Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2417 articles
Browse latest View live

Bibir Selebriti Kpop Ini Bikin Netizen Cemburu. Lihat Gambar!

$
0
0

Kpop Idol, DIA Chaeyeon dikenali sebagai salah seorang selebriti paling cantik di Korea Selatan, kini netizen menyuarakan rasa cemburu dengan kelebihan yang dimiliki pada wajahnya. Rata-rata mereka cemburu dengan bentuk bibir yang dimiliki Chaeyeon.

Bibirnya yang berbentuk seperti hati dilabel paling cantik dikalangan Kpop Idol. Foto – Koreaboo

Netizen menjelaskan Chaeyeon miliki bentuk bibir bak hati. Bahagian atas bibirnya nampak seksi kerana dipengaruhi ‘cupid’s bow’ yang tinggi serta bentuk matanya yang berupa seolah ‘hati’.

Pada awalnya, netizen merasakan bentuk bibir Chaeyeon tampak aneh tetapi seiring dengan waktu, bibirnya itu mulai menonjol malah paling cantik dikalangan Kpop Idol. Bukan itu sahaja, setiap kali mekap bibirnya akan diberi perhatian yang lebih agar terlihat cantik.

Foto – Koreaboo

Untuk makluman anda, bibir berbentuk hati Chaeyeon bukan satu-satunya perkara yang dicemburui netizen, malah, kulit sempurna yang putih bersih serta warna matanya turut membuatkan gadis Korea di sana ‘geram’.

Tapi penulis setuju bibir Chaeyeon memang nampak comel sangat. Bertuah badan!

SUMBER

The post Bibir Selebriti Kpop Ini Bikin Netizen Cemburu. Lihat Gambar! appeared first on Wanista.com.


Keyakinan Penjagaan Kulit Selama Sedekad Bersama Bio-Oil

$
0
0

Diperkenalkan di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu, Bio-Oil telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pilihan penjagaan kulit yang memiliki kepakaran untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kulit seperti parut, kesan regangan kulit semasa kehamilan dan kulit tidak sekata serta penuaan dan kulit kering.

Keberkesanan Bio-Oil yang telah memenangi pelbagai anugerah ini telah melonjakkan kedudukannya selaku produk parut dan regangan kulit No. 1 di Malaysia, kedudukan sama yang turut diraih oleh 23 buah negara lain yang juga menjual Bio-Oil.

Foto – Arkib Wanista

Sesuai untuk kulit sensitif, Bio-Oil dirumus secara unik daripada 7 bahan – ekstrak tumbuhan seperti Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil serta Vitamin A & E, dan bahan unggul PurCellin Oil™, yang membantu kulit menyerap khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit.

Sebuah laman web baharu – www.myskinconfidence.com juga turut dilancarkan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses mudah kepada pelbagai maklumat serta aktiviti terkini dari Bio-Oil.

Bio-Oil boleh diperolehi dalam 3 saiz berbeza, botol 60ml yang mudah dibawa kemana-mana (RM34.95), botol ekonomi bersaiz 125ml (RM58.25) dan botol 200ml (RM79.45). Bio-Oil kini dijual di semua rangkaian farmasi serta kedai penjagaan diri terkemuka di seluruh negara.

Sempena ulang tahun ke-10 Bio-Oil, para pengguna boleh menikmati penjimatan istimewa sebanyak RM10 bagi pembelian Bio-Oil 60ml pada harga promosi RM24.95. Dapatkan Bio-Oil di semua rangkaian farmasi serta kedai penjagaan diri yang mengambil bahagian di seluruh negara, tawaran akan tamat pada 31hb Mac 2017.

The post Keyakinan Penjagaan Kulit Selama Sedekad Bersama Bio-Oil appeared first on Wanista.com.

Lihat Kehebatan Wanita Ini Menukar Tompok Viltigo Pada Tubuhnya Menjadi Peta Dunia

$
0
0

Kebanyakan orang di luar sana sering beremosi apabila melihat orang lain lebih cantik dan sempurna daripada diri mereka, namun berbeza pula dengan wanita berhati besar yang seorang diri.

Meskipun dirinya menghidap penyakit kulit Viltigo sehingga menjadikan warna dan keadaaan kulit tubuhnya tidak sekata, dirinya dlihat bijak menggunakan kekurangan itu untuk bangkit menyerlahkan diri kepada dunia.

Untuk pengetahuan semua, Viltigo adalah kondisi di mana kulit kehilangan pigmentasi seterusnya menjadi bertompok dan kelihatan bercapuk.

Wanita bernama Ash Soto ini tampil menarik perhatian ramai pengguna internet apabila memanfaatkan tubuhnya sebagai kanvas lukisan untuk mengilhamkan karya seni kreatifnya itu dengan merubah tompok kulitnya menjadi seperti peta dunia.

Ash mula berkongsi foto tubuhnya sejak Mei tahun lalu dan dalam masa yang sama dia juga cuba meyakinkan orang ramai untuk sentiasa menghargai kekurangan diri.

Kata Ash, “Semua perempuan harus berasa selesa untuk hidup dalam tubuh sendiri kerana setiap orang memiliki nilai dan keunikan yang tersendiri.

“Semua orang layak merasakan diri mereka cantik,” tambahnya ringkas.

Sejak dari itu, dia sering berkongsi foto tubuhnya di laman Instagram, menggarisi bentuk-bentuk tompok Viltigo agar menyerupai lukisan peta dunia. Lukisan tubuh adalah salah satu cara yang digunakan wanita ini untuk mengekspresikan diri, keberanian serta pemikirannya.

Ternyata, usahanya untuk membuka mata orang ramai berhasil apabila mempunyai hampir 83 ribu pengikut di Instagram @radiantbambi. Ramai yang berbangga dengan sifatnya yang berani menggunakan kekurangan diri untuk bangkit dan berdiri sama tinggi dengan orang lain.

The post Lihat Kehebatan Wanita Ini Menukar Tompok Viltigo Pada Tubuhnya Menjadi Peta Dunia appeared first on Wanista.com.

#SephoraSpring2017: Tips Memilih Loose Powder Terbaik Untuk Hasil Solekan Sekata Tidak Berminyak

$
0
0

Jika anda meminati bidang solekan dan bercita-cita ingin menjadi seorang jurusolek (MUA) yang bertauliah, cara sapuan bedak tabur atau loose powder bukanlah perkara asing kan?

Ya, memang bunyinya ringkas namun jika tak kena pada cara, sapuan bedak itu mungkin akan kelihatan bercapuk nanti.

Loose powder adalah sejenis bedak bertekstur halus yang dimanfaatkan untuk mengekalkan solekan bedak asas serta concelaer ada wajah lebih lama. Dalam masa yang sama, fungsi loose powder juga adalah bertujuan untuk menutup liang pori agak tidak kelihatan secara jelas.

Oleh itu, amatlah mustahak untuk seseorang menyapu loose powder terutamanya pada bahagian wajah yang lekas berminyak dan berpeluh seperti di kawasan  bawah mata, rahang dan sekitar dahi.

