Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

[Tips Kecantikan] Nampak Elok Dan Cantik Dalam Gincu Pink Fuchsia

$
0
0
Emily Blunt. Foto - Harper's  Bazaar

Sebenarnya ramai yang masih takut-takut untuk memakai warna gincu yang terang kan? 

Iyalah, bersesuaian juga dengan trend warna nude yang menjadi kegilaan sekarang jadi tidak ramai yang memilih rona neon terang. Selalunya kita akan menganggap ‘warna seperti itu hanya sesuai dipakai oleh selebriti atau model ternama’. Kenapa? Mereka tampak berani dan classy berbanding kita yang ‘biasa-biasa’ ni..erk. 

Kim Kardashian 'ratu' dalam mengenakan gincu berwarna nude. Foto - Bustle
Kim Kardashian ‘ratu’ dalam mengenakan gincu berwarna nude. Foto – Bustle

Jangan salah faham, setiap warna gincu yang dicipta menepati ideal bagi setiap wanita. Jadi jangan ada yang rasa tidak yakin atau hanya perlu membeli warna yang sama sahaja. Sempena menyambut tahun baru akan datang, apa kata anda serlahkan sisi personaliti anda yang fun and enjoy itu dengan warna gincu baru yang terang.

BACA: Tips Memilih Warna Lipstik Yang Ideal Dengan Tona Kulit

Foto - TotalBeauty.com
Foto – TotalBeauty.com

Rona terang pilihan Wanista untuk anda ialah Pink Fuchsia! Mari Wanista ajar anda cara nampak cantik dalam warna merah jambu neon ini. Jangan takut, Wanista tak ajar teknik yang pelik-pelik tau.

Tak perlu bersolek tebal

Foto - Pinterest.com
Foto – Pinterest.com

Percaya atau tidak, bila anda mengenakan warna fuschia anda tak perlu bersolek tebal, tambah dengan teknik countouring atau pembayang mata warna berlapis-lapis. Cukup dengan bedak asas, kemaskan kening dan lipstik fuschia anda! Kalau nak tambah eyeliner pun boleh, bagi mata nampak lebih galak macam Rihanna diatas. Warna terang fuschia memberi efek segar pada si pemakai. Kalau yang dah lewat nak ke tempat kerja, oles sahaja warna ini kebibirmu. Mandi atau tidak lain cerita. Hehehe.

Cari rona fuschia yang sepadan dengan tona kulit

# Si Kulit Cerah

Foto - google.com
Dato’ Seri Vida dan L’Oréal Paris Colour Riche Balm Pop in Wild Lily. Foto – google.com

Jika anda si kulit putih, cerah nak lagi berseri dengan warna fuschia. Wanista cadangkan kepada anda beli lipstick bertekstur lembut dan berkilat. Lihat sahaja contoh yang Wanista beri di atas, Dato’ Vida tampak segar, muda dan yakin. 

BACA: Tips Pemakaian Gincu Buat Si Bibir Kering

# Si Manis Sawo Matang

Beyonce dan Mac Flat Out Fabulous. Foto - google.com
Beyonce dan Mac Flat Out Fabulous. Foto – google.com

Ada dua warna fuschia yang berbeza ‘hot pink dan violet’. Jika si pemakainya punya rona kulit sedikit gelap pilih warna fuschia violet seperti Mac Flat Out Fabulous seakan-akan warna dibibir Beyonce. Serius, memenuhi bibir anda dengan efek anggun dan seksi. So, lepas ni boleh pilih warna fuschia yang ada sedikit warna ungu ya!

Fesyen untuk si bibir fuschia 

Emma Stone dan Jennifer Hudson. Foto - google.com
Emma Stone dan Jennifer Hudson. Foto – google.com

Bukan sahaja teknik solekan ya Wanista nak kongsi tapi gaya berfesyen juga Wanista nak titikberatkan bila mengenakan warna ini dibibir anda.

  1. Pilih pakaian berwarna hitam, putih, biru gelap atau krim (ivory)
  2. Elakkan pakaian dari warna terang seperti oren, kuning, hijau pucuk pisang atau ungu. Jangan kenakan pakaian yang mempunyai lebih dari dua warna. 
  3. Anda mungkin akan kelihatan sarat dan serabut bila mengenakan aksesori yang dekat dibahagian muka seperti rantai atau anting-anting. Jadi pastikan aksesori yang tidak terlalu menonjol atau bersaiz minima. Another option ialah cukup berhias dengan gelang ditangan. 

Mudah sangat nak jadi cantik sekarang.  Jangan takut-takut lagi mengoles warna fuschia lepas ni. Konsep simple untuk tampil segar dan cantik! 

 

Rujukan 1 2


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.