Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Blotting Paper Kena Bawa Ke Mana Saja, #DIVAKongsi Jenama Best

$
0
0

“Nak jadi wanita paling cantik di pejabat, blotting paper kena ada bersama setiap masa.”

Bayangkan bekerja dari pagi hingga lewat petang, lebih-lebih lagi terdedah kepada penghawa dingin membuatkan hormon kulit kamu berubah-ubah dan kadang-kala menghasilkan minyak sebum yang berlebihan. Justeru, blotting paper sangatlah diperlukan agar solekan tidak bercapuk atau kelihatan berminyak saban hari.

Bila muka kurang berminyak, jerawat pun sukar untuk tumbuh.!

Berikut antara jenama yang menawarkan blotting paper paling berkesan dan berkualiti. Sekali letak, terus terangkat minyak muka.

Rare Beauty Blot & Glow Touch-Up Kit (BELI)

Foto – Rare Beauty

Kompak padat 2-dalam-1 yang mengandungi keperluan setiap wanita, iaitu blotting paper dan powder untuk menyegarkan muka kamu supaya kekal berseri-seri.

Tatcha Aburatorigami Japanese Blotting Papers (BELI)

Foto – Tatcha

Tatcha menggunakan 100% daun abaca, diperbuat daripada pulpa paling dalam dan merupakan buatan tangan di Jepun. Set blotting paper ini menyerap minyak berlebihan tanpa mengganggu solekan untuk kulit segar pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Shiseido Oil-Control Blotting Paper (BELI)

Foto – Shiseido

Shiseido Essentials Oil-Control Blotting Paper merupakan helain bersalut serbuk yang menyerap lebihan minyak, menetapkan solekan dan meningkatkan penampilan keseluruhan.

BOSCIA Cherry Blossom Blotting Linens (BELI)

Foto – Bosnia

Menampilkan cherry blossom yang memberikan manfaat antioksidan dan melindungi kulit. Dihasilkan oleh pokok abaca, yang berasal dari Filipina, menghasilkan serat lembut, berkualiti tinggi selembut sutera, serta sesuai untuk menyerap minyak dan peluh.

innisfree Jeju Volcanic Oil Control Paper (BELI)

Foto – innisfree

Blotting paper ini dibuat daripada Pokok Mulberi Korea dan Gugusan Gunung Berapi Jeju untuk menyerap lebihan sebum dan memastikan kulit kamu bebas berminyak.

Ingat, muka berminyak terus dap blotting paper.

The post Blotting Paper Kena Bawa Ke Mana Saja, #DIVAKongsi Jenama Best appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420