Quantcast
Channel: Kecantikan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420

Ikuti 5 Senaman Ini Untuk Dapatkan Lesung Pipit Secara Semulajadi

$
0
0
Miranda Kerr. Foto - 9Kudos

“Manis sangat kakak ni, lesung pipit dia elok terletak. Mak Cik ni usia dia dah banyak tapi kekal awet muda. Agaknya sebab lesung pipit dia nampak muda? Sebenarnya ramai yang cemburukan lesung pipit seseorang bukan?”

Okay, tak perlu risau sebab lesung pipit juga boleh anda dapatkan dengan melakukan senaman ringkas ini, yup secara semulajadi dan tak perlu bersusah payah apatah lagi berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan lesung pipit.

#1 Muncungkan bibir dan hisap pipi anda ke dalam

Lakukan seperti anda makan sesuatu yang masam. Foto - id.wikihow.com
Lakukan seperti anda makan sesuatu yang masam. Foto – id.wikihow.com

Jangan rapatkan gigi, kerana dengan demikian anda tidak akan dapat menghisap pipi, selain itu bibir anda harus menutup.

#2 Tekan dan tahan lekukan pipi

Cara kedua, tentukan kawasan lekukan pada pipi anda. Foto - id.wikihow.com
Cara kedua, tentukan kawasan lekukan pada pipi anda. Foto – id.wikihow.com

Tentukan kawasan pipi di mana letak lekukan paling dalam. Pegang bahagian tersebut secara perlahan-lahan dengan jari telunjuk. Pegang terus bahagian tersebut dengan jari telunjuk dan mula gerakkan mulut anda.

#3 Terusan senyum dan luncurkan jari bila perlu

Cara ketiga anda boleh cuba praktikkan. Foto - id.wikihow.com
Cara ketiga anda boleh cuba praktikkan. Foto – id.wikihow.com

Secara beransur-ansur buatlah ekpresi tersenyum dan jangan gerakkan jari anda dari kedudukannya. Buka mulut anda dengan lebar saat tersenyum kerana lesung pipit yang natural akan kelihatan apabila anda tersenyum dengan lebar. Kalau boleh lihat penampilan anda di cermin. Jika hujung jari anda berada di tempat yang kurang tepat, maka luncurkan jari anda ke kedudukan yang telah ditetapkan.

Tekan kawasan lesung pipi yang anda inginkan secara perlahan-lahan dengan hujung jari anda atau dengan hujung belakang pensil. Jika sudah terbentuk lesung pipi, segera lepaskan jari anda. Ambillah gambar jika anda mahu. Ingat bahawa lesung pipi akan hilang setelah anda merehatkan mulut anda.

#4 Teruskan menekan selama 30 minit atau lebih

Untuk cara ke-4, anda hanya perlu tekan lekukan di pipi selama 30 minit atau lebih. Foto -id.wikihow.com
Untuk cara ke-4, anda hanya perlu tekan lekukan di pipi selama 30 minit atau lebih. Foto -id.wikihow.com

Untuk melatih pipi anda agar membentuk lesung pipi dengan lebih lama, anda perlu menekan lekukan tersebut secara perlahan sekurang-kurangnya selama 30 minit. Semakin lama anda menekan “lesung pipit”, semakin lama pula lekukannya akan kekal di situ.

#5 Ulang setiap hari

Ini langkah 5. Foto - id.wikihow.com
Ini langkah 5. Foto – id.wikihow.com

Lakukan latihan wajah untuk membentuk lesung pipit ini selama 30 minit setiap hari selama beberapa minggu. Setelah satu bulan tetapi anda masih belum mendapatkan lesung pipit, maka anggap saja anda tidak bernasib baik. Tapi tak salah kalau nak mencuba, bukan?

Foto - Tumblr
Foto – Tumblr

Sungguhpun begitu, masih ramai yang tidak tahu bahawa lesung pipit masih boleh memudar dan seterusnya menghilang bergantung kepada otot wajah anda.

Apapun selamat menjalani senaman ini dan jangan lupa selfie kalau lepas ini ada perubahan di wajah..

Rujukan : 1 & 2


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2420