Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Elok Ke Pakai Moisturiser Lebih Daripada Dua Kali Sehari?

$
0
0

Jelitawan Elizabeth Hurley dalam satu temu bual bersama Woman & Home, mendedahkan bahawa dia tidak hanya melembapkan wajah pagi dan malam sahaja tetapi berbuat demikian sekerap yang mungkin – pagi, tengah hari, petang dan malam.

Foto – Hello Magazine

“Saya obses dengan moisturiser. Saya akan melembapkan muka saya kira-kira enam kali sehari, bahkan adakalanya sampai 10 kali sehari,” jelasnya.

Tapi persoalannya elok ke pakai moisturiser sekerap mungkin?

Pakar Shari Marchbein, seorang ahli dermatologi dari New York City menerangkan keberkesanan menggunakan pelembap lebih daripada dua kali sehari.

“Ahli dermatologi mencadangkan melembap kulit setiap kali selepas menggunakan pembersih, yang biasanya pagi dan petang. Pelembap itu harus digunakan pada kulit lembap untuk hasil terbaik.

Foto – Midlifechic

Walaupun melembap berlebihan kedengaran mustahil kerana dikhuatiri merosakkan kulit tapi Marchbein menekankan ia tidak mudarat jika anda tahu pelembap yang sesuai untuk jenis kulit.

“Sekiranya anda mempunyai kulit kering, anda mungkin perlu melembapkan lebih kerap pada siang hari daripada seseorang yang mempunyai kulit yang berminyak atau kombinasi. Lebih-lebih lagi ketika musim luruh dan sejuk kerana berlaku perubahan suhu, ” katanya.

Kena tengok jenis pelembap

Tetapi itu tidak bermakna anda perlu mula melakukan rutin melembap, Marchbein memberi amaran jika pelembap mempunyai banyak minyak atau noncomedogenic, maka ia hanya menyebabkan liang pori tersumbat dan jerawat.

Gif – The Cut

Jadi sebaiknya anda tahu jenis kulit dan pelembap yang sesuai. Lagi satu kalau rasa sangsi, memadai pakai dua kali sehari, pagi dan malam saja.

The post Elok Ke Pakai Moisturiser Lebih Daripada Dua Kali Sehari? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.