Di sini wanita sediakan beberapa tips mudah bagaimana anda boleh memilih loose powder yang bertepatan dengan kondisi dan warna kulit anda.

#1 Pemilihan Berus

Lazimnya, bagi mereka yang sudah profesional, penggunaan span seperti “beauty blender” amatlah digalakan, namun bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan alat solek, sila gunakan berus kerana ia lebih memudahkan.

Caranya, celup berus tersebut ke dalam loose powder yang berkenaan sebelum meletakkannya pada kulit dna hendaklah dibiarkan bedak itu melekat pada kulit beberapa minit (5 hingga 10 minit) sebelum disapu rata untuk hasil solekan yang kemas dan nampak natural.

#2 Simpan Bedak Di Kawasan Kering & Sejuk

Loose Powder adalah sejenis bedak yang bertekstur halus. Ia memang direka khas untuk kegunaan wajah dan mampu menutup setiap liang pori yang terbuka. 

Bagi memelihara tekstur bedak itu agar tidak rosak, pastikan ia disimpan di kawasan yang kering dna sejuk. Jangan biarkan ia terdedah pada kepanasan serta basahan. Selepas menggunakannya, sila tutup rapat bekas bedak tersebut agar tidak dimasuki habuk yang kemudiannya mungkin merosakkan keadaan bedak serta bisa memberi iritasi pada kulit. Bersihkan bekas setiap kali selepas digunakan.

Kat Von D Lock-It Setting Powder & & Lock-it Powder Brush [BELI]

#3 Pilih Bedak Yang Bersesuaian Dengan Kulit

Hati-hati dalam memilih warna bedak kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap kulit anda nanti. Selain perlu memastikan serbuk bedaknya benar-benar halus, kalau boleh cari Loose Powder yang mempunyai warna seakan-akan kulit anda atau lebih baik jika ianya satu hingga dua tona lebih cerah daripada warna asal kulit.

Aspek pemilihan ini penting agar kulit tidak kelihatan nyata bercapuk apabila berpeluh nanti.

#4 Elak Sapu Terlalu Tebal

Perbezaan sapuan loose powder yang rata (kanan) dan tidak rata (kiri) sehingga nampak comot dna bercapuk.

Untuk mengelak ia menjadi bercapuk, sila gunakan bedak yang dilapis nipis pada bahagian wajah kemudian semburkan “setting spray” yang bisa membantu bedak tesebut melekat rata pada wajah. Hati-hati kerana loose powder biasanya akan kelihatan bercapuk apabila dipancar cahaya lampu seperti dari kamera (camera flash).

#5 Terlupa Untuk Menyapu Rata Bedak

Teknik sapuan “baking” yang digunakan Kim Kadarshian: Biarakn bedak melekat tetap pada kulit selama 5 hingga 10 minit sebelum disapu rata. Sumber: instyle.mx

Jika anda menggunakan teknik “baking” seperti yang sering dilakukan selebriti Kim Kadarshian, setelah membiarkan ia beberapa ketika untuk menyerap penuh pada kulit, jangan pula terlupa untuk meratakannya kemudian. Jika anda terlupa, anda pasti akan kelihatan seperti badut nanti!

#6 Sebelum Menyapu Bedak, Lembapkan Kulit Terlebih Dahulu

Jika bedak disapu pada kulit yang kering bersisik, sudah pasti sapuan tidak akan rata sekaligus menajdi bercapuk bukan?

Jadi, sapukan krim pelembap (moisturizer) dahulu pada kulit agar kulit yang kering bersisik itu tadi hilang. Barulah sapuan bedak nampak cantik :)

Selamat mencuba!

KLIK [#SephoraSpring2017] untuk ketahui pelbagai produk dan jenama terkini yang ada di gedung kecantikan SEPHORA ❤️

The post #SephoraSpring2017: Tips Memilih Loose Powder Terbaik Untuk Hasil Solekan Sekata Tidak Berminyak appeared first on Wanista.com.

Cegah Kedutan Di Wajah Lebih Cepat Dengan 5 Tips Ini!

$
0
0

Kemunculan kedutan pada beberapa bahagian nyata pada wajah adalah umpama mimpi ngeri buat wanita, terutamanya bagi mereka yang sedang meniti usia 30an dan ke atas.

Permasalahan penuaan kulit seperti inilah yang kerap mendorong ramai untuk menjalani surgeri atau pembedahan kosmetik yang pastinya memerlukan kos tinggi bahkan turut berisiko untuk memberi impak kesan sampingan terhadap individu terbabit.

Apa yang semua patut tahu, pencegahan awal sebenarnya sangat membantu untuk mengelak kemunculan kedutan menjadi lebih serius.

Lima langkah berkesan yang bisa bantu memulih dan memelihara kulit wajah dari diserang faktor penuaan adalah seperti berikut:-

#1 Minum Air Untuk Lembabkan Kulit Kering

Foto – The Indian Express

Kepanasan cuaca di Malaysia sebenarnya banyak mempengaruhi penuaan kulit. Jika anda kurang minum air, kulit akan menjadi kering seterusnya mengelupas, berkedut dan apa yang pasti, iritasi seperti kegatalan akan muncul.

Oleh itu minum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan jika anda impikan kulit sehalus sutera, amalkan meminum air sehingga 3 liter setiap hari. Seperti orang Korea, mereka gemar meminum air yang sudah disulingkan tanpa kandungan klorin yang banyak. Hasilnya kulit tegang dan sihat kerana cukup hidrat dan lembab!

#2 Rangsang Penghasilan Kolagen Dengan “Derma Roller”

Foto – The Beauty Guide – Fun Times Guide

Derma Roller adalah sejenis alat beroda yang dipenuhi beratus jarum halus. Kegunaannya adalah dengan cara mengosok alat tersebut pada permukaan kulit agar lubang-lubang halus terbentuk demi memudahkan proses penyerapan produk seperti serum serta merangsang sel kulit dari dalam permukaan epidermis untuk menghasilkan kolagen serta baik pulih tekstur kulit yang rosak dan terjejas.

Percaya atau tidak, tusukan jarum-jarum halus juga secara automatik akan melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam kulit seterusnya membuatkan kulit jadi anjal, halus tanpa kedutan dan memudarkan parut! Apa yang penting, rawatan ini boleh dilakukan sendiri di rumah. 

#3 Cubitan Kecil Untuk Rangsang Otot Wajah

Foto – www.mybeautynaturally.com

Kulit adalah organ terbesar yang membaluti tubuh manusia. Oleh itu, adalah mustahak bagi anda memberi belaian dan penjagaan yang rapi terhadapnya.

Selain urutan, anda boleh manfaatkan cubitan kecil pada wajah. Ia sebenarnya bisa merangsang otot-otot kulit untuk lebih aktif dan boleh mempengaruhi penghasilan kolagen yang lebih banyak

Lakukan cubitan kecil menggunakan jari secara lembut (tak perlu cubit kuat), terutamanya pada pipi, bahagian sisi dahi, dagu, keliling bibir, kawasan bawah mata dan keliling kening.

