Inilah masanya nak kumpul kosmetik. Bila ada jualan murah, kena sambar cepat takut kempunan. Lagi pula untuk jenama mahal seperti Elizabeth Arden.
Asal Usul Elizabeth Arden
Elizabeth Arden telah membentuk industri kosmetik moden yang dikenali pada hari ini. Florence Nightingale Graham atau lebih dikenali sebagai Elizabeth Arden, lahir pada 31 Disember 1884 di Kanada. Beliau membuka Red Door Salon yang ikonik di Fifth Avenue, New York pada tahun 1910 – salon pertama yang menawarkan perkhidmatan solekan dalam kedai kepada kaum wanita.
Foto – Arkib Wanista
Pada tahun-tahun berikutnya, Elizabeth Arden mempunyai lebih daripada 100 salon di seluruh dunia, dan pada tahun 1966, ia memilki kira-kira 300 jenis produk kosmetik di bawah bidang perniagaannya.
Ulang Tahun Ke-110
Tahun ini merupakan tahun ke-110 sejak penubuhannya dan untuk terus menyebarkan semangat keperkasaan wanita, Elizabeth Arden berganding tangan dengan platform e-dagang no. 1 Malaysia, Shopee. Melalui kerjasama ini, Elizabeth Arden dapat menawarkan produk mereka pada harga yang berpatutan kepada kaum wanita di Malaysia.
Produk Baharu
Elizabeth Arden memperkenalkan produk terbaharu kepada rangkaian produk Eight Hour, Great 8 Daily Defense Moisturizer yang menawarkan penyelesaian semua-dalam-satu untuk kulit sihat dan berseri. Ia memiliki lapan faedah dan melindungi kulit anda daripada kesan negatif pencemaran, sinar biru, UV dan inframerah.
Foto – Arkib Wanista
Produk-produk lain termasuk formula penjagaan kulit popular Skin Protectant dengan lapan cara penggunaan yang berbeza, Lip Protectant Stick yang boleh didapati dalam empat warna dan All-Over Miracle Oil yang memberikan faedah pelembutan kepada tubuh, muka dan rambut.
Tawaran Hebat Di Shopee
Sempena ulang tahun Elizabeth Arden, dari sekarang hingga 31 Januari 2020, para pengguna dapat menikmati diskaun hingga 56% untuk rangkaian produk Eight Hour, diskaun 25% untuk produk berharga biasa dan menerima baucar RM20 apabila mereka membeli produk Elizabeth Arden bernilai RM150 dari kedai rasmi Elizabeth Arden di Shopee.
Bukan itu sahaja, pengguna Shopee juga boleh mengambil kesempatan dan menikmati tawaran daripada kempen Jualan Tahun Baru Cina (CNY) Shopee termasuk tawaran harian RM8 dan penghantaran percuma RM18.
Foto – Arkib Wanista
Untuk info lanjut berkaitan produk Elizabeth Arden, sila kunjungi [SINI].
Biasalah wanita ada hari yang kita malas nak menyolek, nak biarkan muka ‘bernafas’ katanya. Tapi takut tidak dikenali pula, almaklumlah sentiasa pakai mekap berlapis-lapis sekali tak pakai mekap… lain betul.
Anda masih nak nampak berseri walau sekadar mekap nipis sahaja, the best way adalah dengan mengenakan gincu warna merah.
Foto – Pamper
Kenapa warna merah? Wanita kalau calit gincu pun dah nampak berseri. Itu yang diterapkan wanita Perancis, biar gaya ringkas tapi mesti ada satu perkara yang tonjolkan, seperti gincu bibir rona merah. Merah mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih berani, dewasa, berkeyakinan dan miliki sifat kepimpinan.
Bukan itu sahaja, satu kajian Universiti Manchester mendapati bibir wanita adalah bahagian badan wanita yang paling menarik – terutamanya apabila wanita tersebut memakai gincu merah. Menurut kajian, penyelidik menyatakan bahawa dalam masa 10 saat seorang lelaki akan perasan bahagian bibir seorang wanita dahulu.
Foto – Allure
Dan menghabiskan lebih daripada separuh masa mereka melihat ke bahagian tersebut malah jika wanita tersebut memakai gincu, seorang lelaki akan sukar melepaskan pandangan mereka daripada bahagian tersebut. Lelaki juga lebih cenderung untuk merenung bibir yang dioles gincu merah (7.3 saat) lebih lama berbanding merah jambu (6.7 saat) dan selain itu.
Jumaat bersamaan 11 Januari 2020, penulis berpeluang melawat kedai flagship Sephora terbesar di Malaysia yang terletak di Fahrenheit88.
Kedai flagship ini akan menawarkan jenama yang menarik & beberapa perkhidmatan baharu. Dengan keluasan lebih dari 17,000 kaki per segi, Sephora Fahrenheit88 akan menawarkan lebih daripada 100 pilihan jenama dan produk kecantikan dengan konsep reka bentuk kedai yang baharu dan ikonik.
Bila dah makin besar, banyaklah pembaharuan yang dilaku untuk memberi kesenangan kepada beauty junkies.
Produk Baru Makin Banyak
Sephora akan menawarkan sebilangan jenama eksklusif yang hanya boleh didapati di Sephora Fahrenheit88 iaitu Drunk Elephant, Tatcha, Bobbi Brown, La Mer, SK-II, Sulwhasoo, Aerin dan Maison Margiela.
Foto – Arkib Wanista
Kelebihan Ahli Gold
Ahli Gold Member boleh menikmati layanan istimewa seperti perkhidmatan membeli-belah peribadi (personal shopper) dan khidmat ukiran (engraving service) di Beauty Loft, suatu lounge peribadi eksklusif yang pertama di Sephora Malaysia.
Foto – Arkib Wanista
Kiosk Interaksi Mudah Pengguna
Kedai ini memaparkan integrasi teknologi dengan Kiosk Interaksi yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk bernavigasi di kedai – menyemak promosi terbaru, maklumat perkhidmatan dan acara-acara di Sephora seperti membaca Sephora Buying Guide dan katalog Rewards Boutique dan memain permainan yang mengujakan.
Foto – Arkib Wanista
Belajar Dunia Kecantikan Di Sephora Lounge
Sephora Fahrenheit88 akan menyediakan ruang seperti Sephora Lounge — sebuah ruang acara, dan The Studio — sebuah studio fotografi, untuk digunakan oleh rakan dagangan untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka di Malaysia.
Foto – Arkib Wanista
Khidmat Kecantikan Percuma
Perk Treatment by Hydrafacial & Perk Lips — suatu rawatan khusus yang menyegarkan untuk wajah dan bibir yang menggabungkan teknik pembersihan, pengelupasan, dan hidrasi secara serentak. Skincredible, by Sephora — suatu khidmat analisis kulit yang menggunakan aplikasi untuk memeriksa kesihatan kulit. Perkhidmatan lima belas minit ini adalah percuma dan pengguna boleh mendapat cadangan produk yang paling sesuai berdasarkan keadaan kulit.
Foto – Arkib Wanista
Untuk mendapatkan maklumat dan promosi di masa hadapan mengenai Sephora Fahrenheit88, kunjungiFacebook, Instagramataulaman webSephora Malaysia.
Bagi wanita aktiviti seperti bertatarias dan bersolek merupakan perkara rutin yang dilakukan oleh mereka setiap hari. Wanita akan berasa seperti ‘tidak bersiap’ atau ‘tidak lengkap’ jika keluar tanpa mengenakan mekap.
Oleh sebab itu, jika kaum wanita ingin ke tempat kerja, ke kedai untuk membeli barang, hatta ke sekolah atau universiti sekalipun mereka mesti bersolek.
Wanita sangat mementingkan penampilan diri, jadi sesibuk manapun atau selambat macam manapun mereka. Wanita tetap akan bersolek, meskipun bersolek dengan cara paling ringkas iaitu mengenakan gincu dan mengukir bulu kening menggunakan pensil kening sahaja.
Foto – She Amazing
Menyentuh mengenai pensil kening atau eyebrow pencil, wanita biasanya akan mencari jenis pensil kening yang mudah digunakan, cepat, ringkas dan memberikan hasil yang sangat cantik. Kriteria-kriteria untuk mencari pensil kening sebegini selalu membuatkan wanita runsing atau keliru nak beli jenama apa.
Almaklum, terlalu banyak jenama-jenama dari dalam dan luar negara yang mengeluarkan produk pensil kening sekarang ini.
Foto – Davina Diaries
Bagi wanista, ingin mencari jenama pensil kening yang bagus, mudah, ringkas dan memberi hasil yang mengagumkan, semuanya ada di Sephora. Kenapa di Sephora kerana mereka mengeluarkan produk yang high end dan berkualiti tinggi.
