Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

DIY Face Mist Timun, Wanita Dedah Kulit Jadi Segar & Jerawat Hilang

$
0
0

Cuaca yang tak menentu boleh memberi kesan pada kulit wajah. Jika kamu sering keluar atau bekerja di bawah panas matahari, Wanista syorkan kamu untuk gunakan face mist.

Walaupun harga di pasaran tidaklah mahal, tetapi face mist ini mudah sahaja untuk dilakukan sendiri di rumah. Dalam entry kali ini, kamu hanya perlukan sebatang timun, lemon dan botol semburan.

Cara Menghasilkan DIY Face Mist

Info untuk kamu, timun mempunyai pelbagai fungsi dan kebaikan untuk wajah. Antaranya adalah menyejukkan kulit wajah, mengecilkan liang pori, menegangkan kulit dan merawat eyebag.

Foto – Pinterest

Manakala lemon pula dapat mencerahkan dan merawat kulit yang terkena sunburn. Pada masa yang sama jika kamu ada jerawat, gunakan lemon kerana ia boleh mematikan dan menghalang pembentukan jerawat.

Jadi tunggu apa lagi, jom ikut cara penyediaan face mist di bawah:

Foto – Faezah Ismail (Facebook)

Langkah 1: Potong timun tebal-tebal dan rebus dengan air. Bila timun sedikit lembut, tutup api dan sejukkan sekejap.

Langkah 2: Ambil pengisar, masukkan timun dan sedikit air rebusan dan kisar sehingga halus.

Foto – Faezah Ismail (Facebook)

Langkah 3: Tapis air rebusan timun tadi dalam mangkuk dan perah sehiris lemon ke dalamnya.

Langkah 4: Kacau biar sebati dan masukkan dalam botol semburan. Siap untuk digunakan!

Ini Cara Guna Yang Betul!

Setelah kamu siap masukkan ke dalam botol semburan, jangan terus gunakannya. Tetapi simpan terlebih dahulu dalam peti sejuk untuk sejukkannya.

Foto – Faezah Ismail (Facebook)

Ketahanan face mist timun ini adalah selama 2 minggu. Jadi bila kamu nak gunakan face mist, hanya sembur terus di wajah. Jangan bilas dan biarkan ia kering dengan sendiri.

Sudah ada face mist timun sendiri, letak dalam beg dan bawa ke mana-mana sahaja kamu pergi. Rasa kulit kering atau cuaca panas, sembur sahaja di wajah. Selamat mencuba!

RUJUKAN

The post DIY Face Mist Timun, Wanita Dedah Kulit Jadi Segar & Jerawat Hilang appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420