Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Chanel Haute Couture FW22: Cipta Semula Mekap Soft Glam Guna 10 Item Ini

$
0
0

Semasa pertunjukan fesyen Chanel Haute Couture Fall/Winter 2022, DIVA sangat tertarik dengan mekap yang dikenakan oleh setiap modelnya. Sangat cantik dan glowing!

Untuk pengetahuan kamu, setiap model Chanel itu mengenakan mekap soft glam; menonjolkan lagi wajah yang glowing secara semula jadi dan flawless.

Bagi mencipta semula mekap model di pertunjukan fesyen Chanel baru-baru ini, DIVA dapati jurusolek Lisa Butler mengenakan sepuluh item Chanel Beauty berikut;

Langkah pertama, asas sangat penting!

Sebelum mengenakan mekap, pastikan kamu hidrasikan kulit dengan Hydra Beauty Micro Serum. Bagusnya serum ini, ia mengandungi titisan mikro camelia yang bertujuan untuk melembapkan kulit wajah.

Foto – Chanel

Kemudian kuatkan asas kamu dengan lapisan Hydra Beauty Camellia Water Cream. Ini kerana pelembap cecair ringan ini boleh jadikan kulit kamu bersinar dari dalam.

Bila asas sudah kukuh, gunakan item mekap ini…

Untuk lakukan mekap, mulakan dengan foundation ringan yang mengandungi antioksidan iaitu Les Beiges Water-Fres Complexion Touch. Sapu dan ratakan ke seluruh wajah.

Foto – Chanel

Jika perlu menutup cela-cela di wajah, DIVA sarankan untuk kamu tutup menggunakan concealer; Le Blanc Light Creator Whitening Concealer SPF40.

Selepas itu gunakan pemerah pipi; Les Beiges Eau De Blush di sekitar tulang pipi untuk cipta kemerahan yang semula jadi. Akhir sekali, glow-kan wajah dengan Poudre Lumière Highlighter Powder (kod Ivory Gold).

Foto – Chanel

Pada bahagian mata, pastikan buat mekap ini

Bagi mekap mata, gunakan eyeshadow berona coklat muda daripada palet Les Beiges Healthy Glow Natureal Eyeshadow (Medium). Di garis bulu mata bawah pula, gunakan eyeshadow berona coklat gelap.

Foto – Chanel

Kemudian tambahkan dimensi pada mekap mata dengan menggunakan pensel mata Stylo Ombre et Contour dalam kod Nude Éclat dan Electric Brown. Untuk sentuhan akhir pula, bahagian kening dilukis dengan pensel kalis air Stylo Sourcils dan set menggunakan gel kening.

Langkah terakhir, setkan bibir dengan…

Sebelum penampilan mekap ‘siap’, kamu perlu lengkapkan bibir dengan menggunakan Rouge Coco Flash Lipstick (kod 54 Boy). Tapi DIVA syorkan untuk kamu tambah Baume Essentiel Multi-Use Glowstick bagi memberikan kilauan pada bibir.

Foto – Chanel

Siap dan selamat mencuba ye!

The post Chanel Haute Couture FW22: Cipta Semula Mekap Soft Glam Guna 10 Item Ini appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


5 Tagalog Relationship Rules


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.