Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Kester Black: Pengilat Kuku Halal, Bebas-Kekejaman & Mesra Wudhu

$
0
0

Jenama terkemuka dari Australia, Kester Black yang terdiri daripada rangkaian pengilat kuku mesra alam, berpigmen tinggi, halal yang bertaraf vegan dan bebas-kekejaman kini telah tiba di Malaysia.

Rumusan telap udara dan air Kester Black disahkan Halal oleh Halal Certification Authority of Australia, dan juga Islamic Association of Katanning – iaitu satu pengesahan Halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim, selaku lembaga yang bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan Islam di Malaysia. Ia turut menyokong bahawa pengilat kuku Kester Black adalah mesra-wudhu – dan sesuai digunakan untuk solat.

Barisan rona nude yang ditawarkan Kester Black. Nampak cantikkan. Foto – Arkib Wanista

Pengilat kuku Kester Black didatangkan dalam 52 warna menarik dan menceriakan beserta produk penjagaan kuku berkhasiat yang bebas daripada paraben.

Foto – Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, pengilat kuku ini menyokong kesihatan dan kualiti dan manikur tanpa sekatan pengilat yang tidak telap. Pengilat kuku semula jadi Kester Black mematuhi rumusan 10-Bebas – ia tidak mengandungi:

  • Toluena
  • DBP
  • Kamfor
  • Formaldehid
  • Resin Formaldehid
  • Xilena
  • Paraben
  • Ftalat
  • Wangian
  • Bahan yang berasaskan binatang atau diuji ke atas binatang
Kester Black menawarkan 52 rona pilihan sesuai untuk semua wanita. Foto – Arkib Wanista

Produk Kester Black ditawarkan di Robinsons, M+ Natural Remedies dan juga ditawarkan online di:

Sila layari www.vphilosophy.com.my untuk senarai penuh stokis.

Foto – Arkib Wanista

Tidak disangkal lagi bahawa kuku anda boleh tampil menarik dan sihat pada masa yang sama. Tunggu apa lagi ? Cubalah sendiri hari ini!

The post Kester Black: Pengilat Kuku Halal, Bebas-Kekejaman & Mesra Wudhu appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420