Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Ini 4 Produk ‘Rahsia’ Jurusolek Artis K-Pop Guna! Serius Mekap Glowing & Tahan Lama

$
0
0

Trend mekap Korea masih menjadi obesesi ramai. Ini kerana hasil mekap tersebut amat sesuai untuk gaya no-make up-look atau mekap natural. Wajah dan kulit lebih berseri, segar serta sihat sentiasa menjadi matlamat utama. Jadi sememangnya trend mekap Korea sentiasa mendapat hati sesiapa, termasuk mereka yang tidak gemar bersolek.

Hasil solekan dari idol K-Pop sentiasa menjadi rujukan ramai. Pun begitu masih ada rahsia-rahsia yang disimpan erat oleh jurusolek mereka. Mana tidaknya, hasil solekan sentiasa terlihat segar dan kekal lama biarpun para idol beraksi hebat di pentas persembahan. Tidak dapat dinafikan juga, mekap dari air tangan jurusolek K-Pop mengekalkan keremajaan.

Bertuah rasanya hari ini, DIVA dapat berkongsi 4 produk yang memang legit popular antara MUA artis K-Pop. Kini anda boleh miliki dan mencuba hasil mekap seolah-olah disiapkan dari tangan profesional.

  • Elizabeth Arden Eight Hour Cream Skin Protectant 50ml [RM203]

Ya, memang menjadi tanda tanya bagaimana kulit pada idol kekal berseri-seri. Krim dari Elizabeth Arden ini lah jawapannya. Ia bukan sahaja pelembab, malah mampu menghasilkan ilusi kilatan sempurna pada wajah. Malah ia boleh menggantikan lip balm dan losyen tangan kamu. Rahsia untuk mencipta glow seperti K-Pop idol, campur krim ini bersama primer kamu dengan ratio 1:3. Hasilnya mekap kamu glowing dan tahan lama!

Foto – Care to Beauty
  • Etude House Dr Mascara For Perfect Lash [RM30.15]

Mata galak antara peranan utama mencipta look K-Pop idol. Maskara dari Etude House ini bertujuan untuk menyuburkan bulu mata dan membersih bulu mata dari sebarang kesan gumpalan maskara. Ia boleh dipakai sebelum dan selepas maskara. Secara automatik, bulu mata tampak lebih lentik dan galak!

Foto – Althea
  • Too Cool For School Artclass Frottage Pencil Sheer Coloring [RM46]

Teknik aegyo eye tidak pernah padam dalam langkah mekap Korea bukan? Rupanya para jurusolek Korea menggunakan eye pencil dari Too Cool For School. Ini kerana ia mudah blend, pilihan warna lebih lembut dan natural. Kod rahsia pilihan mereka ialah #01 Shining Linen dan #02 Rosy Dew.

Foto – Joom
  • Laneige Neo Essential Blurring Finish Powder (7g) [RM115]

Nak lenyapkan tompok jeragat, parut jerawat dan kilatan kulit berminyak? Ini bedak yang paling popular dikalangan jurusolek K-Pop idol. Bedak saiz mikro yang memberi hasil ilusi kulit bermaya dan lembut dalam sekelip mata. Jadi, memang patutlah digilai ramai bedak ini. Siapa yang tak suka pakai foundation pun akan suka sangat dengan bedak Laneige ini.

Foto – Laneige

Agaknya produk mana yang paling teruja kamu ingin cuba? Atau sudah ada dalam kit mekap kamu? Kongsikan bersama DIVA.

The post Ini 4 Produk ‘Rahsia’ Jurusolek Artis K-Pop Guna! Serius Mekap Glowing & Tahan Lama appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear