Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all 2420 articles
Browse latest View live

Apakah Kelebihan Arcona Triad Pads Berbanding Kapas Muka Biasa?

$
0
0

Sesi mencuci solekan kadang-kala boleh memakan masa yang lama. Sudah lah lama, produk yang digunakan pula sampai dua hingga tiga jenis. Tak cukup tangan dan masa dibuatnya. 

Itu belum hendak pergi travel, satu beg sahaja untuk produk penjagaan kulit. Bila ada yang tertinggal mula lah kelam kabut mencari, memang tak tenteram dibuatnya sepanjang percutian. 

Ada ke yang macam ini? Foto – arkib Wanista.com

Serius, memang penulis pun sedang tercari-cari satu produk yang memudahkan urusan mencuci solekan. Bayangkan 3 produk dari kapas muka, penyegar dan makeup remover diletakkan dalam satu bekas. Senang kan! 

Umpama mimpi menjadi realiti, rupanya di Sephora Malaysia ada satu produk dari rangkaian ARCONA memperkenalkan Triad Pads Refresh. 

ARCONA Triad Pads Refresh. Foto – Sephora.my

Apa itu Triad Pads? 

Kapas muka yang direndam bersama formulasi kebaikan untuk membersih, menyegarkan dan menanggal solekan. 

Kebiasaanya kulit kita hanya mendapat satu manfaat dari satu produk bukan? Tapi dengan ARCONA Triad Pads kulit bukan sahaja dapat dibersihkan malah menerima 3 manfaat berterusan! 

Ada apa dalam ARCONA Triad Pads Refresh? 

Sesuai dengan semua jenis kulit, kapas muka dari  ARCONA ini direndam khas dengan menggunakan pati buah kranberi membantu membersih, menyegarkan dan melembabkan kulit. Buah kranberi dikenali dengan kebaikan dengan tinggi anti oksida dan vitamin E. Ia juga mempunyai Omega 3, 6 dan 9 dengan bauan seperti gula-gula. 

Foto – arkib Wanista.com

Kegunaan ARCONA Triad Pads Refresh? 

  • Sebagai toner/penyegar 
  • Menanggalkan segala solekan muka (makeup remover)
  • Pembersih wajah 

Manfaat ARCONA Triad Pads Refresh? 

  • Melembabkan dan menyegar kulit
  • Kulit cerah dan segar sepanjang masa
  • Melindungi dan memperbaiki tona kulit
  • Memelihara dan memulihkan kulit dari sebarang radikal bebas yang merbahaya

Pendapat penulis tentang ARCONA Triad Pads Refresh? 

Serius! Memang penulis suka sangat dengan konsep penjagaan wajah dari ARCONA ini. Memang mudah bila ada triad pads, kita tak perlu bawak sampai 3 barang kapas muka, penyegar dan makeup remover  cukup dengan satu bekas comel ini sahaja. 

Boleh digunakan pada bila-bila masa dan yang paling best penulis dapat rasa formula dari ARCONA mengecilkan pori-pori muka penulis. Bedak asas, maskara, eyeliner, pembayang mata, lipstik dan pemerah pipi semuanya boleh tanggal walaupun hanya dengan satu kapas. Selepas membersih muka, penulis ambil lagi satu kapas triad pads untuk menyegar muka. 

Bagi penulis triad pads wajib ada pada setiap gadis yang suka mengembara dan bergerak bebas. 

Foto – arkib Wanista.com

Namun ada sedikit yang penulis rasa kurang okay dengan triad pads ARCONA, harga untuk 45 helai triad pads ini sahaja pun dah RM136 lebih tinggi berbanding membeli kapas muka, penyegar dan makeup remover. 

Jadilah pengguna bijak! 

1. Anda boleh potong triad pads kepada dua bahagian, 1 untuk menanggalkan solekan dan lagi 1 untuk menyegar

2. Gunakan triad pads hanya bila anda pergi bercuti, bekerja di luar kawasan atau ke gim. 

Dimana nak dapatkan ARCONA Triad Pads Refresh? 

Segera ke butik kecantikan Sephora Malaysia seluruh negara atau klik sahaja di http://www.sephora.my/products/arcona-triad-pads

Foto – arkib Wanista.com

Jangan lupa untuk baca lebih banyak lagi info dan review produk Sephora Malaysia sempena Sephora Spring 2017 KLIK DISINI


Sephora Lancar Koleksi Too Faced x Kat Von D “Better Together”

$
0
0

Siapa yang masih lagi bingung nak belikan hadiah untuk si dia tersayang?

Ini berita yang anda tunggu, Too Faced dan Kat Von D kolaborasi untuk menghasilkan Koleksi “Better Together” sempena Hari Kekasih.

“Better Together” adalah kerjasama istimewa antara dua ikon kecantikan – Kat Von D dan Too Faced. Koleksi ini mempunyai tiga set eksklusif menggabungkan warna pilihan kedua jenama yang sinonim seperti lembut dan garang, malah keduanya meraikan cinta, persahabatan sejati dan semangat yang tidak tenggelam.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

“In our industry of beauty it’s incredibly rare to have a fellow founder befriend you, especially one your company is compared to. This makes our friendship that much more unique and precious. I am happy to finally be able to share our love for each other and what we do with the world!” – Jerrod Blandino, Too Faced

“To me, this collaboration represents something much bigger than lipstick and eye shadow. This is a love letter that we have created together—dedicated to all of you—in hopes that it inspires love, kindness, and compassion. Because together, we are truly better” – Kat Von D

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

“Better Together” kini boleh didapati di semua kedai-kedai Sephora pada 10 Februari (Malaysia Barat) dan 16 Februari (Malaysia Timur).

Romantiskan Warna Bibir Dengan Rangkaian Lip Balm Estelle & Thild

$
0
0

Kata orang mata itu turun ke hati. Bagaimana pula dengan bibir yang mengucapkan kata-kata cinta, tidakkah ia juga turun ke hati?

Bersempena hari kekasih ini pasti ramai yang tercari-cari pelengkap gaya solekan yang sesuai dengan suasana romantis dan tidak keterlaluan. Warna merah jambu memang menjadi warna utama dalam memberi penampilan romantis pada si gadis.

Dengan itu rangkaian Lip Balm dari Estelle & Thild mencipta warna lip balm bagi merealisasikan hari kekasih romantis anda! 

Disamping memberi pilihan empat warna merah jambu pilihan, ia diperkayakan untuk melindungi dan melembabkan bibir. Formulasi unik yang ringan melembutkan dan juga menaikkan seri warna bibir anda secara semulajadi. 

Peony Pink

Foto – arkib Wanista.com

Poppy Pearl

Foto – arkib Wanista.com

Rosie Red

Foto – arkib Wanista.com

Blossom Beige

Foto – arkib Wanista.com

 Dapatkan rangkaian Lip Balm dari Estelle & Thild di butik kecantikan Sephora seluruh negara atau klik sahaja http://www.sephora.my/brands/estelle-and-thild

[Pilihan Wanista] Jom Cuba! 3 Produk Primer Untuk Solekan Tahan Lama

$
0
0

Perkara yang paling menggusarkan bagi setiap pencinta solekan ialah, selama mana solekan itu dapat bertahan lama? Pastinya ada sahaja tips kecantikan dan produk anda mencuba tapi tidak semua menjanjikan hasil yang diinginkan. Bagi anda yang masih belum lagi mencuba teknik primer, apa yang anda tunggu lagi. Sememangnya primer adalah satu cara yang paling mudah, menjimatkan dan berhasil. 

Kalau diikutkan sudah lebih dari 2 artikel Wanista kongsikan dengan pembaca tentang manfaat penggunaan primer bagi mengekalkan solekan untuk tahan lama.

Artikel yang mana ya?

1. Masalah Dengan Pori-Pori Muka Besar? Ikuti 8 Langkah Kecantikan Ini

“Krim primer secara praktikalnya direka khas untuk wanita mempunyai pori-pori besar. Primer menjadikan muka lebih halus dan memberi solekan tahan lama. Anda boleh gunakan sebelum menambah bedak asas dan ia mengawal minyak muka.”

2. Rahsia  Bedak Asas Tidak Pecah Dan Kekal Glowing 

“Jika anda seorang makeup-geek pasti sudah biasa mendengar perkataan ‘primer’. Primer ialah krim yang dipakai selepas krim pelembab. Fungsinya untuk menutup pori-pori dan meninggalkan kesan licin dikulit. Primer juga menghalang muka menjadi berminyak dan mengekalkan bedak asas. Jika dahulu Primer didatangi dari jenis krim, kini terdapat dalam jenis semburan, cecair serum dan serbuk. “

3. Lakukan Perkara Ini Dulu Sebelum Bersolek 

“Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.”

Foto – Tenor GIF Keyboard

Untuk artikel kali ini, penulis ingin berkongsi pula tentang produk primer yang menjadi pilihan. Kegunaan ketiga-tiga produk ini adalah sama menghasilkan solekan yang tahan berjam lamanya. Penulis kongsikan kelebihan setiap produk dan kesesuaian untuk menjadi pilihan anda pula! 

#1 The Face Inc Primer Mist 

The Face Inc Primer Mist. Foto – arkib Wanista.com

Produk primer dari jenis semburan ini sangat ringan, praktikal dan mudah dibawa kemana-mana! Primer ini sesuai untuk anda yang menitikberatkan kesan penenuaan di muka. Dengan 8 kebaikan semulajadi seperti protein kacang soya, kolagen, Vitamin B3 dan banyak lagi sangat membantu memperbaiki tanda penenuaan. Selepas beberapa semburan dimuka kemudian biarkan ia kering selama beberapa minit, penulis dapat rasa kulit berasa lebih licin dan sapuan bedak asas lebih mudah. 

Foto – arkib Wanista.com

Anda boleh dapatkan The Face Inc Primer Mist di butik kecantikan SASA atau www.thefaceinc.com. Berharga RM178 bersama dua isian semula(3x15ml). 

#2 it cosmetics Bye Bye Pores Primer 

it cosmetics Bye Bye Pores Primer. Foto – arkib Wanista.com

Primer dari it cosmetics ini dikatakan dibangunkan bersama pakar-pakar pembedahan plastik! Diuji secara klinikal bebas dari paraben, ujian haiwan dan bebas minyak. Sesuai dipakai sebelum atau selepas krim pelembab, primer ini didatangi dalam bentuk krim serum. Penulis mengesyorkan primer dari it cosmetics untuk anda yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi, jerawat dan pori-pori muka yang besar.

Foto – arkib Wanista.com

Tapi sabar ya! Bye Bye Pores Primer akan berada di pasaran pada Mac ini di Sephora Malaysia, harga dianggarkan pada RM160 – RM170

#3 Hello Fab Coconut Skin Smoothie Priming Moisturizer 

Hello Fab Coconut Skin Smoothie Priming Moisturizer. Foto – arkib Wanista.com

Perkara yang paling penulis perasan tentang primer dari First Aid Beauty koleksi Hello Fab ini ialah baunya. Sedap…bau kelapa segar, rasa nak makan pula. Aplikasi dari jenis krim mudah disapu untuk semua jenis kulit termasuklah anda yang berkulit sensitif! Walaupun krim ini berwarna beige/coklat cerah, jangan risau, ia akan sebati mengikut warna kulit anda. Jadi tak kisahlah warna kulit anda hitam manis atau kuning langsat boleh guna primer dari Hello Fab. 

Foto – arkib Wanista.com

Cepat dapatkan Hello Fab Coconut Skin Smoothie Priming Moisturizer dari First Aid Beauty di butik kecantikan Sephora Malaysia dengan hanya RM134 sahaja!

Foto – Vomzi

Teruja kan nak dapatkan kesemua produk primer di atas?! 

Tapi nanti dulu…takkan nak beli kesemuanya, ikut tips ringkas dari penulis untuk memilih primer di atas:-

S: Anda berumur 25tahun keatas? Ingin bersiap cepat? 
J: The Face Inc Primer Mist

S: Masalah kulit berjerawat/berminyak? Pori-pori muka besar?
J:
it cosmetics Bye Bye Pores Primer

S: Kulit sensitif/normal? Bajet rendah untuk primer?
J:
Hello Fab Coconut Skin Smoothie Priming Moisturizer

Kalau nak tahu lagi banyak lagi produk cantik sempena koleksi Sephora Spring 2017 LIHAT DISINI. 

10 Jenama Liquid Lipstick ‘Made in Malaysia’ Untuk Bibir Mungilmu

$
0
0

Gincu adalah suatu kemestian buat kaum hawa dari dulu hingga kini. Tanpa gincu, tidak lengkap rasanya gaya seharian seseorang wanita itu bagai wajahnya tanpa seri. Sebab itulah orang kata, wajah ini ibarat kanvas yang boleh dilakar dengan solekan untuk membangkitkan personaliti menarik. 

Nah, seiring dengan trend solekan semasa, gincu tidak hanya boleh didapati dalam bentuk olesan berkrim semata-mata. Melihatkan kepada bidang kecantikan yang semakin popular dan mendapat tempat di hati netizen, revolusi kosmetik semakin mekar sehingga selebriti seksi berbibir mungil Kylie Jenner mula mempopularkan trend liquid lipstick di samping kemunculan Kylie Lip Kit yang tidak semena-mena buat ramai gadis dan wanita di luar sana ‘menggila’ demi mendapatkan set gincu jenis matte berkenaan.

Apa yang menarik tentang gincu matte adalah formulasinya yang cepat mengering pada bibir seterusnya tidak mudah comot dan pudar seperti gincu berkrim yang harus ditambah olesannya setiap kali selepas makan atau beberapa ketika. Kemasan gincu cecair adalah lebih cantik dan eksklusif membuatkan ramai mula memanfaatkannya dalam solekan seharian.

Khas buat anda yang sukar mendapatkan Kylie Lip Kit, ini Wanista senaraikan 10 jenama liquid lipstick keluaran Malaysia!

#1 DIDA

#2 Velvet Vanity

#3 Sugarbelle Cosmetics

#4 Ruby & Roses

COPPER METAL. Copper metallic with rose gold undertone . . ➡️ will be back in stock tomorrow at 8 PM Malaysia Time ✨

A post shared by Beauty Without Cruelty (@rubydanroses) on

#5 Lip Bait

Spot what's new 👀

A post shared by Shade Dough Lip Bait (@shadedough) on

Code: Berry Blanched / #Lipbait #ShadeDoughByHanisZalikha

A post shared by Shade Dough Lip Bait (@shadedough) on

#6 Zhuco Cosmetics

#7 Fame Cosmetics

Coming to you soon. 💋 #famecosmetics #famecosmeticsMY #fametravelkit

A post shared by Fame Cosmetics HQ (002489550T) (@fame_cosmetics) on

Code : DESIRE Price : RM29 #mattelipcream #mattelipstick

A post shared by Fame Cosmetics HQ (002489550T) (@fame_cosmetics) on

#8 Hermosa 

#9 Chique Cosmetic

#10 Sobella Cosmetics

Jom… Sokong sikit produk Malaysia! #lokalah 

Tips Mekap! 6 Sudut Muka Wajib Ditambah Highlight Untuk Kesan ‘Glowing’

$
0
0

Biasa dengar kan sekarang teknik contouring, shading dan highlight. 

Jika teknik contouring dan shading memberi efek muka kurus dan tirus, bagaimana pula dengan highlight? 

Teknik highlight atau highlighting memberi efek bercahaya dan ‘dewy look’

Tapi jaga-jaga, setiap teknik solekan mempunyai helah tersendiri bagi mengelakkan anda kelihatan seperti makeup-loser. Berlebihan dalam pemakaian highlight boleh menyebabkan muka anda seperti berminyak atau memakai bedak glitter. 

Wanista kongsikan sudut wajib untuk anda tambahkan highlight pada solekan, jom belajar! 

Apa yang anda perlukan? 

#1 

Berus jenis Tapered Brush atau Fan Brush. Foto – arkib Wanista.com

#2 

Highlighter dari Stila Cosmetics jadi pilihan Wanista. Foto – arkib Wanista.com

Bagi solekan ringkas atau harian, ramai yang gemar memilih highlighter kompak seperti dari Stila cosmetics. Ia mudah digunakan dan highlighter ditambah selepas selesai sapuan bedak asas dan contouring. 

