
Setiap orang mempunyai petua atau trik kecantikan turun menurun yang diamalkan sejak tok nenek lagi. Sental kulit berdaki dengan hampas kelapa menghasilkan kulit putih bersih, putih telur untuk melembutkan dan mengecut jerawat serta pelbagai lagi.
Selebriti ini juga tidak terkecuali memasukkan trik kecantikan ini ke dalam rutin harian mereka bagi mendapatkan penampilan yang cantik sempurna. Ada yang menggunakan trik strawberi untuk gigi putih, susu ibu, teknik menampar muka, dan beberapa lagi yang unik.
1. Ariana Grande gunakan minyak kelapa sebagai hair mask dan makeup remover. Hasilnya kulit kelihatan lebih lembap dan lembut, manakala rambut bersinar daripada biasa.
- Foto – Kosmo
2. Cara Catherine Zeta Jones mengatasi gigi kuning adalah dengan menggunakan strawberi. Strawberi dilenyek dan diambil sedikit lalu apply ke gigi seperti anda ingin memberus gigi. Strawberi mengandungi malic acid, merupakan pemutih semula jadi yang baik untuk enamel.
- Foto – Hello Magazine
3. Rahsia Jessica Alba untuk flawless dan glow adalah teknik face-slapping (tampar muka sekuatnya). Setiap kali sapu skincare ke muka, jangan urut tapi tampar. Muka akan jadi lebih plump, pori makin mengecil, penampakan kedutan dan penuaan makin hilang dan membuatkan peredaran darah menjadi lebih baik.
- Foto – Yahoo
4. Nak tahu trik Kim Kardashian nak mengatasi kulit kering yang terdapat di badan? Guna susu ibu dan sapu merata ke tempat kering, dalam beberapa minit kulit kering mengelupas tertanggal. Susu ibu mengandungi asid oleik, yang menyembuhkan kulit kering.
- Foto – Amy Sussman
5. Camila Cabello mengecilkan pori dengan telur putih. Caranya pecah telur tapi asingkan putih dan kuning, ambil putihnya dan sapu ke muka. Biarkan beberapa minit sehingga putih telur kering dan cuci dengan air.
- Foto – The Jakarta Post
Macam menarikkan? Nanti bolehlah anda cuba, mana tahu sesuai dengan kulit. Selamat beramal!
The post Trik Kecantikan Unik Yang Selebriti Amal, Dari Susu Ibu Hingga Tampar Muka appeared first on Wanista.com.