Baik produk kosmetik jenama tempatan mahupun luar negara, semua jenis bercitarasa tinggi. Dan sudah tentulah hargapun sesuai dengan kualiti barang yang di pasarkan.
Untuk kupasan kali ini, wanista senaraikan beberapa jenama pensil kening yang paling bagus dan sesuai untuk wanita menurut pekerja di Sephora!
#1 Benefit Cosmetics
Foto -Arkib Wanista
Menurut beautician Sephora, jenama Benefit Cosmetics merupakan jenama nombor satu di Sephora yang specialized dalam pengeluaran eyebrow pencil. Antara jenis pensil kening yang disarankan oleh beautician adalah jenis ‘Precisely, My Brow Pencil’ dan ‘Goof Proof Brow Pencil’.
Precisely, My Brow Pencil
Foto – Arkib Wanista
Goof Proof Brow Pencil
Foto – Arkib Wanista
Kekuatan: Pensil kening dari jenama Benefits Cosmetics memiliki warna-warna yang terang dan teksturnya sangat bagus dan sesuai dengan kulit wanita asia. Tambahan lagi, pensil kening jenama Benefit sangat tahan lama sehingga 12 jam.
Tips Beautician:
Bulu kening Lebat – guna pensil kening ‘Precisely, My Brow Pencil’ kerana pensil kening ini adalah jenis muncung tirus dan ianya mudah untuk kamu bentuk bulu kening yang lebat, serta kamu juga dapat warnakan bahagian dalaman bulu kening dengan kemas dan tidak keterlaluan.
Bulu kening halus – guna pensil kening ‘Goof Proof Brow Pencil’ kerana pensil kening ini adalah jenis muncung besar dan ianya sesuai digunakan untuk kamu yang memiliki bulu kening yang jenis halus, agar kening kamu tampak lebat dan banyak.
#2 Anastasia Beverly Hills
Selain itu jenama Benefit, jenama pensil kening dari Anastasia Beverly Hills merupakan jenama kedua yang popular dan menjadi pilihan pakar perunding kecantikan di Sephora. Antara jenis pensil kening dari Anastasia yang disarankan oleh perunding kecantikan Sephora adalah jenis ‘Brow Wiz’.
Anastasia Brow Wiz
Foto – Arkib Wanista
Kekuatan:Pensil kening ini dapat menutup bulu-bulu kening yang tumbuh tidak sekata dengan berkesan. Selain itu, pensil kening ini dapat membentuk kening dengan mudah dan warnanya juga sangat menarik.
Tips Beautician:
Pensil kening ini sangat bagus untuk membentuk kening yang runcing dan tirus. Muncung pensil kening yang tirus membuatkan pengguna dengan mudah untuk melukis dan mewarna kening.
Dan ianya antara jenama mekap yang bagus untuk beginner yang baru berjinak-jinak untuk belajar melukis kening.
#3 Tarte
Pensil kening jenama Tarte juga mengeluarkan produk pensil kening yang sesuai buat wanita yang memiliki kulit yang sensitif. Pensil kening dari jenama Tarte ini menggunakan bahan dari alam semulajadi. Antara pensil kening yang disarankan oleh perunding kecantikan adalah ‘Waterproof Vegan Brow Pencils’.
Waterproof Vegan Brow Pencils
Foto – Arkib Wanista
Kekuatan: Pensil kening jenama Tarte ini memiliki pensijilan Vegan yang bermaksud, produk pensil kening ini tidak melibatkan sumber daripada haiwan dan pensil kening ini menggunakan bahan-bahan 100% dari sumber semulajadi.
Tips Beautician:Jika kamu memiliki kulit yang sensitif dan mahukan pensil kening yang tidak mengandungi bahan dari kimia mahupun di uji pada haiwan. Maka pensil kening jenama Tarte adalah pilihan terbaik untuk kamu.
#4 Fenty Beauty
Jenama dari Fenty Beauty juga turun tersenarai dalam jenama pensil kening yang bagus dan elok untuk digunakan. Teksturnya juga lembut dan serasi dengan warna pigmentasi kulit wanita asia.
Fenty Beauty Brow MVP Ultra Fine Brow Pencil & Styler
Foto – Arkib Wanista
Kekuatan: Rekaan batang pensil yang fit dan selesa dalam genggaman tangan dan ianya juga mudah untuk dilukis bagi melukis bentuk kening. Pensil kening ini merupakan jenis tirus dan mudah untuk wanita gunakan untuk melukis dan ianya juga dapat blend warna pada bulu kening dengan mudah.
Tips Beautician:
Untuk dapatkan kening yang menawan dan lebih berdimensi, kamu harus lukis mengikut bentuk kening dan kemudian warnakan bahagian dalam kening dengan warna yang cair dan di bahagian luar pula, di warnakan secara pekat atau gelap.
Foto – Pinterest
Tapi dalam empat jenama ini, kamu masuk saja ke Sephora confirm pakar perunding kecantikan akan sarankan kamu guna jenama Benefit atau Anastasia bagi mencari pensil kening yang bagus dan berkualiti. Wanista guna pensil kening jenama Benefit, jenis ‘Precisely, My Brow Pencil ‘. Serius puas hati!
Kamu suka coklat, bagaimana pula dengan mekap yang berinspirasikan coklat?
Berita baik buat penggemar coklat, Etude House mengeluarkan koleksi produk mekap bersama Hershey’s yang pasti akan buat kamu rasa nak makan apabila melihat koleksi mekap Etude House x Hershey’s ini.
Etude House bakal keluarkan koleksi mekap di bawah label Hershey’s dan menariknya koleksi mekap yang bakal dipasarkan ini menampilkan rangkaian produk seperti pembayang mata, lip tints dan berus mekap. Kamu rasa rangkaian produk yang dikeluarkan biasa-biasa saja.
Jangan pandang sebelah mata! Ini bukan koleksi barangan kosmetik yang biasa-biasa tetapi luar biasa dan lain daripada yang lain. Bungkusan untuk mekap pembayang mata palet mini ini dihasilkan dalam bentuk coklat bar dan ianya di bungkus dalam pek plastik coklat bar.
Foto – Facebook Etude House
Etude House ingin memberikan pengalaman kepada pencinta kosmetik untuk berasa teruja membuka bungkusan bar coklat yang mengandungi palet mini pembayang mata, seolah-oleh seperti membuka bungkusan coklat bar makanan tetapi ianya versi mekap!
Idea yang menarik bukan?
Tambahan lagi, warna-warna dalam palet mini pembayang mata ini mengambil inspirasi dari coklat bar Hershey’s sendiri iaitu ‘Cremy Milk Chocolate’dan ‘Cookies N’ Creme’. Yummy!
Tengok pembayang mata dalam bentuk coklat bar ini pun, dah buat kita semua terliur! Jangan lupa, selain pembayang mata, Etude House x Hershey’s juga mengeluarkan produk lip tints juga. Sumpah cakap, warna lip tints yang dikeluarkan cantik sangat!
Lip tints yang dikeluarkan menawarkan dua pilihan warna iaitu ‘Almond Choco’dan ‘Hazelnut Choco’. Warna-warna yang dihasilkan ini sangat sesuai untuk wanita masa kini yang gemarkan warna-warna gradient!
Foto – Arkib Wanista
Lip Tints Hazelnut Choco
Foto – Girl Style
Lip Tints Almond Choco
Foto – Girl Style
Dan akhir sekali adalah produk berus mekap Hershey’s, beruspun lawa sangat macam coklat Hershey’s juga! Alahai, serius cair tengok nak gunapun sayang. Etude House x Hershey’s mengeluarkan dua jenis berus mekap yang mengambil inspirasi dari coklat bar ‘Creamy Milk Chocolate’ dan ‘Cookies N’ Creme’.
Foto – Popbee
Koleksi mekap Etude House x Hershey’s ini bakal berada di pasaran menjelang 1 Februari 2020 ini nanti. Bookmark tarikh tersebut semua, jangan ketinggalan untuk dapatkan koleksi mekap terbaru dari Etude House ini.
Untuk ketahui informasi terkini mengenai koleksi mekap Etude House x Hershey’s, kamu boleh layari laman web Etude House atau lawati laman sesawang FacebookEtude House dan Instagram Etude House.
Pejam celik pejam celik, kita sudah sampai ke akhir Januari.
Apa resolusi baru yang sudah anda kecapi? Baiklah, Wanista nak tanya, ada sesiapa di sini yang resolusinya nak mengubah stail rambut? Atau mahukan imej baru? Mungkin kamu boleh tiru stail yang tengah ‘in’ di Instagram sekarang.
Ikatan rambut separuh merupakan stail paling bergaya masa kini. Rata-rata influencer menggayakan stail rambut ini. Kata mereka, ia memberi impak berbeza ke dalam penampilan, nampak lebih comel, manis, muda seperti gadis belasan tahun.
