Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Kulit Ketiak Sensitif? Cuba Deodoran Semulajadi Yang Dijamin Nyah Bau Peluh

$
0
0

Deodoran semulajadi penyelamat ketiak!

Siapa pernah merasa kulit ketiak menggelupas dan pedih. Ketahuilah itu tandanya kulit dibawah lengan itu tidak dapat menerima lagi bahan-bahan kimia yang disapu. DIVA cukup terseksa bila kulit ketiak dinaiki kulat, diikuti dengan keradangan dan akhirnya kulit hampir bernanah. Mujur DIVA cepat dapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Menurut dari doktor, kemungkinan kulit ketiak sudah tidak mampu lagi menerima reaksi bahan-bahan kimia. Apatah lagi kulit ketiak mempunyai bukaan pori-pori. Penyerapan tersebut membuatkan lapisan kulit menjadi sensitif. Jadi doktor beri cadangan pada DIVA untuk bertukar kepada deodoran dari bahan-bahan semulajadi.

Berhasil ke? Ya, sangat berhasil dan paling DIVA puas hati ketiak juga tidak berbau kuat! Bukan apa, kita sendiri amat prejudis terhadap produk-produk dari bahan alami. Takutnya rintangan baub peluh tidak kuat dan ditambah pula biasanya produk begini lebih mahal. Nah, itu bukan lagi jadi alasan DIVA kerana ia suatu pelaburan yang berbaloi.

Jadi DIVA ingin mengajak pembaca setia untuk bertukar kepada deodoran semulajadi. Sayangi lapisan kulit kamu itu, sebelum terlambat.

TOTAL IMAGE Smelly No More Roll On Deodorant

Jenama Total Image sering membawa produk-produk penjagaan diri dari bahan semulajadi dan selamat. DIVA amat mengesyorkan deodoran Smelly No More ini. Ia juga mempunyai versi semburan yang lebih mudah digunakan. Ia 100% dari batu garam mineral yang sangat berkuasa menghapuskan segala pertumbuhan bakteria.

Foto – Total Image

JOI Natural Deodorant

Satu lagi deodoran yang bebas dari alumunium dan paraben! Menariknya dari jenama JOI, kamu boleh memilih empat wangian yang tersedia. Malah gabungan magnesium dan probiotic dalam botol deodoran bertindak untuk membasmi bakteria dan melegakan bawah lengan untuk kekal kering sepanjang hari.

Foto – Joi

Veri Natural Deodorant Stick

Deodoran semulajadi dengan dua wangian unisex! Ia deodoran jenis stik yang dapat memberi kesan haruman pada ketiak sepanjang hari. Nasihat VERI untuk si pemakai, pastikan ketiak dalam keadaan lembap supaya leretan sapuan lebih senang. Gabungan minyak kelapa, shea butter dan cocoa butter dapat menjamin kulit ketiak tidak gersang.

Foto – VeriNatural

Hygr Natural Deodorant Stick

Bukan sahaja deodoran dari bahan semulajadi. Bungkusan deodoran Hygr juga boleh dikitar semula dan baik untuk alam. Deodoran jenis stik boleh bertahan sehingga dua atau tiga bulan dan paling utama deodoran inti tidak mempunyai aluminium, paraben dan alkohol yang boleh merosakkan kulit.

Foto – Hygr

Selamat mencuba!

The post Kulit Ketiak Sensitif? Cuba Deodoran Semulajadi Yang Dijamin Nyah Bau Peluh appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear