Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Kulit Makin Cantik Dengan Lendir Siput? Ini Produk Skincare Siput Dijamin Berkesan

$
0
0

Ajaib lendir siput tidak perlu dipertikaikan lagi, ia boleh membaiki tekstur kulit yang bermasalah dengan cara yang paling selamat dan berkesan. Ia melembab, meningkatkan produksi kolagen, mengurangkan parut dan mengembalikan hayat kulit yang lebih sihat. Ternyata penemuan ekstrak siput yang kaya dengan glycolic acid, protein dan elastin mengubah beauty game terutamanya dalam produk penjagaan kulit.

Usah khuatir, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Cuma apa yang perlu anda faham, terdapat berlainan kegunaan produk dalam lendir siput iaitu bagi memenuhi jenis masalah yang dihadapi oleh pengguna. Jadi ada untuk masalah jerawat, pigmentasi, sensitif dan sebagainya.

Buat anda yang pertama kali mahu mencuba produk-produk dari rumusan lendir siput. Ini yang DIVA amat syorkan untuk anda!

  • SOMEBYMI Snail Truecica Miracle Repair Serum Essence

Antara produk kegemaran DIVA! Serum pekat dan mudah meresap ini sangat baik bagi yang mengalami parut jerawat berlekuk. Tekstur kulit akan kelihatan lebih sekata dan tiada lagi masalah luka parut yang timbul. Apa yang paling best, ia mampu mengawal lebihan minyak kulit wajah.

Foto – SOMEBYMI
  • COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Sebut sahaja best product dari Cosrx, sudah pasti nama essence ini yang disebut-sebut. Produk essence pekat tapi ringan ini membantu mengurangkan kemerahan kulit dan merawat masalah kulit sensitif akibat skin breakout. Rata-rata pengguna tetap memang kagum dengan hasil kulit mereka yang lebih berseri dan lembut.

Foto – COSRX
  • Bio-essence Bio-Snail Repair & Smooth Cream Ex

Mungkin anda masih lagi newbie dalam rutin penjagaan kulit untuk tambah serum, essence dan sebagainya. Anda boleh menggunakan krim muka atau pelembab Bio-essence yang dirumus khas dengan kebaikan lendir siput. Krim lembut ini bantu memudarkan tompokan gelap parut jerawat dan mengembalikan kelembapan kulit secara semulajadi.

Foto – Bio-essence
  • Neogen Dermalogy Cica Repair Snail Essence

Mengandungi 96% lendir siput bagi penjanaan semula sel kulit dan penjagaan tekstur kulit. Disamping itu ia mengandungi Cica kompleks, hyaluronic acid, kolagen tumbuhan dan antioksida untuk menambah kelembapan serta mengembalikan ketegangan kulit supaya terlihat awet muda.

Foto – Nudie Flow
  • Jumiso Snail EX Ultimate Boost Facial Essence

Buat anda yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif, essence ini boleh dipakai selepas toner. Ia melegakan kulit yang sedang mengalami iritasi dan mengurangkan tanda kemerahan. Malah, parut gelap jerawat dapat dipudarkan dalam masa satu hingga dua minggu.

Foto – Go Bloom & Glow

Jujur DIVA cakap, siapa yang belum tambah produk penjagaan berasaskan ekstrak lendir siput sangat rugi! Ia berkesan, selamat dan kulit anda akan bertambah baik dari sebelum ini.

Selamat mencuba.

The post Kulit Makin Cantik Dengan Lendir Siput? Ini Produk Skincare Siput Dijamin Berkesan appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420