Tahukah anda bahawa, di Iceland, menggunakan bunga dan herba dalam kiub ais adalah sebahagian daripada rejim kecantikan mereka. Ia mampu mengetatkan liang, mengurangkan keradangan dan memberi manfaat dalam mencerahkan kulit. Malah, pakar herba, Anna Rosa Robertsdottir dalam ensiklopedianya Icelandic Herbs and Their Medicinal Uses, ada menceritakan tentang kuasa perubatan herba asli yang terdapat di Iceland mampu memberi kebaikan kecantikan untuk mereka.

Ada beberapa manfaat yang boleh didapati apabila membuat rawatan kulit muka menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam, antaranya :
Kiub Ais menjadikan kulit bercahaya – Bila meletakkan kiub ais di atas kulit muka, kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit akan kelihatan bercahaya secara semulajadi. Untuk memberikan kesan yang lebih, boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas muka.
Kiub Ais dapat mengurangkan noda – Penggunaan kiub ais dapat mengurangkan noda pada muka dan radang serta kemerahan jerawat. Boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas. Boleh lakukannya setiap pagi dan malam.
Kiub Ais dapat merawat bulatan hitam – Kombinasi jus timun dan air mawar yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam. Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam.
Kiub Ais sebagai penyegar kulit – Boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang – liang pori mengecil. Keadaan itu akan menjadikan bedak asas lebih sempurna.
Kiub Ais sebagai pengganti alat solek – Tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek? Jadi, letakkan sahaja kiub ais di muka menggunakan kain balut. Ianya akan menjadikan kulit muka akan kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.
Kiub Ais menghalang kedutan – Penggunaan kiub ais pada kulit muka dapat melambatkan wujudnya garis – garis penuaan serta mengurangkan garis – garis penuan yang sedia ada.

Ini antara beberapa tips penting yang perlu anda titik beratkan ketika melakukan rawatan kecantikan kiub ais:
- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah.
- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas kulit muka akan memberi kesan yang sama sekiranya meletakkan kiub ais tanpa membalutnya.
- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit. Oleh itu, jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas kulit muka.
- Dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit muka yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama.
- Sekiranya merasa tidak selesa, berhentilah. Elakkan meletakkan kiub ais di satu – satu tempat melebihi 15 minit.
- Boleh mengisi kiub ais dengan air mawar, lemon, teh hijau, teh chamomile, timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit muka anda.
The post Rawatan Kiub Ais Rahsia Kecantikan Wanita Iceland. Mesti Cuba! appeared first on Wanista.com.