Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Ketahui Kesan Magis Lip Oil Pada Bibir, Alaminya Sendiri…

$
0
0

Tiada apa yang lebih memikat dan menarik hati bila memiliki pesona bibir yang menggiurkan. Bukan sahaja cantik, tapi bibir juga penting untuk kekal sihat dan selesa sepanjang hari. Siapa mahu menjalani hari dengan keadaan bibir kering dan pedih?!

Jika kamu late to the game, sekarang memang ramai dah bertukar kepada lip oil. Ia antara produk wajib untuk bibir sebagai pelengkap solekan serta rawatan bibir.

Kelebihan lip oil 

Seakan-akan gabungan lip balm dan lip gloss, formulasi lip oil ialah dari pati minyak yang menghidrat dan menyuburkan semula kulit bibir. Ia juga melindungi bibir dari masalah kekeringan.

Lip oil akan memberi hasil bibir yang lebih mungil, memudarkan garis-garis halus pada bibir dan kelembapan yang kekal lama berbanding lip balm.

Menariknya lagi, tekstur lip oil sangat ringan, tidak melekit dan ia akan menaikkan lagi seri kecantikan semulajadi bibir.

Cara guna lip oil

Tidak perlu reapply banyak kali bila guna lip oil!

Anda boleh menyapu lip oil sebelum atau selepas memakai lipstick. Ia akan memberi kilatan tambahan pada bibir.

Selain itu, anda boleh gunakan lip oil sebagai alternatif rawatan atau penjagaan bibir. Anda boleh pakai semasa tidur, terutamanya jika anda mengalami bibir kering atau tidur menggunakan penghawa dingin.

Dior Lip Glow Oil [RM156]

Kelebihan: Paling popular dikalangan beauty influencer! Lip oil dari jenama Dior ini menawarkan lima himpunan rona-rona klasik. Formulasi yang ringan, tidak melekit dan mudah menyerap membolehkan ia dipakai sepanjang hari.

Foto – Pinterest

Estee Lauder Pure Color Envy Nighttime Rescue Lip Oil-Serum [RM130]

Kelebihan: Lip oil khas untuk rawatan bibir ketika tidur. Ia diperkaya dengan minyak Rose, Lavendar, Camellia yang menyerap kedalam kulit bibir untuk mengembalikan kelembapan dan mengurangkan garis-garis halus. Esok pagi, bibir akan terasa lebih plumpy!

Foto – The Lifestyle Collective

Clarins Lip Comfort Oil [RM100]

Kelebihan: Antara lip oil yang juga popular dan mendapat perhatian #beautytok di TikTok! Kombinasi 93% bahan semulajadi dan 30% pati minyak botanika yang mengembalikan bibir yang sihat dan selesa. 8 rona Clarins lip oil ini sesuai untuk semua jenis tona kulit dan apa yang best ia boleh dipakai bila-bila masa sahaja.

Foto – Lyko

Melvita Lip Oil [RM89]

Kelebihan: Lip oil dari bahan semulajadi organik yang kaya dengan Redlove apple oil. Ia memberi kesan bibir cantik serta berkilat dan mungil dalam sekelip mata. Aplikasi yang mudah, tidak melekit dan pantas menyerap menjadikan ia sangat selesa dipakai.

Foto – Shopee Malaysia

Ciaté London Fruit Burst Lip Oil [RM70]

Kelebihan: DIVA suka dengan packaging lip oil Ciaté London yang mengimbau semula produk kecantikan Y2K!   Bekalan antioksida dalam Vitamin E, minyak Jojoba, minyak Avocado dapat melembutkan bibir dan mengekalkan kelembapan bibir anda. Anda boleh pilih dari 3 perisa buah-buahan yang segar seperti Mango & Lime, Grapefruit & Yuzu dan Lychee & Acai.

Foto – Rojgar Aur NIrman

Selamat mencuba!

The post Ketahui Kesan Magis Lip Oil Pada Bibir, Alaminya Sendiri… appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear