Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Wajib Guna! Ini Produk Terbaik Untuk Mengecutkan Jerawat

$
0
0

Rawatan untuk masalah kulit berjerawat bukanlah mudah dan mengambil masa yang agak lama untuk kulit kembali pulih. Pengalaman penulis sendiri menghadapi breakout memang mengerikan, baru sahaja jerawat di pipi kering, tumbuh pula dibahagian dahi dan dagu. Iya, kebersihan pada kulit memang penting untuk memastikan tiada lagi bakteria untuk membiak dan mengakibatkan jerawat. 

Pada pendapat penulis pula, paling utama dalam merawat masalah jerawat ini pastikan keadaan jerawat anda dalam keadaan kering tapi bukan seluruh wajah kering ya! Jadi penulis cadangkan beberapa produk yang sesuai yang boleh mengecutkan/mengeringkan sekaligus tidak mengeringkan kulit. Ia boleh dipakai sebelum dan selepas krim pelembab. 

#1 Clinique Anti-Blemish Solutions Clearing Gel 

Gel tanpa warna ini khas untuk mencegah bakteria pada permukaan kulit yang berjerawat. Anda mungkin akan merasa sedikit pedih pada setiap sapuan tapi percayalah, ia pedih yang memuaskan. Anda boleh menggunakan selepas memakai krim pelembab dan sebelum memakai solekan. Nasihat penulis, pastikan ia benar-benar kering sebelum anda memakai bedak asas. Jika tidak ia akan meninggal kesan mengelupas dan bedak asas akan bercapuk. 

Ia memang benar berkesan mengecutkan dan mengeringkan jerawat lama atau baharu!

Beli disini: https://www.sephora.my/products/clinique-anti-blemish-solutions-clinical-clearing-gel/

#2 The Body Shop Tea Tree Night Lotion 

Best seller The Body Shop dalam rangkaian produk Tea Tree! Ia losyen muka untuk dipakai pada sebelah malam atau sebelum tidur. Sesuai untuk masalah kulit berjerawat atau ingin memudarkan parut jerawat yang tertinggal. Bau tea tree amat kuat dan setiap kali sapuan yang terkena kulit yang berjerawat sedikit pedih. Boleh dipakai bersama krim pelembab untuk kulit tidak terlalu kering. Sifat tea tree sendiri ialah menghalang sebarang bakteria, merawat dan melindungi kulit yang bermasalah.

Beli disini: https://www.thebodyshop.com.my/shop-by-range/tea-tree

#3 The Face Shop Clean Face Mild Toner

Toner atau penyegar antara satu dari 3 rutin wajib dalam rutin membersih wajah. Toner dari rangakian produk Clean Face The Face Shop antara pilihan penulis. Ia membasmi kuman, membuang sel kulit mati dan sekaligus mengecutkan jerawat. Juga dari ekstra dari tea tree ia diyakini keberkesanan dalam merawat kulit yang bermasalah. Bagi anda kulit berminyak, toner ini antara penulis cadangkan kerana ia mengimbang semula pH kulit.

Beli disini: http://www.thefaceshop.my/shopping/Products/Clean_Face_Mild_Toner/

#4 This Works Stress Check Face Mask

Masker muka mudah pakai ini khas untuk anda yang menghidap ‘jerawat tiba-tiba keluar’. Ianya diperbuat dari campuran minyak Bio-Boost botanical, ekstra pudina, minyak kunyit yang tinggi anti-oksida dan ekstra giant hyssop dan rose root yang melindungi kulit secara dalam dan luar. Masker ringan dari This Works membuat kulit lebih lembut, mengeringkan jerawat dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah yang kulit sensitif. Penulis amalkan penggunaan seminggu sekali. 

Beli disini: https://www.sephora.my/products/this-works-stress-check-face-mask/

Foto – Tenor

Kesemua produk diatas penulis telah cuba dan masih menggunakannya sebagai bertindak merawat masalah jerawat berkala. Boleh dikatakann empat produk ini menjadi kesukaan dan pilihan penulis secara peribadi. Kalau ada yang dah anda cuba, kongsikan kepada penulis ya! 

The post Wajib Guna! Ini Produk Terbaik Untuk Mengecutkan Jerawat appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.