitu juga dengan Wanista, bagi Wanista kalau tak ada barang-barang ni rasa tak ada life!

Hah sampai gitu sekali, tapi Wanista yakin korang pun ada juga produk-produk yang korang rasa wajib ada dan kena beli kalau tak rasa tak perfect je betul tak?

Bagi Wanista kalau singgah ke Sephora, ni lah produk-produk yang Wanista akan serbu dan cari dulu. Nak tahu apa produk tersebut dan kenapa Wanista suka sangat, korang kena baca artikel ni sampai habis, okay!

# 1 Tarte – Shape Tape™ Glow Wand [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Ni bukan concealer biasa-biasa tau, sebab dengan concealer ni saja korang boleh guna untuk lima jenis cara yang boleh buat wajah menjadi glowing macam magik! Tambahan lagi, concealer ni juga dapat membantu menaikkan seri wajah dan menjadikan wajah lembut serta halus.

Kandung Paling Best:

  • Concealer ini mengandungi extrak bunga porcelain yang boleh memberi kesan untuk melembutkan dan membuatkan kulit bersinar.
  • Selain itu, mango seed butter juga digunakan di dalam concealer ini untuk melembapkan dan melindungi kulit dari radikal bebas.
  • Shea butter dan extrak akar licorice juga terkandung di dalam bagi melembapkan kulit, mencerahkan dan membetulkan semula warna kulit.

#2 Tatcha – The Liquid Silk Canvas [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Wanista cukup jeles tengok muka wanita geisha Jepun, gebu, halus mulus, dan lembut bak sutera. Tapi sekarang Wanista dah tak jeles sebab apa, mereka menggunakan krim The Liquid Silk Canvas ni setiap hari! Krim primer yang sangat ringan ini akan menjadikan kulit selembut dan selicin sutera!

Kandungan Paling Best:

  • Krim primer ini menggunakan serbuk sutera yang dapat memberi kesan pada liang pori dan kedutan di wajah dengan lancar. Sekaligus ia juga dapat membuatkan pemakaian mekap menjadi lancar dan tahan lama dengan menyerap lebihan minyak di wajah.
  • Selain itu, primer ini juga mengandungi alga Okinama Mozuku yang merupakan khazanah di pulau tropika di Jepun yang kaya dengan polysaccharides yang bagus untuk mengekalkan kandungan air dalam kulit wajah.
  • Bukan itu saja, primer ini juga menggunakan teh hijau Uji yang merupakan antara teh terbaik di Jepun yang kaya dengan anti-oksidan dan mampu mengekang tanda-tanda penuaan.

#3 Sephora Collection – Feline Instinct Wild Nude Edition [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Palet pembayang mata edisi wild nude ini memberikan gambaran warna seperti kucing gitu! 12 warna-warna yang ditampilkan ini akan memberikan rupa paras kelihatan mengancam bak kucing, memang lain dari yang lain palet keluaran koleksi Sephora yang ini.

Kandungan Paling Best:

  • Palet ini mengandungi calcium aluminum borosilicate yang mana ianya sumber agen yang mengandungi calcium, aluminum dan silika daripada mineral boron yang selamat digunakan di dalam produk kosmetik.

#4 Biossance – Rose Vegan Lip Balm

Foto – Arkib Wanista

Rahsia bibir kekal lembap, gebu, dan menyerlah adalah dengan menggunakan balm bibir ros vegan! Balm ini akan membuatkan bibir menjadi cantik dan plump dalam masa 14 hari saja. Tambahan lagi, balm bibir ini juga 100% bebas daripada petroleum jadi korang tak perlu risau dengan sumber yang digunakan.

Kandungan Paling Best:

  • Balm bibir ini menggunakan asid hyaluronik yang dapat membuatkan bibir menjadi plump, lembut dan gebu.
  • Selain itu, balm ini juga menggunakan ceramides yang dapat membantu melindungi dan mengunci lapisan pelindung bibir agar terus kekal lembap sepanjang masa.
  • Bukan itu saja. ia juga mengandungi alga Wakame merupakan kunci utama bagi membuatkan bibir menjadi plump dalam tempoh 14 hari.
  • Dan patented sugarcane squalane juga merupakan salah satu sumber utama yang membuatkan bibir terus kekal lembap sepanjang masa. Jadi tak perlu risau lagi dengan masalah bibir kering!

#5 IGK – 1800 Hold Me [Beli]

Foto – Arkib Wanista

Spray rambut terbaru dari IGK ni nampak best tambahan pula dengan perlindungan haba sebanyak 450 darjah. Jadi lepas ni tak perlu risau lagi tentang rambut kusut dan susah nak stail, dengan spray rambut 1800 Hold Me ni pun dah cukup!

Kandungan Paling Best:

  • Spray rambut ini kaya dengan kandungan minyak avokado yang boleh membuatkan rambut menjadi fleksibel dan dalam masa yang sama bersinar serta tidak mudah melekat.
  • Selain itu, ia juga mengandungi micro-light reflectors yang juga memberi kesan yang sama seperti minyak avokado. Ia boleh membuatkan rambut kekal bersinar dan fleksibel.
  • Tambahan lagi, spray ini juga diperbuat dari sumber bahan-bahan semula jadi (vegan) dan bebas gluten, parabens, petroleum dan minyak mineral.

Ini antara produk-produk yang Wanista kena ada dalam beg, lagi pun bukan susah nak cari produk-produk ni semuanya ada di Sephora. Bagi yang nak cari produk-produk eksklusif di Sephora, masa ni lah yang paling best sebab banyak produk kosmetik baru-baru dah masuk dalam Sephora.

Tak percaya layari laman sesawang Sephora sekarang!

Selamat membeli-belah

The post 5 Produk Baru Dari Sephora Serius Best, Mesti Miliki! appeared first on Wanista.com.

Wajah Gebu Semalaman Guna F-Balm Drunk Elephant Je!

$
0
0

Nak wajah gebu gebas bak kapas, senang je. Guna F-Balm Electrolyte Waterfacial dari jenama Drunk Elephant ni comfirm wajah jadi gebu dan kekal lembap pada keesokan pagi! F-Balm ini umpama topeng muka yang dapat mengekalkan kelembapan serta menguatkan kulit wajah dengan cecair asid electrolyte.

F-Balm ini dihasilkan menggunakan ramuan khas seperti niacinamide, sodium PCA, tumbuhan squalane, lima jenis ceramides, lemak asid omega dan kaya dengan antioksiden yang kuat.

Kesemua ramuan ini merupakan ubat mujarab bagi mengekalkan kelembapan kulit wajah, disamping menjadikan kulit lembut dan gebu bak kapas pada keesokan pagi.

Foto – Sephora

Dengan menggunakan F-Balm ini pada waktu malam setiap hari, ia akan memulihkan tona kulit yang tidak sekata dan juga tektur kulit.

Tips Wajah Gebu & Kekal Lembap!

  • Guna F-Balm 4-5 pumps sebelum tidur dan sebagai langkah terakhir rutin penjagaan wajah pada waktu malam.
  • Jika kamu ingin wajah menjadi lebih lembap pada keesokan pagi, kamu boleh sapukan minyak Virgin Marula sebagai extra. Biarkan semalaman.
  • Untuk tambahan, kamu juga boleh gunakan TLC Framboos untuk dapatkan wajah lembut dan dalam masa yang sama mengelupaskan kimia yang terdapat pada kulit semasa kamu tidur!
Foto – Sephora

Kini F-Balm Electrolyte Waterfacial ini di jual secara eksklusif di Sephora, hanyanya pula cukup berpatutan dengan kesan yang terbaik untuk kulit wajah! Layari laman sesawang SEPHORA untuk dapatkan produk Drunk Elephant ini.

The post Wajah Gebu Semalaman Guna F-Balm Drunk Elephant Je! appeared first on Wanista.com.

5 Cara Serum Vitamin C Bantu Rawat Muka Jadi Bertambah Baik

$
0
0

Kebaikan Vitamin C tidak perlu dipertikaikan.

Anda memakannya, minum, melainkan anda mempunyai alergi, jadi anda aplikasi ke muka. Bayangkan dari jerawat ke perubahan tona kulit, vitamin C berjaya melakukan magiknya. Apatah lagi jika dijadikan rutin skincare, vitamin C mampu merawat muka kamu menjadi bertambah baik malah impian mendapatkan ‘clear skin’ juga boleh.

Kebaikan berikut diperoleh bila memasukkan serum vitamin C dalam rutin.

Bantu rawat jerawat

Foto – © gingernutmeg / Reddit

Menurut penyelidikan, vitamin C menghalang keradangan yang membantu dengan penyembuhan luka dan menenangkan kemerahan. Oleh kerana vitamin C sangat berasid, apabila digunakan secara langsung ke kulit, ia akan mencetuskan pengeluaran kolagen dan elastin.

Mengurangkan kesan penuaan

Foto – © Mee / Amazon.com

Bila usia makin bertambah, jumlah kolagen makin berkurang. Jadi anda menggabungkan serum vitamin C ke dalam rutin penjagaan kulit harian anda, hasil yang lebih baik akan anda dapat dalam jangka panjang. Jadi cepat mulakan sekarang.

Merawat perubahan warna

Foto – © Heather C. / Amazon.com

Vitamin C dikenali kerana menghalang pengeluaran melanin yang menyebabkan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi. Ia juga berkesan untuk mengeluarkan bulatan bawah mata jika digunakan dengan kerap. Dan perubahan tona kulit kepada yang lebih sihat.

Menghidrat kulit

Foto – © Susanne C. / Amazon.com

Kulit anda hilang kelembapan pada siang hari. Dan penemuan menunjukkan bahawa magnesium ascorbyl phosphate dalam vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan pada kulit anda. Tambahan pula, anda harus sentiasa ingat untuk minum air yang cukup setiap hari untuk membantu menjaga kulit kekal cantik!

