Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Tak Ada Bukti Air Chlorophyll Boleh Rawat Masalah Jerawat

$
0
0

Trend baru di TikTok adalah minum minuman hijau yang dipanggil Chlorophyll.

TikTokers mendakwa bahawa minum air ini dapat merawat masalah jerawat. Minuman tanaman hijau ini didakwa dapat membersihkan jerawat mereka dalam masa seminggu, atau hanya beberapa hari. Tapi, betul ke?

Memandangkan terlalu banyak video TikTok yang claim air ini membantu menghilangkan jerawat hanya dalam seminggu, pakar dermatologi agak skeptical dengannya.

@tonyyounmd

#duet with @ellietaylor929 Chlorophyll water: new cure for Acne? #acne #learnontiktok #tiktokpartner #chlorophyll #chlorophyllwater #acnetreatment

♬ original sound – billy

Tiada Bukti Air Chlorophyll Rawat Jerawat

Sebilangan pengguna TikTok mengatakan bahawa minum air chlorophyll  dapat memberi kulit yang lebih cerah, dengan mengurangkan jerawat dan kemerahan.

Walau bagaimanapun tidak ada bukti sains menunjukkan air ini dapat menghilangkan jerawat dan mengurangkan kemerahan.

Walaupun ia bukan penyelesaian ajaib untuk jerawat, tetapi anda mungkin akan melihat sedikit perubahan jika anda mencubanya. Air Chlorophyll tidak terbukti memberi kesan pada jerawat atau kemerahan, tetapi memandangkan sifat anti-radang, ia boleh memberi manfaat.

@dermdoctor

Chlorophyll #chlorophyll #skincare #dermdoctor #dermatologist #learnontiktok #tiktokpartner

♬ Wear Me Out (Instrumental Version) – Gamma Skies

Daripada Minum Air Chlorophyll, Banyakkan Makan Sayur-Sayuran Hijau

Dalam beberapa kes, mengkonsumsi terlalu banyak air ini boleh menyebabkan “‘pseudoporphyria,’ ruam yang timbul apabila terdedah kepada cahaya matahari. Risiko rendah tetapi boleh berlaku.

Daripada minum Chlorophyll, perbanyakan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan bayam. Untuk skincare mengurangkan jerawat pula, dermatologi mengesyorkan empat bahan seperti:

  • retinoid untuk mengurangkan penuaan dan jerawat
  • benzoyl peroxide untuk melawan bakteria penyebab jerawat
  • salicylic acid untuk menghilangkan kotoran dengan lembut, dan mengelupas kulit
  • azelaic acid untuk mengurangkan merah dan kulit yang meradang
Foto – Eat This

Walaupun Chlorophyll agak selamat, seperti suplemen baru, lebih baik berunding dengan doktor anda sebelum mengikuti video 60 saat di media sosial.

Selamat beramal!

RUJUKAN : 12

The post Tak Ada Bukti Air Chlorophyll Boleh Rawat Masalah Jerawat appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420