Caranya biarkan rambut terurai, ikat separuh ke belakang menggunakan klik rambut yang simple, skaf, reben, atau getah rambut. Serta-merta rambut yang simple tampak lebih cantik malah penampilan lebih menarik.
Lebih jelas, lihat beberapa contoh di bawah:
#1
Foto – Pinterest
#2
Foto – Pinterest
#3
Foto – Pinterest
#4
Foto – Pinterest
#5
Foto – Pinterest
#6
Foto – Pinterest
#7
Foto – Pinterest
Sekarang banyak jenama fesyen dan kecantikan menggunakan reben yang cantik-cantik untuk membungkus produk atau kotak hadiah, jadi daripada dibuang, cuba menggayakan dengan apa jua cara yang anda mahukan.
Wanita mana yang tidak mahu wajah mereka cantik berseri dan licin seperti bak kritasl bukan?
Kini wanita tidak perlu risau tentang tanda-tanda penuaan, kedutan atau jeragat pada kulit wajah kerana L’Oreal Paris ada jalan penyelesaianya. Jenama penjagaan kecantikan global ini menawarkan produk kecantikan dan penjagaan diri terbaik untuk wanita.
L’Oreal Paris berkongsi tips kecantikan bagi penjagaan wajah dengan menerusi dua langkah rutin dengan menggunakan L’Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dan juga L’Oreal Paris Revitalift Day Cream yang telah dipertingkatkan dengan Pro-Retinol A dan SPF35 PA++.
Foto – L’Oreal Paris
Tips Kecantikan L’Oreal Paris!
L’Oreal Paris cukup memahami kehendak para wanita masa kini yang sangat mementingkan penjagaan wajah, di tambah pula dengan pencemaran di ibu kota yang semakin hari semakin bertambah dan boleh merosakkan kulit wajah wanita.
Justeru itu, L’Oreal Paris ingin berkongsi dua langkah dan tips penjagaan kecantikan wajah untuk wanita dan pastinya keberkesanannya akan membuatkan diri kamu puas hati!
Foto – Arkib Wanista
Langkah Pertama – L’Oreal Paris Revitalift crystal Micro-Essence
Untuk mendapatkan wajah yang bersinar dan berkilau bak kristal setiap pagi, mulakan rutin penjagaan kulit dengan menggunakan Revitalift Crystal Micro-Essence setelah membersihkan muka dan menggunakan penyegar wajah.
Goncang dan titiskan empat titisan ke telapak tangan dengan perlahan dan gosok pada kedua-dua tangan.
Kemudian tekapkan tapak tangan yang disaluti esen tersebut dengan lembut.
Sapu dengan lembut di bahagian dahi, pipi dan dagu dengan rata dan sehingga esen tersebut diserap masuk ke dalam kulit.
Lakukan rutin ini setiap hari dan kulit kamu akan menjadi lebih anjal, kulit menjadi baharu dan dapat memperbaiki kerosakan kulit akibat cahaya matahari.
Foto – Arkib Wanista
Langkah Kedua – L’Oreal Paris Revitalift Day Cream
Setelah esen diserap masuk ke dalam kulit wajah, lakukan rutin kedua iaitu menggunakan krim siang Revitalift Day Cream.
Sapukan krim tersebut pada sekeliling wajah seperti dahi, pipi, dagu dan hidung.
Ratakan krim tersebut dengan pergerakan ikut arah jam secara lembut.
Dan dalam masa yang sama, kamu juga boleh mengurut wajah di samping membuatkan krim tersebut diserap masuk ke dalam kulit.
Lakukan rutin ini setiap hari dan kamu akan memiliki kulit wajah yang cantik berkilau seperti kristal.
Malah, tekstur kulit kamu juga akan menjadi lebih baik, liang pori juga mengecil dan kulit jadi lebih muda!
Jadi sebenarnya sangat mudah bagi wanita untuk mendapatkan kulit wajah cantik berseri dan berkilau bak kristal. kamu hanya perlu mengikut dua langkah ini dan jadikan ia sebagai rutin penjagaan wajah harian kamu!
Foto – Arkib Wanista
Pelakon dan selebriti tanah air Siti Saleha juga mengikuti dua rutin langkah penjagaan wajah, sebab itulah wajah Siti Saleha ni selalu berseri dan bersinar macam kristal! Kalau kamu juga mahu memiliki kulit wajah macam Siti Saleha, kenalah ikut rutin L’Oreal Paris ni.
Foto – L’Oreal Paris
L’Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence ini, kini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit utama di seluruh negara dalam dua saiz iaitu 65ml yang dijual pada harga RM49.90 dan saiz 130ml pada harga RM79.90.
Manakala L’Oreal Paris Revitalift Day Cream SPF35 PA++ pula, juga telah berada di pasaran dan didatangi dengan dua saiz iaitu 50ml pada harga RM63.40 dan 20ml pada harga RM29.90.
Kalau kamu ingin mengetahui lebih lanjut mengenai L’Oreal Revitalift Crystal Micro-Essence dan L’Oreal Paris Revitalift Day Cream SPF35++. Kamu boleh layari laman web L’Oreal Paris atau ikuti laman Facebook L’Oreal Paris.
Suka tengok gaya Halsey yang sempoi dan bersahaja. Wanita berbakat ini memiliki pesonanya yang tersendiri. Bukan saja memiliki wajah yang cantik tetapi juga pandai bersolek! Bagi yang kaki solek pasti ingin tahu jenis mekap yang bagaimana bakal menjadi trend untuk tahun 2020 ini bukan?
Ya lah, siapa yang tak mahu kelihatan glam dan vogue bukan. Pastinya dengan mengenakan sentuhan mekap yang sedang hangat dan popular pada masa kini, akan membuatkan wanita lebih berkeyakinan dan tampak lebih berseri dari biasa.
Trend mekap pada tahun 2020 ini adalah mekap eyeshadow warna-warni. Pasti ramai yang berasa gerun dan tidak berani memakai eyeshadow lebih dari dua warna bukan, jangan risau jom kita lihat gaya mekap eyeshadow warna-warni yang digayakan oleh Halsey. Korang pasti terpegun punya!
#1 Mekap Manic Eyeshadow
Foto – Arkib Wanista
Tips mekap:
Konsep mekap eyeshadow Halsey untuk album terbarunya kali ini agak unik dan mempunyai mesej yang tersendiri.
Kalau nak nampak mekap mata yang kool seperti Halsey ni, caranya mudah je!
Lepas korang dah sapu foundation pada muka, mulalah kerja-kerja seni dan artistik dilakukan. Untuk gaya mekap eyeshadow seperti ini, Halsey menggunakan Nxy Lip Cream yang warna biru metalik.
Kemudian sapu lip cream warna biru metalik tersebut di seluruh lingkaran mata, biarkan seketika. Selepas itu sapu glitter warna biru di bahagian dalam kelopak mata dan di bahagian bawah mata. Siap!
Oh maskara jangan lupa pakai tau.
#2 Mekap ‘Bye Bye Brow’ Eyeshadow
Foto – Arkib Wanista
Tips mekap:
Mekap ‘Bye Bye Brow’ ini merupakan idea makep eyeshadow Halsey sendiri. Penggunaan tiga warna pastel air ini sememangnya memberikan kesan artistik yang unik dan gempak.
Halsey mengenakan tiga warna pastel air iaitu biru, merah jambu dan oren.
Untuk mendapatkan gaya mekap sebegini, pada bahagian kening gunakan concealer untuk menutup bulu kening. Kemudian warnakan pada hadapan kening dengan eyeshadow warna merah jambu, manakala di bahagian hujung kening, sapukan eyeshadow warna oren. Kening akan kelihatan seperti warna gradient kombo.
Bagi bahagian mata lingkaran mata, sapukan eyeshadow warna biru dengan menggunakan teknik dua warna gradient. Iaitu warna biru cair di warnakan pada bahagian lingkaran luar mata dan warna biru pekat pada bahagian dalam lingkaran.
Dan akhir sekali, sapu eyeshadow warna merah jambu pada bahagian bawah mata. Siap!
#3 Pink Galaxy Glitter
Tips mekap:
Dalam MV BTS ‘Boy With Luv’, Halsey mengenakan mekap eyeshadow glitter yang sangat cantik dan memukau!
Untuk dapatkan gaya mekap eyeshadow seperti ini, kamu hanya perlu menggunakan dua benda sahaja iaitu serbu glitter dan eyeshadow warna merah jambu.
Mula-mula gunakan eyeshadow primer di seluruh kelopak mata bagi menonjolkan warna eyeshadow kamu. Kemudian sapu eyeshadow warna merah jambu di seluruh bahagian kelopak mata dan selepas itu, sapu serbuk glitter pada bahagian mata dengan rata.
Jika mahu gaya mekap mata yang unik, nah gaya mekap mismatched eyeshadow yang dilakukan oleh Halsey ini boleh dijadikan rujukan!
