Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

The Ordinary Kenalkan Hyaluronic Acid 2%+B5 Yang Baru- Ini Sebabnya Kenapa Kamu Perlu Dapatkan Sebotol!

$
0
0

DIVA tahu di kalangan kamu, pasti ada pengguna setia produk The Ordinary. Apa yang membuatkan DIVA suka dengan produknya adalah, ia mengeluarkan produk yang sangat simple bungkusannya, disokong sains serta bahan-bahannya pula jelas dinyatakan di label. Dan paling yang DIVA suka adalah harganya sangat berpatutan!

Jadi apabila mereka ada memberitahu yang The Ordinary mengemas kini produk terlarisnya iaitu Hyaluronic Acid 2%+B5, DIVA tak lepaskan peluang untuk scroll dan mencarinya.

Sebelum ini, ramai kongsikan serum yang belum dikemas kini itu membuatkan kulit semakin gebu, lembut, anjal, hilang garis-garis halus dan licin dalam beberapa minggu.

Jadi agak-agak kamu, apa yang telah The Ordinary kemas kini dan apakah hasilnya selepas menggunakan serum Hyaluronic Acid 2%+B5 yang baru ini?

Diperkuatkan Dengan Tambahan Ceramide 

Walaupun Hyaluronic Acid 2%+B5 yang lama mendapat tempat di hati orang ramai, tetapi serum yang dikemas kini yang terbaru ini dikatakan lebih berkesan dan lebih baik versinya; tekstur yang sangat ringan serta mudah diserap.

Formulator The Ordinary dikatakan telah memperkuatkan serum ini dengan bahan tambahan terbaru iaitu ceramide; di mana molekul hidrofobik membantu membentuk dan mengelakkan kehilangan air di skin barrier.

Info untuk kamu, ceramide adalah bahagian utama skin barrier. Ianya ditemui dalam lipid barrier dan berfungsi untuk memerangkap air dalam kulit bagi mengekalkan serta melindungi skin barrier daripada unsur luar.

Dengan adanya bahan tambahan ini, ceramide akan ‘bekerja’ dengan lima jenis bentuk hyaluronic acid yang berbeza untuk menarik kelembapan dan menguncikanya dalam kulit.

Sebagai hasilnya, kulit kamu akan kekal terhidrat sepanjang hari dengan bantuan penghidratan segera oleh bahan tambahan yang dikemas kini oleh The Ordinary.

Kesan Seawal 4 Minggu 

Untuk menggunakan Hyaluronic Acid 2%+B5 yang dikemas kini baru ini, DIVA sarankan kamu untuk sapukan serum berasaskan air ini pada kulit yang basah atau pun kering. Pastikan sapu selepas kamu mencuci wajah dan sebelum menggunakan produk yang berasaskan minyak.

Guna dua kali sehari dalam masa empat minggu, kamu akan nampak kesannya seperti penampilan garis halus yang kering, garisan bawah mata, lipatan nasolabial telah diminimumkan.

Dapatkan Hyaluronic Acid 2%+B5 versi dikemas kini di The Ordinary atau pun di Sephora pada harga bermula RM60.

The post The Ordinary Kenalkan Hyaluronic Acid 2%+B5 Yang Baru- Ini Sebabnya Kenapa Kamu Perlu Dapatkan Sebotol! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.