Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Lupakan Dior, Clarins.. Ini 3 Lip Oil Dari Jenama Tempatan Dijamin Mencantikkan Bibir!

$
0
0

Sebelum DIVA ada kongsikan kebaikan tentang lip oil dan produk lip oil dari jenama antarabangsa. Namun, kali ini DIVA amat bangga sekali untuk memperkenalkan kepada pembaca tiga jenama tempatan yang juga mempunyai produk lip oil. Menariknya tiga jenama ini bukanlah jenama yang baharu, tapi sudah lama bertapak dalam industri kecantikan tempatan.

Seperti kita tahu lip oil meninggalkan manfaat yang baik pada bibir. Ia melembab dan merawat bibir yang kering. Selain itu, lip oil juga membantu wajah lebih berseri tanpa sebarang solekan tebal. Ternyata lip oil antara produk popular gara-gara vibe natural makeup di media sosial.

Foto – Greeta

Nah, ini tiga jenama lip oil tempatan dan ssshhhh..harga pun sangat murah!

#1 Velvet Vanity

Bukan satu tapi dua! Lip oil dari Velvet Vanity ini diperkaya dengan ektrak kacang soya, minyak kacang macadamia dan vitamin E. Secara keseluruhannya untuk menghidrat bibir dan melawan kekeringan. Lip oil Velvet Vanity bebas dari wangian dan sangat selesa dipakai sepanjang hari. Kamu boleh memilih samada untuk lip oil versi jernih atau warna kemerah-merahan.

  • Crystal Clear Glossy Glo Lip Oil [RM35]
Foto – Velvet Vanity
  • Bloom Glossy Glo Lip Oil [RM35]
Foto – Velvet Vanity

#2 Argania

Kalau nak tahu lip oil Argania atau Argania Lip Fuels sangat popular di TikTok. Ia pernah menjadi produk tular dan sudah tentu kini menjadi satu rutin wajin para gadis mencalit lip oil Argania. Ia diformulasi dengan vitamin E dan minyak jojoba untuk memastikan bibir lembab dan menggiurkan. Kini, Argania Lip Fuels mempunyai 4 rona pilihan dan haruman buah-buahan segar.

  • Argania Lip Fuels [RM39]
Foto – Argania

#3 D’Herbs

Dari air tangan pengasas D’Herbs, kelebihan lip oil D’Herbs ternyata luar biasa. Ia mampu melembabkan, merawat dan mencerahkan bibir. Lip oil ini bertukar warna mengikut suhu badan dan darah supaya bibir kelihatan semulajadi cantik. Bahkan, warna lip oil mampu bertahan sehingga 12 jam dan selesa dipakai sepanjang hari.

  • D’Herbs Sweet Kiss Lips Oil Booster [RM13.90]
Foto – D’HERBS

Terkejut kan? Rupanya ada sahaja lip oil keluaran tempatan yang berkualiti, selamat dan paling penting berpatutan. Selamat mencuba!

The post Lupakan Dior, Clarins.. Ini 3 Lip Oil Dari Jenama Tempatan Dijamin Mencantikkan Bibir! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420