Highlighter dipakai dibahagian mana? 

Foto – arkib Wanista.com

#1 : hujung bawah kening, memberi efek bentuk kening kelihatan tinggi 

#2 : lekuk atas bibir, letakkan sedikit dibahagian tersebut sebelum memakai lipstik. Ia memberi ilusi seksi pada bibir anda.

#3 : inginkan tulang pipi tinggi bak Angelina Jolie? Sapukan highlighter diatas tulang pipi dari luar ke dalam.

#4 : hasil contouring dibahagian lebih ‘hidup’ dengan sapuan nipis highlighter dibahagian atas hidung. 

#5 : sama dengan #2 sapukan highlighter dibahagian bawah bibir untuk kesan bibir penuh. Mmuah! 

#6 : Sapuan dibahagian ini sama seperti memberi efek tulang pipi tinggi, jadi anda boleh sapukan dari hujung rambut selaras dengan tulang pipi anda. 

Sebelum dan Selepas 

Teknik highlight menonjolkan sudut wajah yang tersorok. Foto – Youtube.com

 Mudah sahaja kan? Paling penting anda kena pakai highlighter ini bila bersolek, kalau pakai dengan muka pucat, muka akan nampak berminyak dan ‘tidak siap’. 

Stila Heaven’s Hue Highlighter (Kitten) 

Antara 4 produk diatas, penulis secara peribadi memilih highlighter dari Stila Cosmetics kod Kitten. Bagi penulis highlighter ini sesuai untuk semua warna kulit dan meninggalkan hasil semulajadi. 

Selain itu, tekstur highlighter ini sangat nipis dan halus bila disapu di kulit. 

Foto – arkib Wanista.com

Kalau anda baru nak mencuba teknik highlighting, penulis cadangkan guna highlighter dari Stila Cosmetics kod Kitten ini ya! 

Dapatkan Stila Heaven’s Hue Highlighter (Kitten) di butik Sephora Malaysia seluruh negara sempena Sephora Spring 2017

ELITE Hair Wax, Gaya Berkekalan Buat Si Jejaka

$
0
0

Lelaki moden zaman sekarang kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.

ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!

Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

Foto – Arkib Wanista

Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.

Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!

Airy Wild hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!

Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!

Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.

ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja.

The post ELITE Hair Wax, Gaya Berkekalan Buat Si Jejaka appeared first on Wanista.com.

Ini 5 Sebab Relevan Kenapa Kena Toner Muka Selepas Membersih

$
0
0

Masih ramai lagi wanita sebenarnya tidak tahu rutin penjagaan wajah yang lengkap. Dari pengalaman penulis sendiri, ada diantara rakan penulis masih lagi tidak pasti dan jujur cakap langsung tidak peduli tentang kebersihan kulit muka.

Tiga rutin asas penjagaan wajah yang bermula dengan membersih, menyegar dan melembab.  Tak ramai mengambil berat dengan konsep menyegar atau toner. Bagi mereka bahagian itu boleh skip, tahukah anda padahnya bila tidak menggunakan toner selepas membersih muka akibatnya kulit muka mengeluar lebih minyak dan tersumbat. 

Dari mana jerawat terjadi? Sudah terjawab bukan. 

Foto – Pinterest.com

Jadi nasihat penulis amalkan menyegar muka selepas membersih muka, anda akan mendapat pelbagai manfaat kecantikan darinya. Tak susah pun! Tak sampai lima minit pun menyegar muka kita sendiri! 

#1 Mengimbangi pH kulit 

Kulit kita sememangnya semulajadi berasid, kulit yang normal mempunyai keseimbangan pH diantara lima dan enam. Selepas mencuci muka, sifat alkali dari produk pencuci boleh menganggu keseimbangan pH dan menyebabkan kulit berminyak. Penyegar membantu mengembalikan semula keseimbangan pH dengan cepat. 

#2 Mengecilkan pori-pori muka 

Selain dari 8 cara INI, penyegar atau toner cara paling mudah dan efektif mengecilkan pori-pori. Apa yang perlu lakukan ialah hanya letakkan bebeapa titis penyegar di kapas muka kemudian sapukan diseluruh muka. 

Bacaan pH. Foto – YouTube

#3 Merawat kulit yang bermasalah

Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat yang tanpa henti, cuba masukkan rutin menyegar muka dengan toner bagi menyingkir minyak, kotoran dan bakteria penyebab kulit bermasalah. Jika toner mampu mengecilkan pori-pori ianya juga secara tidak langsung menutup peluang untuk tidak timbul jerawat lagi. 

#4 Menambah lapisan perlindungan dan kelembapan

Sejurus mencuci muka, menyapu penyegar di kulit memberi kelembapan yang ekstra dan juga lapisan perlindungan mengetatkan sel-sel kulit. Ia mampu membuang bahan klorin dan mineral dari air paip semasa mencuci muka. Jika anda sering mengembara menggunakan kapal terbang, kulit mudah menjadi kering bila berada didalam penerbangan. Sediakan satu botol kecil penyegar dan kapas muka untuk mengembalikan kelembapan muka, tak perlu guna air. Toner pun dah cukup! 

Toner juga memberi kelembapan sesuai pada kulit kering. Foto – Prevention.com

#5 Membersih saki-baki solekan yang tertinggal 

Walaupun sesudah menanggalkan solekan dengan makeup remover dan pencuci muka, masih ada lagi saki baki kecil bekas solekan yang tertinggal di sebalik liang pori-pori. Jadi untuk pastikan kulit anda benar-benar bersih, toner langkah tambahan yang menjanjikan kulit bersih dari terjadi kulit mati. 

Rujukan 1 & 2 

The post Ini 5 Sebab Relevan Kenapa Kena Toner Muka Selepas Membersih appeared first on Wanista.com.


Tiada Bintik Hitam, Sihat Berseri, Kulit Cerah Dengan Clarins White Plus Pure Translucency

$
0
0

Kulit wajah wanita sering berdepan gangguan saban hari angkara UVA, UVB dan pencemaran yang menyebabkan muncul bintik hitam, kulit wajah yang gelap, kusam dan dehidrasi.

Justeru, bagaimanakah cara untuk kita mengawal dan mengelakkan bintik hitam daripada muncul sekali gus membolehkan diri memiliki kulit yang cantik dan berseri-seri?

Inovasi dan kepimpinan yang mantap Clarins selama 20 tahun dalam bidang pencerahan kulit wajah, merangsang dan menzahirkan sebuah kejayaan saintifik baharu – pemahaman bagi pigmentasi yang berlebihan melalui MELA-EXO- SYSTEM dan penemuan tumbuhan baharu – “pencerahan-secara-terkawal” oleh ekstrak buah acerola, bersama pelancaran Serum Pecerahan Tri-Intensive pada 2016.

Pada 2017, Clarins telah mencipta regimen pencerahan secara menyeluruh yang dicipta oleh 5 langkah penting untuk mendapatkan kulit yang bersih secara semula jadi: Membersih, Menyediakan, Membaiki, Menyerlahkan dan Memulihkan.

Tambahan lagi, untuk kali pertama, Kajian Clarins telah mengenalpasti keupayaan esktrak buah acerola untuk mengawal melanocyte dengan menghalang aktiviti eksosom, protein yang menyebabkan pengeluaran melanin secara keterlaluan. Ini membantu mengurangkannya sebanyak 24.5%*, yang jelas menyeimbangkan kesan eksosom terhadap pengeluaran melanin secara berlebihan.

White Plus yang baharu sesungguhnya berjaya mengawal pergerakan exosomes demi mengekalkan pengeluaran melanin agar sentiasa terkawal dan memberikan 3 kebaikan bagi anti-bintik hitam (menghalang, membaiki dan mengawal).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke Facebook Clarins.

The post Tiada Bintik Hitam, Sihat Berseri, Kulit Cerah Dengan Clarins White Plus Pure Translucency appeared first on Wanista.com.

GEMFIVE Lancar Laman The Beauty Buzz Untuk Bantu Pengguna Cari Produk Kecantikan Terbaik

$
0
0

GEMFIVE yang merupakan salah satu syarikat e-dagang terkemuka tanah air baru-baru ini menguntai kerjasama bersama dengan pakar kecantikan atas talian dari Jepun, COSME-DE.COM yang sebenarnya merupakan pengendali utama kepada rangkaian ternama seperti The Body Shop dan SaSa.

Berikutan kerjasama itu akhirnya pengguna kini berpeluang mendapatkan label barangan kecantikan dan kosmetik mewah seperti Clarins, Bobbi Brown, Shu Uemura, Shiseido, Aesop dna banyak lagi menerusi platform atas talian GEMFIVE secara pantas dan mudah.

Bukan itu sahaja, bagi memberi lebih keterujaan pada semua, GEMFIVE turut melancarkan satu laman digelar The Beauty Buzz [KLIK] yang mengetengahkan pendapat serta kompilasi nasihat bernas dari pakar-pakar serta ikon kecantikan semasa mengikut kategori termasuklah Dr. Ko Skincare Specialist and Amorepacific Malaysia Sdn. Bhd. (penjagaan kulit), Laura Mercier (kosmetik), L’Oreal Paris (penjagaan rambut) dan Coty (wangian).

Pakar-pakar yang terlibat akan menjawab tiga soalan dari orang ramai setiap minggu dan tiga soalan paling menarik akan layak menerima saguhati berupa set barang kecantikan sumbangan GEMFIVE.

Ini adalah sebahagian inisiatif terbaik yang dilakukan GEMFIVE demi menyatukan semua melibatkan peniaga, jenama, serta pelanggan untuk berganding memberi faedah terhadap satu sama lain. Dengan cara ini juga, pelanggan bisa dibekalkan dengan ilmu seterusnya membantu mereka untuk membuat keputusan apakah produk yang terbaik untuk diri berpandukan perbincangan nasihat dari pakar di laman The Beauty Buzz.

Jangan ketinggalan untuk menyertai komuniti The Beauty Buzz dan dapatkan diskaun sehingga RM50 apabila membeli barang kecantiakn sekurang-kurangnya RM150 di GEMFIVE menggunakan kod promo LOVEBEAUTY12 sehingga 28 Februari ini. Buat mereka yang melakukan pembelian sekurang-kurang RM220 pula akan berpeluang membawa pulang set hadiah dari L’Occitane dan pouch bernilai RM209 secara percuma!

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.gemfive.com/my/beauty atau lawat Facebook rasmi GEMFIVE di www.facebook.com/gemfivemy untuk keterangan lanjut.

The post GEMFIVE Lancar Laman The Beauty Buzz Untuk Bantu Pengguna Cari Produk Kecantikan Terbaik appeared first on Wanista.com.

Nak Muka Cepat Bersih Dan Cantik? Masker Muka Ada 6 Super-Kebaikannya!

$
0
0

Masker muka memang tidak asing lagi dalam produk penjagaan wajah, ianya juga diantara cara paling mudah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik dalam masa beberapa minit sahaja. Seperti rawatan di spa, dari sehelai masker anda diberi pelbagai manfaat dan kebaikan dari jenis masker yang digunakan.

Disebabkan kepelbagaian masker muka dipasaran kini anda boleh mencari yang bersesuaian dengan umur dan jenis kulit. Ada sesetengah masker muka boleh dipakai pada waktu malam, menyerap ke dalam kulit dan merawat semasa tidur dan ada yang paling cepat hanya mengambil masa 20-30 minit. 

Foto – Bangka Pos

Untuk anda yang tahu pakai tapi tidak tahu manfaat dari masker muka, nah! Wanista sediakan 6 top kebaikan masker muka yang selama ini anda tidak tahu:-

#1 Beri Kelembapan Berpanjangan – masker muka memberi kelembapan dan hidrasi pada kulit yang kering. Air dari masker muka boleh menyerap lembut dalam ke dalam kulit dan meningkatkan keanjalan. Apabila kulit cukup hidrasi, solekan lebih mudah dan cantik. Selain itu, kulit yang lembab juga membuatkan kulit kelihatan lebih muda. 

#2 Menenangkan – memakai masker muka sambil baring atau membaca buku sudah cukup untuk menghabiskan masa santai dirumah. Bayangkan muka anda disejukkan dari masker muka yang lembab dan anda memejamkan mata seketika, perasan itu orang yang selalu pakai masker sahaja yang faham! Tak perlu menambah kos ke spa cukup hanya lakukanya di rumah. 

#3 Menghilangkan garis halus dan kedutan berita baik pada pengguna setia masker muka! Mungkin selama ini anda tidak pernah perasan, rupanya penggunaan kerap masker muka mampu mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan parut jerawat.

Foto – Veckorevyn

#4 Boleh dibawa kemana-mana – tak kira dimana anda berada atau pergi anda boleh menggunakannnya. Malah dalam penerbangan yang panjang pun ada boleh tepek masker dimuka. Cara bungkusan masker muka itu sendiri sudah memudahkan untuk anda membawanya. Jadi nak rawat muka boleh bila-bila masa sahaja! 

#5 Membersih liang pori muka  masker muka mampu mencerahkan kulit dan menghaluskan liang pori-pori muka. Ia juga dapat membersihkan kedalam liang pori dari sel kulit mati, minyak yang tersumbat. 

#6 Lelaki pun boleh guna – bagi anda yang geram tengok muka suami atau teman lelaki yang berminyak atau bermasalah. Boleh lah hadiahkan mereka dengan masker muka khas untuk kaum Adam. Iya, kini terdapat banyak jenama kecantikan yang mengeluarkan masker muka untuk merawat kulit lelaki yang bermasalah.

Foto – femalemag.com.my

Masker Muka Pilihan Penulis! 

For Beloved Girl Mineral Cloud-Silk Mask Products 

Dari rangkaian produk For Beloved One, terdapat 6 masker muka pelbagai pilihan kebaikan yang dicipta dari teknologi kecantikan penjagaan  khas untuk gadis muda remaja seperti kita! Serum dan sifat lembab dari helaian masker muka For Beloved Girl menyerap jauh dalam kulit sekaligus memberi menganjalkan kulit dan menghilangkan tanda parut lama. 

Penulis mempunyai masalah kulit berminyak, berjerawat dan pori-pori besar. Jadi pilihan utama penulis ialah masker Skin Renewal Mineral Cloud-Silk Mask + Calcium Lactate + Akomplex AHA Flower.

Skin Renewal Mineral Cloud-Silk Mask + Calcium Lactate + Akomplex AHA Flower. Foto – arkib Wanista.com

Kenapa penulis pilih yang ini? Ia mempunyai calcium lactate berfungsi melembutkan sel cutin lama dan memperbaharuinya. Calcium ion pula membuka ruang pori-pori bagi memperbaiki struktur kulit. Ekstra dari Akomplek AHA Flower mempunyai pelbagai vitamin dan asid organik membuang segala bintik hitam dan putih sekaligus memberi kulit yang licin sempurna. 

Hujung minggu ini apa kata lakukan aktiviti santai keluarga dan rakan-rakan dengan merawat muka menggunakan masker muka! Dapatkan masker muka berkualiti dari The Beloved Girl di Sephora Malaysia atau layari http://www.sephora.my/brands/for-beloved-oneBanyak lagi produk kecantikan Sephora pilihan penulis sempena Musim Bunga 2017 untuk anda ketahui. KLIK DISINI! 

SUMBER 1

The post Nak Muka Cepat Bersih Dan Cantik? Masker Muka Ada 6 Super-Kebaikannya! appeared first on Wanista.com.

10 Helah Genius Nampak Cantik Tanpa Mekap

$
0
0

Pernah tak anda rasa macam dah penat nak bersolek? Bangun pagi dah kena mulakan dengan menambah pelbagai jenis produk pada kulit kesayangan anda. Bedak itu, bedak ini, warna itu dan warna ini. Sampai satu tahap muka ini dah macam badut dibuatnya!

Terkenang zaman kanak-kanak yang kita tak perlu fikir untuk menancap wajah bila mahu keluar rumah. Tapi itu zaman kanak-kanak bolehlah, kulit muka masa itu belum ada jerawat, parut, bintik hitam putih lagi. Siapa kata sekarang pun tak boleh cantik tanpa bersolek?