Untuk bahagian dahi pula, agak sukar untuk mencubit bahagian itu kerana ia tidak berdaging, jadi gunakan tiga jari (telunjuk, hantu dan manis) untuk menolak lembut bahagian kulit dahi ke atas beberapa kali.

#4 Memanfaatkan Krim Malam

Foto – Arkib Wanista

Krim malam kaya dengan pelbagai manfaat baik untuk kulit. Lebih-lebih lagi apabila ia disapu atas permukaan kulit yang bersih tanpa sebarang solekan serta bebas dari terkena seleran matahari. Waktu malam adalah masa yang paling tepat untuk memulih kulit.

Guna krim pelembap wajah Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream sebelum tidur (selepas mencuci wajah dengan bersih dan rapi diselangi penggunaan toner) kerana ia dapat bertindak sebagai rawatan intensif anti-penuaan yang selamat, berfungsi sepanjang malam untuk memberikan hasil lumayan agar bisa mendapat kulit yang sihat, anjal dan bebas kedutan sehalus porselin.

Sila fokuskan sapuan krim pada bahagian bawah mata kerana kulit pada kawasan itu adalah paling sensitif dan paling mudah ‘dihinggap’ kedutan. Jaga-jaga!

#5 Elak Tidur Secara Menelangkup

Foto – News Republica

Memang agak selesa sebenarnya bila tidur secara menelangkup badan tetapi dengan posisi tidur sebegitu, wajah anda sebenarnya tertekan ke bahagian bantal sepanjang malam seterusnya akan menggalakkan terjadinya kedutan yang tidak diingini.

Sebaiknya, tidur secara menelentang atau jika kurang selesa, boleh mengerengkan tubuh sedikit ke sisi.

Selamat beramal!

The post Cegah Kedutan Di Wajah Lebih Cepat Dengan 5 Tips Ini! appeared first on Wanista.com.

#SephoraSpring2017: Tips Memilih Loose Powder Terbaik Untuk Hasil Solekan Sekata Tidak Berminyak

$
0
0

Jika anda meminati bidang solekan dan bercita-cita ingin menjadi seorang jurusolek (MUA) yang bertauliah, cara sapuan bedak tabur atau loose powder bukanlah perkara asing kan?

Ya, memang bunyinya ringkas namun jika tak kena pada cara, sapuan bedak itu mungkin akan kelihatan bercapuk nanti.

Loose powder adalah sejenis bedak bertekstur halus yang dimanfaatkan untuk mengekalkan solekan bedak asas serta concelaer ada wajah lebih lama. Dalam masa yang sama, fungsi loose powder juga adalah bertujuan untuk menutup liang pori agak tidak kelihatan secara jelas.

Oleh itu, amatlah mustahak untuk seseorang menyapu loose powder terutamanya pada bahagian wajah yang lekas berminyak dan berpeluh seperti di kawasan  bawah mata, rahang dan sekitar dahi.

Di sini wanita sediakan beberapa tips mudah bagaimana anda boleh memilih loose powder yang bertepatan dengan kondisi dan warna kulit anda.

#1 Pemilihan Berus

Lazimnya, bagi mereka yang sudah profesional, penggunaan span seperti “beauty blender” amatlah digalakan, namun bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan alat solek, sila gunakan berus kerana ia lebih memudahkan.

Caranya, celup berus tersebut ke dalam loose powder yang berkenaan sebelum meletakkannya pada kulit dna hendaklah dibiarkan bedak itu melekat pada kulit beberapa minit (5 hingga 10 minit) sebelum disapu rata untuk hasil solekan yang kemas dan nampak natural.

#2 Simpan Bedak Di Kawasan Kering & Sejuk

Loose Powder adalah sejenis bedak yang bertekstur halus. Ia memang direka khas untuk kegunaan wajah dan mampu menutup setiap liang pori yang terbuka. 

Bagi memelihara tekstur bedak itu agar tidak rosak, pastikan ia disimpan di kawasan yang kering dna sejuk. Jangan biarkan ia terdedah pada kepanasan serta basahan. Selepas menggunakannya, sila tutup rapat bekas bedak tersebut agar tidak dimasuki habuk yang kemudiannya mungkin merosakkan keadaan bedak serta bisa memberi iritasi pada kulit. Bersihkan bekas setiap kali selepas digunakan.

Kat Von D Lock-It Setting Powder & & Lock-it Powder Brush [BELI]

#3 Pilih Bedak Yang Bersesuaian Dengan Kulit

Hati-hati dalam memilih warna bedak kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap kulit anda nanti. Selain perlu memastikan serbuk bedaknya benar-benar halus, kalau boleh cari Loose Powder yang mempunyai warna seakan-akan kulit anda atau lebih baik jika ianya satu hingga dua tona lebih cerah daripada warna asal kulit.

Aspek pemilihan ini penting agar kulit tidak kelihatan nyata bercapuk apabila berpeluh nanti.

#4 Elak Sapu Terlalu Tebal

Perbezaan sapuan loose powder yang rata (kanan) dan tidak rata (kiri) sehingga nampak comot dna bercapuk.

Untuk mengelak ia menjadi bercapuk, sila gunakan bedak yang dilapis nipis pada bahagian wajah kemudian semburkan “setting spray” yang bisa membantu bedak tesebut melekat rata pada wajah. Hati-hati kerana loose powder biasanya akan kelihatan bercapuk apabila dipancar cahaya lampu seperti dari kamera (camera flash).

#5 Terlupa Untuk Menyapu Rata Bedak

Teknik sapuan “baking” yang digunakan Kim Kadarshian: Biarakn bedak melekat tetap pada kulit selama 5 hingga 10 minit sebelum disapu rata. Sumber: instyle.mx

Jika anda menggunakan teknik “baking” seperti yang sering dilakukan selebriti Kim Kadarshian, setelah membiarkan ia beberapa ketika untuk menyerap penuh pada kulit, jangan pula terlupa untuk meratakannya kemudian. Jika anda terlupa, anda pasti akan kelihatan seperti badut nanti!

#6 Sebelum Menyapu Bedak, Lembapkan Kulit Terlebih Dahulu

Jika bedak disapu pada kulit yang kering bersisik, sudah pasti sapuan tidak akan rata sekaligus menajdi bercapuk bukan?

Jadi, sapukan krim pelembap (moisturizer) dahulu pada kulit agar kulit yang kering bersisik itu tadi hilang. Barulah sapuan bedak nampak cantik :)

Selamat mencuba!

KLIK [#SephoraSpring2017] untuk ketahui pelbagai produk dan jenama terkini yang ada di gedung kecantikan SEPHORA ❤️

The post #SephoraSpring2017: Tips Memilih Loose Powder Terbaik Untuk Hasil Solekan Sekata Tidak Berminyak appeared first on Wanista.com.

Rangkaian Produk Kecantikan Korea, Ginkgo Natural Tiba di 11street

$
0
0

Ginkgo Natural, produk kecantikan buatan Korea, berjanji untuk memberikan kesegaran dan memastikan kulit wajah bersih tanpa sebarang cela. Ginkgo Natural merupakan produk semula jadi serta berprestij disokong oleh badan penyelidikan yang disahkan.

Rangkaian produk penjagaan wajah, Ginkgo Natural. Foto – Arkib Wanista

Menggunakan teknologi state-of-the-art, Ginkgo Natural berkesan untuk menyuburkan kulit, memberikan kelembutan serta bebas habuk. Ginkgo Natural memanfaatkan kuasa anti-pengoksidaan ginkgo untuk menyubur dan melindungi kulit daripada tekanan dan unsur-unsur alam sekitar yang merosakkan. Bahkan juga, produk ini terdiri daripada 95% bahan-bahan semula jadi dan mengandungi sifar komponen minyak mineral.

Foto – Arkib Wanista

11street, salah satu e-mall terbesar di Malaysia dengan bangganya menawarkan secara eksklusif rangkaian produk Ginkgo Natural pertama di Asia Tenggara.

Bukan itu saja, 11street juga memperkenalkan promosi istimewa untuk produk Ginkgo Natural dibawah kempen ‘Shop The World’, yang berlangsung dari 1 Mac hingga 3 April 2017 dengan diskaun sehingga 65% untuk Ginkgo Natural dan penghantaran percuma ke Semenanjung Malaysia. Dalam tempoh promosi, produk-produk ini akan terdiri daripada RM7 hingga RM119.97 dengan tambahan eksklusif 15% diskaun kupon boleh dimuat turun di laman promosi Ginkgo Natural.

Untuk sebarang info berkaitan Ginkgo Natural, anda boleh semak laman web rasmi www.11street.my.

The post Rangkaian Produk Kecantikan Korea, Ginkgo Natural Tiba di 11street appeared first on Wanista.com.

Suka Guna Masker ‘Sakit’ Tanggal Bintik Hitam Putih Ini? Ketahui Keburukannya…

$
0
0

Kecil besar, kecil besar sahaja tengok bintik putih dan hitam dibahagian hidung dan pipi.

Memang puas hati kalau dapat keluarkan segala kotoran bintik putih dan hitam dengan menggunakan masker hitam yang menjadi kegunaan ramai. Boleh dikatakan hampir kesemua bintik kotor yang terkumpul dalam pori-pori dapat ditarik keluar. 

Tapi… Sanggupkah anda melalui keperitan ini..

Bagaimana terjadinya bintik putih atau hitam? 

Bintik hitam terjadi dari pori-pori yang tersumbat bersama bakteria dan sel kulit mati. Ia bertukar warna hitam apabila bakteria memberi reaksi pada oksigen dan ia akan muncul dikawasan dagu dan hidung. Sama seperti bintik hitam, bintik putih pula akibat dari pengeluaran minyak terlalu banyak dan menyumbatkan liang pori-pori secara langsung menyebabkan masalah jerawat berlaku. 

Ramai yang menggunakan masker hitam untuk menarik keluar bintik-bintik tersebut. Tapi tahukah anda, terdapat banyak keburukan yang bakal dialami kulit anda jika kerap melakukan tarikan masker tersebut. 

Risiko tumbuh jerawat makin tinggi!

Semasa ia menarik bintik-bintik ‘jahanam’ itu, ia juga menarik minyak semulajadi (natural oils). Natural oils memainkan peranan sebagai melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan. Bayangkan jika natural oils itu dibawa keluar dari kulit kita, ya! Risiko untuk timbul jerawat lagi tinggi. 

Liang pori-pori menjadi lebih besar

Tiada siapa suka melihat wajahnya yang menampakkan liang pori yang terbuka luas. Hodoh rasanya! Malangnya, akibat masalah bintik hitam dan putih yang kerap berlaku anda sentiasa menggunakan masker untuk menarik ia keluar. Tanpa anda sedari tabiat itu mengakibatkan liang pori menjadi lebih besar. 

Bintik hitam, putih kembali semula dengan cepat

Dari dua faktor diatas, secara tidak langsung bintik hitam dan putih boleh kembali terjadi dalam masa yang singkat. Saiz bintik tersebut boleh menjadi dua kali ganda besar dari saiz sebelumnya! 

Boleh merosakkan lapisan kulit atas / kapilari darah

Lapisan atas kulit boleh terjejas akibat kehilangan natural oils dan menjadikan ia lebih sensitif terhadap persekitaran. Bukan itu sahaja, ia faktor utama kulit menjadi kering dan tidak stabil. Lebih memburukkan, secara perlahan-lahan ia merosakkan kapilari halus darah dimana menyebabkan lebam halus diwajah. 

Solusi masalah bintik hitam dan putih menggunakan masker ‘sakit’ ini hanyalah sementara tidak begitu berkesan.

Jadi…Wanista sediakan langkah dan alternatif lain untuk anda mengatasi masalah ini…

#1 Tarik masker perlahan-lahan dan sapukan toner/penyegar muka selepas itu. Sapuan toner menambah keanjalan pada kulit

#2 Cuci muka dengan air sejuk / ais selepas menarik masker dari muka. Air sejuk boleh mengecilkan kembali saiz pori-pori dan membasmi kotoran dan bakteria. 

#3 Pastikan menjalankan rutin penjagaan wajah berkala dan mengikut jenis masalah yang kulit hadapi. 

#4 Gantikan masker hitam ‘sakit’ anda dengan CAOLION Hot & Cool Pore Pack Duo

Mempunyai fungsi yang sama seperti masker ‘sakit’ tapi cara menanggalkan lebih mudah dan selamat. Anda hanya perlu mencucinya menggunakan air. Didatangi dengan dua fungsi iaitu Blackhead Steam Pore Pack berfungsi sebagai menghapuskan sebarang kesan kotoran dan bintik-bintik diwajah dan Pore Original Pack pula mengetatkan semula liang pori-pori dan memberi efek sejuk segar pada kulit. Anda boleh dapatkannya di butik Sephora atau secara talian DISINI

CAOLION Hot & Cool Pore Pack Duo. Foto – Sephora.com

Jadi lepas ini tak payah nak jerit-jerit sampai menangis bila buat rawatan hilangkan bintik hitam dan putih. 

Namun terpulang pada individu masing-masing, nasihat penulis jangan malas cuci muka sahaja kerana ia faktor pertama penyebab masalah kulit! 

Rujukan

The post Suka Guna Masker ‘Sakit’ Tanggal Bintik Hitam Putih Ini? Ketahui Keburukannya… appeared first on Wanista.com.


Bye..Bye Tompok Hitam, Kedutan & Parut Dengan The Face Inc Lightening Duo

$
0
0

Atas faktor umur, kita semua bakal menghadapi pelbagai masalah kulit wajah yang semakin ketara. Warna kulit tidak sekata, tompok hitam, parut jerawat dan tanda-tanda penenuaan. Kadang kala itu semua membuatkan anda kelihatan lebih berusia dari usia semasa. 

