
Bella Hadid kembali mengubat rindu peminatnya dengan muncul dalam satu video khas bersama VOGUE. Dalam video berdurasi 17 minit, Bella berkongsi dua gaya solekannya iaitu Bella dan Belinda. Solekan yang diberi gelaran Bella ialah solekan serba ringkas dan minimalis. Manakala, Belinda ialah alter-ego untuk Bella Hadid gunakan ketika menghadiri acara atau bekerja sebagai model. Solekan Belinda lebih classy, bold dan memaparkan keyakinan diri.
Bella tidak kekok melakukan rutin penjagaan wajah dan solekannya. Malah celoteh dan suara model ini membuatkan ramai yang berkongsi rasa postif dan tenang ketika mendengarnya. Apa yang lebih menarik dalam video ini juga ialah perkongsian produk-produk yang digunakan oleh Bella. Sudah pasti ia membuatkan ramai yang ingin mendapatkan kunci kecantikan beliau.
Bella nampaknya menggunakan produk dari harga murah, berpatutan sehinggalah mahal. Ia bergantung pada formula dan kesesuaian pada kulitnya. Model berusia 29 tahun ini turut menggunakan jenama kecantikan dari rakan selebriti seperti Kylie Jenner, Hailey Bieber dan Huda Kattan. Namun, apa yang menarik perhatian Miss Murai ialah tiga produk yang murah menjadi pilihannya;
- Maybelline Define & Blend Eyebrow Pencil [RM24.72]
Kata Bella, dia ‘mencuri’ pensil kening milik Gigi Hadid. Pensil ini mudah digunakan untuk mereka yang memiliki bulu kening halus atau jarang. Ia mudah blend, tahan lama dan kalis air.

- Weleda Skin Food, Intensive Moisture Cream (30ml) [RM48]
”Saya sudah beli krim lapan kali dalam masa sebulan.” Begitu Bella obses dengan krim pelembab wajah dan badan dari Waleda Skin. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif.

- Physicians Formula Murumuru Butter Bronzer [RM71.90]
Bronzer ini merupakan produk rahsia untuk mekap Bella Hadid. Beliau memilih rona ‘deep bronzer’ dan menyapu pada pipi dan kelopak mata.

Dari pemerhatian Miss Murai, Bella sukakan gaya solekan warm-bronzer. Beliau sering mencampurkan foundation bersama bronzer jenis cecair. Teknik ini dapat menaikkan lagi tona kulit dan memberi kilatan berseri yang tampak semulajadi.
The post Ini 3 Produk Murah Bella Hadid Guna, Beli Dekat Sini Jer! appeared first on Miss Murai.