Boleh! Jika anda berdisiplin dengan 10 tips cantik dari kami kali ini. Ini dia perkara yang perlu amalkan:-

1. Positif dan Senyum

Foto – www.swiss-smile-beauty.com

Mulakan dari dalam diri lagi, sentiasakan amalkan senyum pagi setiap kali bangun dari tidur. Lihat wajah anda dicermin dan senyum lah seperti anda pertama kali dilamun cinta. Tahukah senyuman merangsang aura positif dan gembira.

2. Jaga Kebersihan

Foto – The Midult

Untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan bersih, kebersihan wajib diutamakan. Berus solek, tuala, meja solek, cadar, bantal dan selimut hendaklah sentiasa dibersihkan sekurang-kurang dua minggu sekali. Bakteria yang menyebabkan jerawat dimuka anda datangnya dari situlah!

3. Rapikan Bahagian Kening dan Buang Bulu Muka

Foto – YouTube

Laburkan sedikit wang untuk mendapatkan teknik kecantikan secara profesional. Rapikan bulu kening yang serabut dan bulu-bulu halus diatas bibir itu. Kening yang terletak merupakan bingkai wajah yang sempurna. Bila dibuang sekali bulu halus dibibir baru boleh panggil wanita sejati yang sempurna.

4. Pastikan Gigi Sentiasa Bersih dan Putih

Foto – Rags and Mags

Bagi yang dah ikut tips nombor satu jangan lupa aset untuk mendapatkan senyum yang manis lahir dari gigi yang bersih dan putih. Walaupun muka anda tanpa secalit solekan, gigi yang putih bersih menjadi daya penarik diri seseorang kelihatan yakin sepanjang masa.

5. Jauhi Tangan Dari Muka

Foto – Daily Buzz Feed News

Tabiat tangan menyentuh muka sudah menjadi kebiasaan semua orang bukan? Ada sahaja ingin memicit jerawat, meraup muka tanpa sebab dan meletakkan tangan di pipi. Semua tabiat ini menyebabkan bakteria ditangan beralih ke kulit muka dan hasilnya jerawat mula timbul.

6. Sentiasa Cuci Muka

Foto – Healthy Diet Base

Bila penat seharian di pejabat, turutkan hati mahu sahaja terus ke katil malas nak cuci muka yang berminyak dan kusam akibat terdedah pelbagai kotoran. Kotoran yang melekap dimuka punca utama kulit bermasalah. Jadikan rutin cuci muka rejim utama sebelum tidur, cuci muka anda dengan air suam dan pencuci yang sesuai.

7. Amalkan Penjagaan Muka Yang Berkualiti

Foto – Arkib Wanista

Setelah mencuci muka, jangan biarkan kulit anda tidak mendapatkan manfaat dari kebaikan produk penjagaan kulit. Pastikan ianya berkualiti dan memperbaiki dari dalam kulit. Wanista mengesyorkan produk penjagaan kulit dari Olay.

Pilih pelembab muka dari Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream merupakan inovasi teknologi kecantikan terkini membina semula keanjalan kulit dan membaiki garis-garis halus dimuka.

Dapatkan sapuan krim pagi dengan krim Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream sebagai rawatan intensif anti-penuaan yang selamat untuk sepanjang hari. Manakala disebelah malam gunakan krim malam Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream bersama-sama serum Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence untuk hasil yang lebih unggul.

Percaya atau tidak, dengan tiga produk ini anda boleh dapatkan kulit yang berseri dan memukau tanpa solekan pun kerana ia merawat kulit dari dalam sehingga luar dengan keberkesanan yang sempurna.

8. Ambil Makanan Tinggi Anti-oksida dan Vitamin C

Foto – HowRid

Sebelum ini anda tutup garis-garis halus di muka dengan solekan, cuba kali ini anda hilangkannya pula dengan mengamalkan pemakanan dari buah-buahan atau sayuran yang mempunyai anti-oksida dan vitamin C. Ia merupakan serum utama memperbaiki, menganjalkan, menegangkan kulit secara semulajadi.

9. Kurangkan Aktiviti Dibawah Panas Matahari

Foto – The Fashion Spot

Cahaya matahari menghasilkan Vitamin D pada kulit, namun jika terlalu terdedah pada cahaya matahari yang terik ia boleh merosakkan kulit anda. Pastikan anda memakai krim sunblock atau cermin mata hitam setiap kali menghadiri aktiviti luar bangunan.

10. Pakai pakaian warna terang dan segar

Foto – Pinterest

Rahsia mendapatkan wajah yang cantik bukan sahaja tertumpu pada bahagian itu. Memakai pakaian berwarna terang seperti merah, oren atau hijau boleh menarik mata si pemerhati melihat anda sebagai orang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Ingat yang paling penting disiplin anda dalam menjalankan 10 tips di atas! Mudah jadi cantik tanpa bersolek ini, jika anda juga tidak terlepas mendapatkan produk Olay.

Pelbagai lagi info Olay di https://www.everydayme.com.my/tag/olay. Kongsikan kecantikan semulajadi anda bersama kami dengan hashtag #OlayMalaysia #MiracleDuo.

The post 10 Helah Genius Nampak Cantik Tanpa Mekap appeared first on Wanista.com.

Kelebihan ‘Derma Roller’ Untuk Hilangkan Kedutan & Parut

$
0
0

Akan sampai satu tahap apabila semakin berusia, tahap keanjalan kulit akan hilang disebabkan penghasilan kolagen yang semakin lemah seterusnya meningkatkan risiko kemunculan kedutan.

Seperti yang kita semua tahu, masalah kulit sering menyebabkan individu menjadi tidak yakin dengan penampilan diri malah dalam kes yang lebih parah, ada di antara mereka menjadi buntu sehingga tertekan yang sebenarnya membawa impak negatif terhadap kehidupan seharian si mangsa dek kerana masalah kulit yang dihidapi.

Namun kita harus jelas bahawa setiap penyakit yang terjadi itu pasti ada penawarnya… Seperti kemunculan inovasi kecantikan yang digelar Derma Roller ini. 

Apa Itu Derma Roller?

Derma Roller. Sumber: Pinterest

Derma Roller adalah sejenis alat beroda yang dipenuhi beratus jarum halus. 

Fungsi Derma Roller

Kegunaannya adalah dengan cara mengosok alat tersebut pada permukaan kulit agar lubang-lubang halus terbentuk demi memudahkan proses penyerapan produk seperti serum serta merangsang sel kulit dari dalam permukaan epidermis untuk menghasilkan kolagen serta baik pulih tekstur kulit yang rosak dan terjejas.

Siapa Boleh Guna Derma Roller?

Sesiapa sahaja terutamanya buat mereka yang mempunyai masalah parut dan kedutan.

Manfaat Derma Roller

Gambaran perincian jarum halus pada roda Derma Roller dari dekat. Sumber: dermarollershop.com

Untuk tingkat penghasilan kolagen, jadikan tekstur kulit lebih cantik malah memulih dan memperbaiki masalah-masalah utama berkenaan kulit dan kecantikan termasuklah:

  • Parut jerawat
  • Kedutan 
  • Kekenduran kulit
  • Tanda regangan (stretch marks)
  • Selulit
  • Kulit terbakar
  • Mungilkan bibir
  • Pulih rambut gugur

Selain itu, tusukan jarum-jarum halus juga secara automatik akan melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam kulit seterusnya membuatkan kulit jadi anjal, halus tanpa kedutan dan memudarkan parut! Apa yang penting, rawatan ini boleh dilakukan sendiri di rumah. 

Tutorial Lakukan Rawatan Derma Roller Untuk Masalah Keguguran Rambut

Jenis-Jenis Derma Roller

Jarum pada Derma Roller boleh didapati dalam variasi saiz termasuklah 0.5mm, 1.0mm dan 1.5mm.

Kulit bibir adalah nipis, pengguna disaran memilih Derma Roller yang memiliki ketebalan jarum paling halus iaitu 0.5mm. Sumber: michellephan.com

0.5mm: Disyorkan buat mereka yang mahu memungilkan bibir, memudarkan parut jerawat ringan, parut demam campak, memulih masalah rambut gugur serta masalah kedutan halus di wajah dan sekitar leher.

1.0mm: Disyorkan buat mereka yang mempunyai parut jerawat yang dalam, parut bekas dari pembedahan, selulit dan tanda regangan (stretch marks).