Menghalang kesan sinar UV

Foto – © Book Reviews / Amazon.com

Sama seperti diet kaya dengan antioksidan yang melawan radikal bebas untuk sistem imun anda, vitamin C melakukan perkara yang sama untuk kulit anda. Ia mudah diserap oleh kulit dan menghalang kesan buruk cahaya UV dan udara tercemar.

Walaupun vitamin C menjanjikan banyak kebaikan, tapi perlu diingat… anda sama sekali tidak boleh mencampurkan vitamin C dengan empat ini – AHA/BHA, Niacinamade, Benzoyl Peroxide, Kolagen.

Kenapa, baca di sini – Awas! Jangan Campur Vitamin C Dengan 4 Bahan Ini

Foto – Oprah Magazine

Walaupun ia jarang berlaku alergi terhadap vitamin C, anda disyorkan untuk mengujinya terlebih dahulu dengan memohon sejumlah kecil ke bahagian tubuh anda dan memerhatikannya selama 24 jam.

Untuk manfaat paling banyak dari kesan vitamin C, sertakan dalam diet anda juga. Dan apply sebarang jenis serum kulit sebelum pelembap anda.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

The post 5 Cara Serum Vitamin C Bantu Rawat Muka Jadi Bertambah Baik appeared first on Wanista.com.

Doktor Korea Ajar Buang Whitehead Guna Vaseline Je!

$
0
0

Doktor dari Korea bagi tips macam mana nak hilangkan whiteheads dengan hanya menggunakan vaseline je! Tapi macam mana pula nak hilangkan blackheads, vaseline tak boleh ke? Kalau tahu kena tengok eksperimen yang doktor Judy ni buat.

Nampak menarik bukan, tapi macam mana caranya tu? Doktor Judy yang merupakan seorang doktor dermatologi di Korea akan menunjukan cara buang whiteheads dan blackheads dengan berkesan, nak tahu kena baca artikel sampai habis!

Vaseline Nose Pack Hilangkan Whiteheads!

Vaseline berkesan menanggalkan whiteheads? Nak tahu berkesan atau tidak, kena cuba langkah-langkah di bawah.

  • Sapu vaseline pada hidung, pastikan keseluruhan hidung dilitupi dengan vaseline dan sapu rata.
  • Setelah itu tutup hidung dengan plastik wrapping.
  • Kemudian letakkan tuala panas di atas plastik wrapping tersebut, biarkan selama 5 minit atau lebih.
  • Selepas itu, tanggalkan tuala panas dan plastik wrapping di hidung. Kemudian bersihkan hidung menggunakan tisu, lap sehingga bersih.
  • Dan akhir sekali, bersihkan muka dengan menggunakan air sejuk!
  • Lakukan cara ini dua kali seminggu untuk hilangkan whiteheads degil ni.

Hilangkan Blackhead Guna Produk Yang Ada BHA!

Foto – Arkib Wanista

Meskipun vaseline tak dapat hilangkan blackheads yang tertanam dalam liang pori, tetapi ia boleh digunakan untuk menghilangkan whiteheads yang berada di permukaan kulit wajah dengan selamat dan mudah.

Jadi macam mana pula nak hilangkan blackheads ni? Doktor Judy sarankan gunakan produk pembersih yang mengandungi BHA yang merupakan fat-soluble yang mudah cair ke dalam minyak dengan mudah. 

Ia dapat masuk ke dalam liang pori dan dapat menanggalkan blackheads dengan berkesan. Walaubagaimanapun, BHA ini juga boleh menyebabkan kulit menjadi iritasi terutama bagi yang memiliki kulit jenis sensitif.

Oleh itu, kamu perlu mencari produk yang mengandungi tahap BHA yang ringan dan tidak mengandungi pewangi seperti (yang disarankan oleh doktor Judy):

  • La Roche
  • ZEROID
  • CeraVe

Tips gunakan produk mengandungi BHA

  • Gunakan produk mengandungi BHA ini seminggu sekali bagi individu yang memiliki kulit jenis sensitif.
  • Jika kamu memiliki kulit biasa, maka produk tersebut boleh digunakan dua kali seminggu.
  • Dengan menggunakan produk yang betul, blackheads pasti boleh hilang!
Foto – Hip2Save

Meskipun vaseline boleh hilangkan whitehead sahaja, ia mudah dan selamat untuk digunakan. Malah harganya juga murah dan mudah didapati di mana-mana sahaja serta saiznya juga kecil jadi memang terbaik sangat untuk di bawa ke mana-mana sahaja.

Bagi yang nak hilangkan blackheads dan whiteheads, kamu boleh cuba cara-cara di atas untuk hilangkannya. Selamat mencuba!

The post Doktor Korea Ajar Buang Whitehead Guna Vaseline Je! appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2420 articles
Browse latest View live