Lihat sahajalah kulit pelakon-pelakon wanita dalam drama Korea kegemaran anda tu, bukan main mulus dan licin kulit mereka kan?
Betullah, kulit mereka cantik begitu kerana tidak dipengaruhi faktor cuaca ekstrem seperti iklim kita di Malaysia. Namun apa yang anda perlu tahu, tekstur kulit manusia ini tiada bezanya. Bak kata pepatah,
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
![]()
Kuncinya adalah berbalik kepada diri dan niat individu. Jika anda benar nekad untuk menjaga rapi kulit, pasti hasil kulit sehalus dan secantik bintang k-drama itu akhirnya akan menjadi milik anda. Jika anda malas menjaga kulit bahkan turut berkira untuk mengeluarkan wang membeli produk-produk bermutu, janganlah tanya mengapa kulit anda kasar ditumbuhi bintik bergerutu sebegitu.
Pokok pangkalnya adalah usaha anda sendiri.
Untuk itu, Wanista ingin mencadangkan beberapa jenama face sheet mask popular, menghasilkan kesan terbaik untuk mencantikkan kulit anda dalam masa yang singkat!
#1 Aritaum Sheet Mask
Aritaum adalah antara jenama kecantikan Korea yang sedang meningkat naik di Malaysia. Ini adalah antara rangkaian topeng helai terbaik dari Aritaum yang berasaskan tumbuhan serta herba hijau seperti Teh Hijau, Aloe Vera, Buluh, Tea Tree, Timun, mugwort dan banyak lagi!
Ada yang kata Aritaum Mugwort sheet mask paling best!
Mugwort adalah sejenis tumbuhan berdaun yang merupakan adik beradik kepada daisy. Daunnya beraroma dan habitatnya adalah di tempat-tepat sejuk.
![]()
#2 Mamonde Sheet Mask
Mamonde, antara jenama kegemaran ramai kerana ia memanfaatkan 100% bunga-bungaan terpilih sebagai ramuan berkhasiat untuk penghasilan produknya.
Apa yang anda perlu tahu, bunga-bungaan tersebut ditanam dan dibesarkan sendiri dalam ladang milik Mamonde sebelum dituai untuk diramu dengan beberapa bahan lain. Esen bunga memang terbaik untuk beri kesan pada wajah.
![]()
#3 Etude House I Need You
Siapa yang tak kenal dengan jenama Etude House ni? Boleh kata semuanya berasaskan ramuan alam semula jadi khas untuk kulit wajah wanita yang rata-ratanya sensitif ini.
Mungkin anda boleh manfaatkan mask madu kerana madu mengandungi khasiat yang tinggi untuk menghapuskan kuman seperti jerawat kerana ia bersifat anti-bakteria, penuh dengan anti-oksida serta baik untuk melambatkan penuaan!![]()
#4 Innisfree It’s Real Squeeze Mask
Mask dari Innisfree ini adalah spesifik di mana pengguna boleh pilih jenis mask yang bersesuaian dengan masalah kulit yang dihadapinya. Berpuluh jenis mask yang ditawarkan oleh Innisfree ini dan pastinya bertepatan dengan keperluan anda!
Sila cuba Kiwi dan Hanuka Honey mask untuk suatu keunikan berfedah untuk kulit.
![]()
#5 Yadah All Day Mask
Letih sehingga memberi efek kepada wajah? Jangan risau kerana anda boleh salurkan kesegaran berganda kepadanya dengan menggunakan mask ini.
Selain baik untuk kulit, baunya juga amatlah menyegarkan kerana ia diramu dengan esen beri campuran -terdiri dari beri acai, beri biru, beri hitam dan elderberry!
#6 The Face Shop Mascream Sheet
Malas menyapu krim pada wajah? Tak perlu risau kerana mask ini dapat memberi khasiat krim pelembap dan kecantikan pada wajah secara optimum!
![]()
#7 TonyMoly I’m Real Face Mask
Seperti kertas pembalut mask ini, serum dan esen pada mask Tony Moly ini adalah sangat mewah, memberi sensasi kehebatan buat si pengguna. Boleh cuba sendiri kalau anda hendak cantik!
#8 Kocostar Slice Mask (Pilihan Wanista)
Menarik sangat! Orang yang malas jaga muka mesti akan jadi rajin bila ada mask ni.
Tidak klise seperti mask lain, ia hadir dalam kepingan-kepingan kecil yang kemudiannya dilekapkan pada sekitar wajah. Boleh difokuskan pada tempat-tempat tertentu tau!
Terdapat dalam bentuk hirisan buah-buahan, sayur-sayuran serta bunga-bungaan! Masing-masing mempunyai fungsi tertentu yang boleh dipilih mengikut kehendak.
Jenama Kocosatr boleh didapati di gedung-gedung Sephora seluruh Malaysia.
Untuk mencari produk-produk yang diterangkan tadi, penulis cadangkan anda untuk mencarinya di gedung-gedung atas talian seperti [Hermo.my], [Althea.kr] atau [Sephora.my]. Andainya berpeluang, anda juga boleh terus ke kaunter atau butik jenama-jenama yang berkenaan di sekitar pusat membeli-belah seluruh Malaysia bagi mendapatkan mask pilihan.
Selamat mencuba!
The post 8 Jenama ‘Sheet Mask’ Untuk Wajah Berseri Persis Bintang Drama Korea appeared first on Wanista.com.