Salah satu masalah kulit yang paling ditakuti dan degil untuk dinyahkan ialah hyper-pigmentasi. Ia berlaku apabila lebihan melanin dihasilkan diatas kulit dan meninggalkan kesan tompokan. 

Contoh hyper-pigmentasi. Foto – HowRid

The Face Inc memperkenalkan konsep terbaru mereka menangani masalah ini dengan memperkenal The Face Inc Lightening Face Duo yang mempunyai dua faktor keberkesanan The Face Inc Exfoliant dan The Face Inc Lightener

The Face Inc Exfoliant diformulasikan untuk menanggalkan lapisan sel kulit mati dengan AHAs dan BHA membasmi sebarang bintik hitam dan putih. Bukan sahaja membersih liang pori-pori wajah, malah ia juga memperbaiki dan memperbaharui sel kulit baru. 

The Face Inc Exfoliant. Foto – arkib Wanista.com

The Face Inc Lightener pula secara efektif mengurangkan pigmentasi dan mencerah. Selain itu, ia juga menghalang semula pembentukan melanin serta memperbaiki cela kulit wajah. 

The Face Inc Lightener. Foto – arkib Wanista.com

Rangkaian The Face Inc Lightening Face Duo secara eksklusif berada di butik kecantikan SASA seluruh Malaysia dan boleh dibeli secara atas talian di www.thefaceinc.com. Untuk pelbagai lagi produk pilihan The Face Inc, sila klik link ini

The post Bye..Bye Tompok Hitam, Kedutan & Parut Dengan The Face Inc Lightening Duo appeared first on Wanista.com.

Nak Perut Kempis Bak Supermodel? Hanya Minum Detoks Timun Sebelum Tidur

$
0
0

Siapa yang tak inginkan perut kempis bak supermodel Victoria’s Secret? Nampak cantik mengenakan apa sahaja outfit. Semestinya perut menggelebeh ke depan, nampak tak cantik. 

Foto – Giphy

Lemak di perut dikatakan lemak paling teruk dalam badan dan ia berpunca daripada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, hipertensi, diabetes type 2, masalah tidur dan macam-macam lagi.

Okay senaman merupakan cara terbaik untuk masalah ini tetapi pada sesiapa yang tidak mempunyai masa yang cukup, mungkin boleh amalkan minuman detoks timun untuk membakar lemak di bahagian perut.

Ya. Timun.Untuk pengetahuan anda, timun merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, malah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia. Selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda?

Foto – BANGTANlove

Ini antara kebaikan minuman detoks timun:

1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan.

2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda.

3. Minuman ini mempercepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.

Bahan-bahan untuk menyediakan minuman detoks adalah sangat mudah, anda hanya perlu sediakan ½ biji lemon, 1 biji timun, segenggam daun parsley, 1 sudu kecil halia yang diparut dan 1/3 air masak.

Selepas itu, campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. Insyallah jika dijadikan rutin hasilnya amat menakjubkan.

Selamat Mencuba Semua!

Rujukan : 1 & 2

The post Nak Perut Kempis Bak Supermodel? Hanya Minum Detoks Timun Sebelum Tidur appeared first on Wanista.com.

Sephora Lancar Aplikasi Mudah Alih ‘Sephora – Beauty Shopping’

$
0
0

Beauty Junkies! Penulis ada berita paling menggembirakan!

Sephora akhirnya melancarkan aplikasi membeli-belah mudah alih yang pertama! Aplikasi yang juga merupakan industri pertama seumpamanya, boleh dimuat turun oleh di seluruh negara melalui Apple Store dan Google Store secara percuma! (Sephora Mobile App)

“Pembeli kami mahukan yang terbaik dalam kecantikan, jadi terima kasih kepada aplikasi  ‘Sephora – Beauty Shopping’. Aplikasi yang kini di hujung jari memudahkan semua peminat kecantikan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan sama ada barangan mekap, penjagaan kulit, wangian, mandian serta banyak lagi – pada bila-bila masa, di mana sahaja.

“Bukan itu sahaja, pembeli juga disajikan dengan ganjaran eksklusif termasuk flash preview, akses awal kepada pelancaran produk dan promosi,” jelas Cindy Lee, Country Manager, Sephora Malaysia.

Aplikasi ini memastikan Sephora terus menerajui pasaran dengan tidak hanya yang terbaik dalam kecantikan, tetapi juga inovasi digital terus.

Jadi, semua beauty junkies, pergilah muat turun aplikasi Sephora sekarang dan dapatkan semua produk pilihan!

The post Sephora Lancar Aplikasi Mudah Alih ‘Sephora – Beauty Shopping’ appeared first on Wanista.com.

6 ‘Senjata’ Awet Muda Jennifer Aniston Yang Anda Tak Pernah Tahu

$
0
0

Percaya atau tidak, aktres terkenal Hollywood Jennifer Aniston kini sudah berusia 48 tahun! 

Boleh dikatakan tidak banyak perubahan pada tubuh mahupun wajah si cantik manis ini. Suka melihat penampilan Jennifer yang bersederhana walaupun dia juga diantara aktres kelas A Hollywood. 

Cuba anda lihat antara gambar Jennifer sewaktu majlis Oscar 2000 dan kini…

Foto – tv3.lt

Seperti langsung tidak dimamah usia! 17 tahun berlalu Jennifer masih kelihatan sama. Dari pelbagai sumber ini 6 senjata yang digunakan Jennifer Aniston untuk kekal awet muda.

Diet sihat dan senaman 

Sumber dari majalah ELLE mendedahkan Jennifer sangat berdisiplin dalam rutin senaman dan diet hariannya. Boleh dikatakan dia benar-benar merujuk kepada menu yang hanya mempunyai diet sayuran atau salad dilengkapi protein. Dia menjalankan pemakanan rendah karbohidrat dan tinggi protein sejak tahun 90-an lagi!

Penjagaan tubuh dan wajah 

Tak kira diusia muda atau tua siapa pun mahukan kulit yang bersih dan glowing bukan? Rupanya Jennifer berbelanja sebanyak GBP£ 6040 (hampir RM29,000) hanya untuk rawatan muka setiap tahun! Bukan itu sahaja, dia juga mendapatkan rawatan khas pada kaki dan kawasan leher. 

Penjagaan Rambut

 

Perasan atau tidak, Jennifer tidak memiliki banyak stail rambut, dia kekal dengan look rambut yang lurus dan terurus. Itu semua kerana dia amat menitikberat tentang rutin penjagaan rambutnya. Untuk mendapatkan rambut yang kekal sihat dia menghabiskan GBP£ 6975 (RM33,339) setahun. 

