
Makan banyak, mulalah perut buncit ke depan. Minum banyak air perut terus kembung. Nak berfesyen pun rasa tak yakin sebab ada lebihan perut. Hurmmm stress sangat!
Disebabkan selebriti mempunyai pakar-pakar yang menakjubkan di belakang mereka untuk membantu mendapatkan bentuk badan ideal, ini ada beberapa tips yang mereka sudi kongsikan. Berita baik sebab tidak semua tips dan rahsia mereka ini melibatkan senaman yang berat. Yeayyy we likey!
Dah bersedia nak dapatkan perut leper bak model Victoria’s Secret? Nah ini dia!
1. Jennifer Lawrence

Dalton Wong, jurulatih peribadi Jennifer Lawrence dan Amanda Seyfried, mengatakan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan perut leper adalah dengan menolak beberapa makanan. Beliau menolak makanan jenis tenusu dan gluten untuk melihat bagaimana badan bertindak balas dan mengambil makanan kaya fiber dan magnesium yang membantu penghadaman.
2. Kardashians

Pakar diet Keluarga Kardashians, Philip Goglia mencadangkan mandi di dalam tub yang penuh dengan garam Epsom, ini untuk membantu menarik keluar apa-apa berat air yang berlebihan. Bukan itu sahaja, menurut petua, untuk melancarkan aliran tubuh, anda hanya perlu berendam dengan air garam Epsom.
Untuk pengetahuan anda, garam yang anda guna untuk rencah masakan dan garam Epsom langsung tidak sama. Secara ringkas, garam Epsom tidak boleh dimakan dan ia gabungan magnesium dan sulfur sementara garam makan adalah sodium dan klorida.
3. Adriana Lima

Untuk meningkatkan metabolisma pada waktu pagi, beliau menyediakan smoothie dengan campuran setengah avocado, secawan air (atau satu cawan susu dan 1/2 cawan yogurt biasa, untuk smoothie yang lebih berat) dan sedikit madu untuk memberi rasa.
4. Naomi Watts

Jurulatih Naomi Watts di Burn 60 Studios yang fokus kepada lima latihan ini untuk menyasarkan kedua-dua otot perut kecil dan besar untuk definisi maksimum. Ini termasuk:
Plank
Mountain Climbers
Side Plank
Bridge
5. Gwyneth Paltrow

Pelakon tinggi lampai ini menerangkan jika dia merasa kembung, dia akan beralih kepada smoothie citrus untuk mendapat manfaat vitamin C.
Okay sekarang dah jelas tentang tips mereka ini? Apa lagi mulalah lakukan sekarang!