Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

[Video] Pelik Orang Sekarang Kemaruk Cacah Tatu “Freckles” Dekat Muka

$
0
0

Freckles atau tompok jeragat sudah diangkat sebagai satu beauty standard.

Punyalah ramai yang kemaruk sampaikan sanggup menambah titik di muka menggunakan eyeliner kononnya untuk menambah seri jeragat palsu. Pelik bukan, tapi itulah masyarakat mudah terpengaruh dengan sentimen yang merepek.

Baca : Ramai Pula Nak Ada Jeragat Sebab Cantik, Yeke?

Kini timbul pula proses mencacah tatu freckles di sekitar muka untuk mendapatkan freckles palsu.

Foto – Refinery

Sama seperti bagaimana anda mencacah tatu pada alis, anda kini boleh melakukan benda yang sama pada muka pula. Katanya, proses kecantikan separuh kekal ini mungkin akan menjadi trend yang besar seperti populariti microblading.

Baca : Eyebrow Extension Dan Microblading, Adakah Dibenarkan Dalam Islam?

Satu video yang diterbitkan oleh Refinery29, pelukis tatu kosmetik Nora Grace menjelaskan bagaimana permintaan cacah tatu freckles sudah mendapat perhatian ramai wanita dan bagaimana proses dijalankan.

Foto – Buzzfeed

Fakta Cacah Tatu Freckles Palsu

Ia hanya separa kekal

Pigmen khas yang digunakan untuk mencacah tatu akan pudar dari semasa ke semasa.

Akan timbul rasa sakit

Semasa proses akan timbul rasa sakit yang menjengkelkan, seakan-akan terkena semut api dan panas di muka, atau rawatan facial ketika membuang segala blackhead/whitehead dan jerawat.

Anda perlu menjaga seperti tatu biasa

Untuk memastikan freckles anda kelihatan baik, jaganya seperti tatu biasa. Pastikan ia bersih dan kering, elakkan pendedahan matahari yang terlalu banyak. Jangan lupa pakai krim pelindung matahari!

Akan timbul ruam ringan satu atau dua hari selepas prosedur

Menurut video tersebut, anda akan mengalami ruam/kudis ringan selama beberapa hari tetapi akhirnya akan hilang.

Tatu freckles palsu boleh bertahan satu hingga tiga tahun

Jangka hayat tatu freckles bergantung pada cara penjagaan kulit – berapa banyak pendedahan cahaya matahari dan cara kulit anda menerima tatu secara umum. Jadi, setiap individu mengalami pengalaman yang berbeza.

Video Tatu Freckles

Dah gayanya macam cacah tatu biasa, jadi haramlah untuk umat Islam. Kalau teringin juga nak freckles, guna sahaja eyelinereyeshadow, atau mungkin juga inai.

Selamat Beramal!

The post [Video] Pelik Orang Sekarang Kemaruk Cacah Tatu “Freckles” Dekat Muka appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.