Solekan 

Konsep solekan yang sentiasa menjadi pilihan Jennifer ialah natural beserta lipstik berwarna nude untuk kelihatan glowing. Jangan main-main ya Jennifer hanya memilih jenama solekan seperti Chanel, Laura Mercier, Armani dan banyak lagi yang berjenama high-end

Rawatan Tan Palsu

Disenaraikan sebagai salah satu aktres terseksi, ini semua kerana rutin rawatan fake tan yang dibuatnya menjadikan kulitnya kekal terlihat eksotik. Jennifer salah seorang pelanggan tetap Ibiza Tanning salon di West Hollywood. Dengan teknik air brush, Jennifer membelanjakan hampir GBP£ 1.924 (RM9juta) setahun! 

Pembedahan Plastik

Oops! Bukanlah semua yang dimiliki oleh Jennifer bersifat semulajadi, rupanya dia pernah menjalani pemedahan plastik sebanyak dua kali untuk mendapatkan hidung yang terletak. Sekali lagi Jennifer berbelanja besar sebanyak GBP £ 20 ribu (RM96,000). Tak cukup dengan itu ada khabar angin mengatakan Jennifer ingin memasang implan payudara dengan kos sebanyak GBP£ 5 ribu (RM23,000).

Jadi apa pendapat anda dengan rahsia awet muda si jelita Jennifer Aniston ini? Adakah berbaloi atau palsu semata-mata?

Bagi penulis, dia berani untuk mengekalkan kejelitaannya kerana dia membawa nama sebagai selebriti Hollywood. Apa pun tepuk dada tanya selera.. 

The post 6 ‘Senjata’ Awet Muda Jennifer Aniston Yang Anda Tak Pernah Tahu appeared first on Wanista.com.

Pulihkan Kerosakan Kulit Dengan Topeng Muka Mamonde

$
0
0

Adakalanya, kerosakan kulit suka muncul pada waktu yang tidak diduga. Lebih parah apabila ia berlaku saat kita perlu kelihatan cantik seperti sehari sebelum hari perkahwinan atau pun sehari sebelum hari-hari penting lain yang memerlukan kita untuk kelihatan cantik.

Walau bagaimanapun, agak sukar untuk membaiki kerosakan kulitdalam masa asatu malam bukan? Tak perlu gusar kerana Mamonde ada caranya.

Dengan menggunakan kepingan mask secara berkala, ia dapatmengurangkan kerosakan serta bantu menyalurkan nutrien penting yang diperlukan kulit. Ia bernar-benar berkesan untuk menaikkan seri kulit dalam masa yang singkat malah merubah tekstur kulit yang kasar serta kering menjadi lembut bak sutera.

Inovasi Mamonde memanfaatkan ramuan bunga-bungaan botanikal yang terbahagi kepada tiga rangkaian mask termasuklah Signature Sheet Mask (RM13), Floral Essence Sheet Mask (RM6) dan Skin Fit Mask (RM19).

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.mamondegarden.my]. Produk Mamonde boleh didapatkan di kaunter Mamonde Aeon 1 Utama, Aeon Mid Valley Megamall dan Aeon Bukit Indah.

The post Pulihkan Kerosakan Kulit Dengan Topeng Muka Mamonde appeared first on Wanista.com.

Embellir Perkenal Krim Mata Dengan Daya Keberkesanan Yang Pantas

$
0
0

Boleh dikatakan daya penarik utama seseorang itu bermula dari matanya. Dari renungan mata kita dapat membuka pintu hati seseorang. Sebab itulah wajar bagi setiap individu menjaga kesihatan mata dan juga kecantikan kawasan si mata anda. 

Kulit disekeliling kawasan mata sangat nipis dan hasil dari kerlipan mata juga boleh membebaskan banyak radikal bebas dimana melumpuhkan otot mata sekaligus membina garis-garis kedutan sekitar mata.

Krim mata EMBELLIR. Foto – arkib Wanista.com

Kini dengan kuasa formula yang dipertingkatkan krim mata dari EMBELLIR dapat memberi keberkesanan pantas dan daya penyerapan yang tinggi. Diperkaya dengan ekstra semulajadi herba Lady Mantel, Red Reishi, Black Reishi dan Siratro.

SX Red Reishi dan Black Reishi. Foto – pamper.my

Ekstra SX Red Reishi dan Black Reishi bekerja sebagai mengimbangi fiber kolagen dan mengembalikan elastik kulit. Masalah kedutan diatasi dari herba Lady Mantel yang juga mengurangkan kesan buruk radikal bebas. Selain itu, krim ini juga diadun dengan dua jenis cecair larutan dari air dan minyak. Ia disesuaikan sebagai komponen melembabkan kawasan mata. 

Ternyata krim baharu dari EMBELLIR ini diformula khas untuk mengatasi masalah kedutan mata berpunca dari pembawakan radikal bebas. Dapatkan krim mata EMBELLIR Eye Cream dari pengelola kecantikan sah Menard. 

The post Embellir Perkenal Krim Mata Dengan Daya Keberkesanan Yang Pantas appeared first on Wanista.com.

Hada Labo AHA + BHA, Pembersih Wajah Dengan Formula Anti-Pencemaran

$
0
0

Semua sedia maklum, sebagai penduduk bandar, kita sentiasa terdedah kepada pencemaran yang berbahaya kepada kulit. Pengumpulan partikel pencemaran berlebihan pada permukaan kulit bukan sahaja menyumbat liang pori, tetapi juga menghilangkan seri wajah.

Pencuci muka Hada Labo AHA + BHA memberikan exfoliasi lembut pada kulit. Ia membantu menangalkan sel kulit mati dan kotoran yang menyumbat pori agar kulit lebih lembut, halus dan cerah.

Hadir dalam dua varian iaitu Hada Labo AHA + BHA Acne Control Face Wash dan Hada Labo AHA + BHA Oil Control Face Wash, pencuci muka Hada Labo serba baharu ini dirumuskan khas dengan formulasi:

Foto – Arkib Wanista

Formula Anti-Pencemaran Tiga Kali Ganda – Formula unik ini membantu membersihkan dan melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar dengan menghindari sisa pencemaran dari melekat pada kulit. Ia juga berfungsi mengeluarkan pencemaran logam berat dan membentuk satu lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran.

Formula Eksfoliasi Berganda – Pembersih Hada Labo ini mengandungi AHA (Asid Glikolik) dan BHA (Asid Salisilik) untuk membantu menghaluskan permukaan kulit, menghilangkan sel kulit mati dan memulihkan seri wajah.

Hada Labo AHA + BHA Acne Control Face Wash mempunyai ramuan anti-jerawat, Ekstrak Wild Pansy untuk membantu menentang jerawat agar kulit kelihatan bersih, licin dan sihat. Sementara itu, Hada Labo AHA + BHA Oil Control Face Wash mempunyai ramuan pengawal minyak, Ekstrak Plant Alpine untuk membantu dalam mengawal dan mengimbang minyak berlebihan, mengurangkan penampilan liang pori yang besar agar kulit lebih segar dan halus.

Hada Labo AHA + BHA Acne Control dan Oil Control Face Wash adalah pH seimbang dan bebas daripada sebarang alkohol, pewarna, pewangi dan minyak mineral. Untuk mencapai hasil optimum, gunakan bersama produk Hada Labo lain. Dijual pada harga RM31.90, Hada Labo AHA+BHA Face Wash boleh didapati di semua farmasi utama seluruh negara.

The post Hada Labo AHA + BHA, Pembersih Wajah Dengan Formula Anti-Pencemaran appeared first on Wanista.com.


Akan Datang! Gucci Flora Gardenia Edisi Terhad Untuk Si Cantik Manis

$
0
0

Bagi si peminat tegar wangian sensual yang seksi lagi menggoda, jenama Gucci pasti menjadi antara pilihan utama bagi kebanyakan wanita urban.

Ia menawarkan seleksi haruman mengasyikkan termasuklah Gucci Guilty, Gucci Bamboo, Gucci OUD, Gucci Flora dan yang terbaharu, Gucci bakal menambah rangkaian wangian untuk wanitanya dengan Flora Gardenia edisi terhad pula.

Cecair wangian rona merah jambu itu dibotolkan dalam botol ikonik Gucci flora manakala kotak pembungkusnya adalah sungguh ceria, dipenuhi motif bunga-bunga terang menggambarkan betapa wangian ini adalah yang paling istimewa.

Aroma Flora Gardenia akan membawa si pemakai ke sebuah alam fantasi, lembut dan segar bagai berada di tengah-tengah taman yang dipenuhi pohon bunga gardenia yang baru berputik mekar. Sungguh feminin dan diserlahkan dengan nota bauan manis dari beri merah, gula perang, herba patchouli serta bunga gardenia putih.

Gucci Flora Gardenia Limited Edition akan berada di pasaran mulai April 2017 ditawarkan dalam botol EDT 50ml pada harga RM295. 

 

The post Akan Datang! Gucci Flora Gardenia Edisi Terhad Untuk Si Cantik Manis appeared first on Wanista.com.

Terpegun! Barisan Aktress Korea Yang Miliki Wajah Eksotik

$
0
0

Disebabkan semuanya melakukan ‘sesuatu’ pada wajah, sukar untuk cari selebriti Korea Selatan yang miliki kecantikan semula jadi, yang betul-betul natural beauty sejak di usia muda lagi.

Pakar fesyen Korea Selatan, Danny Kim, sendiri menjelaskan hampir separuh selebriti di sana menjalani pembedahan plastik untuk kekal cantik dan nampak muda. Bagaimanapun, sebahagian daripada mereka tidaklah mengambil pembedahan secara major, ada yang sekadar touch up di bahagian mata sahaja untuk menampakkan bentuk mata yang besar.

Apa pun, industri hiburan di sana masih boleh berbangga kerana terdapat beberapa aktress yang miliki kecantikan semula jadi. Malah, ada di antara mereka lebih cantik tanpa mengenakan secalit mekap di wajah.

Siapakah mereka yang penulis maksudkan?

1. Song Ji Hyo, 35

Foto – Koreaboo

2. Song Hye Kyo, 35

Foto – Speakers’ Corner

3. Jun Ji Hyun, 35

Foto – Koreaboo

4. Shin Min Ah, 32

Foto – MyDramaList

5. Han Ga In, 35

Foto – KpopStarz

6. Park Shin Hye, 27

Foto – Soompi

7. Gong Hyo Jin, 36

Foto – Allkpop

8. Ha Ji Won, 38

Foto – Jauhari.NET

9. Kim Tae Hee, 36

Foto – Asiangrup

10. Son Ye Jin, 35

Foto – Muzul

Siapa sangka mereka ini semua sudah memasuki usia 30 tahun ke atas. Tapi serius semua memang nampak forever young sangat. So sweet!

The post Terpegun! Barisan Aktress Korea Yang Miliki Wajah Eksotik appeared first on Wanista.com.

Set Solekan Edisi Khas Clarins Idea Hadiah Sempena Hari Ibu

$
0
0

Hari Ibu ialah hari memperingati insan yang paling banyak berkorban dalam meniti kehidupan seharian kita. Masih lagi tertanya-tanya untuk beri apa si ibu anda pada hari ibu ini? Apa kata kali ini lakukan sedikit kelainan dengan memberi set solekan edisi terhad Clarins kepada insan istimewa anda.

Daily Energizer Lovely Lip Balm (RM79)

Daily Energizer Lovely Lip Balm. Foto – arkib Wanista.com

Beri kesegaran dan kelembapan pada bibir si ibu yang tidak pernah puas mengucupmu. Ia juga memperbaiki bersama memberi bau istimewa dari buah pic. Serlahkan bentuk bibir ibu anda sempurna lembut dengan warna segar mawar merah.

Skin Illusion Blush (RM85)

Skin Illusion Blush. Foto – arkib Wanista.com

Tambahkan sedikit warna pada pipi si ibu untuk dia kelihatan lebih muda dan berseri! Dari bahan semulajadi Pink Algae Extract dan Pink Opale Powder yang tidak menjejaskan kulit dan menambah seri pipi dengan 3 warna pilihan – Pink, Coral dan Havana. 

Dua set comel edisi terhad Clarins bakal berada di pasaran bermula 15 April 2017  di outlet:

Clarins Skin Spa: One Utama, BSC, KLCC, The Curve dan The Springs
Kaunter Clarins : AEON One Utama, AEON Midvalley, AEON Tebrau JB, Isetan KLCC, Parkson KLCC, Parkson Subang Parade, Parkson Pavillion, Parkson Gurney Pulau Pinang dan Sogo

Anda juga boleh pembelian secara atas talian di clarins.com.my

Selamat Hari Ibu! 

The post Set Solekan Edisi Khas Clarins Idea Hadiah Sempena Hari Ibu appeared first on Wanista.com.

Must Try! Terap Solekan ‘Licik’ Guna Warna Oren

$
0
0

Sejak akhir-akhir ni, warna oren semakin menjadi pilihan.

Sumber: Pinterest

Jika dahulu, kebanyakan wanita hanya berasa selesa untuk menyalit rona-rona tanah pada wajah seperti yang sering digayakan Kylie. Namun ternyata, kaum hawa masa kini lebih kreatif dan cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru agar tidak dilabel ‘klise’.

Oleh itu, Wanista ingin mencadangkan beberapa palet pembayang mata serta item mekap lain yang berasaskan rona jingga ceria -bisa dimanfaatkan anda si pemuja kecantikan.

#1 Too Faced Sweet Peach Palette: RM199.90 [Beli]

Palet pembayang mata dari koleksi Sweet Peach Too Faced ini teramatlah cantik. Bukan dari segi pembukusannya sahaja, malah warna-warna pembayang mata yang disatukan dalam palet ini adalah menyeluruh, sesuai untuk gaya solekan day-to-night!

Sumber: Youtube

Dari rona cerah seperti putih dan oren hinggalah kepada warna-warna gelap keunguan. Semuanya seakan bersatu dan jika bijak digunakan, akan menghasilkan magis pada wajah. 

#2 Smashbox Cover Shoot Eye Palette: RM130 [Beli]

Berpinar mata tengok warna terang dalam palet pembayang mata ni kan? Perfect for travel!

Maklumlah, sekarang kan musim panas/bunga, jadi tak salah bergaya sakan dengan solekan menonjol menggunakan seleksi warna terang, oren paling cantik!

#3 NYX Liquid Suede Cream Lipstick (Orange Country): RM29.57 [Beli]

Sumber: Pinterest

#4 Urban Decay Full Spectrum Eye Palette: RM265 [Beli]

Dengar kata palet ini adalah antara palet pembayang mata keluaran Urban Decay yang mendapat sambutan. Mana tidaknya, lihat sahajalah seleksi warna pelangi yang terhimpun di dalamnya. Memang menggugat ‘nafsu wanita’ sungguh!

Sumber: seventeen.com

#5 Sleek i-Divine Ultra Matte V1: RM69 [Beli]

Sekali pandang je dah jatuh hati! Jauh lebih murah daripada jenama-jenama lain. Namun, jika anda mahukan sesuatu yang berbaloi dan turut dilengkapi dengan rona-rona musim bunga seperti oren dan merah jambu, beli sahaja palet mudah dibawa ini okay?

#6 Mac Powder Blush in Bright Response: RM75 [Beli]

Apa kata kita lari sedikit daripada kebiasaan, calitkan pemerah pipi warna oren untuk hasil solekan bergaya persis model runway!

Sumber: Pinterest

Pasti nampak bersahaja dan warnanya agak ringan berbanding pemerah pipi rona merah atau merah jambu. Lebih-lebih lagi buat seseorang yang berkulit gelap dan redup.

#7 Sephora Collection Medium Shopping Bag Makeup Palette: RM115 [Beli]

Bersaiz serdehana besar, palet unik ini ada semua yang anda perlukan untuk menghasilkan solekan wajah sempurna.

Dari pembayang mata warna oren hinggalah kepada gincu jingga terang, ini adalah kombo lengkap untuk si kaki mekap!

#8 Marc Jacobs Beauty Highliner Gel Eye Crayon in 78 Orange Crush: RM110 [Beli]

Sensasinya gaya solekan mata yang diserikan dengan sedikit olesan eyeliner warna terang seperti ini. Anda memang “makeup junkies” yang sebenar!

***Gariskan penghujung kelopak mata dengan eyeliner warna hitam dahulu sebelum melapiskan ia dengan pensil penggaris mata warna oren seperti di bawah.

#9 Maybelline Color Sensational Lip Tint Code 07: RM34.90 [Beli]

Istimewa buat anda yang tidak suka mengoles gincu pekat pada bibir, Maybelline Lip Tint memang bagus! Tidak mengeringkan bibir seperti lip tint jenama lain tau! Penulis sendiri dah guna… Gayakan solekan ala k-pop dengan lip tint warna oren seperti ini.

***calit sedikit di bahagian tengah bibir sambil membiarkan kelilingnya pucat tanpa gincu terang.

Sumber: Blogspot/Aecha Charmy

#10 Sephora Collection Colorful Eyeshadow: RM49 [Beli]

Bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan mekap, sebaliknya beli sahaja pembayang mata tunggal dari Sephora ini. Pastinya lebih murah!

***Satu warna sahaja sudah cukup untuk menaikkan seri wajah seperti yang digayakan model Barbara Palvin ni! Kemudian jangan lupa gariskan bawah mata dengan sedikit celak untuk menonjolkan ilusi mata lebih galak.

Sumber: Pinterest

Apa yang menarik, warna oren sememangnya sesuai untuk semua jenis tona kulit dari yang cerah pucat persis Kristen Stewart hinggalah si hitam manis seperti Beyonce. Jadi, tak perlu timbul soalan, “sesuai ke tidak”.

Selamat mencuba!

The post Must Try! Terap Solekan ‘Licik’ Guna Warna Oren appeared first on Wanista.com.

Nu Skin Lancar AgeLOC Me, Penyelesaian Penjagaan Kulit Anti Penuaan

$
0
0

Nu Skin Malaysia memperkenalkan ageLOC Me ,iaitu satu sistem penjagaan kulit unik yang dilengkapi tekonologi terkini berserta perumusan anti-penuaan serba canggih.

Pengenalan ageLOC Me itu sekaligus membawa pembaharuan yang ketara terhadap rutin penjagaan kulit seharian kerana ianya boleh disuaikan mengikut keperluan tertentu setiap individu.

Foto – Arkib Wanista

Diilham oleh sekumpulan pakar anti-penuaan tersohor dunia, ageLOC Me adalah peranti kecantikan mesra pengguna yang menyampaikan rejimen diperibadi merangkumi serum dan pelembap anti penuaan bertenaga daripada 2,000 kebarangkalian kombinasi rejimen yang dirumus khas buat wanita mahupun lelaki yang ingin mencegah dan meminimakan tanda-tanda penuaan.

Sistem ageLOC Me Nu Skin menampilkan lima produk anti-penuaan yang unggul, kesemuanya dalam satu peranti pintar dan bersih. Ini menjadikan rutin penjagaan kulit lebih mudah dan menyeronokkan kerana ia menyediakan rejimen yang telah diperkemas dan diringkaskan, serta dapat menentukan sukatan dos yang tepat untuk kegunaan harian.

Foto – Arkib Wanista

Setiap rejimen penjagaan kulit peribadi merangkumi:

  1. Serum ageLOC Me (3) – Memaksimakan rawatan anti penuaan dengan kekuatan tiga serum untuk mencegah gejala-gejala penuaan yang menjadi kelaziman seperti kekedutan, tona kulit tak sekata serta kulit kering dan kasar, sekaligus menghasilkan kulit yang tampak sihat dan muda.
  2. Pelembap ageLOC Me Siang – Pelembap Siang memastikan anda memulakan hari dengan penuh rasa segar setiap pagi. Ia membekalkan penghidratan untuk menguat dan mengekalkan sawar kelembapan semulajadi, sekaligus melindunginya untuk sehari suntuk.
  3. ageLOC Me Malam – Dirumus khas untuk mempermuda kulit walaupun sewaktu anda sedang nyenyak tidur. Pelembap Malam menenang dan melegakan kulit tatkala membantu proses pemulihan semulajadi pada waktu malam.

Sistem Penjagaan Kulit Nu Skin ageLOC Me akan mula dipasarkan dari 25 Mac 2017 di semua Pusat Pengedaran Nu Skin. Harga jualannya ditetapkan pada RM3,346.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nu Skin, sila layar www.nuskin.com, ikuti laman Facebook Nu Skin, ataupun hubungi talian hotline: +603 – 2170 7888.

The post Nu Skin Lancar AgeLOC Me, Penyelesaian Penjagaan Kulit Anti Penuaan appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2417 articles
Browse latest View live