1.5mm: Disyorkan pada mereka yang memiliki parut dalam seperti parut bekas luka dalam mahupun masalah selulit teruk.

Jarum yang saiznya melebihi 1.5mm seperti 2.0mm dan 2.5mm hanya boleh digunakan oleh pakar kulit profesional di mana servis rawatan itu boleh didapatkan menerusi klinik mahupun spa kulit sahaja… digunakan untuk memulih masalah-masalah kulit yang lebih teruk.

Syarat Sebelum & Selepas Lakukan Rawatan Derma Roller

Adalah mustahak untuk menjaga kebersihan alat Derma Roller. Ingat, kulit adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan mudah dijangkiti bakteria oleh itu setiap individu yang menggunakan Derma Roller harus mencuci atau merendam (30 minit) alat tersebut dengan pelarut alkohol seperti 91% Isopropyl Alcohol [KLIK untuk beli] sebelum dan selepas menggunakannya untuk bunuh kuman.

Sumber: Paintertainment.com

Tonton Tutorial Cara Menggunakan Micro Derma Roller Dengan Betul & Selamat

Adakah Rawatan Ini Menyakitkan?

Kesakitannya boleh digambarkan pada kadar 5/10. Tidak terlalu sakit namun anda akan terbiasa dengan sensasi tusukan jarum halus tersebut selepas beberapa kali melakukannya.

Apa yang penting, pastikan anda lakukan proses pembasmian kuman dengan menggunakan alkohol agar kulit tidak dijangkiti sebarang kuman yang malah akan memburukkan keadaan… SEBELUM & SELEPAS menggunakannya.

Hanya Guna Derma Roller Berkualiti

Harus diingatkan, terdapat banyak alat Derma Roller yang murah dan tidak berkualiti di luar sana. Jika anda tidak mahu kulit jadi lebih rosak, sila beli Derma Roller yang berkualiti. [KLIK untuk beli]

Pastikan pemilihan jarum adalah betul untuk tujuan tertentu kerana penggunaan jarum yang tebal pada kulit nipis akan merosakkan kulit. Hanya bahagian kulit tebal seperti peha dan bahagian kulit berlemak lain sahaja boleh menggunakan jarum dengan ketebalan seperti yang dinyatakan di atas tadi.

Jangan Lakukan Dengan Tekanan Kuat

Gosokkan yang berlebihan ditambah pula dengan tekanan boleh melukakan kulit. Oleh itu, gosokkan secara perlahan tanpa perlu menggunakan tekanan berlebihan. dalam amsa yang sama, rawatan ini hanya boleh dilakukan sekali seminggu agar tidak terjadi iritasi pada kulit.

PENTING! Jika kulit penuh dengan jerawat belum pecah atau terkena selaran matahari (sunburn), sila elak lakukan rawatan ini. 

Sapu Vitamin C Untuk Lebih Berkesan

Setelah siap menggosok, sapukan lapisan nipis serum vitamin C pada keseluruhan wajah. Ia akan bantu menggalak penghasilan kolagen serta pemulihan kulit.

DERMA E Evenly Radiant Brightening Serum With Vitamin C: RM118.67 [KLIK untuk beli]

MARIO BADESCU Vitamin C Serum: RM298 [KLIK untuk beli]

Sumber: Sephora.my

Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop: RM102.64 [KLIK untuk beli]

VITAMIN C SKIN BOOST INSTANT SMOOTHER: RM129 [KLIK untuk beli]

PETER THOMAS ROTH Camu Camu Power C x 30 Vitamin C Brightening Serum: RM458 [KLIK untuk beli]

Sumber: Sephora.my

Diharap perkongsian ilmu dari Wanista kali ini memberi manfaat buat para pembaca sekalian. 

Selamat beramal!

RUJUKAN 12, 3, 4 & 5

The post Kelebihan ‘Derma Roller’ Untuk Hilangkan Kedutan & Parut appeared first on Wanista.com.

PicoWay, Teknologi Rawatan Laser Dermatologi Kini di Ko Skin Specialist

$
0
0

Tatu? Pigmentasi? Semuanya boleh dihilangkan dengan PicoWay.

Ko Skin Specialist lancar Mesin Laser PicoWay yang pertama di Malaysia. Foto – Arkib Wanista

Apa itu PicoWay? PicoWay adalah penyelesaian laser termaju untuk menghilangkan tatu dan pigmentasi seperti jeragat dan bintik-bintik penuaan. Teknologi ini menggunakan denyutan laser terpendek dalam pasaran – 375ps dan 450ps. Diukur dalam unit pikosaat (satu persetrilion saat), laser tersebut memecahkan pigmen dengan berkesan menjadi partikel paling kecil untuk disingkirkan oleh kulit.

Ko Skin Specialist ialah pusat laser pertama dan satu-satunya di Malaysia menawarkan teknologi laser PicoWay. Teknologi merupakan alternatif terulung kepada pembuangan tatu menggunakan laser tradisional. Tidak seperti laser tradisional, PicoWay menghantar tenaga ke dakwat yang disasarkan menggunakan denyutan ultrapendek yang pantas, selamat dan selesa.

“PicoWay ialah pengubah pasaran kerana tenaga laser dihantar ke partikel regimen yang disasarkan sambil mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit. Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan rawatan laser yang sesuai untuk warna kulit mereka,” jelas Dato’Dr Ko, CEO Ko Skin Specialist.

Foto – Main Line Center for Laser Surgery

Untuk maklumat lanjut tentang PicoWay, anda boleh semak laman web rasmi www.koskinspecialist.com.

The post PicoWay, Teknologi Rawatan Laser Dermatologi Kini di Ko Skin Specialist appeared first on Wanista.com.

[Review] Color Correction Cushion Hello Fab Bukan Sekadar BB Cushion Biasa

$
0
0

Perasan tak dunia kecantikan kini dimonopoli dari Asia? 

Apa sahaja keluaran trend kecantikan dari sana pasti menjadi ikutan global dan yang paling terkini ialah penggunaan bedak asas ‘BB Cushion’ atau ‘CC Cushion’. 

Apa itu BB Cushion? 

Bedak asas jenis cecair direndam dalam span khas. Foto – Hello Pretty Bird!

Bedak asas yang mengandungi span direndam dengan bedak asas berasaskan cecair. Ia menghasilkan kesan semulajadi dan tekstur ringan pada setiap sapuan. Bedak asas dari ‘Cushion’ juga lebih cerah dari bedak asas biasa. Jika ia dahulunya hanya popular di negara Korea Selatan tapi kini menjadi ikutan wanita seluruh dunia. 

Trend Solekan di Barat? 

Color Correction biasanya mengandungi 4 – 9 warna berbeza. Foto – Painted Ladies

Jika Asia dengan bedak asas ‘Cushion’, di sebelah Barat pula mereka tidak lagi menggunakan teknik conceler untuk menutup tanda cela diwajah. Teknik ‘Color Correction’ lebih spesifik dalam mengenal pasti warna-warna yang sesuai untuk menutup cela dan tona kulit tidak sekata. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ‘Color Correction’, anda boleh KLIK DISINI bagi mempelajari teknik dan warna. 

‘Cushion’ + ‘Color Correction’? 

Foto – arkib Wanista.com

Tidak ramai yang tahu, inovasi kecantikan kini mengabungkan konsep ‘Cushion’ bersama teknik ‘Color Correcting’. Lancome diantara jenama yang memperkenalkan produk ini dengan Lancôme Miracle CC Cushion Color Correcting Primer

Lancôme Miracle CC Cushion Color Correcting Primer. Foto – Money Can Buy Lipstick

Cuma terdapat beberapa kekurangan dalam Lancôme Miracle CC Cushion Color Correcting Primer:-

# Pengguna terpaksa membeli cushion berasingan kerana ia terhad pada satu warna sahaja setiap satu. 

# Melebihi bajet biasa, satu cushion dijual $39.50 (RM175)

# Sukar untuk dibawa travel / tidak kompak

Beralih kepada 3 In 1 Superfruit Color Correction Cushion Hello Fab 

3 In 1 Superfruit Color Correction Cushion Hello Fab. Foto – arkib Wanista.com

Percaya atau tidak jenama kecantikan First Aid Beauty memperkenal rangkaian koleksi Hello Fab yang diformulasi khas dari kuasa superfoods dimana tujuannya memperbaiki, memperbaharui dan menyerikan kulit lebih efektif untuk anda yang ingin bersiap cepat. 