Gunakan empat warna, kalau seperti Halsey dia menggunakan eyeshadow warna oren, kuning, merah dan biru.
Untuk bahagian mata sebelah kanan – warnakan bahagian dalam kelopak mata dengan warna kuning dan bahagian luar kelopak mata pula guna eyeshadow warna merah. Manakala bagi bahagian bawah mata, gunakan warna biru.
Untuk bahagian mata sebelah kiri – warnakan bahagian dalam kelopak mata dengan eyeshadow warna kuning dan bahagian luar kelopak mata diwarnakan dengan warna biru. Manakala untuk bahagian bawah mata pula, gunakan warna merah. Siap!
#5 Mekap Floating Eyeliner
Foto – Arkib Wanista
Tips mekap:
Teknik mekap mata terkini dengan menggunakan eyeliner je!
Cara pun mudah, pilih mana-mana warna eyeliner yang kamu suka atau sesuai dengan padanan fesyen yang kamu pakai.
Kemudian buat garisan atau bentuk yang kamu ingini pada bahagian kelopak mata. Siap!
Oh, kalau nak nampak lagi best letak glitter di bahagian bawah mata.
Bonus
#6 Mekap Eyeshadow Pastel & Manik Blink
Foto – Arkib Wanista
Tips mekap:
Tidak kira sama ada kamu ingin memilih gaya mekap eyeshadow dengan warna pastel atau pun dengan gaya lekatan manik blink. Kedua-duanya akan memberikan hasil dan sentuhan mekap yang memuaskan!
Jadi sebenarnya gaya mekap apa pun yang kamu pilih, yang penting ianya bersesuaian dengan penampilan dan fesyen yang digayakan.
Dalam banyak-banyak jenis mekap eyeshadow yang Halsey kenakan, yang mana satu kamu suka?
Khas sempena kedatangan musim bunga pada awal tahun ini, Marc Jacobs Beauty ingin berkongsi kepada wanita di seluruh dunia cara mendapatkan rupa paras yang cantik dan menawan dengan koleksi produk mekap dan penjagaan wajah keluaran yang terbaru oleh Marc Jacobs Beauty ini.
Lagipun siapa yang tidak mahu kelihatan cantik dan kelihatan muda setiap masa bukan? Oleh itu, Marc Jacobs tampil dengan set mekap dan penjagaan wajah khas untuk wanita sempena musim bunga 2020 ini.
Bagi wanita yang ingin kekalkan kecantikan wajah dan tampak muda sepanjang masa ianya bukanlah perkara yang mustahil dan boleh dilakukan. Nak tahu bagaimana, kena baca artikel sampai habis!
Foto – Fashion Gone Rogue
Jom Tampil Awet Muda!
Dengan cuaca yang semakin panas di bandar, pastinya akan membuatkan kulit kita menjadi cepat kering dan kusam bukan? Dan apabila kulit menjadi kering, pastinya kita mencari krim pelembap yang dapat membekalkan kepada kulit dengan kelembapan yang secukupnya.
Menerusi krim pelembap dari Marc Jacobs Beauty ini, ia dapat menjadi perisai dari sinaran cahaya matahari dan sekaligus membekalkan kelembapan yang secukupnya untuk kulit agar kembali anjal dan kelihatan muda seperti remaja!
Foto – Arkib Wanista
Krim Gel Pelembap Youthquake
Pelembap ini sangat sesuai untuk digunakan bagi yang memiliki kulit jenis normal ke jenis kulit kering. Krim pelembap Youthquake ini mempunyai tekstur yang lembut dan berbau harum dengan aroma citrus yang akan menyerap secara terus ke dalam kulit wajah kamu.
Krim pelembap ini dapat membekalkan kelembapan pada kulit selama 24 jam! Bukan itu saja, krim ini mengandungi 5% sodium hyaluronate dan buah yang kaya dengan antioksidan seperti starfruit dan buah naga yang bagus untuk kulit wanita.
Sapu krim pelembap ini di muka dan leher pada waktu pagi dan malam setiap hari, hasilnya kulit wajah kekal lembap dan muda jelita.
Harga krim pelembap ini di jual dengan harga RM350.
Foto – Arkib Wanista
Glow Away Bronzing Coconut Body Stick
Selepas memakai pelembap, pastinya langkah seterusnya adalah mengenakan solekan dan mekap di wajah bukan? Dengan Glow Away Bronzing Coconut Body Stick ini, ia akan memberikan sentuhan yang sempurna untuk solekan kamu.
Body stick yang mudah digunakan ini akan memberikan kesan glowing pada wajah dan mana-mana anggota tubuh kamu apabila di oles. Tambahan lagi, ianya adalah produk kalis air dan sekaligus dapat membekalkan kesan bersinar pada kulit sepanjang hari tanpa perlu risau!
Malah body stick ini juga di perkaya dengan lima jenis buah kelapa yang dapat memberikan hasil yang cukup memuaskan. Dan kulit pula tampil kelihatan semulajadi.
Harga body stick ini di jual dengan harga RM160.
Foto – Arkib Wanista
Liquid-Gel Eyeliner
Wah eyeliner jenis gel dan cecair dari Marc Jacobs ini kelihatan mengancam betul! Eyeliner gel cecair ini didatangi dengan lima pilihan warna yang menarik iaitu Mo’Cha, Berry Deep, Jelly Much, Back To The Fuchsia dan Tw(ink)le.
Bukan saja ianya kalis air, eyeliner ini juga dapat memberi kesan garisan penuh yang sempurna dan ianya mampu memberikan kesan sentuhan yang bold pada mata.
Tambahan lagi, eyeliner ini juga mampu bertahan selama 12 jam tau, sesuai untuk wanita yang bekerja sepanjang hari.
Eyeliner gel cecair ini di jual dengan harga RM120.
Foto – Arkib Wanista
Eyeshadow Palet Multi-Finish
Sudah pastinya untuk dapatkan solekan mata yang menarik, penggunaan eyeshadow adalah kunci utama agar mata kelihatan bertenaga dan menawan.
Dengan eyeshadow palet yang menampilkan beberapa jenis warna menarik seperti buttery matte velvet, shimmering satin, sparkling silk dan metallic lame.
Eyeshadow ini telah di formula secara khas oleh Marc Jabocs Beauty untuk memberikan hasil yang memuaskan untuk wanita seperti kamu!
Eyeshadow palet ini di jual dengan harga RM225.
Foto – Arkib Wanista
Re(cover) Hydrating Coconut Lip Oil
Tidak lengkap set mekap dan penjagaan wajah tanpa gincu bukan? Tapi kali ini, ia bukan sekadar gincu biasa kerana Marc Jacobs Beauty menghasilkan Re(cover) Hydrating Coconut Lip Oil yang dapat membekalkan vitamin dan sekaligus memberikan kelembapan pada bibir wanita.
Selain itu, tekstur lip oil ini juga lembut dan tidak melekit seperti mana lip oil lain. Ia juga akan membuatkan bibir tampak berkilau dan bersinar.
Untuk tampak lebih menarik, sapukan lip oil ini terlebih dahulu dan kemudian barulah kamu oleskan gincu berwarna.
Lip oil ini di jual dengan harga RM125.
Koleksi mekap dan penjagaan wajah ini boleh didapati bermula 12 Mac 2020 di Sephora atau dalam talian sephora.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk tampil awet muda dan berseri dengan set koleksi Marc Jacobs musim bunga ini bulan depan!
Bakal raja sehari mesti gemuruh mengenangkan hari bahagia bakal menjelma tiba.
Semua persiapan dah sedia? Kita semua tahu solekan pada hari perkahwinan sangat penting kerana pada waktu itulah kita mahu kelihatan berseri dan paling menonjol. Bukan sahaja busana, malah tatarias juga menjadi tumpuan utama para tetamu yang datang. Wanista tak mahulah bila busana kahwin dah gah, dandanan rambut atau hijab dah stail, tapi tiba-tiba solekan ada yang kurang.
Bila hadir ke majlis kahwin, rata-rata pengantin di Malaysia gemar memilih untuk melakukan heavy makeup dan bermain warna-warna garang, contohnya smokey eyes. Jarang sekali mahu tampil ringkas ala natural. Katanya takut tak naik seri dan kurang bermaya, walhal solekan ‘no-makeup look’ la antara yang cantik malah nampak semulajadi serta manisnya.
Solekan natural bukan bermakna bebas riasan cumanya ia lebih light secara keseluruhan, cara kamu mengenakan eyeshadow, blusher dan gincu dalam warna yang dekat dengan nada kulit. Jangan tak tahu, solekan serba natural ini juga menjadi pilihan selebriti masa kini, contoh terdekat pada Meghan Markle.
Wanista beritahu sebab kenapa kamu perlu pertimbangkan solekan stail ‘no-makeup look’ untuk hari bahagia nanti.
