
Sebelum ini Miss Murai pernah berkongsi tentang jenama cushion foundation tempatan. Nampaknya ramai yang teruja dan ingin mencuba. Nah, kali ini Miss Murai sediakan pula pilihan produk foundation atau bedak asas. Mungkin ada dikalangan pembaca yang lebih suka litupan foundation yang tebal dan tahan lama. Tak salah pun sebab memang ramai yang heavy makeup dikalangan kita.
Dibawah ada lima pilihan foundation terbaik beri litupan pada kulit dengan hasil flawless, glowing dan mudah diratakan;
- Maaez Foundation – Make It Glow Foundation 15gram [RM29.38]
Maaez Foundation dalam koleksi Make It Glow mempunyai 13 rona pilihan. Menariknya ia memberi hasil semi-matte yang meninggalkan kesan berseri pada kulit. Bedak asas ini juga boleh diubah dari litupan sederhana hingga menyeluruh. Jenama ini juga memberi dua pilihan kuantiti produk dari 15gram dan 30gram.

- SimplySiti Argan Wonder Foundation with SPF 30 [RM43.13]
Hadapi masalah kulit kering tetapi masih memakai foundation? Usah khuatir, SimplySiti ada produk yang sesuai dengan kulit kamu. Ia diperkaya dengan minyak Argan bagi merawat dan memberi hidrat pada kulit. Malah ia juga mampu mengecilkan pori-pori serta meratakan tona kulit.

- FAZSFAOZI Beaute – Soft Matte Foundation 15ml [RM62]
Foundation dengan tekstur velvet membantu menyembunyikan sebarang cela pada wajah. Jenama FAZSFAOZI mempunyai empat rona pilihan yang sesuai dengan tona kulit wanita tempatan. Ia mampu tahan sehingga 12 jam pemakaian.

- Cubre Mi Liquid Foundation New Edition 30ml [RM69.90]
Edisi terbaharu dari Cubre Mi lengkap dengan SPF 35 dan kuantiti sehingga 30ml. Enam kod rona kulit ini mempunyai pilihan terbaik. Kualiti foundation Cubre Mi ini sesuai untuk semua jenis kulit dan meninggalkan hasil matte.

- Alha Alfa New Collagen Serum Foundation 30ml [RM69.90]
Foundation ciptaan Alha Alfa ini cukup ringan dan mengandungi kolagen untuk memberi khasiat pada kulit. Mempunyai tiga pilihan tona yang direka khas untuk pengguna Malaysia.

Banyak juga pilihan foundation dari jenama lokal dan paling penting ia bajet dibawah RM100. Selamat mencuba!
The post Jenama Foundation Lokal Beri Hasil Cantik & Harga Berpatutan! appeared first on Miss Murai.