Khas untuk anda yang hendak bersiap cepat tapi ingin tampil seperti bersolek profesional, Hello Fab mengeluarkan Color Correcting Cushion pertama di pasaran mengabungkan semua warna dari teknik color correcting dalam satu kompak cushion. 

Cushion Color Correcting dari Hello Fab. Foto – arkib Wanista.com

 3 In 1 Superfruit Color Correction Cushion Hello Fab berbeza dari ‘BB Cushion’ atau ‘CC Cushion’ yang lain. Ia dicipta khas untuk memperbaiki tona kulit dan cela hanya dengan satu langkah. Diperkayakan dari superfruit seperti Kiwi, Buah Naga dan Beri Biru yang tinggi dengan anti-oksida. Cushion Hello Fab memberi kesan litupan dalam tona universal sesuai untuk semua jenis kulit. 

UNGUKebaikan Beri Biru mencerahkan kulit dan mengurangkan kekusaman. 

MERAH JAMBUKebaikan Buah Naga menseratakan tona kulit. 

HIJAUKebaikan Kiwi membantu mengurangkan kemerahan pada kulit.

Foto – arkib Wanista.com

Pendapat penulis tentang 3 In 1 Superfruit Color Correction Cushion Hello Fab?

Cushion ini boleh dijadikan sebagai base solekan atau bedak asas kerana ia berfungsi seperti bedak asas dengan menutup cela dan memberi efek glowing. Cara menggunakannya pun mudah, sama konsep ‘BB Cushion’ hanya perlu ‘dab dab’ pada muka. Namun, cushion ini tidak mengandungi SPF melindungi kulit dari cahaya matahari. 3 In 1 Superfruit Color Correction Cushion Hello Fab sesuai dibawa ketika travel dan mencepatkan masa bersolek. 

3 In 1 Superfruit Color Correction Cushion Hello Fab sudah berada di Sephora Malaysia sejak 5 Januari lalu. Dapatkannya dengan harga RM173 dan jangan lupa untuk mencuba primer dari Hello Fab Coconut Skin Smoothie Priming Moisturizer. KLIK SINI untuk review dari penulis. 

The post [Review] Color Correction Cushion Hello Fab Bukan Sekadar BB Cushion Biasa appeared first on Wanista.com.


Pakai Lipstik Apa? Ini Jenama & Warna Pilihan Dari 15 Wanita Malaysia

$
0
0

Ya, anda pakai lipstik jenama dan warna apa?

Tinggal dibumi bertuah Malaysia ini kita sebenarnya beruntung kerana mempunyai lambakan pilihan jenama kosmetik dan fesyen yang singgah di pusat-pusat membeli-belah. Bukan itu sahaja, penghantaran produk terkenal dari negara lain juga mudah jadi ramai pengusaha kedai atas talian membuka pesanan untuk anda yang ingin mendapatkan produk yang tiada kedai fizikal di Malaysia.

Fesyen dan teknik solekan sering berubah-ubah mengikut trend semasa. Penulis sering tertanya-tanya jenama dan warna apakah yang sering menjadi ikutan wanita Malaysia? 

Dari komuniti Wanista, ini pilihan jenama lipstik dan warna menurut 15 Wanita Malaysia:- 

3 daripada mereka memilih warna nude berwarna ungu. Warna ungu mengikut psikologi anda seseorang yang setia dan tinggi kerohanian

#1 Stila Stay All Day ‘Patina’ – Nadee Mode 

#2 Mary Kay True Dimensions Lipstick ‘Rossette’ – Rahmah Abd Rahim

#3 Mary Kay Semi Matte ‘Crushed Berry’ – Nurhafizah Azulan 

Tak cukup dengan cuaca panas di Malaysia, 5 wanita ini masih lagi mengayakan bibir merah yang tidak pernah ditelan zaman. Anda yang sukakan warna merah digelar wanita sejati, mengairahkan dan berani. 

#4 M.A.C Matte ‘Chili’ – Norizan Ibrahim 

#5 Maybelline 645 ‘Red Revival’ – Izah Awang 

#6 Colourpop Ultra Matte ‘Avenue’ – Nadhirah Badardin

#7 Laneige K-Secret Cushion Tint ‘Red Orange’ – Lynn Miyu 

#8 Nudestix Lip + Cheek Pencil ‘Satan’ – Safura Hilman 

Warna merah jambu tidak asing lagi dalam roda warna seorang wanita. Pastinya mereka ini seorang yang romantis, menawan dan lemah lembut. 

#9 Colourpop Lippie Stix ‘Brink’ – Wahida Razak 

#10 NYX Soft Matte Lip Cream ‘Ibiza’ – Sakinah Syazwani 

#11 Nurraysa Beauty Pearl Magic Lipstick – Nur Asadah Ashari 

#12 Nutrimetics Magix Lip ‘Rose’ – Syazwani Razali 

Ada sedikit aura Kim Kardashian untuk 3 wanita ini. Warna coklat dari warna tanah yang bermaksud ketenangan, stabil dan jujur. 

#13 Kat Von D ‘Lolita’ – Nana Miera 

#14 Wet n Wild Mega Lash Matte ‘In The Flesh’ – Fyra Sharif

#15 Anastasia Beverly Hills Lip Cream ‘Ashton’ – Wawa Ariff 

Kesimpulan yang boleh dibuat, legasi warna merah tidak pernah pudar dari bibir wanita Malaysia. Siapa sangka dari 15 orang 5 dari mereka memilih tona merah. Agaknya wanita-wanita Malaysia ini memang jaguh dan berani. 

Kebanyakan dari mereka juga lebih terdorong menggunakan jenama dari Amerika Syarikat dan jenama diatas talian seperti Colourpop dan Anastasia Beverly Hills. Jenama kosmetik kesihatan luar dan tempatan seperti Mary Kay, Nutrimetics dan Nurraysa Beauty menjadi kegemaran mereka.

Antara 15 diatas yang mana ada dalam beg tangan anda? 

The post Pakai Lipstik Apa? Ini Jenama & Warna Pilihan Dari 15 Wanita Malaysia appeared first on Wanista.com.

Nak Nampak Muka Sentiasa Muda? Boleh Cuba 5 Masker Telur Ini!

$
0
0

Bimbang apabila usia makin meningkat, kulit anda mungkin kehilangan kelembapan, kusam malah tidak bermaya?

Mencuci dan melembap kadangkala tidak mencukupi dan face packs sering kali dilupakan. Dalam hal ini, jika anda pakai face packs secara regular ia boleh membantu kulit anda untuk kekal muda dan ketat.

Nah, Wanista kongsikan lima resepi masker telur yang sangat berkesan dan membantu kulit anda kembali remaja.

Foto – LEAFtv

1. Putih Telur + Madu

Anda hanya perlu campurkan sebiji telur dan satu sudu besar madu. Kacau sehingga sebati dan sapu ke seluruh wajah dan juga leher. Biarkan selama 15 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk. Masker ini akan tone kulit anda dan juga melembap kuli untuk rasa dan tampak segar.

2. Putih Telur & Yogurt

Ini satu lagi resepi yang boleh anda cuba. Campur sebiji putih telur dengan satu sudu besar yogurt. Tambah sedikit gula merah. Letakkan pada wajah dan leher anda dengan secukupnya dan urut dengan perlahan selama 10 minit. Biarkan masker ini selama 10 minit sebelum dicuci. Masker ini baik untuk membuang sel kulit mati dan mengetatkan kulit yang melendut. Ia memberi seri dan keremajaan kulit.

3. Putih Telur + Oatmeal

Untuk masker ini, kocakkan putih telur bersama dua sudu besar oatmeal. Jadikan pes dan terus sapu pada muka. Biarkan selama 20 minit dan alami penegangan kulit secara natural.

