Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Cuci Muka Guna Kaedah ‘4-2-4’ Rahsia Wanita Jepun Flawless

$
0
0

Bila bercakap tentang rutin penjagaan wajah, setiap orang ada caranya tersendiri. Ada yang mengamalkan basic cleanse, toner, moisturiser dan sunscreen. Ada pula gunakan teknik gua sha. Krim retinol rahsia anti penuaan, serta bermacam lagi. Tiada satu pun yang salah, asalkan sesuai untuk kulit.

Seperti wanita Jepun, mencapai kulit yang sihat dan bersih memerlukan masa, dan mereka membuat ritual mereka sendiri untuk kelihatan sempurna dalam menyingkirkan masalah kulit.

Teknik ini memakan masa 10 minit dan mempunyai 3 langkah utama yang dapat menjadikan wajah bersih bersinar.

Kaedah 4-2-4 Untuk Membersihkan Wajah

Foto – Beauty Tap

Kaedah 4-2-4 adalah sistem khas yang dibahagikan kepada peringkat mengikut masa.

  • Anda mulakan dengan minyak selama 4 minit.
  • Selepas itu anda boleh menggunakan pembersih selama 2 minit.
  • Dan langkah terakhir adalah membilas selama 4 minit.

Pakar mengatakan bahawa jika anda menggunakan kaedah pembersihan ini, anda tidak perlu mencuci muka pada waktu pagi, hanya pada waktu malam. Tambahan, anda tidak perlu melakukannya setiap hari. 4 kali seminggu sudah mencukupi.

Empat Minit Awal Guna Minyak

Foto – Healtline

Guna minyak bertujuan meningkatkan peredaran dengan mengurut kulit selama 4 minit. Anda juga melembutkan lapisan atas dan membantu melonggarkan liang yang tersumbat. Sangat penting untuk memilih minyak yang betul.

Guna Pembersih Yang Sesuai Selama Dua Minit

Foto – Skincraft

Setelah mengurut wajah anda, sapukan sedikit pembersih di bahagian atas minyak. Pakar mengatakan bahawa pembersih krim lebih baik daripada yang foam atau gel kerana tidak mengeringkan kulit. Bersihkan wajah selama 2 minit dengan gerakan lembut agar tidak membahayakan wajah anda.

Bilas Guna Air Suam Dan Sejuk

Foto – Beauty Tips

Terakhir adalah membilas. Mulakan dengan air suam selama 2 minit, kemudian selesaikan dengan air sejuk selama 2 minit lagi. Air suam dapat membilas lebihan minyak dari kulit anda dan meningkatkan aliran darah ke permukaan.

Air sejuk dapat membantu mengetatkan liang pori. Teknik ini membantu menghidrat kulit sehingga selepas prosedur, wajah anda akan kelihatan berkilat.

Menarikkan cara mereka? Mungkin selepas ini anda boleh cuba kaedah wanita Jepun dalam mencapai kulit idaman yang bersih berseri.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

The post Cuci Muka Guna Kaedah ‘4-2-4’ Rahsia Wanita Jepun Flawless appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.