Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Boleh Dipakai AM & PM, Patut Ramai Suka innisfree Retinol Cica Repair Ampoule

$
0
0

Siapa peminat produk innisfree? DIVA spesifik sikit Retinol Cica Repair Ampoule?

Semalam DIVA berpeluang ke majlis pelancaran koleksi percutian innisfree di Mori Kohi. Di sana, DIVA tertarik untuk mencuba Retinol Cica Repair Ampoule yang ramai kata bagus, dan hype di media sosial.

Apa yang membuatkan retinol ini lain daripada yang lain? Katanya boleh digunakan siang dan malam? Ohhh sesuatu yang baru, kerana kita tahu kepekatan retinol menjadikannya produk yang tidak mesra di siang hari.

Didefinasikan sebagai ampoule berkeberkesanan tinggi namun rendah kerengsaan ini mampu menjadikan kulit kelihatan sihat, licin dan jelas. Ampoule mengandungi formula selamat Retinol + Jeju Cica-Liposomlogy untuk melegakan masalah kulit dan membaiki tekstur kulit.

Ramai suka kerana kepekatan rendah

@myakrell

Kalau dah tak tahu nak pakai apa, pakailah retinol dan sunscreen!😌 I dah compile-kan soalan yang biasa korang tanya abt retinol. Also, my recommendation retinol for beginner🤌🏻 #RetinolCicaRepairAmpoule #PeeledEggSkin #innisfreeMY #TikTokGuru #RetinolTipsForBeginner

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Kandungan kepekatan 0.015% retinol dalam produk ini mempunyai keupayaan untuk merawat kulit yang bermasalah seperti jerawat, kekeringan, kemerahan yang disebabkan oleh faktor luaran, sensitiviti, pori-pori yang membesar atau tekstur kulit yang kasar. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk pengguna retinol kali pertama.

Retinol menggalakkan perolehan sel kulit dan mengawal sebum, yang membantu mengetatkan liang pori, mentekstur semula kulit dan memudarkan parut jeragat dan warna kulit yang kusam.

Retinol Cica Repair Ampoule kaya lembapan mengandungi hyaluronic acid daripada Jeju Green Soybean, dan boleh digunakan pada waktu siang dan malam.

Boleh pakai waktu siang tapi ada syaratnya

@chengkiest

Another retinol product worth the try! Maskne-free, redness free thanks to innisfree’s Retinol Cica Repair Ampoule, Green Tea Seed Serum & Bija Cica Balm EX. 🤎#RetinolCicaRepairAmpouleSpecialSet #RetinolCica #RetinolCicaRepairAmpoule #AcneClearing #SkinSmoothing #EggySkin #innisfreephilippines #innisfree

♬ pink plus white – ✿

Walau bagaimanapun, pastikan kamu menggunakan krim pelindung matahari semasa menggunakan Retinol Cica Repair Ampoule, kerana ia mungkin menyebabkan iritasi oleh cahaya matahari. Jika kerengsaan dirasai bergantung kepada pelbagai faktor luaran dan keadaan kulit, gunakan krim pelembap ringan bersama.

Dan ini juga

Untuk kulit sensitif, menggunakan Retinol Cica Repair Ampoule dengan produk pengelupasan fizikal atau kimia seperti AHA/BHA atau Vitamin C boleh menyebabkan kerengsaan, jadi pastikan kamu menukar penggunaan produk ini dengan ampoule.

Jadi, apa kata kamu nak cuba innisfree Retinol Cica Repair Ampoule?

The post Boleh Dipakai AM & PM, Patut Ramai Suka innisfree Retinol Cica Repair Ampoule appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420