4. Putih Telur + Lemon

Campurkan sebiji putih telur bersama dua sudu besar jus lemon. Tambah sedikit madu asli. Kocakkan kesemua bahan ini sehingga menjadi buih dan sapu ke wajah dan leher. Tunggu selama 30 minit sebelum anda membasuhnya. Jus lemon sangat efektif dalam menghilangkan bintik hitam, kulit mati dan minyak berlebihan manakala putih telur menjadikan kulit lebih tegang dan madu membantu meningkatkan lembapan yang hilang.

5. Putih Telur + Cuka Epal

Campur dua sudu besar cuka epal dengan sebiji putih telur dan gaul sehingga sebati. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air yang mengalir. Cuka epal akan membersih wajah dan melegakan kulit sementara putih telur akan menegangkan kulit.

SUMBER

The post Nak Nampak Muka Sentiasa Muda? Boleh Cuba 5 Masker Telur Ini! appeared first on Wanista.com.

Tips Untuk Perempuan Yang Keguguran Rambut

$
0
0

Keguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita, tak kisahlah yang masih dara atau sudah pun beranak-pinak, kita semua tak pernah lari dari ‘dilema wanita’ yang ini lebih-lebih lagi untuk individu yang bertudung. 

Tidak dinafikan, ramai sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salon namun masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah keguguran. Apakah ini ada kaitan dengan cara penjagaan rambut?

Walau apa pun, tak perlu risau kerana Wanista ada cara terbaik bagaimana anda boleh mengurangkan seterusnya menghalang masalah ini daripada terus menghantui diri. 

#1 Jangan Kerap Sikat Rambut

Please! Kalau dah tau rambut senang gugur, jangan sikat rambut. Jika hendak sikat rambut pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat.

Cara menyikat: Genggam sebahagian rambut lalu pegang di bahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dahulu… barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah. 

#2 Guna Sikat Bergigi Jarang

Sumber: deepbrownkinks/blogspot

Disebabkan rambut mudah gugur dan rapuh, cuba cari sikat bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal.

#3 Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu

Ini mustahak! Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disisir terlebih dahulu agar kekusutan pada rambut menjadi rapi kembali. Jika anda menyampu rambut semasa kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. Hati-hati!

#4 Tocang Rambut Sebelum Tidur

Ini adalah tips istimewa dari penulis! Orang kata tak elok ikat rambut ketika tidur tapi ternyata fakta itu salah!

Sebelum tidur penulis akan tocangkan rambut (dandan) dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak saat kepala berlaga dengan bantal malah rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur :)

Hasilnya, masalah keguguran rambut penulis tidak seteruk dahulu! Semakin kurang helaian rambut bersepah di lantai bilik. Tak percaya cuba!

#5 Makan Makanan Tinggi Protein

Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!

#6 Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut

Haba akan mengeringkan tekstur rambut. Jika terdesak sekalipun, elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan bisa mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara.

Buat mereka yang suka sangat menggulung rambut, guna sahaja alat roller plastik.

#7 Berhenti Warnakan Rambut

Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Bahaya untuk kesihatan rambut!

Lebih-lebih lagi jika anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses “bleaching”.

Jadi, sila elak mewarna rambut dan bersyukur sahaja dengan warna asal yang dikurniakan tuhan. Eleh, awak tu orang Asia, bukan minah salleh pun. Kecuali inai! Halal pun halal, sihat pun sihat :)

#8 Minum Banyak Air Putih

Tak kisah air mineral atau air yang siap dimasak di rumah, mungkin air paip juga asalkan sumber air itu bersih ianya pasti bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan tubuh manusia.

Minum empat hingga lapan gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh!

#9 Pakai Minyak Kuatkan Rambut

Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titis minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala. Manfaatnya untuk pulih kerapuhan rambut, kurangkan kekusutan serta jadikan rambut bersinar dan tebal.

PENULIS GUNA INI! 

Sila cari di Watsons okay?

#10 Jangan Ikat Terlalu Ketat

Model mengikat sanggul dengan getah diperbuat dari fabrik baldu. Sumber: idahoendoflife.org

Terutamanya perempuan bertudung. Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

Jika berada di rumah, guna sahaja klip cengkam ini untuk mengikat rambut.

Klip Cengkam. Sumber: STL Finder

#11 Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari

Basuh rambut setiap hari sebenarnya tidak sihat. Sila basuh rambut empat hingga tujuh hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.

CARA INI SALAH!

.

.

.

Untuk rambut yang berminyak, cuba guna syampu kering kerana taktik ini lebih berkesan berbanding menggunakan air kerana rambut lebih banyak akan gugur.

Selamat beramal!

The post Tips Untuk Perempuan Yang Keguguran Rambut appeared first on Wanista.com.

Veet Perkenal Pencukur Elektronik Sensitive Touch Untuk Wanita

$
0
0

Mencukur adalah perkara yang paling mustahak untuk diambil kira kerana ramai wanita tidak tahu, pencukur biasa yang diulang banyak kali penggunaannya tanpa menganti bilah pisau cukur tersebut sebenarnya boleh memberi iritasi kepada kulit disebabkan pembiakan bakteria.

Oleh itu, penting untuk kita semua menjaga kesilatan kulit terutamanya bahagian alat sulit serta di kawasan sensitif sekitar bawah lengan.

Tiada lagi masalah dan keraguan kerana Veet baharu sahaja memperkenalkan inovasi terkini yang berbentuk pencukur elektronik Veet Sensitive Touch mudah dibawa yang siap berfungsi untuk mencukur kening, bawah lengan, garisan bikini serta bulu-bulu halus pada wajah! Hebat bukan?

3 FUNGSI DALAM SATU PERANTI

Bilah kecil (tengah) dan panjang digunakan untuk mencukur bahagian kening manakala bilah lebar (paling kiri) pula digunakan untuk mencukur kawasan permukaan yang besar seperti bahagian bawah lengan serta sekitar garisan bikini. Pelindung kepala bilah lebar berwarna merah jambu (paling kanan) digunakan untuk proses “trim” bagi menyamaratakan panjang rambut/bulu.

Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, pencukur ini bukan sahaja boleh mencukur, malah mampu berfungsi sebagai “trimmer” untuk menyamaratakan panjang rambut/bulu agar tampak lebih kemas dan profesional.

Tiada risiko dalam menggunakan pencukur elektronik ini kerana ia memang direka khas dengan menitik beratkan tentang keselamatan pengguna di mana, bilah pisaunya tidak akan sekali-kali dapat menuentuh bahagian permukaan kulit. Pengguna tidak akan terluka mahupun cedera.

MUA Stevensunny menunjukkan tutorial cara mencukur dan membentuk kening menggunkan Veet Sensitive Touch baharu. Foto -Arkib Wanista

Veet Sensitive Touch hanya beropersi menggunakn satu bateri saiz AA (double A) dan cara membersihkannya adalah dengan menggunakan berus mini yang dibekalkan bersama dalam paket pembelian kemudian boleh mencabut kepala pencukur untuk membilasnya dengan air paip. 

Panduan Membersih & Menggunakan Veet Sensitive Touch

Sekarang dengan Veet Sensitive Touch, wanita Malaysia tak perlu dapatkan servis pembentukan kening dan waxing di cawangan spa terkemuka lagi.

Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.veet.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Veet Malaysia di [www.facebook.com/VeetMalaysia]. Harga yang ditawarkan adalah RM119/unit.

 

The post Veet Perkenal Pencukur Elektronik Sensitive Touch Untuk Wanita appeared first on Wanista.com.

Hanya Guna Pisang Untuk Tutup Liang Pori. Jom Belajar!

$
0
0

Liang pori di wajah?

Bagi anda yang mencari jalan yang paling mudah untuk menyembunyikan liang pori, boleh cuba cara ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sebiji buah pisang
  • 1 sudu teh yogurt
  • 1 sudu teh madu

Cara membuatnya:

  • Masukkan pisang, yogurt dan madu ke dalam mangkuk, kacau dan sebatikan semuanya.
  • Sapu masker di wajah dengan lembut.
  • Biarkan kering seketika.
  • Bilas dengan air suam.
  • Kemudian sapu pelembap yang lembut ke wajah, tepuk-tepuk untuk memastikan ianya masuk ke dalam.

Lakukan rawatan ini seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

The post Hanya Guna Pisang Untuk Tutup Liang Pori. Jom Belajar! appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2420 articles
Browse latest View live