Cuaca panas di Malaysia
Kita tahu negara kita 90% adalah cuaca panas. Jadi, memakai asas ringan dapat membantu kulit bernafas dan kamu tidak perlu risau akan solekan cair dan sebagainya.
Foto – Cosmopolitan PH
Kamu kelihatan lebih muda
Ciri semulajadi anda lebih menarik apabila anda menggunakan warna yang tidak terlalu tebal. Sebagai contoh, feature seperti freckles tidak perlu ditutup kerana itu yang menambahkan seri. Tetapi jika pengantin perempuan mahukan kelainan tambahan, mereka boleh aplikasikan highlighter pada tulang pipi atau mungkin lip gloss di bibir.
Foto – IG
Sangat klasik
10 tahun dari sekarang, anda tidak perlu cringe lagi bila melihat gambar perkahwinan, lagi-lagi trend solekan. Anda sebenarnya akan kelihatan seperti diri anda sendiri, yang menjadikannya kekal abadi.
Foto – IG
Pilihan perkahwinan diraja
Lihat sahaja solekan Meghan Markle ketika hari bahagianya, sangat ringkas sehinggakan freckles masih jelas kelihatan. Meghan hanya memberi tumpuan pada solekan mata untuk memberi kesan dramatik. Begitu juga Tun Aminah, di mana beliau sangat fokuskan pada kening dan maskara, selebihnya hanya solekan nude biasa.
Tun Aminah sangat menitik berat soal penjagaan kulit wajah berbanding solekan. Beliau menekankan tiga kali sehari dengan mencuci wajah sebersihnya. Bayangkan bila kulit bersih, kamu rasa lebih berkeyakinan dalam apa jua solekan tanpa rasa sangsi. Lagipun solekan berat juga berkemungkinan memberi haru pada kulit – timbulnya ruam, jerawat, bintik-bintik yang hanya membuatkan kamu bertambah stress.
Foto – Stylecaster
Jadi, dah pilih nak trend solekan mana untuk wedding nanti? Jangan pening kepala dan fikir betul-betul.
Fenomena berus pembersih muka telah mendapat tempat di hati wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Boleh dikatakan penggunaan berus pembersih muka ini telah menjadi alat wajib bagi wanita yang ingin membersihkan wajah tanpa sebarang kesan kotoran.
Apa yang menyebabkan ramai wanita menggunakan berus pembersih wajah ni? Sebenarnya berus pembersih muka sangat diminati ramai kerana kesannya yang dapat meningkatkan peredaran darah serta menanggalkan sel kulit mati pada wajah dengan mudah dan selamat.
Apa Itu Berus Pembersih Muka
Berus pembersih muka ini merupakan alat pembersih muka yang berkuasa seperti produk penjagaan kulit wajah!
Kini terdapat pelbagai jenis berus pembersih muka, ada yang jenis berus manual di mana pengguna harus membersihkan wajah dengan menggerakkan berus tersebut sendiri dan ada juga berus pembersih muka jenis automatik di mana kepala berus boleh berpusing sendiri.
Foto – Giphy
Bagi berus pembersih muka yang bergerak automatik terdapat fungsi pergerakan yang berbeza di mana, ada sesetengah berus berpusing mengikut arah jam dan ada juga bergerak secara ke depan dan ke belakang.
Meskipun berus pembersih muka ini hadir dengan pelbagai fungsi yang berbeza tetapi ia menjalankan misi yang sama iaitu membuang sel kulit mati pada kulit muka kita dan membersihkan liang pori kulit.
Manfaat Penggunaan Berus Pembersih Muka
Pasti ada di kalangan wanita yang tidak biasa menggunakan berus pembersih muka ini, tertanya-tanya mengapa ramai wanita lain yang menggunakan berus ini untuk mencuci muka mereka.
Apakah kebaikan atau manfaat berus ini terhadap kulit wajah kita, nak tahu apakah kebaikannya lihat di bawah!
Foto – Giphy
Buang Sel Kulit Mati
Berus pembersih muka dapat membuang dan menanggalkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada kulit wajah dengan mudah, pantas dan selamat. Siapa yang tidak mahu menanggalkan sel kulit mati bukan?
Apabila sel kulit mati ditanggalkan, ia akan mempercepatkan proses penghasilan sel kulit baharu yang lebih berseri dan gebu!
Bersihkan Liang Pori Secara Mendalam
Rutin membersihkan muka setiap hari salah satunya adalah supaya dapat membersihkan liang pori secara mendalam dan betul.
Dengan menggunakan berus pembersih muka ini, liang pori dapat dibersihkan secara mendalam dan mengetatkan semula kulit wajah.
Melancarkan Sistem Peredaran Darah
Foto – Giphy
Apabila saluran peredaran darah di muka berjalan dengan lancar, wajah akan tampak sihat dan bertenaga. Oleh itu, dengan penggunaan berus pembersih muka ini ia dapat melancarkan sistem peredaran darah menerusi pergerakan yang dilakukan oleh berus pembersih tersebut.
Maka tidak hairan selepas menggunakan berus, wajah akan jadi lebih berseri.
Kulit Jadi Lebih Lembut Dan Bersinar
Membersihkan kulit muka dengan alat ini dapat merangsang permukaan kulit wajah dan sekaligus menjadikan kulit lebih bersinar dan lembut tanpa kita sedar! Bestnya.
Meningkat Penghasilan Kolagen Wajah
Tahukah kamu dengan membersihkan muka dengan menggunakan berus pembersih muka ini, ia bukan saja dapat menanggalkan sel kulit mati. Malah ia juga mampu menyebabkan kulit untuk menghasilkan kolagen dalam kadar yang tinggi.
Ini akan meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit dan membuatkan kulit jadi lebih ketat dan awet muda! Syoknya.
Foto – Elite Daily
Adakah Berus Pembersih Muka Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit?
Meski kini semakin ramai yang menggunakan berus pembersih muka tapi ada juga segelintir yang takut-takut untuk mencuba menggunakan alat pembersih wajah ini kerana khuatir ianya tidak sesuai dengan jenis kulit mereka.
Foto – Alqimmah
Jangan risau, kamu boleh semak penggunaan berus muka ini menerusi kategori jenis kulit yang dinyatakan di bawah!
Jenis kulit normal – Jika kamu memiliki kulit jenis normal, kamu boleh mencuci wajah menggunakan berus pembersih muka ini secara kerap. Kerana kulit normal mampu menangani berus halus sesuai mengikut penggunaan atau rawatan wajah.
Jenis kulit kering – Bagi yang memiliki kulit jenis kering, kamu dinasihatkan agar tidak menggunakan berus pembersih muka ini secara berlebihan. Seelok-eloknya, guna berus pembersih sekali atau dua kali seminggu.
Jenis kulit berminyak – Bagi yang memiliki kulit jenis berminyak pula, kamu boleh menggunakan berus pembersih muka secara harian tanpa perlu risau dengan kesan yang tidak baik. Antara jenis berus yang bagus untuk individu yang memiliki kulit berminyak, adalah berus jenis berputar.
Jenis kulit sensitif – Jika kamu jenis sensitif, kamu perlu beri perhatian yang lebih apabila memilih jenis berus pembersih muka. Pastikan kamu tidak menggunakan tenaga yang terlalu kuat apabila memberus muka dan dinasihatkan agar kamu menggunakan berus pembersih ini dua kali seminggu.
Jenis kulit kombinasi – Jika kamu memiliki kulit jenis kombinasi pula, kamu harus menggunakan berus pembersih dengan kadar yang minima seperti sekali atau dua kali dalam seminggu untuk mengelakkan masalah iritasi kulit berlaku.
Foto – YouTube
Patutlah ramai yang pakai berus pembersih muka sekarang ni, untuk membersihkan muka. Malah kesannya juga sangat baik dan memberi manfaat terhadap kulit muka agar menjadi lebih berseri dan bersih sepanjang masa!
Akhirnya penghibur genit comel lote, Selena Gomez berkongsi rahsia kejelitaan kepada umum.
Mendedahkan teaser di Instagram, Selena Gomez menamakan kosmetiknya Rare Beauty. Dalam video tersebut, Selena menunjukkan dia mencuba pelbagai produk kosmetik dan sedang bertungkus lumus menyiapkan diri untuk pelancaran.
Masih belum diketahui produk mekap apa yang akan diketengahkan, Selena berkata Rare Beauty adalah lain daripada yang lain, Rare Beauty memberi keselesaan kepada anda untuk bermain dengan mekap, memupuk keyakinan untuk mendapatkan apa jenis riasan di wajah tanpa penghakiman orang lain.
“Rare Beauty isn’t about how other people see you. It’s about how you see yourself.”
