Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Hermès Keluarkan Blotting Paper, Harga Lebih RM200?

$
0
0

Mesti ramai tak tahu yang jenama fesyen mewah, Hermès’ melancarkan rangkaian kosmetik pada tahun 2020 dengan nama ‘Hermès Beauty’.

Hermès Beauty memberi tumpuan kepada warna, dan paling ikonik merupakan rangkaian gincu bibir dalam warna oren dan merah yang membawa keceriaan kepada rutin kecantikan.

Meraikan Minggu Fesyen New York, Hermès Beauty melancarkan set penjagaan wajah, termasuk balms, highlight, translucent powder dan blotting paper. Dikhabarkan blotting paper (kertas minyak) berharga $45, kira-kira lebih RM200. Ya, untuk blotting paper sahaja.

Selain mengelap minyak, blotting paper ini mampu buat kulit menjadi lebih lembut ke?

Berbaloi ke beli?

Okay, disebabkan ia dari jenama Hermès jadi tidak hairanlah berharga sedemikian. Eskslusif bila blotting paper dibungkus dalam kotak Hermès berwarna jingga khas, buat kamu nampak mega sekali.

Foto – Hermès

Keunikan blotting paper, diilhamkan oleh budaya tradisional Jepun, ia sesuai untuk touch-up sepanjang hari. Material merupakan gentian rami, pulpa kayu dan gentian kozo lembut daripada pokok mulberi kertas Jepun.

Dipersembahkan dalam kotak oren ikonik dalam kadbod yang boleh dikitar semula, kertas minyak ini mempunyai motif signature Hermès ‘H’. Mengandungi 100 helai kertas, mudah dibawa dan menemani kamu ke mana-mana.

Foto – Hermès

Nak beli, klik link di sini. Kamu rasa ada orang beli ke?

The post Hermès Keluarkan Blotting Paper, Harga Lebih RM200? appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.