Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

“Selepas 14 Hari Bintik Gelap Kurang”– Dr.Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum

$
0
0

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi rangkaian produk Dr.Murad. Ia cukup terkenal sebagai jenama pertama produk penjagaan kulit klinikal yang menetapkan suatu yang tinggi.

Terbaru, Dr.Murad melancarkan Rapid Dark Spot Correcting Serum bebas hidrokuinon di Malaysia. Produk ini dicipta untuk kamu yang mempunyai masalah bintik gelap di wajah.

Bintik gelap, tompok gelap yang tidak teratur, malah tona tidak sekata boleh menjadi lebih degil dan sukar dirawat berbanding kedutan. – Dr.Murad

Foto – 100% Pure

Ini menjadikannya suatu keutamaan dari segi masalah kulit dalam pencarian Dr.Murad untuk memperoleh kulit yang lebih sekata dan berseri-seri. Selepas penyelidikan dan pembangunan teknologi baru, Dr.Murad berjaya menghasilkan rumusan serum ini.

Kebaikan Serum Datang Dari Bahan-Bahan Berkualiti

Untuk proses mengurangkan bintik gelap paling degil dan hiperpigmentasi, produk ini dilimpahi dengan bahan-bahan pencerah berkuasa yang merawat kulit anda selembut sentuhan pakar dermatologi.

Foto – Dr.Murad
  • Antioksidan Resorcinol – Membantu untuk menghalang penampilan bintik gelap untuk menyerlahkan tona kulit yang lebih sekata di masa hadapan.
  • Asid Tranexamic – Keupayaan untuk membantu menenang, mencerah dan menjana semula kulit yang kusam.
  • Asid Glikolik – Menyingkirkan sel permukaan yang kusam untuk penembusan dan penambahbaikan yang lebih baik dalam tekstur kulit.

14 Hari Penggunaan Menunjukkan Pengurangan

Hanya selepas 14 hari penggunaan serum ini, 84% daripada ahli panel mendapati pengurangan dari segi penampilan bintik gelap manakala 91% menyaksikan kulit yang lebih cerah.

Foto – Dr.Murad

94% daripada ahli panel mendapati kulit yang lebih licin. Manakala 89% melaporkan kulit yang lebih berseri berbanding kulit mereka yang lazimnya kelihatan kusam.

Untuk hasil terbaik, serum ini boleh digunakan pada siang dan malam. Dapatkan Rapid Dark Spot Correcting Serum di www.murad.com.my.

The post “Selepas 14 Hari Bintik Gelap Kurang” – Dr.Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420