Selena berkata dia memulakan projek Rare Beauty dua tahun lalu dengan kerjasama beberapa jurumekap ternama di dunia. Selepas video pengumuman Rare Beauty, akaun Instagram rasmi jenama itu telah mengumpul lebih 1 juta pengikut.
Nampaknya semua orang tidak sabar mahu menantikan kosmetik yang dilahirkan Selena Gomez. Kata Selena, Rare Beauty akan berada di Sephora pada musim panas tahun ini.
Ada ke yang masih demam “Boba” (istilah untuk Bubble Tea)?
Nak tahu sekarang timbul pula lip balm Boba. Dinamakan Daboba x Vase Creation All-Natural Boba Lip-Balm, balsem bibir ini bebas daripada sebarang bahan kimia berbahaya dan hanya menggunakan bahan semulajadi berkualiti sahaja. Daboba x Vase Creation All-Natural Boba Lip-Balm merupakan hasil kerjasama Vase Creation dengan Daboba Malaysia.
Boba LipBalm Honey Golden Pearl Green Milk Tea. Foto – Arkib Wanista
Daboba x Vase Creation All-Natural Boba Lip-Balm
Menawarkan 3 perisa ilham daripada minuman signature Daboba yang dikenali sebagai The Boba Collection. Lindungi bibir kering dan retak dengan balsem bibir yang disertai aroma teh di mana sahaja anda pergi kerana pembungkusannya sangat mesra alam.
Boba LipBalm Mango Frappe. Foto – Arkib Wanista
Ada 3 aroma yang disediakan iaitu Brown Sugar Pearl Fresh Milk, Honey Golden Pearl Green Milk Tea & Mango Frappe. Kesemua dibuat daripada 100% bahan semulajadi dan selamat yang mampu melembap dan merawat bibir. Boba Lip Balm dirumus khas dengan intipati minyak jojoba, minyak kastor, lilin organik dan Vitamin E. Oleh itu, bibir anda terasa lembut, licin dan sihat bila dioles.
Boba LipBalm Roasted Brown Sugar Pearl Fresh Milk. Foto – Arkib Wanista
Ditawarkan pada harga RM35, koleksi ini boleh didapati di Shopee [SINI] dan cawangan Daboba terpilih seperti berikut Daboba Sunway Giza, Daboba Setapak, Daboba Cheras C180, Daboba SS2, Daboba SS15 Subang, Daboba MyTown, Daboba Kota Kemuning, Daboba Karpal Singh, Daboba Lip Sin, Daboba Sutera Utama, Daboba Jalan Station, Daboba Gala City Kuching, dan Daboba Seremban 2.
Berkenan betul melihat keindahan wajah aktres British Emilia Clarke dalam filem Last Chrtismas bersama hearthtrob Henry Golding.
Fizikal genit, wajahnya segar dan berseri, rambut pendek ikal mayang, bibir mungil merah jambu, kening lebat semuanya nampak cantik dan terletak. Pada pendapat penulis, wajah Emilia Clarke dalam Last Christmas bercirikan solekan semula jadi dan tidak berat. Patutlah kulitnya sentiasa berseri dan bersih.
Foto – Time
Sesuai sangat untuk Hari Kekasih yang kebetulan jatuh pada bulan Februari, hanya mengenakan solekan natural ala ‘rosy pink’, kamu dah menawan bagaikan si Emilia Clarke. Barulah cik abang makin sayang!
Dalam satu temu bual, aktres 32 tahun ini berkongsi tips istimewa yang diamalkannya untuk kulit wajah kekal berseri adalah dengan melakukan urutan dan rutin penjagaan wajah dengan tekun.
Urutan Wajah Untuk Kekal Remaja
Kata Emilia untuk urutan wajah, dia cenderung melakukannya pada pagi atau petang sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit. Dengan itu dia akan mendapat manfaat tambahan daripada produk yang digunakan.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak cara urutan muka yang boleh anda amalkan sebagai contoh, gunakan tulang ketuk jari (tulang bonggol) atau ibu jari untuk mengurut seluruh permukaan wajah untuk merangsang sel dan otot bawah kulit. Ini akan meningkatkan serta melancarkan peredaran darah dan oksigen ke atas wajah anda. Hasilnya, kulit anda lebih menyerlah dan berseri.
Foto – Best Health Magazine
Dipercayai, rutin urutan wajah harian ini mampu menegang kerana ia berfungsi merangsang otot wajah, sekaligus menghalang kedutan dan sebarang masalah penuaan kulit.
Cleanse, Tone & Moisturise
Emilia percaya kepentingan penjagaan kulit. Dia senang dengan penjagaan kulit yang mudah tetapi berkesan. Memadai dengan hanya tiga asas penting – cleansing, toning dan moisturising dilakukan setiap hari.
Kata Emilia, ibunya sangat titik berat soal penjagaan kulit dan dia sendiri diajar dari usia yang sangat muda untuk membersihkan wajah secara rutin.
Aktres yang pernah diberi gelaran paling seksi menyukai produk Clinique iD Tone Up Gel, di mana ia berfungsi dengan sempurna pada wajah malah tidak remeh seperti produk lain yang memerlukan terlalu banyak step. Yang ini hanya perlu aplikasi ke wajah dan ‘dah siap’, ia bukan sahaja memberi seri, mencerah malah merawat kulit lagi.
Foto – vdonglim_my
Kita sedia maklum semua orang mempunya jenis kulit yang berbeza, jadi bagusnya Clinique iD anda boleh customized mengikut masalah sendiri. Anda hanya perlu hadirkan diri ke kaunter kecantikan Clinique dan lakukan sesi konsultasi yang disediakan.
Clinique iD mempunyai 20 pilihan kombinasi yang semuanya bergantung kepada masalah kulit – jenis yang kering, berminyak, penat akibat tekanan serta banyak lagi. Yang best, anda akan diberi sample untuk mencuba produk terlebih dahulu, jadi mana tahu berkesan dengan kulit.
Wajah Cantik Dengan Solekan Natural
Clinique iD Tone Up Gel dengan kata mudah produk penambahbaikan kepada produk laku keras Clinique Dramatically Different Moisturizer. Pelembab dengan formula yang telah teruji oleh dermatologi, mencampurkan bahan hidrasi yang bebas minyak dengan bahan-bahan penguat kulit. Pelembab seharian yang membantu kulit terlihat lebih muda.
Apa yang bagus pada Clinique iD? Kita sedia maklum, sebaik sahaja melangkah keluar rumah, kita mula terdedah kepada punca masalah kulit – bayangkan sahaja cuaca yang tidak menentu, lagi pula debu kotoran akibat pencemaran serta gaya hidup yang sibuk. Keadaan ini semua akan memakan kulit wajah dan menjadikan pori tersumbat, kulit semakin kasar, kering dan mengalami dehidrasi.
Foto – Pinterest
Disebabkan itu, Clinique iD menjanjikan penghidratan bebas minyak 8 jam, ditambah Transforming Tint Release Technology™ yang mampu memperbaiki kondisi kulit dan menjadikan tona kulit lebih cerah dan sekata, malah ada penampakan kesan ‘rosy glow’ yang menjadi idaman gadis melayu.
Lagi pula untuk gadis melayu yang suka sangat mekap tebal semata-mata mahu kelihatan seperti artis. Lepas ini tak payah lakukan itu semua kerana produk ini bersifat sebagai asas mekap dan pelembap. Jadi, korang dapat sekali manfaat merawat, melembap, mencerah dan paling penting mencantikkan. Malah, solekan ‘no makeup look’ dapat dikecapi tanpa rasa sangsi.
Perlu diingat bahawa tampil natural bukan bererti wajah bebas riasan cumanya cara solekan lebih ringkas. Agar tetap terlihat segar dan berseri, kamu boleh layangkan sedikit pemerah pipi pada kedua belah pipi. Pilih warna-warna yang lembut seperti merah jambu atau peach. Untuk gincu pula, sesuaikan dengan rona nude atau merah jambu (warna-warna yang buat anda nampak muda) yang padan dengan semua tona kulit. Ala tiru saja cara si Emilia, confirm akan puas hati!
Foto – www.clinique.com.my
Tahniah buat Emilia Clarke atau nama sebenarnya Emilia Isobel Euphemia Rose Clarke yang baru sahaja dilantik sebagai duta antarabangsa Clinique. Sebelum membintangi filem Last Christmas, nama aktres British ini mula dikenali menerusi filem romantik penuh tragis Me Before You. 2019 menyaksikan tahun cemerlangnya apabila dia tersenarai dalam 100 individu berpengaruh oleh Majalah Time.
Jadi, kalau nak cantik berseri seperti Emilia Clarke, pergi ke kaunter Clinique sekarang untuk dapatkan sesi konsultasi, anda boleh semak lokasi di [SINI]. Lagi satu yang best, jika anda menunjukkan artikel ini kepada Konsultan Clinique di kiosk terpilih, anda akan mendapat sample ekslusif, sah dalam bulan Februari sahaja.
Jeles betul tengok wajah selebriti dan model terkenal Gigi Hadid dan Bella Hadid yang sentiasa kelihatan runcing dan cantik jelita sepanjang masa. Melihat wajah artis tetap kelihatan runcing dan jelita meski usia telah meningkat membuatkan segelintir wanita berfikir, bahawa susah nak dapatkan wajah runcing dan kekal rapi terbentuk macam tu tanpa sebarang perubahan.
Sebenarnya tak susah nak dapatkan wajah runcing macam adik-beradik The Hadid ni, cuma kena rajin buat je. Nak tahu alat apa yang boleh kembalikan bentuk wajah adalah dengan menggunakan Gua Sha!
Rahsia Kecantikan Wajah Turun Temurun!
Bagi yang tak tahu, sebenarnya ramai artis-artis ternama dunia yang menggunakan Gua Sha ini untuk kembalikan semula bentuk kecantikan wajah.
Apa sebenarnya Gua Sha ni? Gua Sha merupakan teknik penjagaan wajah tradisional dari China menggunakan batu jed, sebab itu kalau kita tengok pelakon-pelakon dari China semuanya berwajah runcing salah satu rutin harian mereka adalah menggunakan Gua Sha ni lah!
Manfaat Menggunakan Gua Sha
Foto – Maedwajah
Bagi wanita yang inginkan bentuk wajah kembali seperti waktu muda remaja, maka Gua Sha adalah kunci rahsia kecantikan wajah kamu! Menurut juru akupunktur dan juga merupakan pengasas Treatment by Lanshin di Brooklyn, menyatakan terdapat dua jenis teknik Gua Sha iaitu untuk wajah dan badan.
Bagi teknik Gua Sha badan – ia dapat melancarkan perjalanan darah, cecair dalam badan dan juga tenaga yang terdapat di dalam badan.
Bagi teknik Gua Sha wajah – ia dapat meningkatkan memberi kelegaan, meningkatkan peredaran darah dan mengeluarkan tekanan.
Dengan menggunakan Gua Sha setiap hari, wajah kamu bukan saja dapat kembali cantik terbentuk seperti masa muda remaja. Malah wajah akan menjadi lebih berseri dengan perjalanan darah yang lancar pada wajah!
Berapa Kerap Kamu Perlu Guna Gua Sha?
Jika kamu baru pertama kali menggunakan Gua Sha, kamu mungkin boleh cuba membuat temujanji dengan spa yang pakar atau kamu juga boleh mengurut wajah kamu sendiri menggunakan Gua Sha dengan bentuk yang kamu rasa selesa.
Foto – Arkib Wanista
Untuk dapatkan wajah yang runcing dan menarik, disarankan urut wajah menggunakan Gua Sha sebanyak tiga kali seminggu secara konsisten! Untuk mendapatkan bentuk wajah dan dagu yang runcing, lakukan urutan wajah dengan menggunakan Gua Sha.
Bukan itu saja, penggunaan produk penjagaan wajah secara tetap dan konsisten sangat bagus bagi membantu wajah untuk kembali kelihata awet muda remaja! Cuma kamu perlu elak menggunakan Gua Sha yang telah sejuk pada kulit untuk mengelakan perjalanan darah tersekat.
Bentuk Gua Sha Mana Yang Sesuai Untuk Wajah Kamu?
Foto – DHgate
Nak dapatkan wajah yang runcing, sudah tentulah kamu harus memilih bentuk Gua Sha yang sesuai dengan rangka atau bentuk wajah kamu. Kerana setiap bentuk-bentuk Gua Sha mempunyai fungsi masing-masing mengikut bentuk.
Jadi kalau korang nak dapatkan bentuk wajah yang runcing secara semulajadi, maka Gua Sha adalah kunci rahsia kecantikan kamu.
Penulis pasti setiap dari kita mesti biasa dengar tentang kehebatan micellar water. Air magik yang digunakan untuk menanggalkan mekap menggantikan cleansing oil atau apa sahaja produk cuci mekap.
Micellar water mengandungi micelles yang merupakan molekul kecil dengan tekstur seperti air yang dapat mengangkat debu, kotoran dan sisa-sisa mekap walaupun yang kalis air bahkan juga kulit nampak lebih berseri dan terhidrat sentiasa.
Semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada micellar water tetapi mengesyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering, sensitif atau berjerawat.
Untuk memudahkan semua, Wanista senaraikan 6 micellar water bagus untuk menanggalkan mekap. Serius terbaik sampaikan yang jenis kalis air boleh hilang dengan bersih sekali.
Terbaik! Produk Bioderma ini boleh menanggalkan mekap kalis air dengan mudah tanpa dibuat banyak kali. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia membantu dalam mengekalkan lapisan luar kulit anda dan mengandungi bahan-bahan dermatologi aktif yang hampir dengan komposisi kulit anda.
Simple Micellar Cleansing Water
Foto – LifeandLooks.com
Simple ialah jenama yang mesa kulit tanpa penggunaan bahan was-was. Simple Micellar Cleansing Water menghidrat kulit sambil membersihkan semua kotoran dan kusam dari wajah anda. Dibuat dengan air yang dibersihkan tiga kali, ia mengandungi campuran bahan semula jadi yang terbaik untuk kulit.
Garnier Micellar Cleansing Water
Foto – Morrisons
Pembersih wajah berformula tanpa bilas mampu membersih serta menghilangkan kotoran wajah dalam hanya satu sapuan sahaja. Kalau anda membersih muka dua kali, biarlah produk ini menjadi produk kedua yang anda gunakan. Ia akan bertindak sebagai toner dan anda hanya perlu melembapkan muka selepas mencuci. Paling menyeronokkan, apabila anda tidak dapat akses kepada air bersih seperti jarak jauh penerbangan dan perkemahan, inilah ‘magik’ yang menyelamatkan anda.
L’Oreal 3-in-1 Micellar Water
Foto – pusatkosmetik.com
Produk ini direka untuk membuang mekap pada sarah, bibir dan mata dengan teliti. Ia dibangunkan dengan teknologi micellar baru dan mengandungi molekul micellar yang unik untuk pembersihan lembut dan menyeluruh. Ia meninggalkan kulit anda terhidrasi dan segar. Ia sesuai untuk orang yang mempunyai jenis kulit sensitif, berminyak dan kombinasi.
Biore Micellar Cleansing Water
Foto – Her World
Biore Micellar Cleansing Water adalah cara sempurna untuk cepat dan berkesan menghapuskan mekap dengan bersih sekali, boleh diguna pada sarah, bibir dan mata. Dirumus khas untuk kulit kombinasi, produk ini langsung tidak memberikan kesan kerengsaan malah membuatkan kulit terhidrasi dan segar.
Safi Micellar Natural Cleansing Water
Foto – Arkib Wanista
Paling penulis suka! Langsung tidak merengsakan kulit. Hanya beberapa aplikasi, segala kotoran di wajah boleh hilang. Produk pembersih lembut berasaskan air yang jernih, menanggalkan solekan dan kotoran dengan efektif tanpa bilasan, disamping mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit secara semulajadi.
Mudah didapati dan berharga mampu miliki, kesemua produk micellar water di atas boleh beli di drugstores.
Rasai kehebatan dan kelainan selepas menggunakan micellar water!
Best betul pakai produk baru NUDESTIX Magnetic Lip Plush Paints!
NUDESTIX dengan bangga mengumumkan pelancaran produk baru mereka Magnetic Lip Plush Paints, koleksi bibir yang “multitasking” untuk bibir, pipi dan mata.
Magnetic Lip Plush Paints adalah vegan, diformulasikan dengan lapan ekstrak semula jadi dan bebas daripada gluten, kezaliman, aroma, paraben, minyak kelapa sawit, sulfat dan phthalate.
Foto – Nudestix
Boleh digunakan pada mata, pipi dan bibir, Magnetic Lip Plush Paints diilhamkan oleh produk k-beauty yang memberikan kelembapan serta kesempurnaan dalam penampilan si pemakai di mana sahaja.
Tekstur velvety yang ringan dan tahan lama serta langsung tidak menyebabkan kekeringan ini dipenuhi dengan ekstrak botanikal seperti rose water, green tea, chamomile dan aloe, menjadikan ia sangat selesa dipakai seharian.
Menawarkan tujuh pilihan seperti Bahama Mama, Tahiti Hottie, Fresh Fiji, Saint Tropez, Sweet Sangria, Hot Paprika dan Waikiki Rose, kesemuanya meliputi warna coral, caramel, tans dan rose – sesuai sangat untuk wanita Asia, lagi pula wanita Malaysia.
Foto – Arkib Wanista
Kalau suka, anda semua boleh dapatkan Magnetic Lip Plush Paints di semua kaunter Sephora Malaysia dengan harga runcit RM120 setiap satu.
Masih terbayangkan perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas yang penuh indah. Paling menarik perhatian Wanista adalah persalinan gaun putih yang digayakan Priyanka sewaktu resepsi perkahwinan Kristian.
Foto – People
Gaun perkahwinan yang mendapat sentuhan Ralph Lauren ini khabarnya memerlukan tempoh waktu selama 1,826 jam untuk disiapkan dengan sempurna. Gaun putih minimalis yang diperbuat daripada material renda bersulam butiran mutiara asli itu dengan helaian layah senada berukuran 75 kaki panjang.
Bukan gaun saja, solekan serba ringkas Priyanka juga menarik perhatian malah ada yang create look yang sama untuk majlis kahwin masing-masing.
Foto – People
Korea rahsia dari makeup artist Priyanka sendiri, Yumi Mori dedahkan rahsia ‘magik’ Priyanka. Katanya, Priyanka mahukan solekan timeless tapi masih memberi seri, di samping highlight pada feature istimewanya – kening dan bibir.
Mekap Asas Serba Natural
Marc Jacobs Accomplice Instant Blurring Beauty Powder
Foto – Sephora Malaysia
Marc Jacobs Accomplice Concealer & Touch-Up Stick
Foto – Muse
Mekap Mata Yang Memukau
Eye-Conic Multi-Finish Eyeshadow Palette in Fantascene
Foto – Marc Jacobs
Velvet Noir Major Volume Mascara
Foto – Marc Jacobs
Menggoda Dengan Solekan di Bibir
Le Marc Lip Crème Lipstick in Boy Gorgeous
Foto – Marc Jacobs
Nampaknya Priyanka menyukai jenama Marc Jacobs Beauty. Kalau anda nak produk yang sama, dekat Sephora ada jual.
Siapa di sini yang mengalami masalah rambut gugur ketara, yang paling teruk sekali?
Teruk sangat sampai setiap kali sikat, sisir dengan jari – pasti ada beberapa helaian. Stress sangat! Dah guna macam-macam syampu dan perapi tapi masih tak jalan. Kenapa ye?
Orang kata tekanan salah satu sebab kepada rambut gugur. Walaupun masih tiada bukti yang mencukupi untuk mengaitkan antara tekanan, para saintis percaya bahawa hormon tekanan mempunyai kesan yang negatif kepada sel yang berfungsi. Jadi, tekanan sememangnya membuatkan rambut gugur. Sekiranya anda mahu rambut yang cantik, adalah baik untuk mengawal tekanan anda.
Foto – Parenting
Bila selidik, terdapat satu petua yang diakui semua wanita. Rata-rata menggunakan Gel Aloe Vera. Ada yang menggunakan gel aloe vera dari jenama Guardian, The Face Shop, Nature Republic, Fruit of Earths atau apa sahaja, asalkan terbukti asli.
Cara Guna Gel Aloe Vera
Bagaimana nak masukkan gel aloe vera dalam rutin mandian?
Baiklah setiap kali anda syampu, campurkan sedikit gel aloe vera dan gosokkan kombinasi tadi ke rambut. Gosok dan bilas. Atau bila dah selesai syampu rambut dan bilas, anda gomolkan sedikit gel aloe vera ke rambut – usap rapi dan bilas.
Yang pasti setiap kali anda melakukan petua ini, rambut terasa ringan dan lembut sekali. Macam feeling model iklan syampu gamaknya. Rambut yang dulu asyik gugur juga mula berkurangan. Memang nampak kesan ketara yang membuatkan anda happy.
Foto – Arkib Wanista
Merawat Rambut Gugur
Untuk pengetahuan anda, ekstrak aloe vera mempunyai beberapa enzim yang membantu menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia mengurangkan sel-sel kulit mati dari kulit kepala, dengan itu menggalakkan pertumbuhan rambut. Ekstrak Aloe juga mempunyai sifat alkali yang membantu keseimbangan pH kulit kepala dan rambut, yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut.
Wanita mana yang tidak rimas jika memiliki kulit yang berminyak, pelbagai cara dan produk penjagaan telah digunakan. Tetapi hasilnya tetap sama, kulit masih lagi berminyak dan ada juga yang bertambah teruk. Jadi di mana silapnya?
Sebenarnya ramai wanita tidak menyedari, mungkin ada kandungan bahan yang terdapat di dalam produk tidak sesuai untuk kulit berminyak. Oleh itu, penting untuk kamu mengetahui jenis-jenis kandungan bahan yang bagus dan elok untuk kulit berminyak.
Ini adalah 10 bahan-bahan yang sangat bagus untuk kulit berminyak, jadi apabila kamu ingin mencari produk penjagaan pastikan produk tersebut memiliki kandungan bahan seperti di bawah!
Foto – Arkib Wanista
#1Sulfur
Sulfur merupakan salah satu bahan yang terbaik untuk menangani masalah kulit berminyak, senang kata sulfur ini ibarat agen antibakteria untuk kulit berminyak. Sulfur sangat bagus untuk menyerap minyak dan sebum yang terperangkap pada kulit.
Oleh itu, produk yang mengandungi bahan kandungan seperti sulfur ini adalah bagus untuk yang mengalami kulit berminyak.
Foto – Arkib Wanista
#2Dimethicone
Dimethicone merupakan bahan yang bagus untuk kulit berminyak, ia membuatkan kulit menjadi sihat dan kering tanpa kesan berminyak. Oleh itu, penting untuk kamu periksa kandungan bahan pada produk penjagaan agar kamu tahu kandungan apa yang bagus untuk kulit berminyak seperti kamu.
#3Asid Glycolic
Produk yang mengandungi bahan asid glycolic, merupakan antara kandungan bahan yang terbaik buat diri kamu. Asid glycolic ini sangat bagus dari segi mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan dalam masa yang sama dapat mengekang liang pori dari tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat.
Foto – Arkib Wanista
#4Asid Hyaluronik
Memiliki kulit berminyak bukan bermaksud kamu tidak dapat memiliki kulit yang lembap dan gebu. Bagi membekalkan kelembapan yang bagus untuk kulit berminyak seperti kamu, Asid hyaluronik adalah bahan terbaik dan bagus untuk kulit kamu.
Ia bersifat ringan dan dalam masa yang sama membekalkan kelembapan pada kulit kamu.
#5Niacinamide
Kajian dari Weill Medical College di Cornell University, mendapati niacinamide mampu menyerap sebum serta merangsang penghasilan kolagen secara semula jadi.
Selain itu, niacinamide juga berupaya menguatkan lapisan kulit luar dan meningkatkan kadar pembaharuan kulit bagi mengatasi masalah hiperpigmentasi dan liang pori yang besar.
Foto – Arkib Wanista
#6Retinol
Retinol merupakan vitamin A yang bukan saja kandungan bahan yang bagus melawan kedutan kulit, ia juga bagus membantu menghasilkan kolagen, mengetatkan kulit dan liang pori serta mengawal penghasilan minyak.
#7Asid Salicylic
Asid salicylic merupakan lipophilic yang seperti seakan-akan minyak, asid tersebut akan memasuki liang pori dan akan menyerap segala minyak yang terperangkap di dalam liang pori tersebut. Jadi, produk yang memiliki kandungan bahan asid salicylic ini, merupakan bahan terbaik bagi mengatasi maslah kulit berminyak.
#8Benzoly Peroxide
Benzoly peroxide ini merupakan kandungan bahan yang sangat popular dalam produk penjagaan kulit wajah dan produk rawatan jerawat. Benzoly peroxide ini berfungsi sebagai agen pemusnah bakteria dan meningkatkan penghasilan sel kulit.
Bahan ini dapat membantu merawat jerawat yang sedia ada di wajah dan mengekang masalah jerawat timbul di masa akan datang.
Foto – Arkib Wanista
#9Minyak Tea Tree
Minyak tea tree merupakan bahan antiseptik semula jadi buat kulit berminyak, minyak ini sangat bagus bagi membantu merawat kulit yang berminyak dan membunuh kuman yang menyebabkan berlakunya jerawat pada kulit wajah kamu.
Sebab itu, mana-mana produk yang mengandungi minyak tea tree ini, sangat bagus bagi membantu kamu merawat masalah jerawat dan menyingkirkan minyak.
Foto – Arkib Wanista
#10 Witch Hazel
Selain asid hyaluronik, witch hazel juga antara salah satu bahan yang bagus untuk membekalkan kulit kamu sentiasa kekal lembap. Witch hazel dapat membuang lebihan minyak dan kotoran yang terperangkap dalam liang pori, tanpa mengeringkan kulit wajah kamu.
Jadi lepas ni senang sikit nak cari produk yang elok untuk kulit berminyak, sebab kamu dah tahu kandungan bahan apa yang bagus untuk kulit berminyak.